**********
Jam sudah menunjukan pukul
11.30 malam. Dhia dan Uwais sudah tiba di perkarangan banglo milik Dato’Haidar
dan Datin Suzana. Dhia masih tidak keluar dari keretanya dan hanya membatukan
diri. Ke kiri dan ke kanan dia kepalanya melilau keadaan rumah banglo yang
mempunyai kawasan lapang yang agak besar sekali. Di sebelah kiri kelihatan
taman mini yang menempatkan satu air pancut dan bangsal yang di perbuat dari
buluh. Lagi cantik taman itu bila lampu kecil yang di pacak pada tanah
kelihatan berwarna warni.
Di sebelah kanan pula
kelihatan deretan kereta-kereta mewah yang dia pasti semuanya milik keluarga
mentuanya itu. Tengok saja anak lelaki keluarga itu, semuanya kelihatan mewah.
Beruntung sungguh Uwais, sudahlah di lahirkan dalam keluarga yang berada, di
tambah lagi dengan kepintaran yang di miliki hingga berjaya menjadi seorang
doktor.
Tuk! Tuk !
Dhia tersentak bila cermin
kereta di sebelah pemandu di ketuk beberapa kali. Dia tahu lelaki itu inginkan
dia keluar dari kereta. Cermin kereta di turunkan.
“ Tunggu apa lagi, tak nak masuk ke?” Soal Uwais yang
berdiri di sebelah kereta.Pelik juga dia bila wanita itu seperti tidak mahu
keluar dari kereta.
“Nak keluarlah ni” Jawab Dhia sambil membuka pintu. Dia
mengerling tajam pada lelaki itu dan terus melangkah menuju ke pintu depan,
meninggalkan Uwais begitu sahaja.
Uwais mengelengkan kepalanya
dengan sikap dingin Dhia padanya, namun dia harus bersabar. Dia tahu kemarahan
wanita itu padanya masih belum reda lagi. Kalau dia di tempat Dhia sekalipun,
mungkin dia juga akan berbuat begitu. Terus kakinya melangkah ke arah pintu
besar banglo mewah itu dan berdiri di sebelah isterinya yang hanya berdiri di
situ.
Tangan kirinya terus mencapai
tangan Dhia untuk di gengam, namun tiba-tiba wanita itu menepis dengan
lajunya.Tajam mata Dhia menjeling pada Uwais. Berani nak pengang tangan aku!
Aku jijik dengan kaulah! Satu penumbuk hingga di perut Uwais hingga lelaki itu
terbatuk dua kali. Ambik kau! Suka-suka je nak sentuh aku!
“Sekali lagi awak cuba sentuh saya, saya bunuh awak!”
Ugut Dhia agak keras. Cukuplah dia pernah di cium oleh lelaki itu ketika majlis
akad nikah dulu. Masa itu, kalau bukan kerana ramai mata yang memandang, memang
dia terajang Uwais sampai ke bulan kerana mencium dahinya.
Uwais mengusok perutnya. Sakit
juga tumbukan dari wanita bertudung itu. Nampak amcam lemah lembut,
rupa-rupanya lain dari perwatakan luaran. Nak pengang pun salah ke? Bukannya
haram pun. Kita kan dah sah jadi suami isteri.
“ Saya tak nak mama dengan papa fikir yang bukan-bukan
sebab nampak kita macam tak mesra. Lagipun mama dengan papa tak yang kita
berdua tinggal berasingan”Beritahu Uwais.
Bagus! Itulah yang aku nak
sebenarnya. Biar dia orang fikir yang bukan-bukan, lepas itulah senanglah kerja
aku nak lepaskan diri dari anak lelaki dia yang tak guna ni. Bisik hati Dhia
sendirian.
“ Ada saya kisah dengan mama dan papa awak tu? Saya
datang sini dah kira bersyukur tau, jangan nak melebih-lebih pula” Marah Dhia
geram dengan tindakan lelaki itu tadi.
Sebaik sahaja pintu terbuka,
kedua-duanya mula memasuki perut banglo mewah itu. Kelihatan Dato’Haidar sedang
menonton wayang di ruang tamu yang cukup besar itu dan kelihatan seorang wanita
sedang leka dengan komputer riba di sudut ruang tepi tangga ke tingkat atas.
“ Papa, Wais dengan Dhia dah sampai tu” Jerit wanita yang
tadinya leka dengan komputer riba.
Dato’Haidar terus berpaling ke
belakang dan kelihatan anak dan menantunya mula melangkah ke arah ruang tamu.
Uwais terus menyalami tangan papanya, namun tidak pula dia berbuat begitu.
Wanita itu hanya memandang ke arah lain dan langsung tidak mahu menyalami
tangan papanya ketika orang tua itu menghulurkan tangan. Dia mencuit lengan
isterinya supaya menyalami tangan papanya, namun wanita itu tetap buat seperti
tiada apa-apa yang berlaku. Apa dah jadi dengan bini aku ni? Asal kurang ajar
sangat dengan mentua.
“ Eh, dah sampai pun kamu berdua” Tegur Datin Suzana yang
baru keluar dari dapur. Terus di memeluk tubuh anak dan menantunya. Walaupun
menantunya dari keluarga yang sederhana, namun dia menerimanya dengan hati yang
terbuka. Dato’Haidar kembalikan tumpuannya pada televisyen semula. Pasal
persalaman tadi, dia lupakan sahaja. Malas nak ambil kisah dengan kerenah
menantunya itu.
“Kenapa lambat?” Soal Datin Suzana lagi.
“ Dhia baru habis kerja mama”Jawab Uwais terlebih dahulu.
Dhia mengetap bibir geram. Salah akulah ni sebab datang lambat? Tak apa! Kau
tunggulah, bila permainan aku di mulakan. Biar satu rumah benci aku! Dhia
tergelak dalam hati.
“Mana ada datin, bukan saya yang lambat tapi anak datin
ni. Saya mana kerja hari ini.”Balas Dhia selamber. Uwais mengerling pada
isterinya. Apa benda semua ni? Aku yang tunggu dia, boleh pula dia salahkan aku
balik.
Datin Suzana pelik dengan
jawapan anak dan menantunya itu. Entah yang mana betul, dia sendiri tidak tahu.
Tapi, lantaklah siapa betul sekalipun, asal mereka berdua selamat tiba.
“ Tak kisahlah apa-apa pun yang penting kamu berdua dah
sampai. Dhia, lepas ni jangan panggil mama datin lagi. Mama bukan customer kamu
lagi tapi mama ni mentua kamu. Anggaplah mama ni macam mama kamu sendiri.”
Datin Suzana mengengam jari jemari menantunya sambil tersenyum manis.
Dhia mengigit bibirnya.
Alamak! Baiklah pula Datin Suzana ni. Tak sampai hati nak sakitkan hati wanita
yang begitu penyayang itu. Patutlah Uwais menerima Datin Suzana mengantikan
tempat arwah ibu kandung lelaki itu. Datin Suzana memang baik orangnya.
Tiba-tiba dia mengelengkan
kepala. Tak! Aku tak boleh lari dari plan asal. Mereka semua mesti kena benci
aku, bukannya sayangkan aku. Aku tak nak hidup dengan anak lelaki mereka yang
jahat tu.
“ Saya tak biasa panggil datin macam tu, tapi saya rasa
okey je saya panggil datin macam tu. Tak ada masalah kan?” Jawab Dhia sedikit
kurang ajar. Maaflah datin, saya bukan segaja cakap macam itu.
Datin mengeluh berat. Entah
mengapa dia merasakan sikap menantunya itu sedikit berlainan dari pertama kali
dia berjumpa dulu. Namun dia tidak mahu mengambil hati. Mungkin betul, wanita
itu masih belum selesa memanggilnya begitu. Biasalah, orang baru mengenal erti
rumah tangga.
Uwais tidak mampu berkata
apa-apa. Geram juga dia dengan jawapan isterinya itu. Dahlah cakap macam
bercakap dengan kawan, tak ada hormat langsung. Kalau nak kurang ajar pun, dengan
aku, aku tak kisah tapi bukan dengan family aku!
“ Korang mesti belum makan lagi kan? Jom pergi dapur,
mama ada masak special malam ni.” Datin Suzana terus menuju ke dapur begitu
sahaja dan di ikuti Umairah juga.
“Apa tunggu lagi, jomlah makan. Kami semua dari tadi
tunggu kamu berdua.”Dato;Handar menepuk bahu anaknya sebelum turut ke dapur.
Uwais meneliti jam di tangannya. Sudah pukul 11.00 malam dan keluarganya masih
belum makan lagi. Sanggup mereka semua menunggu dia membawa Dhia balik hingga
terlepas waktu makan malam. Harap-harap Dhia tak buat hal.
“ Boleh tak awak jangan kurang ajar sangat dengan
keluarga saya? Dahlah dengan papa saya awak tak salam”Sedikit marah Uwais
ketika ini.Kalau boleh dia tidak mahu keluarganya nampak walaupun sedikit cacat
cela pada isterinya. Biarlah mereka hanya nampak kebaikan sahaja, dan bukannya
keburukan.
“Ada saya kisah!” Dhia terus mengambil tempat di sofa
sambil berpeluk tubuh. Siaran ulangan Maharajalawak di astro menarik minatnya ketika ini. Ketika
ini, kumpulan Sepah sedang beraksi. Tergelak juga dia melihat mereka bertiga
itu berlawak. Mahu tak pecah perut. Antara mereka bertiga, yang paling dia
minat adalah Jep Sepah. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Setiap cerita yang ada
lelaki itu, pasti dia tidak akan terlepas untuk menontonnya.
“ Awak!”Panggil Uwais bila melihat tiada tanda-tanda yang
Dhia ingin ke dapur sedangkan keluarganya sudah lama menunggu.
“ Emm...”Balas Dhia endah tak endah. Malaslah dia nak ke
dapur untuk makan kerana baru sekejap tadi dia bedai lima biji roti canai di
gerai mamak. Mana ada ruang lagi dalam perut untuk mengisi makanan
seterusnya.Boleh pengsan dia nanti kalau memaksa mulut untuk makan.
“ Jomlah ke meja makan. Keluarga saya dah tunggu tu”Ajak
Uwais.
“ Tak nak! Saya dah makan tadi”Jawab Dhia lagi tanpa
memandang langsung pada muka lelaki itu.
Uwais mengerutkan dahinya.
Bila masa kau makan ha? “Bila masa awak makan?”
Dhia membulatkan matanya.
Alamak, dah kantoilah pula. Alang-alang dah kantoi, baik terus terang je. “Masa
awak tunggu saya tadi, saya pergi makan dengan Suria dulu”
“Apa!?” Terkejut Uwais bila mendengarnya. Punya lama dia
tunggu dalam kereta sampai tertidur, boleh pula wanita itu keluar makan tanpa
memberitahunya terlebih dahulu. Ini memang melampau.
“ Saya tunggu awak punya lama dalam kereta, awak boleh
pergi makan dengan kawan awak!”Marah Uwais, namun tidaklah kuat sangat kerana
dia tidak mahu keluarganya mendengar perbualan itu.
Dhia buat-buat tak dengar.
Uwais mengeluh berat. Bila mamanya mula memanggil dari ruang makan, dia mula
cuak. Kesian pula pada keluarganya jika Dhia tidak turut serta di meja makan.
Malu dia nanti kerana di anggap tidak mampu mengawal isteri. Nak tak nak dia
kena memujuk juga dan terpaksalah dia mengalah demi keluarganya.
Dia mula melutut di hadapan
isterinya. Dhia tergaman bila melihat lelaki itu tiba-tiba melutut di
hadapannya. Apa ni? Asal main melutut-lutut pula ni?
“ Please Dhia, kali ini awak jangan kecewakan family
saya.” Rayu Uwais. Hanya itu sahaja caranya untuk melembutkan wanita berhati
batu tu. Kalau bukan di sebabkan kesian pada keluarganya, jangan haraplah dia
nak melutut pada mana-mana perempuan. Susah betul kalau hati sudah suka.
Dhia terus melompat dari sofa.
Tak pernah dia jumpa dengan lelaki yang sanggup melutut hanya kerana minta dia
ke meja makan. Bukan hal besar pun sampai nak kena melutut. Kalau tahu macam
ini, memang aku tak akan datang sini. Ini idea Surialah suruh dia datang! Serba
salahlah pula.
“ Yelah-yelah...” Dhia akur. Pantas dia meninggalkan
ruang tamu itu dan menuju ke arah yang di lalui ahli keluarga itu tadi. Uwais
menarik nafas lega sambil mengelengkan kepala. Macam manalah aku boleh syok
dekat perempuan ni? Maisara yang aku kenal bertahun-tahun tu pun aku boleh lupakan
di sebabkan Dhia. Hebat kau Dhia sebab berjaya buat aku jatuh cinta pada kau!
Dhia memalingkan mukanya ke
belakang bila dia rasa Uwais tidak pula mengikutnya dari belakang. “ Tunggu apa
lagi? Nak saya patah balik ke?” Ugut Dhia. Malu pula dia nak ke meja makan
sendirian tanpa Uwais di sisi. Kadang-kadang lelaki itu penting juga walaupun
dia rasa rimas berdamping dengan lelaki itu.
Uwais terus berlari anak
menuju ke arah isterinya dan berjalan seiringan menuju ke ruang makan.
*********
“Dhia tidur
sini jelah malam ni ya”
Itulah ayat yang keluar dari
mulut Datin Suzana tadi. Belum sempat dia cakap ya atau tidak, wanita itu terus
berlalu pergi ke dapur semula bila di panggil oleh Umairah, kakak kepada Uwais.
Tak sangka juga yang Umairah dan Dato’Handar seorang manusia yang baik dan cuba
melayan dia sebaik mungkin. Semakin serba salahlah dia untuk meninggalkan rumah
itu begitu sahaja. Nak tak nak, dia terpaksalah mengikut sahaja.
Lagi panas hatinya bila dia
terpaksa berkongsi bilik dengan Uwais. Di kampung dulu, dia pernah sekali
berkongsi bilik dengan Uwais, itupun demi menjaga hati keluarganya. Dia tidak
mahu abah terus bermasam muka jika dia berkeras dengan pendiriannya. Lagipun,
dalam rumah umminya itu hanya ada empat bilik sahaja dan semuanya sudah
berpenghuni. Terpaksalah dia berkongsi bilik dengan suami yang hanya di atas
kertas itu.
Dia tidak mahu berkara itu
berulang lagi. Dia masih ingat lagi, sebelum malam itu dia mengarahkan Uwais
tidur di bawah yang berasalkan tikar, tapi bila dia bangun pagi esoknya, lelaki
itu sudah berada di atas katil bersebelahan dengannya. Dahlah muka dia
betul-betul mengadap lelaki itu. Mahu tak menjerit dia ketika itu. Pantas juga
kaki dia menendang tubuh Uwais hingga lelaki itu terjatuh ke lantai. Padam muka!
Sejak hati itu jugalah, Uwais
terus balik ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya terlebih dahulu dan terus
hilang begitu sahaja. Sehari selepas hari itu, baru dia bertolak ke Kuala
Lumpur dan sejak itulah dia tidak berjumpa dengan Uwais hinggalah ke hari dia
tersempak dengan lelaki itu di salah sebuah restoran dan ketika itu dia bersama
dengan Umar.
Tubuhnya di rebahkan pada
tilam yang begitu empuk sekali. Tidak pernah dia rasa tilam yang begitu selesa.
Mungkin tilam ini lebih mahal dari tilam di rumah sewanya. Alang-alang Uwais
tiada di dalam bilik, dia terasa bebas dan terus mengerak-gerakkan kaki dan
tangannya seperti mahu terbang sambil memandang siling yang putih bersih itu.
Seronok jadi orang kaya. Dia
tahu, itu adalah bilik Uwais keran di atas meja yang berada di penjuru bilik,
terdapat beberapa keping gambar lelaki itu. Di dinding pula kelihatan satu
keping gambar yang bersaiz agar besar. Di dalam itu kelihatan Uwais, Umairah,
Dato’Haidar dan seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Dia yakin yang wanita
itu adalah ibu kandung Uwais yang telah meninggal dunia.
Pintu di kuak dari luar. Dhia
tersentak lalu bangun dari baring dan terus duduk di atas katil.Kerana katil
itu agak tinggi, jadi kakinya sedikit tergantung dan tidak memijak kapet berwarna
merah pekat yang berada di samping katil.
Kelihatan Uwais yang memasuki bilik.
“ Stop!” Arah Dhia sambil menunjukan isyarat berhenti
menggunakan tangannya. Uwais yang baru sahaja menutup daun pintu terus
menghentikan langkah serta merta. Entah mengapa dia merasakan dirinya seperti
di kawal oleh wanita itu.
“ Walaupun ini bilik awak, tapi hari ini kita kongsi.
Sebelah sana tempat awak dan sebelah sini tempat saya. Awak jangan masuk ke
tempat saya, faham?” Dhia menunjuk ke arah sebelah kanan katil, itu adalah
tempat Uwais dan sebelah kiri katil pula adalah tempat dia. Dhia melemparkan satu biji bantal dan satu
selimut ke lantai sebelah kanan katil.
“ Awak nak saya tidur atas lantai? Saya tak boleh tidur
kalau tak ada tilam” Beritahu Uwais. Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan
hati wanita itu kerana dia ingin memikat Dhia supaya menerima dia sebagai
suami. Soal dendam lamanya, terus dia buang dari kotak fikiran.
“ Ada saya kisah! Awak jangan cuba buat perkara yang awak
pernah buat masa dekat kampung dulu! Kalau tak , saya bunuh awak!” Dhia memberi
amaran keras. Tergelak juga di di dalam hati. Sikit-sikit nak bunuh, macamlah
aku ni berani sangat nak buat macam itu. Bunuh semut pun aku kesian.
Uwais melabuhkan punggung pada
kerusi yang berada di tepi dinding biliknya yang bersaiz agak besar itu. Nak
tak nak, dia kenalah layan juga kerenah isterinya itu.
“ Habis awak tidur mana?” Soal Uwais pula.
Dhia memandang ke kiri dan ke
kanan. Yang tinggal di atas katil hanya satu bantal tidur dengan bantal peluk
sahaja. Selimut memang sudah tidak ada kerana dia sudah melemparkannya di atas
lantai sebelah kawasan lelaki itu. Alamak sejuklah dia nanti, dahlah penghawa
dingin pun di pasang agak kuat. Tegak jugalah bulu roma dia ketika ini.
“ Saya tidur sebelah sini.” Dhia menunjuk ke sebelah kiri
katil. Kini tempat tidur dia di pisahkan dengan katil besar itu. Jadi tidaklah
dia nampak lelaki itu dan lelaki itu juga tidak boleh nampak dia. Selamat sikit
dia rasa. Jika dia tidur di atas tilam, pasti pagi esok lelaki itu ada di
sebelahnya. Memang nak kena terajang sekali lagilah.
Uwais tergelak kecil. “
Sanggup awak tidur atas lantai sebab tak nak dekat dengan saya. Kalau macam
itu, baik saya tidur atas katil kalau awak dah pilih nak tidur bawah” Cadang
Uwais. Dhia mengetap bibir geram. Tidak mungkin dia benarkan lelaki itu tidur
lebih selesa darinya.
“ No! Saya tak benarkan. Awak tidur sana dan saya tidur
sini, faham!” Dhia memberikan amaran keras. Dia terjun dari katil bersama
dengan bantal tidur dan bantal peluk, lalu terus baring di posisinya iaitu
sebelah kiri katil.
Uwais hanya mengelengkan
kepala. Pelik-pelik betul dia rasa perangai isterinya itu, namun kadang-kadang
dia ras Dhia begitu comel bila berpelakuan begitu. Lagipula, dia suka melihat
lesung pipit wanita itu bila tersenyum, namun jarang sekali dia boleh
melihatnya kerana Dhia tidak suka tersenyum bila berhadapan dengannya.
“ Sayang, abang tutup lampu tau” Gurau Uwais. Berani
sungguh dia memanggil wanita itu begitu. Kakinya melangkah ke suis lampu dan
terus menutupnya.
“ Wekksss... Banyaklah awak punya sayang!”
Kedengaran suara Dhia
pura-pura muntah di sebalik katil sebelah kiri. Uwais tersenyum sendirian
sambil membaringkan tubuhnya di lantai sebelah kanan katil. Malas pula dia
hendak meminta tilam nipis dari mamanya, lagipun dia malas nak menjawab
persoalan dari mamanya nanti. Yang dia risau sekarang adalah Dhia. Tak sejuk ke
wanita itu tidur tanpa selimut?
Dhia hanya mampu menutup
separuh tubuhnya menggunakan bantal peluk. Sejuklah pula dia rasa ketika ini.
Baru 5 minit baring atas lantai beralaskan kapet merah itu. Nasib baik juga ada
kapet yang setebal 5 inci itu, tidaklah sejuk seperti tidur di atas lantai
simen. Menyesal pula dia rasa bila memilih untuk tidur di bawah, kan lebih baik
dia tidur sahaja di atas. Rasanya dia harus ubah fikiran untuk tidur di bawah.
Lepas Uwais terlelap, dia akan naik tidur di atas katil pula. Biar padam muka
Uwais sebab kena tidur bawah.
“ Dhia...”
Kedengaran suara Uwais memanggil
namanya. Dhia mengeluh berat. Bilalah lelaki ini akan tidur? Sudah setengah jam
baring, masih tak tidur lagi ke? Alamaknya, lambat lagilah aku boleh panjat
atas katil semula. Dia pura-pura tidur dan langsung tidak menjawab panggilan
itu. Nasib baiklah cadar katil itu labuh hingga ke lantai, jadi tidaklah dia
nampak Uwais yang sedang baring di sebelah kanan katil.
“ Dhia...”
Panggil Uwais lagi. Dhia mula
berang. Apa lagi yang Uwais mahukan darinya. Boleh diam tak? Bisik hati kecil
Dhia sambil mencapai bantal peluk lalu di pekup pada telinga.
“ Sayang...”
Kali ini Uwais memanggilnya
dengan panggilan yang paling dia benci. Ini memang tak boleh jadi! Melampau
betul kau Uwais! Malam-malam jugalah kau nak naikkan darah aku!
“ Apa!?” Jerit Dhia sedikit kuat. Telinganya dapat
menangkap gelak ketawa lelaki itu.
“ Dah tidur ker?”
Satu lagi soalan yang mencabar
kesabaran Dhia ketika ini. Nak saja dia hempuk kepala Uwais dengan bantal
peluk. Ada ke tanya soalan bodoh macam itu.
“ Kalau saya dah tidur, tak adanya saya jawab panggilan
awak!” Sindir Dhia.
“ Tak sejuk ke tidur tak ada selimut?” Soal Uwais.
Gila tak sejuk! Dah rasa macam
beku tulang aku ni. Gomel Dhia sendirian. Nak mintak selimut, malulah pula
sebab belagak sangat tadi.
“ Saya dah biasa tidur tanpa selimut. Awak tak payah
menyibuklah!” Keras Dhia membalasnya. Ego yang dia miliki tidak harus di
perendahkan.
“ Dhia...” Panggil Uwais lagi.
“ Sekali lagi awak panggil nama saya, saya halau awak
tidur dekat luar!” Marah Dhia.
“ Tapi ini bilik saya” Beritahu Uwais.
“ Sekarang, bilik ini bilik saya! Dah, diam!” Dhia memang
sudah tidak tahan dengan kerenah Uwais itu. Malam-malam jugalah nak di ajak
berbual. Aku nak tidur, faham! Esok pagi-pagi aku nak berambus cepat-cepat dari
rumah ini. Aku dah tak sampai hati nak
sakitkan hati keluarga ini.
*
*********
Dhia membuka matanya
perlahan-lahan bila dia terasa cahaya matahari mula memancar di mukanya. Itu
tandanya langit sudah cerah. Alangkah
terkejutnya dia bila melihat Uwais berada di atas katil dan setengah kepala
lelaki itu terjuntai ke bawah. Dia terus menjerit sambil melompat bangun dari
baring bila dia perasan yang tangan kanan lelaki itu berjuntai ke bawah dan
betul-betul mengena pada dadanya. Ini dah melampau!
Uwais terkejut dengan jeritan
itu. Pantas dia membuka matanya. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Dhia yang
berada di penjuru bilik sambil memeluk bantal tidur. Apa dah berlaku?
“ Tak guna!”Jerit Dhia sambil melemparkan bantal di
tangannya pada Uwais dan betul-betul mengena pada kepala.
“ Apa saya dah buat?” Soal Uwais pelik. Rasanya dia tidak
mengacau wanita itu tidur pun. Malam tadi dia memang tidak boleh terlelap
hinggalah dia naik tidur di atas katil, barulah matanya boleh tertutup rapat.
Sakit tubuhnya bila terpaksa tidur di lantai. Seumur hidupnya, tidak pernah
sekali pun dia tidur di atas lantai.
Dhia mengentak kakinya
beberapa kali. Tak pernah ada lelaki menyentuh tempat sensitif dia selama ini
dan Uwaislah yang pertama. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik air.
Uwais masih tidak mengerti apa
yang sedang berlaku sebenarnya. Tiba-tiba sahaja wanita itu menjerit dan
mengejutkan dia dari lena. Dia kembali baring di tilam kerana masih ada sisa
mengantuk di matanya. Soal Dhia, malas dia nak fikir. Matanya di kerling pada
jam, sudah pukul 8.00 pagi. Nasib baiklah dia sedar pukul 6.00 pagi tadi untuk
sembahyang subuh dan barulah dia tidur kembali. Banyak kali juga dia kejutkan
Dhia, namun wanita itu tetap tidak bangun. Mungkin Dhia sedang mengangkat
bendera, sebab itulah wanita itu tidak mahu bangun bila dia kejutkan. Duganya
sendirian.
Tiba-tiba isterinya keluar
dari bilik air dalam keadaan tergesa-gesa dan terus mencapai tas tangan yang
berada di atas meja. Tudung di atas kepala terus di betulkan. Lucu pula dia
rasa bila melihat wanita itu tidur bersama dengan tudung di kepala. Seumur
hidupnya, dia tidak pernah melihat rambut isterinya lagi.
“ Nak pergi mana?” Soal Uwais bila tubuhnya yang
terbaring sedikit bangun sambil mengerling pada isterinya yang kelihatan begitu
sibuk.
Dhia langsung tidak memandang
muka Uwais kerana masih malu dengan kejadian tadi. Harap-harap lelaki itu tidak
ingat apa yang berlaku tadi, kalau tidak memang malulah dia seumur hidup. Seram
pula dia dengan Uwais.
“ Dhia, saya tanya awak ni. Saya bukan bercakap dengan
tunggul kayu tau” Sindir Uwais sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Saya dah lewat nak pergi kerja. Ini semua awak punya
pasallah!”Dhia menyalahkan Uwais. Kalau bukan kerana lelaki itu memang dia
tidak akan terlewat untuk ke tempat kerja. Kalau tahu macam ini, memang dia
tidak akan setuju dengan idea Suria untuk datang kemari.
“ Mak ai! Salah saya ke? Awak yang tidur macam orang
mati, saya pula yang di salahkan.Pagi tadi saya kejutkan awak, tapi awak
langsung tak bergerak.”Balas Uwais. Dhia mencekak pinggang di tidak jauh dari
katil sambil memanah matanya dengan mata lelaki itu. Suka-suka cakap aku tidur
macam orang mati. Kaulah yang patut mati!
“ Siap berdengkur lagi” Sambung Uwais lagi.
Bulat mata Dhia mendengar
kata-kata Uwais itu. Berdengkur? Sejak bila pula aku tidur berdengkur? Suria
dengan Munirah tak pernah bagitahu aku pun yang aku ni tidur berdengkur. Ya
Allah....Malunya.
Pantas dia mengangkat kaki dan
meninggalkan bilik itu. Lagi lama dia di situ, makin tebal pula pipinya nanti.
Uwais tergelak kecil. Yang
sebenarnya, Dhia langsung tidak berdengkur. Saja nak mengusik wanita itu. Tak
sangka Dhia cepat melatah juga. Tubuhnya di baringkan semula pada tilam sambil
mendepakan kedua-dua tangan. Seronok sungguh dia rasa walaupun hanya semalam
tinggal berdua di dalam satu bilik. Selepas solat subuh pagi tadi, dia terus
naik tidur di atas katil bila terasa urat-urat di tubuhnya mula terasa sakit.
Ketika itu jugalah dia tidur di sebelah kiri katil untuk menatap wajah
isterinya yang sedang nyenyak tidur. Dia memang suka melihat Dhia sedang lena.
Comel sungguh Dhia ketika itu. Tanpa sedar, dia terlena di buai mimpi juga.
“ Tak guna betul! Dah lah sentuh tempat sensitif aku,
lepas tu cakap aku tidur berdengkur! Nak je aku siku-sikukan kepala dia!”Bebel
Dhia sendirian sambil menuruni anak tangga sambil mencari anak kunci keretanya
yang berada di dalam tas. Entah bahagian manalah kunci itu di letak. Masa-masa
beginilah kunci tu boleh hilang. Itulah orang nak pakai tas tangan, dia nak
pakai juga. Pastu mulalah susah nak mencari barang.
“ Dhia nak pergi mana?” Tegur Umairah yang baru keluar
dari dapur.
Dhia terus menghentikan
langkah kakinya di anak tangga paling bawah. “ Saya nak balik” Jawab Dhia
selamber. Dia masih bengang kerana kunci keretanya masih belum di temui.
“ Tak nak sarapan dulu?” Ajak Umairah. Dhia mengelengkan
kepala. Dia memang sudah lewat untuk ke tempat kerja. Dahlah dia harus balik ke
rumah untuk menukar pakaian sebelum ke tempat kerja. Banyak masa lagi yang dia
harus guna nanti, jadi dia tidak mahu melengahkah masanya begitu sahaja.
“ Jomlah sarapan dulu”Umairah menarik tangan adik iparnya
itu menuju ke ruang makan yang menempatkan satu meja makan yang agak besar dan
mempunyai lapan kerusi keemasan itu.
Nak tak nak Dhia terpaksa aku.
Serba salah pula dia rasa ketika ini. Sepatutnya, dia buat mereka semua
membenci dia tetapi terbalik pula.
Dahlah dia masih belum mandi lagi. Gigi pun belum di gosok lagi, memang
pengotorlah dia kalau terus makan tanpa membersihkan diri terlebih dahulu.
Aduh! Rimasnya.
Kelihatan Datin Suzana sedang membaca surat
khabar sambil menikmati secawan kopi. Tidak pula kelihatan Dato’Haidar di ruang
itu. Umairah mengarah Dhia supaya duduk berhadapan dengannya. Dhia mula sengan
dengan mereka semua. Mereka terlampau baik dengannya hingga dia tidak boleh
melaksanakan rancangannya.
Bukannya dia tidak boleh
meminta cerai dengan Uwais, tetapi dia masih lagi mahu menjaga air muka
keluarganya di kampung. Dia tidak mahu kecewakan mereka berdua lagi. Mungkin,
kalau dia yang di ceraikan dan bukannya dia yang meminta cerai, pasti abah dan
ummi boleh menerimanya.
“ Macam mana tidur semalam Dhia? Selesa?” Tegur Datin
Suzana sambil melipat kembali surat khabar lalu di letak tepi.
Dhia hanya mampu mengganguk
walaupun dia langsung tidak selesa. Walaupun begitu, dia boleh pula tidur
nyenyak hingga langsung tidak sedar. Niatnya untuk naik tidur di atas katil
juga terus melayan kerana dia terlebih dahulu tidur sebelum Uwais. Jadi nyenyak
tidurnya bila ada yang menyelimutkan tubuhnya. Dia tahu itu pasti kerja Uwais.
“ Kak Kiah! Bawakan pinggan satu!” Jerit Datin Suzana
tiba-tiba. Beberapa saat kemudian, muncul wanita dalam lingkungan 40-an di
ruang makan sambil membawa sati pinggan lalu di hulurkan pada Datin Suzana.
Datin Suzana terus menyeduk
mee goreng ke dalam pinggan lalu di letak di hadapan menantunya. “ Makan Dhia,
jangan malu-malu” Jemput Datin Suzana sambil tersenyum manis
.
“ Mama, kakak dah lambat ni, kakak kena buka klinik.
Kalau nak tunggu Wais yang buka, memang tengah harilah baru buka” Umairah
meminta diri setelah satu keping roti yang di sapu jem stawberry habis di
makannya. Sebelum bangun dia sempat menghirup kopi panas di dalam cawan.
“ Yelah, hati-hati bawa kereta” Nasihat Datin Suzana.
Umairah terus mencium tangan kanan mamanya disertai dengan ciuman di pipi kiri
dan kanan.
“ Dhia, kakak pergi dulu. Makan tau jangan tak makan”
Umairah terus berlalu pergi selepas menyalami tangan adik iparnya itu.
Dhia semakin seganlah pula
bila hanya duduk bersama dengan Datin Suzana sahaja. Dulu dia selalu mengata
rambut Datin Suzana macam tudung saji dan tak sangka pula si tudung saji itu
jugalah yang menjadi mentuanya. Bersalah pula dia rasa kerana selalu mengata
Datin Suzana sedangkan wanita itu memang seorang yang baik hati. Siapa kata
semua orang kaya ni sombong dan angkuh? Buktinya keluarga Dato’Haidar semuanya
baik-baik belaka kecuali...
“ Morning mama”
Dhia berpaling ke arah suara
yang garau itu. Inilah orang yang terkecuali itu. Airil Uwais namanya. Lelaki
ini yang telah menghancurkan hatinya dan juga hidupnya. Masa depan yang cerah
bersama Umar yang pernah dia bayangkan dulu musnah begitu sahaja semuanya
gara-gara dua insan iaitu Kak Long dan Uwais. Lagi bengang Dhia bila dengan
selambernya Uwais mencium pipi kirinya dan melabuhkan punggung di sebelah dia.
Tak guna kau Uwais! Nasib baik depan datin, kalau tidak memang aku tumbuk kau
cukup-cukup!
“Lambat bangun Wais?” Soal Datin Suzana sambil menyuap
mee goreng ke dalam mulut.
“Tidur lambat semalam mama.” Balas Uwais sambil menyeduk
mee masuk ke dalam pinggan sebaik sahaja Kak Kiah menghulurkan satu pinggan
padanya.
Datin Suzana tergelak kecil
dengan jawapan anaknya itu. “Apa yang korang berdua buat sampai tidur pun
lewat?” Usik Datin Suzana.
Pipi Dhia mula merona merah
bila Datin Suzana bertanya begitu. Apa ke hijau sangat otak datin ni? Kami tak
buat apa-apalah, saya tidur awal. Yang tidur lambat tu anak datin, bukan saya.
Uwais hanya turut tergelak
sama. Dhia mula rasa seperti di permainkan sekarang ini. Boleh pula lelaki itu
tergelak tentang perkara yang tidak pernah berlaku. Terus kakinya memijak kaki
kiri lelaki itu hingga Uwais menjerit kecil. Padam muka!
“ Kenapa Wais?” Soal Datin Suzana bila tiba-tiba anaknya
itu menjerit seperti menahan kesakitan. Uwais hanya mengelengkan kepala tanda
tiada apa-apa yang berlaku. Matanya sempat mengerling pada Dhia dan kelihatan
wanita itu sedang menjeling tajam padanya. Alamak, kena marah lagilah aku lepas
ni.
“ Makan Dhia, jangan tengok je mee tu” Arah Datin Suzana
bila melihat menantunya itu langsung tidak menjamah makanan yang dia letak
tadi. Dhia hanya mengganguk. Untuk mengambil hati Datin Suzana, dia mencapai
galfu lalu menguis-guis mee goreng itu. Matanya terhenti pada satu benda yang
berada di dalam mee goreng itu. Sotong? Kenapa dalam mee ni ada sotong? Dahlah
dia jenis manusia yang tak boleh makan sotong, kalau dia makan juga perutnya
akan memuntahkan semula sotong itu.
Memang sejak dari kecil
lagi dia tidak makan sotong.Macam mana nak buat ni?
Dia mula mengasingkan sotong
dengan mee sebelum memakannya. Ketika dia menguyah, sudah terasa sotong di
dalam mulutnya walaupun dia tidak memakan makhluk itu, namun rasanya tetap ada.
Dia cuba bertahan dan cuba untuk menelannya. Pada suapan pertama dia mampu
bertahan, tetapi pada suapan ke dua, perutnya sudah tidak boleh menerimanya.
Terasa seperti isi perutnya ingin keluar bersama dengan mee tadi.
Terus dia bangun dari situ dan
menuju ke dapur serta merta. Tekaknya sudah tidak tertahan. Rasa dan bau dari
sotong itu benar-benar membantutkan seleranya.
Terkejut Datin Suzana dengan
tindakan Dhia itu. Apa dah berlaku? Kenapa dengan Dhia?
Uwais yang tadinya ingin
menyuapkan mee ke mulut terus melupakan niatnya bila melihat Dhia berlari
dengan lajunya menuju ke dapur.
“Kenapa Kak Kiah?” Jerit Datin Suzana dari ruang makan.
“ Puan Dhia muntah datin” Jerit Kak Kiah pula dari dapur.
Datin Suzana mengerling pada
anak lelakinya. “Dah berhasil ke Wais?” Usik Datin Suzana sambil tersenyum
lebar pada anak lelakinya itu.
Uwais mengerutkan dahinya. Berhasil? Apa yang
berhasilnya mama, kami tak pernah buat apa-apa pun selama ini. Kalau mama nak
cucu sangat, mama kena sabar sikit. Wais tengah berusaha untuk dapatkan menantu
mama tu balik. Bisik hati Uwais sendirian. Dia tidak menjawab pertanyaan
mamanya tetapi hanya menghadiahkan senyuman di bibir. Risau pula dia dengan
keadaan Dhia. Kenapa wanita itu muntah tiba-tiba? Ada yang tak kena ke?
*
*********
Hari pertama puasa, Dhia
pulang ke rumah umminya kerana sudah lama dia tidak balik ke situ. Memang
setiap tahun, puasa pertama dia akan berpuasa dengan ummi dan abah. Namun tahun
ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Marissa dan Maisara turut balik pada
puasa pertama. Kalau dia tahu begitu, memang dia tidak akan balik untuk
mengandap muka mereka berdua.Kalau Kak Long tak apa lagi, ini Marissa. Memang
dia tidak mampu tahan lagi dengan kata-kata Marissa yang ibarat seperti duri yang
menyusuk jantungnya.
Semua orang sudah mula
berkumpul di meja makan untuk menunggu azan berkumandang yang mungkin tidak
lama lagi. Dhia duduk bersebelahan dengan ummi dan betul-betul mengadap muka
Marissa dan Kak Long. Abah pula duduk di sebelah kanan ummi. Umar pula langsung
tidak kelihatan. Dhia langsung tidak memandang muka Marissa mahupun muka Kak
Long. Tak sanggup dia rasa untuk menatap muka mereka berdua.
“ Wais tak balik sama Dhia?” Soal Kak Long tiba-tiba. Tak
sampai hati pula dia ingin memberi tahu Dhia tentang tujuan Uwais berkhawin
dengan adiknya itu. Lagipun itu semua ada kaitan dengan dirinya. Jika dia
beritahu yang Uwais berkahwin dengan Dhia sebenarnya untuk membalas dendam
padanya, pasti marah Dhia semakin menebal. Dia tak nak Dhia menyalahkah dia
dalam hal itu.
Dhia mengangkat mukanya. Sejak
sampai di rumah itu lagi dia langsung tidak bercakap dengan Kak Long mahupun
yang lain. Dengan ummi sahaja dia bercakap. Abah pula langsung tidak mahu
bercakap dengan dia. Dia faham, abah masih marahkan dia kerana hal perkhawinan
dia dan Uwais dua bulan yang lepas.
Dhia mengelengkan kepala. Ummi
bangun dari duduk dan menuju ke peti ais.
“ Abang Wais bukannya suka sangat pada dia ni Kak Long,
dia ni yang gatal sangat pergi goda Abang Wais” Sindir Marissa.
Dhia hanya berdiam diri. Dia
tidak mahu menjawabnya kerana dia tidak mahu mengusutkan lagi keadaan. Lagipun,
dia tidak mahu menambah marah abah lagi padanya. Walau macam mana sekalipun dia
pertahankan diri, abah tak akan percayakan dia lagi. Kepercayaan lelaki tua itu
padanya sudah rapuh dan tunggu masa sahaja untuk lenyap terus.
“ Adik! Tak baik cakap macam tu” Marah Marissa pada adik
bongsunya itu.
“ Lah, memang benda betul kan, kalau dia tak gatal, tak
adanya sampai terlanjur” Sembur Marissa lagi.
Dhia mengeluh berat. Dia
mengerling pada abah dan lelaki itu seperti patung. Tidak langsung menyampuk
masuk. Abah, kenapa tak pertahankan Dhia seperti selalu? Kenapa abah biarkan
Marissa hina Dhia? Mana abah yang selalu sokong Dhia? Besar sungguh marah abah
pada Dhia. Abah boleh maafkan Kak Long tapi kenapa abah tak boleh maafkan Dhia.
Kesalahan Dhia lagi besar dari Kak Long ya,abah? Sebab Dhia hanya anak punggut?
Rintih Dhia sendiran.
“ Entah-entah sudah banyak kali terlanjur dengan lelaki
lain dekat luar sana tu” Sindir Marissa lagi.
Dhia merasakan seperti pisau
menghiris-hiris jantung dan hatinya. Sampai macam itu sekali Marissa bencikan
dirinya. Marissa, aku tak pernah kacau hidup kau, kenapa kau benci sangat pada
aku ha?
Soal Uwais, lelaki itu memang
tidak tahu yang dia pulang ke kampung. Sejak kejadian di rumah lelaki itu
sebulan yang lepas, dia sedaya upaya mengelak dari bertemu dengan Uwais. Dia
tak nak rasa kasiannya muncul setiap kali lelaki itu datang merayu apatah lagi bila
nama Datin Suzana di sebut. Memang lemahlah egonya jika nama itu di jadikan
alat untuk memujuk dia.
Tiba-tiba abah bangun dan
meninggalkan meja makan begitu sahaja. Semua yang berada di meja makan hanya
memandang tanpa berkata apa-apa.
“ Abah kamu nak pergi mana tu?” Soal Ummi sebaik sahaja
keluar dari ruang memasakan sambil mendulang satu jag air sirap bandung. Pelik
dia bila melihat suaminya pergi begitu sahaja. Azan tak lama lagi akan
kedengaran tapi boleh pula suaminya pergi begitu sahaja.
Maisara mengungkit bahu tanda
tidak tahu.
“ Ini semua salah dialah ummi. Abah masih sakit hati
dengan perbuatan dia ni”Marissa menunjuk ke arah Dhia.
Entah mengapa Dhia sudah
menjadi seperti batu. Tidak bercakap dan tidak bergerak. Dia bukannya tidak
mahu pertahankan diri tetapi dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Kalau dia
begitahu hal yang sebenarnya pun, bukan ada yang percaya. Malas nak bercerita.
Ummi terus menuju ke pintu
depan bila telinganya mula menangkap motosikal milik suaminya. Sebaik sahaja
tiba di depan pintu, sangkaannya tepat. Kelihatan suaminya sudah berada di atas
motor dan bersiap sedia untuk memulakan perjalanan.
“ Abang nak pergi mana? Dah nak dekat berbuka ni” Soal
Ummi.
“ Saya buka dekat masjib jelah. Awak bukalah dengan
anak-anak” Balas abah sebelum berlalu pergi. Ummi mengeluh berat sambil
melangkah ke dapur semula. Kecewa sungguh dia rasa ketika ini. Baru sahaja dia
berangan untuk berbuka puasa dengan anak-anak dan suami pada hari pertama
puasa, tetapi semuanya musnah begitu sahaja.
Punggung di labuhkan pada
kerusinya semula.
“ Mana abah, ummi?” Soal Maisara.
“ Abah buka puasa dekat masjib.” Jawab Ummi sambil
menuangkan sirap bandung ke dalam gelas lalu di hulurkan pada anak-anaknya.
Tiba-tiba moodnya terus hilang di sebabkan perkara itu.
“ Tengok, abah dah merajuk. Kau punya pasallah ni!”
Marissa menyalahkan Dhia.
“ Adik yang mulakan dulu! Kalau mulut adik tak celupar
sangat, abah tak akan pergi berbuka dekat masjib”Marah Maisara pula. Selama ini
dia jarang sekali memarahi adik perempuannya yang satu itu, tapi jika dia
biarkan berterusan makin naik lemaklah Marissa.
Dhia hanya menunduk dan
membiarkan dua beradik itu berperang mulut.Entah mengapa dia merasakan
kehadiran dia di rumah itu seperti kaca yang menghancurkan kebahagiaan keluarga
itu. Rasanya lebih baik dia tidak lagi muncul di situ dan semua orang akan
menutup mulut dari terus bercerita tentang dia.
“Sudah! Boleh tak kamu berdua jangan bergaduh?” Sergah
ummi kerana telinganya sudah tidak mampu terus mendengar pergaduhan antara dua
beradik itu.
Dhia sudah tidak mampu
bertahan lagi. Sudah cukup selama ini bertahun-tahun dia cuba bertahan.
Kesabaran seseorang ada hadnya. Dia bikas bangun dari situ dan terus berlalu
pergi dari ruang makan itu. Ummi sekali lagi mengeluh. Pepecahan keluarganya
semakin merebak. Dia tidak tahu di mana silapnya. Marissa tersenyum girang bila
wanita yang dia benci sudah tiada pada pandangan matanya.
Maisara turut rasa bersalah
dengan apa yang berlaku. Walau apapun yang berlaku, semuanya bukan salah
Dhia.
Dia pernah ceritakan apa yang
berlaku sebenarnya pada abah, namun abah tetap tidak percaya.Kata abah, dia
cuba mereka cerita demi pertahankan Dhia. Abah begitu kecewa dengan Dhia tetapi
yang peliknya abah boleh pula menerima penjelasan dia berkaitan dengan kes
khalwatnya itu bulat-bulat. Atau pun abah hanya pura-pura mempercayainya kerana
dia anak kandung dan Dhia bukan hasil pernikahan mereka berdua.
Azan dari masjib yang berada
selang beberapa buah rumah dari rumahnya sekarang mula berkumandang. Semuanya
terus terdiam dan mula membaca doa makan.Ummi menjamah sebiji kurma lalu terus
bangun dari duduk. Di capai satu piring kecil lalu di letak lima biji kurma di
atasnya. Gelas berisi sirap bandung itu di capai lalu terus kakinya melangkah
keluar dari ruang makan.
Matanya melilau mencari
kelibat Dhia di dalam bilik, namun tidak pula kelihatan. Dia menuju ke ruang
tamu pula dan hasilnya tetap sama. Tiada.
Kedengaran enjin kereta di
halaman rumahnya, pantas dia bergegas ke situ. Kelihatan Dhia sedang memasukan
beg pakaian ke dalam bonet kereta dan dia yakin yang anaknya itu akan
meninggalkan rumah.
“ Dhia!” Panggil ummi.
Dhia yang baru sahaja ingin
masuk ke dalam perut kereta terus berpaling ke belakang. Tersentuh hatinya saat
melihat ummi melangkah lemah ke arahnya sambil membawa sesuatu.
“ Dhia nak pergi mana nak?” Soal ummi lagi.
“ Maafkan Dhia ummi. Dhia tak boleh tinggal dalam rumah
yang tak pernah terima Dhia selama ini. Dhia nak balik Kuala Lumpur” Beritahu
Dhia.
“ Ummi faham, tapi ummi nak Dhia tahu yang ummi selalu
menerima Dhia. Ummi dah anggap Dhia macam anak ummi sendiri. Ummi sayang Dhia”
Luah ummi sambil menitiskan air mata. Berat sungguh penderitaan anaknya itu.
Sejak kecil sampai ke besar, ada sahaja dugaan yang mendatang. Ya Allah, kau
tabahkanlah hati anakku ini... Doa ummi dalam hati.
“ Dhia pun sayangkan ummi” Dhia memeluk tubuh ummi
seperti selepas ini dia tidak akan dapat memeluk tubuh itu lagi.
“ Makan ni Dhia, buat alas perut. Tak baik melewatkan
berbuka” Ummi menghulurkan kurma dan gelas berisi sirap bandung pada anaknya.
“ Terima
kasih ummi” Dhia terus mencapai satu biji kurma lalu di suap ke mulutnya.
Sebenarnya dia sudah berbuka tadi dengan meneguk air mineral sebaik sahaja azan
berkumandang. Dia tahu kasih sayang ummi padanya tidak pernah kurang walau
apapun yang berlaku. Terima kasih ummi...
****************
Terkejut Suria dengan
kehadiran Dhia di ruang tamu rumah sewanya sebaik sahaja dia pulang dari tempat
kerja. Bukan sepatutnya wanita itu ada di kampung sekarang ini. Semalam bukan
main beria minta cuti dari Hasni untuk berbuka puasa bersama keluarga, tapi
belah malam pula, muncul di ruang tamu pula. Laju betul bawa kereta.
“ Woi! Kata balik kampung? Kau melencong tempat lain ek?”
Duga Suria sambil melabuhkan pungungnya pada sofa ruang tamu bersebelahan
dengan Dhia yang sedang leka menonton tv. Beg-beg plastik berisi makanan lebih
ketika berbuka tadi di letak atas meja berhadapan dengan sofa. Dia sempat mengeling
pada jam, sudah pukul 11.00 malam. Tak sangka lama juga dia melepak di kedai
mamak bersama dengan Hasni tadi selepas waktu berbuka puasa. Nasiblah kedai dobi tutup pukul 8.00
malam ketika bulan puasa, kalau hari biasa kedai tutup pukul 9.00 malam.
“ Aku dah balik kampung, tapi aku patah balik sini
semula”Beritahu Dhia dan matanya masih tertumpu pada skrin tv. Nasib baiklah
perjalanan dari kampungnya ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3 jam, jadi
tidaklah terlalu penat memandu kereta.
“ Asal?” Suria memusingkan tubuhnya mengadap Dhia yang
langsung tidak mahu memandang mukanya.
“ Tak ada apa-apalah. Aku ada hal sikit tadi, sebab
itulah aku patah balik ke KL lepas berbuka tadi” Bohong Dhia. Selama ini Suria
tidak tahu sangat tentang kisah hidupnya. Kalau dia hendak bercerita,
Munirahlah orang yang di cari. Bukan dia tidak percayakan Suria, tetapi dia
tidak mahu bebankan lebih ramai orang dengan masalahnya.
“ Kau lapar tak?” Soal Suria.
“ Boleh tahan. Aku sempat jamah kurma jer tadi” Beritahu
Dhia. Sememangnya perut dia menjerit-jerit minta di isi, tetapi dia yang buat
tak endah. Perutnya memang terasa lapar tetapi tekaknya seperti menyekat
makanan untuk masuk. Mungkin dia tekaknya mual dengan sindiran dari Marissa
tadi.
“ Nah, makan ni” Suria mencapai salah satu plastik
makanan yang di bawanya ke arah Dhia. Di dalam plastik itu, terdapat makanan
yang di letak dalam polistrin.
“ Baiknya kau hari ni? Apa benda ni?” Soal Dhia. Bau
wangi yang datang dari makanan yang di serahkan Suria itu menarik seleranya.
Tiba-tiba terasa lapar seperti sudah tiga hari tak makan.
“Chicken chop”Jawab Suria sambil tersenyum manis. Tak
sabar dia nak tengok rakannya itu makan makanan itu.
Dhia mengerling pada rakannya.
“Banyak duit kau”
Suria tersengeh bila dia
berkata begitu. “ Bukan aku yang beli” Balas Suria.
Dhia mengerutkan dahinya.
Kalau bukan kau yang beli siapa lagi?
“Sebenarnya petang tadi suami kau datang kedai. Dia cari
kau sebab nak bagi makanan ni, tapi bila aku cakap kau tak ada, dia bagi
chicken chop ni kat aku. Tapi masa tu aku dah beli makanan untuk berbuka puasa,
so aku bawa balik jelah”Terang Suria. Pada mulanya dia berniat untuk
sembunyikan sahaja hal itu, tetapi dia takut pula kalau dalam bab-bab menipu
ni. Takut terkantoi, lagi parah jadinya walaupun hal kecil sahaja.
Dhia meletakkan semula makanan
tersebut di atas meja. Putus seleranya saat saat nama Uwais timbul. Tak
habis-habis Uwais! Uwais! Uwais! Uwais! Bosan tahu tak!
“ Tak baiklah kau buat makanan macam tu. Dia beli khas
untuk kau tau” Suria tahu yang Dhia tidak akan makan makanan itu.
“ Aku tak nak makanlah apa sahaja yang datangnya dari
dia!”Keras Dhia. Dia lebih sanggup berlapar dari menerima pemberian lelaki itu.
Bantal kecil yang berada di sisinya terus di peluk erat dan matanya kembali
pada tv walaupun cerita yang sedang di tayangkan itu langsung tidak menarik
minatnya.
“ Dhia kalau aku cakap kau jangan marah tau” Minta Suria
sambil membetulkan kedudukannya agar lebih selesa.
“ Cakaplah”
“ Macam mana kau benci dia sekalipun, dia tetap suami kau
yang sah. Kau tak rasa berdosa ke buat dia macam tu?” Tegur Suria.
“ Dia yang patut rasa berdosa sebab fitnah aku sampai aku
terpaksa bernikah dengan dia. Kau ingat aku suka ke buat macam ini? Aku tahu
memang berdosa seorang isteri tinggalkan suaminya, tapi aku tak pernah anggap
dia suami aku.”Balas Dhia disertai dengan keluhan. Dendamnya masih lagi bersisa
di hati. Tidak mudah dia maafkan kesalahan lelaki yang telah menghancurkan masa
depannya.
“ Walaupu kau tak anggap dia suami kau, tapi dia memang
dah jadi suami kau,Dhia. Cuba kau buka hati kau untuk dia. Mencuba itu lebih
baikkan daripada kau lari dari kenyataan yang kau sendiri tak boleh ubah. Suami
tetap suami dan dosa tetap dosa, Dhia. Aku rasa kau lebih arif dalam bab-bab
agama berbanding aku, jadi kau fikirkanlah”Sambung Suria lagi. Dia yakin yang
rakannya itu lebih mengerti darinya.
Dhia melepaskan keluhan. “Kau
tak faham Suria. Aku tak boleh terima dengan apa yang dia telah buat pada aku. Di
sebabkan dia aku kehilangan ramai orang yang aku sayang. Cukuplah penderitaan
yang aku terima selama ini dan aku tak sanggup lagi menghadapinya” Balas Dhia.
“Kau kena hadapinya, Dhia” Suria menepuk bahu rakannya
beberapa kali untuk memberi sedikit semangat.
“ Aku nak minta cerai”Dhia memberikan kata putus.
Bulat mata Suria mendengarnya.
“ Sampai macam itu sekali kau benci dia? Tak ada jalan lain ke?” Soal Suria.
Walaupun dia tahu yang Dhia tidak pernah bahagia dengan pernikahan itu, namun
dia masih cuba membantu. Dia tidak mahu meruntuhkan masjib yang di bina
walaupun tanpa rela itu. Menyesal dia memberi idea pada wanita itu untuk
membuat keluarga Uwais membenci. Nasib baiklah ideanya itu tidak di laksanakan
Dhia ketika ke rumah lelaki itu dulu.
Dhia mengelengkan kepalanya.
Memang sudah tiada jalan lain lagi. Lagipun, setiap kali dia tengok muka Uwais,
hatinya menjadi sakit dan kesakitan itu semakin mendalam bila wajah abah,
Marissa dan Kak Long bertandang di mindanya. Semuanya kerana dia!
“ Kenapa kau tak minta cerai dari dulu lagi?” Suria mula
ingin tahu.
“ Dulu aku fikir perasaan abah aku, tapi...” Dhia tidak
menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba mutiara jernih terbik dari kelopak matanya.
Cepat-cepat dia mengesatnya. Dulu memang dia fikir soal perasaan abahnya, tapi
sekarang lain pula jadinya. Abah sudah tidak perdulikan dia dan untuk apa lagi
dia menjaga hati itu. Lebih baik dia selesaikannya segera dan bolehlah dia
mulakan hidup seperti sedia kala.
Suria memeluk tubuh rakannya.
Dia faham penderitaan rakannya itu. “ Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk
kau, teruskan. Aku sokong dari belakang”Suria memberikan kata semangat. Dhia
mengganguk perlahan-lahan. Air matanya yang meleleh di pipi terus di lap sampai
kering. Dia tidak mahu menangis lagi, sudah banyak air matanya yang mengalir
selama ini. Cukuplah ia kering sampai di situ sahaja.
“ Dah, jangan nangis lagi. Kalau kau tak nak makan
chicken chop ni, jom aku belanja kau makan dekat luar”Cadang Suria.
Dhia tersenyum manis.
Sememangnya suria kalau bab-bab makan laju sahaja dan senang di ajak. “ Habis,
chicken chop ni macam mana?” Soal Dhia. Sayang pula dia rasa jika di buang.
Walaupun dia tidak mahu menjamah makanan itu, tetapi dia juga tidak suka
membazir.
“Habis dah kau tak nak makan, tak akan aku nak paksa
pula” Balas Suria sambil bangun dari duduk dan menuju ke dapur.
“ Kau jelah yang makan. Kau kan suka makan.”Cadang Dhia.
“ Aku pula yang jadi mangsanya. Okeylah...”Jerit Suria
dari dapur. Dhia tersenyum. Setiap kali dia perlukan bantuan untuk menghabiskan
makanan, pasti Suria akan membantu. Sebab itulah Suria lebih sihat darinya.
“ Suria! Muni mana?” Soal Dhia. Ketika dia sampi di rumah
tadi, sememangnya kereta milik Munirah tiada di hadapan rumah.
“ Muni balik kampung petang tadi, katanya ada kenduri
rumah mak saudara dia” Jawab Suria dari dapur.Dhia mengganguk tanda mengerti.
Rasanya dia harus bersihkan diri dulu sebelum keluar kerana keseluruhan
badannya mula terasa melekit.
“ Aku mandi dulu ya Suria!” Jerit Dhia sambil berlari ke
tingkat atas.
*******************
Jam sudah menunjukan pukul
5.00 petang. Seperti biasa Dhia akan duduk di kaunter dan menunggu seseorang
tiba. Entah mengapa dia tidak mampu mengawal dirinya dari duduk di situ dan
menunggu. Sudah masuk minggu ke tiga umat islam berpuasa dan sejak itu jugalah
dia tidak pernah balik ke kampung lagi. Hanya panggilan telefon sahaja yang
menajadi perhubung antara dia dan ummi.
Agak lama dia menunggu, namun
kelibat orang yang dia tunggu tetap juga tidak muncul.Sekali lagi dia
mengerling ke arah jam dinding. Sudah lebih setengah jam dari waktu yang
sepatutnya orang itu datang. Kenapa tak datang-datang lagi?
Sesekali dia menjenguk ke luar
kedai dan mencari kelibat orang yang dia tunggu itu, namun tidak juga kelihatan.
Keluhan di lepaskan. Entah mengapa dia tidak sabar-sabar menunggu kedatangan
orang itu.
“ Hai, dah tak sabar nampak” Tegur Suria sebaik sahaja
tiba di bahagian depan kedai. Dhia yang tadinya menjengukkan kepalanya ke luar
kedai terus menghentikan perbuatannya itu. Malulah pula dia bila di tegur
begitu. Dia pura-pura menaip sesuatu di komputer yang berada pada kaunter.
“ Tak sabar apa?” Dalih Dhia. Malu kalau Suria tahu apa
yang dia sedang nantikan sekarang ini.
Suria tergelak sendirian. “
Buat-buat tak faham konon. Aku tahu kau tunggu doktor tu hantar makanan untuk
kau kan?” Duga Suria.
Merah padam muka Dhia ketika
ini. Tak sangka Suria perasan perlakuannya tadi. Sememangnya waktu-waktu begini
Uwais sudah tiba di kedai dan menyerahkannya juadah berbuka puasa. Pada mulanya
dia tidak suka Uwais berbuat begitu padanya, namun bila sudah lama-lama dia
pula yang tidak sabar menunggu. Dia sendiri pelik dengan perasaannya sekarang.
Dulu dia benci melihat wajah Uwais, namun kini otaknya selalu memikirkan wajah
itu sampai kadang-kadang dia boleh berangan berjam lamanya.
“ Macam mana dengan kes perceraian kau tu?” Soal Suria
sambil menyusun baju yang bakal di ambil pelanggan bila-bila masa sahaja.Dhia
memusingkan kerusinya mendapat Suria yang sedang menyusun baju tidak jauh
darinya.
“ Sepatutnya hal tu dan settle, tapi datin pula buat aku
serba salah” Cerita Dhia.
“Kenapa pula?”
“ Masa 2 ramadhan haritu kan, aku ada cakap dengan Uwais
yang aku nak dia ceraikan aku, tapi Uwais diam jer. Yang aku bengang tu , dia
boleh pergi cerita pada mama dengan papa dia. Apa lagi, datin terus datang
jumpa aku dan merayu-rayu agar aku jangan bercerai dengan anak dia. Aku pun tak
tahulah apa istimewanya aku ni pada datin, padahal aku bukannya anak orang kaya”
Sambung Dhia lagi.
Suria mengganguk tanda
mengerti. “Habis, apa jadi?”
“ Aku tetap dengan pendirian aku dan keputusan aku adalah
muktamat. Datin ada minta aku tangguhkan dulu perceraian aku tu sampai lepas
hari raya.”
“So, kau setuju?” Suria mula tidak sabar untuk tahu
dengan lebih lanjut. Selama ini dia tidak berani pula nak bertanya lebih-lebih.
“ Aku dah tak ada pilihan. Tunggulah lepas raya, lepas tu
aku bebaslah.Lagipun aku kesian dengan datin yang asyik minta aku jangan
berpisah dengan anak dia. Dia tak tahu yang aku ni benci gila pada anak dia
tu!” Keras nada suara Dhia. Suria sekali lagi tergelak kecil.
“ Itu masa 2 ramadhan, tapi sekarang ni dan 13 ramadhan.
Dalam masa 11 hari ni, aku tengok kau dah macam syok dengan doktor tu je. Ada
rasa apa-apa ke?” Usik Suria.
Dhia memalingkan mukanya ke
arah hadapan kedai. Betul ke aku ni nampak macam syok dekat dia? Tak
mungkinlah, aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku benci dia bukan sukakan
dia.
“ Rasa apa?” Keras soalan Dhia kali ini.
“ Rasa sayang dekat dialah” Usik Suria lagi sambil
tergelak besar. Lucu bila melihat muka rakannya seperti sedang menahan malu.
Entah mengapa, hatinya begitu yakin mengatakan yang Dhia sudah mula sayangkan
Uwais. Dia harus bertindak sebelum terlambat. Dia harus selamatkan rumah tangga
rakannya itu kerana dia tahu yang Dhia keliru dengan perasaan sendiri. Antara
benci dan sayang, rakannya itu sudah tidak mampu menilainya.
“Kau merepek apa ni” Dhia mula rasa segan bila bercakap
soal itu. Selama ini dia langsung tidak kisah jika bercakap soal hati dan
perasaan dia.
“ Hati kau sebenarnya dah suka dekat dia, cuba kau cuba
tutup rasa itu dengan kebencian dan dendam kau pada dia. Kalau aku jadi kau pun
aku boleh jatuh cinta pada lelaki yang kacak dan berkerjaya macam Doktor Uwais
tu.”Omong Suria sambil melangkah ke ruang belakang kedai semula sambil membawa
penyangkut baju dan satu bakul kain.
Dhia mengeluh berat. Betul ke
aku dah suka dia? Oh tidak! Aku tak boleh jatuh cinta pada lelaki yang telah
memusnahkan hidup aku. Tak! Aku tak sayang dia, tapi aku benci dia! Dhia
mengeraskan hatinya supaya tidak akan berubah. Matlamat dia sekarang adalah
ingin bebas dari lelaki itu.
*****************
“Kau nak kirim apa-apa tak?” Suria sebaik ketika bersiap
sedia untuk ke bazar ramadhan. Memang kebiasaan dia akan pergi ke tempat itu
untuk membeli makanan bersama dengan Zulaika.
Dhia mengelengkan kepalanya.
Hilang moodnya untuk makan bila orang yang di tunggu tidak muncul-muncul.
Selalunya lelaki itu akan membelikan dia juadah berbuka puasa. Entah mengapa
setiap hari dia tidak sabar menunggu lelaki itu datang.
“ Dah pukul 6.00 ni, aku rasa doktor tak datang kot. Kau
kirim dengan aku jelah. Kalau tak kebulur kau nanti.” Cadang Suria.
“ Beli jelah apa-apa untuk aku”Dhia mengalah. Rasanya apa
yang di katakan Suria betul Uwais memang tidak datang hari ini.
“Nasi putih dengan daging masak blackpaper, right?” Soal
Suria. Dhia mengganguk laju. Sekarang ini memang dia tidak perlu cakap lagi
kerana Suria sudah tahu apa yang dia mahukan.
Selepas Zulaika keluar dari
bahagian belakang kedai, Suria terus berjalan seiringan dengan wanita itu
keluar dari kedai dan menuju ke bazar ramadhan yang terletak tidak jauh dari
situ.
Dhia mula kebosanan bila
terpaksa menjaga kedai sendirian. Di belek muka surat majalah yang mungkin
sudah beratus kali dia belek, dan langsung tidak ada yang menarik minatnya.
Dagu di tungkat dengan tangan sambil mengikut lirik lagu yang sedang
berkumandang di radio Era FM. Sememangnya itulah kerja dia jika tiada
pelanggan.
“Dhia...”kedengaran suara orang memanggil namanya. Dia
kenal nada suara yang memanggil namanya. Pantas dia mengangkat muka memandang
manusia yang sudah berdiri di hadapan kaunter pembayaran. Akhirnya, dia sampai
juga. Dah lama aku tunggu kau tahu tak!
“ Dhia dah beli makanan untuk berbuka?” Soal Uwais agak
lembut.
Dhia terdiam sejenak. Dia
harus mengganguk ataupu mengelengkan kepala. Kalau mengeleng, kan muncul pula
Suria bersama dengan nasi dan daging masak lada hitam dia tapi kalau mengganguk
pula, tak dapat aku rasa makanan yang Uwais bawa. Mana satu ni?
“ Dhia, dengar tak apa yang saya tanya?” Uwais perasan
yang isterinya itu seperti sedang mengelamun.
“ Dengarlah, awak ingat saya tak ada telinga ke?”
Dhia
masih dengan nada suara
kasarnya. Dia ingin berlagak selamber dan tidak terlihat kegugapan dia
sebenarnya. Ya Allah... Asal jantung aku berdenyut kencang ni.
“ So?”
Dhia mengerutkan dahinya. “
So? What?” Balas Dhia tidak mengerti.
“ Ya Allah, Dhia... Tadi kata dengar apa yang saya tanya,
pastu tanya saya balik. Saya tanya awak dah beli makanan untuk berbuka ke?”
Uwais mengulangi ayatnya tadi dengan lebih jelas.
Kepala Dhia terus
mengelengkannya. Alamak! Asal dengan kepala aku ni? Kenapa kepala aku sendiri
aku tak boleh kawal?
“ Baguslah kalau macam itu, saya nak ajak awak berbuka
dekat luar. Hari ni saya tak beli apa-apa untuk awak” Ajak Uwais.
“Tak naklah!” Dhia pura-pura jual mahal, walhal di dalam
hatinya begitu gembira sekali dengan ajakan itu.
“ Lepas raya kan kita akan berpisah, apa salahnya untuk
kali terakhir kita keluar makan sama” Pujuk Uwais.
Tersentuh Dhia dengan
kata-kata lelaki itu. Terakhir? Boleh ke aku teruskan hidup tanpa di ganggu
lelaki itu? Selama ini hidupnya sudah terbiasa dengan adanya Uwais walaupun
hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku dulu. Perkataan ‘terakhir’ itu
benar-benar meragut tangkal hatinya.
Tapi itulah pilihan yang dia buat, jadi dia sudah tidak mahu berpaling
ke belakang lagi. Mungkin perasaan suka yang timbul di hatinya pada Uwais hanya
bersifat sementara, kerana keluarga lelaki itu begitu baik padanya.
“ Saya tak pernah cakap yang saya dah maafkan awak okey”
Dhia cuba mengingatkan lelaki itu.
Uwais mengganguk tanda
mengerti. “ Saya tahu...”
“ Sebenarnya kedai tak ada orang jaga” Beritahu Dhia bila
dia melihat lelaki di hadapannya itu mula masam mencuka. Kesianlah pula dia
rasa.
“ Sekarang dah ada yang jaga...”
Muncul satu suara lain. Dhia
terkejut bila melihat Hasni mula melangkah ke arahnya. Buka ke tadi wanita itu
sudah pulang kerumah untuk menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga. Kenapa
boleh muncul dekat sini pula?
“Akak buat apa dekat sini?” Soal Dhia.
“ Anak-anak akak semua pergi rumah nenek mereka, suami
akak pula pergi majlis berbuka puasa yang di syarikat dia anjurkan, so akak
datang sini sebab nak berbuka puasa dengan kamu semualah” Beritahu Hasni sambil
melangkah ke arah rak yang menempatkan pakaian para pelanggannya. Masih ramai
lagi pelanggannya yang belum mengambil pakaian mereka sedangkan mereka harus
mengambilnya hari ini juga. Tak betah dia menyimpan lama-lama baju itu.
“ Pergilah Dhia...Kesian dekat doktor.” Pujuk Hasni
sambil tersenyum sumbing.
Dhia mengeluh berat. Kenapalah
mereka semua ni macam pelik saja? Suria tak habis-habis cakap dia sukakan
Uwais, Hasni pula seperti memujuk dirinya untuk keluar dengan lelaki itu.
Zulaika dan Munirah begitu juga, asyik kata dia dan Uwais tidak patut berpisah.
Korang tahu tak yang aku tak boleh maafkan dia! Kenapa korang tak faham-faham
ha! Dia dah fitnah aku sampai hubungan aku dengan abah tidak seperti dulu lagi.
Dhia hanya berdiam diri. Kalau
di ikutkan rasa, memang dia nak pergi tapi bila ikut kata hati, kakinya tidak
mahu berganjak dari situ apatah lagi bila dia teringat tentang abah. Makin
beratlah hatinya ingin pergi bersama dengan lelaki itu.
Hasni tahu yang Dhia tidak
mahu berganjak dari situ. Pantas dia menuju ke arah wanita itu dan menarik
lengan Dhia supaya bangun dari duduk. Tas tangan yang berada di atas meja, dia
terus sangkut pada bahu Dhia serta merta. Tubuh wanita itu di tolak keluar dari
kedai. Bukan nak menghalau, tetapi ingin memaksa. Nak tak nak, Dhia terpaksa
akur juga.
“ Tak balik lepas berbuka pun tak apa!”Jerit Hasni bila
Dhia mula berjalan seiringan bersama dengan Uwais pergi dari kedainy. Dia
tersenyum manis. Harap-harap mereka berdua akan lebih mengenali satu sama lain.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu percerian adalah jalan pertama yang Dhia pilih
sedangkan masih terbentang luas jalan yang lebih baik.
“Macam mana akak? Dhia dah pergi?” Soal Suria sebaik
sahaja tiba di depan pintu kedai. Kelihatan majikannya itu sedang mendengar
alunan ayat suci Al-Quran yang sedang bekumandang di radio.
Hasni mengganguk dan mereka
sama-sama tersenyum bahagia.
*****************
Dhia dan Uwais berjalan
seiringan keluar dari salah sebuah restoran di tengah-tengah kesibukan ibu kota
sebaik sahaja selesai berbuka puasa. Tidak seperti pasangan suami isteri yang
lain, Dhia berjalan lebih jauh sedikit dari lelaki itu hingga ke kereta.
“ Kita solat maghrib dulu, lepas tu baru kita balik”
Cadang Uwais sebaik sahaja pintu kereta sebelah kiri di buka.
“ Tak payah nak buka pintu untuk sayalah. Tahulah saya
buka sendiri” Keras Dhia sambil mengeling tajam pada lelaki itu. Namun Uwais
hanya tersenyum.
“ Saya nak balik kedai” Dhia memberikan kata putus.
Uwais meneliti jam di tangan
kanannya. Sudah pukul 7.55 malam. Rasanya untuk berpatah balik ke kedai dobi
itu mungkin mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dia memang tidak biasa
sembahyang maghrib lebih dari pukul 8.00 malam.
“ Saya rasa kita tak sempat dah nak patah balik ke kedai
tu, apa kata kita solat je dekat masjib sana tu” Cadang Uwais sambil menunjuk
ke arah sebuah masjib tidak jauh dari situ.
“ Suka hati awaklah!”Dhia terus masuk ke dalam
kereta.
Uwais pula terus berlari ke
arah pemandu dan turut masuk ke dalam perut keretanya sebelum memulakan
pemanduan menuju ke masjib.
Hampir setengah jam jugalah
Dhia menunggu Uwais di tempat letak kereta masjib besar itu. Nak masuk dalam
kereta, kunci pula dia tiada. Lama betul lelaki itu sembahyang maghrib
sedangkan dia sudah siap 30 minit yang lepas. Berak ke apa dia ni? Duganya.
Kebosanan mula melanda. Botol
mineral yang bergolek ke arah kakinya saat angin bertiup sedikit kuat terus di
ibaratkan seperti bola. Di kuis-kuis dan di putar botol itu menggunakan
kakinya. Siapalah yang membuang sampah merata-rata ni? Dahlah dekat masjib, tak
ada adat betul!
“ Lama tunggu?”
Muncul Uwais tiba-tiba. Dhia
mencapai botol mineral bersaiz kecil itu lalu dia melangkah ke arah tong sampah
yang berada tidak jauh dari situ lalu dia kembali ke arah kereta.
“ Tak adalah lama sangat, setengah jam je” Sindir Dhia
bengang. Saat kunci pintu kereta di buka,pantas dia masuk ke dalamnya. Ingat
aku ni tunggul kayu apa nak menunggu dia!
“ Tadi masa saya nak keluar tiba-tiba tok iman mintak
saya tolong betulkan microfon, jadi saya tolonglah. Itu yang lambat tu. Maaf
ya...” Mohon Uwais.
Dhia memalingkan mukanya ke
arah luar tingkap. Tolong tok iman ke? Alaihai, suka-suka aku je fikir yang
bukan-bukan. Malunya...
Uwais memulakan pemanduannya
semula. Lega sedikit bila solat telah di laksanakan. Mungkin hari ini dia tidak
sempat pergi terawih bersama dengan mama dan papanya. Terpaksalah dia ponteng
terawih malam ini.
“ Nak pergi mana?” Soal Uwais ketika dalam pemanduan.
Sesekali dia memandang sekilas pada isterinya yang dari tadi hanya memandang ke
luar kereta. Entah apalah yang menarik sangat di luar sana berbanding di dalam
kereta. Dahlah gelap gelita, hanya sinaran cahaya lampu sahaja yang kelihatan.
“ Mana lagi, hantar saya baliklah”Jawab Dhia. Dia
meneliti jam di dashboard kereta. Susah pukul 8.45 malam. Memang sah-sah
sekarang ini sudah pukul 8.45 malam. Memang sah-sah tempat dia kerja sudah
tutup sekarang ini.
Uwais mengganguk sahaja. Dhia
malas nak bercakap banyak. Radio di dalam kereta terus di pasangnya agar lelaki
itu tidak akan bercakap dengannya lagi. Tiba-tiba kereta berhenti di depan
deretan kedai yang masih aktif lagi. Walaupun begitu, namun tidak ramai orang
kelihatan di sekitar itu.Hanya beberapa orang sahaja. Mungkin di sebabkan ramai
sudah mula ke masjib untuk solat terawih. Keluhan di lepaskan, selama umat
islam berpuasa, hanya beberapa kali sahaja dia sempat ke masjib untuk soalt
terawih bersama jemaah yang lain. Biasalah, kalau dah berbuka je, mulalah mata
mengantuk. Memang teruk betul dia rasa dirinya sekarang ini.
“ Nak pergi mana?” Soal Dhia bila melihat Uwais seperti
mahu keluar dari kereta.
“ Nak beli something” Balas Uwais.
“Rokok?” Laju sahaja Dhia bertanya. Entah mengapa dia
boleh jadi penyibuk pula. Lantak dialah nak merokok pun, yang aku sibuk tu
kenapa? Marah dirinya sendiri.
Uwais tergelak kecil. “ I
don’t smoke because it’s dangerous for our health. Dhia dah lupa ke yang saya
ni kan doktor.”
Dhia sekali lagi memalingkan
mukanya ke kiri. Dahinya di tepuk. Macam mana aku boleh lupa yang dia ni
seorang doktor? Buat malu je.
Bila lelaki itu keluar dari
kereta,Dhia hanya memandang setiap gerak langkah Uwais menuju ke 7ELEVEN
hinggalah kelibat itu hilang dari pandangan matanya. Ketika dia membetulkan ke
dudukkan kakinya, tiba-tiba pula dia tersepak laci dashboard lalu terus
terbuka. Pantas dia menutupnya kembali, namun belum sempat laci dashboard itu
tertutup rapat, ada satu benda di dalamnya yang menarik minatnya untuk tahu.
Kelihatan satu bingkai gambar yang berkedudukan terbalik yang bersaiz tapak
tangan.
Matanya di kerling ke kiri dan
ke kanan terlebih dahulu. Manalah tahu tiba-tiba muncul Uwais di situ dan pasti
lelaki itu akan menuduhnya mencuri. Bila keadaan sudah selamat, dia pun terus
mencapai bingkai gambar itu.
Tergaman dia bila gambar itu
di tebalikan mengadap muka dia. Gambar aku? Ini kan gambar aku masa kecil?
Macam mana gambar ni boleh ada dalam kereta dia? Bertubi-tubi Dhia bertanya
pada dirinya sendiri. Gambar ketika dia berusia 9 tahun itu adalah satu-satunya
gambar yang dia ada. Waktu itu, dia
menerima anugerah olahragawati ketika hari sukan sekolah. Itulah kenangan yang
tidak boleh dia lupakan. Dahlah masa tu dia hanya pakai baju tanpa lengan dan
berseluar pendek. Memang seksilah dia ketika itu.
Dia harus siasat kenapa gambar
itu boleh ada pada Uwais. Adakah lelaki itu mencuri gambarnya di rumah ummi? Tapi
bila pula lelaki itu balik ke rumah ummi? Seingat dia, ketika dia balik pada
puasa pertama, gambar itu masih utuh di atas rak sebelah televesyen.
Bila dia melihat Uwais mula
keluar dari kedai serbaneka dia terus memasukan gambar itu ke dalam tas tangannya
pula. Jangan harap aku nak bagi kau gambar kesayangan aku ni! Matanya memerhati
setiap gerak gerik lelaki itu yang mula berjalan menuju kereta. Oleh kerana
sudah ada dua buah kereta di depan 7ELEVEN itu, jadi jauhlah sedikit kereta
yang dia naiki sekarang ini dengan kedai itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi
kereta membrek di sebelah kereta duitnya. Terkejut Dhia dengan bunyi yang kuat
itu. Mahu tercabut jantung dia. Dia memerhatikan kereta yang berhenti secara
mengejut itu dan kelihatan dua orang lelaki keluar dari situ dan terus
mendekati Uwais. Di tarik lelaki itu masuk ke dalam kereta.
Dhia seperti tergaman dengan
apa yang berlaku. Uwais? Kereta tu? Apa! Berpeluh-peluh Dhia ketika ini. Air
matanya terus mencurah. Dia cuak dan tidak tahu hendak buat apa lagi.
Jantungnya tidak henti-henti berdenyut kencang. Apa perlu aku buat ni? Dia
tidak pernah menghadapi situasi begitu, jadi otaknya mula menjadi tepu. Tidak
boleh berfikir apa-apa lagi. Yang dia tahu sekarang ini adalah, menangis,
menangis dan menangis.
Tuk! Tuk! Tuk!
Cermin kereta di ketuk dari
luar. Terkejut Dhia dengan bunyi ketukan itu. Dia masih fobia dengan apa yang
sedang berlaku. Bila melihat Hasni yang berada di luar kereta, terus dia keluar
dan memeluk tubuh itu sekuat hati sambil menangis.
“ Kenapa ni Dhia?” Soal Hasni. Ketika dia hendak ke
7Eleven itu, dia ternampak kereta Uwais, sebab itulah dia ke situ. Suria yang
berada di dalam kereta Hasni ketika ini terus melulu keluar dan mendekati
mereka berdua.
“ Kenapa ni?” Kali ini Suria pula yang bertanya.
Dhia seperti orang
bisu.Tiba-tiba dia rasa begitu takut sekali. Bukan takut melihat kejadian itu,
tapi takut dua lelaki itu mencederakan Uwais. Macam mana kalau dia apa-apakan
Uwais? Tak! Aku tak boleh kehilangan Uwais!
“ Dhia, cakap!” Suria mengoncang tubuh Dhia supaya wanita
itu bercakap dan bukannya hanya menangis. Beberapa orang lalu lalang di situ
hanya memandang ke arah mereka bertiga.
“Uwais...”Terketar-ketar suara Dhia menyebut nama itu.
“Uwais? Apa dia buat pada aku? Mana jantan tak guna tu!?”
Marah Suria tiba-tiba sambil matanya melilau mencari kelibat Uwais.
“Dia tak buat apa-apa pada aku...”Rintih Dhia lagi. Kali
ini kakinya seperti lemah dan terus di bercangkung dan terus memeluk lututnya.
“ Habis kenapa kau jadi macam ini?” Soal Suria lagi
kerana tidak puas hati dengan jawapan Dhia yang tidak jelas itu. Hasni hanya
berdiam diri. Lagipun, soalan yang seharusnya dia bertanya semuanya Suria sudah
tanya.
“ Uwais kena culik...”
“ Apa!” Serentak Suria dan Hasni bersuara.
********************
“Kena kena buat report, tak kan nak duduk macam ini
sahaja”Tegas Suria. Dia mengelengkan kepala bila melihat Dhia hanya memangis di
samping Datin Suzana. Dato’Haidar pula hanya berdiri di hadapan pintu ke kolam
renang. Hasni dan munirah pula hanya duduk di sofa. Terpancar kerisauan di
semua muka, namun tidak pula mereka semua mencadangkan sesuatu. Sudah setengah
jam kejadian itu berlaku dan mereka pula buat macam tidak ada apa-apa yang
berlaku. Ini kes culik manusia tau, bukan culik kucing! Pelik betul!
“Jangan!” Hasni tiba-tiba bersuara. Semua mata mula
memandang ke arahnya.
“Kenapa pula?” Soal Suria lagi.
Dhia tidak mampu berkata
apa-apa. Hanya tangisan yang dia mampu lalukan. Sekarang ini dia benar takut.
Takut Uwais tidak akan kembali dan dia tak sanggup kehilangan lelaki itu. Ya
Allah...Lindungi dia.
“ Mesti penculik tu ada sebab kenapa dia culik doktor dan
pasti mereka akan cederakan doktor kalau kita buat report”Jelas Hasni sedikit
teragak-agak.
“ Ini bukan drama melayulah akak, ini realiti. Last-last
polis juga yang kita cari nanti”Suria semakin tidak puas hati. Entah mengapa
dia pula yang bersemangat lebih. Mungkin kerana dia tidak sanggup melihat
tangisan Dhia lagi.
Semua orang tidak menjawabnya.
Ruang tamu banglo milik Dato’Haidar kembali sunyi sepi. Suria melabuhkan
punggungnya sofa bersebelahan dengan Dhia. Di tarik wanita itu dan di peluknya.
Rakannya itu perlukan semangat.
Sejam berlalu begitu sahaja.
Mundar mandir Dato’Haidar di ruang tamu.Tiba-tiba Umairah muncul di ruang tamu
itu dan suasana sepi kembali tegang.
“ Wais dah jumpa ke belum mama, papa?” Soal Umairah
cemas.
Dhia mengerling pada kakak
iparnya itu. Dari mana Umairah tahu yang Uwais telah hilang? Rasanya ketika dia
sampai di banglo itu tadi, tiada siapa pun yang membuat panggilan keluar.
Lagipun kata Datin Suzana, Umairah masih di klinik.Mungkin dia tidak perasan
kot yang Datin Suzana ataupun Dato’Haidar yang memberitahu wanita itu.
Semua orang mengelengkan
kepala.
“Kakak ada jumpa kertas di terselit dekat pintu pagar
masa kakak masuk tadi”Umairah menunjukan kertas yang terlipat dua itu pada
semua orang yang berada di dalam rumah itu.
Dhia terlebih dahulu menyambar
kertas itu sebelum yang lain. Terus dia membacanya.
‘Anak kau ada dengan kami!
Kalau nak dia selamat, bawa 50 ribu. Jangan report polis, kalau tidak kau akan
terima mayat anak kau je’
Terlepas kertas itu di tangan
Dhia. Memang sah penculik itu mahukan duit dari keluarga mentuanya. Tapi yang
peliknya kenapa hanya 50 ribu. Selalunya penculik akan mintak lebih dari 100
ribu. Bukan itu yang dia risaukan sekarang ini, yang dia risau adalah
keselamatan Uwais.
“ Abang, macam mana ni? Saya tak nak penculik tu
apa-apakan Uwais.” Soal Datin Suzana pada suaminya.
“ Kita kena selamatkan Wais papa” Sampuk Umairah.
“ Abang akan pergi bank untuk keluarkan duit tu”
Dato’Haidar terus berlalu pergi begitu sahaja.
Dhia sedikit lega kerana duit
yang di minta itu memang sudah ada.
Harap-harap berjalan dengan lancarlah pertukaran wang dan nyawa Uwais.
“Sabar Dhia, Uwais akan selamat”Pujuk Datin Suzana sambil
mengengam jari jemari menantunya.
Dhia hanya mengganguk. Dia
bangga dengan Datin Suzana kerana masih boleh bertenang dalam keadaan yang
begitu tegang itu. Tidak nampak satu titis pun air mata wanita itu keluar,
namun terpancar kegelisahan di wajah itu. Siapa tak risau kalau anak sudah di
larikan orang.
Deringan telefon mengejutkan
semua orang. Semua orang takut untuk menjawabnya. Datin Suzana terus ke arah
telefon rumahnya itu yang berada tidak jauh dari situ. Semua orang menunggu apa
yang akan Datin Suzana katakan nanti. Beberapa minit kemudian, Datin Suzana
kembali di posisi asal.
“Kenapa datin?” Soal Dhia bila melihat perubahan pada
wajah mentuanya itu.
“ Penculik tu nak isteri Uwais yang hantarkan duit
tu”Beritahu Datin Suzana perlahan.
Bulat mata Dhia mendengarnya.
Manalah penculik tu tahu yang Uwais dan berkhawin. Dia mula syak sesuatu. Mesti
penculik itu juga mengenali Uwais, sebab itulah semua benda penculik itu tahu.
Agak-agak siapalah orang itu?
“ Kita tak boleh bahayakan Dhia, datin”Sampuk Suria lagi.
Pelik juga dia dengan Hasni, lebih banyak berdiam diri dari bercakap, lagi-lagi
Munirah. Langsung tidak bercakap sejak sampai di rumah itu lagi.
“ Tapi kita memang tak ada pilihan!” Sampuk Umairah pula.
“ Pilihan apa? Awak nak selamatkan adik awak dan saya tak
nak bahayakan kawan saya” Tegas Suria pada Umairah. Berlaku pula pergaduhan
antara mereka berdua.
“ Sudah!”Jerit Dhia bila telinganya sudah tidak tertahan
mendengar pergaduhan dua pihak itu. Semuanya terdiam serta merta.
“ Dhia pergi...”Dhia memberikan kata putus. Dia sanggup
menghadapinya demi satu nyawa yang sekarang ini begitu penting baginya. Baru
sekarang ini dia rasa kehilangan yang amat sangat. Dia tak nak kehilangan
Uwais. Hatinya sudah tidak mampu di nafikan lagi yang dia cintakan lelaki itu.
Bila kehilangan, baru dia pandai baca hatinya sendiri.
“ Apa? Kau nak bahayakan diri kau sebab lelaki yang kau
benci tu? Berbaloi ke Dhia” Sampuk Suria lebih bersemangat.
Dhia mengeling pada rakannya.
Suria seperti lain sungguh hari ini. Dulu wanita itu beria kata akan menyokong
setiap keputusannya, kini lain pula.
“ Dia suami aku Suria”Buat kali pertama Dhia mengakui
perkara itu.
“ Dhia! Ini peluang kau nak balas dendam pada Uwais yang
pernah tuduh kau macam-macam. Kau dah lupa semua tu? Kau kata kau tak sayangkan
dia, so buat apa kau tolong dia? Lantak dialah nak jadi apa pun! Kau sendiri
tak mengaku yang dia tu suami kau!” Sambung Suria lagi.
Dhia mengeluh berat. Memang
itu yang dia inginkan selama ini. Lari dari hidup manusia yang bernama Uwais,
tapi itu dulu. Sekarang ini dia tak sanggup kehilangan lelaki itu.
“ Aku ingat lagi kata-kata kau Suria. Walau macam mana sekalipun
aku lari, dia tetap suami aku yang sah. Aku sebagai isteri kena tolong dia
suria. Aku terpaksa tolong. Hanya aku yang boleh tolong dia sekarang ini”Balas
Dhia dalam sedu.
Suria memalingkan mukanya ke
arah lain. Sudah tidak ada apa lagi yang dia mahu cakapkan. Wanita itu memang
tidak akan mendengar apa-apa nasihat darinya lagi. Semuanya kerana Uwais!
“ Betul ke Dhia?” Datin Suzana seperti tidak mahu
lepaskan menantunya itu pergi. Dhia mengganguk pula.
“Dekat mana Dhia kena hantar duit tu mama?” Soal Dhia
ingin tahu. Dia berani membuat keputusan itu kerana Uwais suami dia. Suami yang
selama ini dia abaikan. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa hambamu ini kerana telah
mengabai suami sendiri.Sepatutnya dari dulu lagi dia harus berfikir begitu.
Namun bila dendam dan sakit hati berkampung di hati, soal itu dia tolak tepi.
*********
Jam sudah menunjukan pukul 2
pagi. Perculik itu mahukan duit pagi itu juga. Nak tak nak, Dhia akur. Kereta
yang di pandu Dato’Haidar berhenti di hadapan sebuah gudang yang kelihatan agak
lama dan hanya di sinari beberapa lampu kalimantan sahaja.
Satu persatu turun dari
kereta. Suria, Munirah dan Hasni menaiki kereta lain dan berhenti di tempat
yang sama juga. Saat semua berkumpul, semua mata terus terpacu ke arah gudang
lama itu. Seram sejuk pula bila melihat gudang itu. Seperti tempat kelawar
tinggal.
Dato’Haidar menyerahkan beg
yang berisi 50 ribu ringgit ke arah menantu pertamannya itu.
“ Hati-hati Dhia” Nasihat Dato’Haidar. Dhia mengganguk
laju. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Jika hari ini
dia tumpas, dia redha.
Giliran Datin Suzana pula
memeluknya tubuh menantunya. “ Terima kasih Dhia sebab sanggup bergadai nyawa
demi anak mama” Ucap Datin’Suzana. Dhia tetap tidak bersuara, dia hanya
melemparkan senyuman yang paling manis untuk mentuanya itu.
Suria, Munirah dan Hasni turut
memeluk tubuhnya. Yang terakhir memeluk tubuhnya adalah kakak iparnya. Itulah
kali pertama dia di peluk oleh wanita itu. Terima kasih sebab baik sangat pada Dhia
selama ini. Ucap Dhia dalam hati.
Tiba-tiba muncul dua orang
lelaki dari arah belakang gudang. Muka lelaki itu di tutupi dengan topeng
berwarna hitam. Hanya bulatan pada mata dan mulut sahaja di topeng itu.
Kelihatan pula senapang panjang di tangan kedua-duanya.
“ Siapa isteri lelaki tu!?”
Soal salah seorang daripada
lelaki itu. Garau sungguh suara itu. Kecut perut bila mendengarnya. Buat pertama kalinya Dhia melalui pengalaman
yang begitu menakutkan. Jika dia masih di beri peluang untuk bernafas selepas
ini, mungkin kejadian ini tidak akan dilupakanny sampai bila-bila.
“ Saya...” Jawab Dhia teragak-agak.
“ Ikut aku! Yang lain, kalau cuba buat apa-apa, dua-dua
aku tembak!”Lelaki tadi memberi amaran keras sambil mengacukan senapang.
Dengan lafaz bismillah, Dhia
melangkah mengikut salah seorang daripada lelaki itu dan seorang lain seperti
mengawasi keluarga Uwais dan rakan-rakannya.
“ Masuk situ”
Arah lelaki itu pada Dhia
sambil menunjuk ke arah pintu gudang yang bersaiz agak besar dan masih tertutup
rapat. Agak-agaknya, lori pun boleh masuk menggunakan pintu itu. Dhia hanya
mengikut tanpa banyak soal. Garang betul penculik itu. Cakap pun dah macam nak
makan orang.
Hembusan nafas yang paling
panjang di lepaskan sebelum dia menolak pintu besar itu. Kelapa di jenguk ke
dalam. Gelap! Itu yang dia nampak sekarang ini. Macam mana nak berjalan dalam
gelap dan tanpa satu cahaya pun. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu
tertutup dengan sendirinya. Terkejut dia bila bunyi pintu yang terhempas kuat
itu kedengaran.Air liur beberapa kali di telannya. Janganlah ada ular dalam
gudang ni, kalau tak sia-sia sahaja kena patuk dalam gelap.
Kakinya langsung tidak
berganjak dari berdiri di situ. Lagipun ke arah mana dia harus tuju. Kanan,
kiri atau depan? Semuanya gelap gelita.
Tiba-tiba satu lampu terpasang
dan lampu itu betul-betul di hala ke arahnya. Kini tempat dia sahaja yang
bercahaya. Dah macam nak mulakan tarian atas pentas sahaja bila hanya satu
lampu terpasang.
“ Jalan lima langkah ke depan”
Kedengaran satu suara dari
mengarah dia ke hadapan. Dia memandang ke kiri dan kanan, tercari-cari di dari
mana suara itu datang. Namun dia tetap tidak menjumpainya. Macam biasa, gelap
gelita.
Semakin kuat jantungnya
berdenyut ketika ini. Kalau di ikutkan perasaan memang dia sudah terpengsan di
situ, namun bila memikirkan Uwais, dia kuatkan hatinya untuk terus berjuang.
Lima langkah ke hadapan terus di lakukannya dan lampu yang menghala ke arah dia
juga turut mengikut setiap langkahnya.
Sebaik sahaja lima langkahnya
tamat, tiba-tiba satu lampu lagi terpasang, tapi kali ini bukan di pancar ke
arahnya tetapi di tengah-tengah gudang yang besar itu. Mata Dhia membulat bila
melihat satu tubuh yang tangannya tergantung pada ke atas. Kelihatan baju orang
itu terdapat kesan-kesan seperti darah. Dia tidak mampu melihat wajah itu
kerana lelaki yang tangan tergantung itu hanya menunduk seperti tidak sedarkan
diri. Namun itu, dia kenal itu tubuh siapa bila di lihat dari pakaian. Uwais...
Dhia yakin itulah orang yang dia cari.
Baru sahaja dia ingin berlari
ke arah cahaya yang lagi satu itu, tiba-tiba satu suara garau menegahnya dari
berbuat begitu.
“ Kalau kau melangkah walaupun setapak, aku tembak suami
kau!” Suara itu memberi amaran sekali lagi.
Dhia akur. Dia hanya mampu
menangis melihat penderiaan Uwais ketika ini. “ Kau nak duit kan? Aku dah bawa
duit untuk kau! Lepaskan suami aku!” Jerit Dhia. Dia sendiri arah mana dia
harus tujukan kata-katanya itu. Tiba-tiba suara itu tergelak bila dia kata begitu.
“ Suami kau? Aku dah lama siasat pasal korang berdua.
Yang aku tahu kau tak sayangkan suami kau, so kenapa kau datang selamatkan
dia?” Soal suara itu lagi.
Siasat? Siapa sebenarnya
manusia yang sedang bercakap dengannya sekarang ini? Kenapa semua benda mereka
tahu pasal aku dan Uwais.
“ Siapa kau!?” Soal Dhia ingin tahu.
“ Siapa aku tak penting. Aku tahu kau benci gila pada
suami kau, so aku nak tolong kau balas dendam. Apa kata kita sama-sama tembak
kepala dia ataupun kau nak tembak sendirian?” Suara itu semakin rancak bergelak
ketawa.
Tembak? Gila apa aku nak
tembak orang. Aku ni masih waras. Tak kanlah aku nak tembak orang yang aku dah
sayang. Beg berisi wang di tangannya terus di lempar ke lantai.
“ Kau ambil duit kau ni! Lepaskan suami aku!” Minta Dhia.
Kedengaran orang bertepuk tangan di sebelah kirinya.
Terus dia berpaling ke arah itu. Muncul seorang lelaki bertopeng. Badan lelaki
itu begitu besar berbanding tubuh lelaki normal.
“ Aku nak tolong kau hapuskan lelaki tu, kau tak nak.
Terpaksalah aku buat sendiri. Mula-mula aku nak tempak kaki dia, pastu tangan
dia, yang terakhir...Boom! kepala dia” Ugut lelaki itu. Dhia mula mengalirkan
air mata. Ketakutan yang bersarang di dalam dirinya sudah tidak tertanggung
lagi. Terus diterjelopok ke lantai. Tiada apa-apa yang boleh lakukan sekarang
ini. Penculik-penculik itu memang pembohong. Sudah dapat duit, tetap mahu membunuh Uwais. Dia tak patut
percayakan kata-kata orang yang berhati busuk.
“ Tolong jangan bunuh dia...” Rintih Dhia dalam tangisan.
“ Kenapa aku tak boleh bunuh dia!?” Sergah lelaki
bertopeng dan bersenjata di pinggang itu.
“ Kalau kau bunuh dia, baik kau bunuh aku sekali! Aku tak
boleh hidup tanpa dia! Aku sayangkan dia!” Luah Dhia berani. Kali ini memang
lahir dari hatinya. Ya! Memang aku perlukan Uwais dalam hidup aku. Aku
sayangkan dia, aku tak boleh tipu hati aku lagi.
Sekali lagi lelaki itu
tergelak besar. “Bagus juga idea kau tu. Dari aku bunuh seorang, baik aku bunuh
kedua-duanya sekali. Tapi aku ni taklah kejam sangat. Aku rasa aku nak bagi kau
hidup lagi atas bumi ni.”
Dhia hanya mampu berdoa pada
yang Maha Esa agar dia mampu terlepas dari semua itu. Namun seperti tiada
harapan untuknya selamat. Dia redha... Biarlah dia mati di samping lelaki yang
dia cintainya. Sebelum itu dia ingin memohon keampuan dari suaminya sebelum
semuanya berakhir.
“ Aku bagi kau 5 minit untuk kau bercakap dengan suami
kau, lepas tu kau di beri dua pilihan, pergi dari sini ataupun aku bunuh kau
sekali.”
Dhia sudah berpuas hati dengan
masa yang di berikan padanya itu walaupun tidaklah selama mana. Terus dia
bangun dan berlari ke arah Uwais yang masih lagi tergantung.Di peluk tubuh itu
sekuat hati. Kedengaran Uwais terbatuk-batuk.
“ Awak...” Panggil Dhia lembut. Dia membelai kedua-dua
belah pipi suaminya. Dia cuba membuka ikatan pada tangan suaminya, namun
ketinggiaannya tidak kesampaian.
“ Dhia.. Kenapa awak datang? Awak tahu tak nyawa awak
dalam bahaya” Beritahu Uwais lemah.
“ Saya tak perduli itu semua!”
“ Pergi! Selamatkan diri awak, jangan perduli pasal saya”
Arah Uwais. Kalau tangannya tidak di ikat, memang dia akan menolak tubuh wanita
itu agar keluar dari gudang.
“ Saya tak akan tinggalkan awak. Biar kita mati
sama-sama. Saya sayangkan awak” Semakin kuat Dhia memeluk tubuh Uwais. Biarlah
dia peluk tubuh itu sepuas-puasnya. Selama ini dia tidak pernah berbuat begitu.
Menyesal sungguh dia rasa dengan
perbuatannya selama ini. Kini segalanya sudah sampai ke penghujungnya.
Lima minit yang di berikan itu sudah cukup bermakna pada dirinya.
“ Dhia tolong pergi, Saya tak nak awak di sakiti” Tegas
Uwais.
“ Tak nak! Saya tak nak berpisah dengan awak lagi. Saya
cintakan awak!” Jerit Dhia sedikit kuat.
“ Betul awak cintakan saya?” Soal Uwais. Dhia mengganguk.
“ Awak...Saya sayangkan awak....”Luah Dhia sambil
memandang tepat pada muka Uwais sambil mengganguk. Keikhlas lahir dari hatinya.
“ Saya pun cintakan awak, Dhia” Luah Uwais pula sambil
tersenyum manis. Dia tundukan sedikit kepalanya dan dahi wanita itu di kucup
lembut. Dhia relakan sahaja, mungkin itu kucupan terakhirnya.
Tiba-tiba lampu keadaan di
dalam gudang besar itu menyala dan keadaan menjadi terang bederang. Dhia
seperti terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Bukan lelaki bertoping sahaja
yang ada di dalam gudang itu tetapi yang lain juga. Di sebelah kiri, kelihatan
keluarga Uwais dan juga rakan-rakannya. Kelihatan mereka semua tersenyum manis
dan langsung tidak cemas bila di tangkap penjahat-penjahat itu.
Dia pandang ke kiri pula. Ummi dan abah juga
ada sama. Siap tersenyum lagi. Aku ni dah mati ke? Dia memandang muka Uwais
semula dan lelaki itu pula juga tersenyum padanya. Kini tangan Uwais tidak lagi
terikat. Hidungnya menghidu sesuatu yang wangi dan dan datangnya dari badan Uwais.
Bila di hidu lebih banyak kali, dia tahu itu bau apa.
Sirap! Itulah bau yang datang
dari badan lelaki itu. Dia terus melepaskan pelukannya dan berganjak ke
belakang beberapa tapak.
“ Apa semua ni?” Soal Dhia kehairanan.
“ Dhia, saya minta maaf. Saya yang rancang perculikan ini
sebab saya nak tahu sama ada awak sayangkan saya atau tidak” Beritahu Uwais.
“ Apa!?” Terjerit Dhia mendengar apa yang dikatakan Uwais
itu. Semua ini hanya penipuan dan orang yang di tipu adalah dia.
“ Dhia...” Uwais cuba mendekati isterinya, namun wanita
itu berganjak ke belakang.
“ Sayang, saya minta maaf” Mohon Uwais lagi. Dia tahu
yang Dhia masih terkejut dengan apa yang berlaku.
“Kerja kami dah selesai, kami balik dulu”
Penculik-penculik yang menyamar itu terus berlalu pergi.
Dhia memandang pada ummi dan
abahnya pula. “ Abah, ummi, apa semua ni? Kenapa ummi dengan abah tak halang
mereka buat semua ini pada Dhia?” Soal Dhia. Air matanya semakin laju turun
dari mata. Terasa sakit hatinya bertambah-tambah kerana hal itu. Perlukan dia
di takutkan sampai sebegitu sekali. Tadi dia merasakan seperti nyawanya sudah
berada di hujung kaki. Tak fikir ke mereka semua, apa perasaan aku.
Patutlah Datin Suzana langsung
tak cemas. Hasni dan Munirah pun sama. Suria pula dijadikan pembakar
semangatnya. Yang pastinya Umairah terlibat sama. Lagi sakit hatinya bila ummi
dan abah juga turut terlibat dalam rancangan yang hampir mengugurkan jantungnya
itu.
“ Ummi dengan abah tak salah, Dhia. Saya yang paksa
mereka semua mengikut rancangan saya.” Uwais cuba mempertahankan mentuanya.
“ Perlu ke awak buat semua ini untuk tahu isi hati
saya!?” Marah Dhia. Sesekali dia mengerling ke arah rakan-rakannya. Terima
kasih korang, sebab buat aku kecewa sangat pada korang semua.
“ Ya! Awak tu terlalu ego sampai saya tak mampu tundukan
keegoan awak! Saya terpaksa buat semua ini untuk buktikan sama ada awak sayang
saya atau tidak. Saya sayang awak, Dhia. Sayang sangat-sangat” Luah Uwais.
“Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Awak ini
kelakar ke!? Puas hati awak dapat permainkan saya macam orang bodoh ni!?” Dhia
mula berlari keluar dari gudang itu. Sakit hatinya sudah tidak tertahan lagi.
Uwais cuba mengejar, namun di
tahan oleh abah.
“ Biar abah selesaikan. Uwais tunggu sini” Beritahu abah
sambil melangkah mengikuti langkah anaknya keluar dari gudang. Sebaik sahaja
keluar, matanya melilau mencari kelibat Dhia dan saat itulah telinganya
mendengar tangisan di sebalik sebuah kereta. Pantas dia mendekatinya dan
kelihatan Dhia duduk di sisi kereta sambil memeluk lutut. Kedengaran juga
tangisan anaknya.
Punggungnya terus di labuhkan
sebelah kanan anaknya. Walaupun hanya beralaskan batu-batu kecil, namun ketika
ini ia cukup selesa. Bahu Dhia di peluk dari belakang dan kepala anaknya di
lentok pada dadanya.
“ Abah minta maaf dengan apa yang berlaku” Mohon abah.
Dhia tetap berdiam diri dan masih dalam tangisan. Tersedu-sedu dia menahan
sedu.
“ Wais dah ceritakan semuanya pada abah. Abah minta maaf
sebab tak percayakan Dhia selama ini. Dhia anak yang baik, abah tak patut
percaya bulat-bulat tuduhan Wais pada kamu. Wais mengaku pada abah yang dia
tidak pernah sentuh kamu. Apa yang dia kata selama ini hanya fitnah
semata-mata. Abah marah sangat masa tu, tapi bila dia cakap pada abah yang dia
betul-betul sayangkan kamu dan dia nak jaga kamu sampai ke jannah. Abah maafkan
dia. Abah tahu dia boleh sayangkan kamu macam mana abah sayangkan kamu.
Terpulang pada kamu sama ada mahu maafkan Wais atau tidak” Cerita abah panjang
lebar.
Dhia berpaling ke arah
abahnya. Biar betul Uwais pergi ceritakan hal yang sebenar pada abah. Berani
sungguh lelaki itu menangung risiko.Fitnah bukan perkara kecil dan abah
mudah-mudah maafkan lelaki itu.
“ Wais sayangkan kamu, percayalah Dhia. Kalau abah jadi
kamu sekalipun, memang sukar untuk abah maafkan Wais, tapi macam mana kita lari
sekalipun, benda dah berlaku dan kita sebagai manusia harus menempuhnya.
Barulah kita tahu erti sebuah kehidupan. Jodoh Dhia ada pada Wais, bukan pada
Umar ataupun mana-mana lelaki sekalipun. Cuba buka hati dan tepis ego kamu.
Abah pasti kebahagian yang kamu cari selama ini akan kamu rasai.”Nasihat abah
lagi.
Tersentuh hati Dhia ketika
mendengar nasihat dari abahnya itu. Sekarang ini baru dia rasa kasih sayang
abah mula kembali padanya. Itu semua kerana Uwais. Jika bukan kerana lelaki
itu, pasti abah masih tidak tahu kebenarannya dan sampai bila-bila dia tidak
akan menerima kasih sayang dari abah lagi.
Tapi, tak kan kerana perkara
itu dia harus maafkan Uwais. Kesalahan lelaki itu cukup besar baginya dan sukar
untuk dia berikan kemaafan.
“ Abah rasa Dhia harus maafkan Wais?” Soal Dhia setelah
sekian lama berdiam diri.
“ Ikut kata hati kamu. Abah akan sokong setiap keputusan
kamu.” Abah memberi semangat. Bila dia melihat Uwais sudah berdiri di depan
kereta, dia terus bangun.
“ Abah nak ke mana?” Soal Dhia bila abahnya seperti ingin
pergi.
“ Wais dah tunggu kamu tu, bincang elok-elok ya” Nasihat
abah sebelum berlalu pergi. Dhia masih di situ dah langsung tidak berpaling ke
belakang.
Sebaik sahaja abah pergi,
Uwais pula mengambil alih tempat abah tadi.
“ Puas hati awak dapat buat saya macam ni?” Marah Dhia
tanpa langsung berpaling ke arah lelaki itu. Dia kembali memeluk lutut.
“ Saya tahu maaf saya tak ada makna untuk awak. Tapi saya
rasa lega bila dapat tahu yang awak sayangkan saya. Sekurang-kurangnya, kalau
saya mati, mata saya tertutup rapat.” Ucap Uwais sambil melepaskan nafas yang
panjang.
Dhia berdiam diri.
“ Kalau awak tak nak maafkan saya, apa saya boleh buat.
Kita boleh teruskan saja perceraian tu. Saya dah tak kisah. Saya tak nak awak
terus sakit hati kerana saya.”Uwais mula bermain dengan kata-kata. Bila wanita
itu tetap berdiam diri, dia terus bangun
dari situ. Tak ada gunanya dia terus memujuk hati yang sekeras batu itu.
Langkah pertama di mulakan.
“ Awak tahu tak saya takut sangat tadi”
Uwais berpaling ke belakang.
“ Saya tahu dan saya tak patut buat awak macam itu.Saya
minta maaf” Balas Uwais.
Dhia bangun dari duduk dan terus
memeluk tubuh Uwais dari belakang.
“ Awak tahu tak yang saya takut sangat kehilangan
awak.”Ucap Dhia.
Uwais memusingkan tubuhnya dan
kini dia mengadap muka orang yang dia sayang sambil tersenyum manis. Air mata
jernih yang turun dari pipi isterinya di lap menggunakan ibu jari.
“ Saya pun takut kehilangan awak juga. I love sayang”
Ucap Uwais sambil mencium dahi isterinya. Dhia sekali lagi memeluk tubuh Uwais.
“ I love you too..” Balas Dhia. Dia berharap itulah permulaan hidup dia dan
Uwais selepas ini setelah segala hal yang dia tempuh selama ini. Tak sangka,
tunang Kak Long yang dia benci dulu adalah suami dia dan seorang manusia yang
dia sayanginya. Maaflah Kak Long, Dhia tak akan pulang balik Uwais pada Kak
long sebab dia sekarang ini hak mutlak Dhia Arissa binti Abdul Halim.
*****************
Selepas kejadian di gudang
hari tu, hubungan dia dan Dhia semakin baik. Kini dia sudah tinggal di rumah
sendiri bersama dengan isteri tercinta. Dia bersyukur sangat-sangat kerana
semuanya sudah selesai. Harap-harap tak adalah masalah lagi yang akan timbul.
“ Kenapa?” Soal Dhia sedikit manja. Sekarang ini dia
benar-benar bahagia. Betul kata abah, kalau ikut kata hari, kebahagian akan
mampu dikecapi. Terima kasih abah sebab nasihatkan anak abah yang degil ni.
Uwais menarik tangan isterinya
dari terus membasuh sayur sawi itu lalu menolak tubuh itu ke kabinet. Di
angkat isterinya di atas kabinet dapur
dan dia pula duduk bertentangan sambil memeluk pinggang isterinya.
“ Apa abang ni? Dhia nak masaklah” Runggut Dhia. Apron di
badannya di betulkan.
“ Kan abang dah cakap tadi, tak payah masak.” Ulang
Uwais.
“ Habis, masa berbuka puasa nanti kita nak makan apa
kalau Dhia tak masak?”
Uwais tergelak kecil. “Abang nak
makan Dhia” Gurau Uwais.
Dhia menampar lembut pipi
sebelah kiri suaminya. Gatal. Bulan-bulan puasa pun masih gatal lagi.
“ Abang tengok Dhia ni makin hari makin comel pula. Rasa
macam nak gigit” Puji Uwais sambil mendekatkan mukanya pada muka Dhia.
Bila menyedari yang Uwais mahu
mencium mulutnya, Dhia terus menolak lembut muka suaminya menggunakan jari
telunjuk. Di tarik cuping telinga Uwais.
“Ingat sikit abang tu puasa. Jangan nak mengatal
siang-siang macam ni. Orang tengok, buat malu je” Tegur Dhia. Dia memeluk leher
suaminya untuk turun dari situ lalu menuju ke singki semula. Kali ini dia dia
ingin menyimpan sayur itu semula ke dalam peti.
“ Habis, kita nak makan dekat mana hari ni?” Soal Dhia.
Uwais melabuhkan punggungnya pada kerusi meja batu yang berada di tengah-tengah
dapur. Di situlah tempat dia makan bersama Dhia. Ruang makan yang berada di
luar kawasan dapur memang langsung tidak di gunakan. Lagipun meja makan di situ
agak besar jadi rasa kosong pula bila hanya makan berdua. Jadi dia gunakan meja
di bahagian dapur sahaja.
“ Rumah mak” Beritahu Uwais.
“Mak? Ummilah abang” Dhia membetulkan ayat suaminya.
“ Dhia...” Panggil Uwais agak lembut.
Dhia mengeluh berat.Tangannya
terus berhenti dari melakukan kerjanya. Punggung di labuhkan pada kerusi
bersebelahan suaminya.
“ Dia bukan mak Dhia. Kalau betul Dhia ni anak dia, dia
tak akan buang Dhia” Tiba-tiba hati Dhia tersentuh saat nama itu di ungkit
balik dalam kamus hidupnya. Uwais
menarik isterinya masuk ke dalam pelukan.
“ Walau macam mana sekalipun, dia tetap ibu kandung
Dhia sampai bila-bila. Jalinan antara
anak dan ibu tak akan terputus.Kita balik rumah mak ya sayang?” Pujuk Uwais.
Dia tahu penderitaan isterinya selama ini melalui ummi dan abah. Lagipun,
selama ini dia hanya jumpa dengan ayah kandung isterinya sahaja itupun hanya
sekali. Ibu kandung Dhia pula, langsung dia tidak pernah jumpa. Rasanya, di
bulan yang baik inilah waktunya dia cuba jalinkan semula hubungan antara anak
dan ibu.
Dhia berdiam diri.
“ Sayang...” Uwais mengengam jari jemari isterinya.
Akhirnya Dhia mengganguk juga. Nak tak nak dia terpaksa akur demi menjaga hati
lelaki itu. Harap-harap mak dengan abah tidak menghalau dia seperti 10 tahun
yang lalu. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Peristiwa di mana dia
berperang mulut dengan kakak kandungnya hanya kerana perkara kecil. Masa itu,
dia dan ummi ke rumah itu kerana ingin melawat ayah yang kurang sihat. Tak
pasal-pasal dia pula yang kena marah sedangkan terang-terang kakaknya yang salah.
Itu salah satu tanda yang ibu kandungnya amat membenci dia.
“ Jangan sedih-sedih, abang kan ada” Uwais bangun dan
menarik tangan isterinya meninggalkan ruang memasak itu dan menuju ke bilik
yang berada di tingkat atas.
*****************
Dhia dan Uwais tiba di hadapan
sebuah rumah teres satu tingkat. Jam sudah menunjukan pukul 6.00 petang. Dhia
memandang sahaja rumah yang pernah di dudukinya dulu. Walaupun hanya sekejap,
namun rumah itu menyimpan banyak kenangan suka duka dia situ.
“ Jom sayang” Ajak Uwais sambil membuka tali pinggang
keledarnya.
Dhia hanya menunduk. Sudah
bertahun dia tidak ke situ dan terasa kakinya seperti di ikat dengan batu
ketika ini. Langsung tidak mahu bergerak.
“ Sayang, kita dah janji kan tadi. Buat macam biasa
sahaja. Kita datang sini sebab kita nak cuba berbaik, tapi kalau mak dengan
ayah tak masih tak boleh terima Dhia, abang janji kita terus pergi rumah ummi
pula.” Ujar Uwais. Dia nak tahu juga kenapa mak dan ayah Dhia begitu membenci
anak bongsu pada keluarga itu sedangkan anak-anak yang lain di terima baik.
Kali ini
Dhia mengangguk sahaja lalu
dia terus keluar dari kereta bila suaminya keluar terlebih dahulu dan menuju ke
bonet kereta.Barang yang dapur yang di beli di pasaraya tadi terus di bawa
keluar dan loceng di pagar rumah teres itu di tekan. Keluar seorang perempuan
yang mungkin usianya dalam lingkungan 30-an.
“ Assalamualaikum Kak Lela” Dhia memberi salam. Uwais
yakin itulah kakak kepada isterinya. Kakak yang nombor berapa, dia memang
tidak.
“ Salam!”
Uwais mengelengkan kepala
denga sikap wanita itu. Menjawab salam pun macam orang tak ada agama. Teruk
betul.
“ Siapa Lela!?”
Kedengaran satu suara lain di
dalam rumah.
“ Anak kesayangan maklah”
Jawab wanita itu langsung
meninggalkan halaman rumah tanpa membuka pintu pagar.Dhia menarik lengan baju
suaminya. “ Kan dah cakap, jom kita balik jelah” Ajak Dhia. Dia memang tidak
selasa bila di situ. Sindiran dari kakak sulongnya itu benar-benar menyakitkan.
“ Kejaplah sayang, abang tak jumpa dengan mak lagi” Uwais
masih berkeras tidak mahu pulang selagi dia tidak berjumpa dengan ibu mentua
sebetulnya.
“ Ha! Nak apa datang rumah orang ni?”
Keluar pula seorang wanita
yang agak tua bersama dengan wanita tadi dan terus menuju ke pintu pagar.
Hampir tergelak juga Uwais melihat rambut wanita tua itu. Tak sangka, rock juga
ibu kandung isterinya itu. Rambut dah macam Allycats, pastu lengan baju t-shirt
di sisin sampai bahu dan berseluar pendek paras lutut.
“ Assalamualaikum mak...” Sapa Uwais manis. Dhai mula
menyorok di belakang suaminya.
“ Mak? Siapa mak aku? Tu! Apa hal pula?”
Tunjuk perempuan itu pada Dhia
yang berada di belakang Uwais.
“ Kami datang ni nak berbuka puasa dengan mak sekeluarga. Lagipun Wais tak pernah jumpa
dengan mak selama ini” Beritahu Uwais.
“ Dah-dah! Aku tak ada masa nak layan kamu berdua. Pergi
balik! Rumah aku dah tak ada ruang lagi nak masukkan kamu berdua. Pergi!
Pergi!”
Halau wanita tua itu lagi
sambil cuba melemparkan selipar yang dipakai. Dhia menarik tangan suaminya.
Beg-beg plastik di tangan terus di letak di hadapan pintu pagar itu sebelum
kedua-duanya memasuki perut kereta semula. Lalu Uwais terus memulakan
pemanduan.
“ Kan Dhia dah cakap, abang tak nak dengar!” Marah Dhia.
Geram betul dia dengan Uwais yang langsung tidak mahu mendengar nasihat
darinya.
Uwais tergelak kecil. “
Kelakar betul”
Dhia mengerutkan dahinya. “ Apa yang kelakarnya?”
“Yelah, dahlah kena halau,lepas tu siap nak kena baling
dengan selipar lagi” Gelak Uwais.
Dhia mengeluh berat. Malu
sungguh dia pada suaminya dengan apa yang berlaku. “ Dhia minta maaf apa yang
mak buat pada abang tadi” Mohon Dhia.
Uwais mengengam jari-jemari
isterinya. “It’s okey, sayang. Abang tak ambil hati pun. Boleh abang tanya Dhia
satu benda?” Soal Uwais dalam pemanduan. Nasib baiklah keretanya bukan manual,
jadi bolehlah dia gengam tangan isterinya terus menerus ketika memandu.
“ Tanya apa?” Soal Dhia.
“ Kenapa mak dengan abah benci sangat pada Dhia?” Sudah
lama Uwais ingin bertanya, namun belum ada waktu yang sesuai, tapi kali ini dia
nekad untuk bertanya.
Dhia mengungkit bahu. “ Dhia
sendiri tak tahu kenapa. Biarlah. Sekarang ini Dhia dah tak kisah sangat Dhia
dah ada ummi. Abang nak tahu tak yang sekarang ini abah makin sayang pada Dhia”
Beritahu Dhia. Dia malas nak fikir soal keluarga kandungnya itu. Mungkin sampai
ke tua, dia memang tidak tahu penyebab dia di benci.
“ Ada ummi jer?” Uwais berpaling ke arah isterinya.
Ketika itu lampu isyarat bertukar merah.
Dhia terus mencubit pipi kiri
suaminya. “ Ada abang juga”
Uwais tersenyum manis. Kalau
dekat rumah ni, memang dah kena cium pipi gebu milik Dhia itu.Dia geram betul
setiap kali melihat muka manja isterinya apatah lagi di saat-saat begini.
“ Nak berbuka dekat mana ni?” Soal Uwais walaupun dia
tahu isterinya pasti akan mencadangkan rumah ummi. Sebenarnya dia tidaklah
berapa suka ke rumah. Bukan apa, takut bertembung dengan Maisara. Dia takut
Maisara masih menyimpan cinta padanya, apatah lagi bila wanita itu sudah bercerai
dengan Umar seminggu yang lepas. Dia langsung tidak terkejut dengan perceraian
itu kerana dua-dua tidak saling menyintai. Nasib baiklah rumah tangganya dengan
Dhia sempat di selamatkan, kalau tak memang jadi macam mereka berdualah.
“ Makan selipar tadi tak kenyang lagi ke?” Sindir Dhia.
“ Amboi-amboi isteri abang ni. Dah pandai kenakan abang
pula.” Giliran Uwais mencubit pipi gebu isterinya pula hingga wanita itu
menjerit kecil. Bila lampu isyarat menyala, Uwais memulakan pemanduannya
semula.
“ Kita makan dekat luar jelah.” Dhia memberikan kata
putus. Uwais tersenyum manis.
**********
“ Macam ini jelah puan, kalau puan segan dengan saya, apa
kata puan terima rawatan dengan Doktor Umairah saja. Mungkin puan lebih selesa.
Yelah perempuan sama perempuan apa nak di malukan.”Cadang Uwais pada
pesakitnya. Dia tahu wanita itu sedikit malu-malu saat menerima rawatan
darinya. Namun dia faham dengan situasi itu.
“ Bila saya boleh jumpa dengan Doktor Umairah tu,
doktor?”
Soal wanita itu. Uwais mencatat
sesuatu pada kad laporan pesakitnya.
“ Hari ini Doktor Umairah cuti. Puan datang bulan depan.
Lagipun saya dah periksa kandungan puan tadi. Baby sihat, cuma puan je ada
deman sikit. Tak jangan risau, ianya tidak berbahaya”Beritahu Uwais sambil tersenyum
lebar. Seronok pula dia tengok wanita-wanita yang mengandung. Bilalah tiba
giliran dia untuk menjadi ayah pula? Tak sabar rasanya untuk menanti hari itu.
“ Terima kasih doktor” Ucap wanita itu sebelum keluar
dari bilik rawatan itu sambil membawa kertas yang tertulis nama-nama ubat yang
perlu di terima.
“ Doktor, ada orang nak jumpa” Beritahu pembantu
peribadinya sebaik sahaja pintu di buka.
“ Siapa?” Soal Uwais. Kalau pesakit tak apalah, tapi
kalau orang luar memang dia tengah sibuk. Masih ramai pesakit yang menunggu
apatah lagi bila dia berkerja sendirian kerana kakak sedang bercuti. Memang tak
lengang tanganlah dia melayan pesakit.
“ Dia tak ada cakap pula nama dia siapa, tapi katanya
penting sangat” Beritahu Julia lagi.
“ Pesakit saya ramai lagi tak Jue?” Uwais harus dahulukan
pesakitnya terlebih dahulu sebelum orang luar.
“ Lagi lima orang doktor” Beritahu Julia lagi.
“ Kalau macam itu, bagitahu orang yang nak jumpa saya tu,
dia kena tunggu dululah sebab saya kena settlekan pesakit saya dulu. Kalau dia
tak boleh tunggu, suruh dia balik jelah.” Uwais memberikan kata putus.Julia
mengangguk lalu menutup kembali pintu itu lalu dia melangkah ke arah kaunter
pengambilan dan pembayaran ubat.
“ Maaf cik, Doktor Uwais suruh cik tunggu dulu sebab dia
nak settlekan pesakit telebih dahulu. Dia kata kalau cik tak boleh tunggu, cik
boleh balik” Beritahu Julia pada wanita itu.
“ Tak apa, saya tunggu” Balas Maisara lalu melabuhkan
punggung di kerusi tempat pesakit menunggu giliran untuk berjumpa doktor.
Hampir dua jam juga dia menunggu dan baru kini dia di panggil masuk ke dalam
bilik rawatan yang tertulis nama bekas
tunangnya di situ.
“ Hai, Wais” Sapa Maisara.
Uwais mengangkat mukanya dan
sedikit tergaman bila melihat Maisara berdiri di hadapan meja kerjanya.
Sememangnya Julia tidak kenal dengan bekas tunangnya itu kerana Julia baru dua
bulan bekerja dengannya, jadi hal-hal lama memang gadis itu tidak tahu.
“ You sakit ke?” Soal Uwais acu tak acu.
“ Tak adalah, I just nak jumpa you je” Beritahu Maisara
sambil melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan bekas tunangnya itu./
“ So, why? Soal Uwais.
“ I nak ucapkan terima kasih pada you sebab sebab terima
Dhia. I tengok dia sekarang semakin ceria” Ucap Maisara. Sekarang ini dia malas
nak fikir soal cinta lagi. Dia redha dengan ketentuan ilahi. Kalau tak ada
jodoh, buat macam mana sekalipun tetap tak akan bersama. Dia bercerai dengan
Umar pun sebab memang dia tak cintakan lelaki itu dan Umar juga begitu. Dia
sama-sama sepakat untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Dia dapat tahu yang sekarang ini Umar berada
di Istanbul. Semoga Umar memperolehi wanita yang benar-benar menyintai lelaki
itu.
“ You tak kisah?”Soal Uwais lagi.
Maisara mengelengkan
kepalanya. “ Dah tak ada jodoh, nak buat
macam mana kan. I kena tunggu putera jatuh dari langitlah nampaknya.” Gurau
Maisara di sertai gelak ketawa lelaki itu dari belakang. Uwais menarik nafas
lega. Satu persatu masalahnya selesai. Terima kasih Allah...
********
Uwais merebahkan tubuhnya pada
tilam. Empuknya dia ras ketika ini. Seharian penat bekerja memang membuatkan
matanya sering mengantuk. Dia memusingkan tubuhnya ke kiri. Kosong... Dhia
masih lagi di dapur. Entah apalah yang wanita itu buat. Tak sangka masa berlalu
dengan begitu pantas. Kini usia perkahwinannya sudah mencecah 6 bulan.
Dia memusing ke sebelah kanan
pula dan matanya terhenti pada satu bingki gambar yang di letak bersebelahan
dengan lampu meja sebelah kanan katil. Macam mana gambar ni boleh lepas sampai
ke sini pula? Bukan ke aku simpan dalam dashboard? Tak kanlah Dhia dah tahu
yang aku curi gambar di kat rumah ummi dulu. Harap-harap Dhia tak marah pasal
gambar ni.
Pintu di kuak dari luar.
Cepat-cepat Uwais meletakkan gambar itu
di posisi asal.
“ Dhia jumpa gambar tu dalam dashboard kereta abang.
Macam mana gambar tu boleh ada di situ?” Soal Dhia. Selama ini dia lupa pula
nak bertanya. Ketika dia pindah keluar dari rumah sewanya dulu, dia tertinggal
gambar dan baru pagi tadi Munirah menyerahkan gambar itu padanya semula. Kata
Munirah, gambar itu di jumpai belakang almari Suria. Dia sendiri tidak ingat di
mana dia letak gambar itu sebenarnya.
Dhia menyusun baju-baju yang
baru sahaja di seterika ke dalam almari pakaian. Uwais memerhati setiap gerak
geri isterinya.
“ Sayang” Panggil Uwais. Dia harus menukar topik perbualan.
“ Emm...”
“ Kenapa abang tengok sayang ni makin comel ha? Tembam”
Soal Uwais sambil menyandarkan kepalanya pada kepala katil.
Selesai menyusun baju, Dhia menuju ke cermin mekapnya. Dia
pusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Tak ada perubahan pun. Mana datangnya
tembam tu?
“ Mana ada, biasa je Dhia tengok”
“ Biasa apa macam tu. Tengok pipi Dhia tu, dah makin gebu
abang tengok” Balas Uwais lagi. Dhia terus melangkah ke katil lalu membaringkan
tubuhnya di sebelah Uwais. Kepalanya di lentok atas dada bidang suaminya itu.
“ Kalau Dhia gemuk, abang dah tak sayang Dhia lah ya?”
Duga Dhia.Uwais tergelak kecil.
“ Sayang gemuk macam gajah pun abang tetap sayang. Tapi
kan, kalau perempuan ni tiba-tiba jadi tembam, mesti ada something” Beritahu
Uwais. Dhia memalingkan mukanya mengadap suaminya.
“ Ada apa?”
“ Abang rasa sayang ni mengandung.” Duga Uwais sambil
tangannya terus di hala ke arah perut isterinya dan di gosok beberapa kali.
“Mana abang tahu?” Soal Dhia pula sambil bangun dari
baring. Dia biarkan tangan suaminya di letak pada perutnya.
“ Sayang dah lupa ke yang abang ni seorang doktor. Abang
tahu perubahan pada wanita mengandung. Kalau tak percaya, esok kita pergi
klinik, jumpa dengan kakak. Mesti kakak akan cakap benda yang sama macam abang
cakap” Uwais selalunya tidak pernah silap dengan tekaannya. Mungkin kali ini
juga dia betul. Sudah banyak hari dia perhatikan isterinya dan banyak yang
berubah.
Dhia tersenyum manis.
“ Tak payah, Dhia dah jumpa kakak petang tadi” Beritahu
Dhia. Ketika dia ke klinik Uwais dan Umairah itu, suaminya tiada. Kata Umairah,
Uwais keluar makan tengah hari.
“ So?” Uwais mula tidak sabar.
Dhia menganguk laju. Uwais
terus bangun dari duduk dan serta merta tubuh isterinya di peluk. Kegembiraan
yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Tak lama lagi dia akan menjadi seorang
ayah. Itu bermakna impiannya sudah tercapai.
“ Berapa bulan sayang?” Tidak sabar Uwais ingin menanti
kelahiran anak pertamanya itu.
“ Baru sebulan lebih.”Jawab Dhia.
“ Esok kita pergi rumah mama dengan papa. Mesti mereka
tak teruja bila dapat tahu Dhia dah mengandung” Ajak Uwais. Tidak sabar dia
ingin memberitahu keluarganya tentang berita gembira itu.
“Ummi dengan abah macam mana?” Soal Dhia.Tak kan lelaki
itu sudah lupa soal ummi dan abah.
“ Lusa kita balik rumah ummi dengan abah pula. Kita buat
doa selamat sekali. Abang happy sangat-sangat ni” Uwais mula bersemangat.
Hilang rasa mengantuknya tasdi. Dhia hanya mengikut.
“ Oh ya, abang lama tak dengar cerita pasal Marissa. Apa
dia buat sekarang?” Tanya Uwais. Seingat dia, Marissa sudah tamat belajar 3
bulan yang lepas dan sejak itu dia tidak ambil tahu sangat pasal wanita
itu.
“ Sekarang ini dia kerja dengan Kak Long. Marissa dah
banyak berubah sekarang ini abang. Dia dah pakai tudung macam Dhia. Yang paling
Dhia suka, dia dah tak marah-marah macam dulu lagi bila berjumpa dengan Dhia.
Syukur kan bang” Dhia benar-benar
bersyukur dengan apa yang berlaku. Dia sendiri tidak tahu kenapa Marissa boleh
berubah serta merta. Kata ummi, Marissa di beri motivasi kaw-kaw dari abah
hingga menangis-nangis gadis itu. Abah memang seorang yang pendiam dan tidak
banyak cakap, tapi kalau dah sekali ia berbunyi, memang menyusuk ke jantunglah
jawabnya.
Penangan ayat abah memang
berbisa. Hati dia yang sekeras batu pun boleh hancur dengan kata-kata abah.
Terima Kasih abah sebab banyak membantu dalam perjalanan anak-anakmu.
*******************
“ Wah! Tak lama lagi semakin meriahlah rumah kita ni kan,
ummi” Maisara tumpang gembira dengan berita kehamilan adiknya itu. Punggung di
labuhkan pada kerusi meja makan berhadapan dengan Dhia. Tak sangka hari dia
pulang ke kampung, Dhia dan Uwais juga tutut pulang. Memang rezeki dia bertemu
dengan adiknya itu. Selalunya dia jarang dapat berjumpa sekarang ini walaupun
tinggal di bandar yang sama kerana dia terlalu sibuk dengan urusan kerja. Sejak
di membuka butik pengantin, jadualnya semakin padat. Nasib baiklah ada Marissa
yang membantu, namun dia tidak tahu sampai bila adiknya itu akan terus bekerja
dengannya. Adiknya itu lepasan universiti dan mungkin akan memperolehi kerja
yang lebih bagus.
“ Dah masuk berapa bulan Dhia?” Soal ummi sambil
meletakan kacang panjang yang baru di keluarkan dari peti sejuk ke atas meja.
Dia bercadang untuk masak kacang goreng bersama dengan hati ayam. Itu makanan
kegemaran suaminya.
Dhia dan Maisara turut
mencapai kacang panjang itu lalu di patahkan kecil-kecil. Marissa pula leka
dengan ipad yang baru di belinya minggu lepas.
“ Baru sebulan lebih ummi. Dhia pun macam tak percaya
yang Dhia dan mengandung. Nasib baik tak ada alahan lagi sekarang ini. Tak
tahulah kalau dah masuk bulan seterusnya. Harap-harap tak ada apa-apalah” Jawab
Dhia. Sesekali dia mengerling ke luar tingkat yang berada di belakangnya.
Kelihatan Uwais dan abah sedang leka membakar sampah. Rancak sungguh mereka
berdua berbual.
“ Mudah-mudahan semuanya okey” Balas ummi lagi.
“Ummi, Kak Long ada benda nak bagitahu ni” Beritahu
Maisara sambil tersengeh-sengeh.
“ Beritahu apa?” Soal Ummi. Dhia menunggu dengan sabar.
“ Minggu depan ada orang nak datang merisik Kak Long”
Beritahu Kak Long agak malu-malu.
Bulat mata Dhia mendengarnya. Biar betul?
Syukur, Kak Long dah ada penganti Uwais. Lega sikit dia rasa. Kalau tak, setiap
masa dia rasa bersalah.
“ Kak Long tak cakap pun kat ummi yang Kak Long ada buah
hati. Siapa orang bertuah dapat anak ummi ni?” Ummi mencubit pipi anaknya. Hari
ini sahaja, dia menerima dua berita gembira. Dia bersyukur sangat-sangat kerana
semuanya sudah kembali tenang. Tidak berlaku pergaduhan lagi di dalam
keluarganya. Sekarang ini barulah dia rasa keluarganya sudah cukup lengkap.
Muka Maisara merona merah. “
Kak long tak nak cakap sebab takut tak jadi pula.”
“ Dia kerja apa Kak Long?” Cepat saja Dhia bertanya. Tak
sabar pula dia ingin melihat kakak sulongnya itu hidup bahagia dengan seorang
lelaki yang benar-benar menyintai. Harap-harap kali ini menjadilah ya.
“ Akitek. Bangunan tempat dia kerja depan butik Kak Long”
Beritahu Maisara.
“ Ini kes hari-hari jumpalah ni. Untung dia dapat Kak
Long” Puji Dhia. Ummi menuju ke singki.
“ Dhia lagi untung sebab dapat Wais”Balas Maisara sambil
tersenyum.
Dhia mengeluh berat. Tersentak
juga hatinya ketika Kak Long berkata begitu. Terasa dirinya begitu teruk sekali
kerana merampas Uwais dari wanita itu.
“ Kak Long...” Panggil Dhia lembut.
Maisara tergelak kecil. “
Relexlah Dhia. Kak Long okey. Dhia happy, Kak Long pun happy. Kak Long percaya
pada jodoh dan Kak Long juga percaya pada Dhia. Jangan sedih-sedih, nanti baby
pun turut sedih” Pujuk Maisara sambil mengengam jari jemari adiknya sambil
tersenyum manis. Dia sanggup kehilangan apa sahaja dalam dirinya tapi bukan
keluarganya. Dia sayangkan keluarganya lebih dari orang lain. Kalau melepaskan
Uwais pergi dapat mengembirakan hati Dhia, dia sanggup. Lagipun dia sudah tidak
sanggup melihat wanita itu menderita lagi. Biarkanlah kebahagiann pula
menghimpit Dhia arissa pula.
Selesai menolong ummi dan Kak
long di dapur, Dhia berjalan ke arah suaminya sedang leka menguis daun-daun
kering ke dalam unggul api. Abah pula leka mencatas pokok bunga raya yang
semakin membesar itu. Ranting-ranting pokok pokok bunga raya itu, Uwais pula
yang memugutnya lalu di lempar ke arah api.
“ Abah, ummi mintak abah kait nangka muda.” Beritahu Dhia
pada abahnya.
“ Ummi kamu nak buat apa dengan nangka muda tu?” Soal
Abah yang masih lagi sibuk dengan kerjanya. Berpeluh-peluh tubuh abah yang tak
berbaju dan berkain pelikat sahaja. Dia pandang ke arah suaminya pula. Lelaki
itu juga kelihatan berpeluh, bilas kelihatan kesan basah pada baju
t-shirt.
“ Ummi kata nak masak gulai lemak nangka.”Beritahu Dhia.
“ Hah, jap lagi abah kaitkan” Abah memberikan kata putus.
Dia harus siapkan kerjanya dulu barulah dia akan pergi ambil nangka muda yang
berada di belakang rumah.
“ Tak apalah abah, biar Wais tolong ambilkan nangka muda
untuk ummi” Uwais memperlawa dirinya bila melihat mentuanya itu masih lagi
sibuk. Masih ada lagi tiga pokok bunga raya yang masih belum di cantas. Subur
sungguh pokok bunga milik ummi itu.
“ Bagus juga tu. Kamu jangan ambil yang terlalu muda dan
yang terlalu tua. Ambil yang dalam peringkat pertengahan” Ajar abah.
Harap-harap menantunya faham apa yang dia cakapkan tadi.
“ Faham tak abang?” Soal Dhia pada suaminya bila melihat
Uwais mengaru kepala.
“ Dhia temanlah abang pergi ambil nangka tu. Takut silap
pula” Ajak Uwais. Dhia tergelak kecil. Dah agak dah! Memang Uwais tak tahu.
Lagipun lelaki itu bukan biasa dengan kampung-kampung ni. Selalu sangat makan
nangka yang datangnya dari kecil sampai nak kait yang mana satu pun tak tahu.
“ Dah, jom” Ajak Dhia sambil menarik lengan suaminya. Di
peluk lengan itu sambil menuju ke belakang rumah.
“ Dhia, abang berpeluhlah. Jangan peluk” Uwais pelik
dengan isterinya itu. Satu badan dia berpeluh, tapi boleh pula wanita itu
memeluk pingangnya. Siap cium baju dia lagi.
“ Kenapa bau badan abang wangi ha?” Soal Dhia. Selesa
sungguh dia bila dapat memeluk tubuh itu. Nasib baiklah belakang rumah tak ada
orang, kalau tak memang malu juga bila berpelukan begitu.
“ Wangi?” Soal Uwais hairan. Dia cuba mencium badanya
sendiri. Ya Allah... Bau masam menyusuk hidungnya. Tak wangi langsung! Macam
mana pula isterinya boleh kata wangi. Dia membuka bajunya bila wanita itu sudah
tidak lagi memeluknya. Baju yang separuh basah dengan peluh itu di sangkut pada
dahan sebatang pokok. Dia sendiri dah tak tertahan dengan bau dari badannya
itu. Lagipun, manalah dia biasa berpeluh sampai macam itu sekali.
“ Kenapa buka baju tu, sini banyak nyamuk tau” Beritahu
Dhia.
“ Busuklah sayang. Abang tak selesa bila baju dah basah.”
Beritahu Uwais sambil mengdongak ke atas pokok nangka yang berbuah agak lewat
itu. Entah yang mana satulah yang harus dia ambil.
“ Mana ada busuk, wangilah. Dhia suka bau abang masa
berpeluh” Beritahu Dhia lagi sambil tersenyum.
“ Abang rasa Dhia ni pembawakan budak. Sebab itulah baju
abang yang busuk dan masam tu Dhia cakap wangi.” Duga Uwais sambil menjolok
sebiji nangka menggunakan galah panjang bila dia sudah membuat pilihan yang
mana harus dia ambil.
Dhia melabuhkan punggungnya
pada pangkin yang berada di bawah sepohon pokok berdekatan dengan pokok nangka.
“ Mungkin betul cakap abang tu. Tapi Dhia tak suka bau
minyak wangi yang abang pakai tu. Busuk!” Tegas Dhia sambil buat muka seperti
orang menahan bau yang busuk.
“ Lah, bukan Dhia suka ke bau minyak wangi abang tu?”
Dhia mengelengkan kepala.
Sejak dia menjak ini dia memang tidak suka bau minyak wangi yang di pakai
suaminya, namun tidak pula dia muntah-muntah seperti wanita lain. Mungkin usia
kandungannya masih terlalu awal.
“ Okey, demi baby kita, abang tak pakai minyak wangi tu
lagi.” Uwais mengalah walaupun dia memang suka memakai minyak wangi itu.
Lagipun sudah zaman bujang lagi, itulah jenama minyak wanginya.
Buk!
Bunyi nangka jatuh ke bumi.
Uwais tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya menumpaskan nangka yang begitu sukar
untuk di ambilnya tadi. Dhai bersorak gembira. Nampaknya, bolehlah dia makan
gulai lemak nangka buatan umminya nanti.
******************
Dhia mengosok perutnya yang
kian membulat.Hari ini sudah genap 9 bulan kandungannya dan sedang menunggu
hari untuk bersalin sahaja.
Uwais bangun dari kerusinya
dan terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah isterinya.Risau pula dia
melihat isterinya seperti menahan kesakitan.
“ Kenapa ni sayang?” Soalnya lagi sambil turut menyentuh
perut isterinya. Nasib baiklah dia berada di meja paling hujung dan agak
terselindung sedikit dari pelanggan yang lain.
“ Anak abang ni aktif sangat. Kuat betul dia tendang
perut Dhia. Sakit...” Runggut Dhia manja. Sejak kebelakangan ini, anak di dalam
kandungannya begitu aktif bergerak sampai terasa sakit di pinggangnya.
“ Baby, jangan tentang mama kuat-kuat, mama sakit tau.
Kesian mama penat mengandungkan baby” Uwais mengusap lembut perut isterinya
sambil bercakap dengan anak yang berada di dalam kandungan isterinya.
Dhia tergelak kecil. Memang
menjadi kebiasaan, suaminya akan bercakap dengan anak yang masih lagi dalam
kandungannya itu. Dia faham sangat yang Uwais tidak sabar menanti kelahiran
anak sulongnya itu.
“ Dahlah, jom balik. Rasa nak baringlah” Ajak Dhia bila
perutnya sudah tidak rasa sakit seperti tadi. Mungkin anak di dalam
kandungannya sudah kembali tidur. Tidurlah sayang, mama pun dah penat sangat
ni.
“ Boleh jalan tak ni?” Soal Uwais agak risau. Walaupun
dia seorang doktor, namun dia tidak dapat mengawal kerisauan di hatinya. Kalau
pesakitnya, pandai pula dia minta mereka bersabar dan jangan terlalu risau,
tapi bila kena pada batang hidung, baru dia tahu apa yang mereka semua rasa.
Dhia sekali lagi mengganguk.
Dia masih lagi mampu berjalan walaupun perut sudah ke depan. Seperti biasa
Uwais akan mengengam tangan isterinya berjalan keluar dari restoran ikan bakar
itu.
Sebaik tiba di kereta, Uwais
meraba-raba poket seluarnya untuk mencari kunci kereta, namun tetap juga tidak
dia ketemui.
“ Kenapa abang?” Soal Dhia.
“Abang rasa kunci kereta tertinggal atas meja makan tadi”
Teka Uwais.
“ Pergilah cuba cari dekat meja tadi” Arah Dhia. Dia
sandarkan tubuhnya pada sisi kereta sambil mengusap-gusap perutnya.
“ Alah, tak kan nak tinggalkan Dhia sendirian dekat sini
pula.”
Dhia tersenyum. “ Dhia bukan
budak kecillah abang”
“ Sure?”
Dhia mengganguk.
“ Sayang tunggu sini, abang pergi cari kunci kejap” Uwasi
terus berlari meninggalkan isterinya di tempat letak kereta yang agak besar
itu. Hanya beberapa buah sahaja kereta yang di letak di situ. Kalau bukan kerana
parking di hadapan restoran itu penuh , memang dia tidak akan letak di situ.
Matanya melilau di sekitar
meja makan yang di dudukinya tadi, namun tidak juga dia jumpa apa yang dia
cari.
“ Encik cara kunci kereta ke?”
Muncul salah seorang pelayan restoran
itu. Uwais mengganguk laju.
“ Tadi saya jumpa kunci ni dekat atas kerusi.”
Pelayan itu menyerahkan kunci
tersebut pada tuannya. Uwais mengucapkan terima kasih sebelum berlari keluar
semula dari restoran tersebut. Dia tidak mahu meninggalkan Dhia lebih lama
lagi.
Matanya terpandang ke arah
seorang wanita yang sedang bergelut dengan dua orang lelaki. Kelihatan dua
orang lelaki itu cuba meragut beg tangan wanita itu.Dia kenal siapa perempuan
yang kena ragut itu. Dhia!
Kakinya semakin di percepatkan
ke arah itu. “ Woi!” Sergah Uwais dari jauh.Bila mendengar suara dia, dua
lelaki itu terus berlalu pergi bersama dengan motosikal dan Dhia pula sudah
terjelopok ke tanah. Kelihatan isterinya sedang menahan sakit.
“ Dhia!” Uwais memeluk tubuh isterinya. Dia ingin meminta
tolong pun, tidak ada yang lalu lalang di tempat letak kereta itu.
Dhia tidak berkata apa-apa
kerana kesakitan di bahagian perutnya benar-benar memeritkan. Ketika dia
bergelut dengan peragut tadi, salah seorang daripada mereka menumbuk perutnya
hingga di terjelopok ke tanah.
“ Ya Allah, darah” Uwais semakin cuak bila melihat darah
mengalir di celah betis isterinya. Ini sudah tahap bahaya. Dia harus segera
membawa Dhia ke hospital. Terus dia mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta
di bahagian belakang. Di baringkan Dhia di situ. Habis bajunya terkena darah,
namun dia tidak perduli itu semua.
“ Abang...” Dhia menarik lengan baju suaminya sebelum
lelaki itu menutup pintu kereta.
“ Ada apa sayang? Kita kena cepat ke hospital” Uwais
merasakan seperti masa sedang menghimpit dia hingga rasa sukar untuk bernafas.
Ya Allah, selamatkan isteri dan anakku.
“Lelaki tadi tumbuk anak kita. Anak kita tak apa-apa kan,
abang?” Rintih Dhia.
Hilang terus keegoaan Uwais
ketika ini. Air matanya terus mengalir laju. Dia mengangguk saat isterinya
berkata begitu. Seksa sungguh dia melihat keadaan Dhia ketika ini. Besar
sungguh pengorbanan seorang wanita mengandungkan seorang manusia. Dhia harus
segera ke hospital.
***************
Uwais mundar mandir di ruang
menunggu. Hilang terus ketenangan dia sebagai seorang doktor selama
ini.Perasaan risau semakin menebal. Dia sempat menelefon keluarganya dan juga
keluarga mentuanya dan memberitahu yang Dhia sudah di masukkan ke hospital. Namun
dia tidak beritahu mereka apa yang berlaku pada Dhia sebenarnya. Dia tidak mahu
mereka risau. Cukuplah dia seorang sahaja yang rasa seperti bernafas di dalam
air. Tersekat dan cukup menyiksakan. Dia tidak akan maafkan dirinya jika
terjadi apa-apa pada Dhia dan juga anak di dalam kandungan isterinya.
“ Wais!”
Uwais berpaling ke arah suara
yang memanggilnya itu. Kelihatan mama dan papanya begitu laju berjalan menuju
ke arah dia. Begitu juga dengan kakaknya.
“ Macam mana dengan Dhia, Wais?” Soal Datin Suzana cemas.
“ Wais tak tahu, ma. Dhia masih dalam bilik rawatan”
Beritahu Wais sambil melabuhkan punggung di kerusi bahagian menunggu.
“ Dhia dah sampai jangka nak bersalin ke?” Sampuk Umairah
pula. Yang dia tahu kandungan adik iparnya sudah masuk 9 bulan, jadi mungkin
sudah tiba waktu bersalin.
Uwais mengelengkan kepalanya.
Dia memang tidak boleh menipu mereka semua. Dengan lafaz bismillah, dia terus
cerita apa yang berlaku dari A hingga ke Z.
Mengucap panjang Datin Suzana
bila mendengar cerita dari anaknya itu.
“ Macam mana Wais boleh tinggalkan Dhia sendirian? Wais
tahu kan yang Dhia mengandung, bahaya di tinggalkan macam itu”Bebel Datin
Suzana.
Uwais berdiam diri. Dia
mengakui kesalahannya itu, namun nasi sudah menjadi bubur. Kini Dhia sedang
bertarung nyawa di dalam sana. Sebenarnya dia memang tidak sampai hati untuk
meninggalkan Dhia sendirian, namun dia lagi kesian melihat isterinya yang
begitu kepenatan berpatah balik ke restoran itu.
“ Kan mama dah cakap, jaga Dhia betul-betul. Wais dah
bahayakan nyawa menantu dan cucu mama”Sambung Datin Suzana lagi.
Umairah tidak mahu menyampuk.
Dia tidak salahkan Uwais seratus persen dalam hal ini. Lagipun tiada siapa
minta perkara itu berlaku. Di sandarkan tubuhnya pada dinding sambil berpeluk
tubuh. Sesekali dia memandang muka adiknya yang begitu kesal dengan apa yang
berlaku. Lelaki itu hanya menunduk.
“ Sudahlah tu Zana, perkara dah berlaku. Jangan kusutkan
lagi fikiran Wais. Sama-sama kita doa agar semuanya selamat” Sampuk Dato’Haidar
pula sambil mengelengkan kepala dengan sikap isterinya itu. Memang begitulah
isterinya jika berlaku perkara sebegitu.
Datin Suzana terus melabuhkan
punggungnya di sebelah kiri Uwais dan Dato’Haidar di sebelah kanan. Sama –sama
menunggu dengan sabar dan tidak putus-putus berdoa agar semuanya selamat.
“ Siapa suami Dhia Arissa binti Abdul Rahman?”
Keluar seorang doktor
perempuan dari bilik rawatan itu. Uwais bergegas ke arah doktor perempuan itu,
begitu juga yang lain. Semuanya tidak sabar-sabar menunggu apa yang akan di
katakan doktor itu.
“ Saya suami dia” Saut Uwais.
“ Keadaan pesakit agak lemah sekarang ini dan pesakit
tidak boleh bersalin secara normal. Saya perlu jalankan pembedahan untuk
selamatkan bayi encik.”Beritahu doktor itu lagi.
Uwais mengeluh berat. Dato’Haidar mengosok bahu anaknya beberapa
kali untuk memberi semangat.
“ Buatlah apa-apa yang patut doktor, tapi please...
Selamatkan isteri saya” Rayu Uwais. Jika dia di beri pilihan antara anak dan
isteri, dia lebih sanggup kehilangan anak kerana di memang tidak boleh hidup
tanpa wanita bernama Dhia.
“ Bertenang, encik jangan risau, insyaallah, semuanya
akan selamat”
Uwais sudah lali dengan ayat
itu kerana dia juga pernah menggunakan ayat
yang sama untuk pesakitnya. Bertenang? Macam mana nak bertenang kalau
insan yang aku sayang sedang bertarung nyawa.
Doktor perempuan itu kembali
masuk ke bilik rawatan.
“ Sabar Wais, kan doktor tu cakap semuanya akan selamat.
Apa kata kamu balik rumah, mandi, tukar baju lepas tu kamu datang balik.
Rasanya lama lagi Dhia dalam bilik rawatan” Cadang Dato’Haidar.
“ Betul cakap papa tu, Wais. Mama tengok baju kamu tu dah
terkena kesan darah. Lebih baik kamu balik dulu. Kalau ada apa-apa nanti mama
call.” Datin Suzana menyokong cadangan suaminya itu. Lagipun baju anaknya itu
kelihatan agak kotor bila terkena kesan dari darah.
“ Tak ma, pa. Wais nak tunggu Dhia dekat sini” Keras
Uwais. Tak sanggup rasanya dia ingin meninggalkan hospital itu selagi dia tidak
tahu isterinya dalam keadaan balik atau tidak.
“ Betul cakap mama dengan papa tu. Wais baliklah dulu,
lepas tu Wais datang balik. Tak kanlah Wais nak jumpa Dhia nanti dengan baju
busuk tu” Pujuk Umairah pula. Dah rasa macam memujuk budak kecil yang inginkan
aiskrim dia rasa. Namun dia faham apa yang adiknya rasa ketika ini walaupun dia
tidak pernah melaluinya.
Uwais terpaksa akur juga.
Mungkin dia harus balik bersihkan diri dahulu sebelum kembali ke hospital
semula. Dia bangun dari duduk. “ Kalau ada apa-apa, mama terus call Wais tau”
Uwais mengingatkan mamanya.
Datin Suzana mengangguk
laju.
“ Biar kakak hantar balik” Umairah memperlawa dirinya.
Dia rasa tidak selamat jika adiknya memandu dalam keadaan kerisauan begitu.
Boleh berlaku kecelakaan nanti.
Uwais mengganguk sahaja. Dia
malas nak bercakap apatah lagi membantah. Perlahan-lahan kakinya pergi
meninggalkan bilik rawatan bersalin itu dengan hati yang penuh dengan
kerisauan. Harap-harap semuanya okey.
*************
“ Abang...”
Telinga Uwais mula menangkap
bunyi suara yang begitu lemah memanggil namanya. Terasa kehangatan tangan yang
dia gengam. Dia mengangkat mukanya. Entah macam mana dia boleh tertidur
beralaskan katil hospital yang menempatkan isterinya. Kini hanya dia sahaja yang
berada di dalam bilik itu kerana yang lain sudah keluar makan tengah hari.
Hanya tinggal dia sahaja. Perutnya langsung tidak terasa lapar walaupun pagi
tadi diatidak menjamah apa-apa makanan pun.
“ Syukur, Dhia dah sedar” Uwais mengucapkan kesyukuran
kerana isteri sudah kembali sedar. Kelihatan wanita itu begitu lemah sekali. Di
cium tangan Dhia beberapa kali dan ciuman ke tiga terus menuju ke dahi pula. Di
usap rambut itu lembut.
“ Anak kita?” Soal Dhia lemah sambil mengusap perutnya
yang sudah hempis dan tidak seperti sebelumnya. Jantungnya berdenyut kencang
apatah lagi bila mengingati perbuatan peragut semalam menumbuk perutnya.
Uwais sekali lagi mencium
tangan isterinya. “ Baby boy. Dia comel sangat, sayang.” Beritahu Uwais. Dia
bersyukur sangat kerana kedua-duanya sudah selamat.
Dhia menarik nafas lega.
Semalam dia takut sangat akan kehilangan zuriat yang sudah lama dia dan Uwais
nantikan. Kini tak sabar pula ingin menatap putera sulongnya itu.
“ Abang minta maaf sayang. Abang tak patut tinggalkan
Dhia sendirian. Abang yang salah dalam hal ni. Abang tak boleh maafkan diri
abang kalau terjadi sesuatu pada Dhia”Mohon Uwais. Dia tahu itu semua memang
salah dia.
Dhia tersenyum pada suaminya.
Bukan salah Uwais, lagipun perkara dah berlaku dan tidak perlulah lelaki itu
terus rasa bersalah.
“ Abang tak perlu rasa bersalah. Dhia kan dah ada depan
abang sekarang ini” Pujuk Dhia dalam lemah. Ketika ini dia merasakan
keseluruhkan tubuhnya terasa sakit dan lenguh di bahagian-bahagian tertentu.
Dia cuba untuk bangun, namun agak sukar. Nasib baik Uwais ada, jadi bolehlah
dia menyandar di di kepala katil beralaskan bantal putih.
“ Abang takut sangat tadi. Abang tak sanggup kehilangan
Dhia” Tiada siapa dalam dunia ini boleh gambarkan perasaannya tadi. Hanya tuhan
sahaja yang tahu apa yang dia rasa. Hilang terus
Dhia tergelak kecil. Terasa
senak di perutnya bila dia ketawa. Cepat-cepat dia menahan dari tawanya keluar.
“ Macam itulah Dhia rasa bila abang pura-pura kena culik dulu. Sekarang giliran
abang pula yang kena.Rasakan!”
“ Sayang... Sempat lagi dia nak bergurau. Abang risau
sangat-sangat tau” Uwais mencubit pipi kanan isterinya. Kini dia sudah boleh
bernafas seperti biasa bila dapat mendengar suara isterinya itu. Terima kasih
Ya Allah kerana masih memberi peluang pada hambamu ni menjalani kehidupan
bersama dengan isteriku dan juga anakku.
“ Abang, nak tengok baby kita” Renget Dhia.
Uwais tersenyum manis. Dia
bangun dari duduk di kerusi lalu keluar dari bilik rawatan itu. Dhia menunggu
dengan sabar. Beberapa minit kemudian, muncul suaminya sambil menolak katil
bayi bersama dengan seorang jururawat wanita. Kebetulan isterinya di masukkan
ke hospital semalam memang sudah sampai jangka untuk bersalin, jadi tidak ada
istilah bayinya tidak cukup bulan.
Uwais memangku bayi kecil yang
di baluti kain berwarna putih, lalu di serahkan pada isterinya. Jururawat
perempuan itu terus berlalu pergi.
Dhia seperti tidak percaya
yang kini dia sedang memangku anak yang lahir dari rahimnya sendiri. Beberapa
kali dia mencium pipi anaknya hingga anak kecil itu terbangun dari tidur. Bila
anaknya membuka mata, Ya Allah... Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang dia
rasa bila bayi kecil itu seolah-olah merenung ke arahnya. Ini mama sayang.
Selamat datang ke dunia anakku.
“ Kita belum tetapkan lagi nama anak kita kan, abang?”
Dhia bukan tidak memikirkan nama untuk anaknya, tetapi dia belum tetapkan yang
mana satu dia harus pilih kerana terlalu banyak nama yang dia senaraikan
bersama dengan Uwais ketika kandungannya mencecah 6 bulan lagi.
Tiba-tiba bayi kecil itu
menangis. Itu kali pertama Dhia mendengar tangisan dari anaknya itu. Bahagianya
dia rasa bila sudah menjadi seorang ibu.
“Sayang, baby nak susu tu. Bagilah cepat” Beritahu Uwais.
Pandai-pandai sahaja dia meneka, tapi selalunya jika bayi menangis itulah yang
dia minta. Tak kanlah bayi sebesar itu minta di belikan KFC pula.
Macam-macamlah.
Dhia sekali lagi teruja. Buat
pertama kalinya dia susukan seorang bayi dengan susu badannya sendiri. Uwais
memandang sambil tersenyum riang. Itu pertama kali dia melihat bayi di susukan.
Kegembiraan dia sekarang memang tidak boleh di gambarkan dengan kata-kata.
Pertama kali jadi papa, pertama kali mengazankan bayi, pertama kali memangku
bayi yang baru lahir dan pertama kali dia melihat seorang ibu menyusukan
bayinya. Boleh di katakan, semuanya buat pertama kali. Itulah permulaan hidup
barunya selepas kelahiran orang baru.
“ Sayang nak bagi nama apa pada baby boy kita ni?” Soal
Uwais sambil memeluk bahu isterinya pula. Jari telunjuk sebelah kirinya masih
utuh di gengam bayi kecil itu. Kini dia sudah melabuhkan punggung di birai
katil bersebelahan dengan Dhia yang sedang menyusukan anaknya.
“ Muhammad Zaaref Raiqal. Okey tak abang?” Dhia meminta
pendapat. Walaupun dia yang di beri peluang untuk memberi nama kepada putera
sulongnya itu, namun dia harus meminta pandangan suaminya juga. Kalau Uwais
tidak suka, dia akan menukar nama lain.
Uwais mengganguk. Apa-apa
sahaja nama yang dicadangkan isterinya, dia akan ikut. Tentang nama, itu
bukanlah penting sangat. Yang lebih penting, isteri dan anaknya selamat. Tiada
yang lebih penting dari itu buatnya sekarang ini.
“
Welcome to the world my prince. Jadi anak
yang soleh ya,macam papa.” Uwais bercakap dengan anaknya. Sesekali dia
mencium pipi gebu anaknya itu. Geram sungguh dia melihat pipi putih gebu
Raiqal. Nak je dia cubit-cubit pipi tu. Bila bayi itu terlena kembali, kini
giliran Uwais pula yang memangkunya.
“ Abang dah jadi papa, so tak boleh nakal-nakal macam
dulu lagi” Usik Dhia.
Uwais menjeling nakal pada
isterinya. “ Abang nakal dengan sayang je. Kalau tak nakal nanti Raiqal tak
dapat adik pula” Gurau Uwais pula sambil tergelak kecil.
Pantas tangan Dhia menepuk
bahu suaminya. “Gatal!”
“ Assalamulaikum...”
Kedengaran orang memberi
salam. Dhia dan Uwais menjawabnya serentak. Kelihatan keluarga kedua-dua belah
pihak mula memenuhi ruang bilik rawatan itu.
“ Bagilah kakak pengang pula, asyik Wais jer” Minta
Umairah sambil mendekati adiknya. Tak sabar dia hendak memeluk anak saudara
pertamanya itu.
Uwais terus menyerahkan Raiqal
pada kakaknya. Bila bayi kecil itu sudah berada di tangan kakaknya, mulalah
orang berkerumu ingin melihat Raiqal sedang lena tidur itu. Dari satu tangan ke
satu tangan Raiqal berpindah dan semunya kelihatan begitu teruja sekali.
Maisara dan Marissa tidak ketinggalan mendukung anak saudara baru mereka itu.
Datin Suzana dan ummi terus
mendekati katil lalu melabuhkan punggung pada kerusi yang di sediakan. Abah dan
Dato’Haidar pula asyik melayan cucu yang baru sehari di lahirkan itu. Al
maklumlan, kedua-duanya baru menimang cucu pertama.
“ Dhia dah okey?” Soal Ummi terlebih dahulu.
“ Dhia okey ummi.” Jawab Dhia.
“ Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Mama takut sangat
semalam bila dapat tahu Dhia di ragut. Teruk betul peragut tu, perempuan
mengandung pun nak di ambil kesempatan” Runggut Datin Suzana. Marah sungguh dia
pada si peragut itu. Tak pasal-pasal dia risau satu malam dan tidak boleh tidur
lena kerana hal itu.
“ Tak apalah mama, benda dah lepas. Dhia dah selamat pun”
Balas Dhia pula.
“ Kalau jadi apa-apa pada Dhia memang mama ketuk kepala
Wais pakai tukul. Suka-suka tinggalkan isteri yang mengandung macam itu saja”
Usik Datin Suzana di sertai gelak tawa yang lain bila dia menunjukkan reaksi
seperti ingin memukul Uwais menggunakan tangannya.
“ Okey, Wais mengaku salah. Lepas ni Wais tak buat macam
itu lagi” Sampuk uwais sambil mengenyit mata pada isterinya.
Dhia mengigit bibir. Lepas ni?
Apa maksud lepas ni? Nak suruh Dhia mengandung lagilah tu. Di cubit pinggang
suaminya hingga lelaki terjerit kecil.
“ Mama, jomlah kita keluar. Ada orang nak lepaskan rindu
tu” Sindir Umairah sambil menjeling ke arah adik lelakinya.
“ Jomlah ummi, lain kali kita datang lagi. Rasanya kita
tiba bukan pada waktu yang tepat.” Sampuk Maisara pula. Bayi kecil yang berada
di dalam dukungannya itu di letak kembali pada katil kecil yang berada di sisi
katil Dhia. Semua orang mula keluar dari situ.
Dhia menjeling pada suaminya.
“ Ini abang punya kerjalah. Buat malu jer.” Runggut Dhia sambil berpeluk tubuh.
“ Malu buat apa? Dhia isteri abang dan abang tak pernah
ada rasa malu pun. Abang sayang Dhia tau, sayang sangat-sangat” Ucap Uwais
sambil mencium dahi isterinya dan tanpa sedar ciumannya hingga di bibir wanita
itu.
Dhia tersenyum manis. “ Terima
kasih, sebab abang pilih Dhia untuk jadi isteri dan ibu kepada anak abang. Dhia pun sayangkan abang, sayang
sangat-sangat. I love you too,Airil Uwais” Hati Dhia kian berbunga-bunga. Kini
hidupnya sudah lengkap. Dengan lahirnya Muhamad Zaaref Raiqal, itulah permulaan
baru dalam hidupnya. Selamat datang anakku.
Tinda penulis
Tak semua perkara dalam dunia
ini dapat di selesaikan, begitu juga dengan cerita saya kali ini. Banyak
perkara tidak terungkai dan mungkin akan menjadi rahsia sampai bila bila. Hidup
tidak selalunya indah dan tidak juga selalunya malang. Apa yang saya boleh
katakan, perjalanan hidup sudah cukup seimbang. Kesensaaraan yang tuhan berikan
tidak bermakna berterusan hingga
kepetang, mungkin akan turun kegembiraan di tengah hari.
Contohnya cerita saya yang
tidak terungkai dan anda tidak ketahuinya. Hanya saya sahaja yang tahu kerana
sayalah pereka jalan cerita ini dan ideanya datang dari Allah SWT. Syukur
sangat-sangat...
-KENAPA DHIA DI BENCI KELUARGA KANDUNGNYA?
-SIAPA YANG PERANGKAP MAISARA DAN UMAR?
-KENAPA WATAK JOHAN DI KELUARKAN?
-KENAPA MARISSA BERUBAH SERTA MERTA(bkn krna sbb di ceramah olh abah sjh)
S semua itu
memang tidak ada jawapan di dalam cerpen.Jalan cerita yang agak singkat dan
pantas itulah penguat jalan cerita. Maaflah kalau cerpen saya ni tak mgikut
cita rasa pembaca. Maklumlah saya ni tak arif dalam bab-bab buat cerpen ni.
Saya tulis cerpen pun sebab minat yang mendalam dalam dunia penulisan Cuma
belum ada peluang lagi untuk mengetengahkan bakat yang tak berapa berbakat ni.
Hehehe
Kalau cerita cinta saya ni tak
seromantik dan tak menarik mana, sekali lagi saya mohon maaf. Honestly,saya
katakan yang saya tak pernah bercinta tapi alhamdulillah, saya boleh mendalami
dunia cinta yang saya sendiri belum dalaminya di dunia nyata.Kenapa? korang
mesti tak percaya kan?
Betul.... Saya belum ada cinta pertama. Bukan sebab memilih, tapi saya
tak berani memcuba cinta tu rasa apa?pahit ke? Tawar ke? Manis ke? Masam ke?.
Entahlah... cari cinta selepas kahwin kot. Siapa nak jadi cinta selepas kahwin
saya? Angkat tangan! Hahaha...(tibe2 ckp sal saya plak)
Kalau respon okey, saya
sambung cerita ni dan semua persoalan di atas akan terjawab.
Siapa nak saya sambung, KOMEN
‘Nak’...
Saya tak paksa okey...
Minah kedai dobi tu, inpirasi
dari kawan saya, Husna bt kassim. Dia yg paling byk menyokong minat saya dlm
dunia penulisan. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Kawan!
Apa-apa pun...I try my best!!!
(Harap maaf jika
berlaku kesilapan dalam ejaan kerana saya tidak menyemaknya untuk kali kedua.
Saya akan membaikinya jika ada masa kerana saya terlalu sibuk sekarang ini)