MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Aku adalah Kamu




picture dari cik.goggle



“ Buat apa dekat sini?” Soal Atifa pada lelaki yang sedang termenung di pangkin di tepi sawah. Lelaki itu tersenyum manis. seluarnya yang di sisin hingga lutut di turunkan sedikit supaya tidak jelas sangat bulu kakinya tidak begitu kelihatan.  Dia menjauhkan sedikit dirinya, saat wanita itu melabuhkan punggung di sebelahnya.

“ Kenapa? Jijik dengan Ati ke?” Soal Atifa kecewa. Lelaki itu tergelak kecil. Topi sawahnya di kibas-kibas di muka untuk menghilangkan sedikit terasa kepanasan bahang cahaya matahari yang begitu terik di atas kepala.

“ Kenapa pula Syam kena jijik dengan Ati. Sepatutnya Ati yang kena jijik dengan Syam. Tengoklah keadaan Syam, kerja dekat sawah padi, baju seluar semua lekat lumpur. Busuk lagi” Beritahu Hisyam merendah diri. Dia bukan tidak pandai dalam pembelajaran, tetapi dia tidak berpeluang untuk melanjutkan lagi pembelajarannya kerana kesempitan wang. Keluarganya hanya bergantung seratus persen pada hasil padi yang sekangkang kera itu. dia ada ramai lagi adik yang perlu di suap. Lagipun dia pula anak sulong dan dialah ketua keluarga selepas kematian bapanya lima tahun yang lalu. Ibunya pula selalu tidak sihat sejak kebelakangan ini. kerana itu dia harus berkorban untuk keluarga.

“Ati tak pernah jijik dengan Syam. Lagipun bukannya Ati tak pernah main dalam petak sawah ni. Dulu masa kecik-kecik kita selalu main sama-samakan. Tak kan Syam dah lupa kot?” Balas Atifa. Dia tidak suka bila lelaki itu berkata begitu. Padanya tiada langsung tidak kisah soal itu. kenangan masa kecik mengetuk-ngetuk mindanya semula. Zaman yang paling seronok dalam hidupnya. Dia tersenyum sendirian bila mengingatinya semula.

“ Asal sengeh-sengeh pula ni? Ingat pakwe ke?” Sempat Hisyam bergurau.

“ Mana ada pakwe. Syam lah pakwe Ati” Sampuk Atifa pula. Hisyam tergamam sejenak. Berbunga hatinya bila Atifa berkata begitu. Namun dia tahu itu semua hanya sekadar gurauan semata-mata. Jika benar sekali pun, dia memang tidak layak untuk wanita itu, bagai langit dengan bumi perbezaannya. Atifa dari keluarga yang berpelajaran tinggi dan tidak baginya.

“ Tak payah nak berguraulah Ati, tak lawak pun” Syam menyambungnya lagi. Sempat dia menolak perlahan bahu wanita itu. Atifa tetap tersenyum manis. sungguh cantik senyuman itu bila kelihatan dua lesung pipit di pipi. Apatah lagi, berserta taik lalat kecil di dagu sebelah kanan.

“ Mana ada Ati gurau, betullah ni. Atifa nak melamar Syam jadi pakwe Ati. Nak tak?” Atifa begitu berani menyuarakan hasrat hatinya. Nak tunggu lelaki itu melamarnya, memang tak akan terjadi. Dia tahu sangat perangai Hisyam yang suka merendah diri itu.

“Ati melamar Syam, macam pelik je?” Sempat Hisyam bergurau walaupun ketika ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia. ingin sahaja dia menjerit satu dunia bahawa wanita itu juga mencintainya.

“ Tak pelik pun, nak tunggu Syam cakap memang tak dapatlah. Nak tak ni?” Atifa bertanya lagi. Dunia sudah terbalik, dia pula yang memainkan peranan sebagai lelaki. Dia tergelak kecil. Tidak sangka berani juga dia menyuarakan hasrat itu. Hisyam masih terdiam tanpa kata. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Mulutnya seperti di kunci dengan mangga yang begitu besar dan berat.

“ Syam.... Ati tanya ni, nak tak? Sebelum Ati pergi sambung belajar dekat UK, Ati nak tahu jawapan dari Syam dulu.” Beritahu Atifa. Ditarik-tarik lengan baju Hisyam supaya lelaki itu berkata-kata. 

“ Nak,nak...” Pantas ayat itu keluar dari bibir Hisyam. Atifa bersorak gembira.

“ horreeyy... Syam boyfriend Atifa!!!” Jerit Atifa ke arah sawah padi di depannya.  Hisyam tersenyum manis. sungguh gembira dia ketika itu.

“ Bila Ati bertolak ke UK?” Soal Hisyam ingin tahu sebaik sahaja Atifa melabuhkan kembali punggungnya di pangkin.

“ Minggu depan...”

“ Berapa lama Ati tinggal sana?” Soal Hisyam lagi. Selepas ini pasti dia akan merindui wanita itu kerana selama ini dia tidak pernah berpisah dengan Atifa sejak dari kecil lagi. Dengan berbekalkan keputusan SPM yang begitu cemerlang, Atifa berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dia pula hanya akan bersawah sampai bila-bila.

“ Lima tahun. Syam tunggu Ati balik tau. Lepas itu kita khawin okey...” Janji Atifa yakin. Dia akan menunggu lelaki itu sampai bila-bila.




**********
Hisyam mula melangkah turun saat tanah sudah jelas kelihatan. Matahari mula naik dan bulan terus turun. Dia harus segera ke sawah padi kerana bila matahari mula memacak di atas kepala, tidak mungkin dia dapat melakukan kerja. Awal-awal pagi lagi dia sudah turun untuk mencari rezeki.

“ Mak... Syam pergi dulu ya!!!” Jerit Hisyam dari bawah rumah sambil mengambil cangkul yang di letakannya di situ semalam.

“ Yelah...” Kedengaran suara maknya dari dapur. Kedengaran juga tapak kaki adik-adiknya yang berlari ke arah muka pintu untuk ke sekolah. Berebut-rebut mereka memakai kasut padahal setiap seorang sudah ada kasut sendiri, tapi ketika memakainya, pasti akan berebut-rebut. Hisyam mengelengkan kepala lihat perlakuan adik-adiknya, tapi dalam hatinya, dia suka melihat semua itu. Tidak sangka sudah besar adik-adiknya. Adik keduanya sudah masuk tingkatan 3 dan adiknya yang paling bongsu akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Dia mengeluh berat. Sudah hampir 4 tahun juga Atifa di UK. Rindu sungguh dia dengan gadis kecil molek itu. Tidak sangka juga sekarang ni dia sudah berusia 21 tahun dan lagi setahun dia akan dapat berjumpa dengan Atifa semula.

“ Azam kan dah besar, tak reti nak mengalah dengan adik ke?” Tegur Hisyam sebaik sahaja keluar dari bawah rumah yang agak tinggi itu. panjang muncung Azam bila di tegur. Dayah pula menjelerkan lidah pada Azam. Bengang betul Azam dengan adiknya itu.

“ Eleh...Dayah ni mengada-ngadalah Along. Benci Azam!!!” Azam terus bangun bila kasutnya sudah tersarung di kaki. Tidak mahu dia duduk berdekatan dengan adiknya itu. Dia geram bila semua orang menyebelahi Dayah termasuk maknya.

“ Apa Azam cakap? Along tak suka Azam cakap macam itu dekat adik!!!” Marah Hisyam sambil mencekak pinggang. Dia paling tidak suka bila Azam berkata begitu. Azam terus berlari ke arah basikalnya dan terus mengayuhnya pergi begitu sahaja. Mungkin begitu marah sekali bila dia menyebelahi Dayah. Kedengaran satu lagi keluhan di dadanya.

“ Cepat adik, nanti lambat pula pergi sekolah.” Beritahu Hisyam pada adik bongsunya itu. Dayah menpercepatkan memakai kasut lalu berlari kearah Hisyam, pantas tangan itu di cium sebelum berlalu pergi dengan basikal buruknya. Dia harus segera ke sekolah supaya tidak terlambat. Hisyam meneruskan niatanya untuk ke sawah padi tidak jauh dari rumahnya. Dia harus segera ke sana sebelum cuaca panas.

“ Syam!!!” Panggil maknya dari depan pintu dapur. Hisyam hentikan motor buruknya dan berpaling ke belakang bila kedengaran suara maknya dari rumah.

“ Apa mak?” Jerit Hisyam pula dari jauh.

“ Nanti balik jangan lupa pergi terus jumpa Tok Lebai” Mak Timah mengingatkan sekali lagi walaupun dari semalam lagi dia telah mengingatkan anaknya itu. Takut juga Hisyam terlupa soal itu.

“ Yelah mak, Syam tak lupa...”



**********

“ Atok ada cadangan nak buka ladang buah naga dekat tanah dekat bukit sana tu. So atok panggil kamu datang sini sebab atok nak bincang dengan kamu, kalau boleh atok nak kamu yang uruskan tanah tu.” Cadang Tok Lebai pada Hisyam di pangkin rumahnya. Tergamam Hisyam bila Tok Lebai menyuruhnya menguruskan tanah di kawasan bukit yang agak luas itu.

“ Kenapa saya yang atok pilih? Ramai lagi anak muda dalam kampung ni yang boleh atok pilih” Soal Hisyam ingin tahu. Tok Lebai ketawa kecil bila di katakan begitu.

“ Kamu tengoklah anak-anak muda dekat kampung ni. Mereka semua bukan seperti kamu yang sanggup duduk tengah panas macam dekat sawah tu. Yang mereka tahu mintak duit dari mak bapak. Atok percaya dengan kamu saja yang boleh uruskan tanah tu. Pasal modal tak jadi hal. Atok akan bagi modalnya dan kamu uruskan semua.”  Beritahu Tok Lebai lagi. Sesekali di hirup air kopi panas yang baru di letak isterinya tadi. Hisyam pula tidak lagi mahu menghirupnya lagi kerana tekaknya masih lagi tidak terasa dahaga.

“ Kenapa atok tak uruskan sendiri tanah tu?” Soal Hisyam lagi. Sebelum apa-apa berlaku, dia harus tahu lebih lanjut lagi.

“ Atok dah tua Syam, dah tak larat nak uruskan tanah tu. Bulan depan atok dengan mak Sum kamu tu nak pergi KL. Kami akan tinggal dengan anak sulong atok dekat sana. Mereka risau atok duduk sini itu sebabnya mereka nak atok tinggal dengan mereka sahaja. Tapi sesekali atok akan balik sini. Macam mana, nak tak?” Perlawa Tok Lebai lagi. Cepat Hisyam mengganguk. Kecil tapak tangan, KLCC dia tadahkan. Siapa tak nak rezeki datang bergolek begitu. Mungkin dengan kerja barunya itu, mampu mengubah kehidupannya nanti. Begitu seronok dia ketika itu. ingin sahaja dia berlari  balik ke rumah untuk memberitahu maknya soal itu.


**********
Beberapa kali Hisyam menekan nombor telefon Atifa untuk menelefon gadis itu. sudah agak lama dia tidak bercakap dengan Atifa, mungkin sudah masuk lima bulan dia tidak dapat menghubungi gadis itu. entah kemana Atifa menghilang dia langsung tidak tahu. Telefon Nokia 3310 nya pula asyik sahaja buat hal. Ingin sahaja dia lempar telefon buruk itu. Dia mula berputus asa untuk menghubunginya lagi dan dia akan hanya tunggu gadis itu menelefonnya semula. Dia mengibas-gibas topinya ke muka untuk hilangkan kepanasan di ladang barunya itu. Senyuman terukir di bibir bila melihat anak-anak poko buah naga yang di tanamnya begitu cepat membesar dan semuanya sihat-sihat belaka. Tidak sangka tanah di situ begitu sesuai sekali untuk tanaman itu. kelihatan dari jauh beberapa orang pekerjanya sedang leka meneliti setiap pokok takut terdapat kerosakan akibat dari seranggan perosak. Tidak sangka dia sudah mampu mengambil pekerja sendiri. Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa Tok Lebai kerana memberikannya kejayaan sebegitu.

“ Wau.... ini ladang awak ke?” Kedengaran satu suara dari belakang. Hisyam tersentak dari lamunannya dan terus berpaling ke belakang. Kelihatan seorang wanita berdiri di depan pagar ladangnya. Dia terus mendekati wanita tersebut.

“ Cik buat apa dekat sini? Sorang-sorang pula tu” Soal Hisyam. Pelik juga bila ada wanita itu situ apatah lagi ladangnya agak perdalaman dan tidak ada orang akan ke situ selain dia dan pekerjanya. Jika di lihat dari segi pakaian wanita itu, seperti bukan datang dari kampung. Apatah lagi kereta yang di naiki wanita itu agak mewah. Tergelak kecil dia bila melihat kereta yang mewah itu sudah terlekat lumpur di tepi-tepinya. Berani sungguh wanita itu datang kemari.

“ Ladang awak ke?” Soal wanita itu lagi. Matanya liar meneliti setiap sudut ladang yang begitu luas dari pandangan matanya. Panas terik matahari di kepalanya langsung tidak di endahkan. Soalan dari Hisyam juga tidak di pedulikan.

“ Ya, ladang saya. Kenapa?” Hisyam mula ingin melayan wanita itu. di buka pintu pagar agar wanita itu boleh masuk kerana bila di lihat dari air muka wanita itu sudah terjelas bahawa dia ingin masuk.

“ Biar betul ladang awak?” Soal wanita itu lagi sambil meneliti tubuh Hisyam dari atas hingga bawah. Seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarinya.

“ Awak tanya saya ni ladang saya atau tidak. Bila saya cakap ya, awak tak percaya pula. habis nak saya cakap tidak ke?” Sempat Hisyam menyindir. Wanita itu tergelak kecil sambil menutup mulutnya. Comel sungguh gelak ketawa itu,bisik hati kecil Hisyam.

“ Awak tengah buat lawak ke? Lucu lawak awak tu...” Sindir wanita itu lagi sambil menunjukkan muka comelnya. Hisyam mengeluh berat.

“ Baik awak balik je cik...” belum sempat Hisyam menghabiskan ayatnya, wanita itu terlebih dahulu menyampuknya.

“ Putri Nalia Battrisya binti Dato’Kamarul...” Lancar sungguh nada suara wanita itu.

“ Tak kisahlah apa pun, baik awak balik. Dekat sini bahaya untuk wanita macam awak ni.” Suruh  Hisyam. Malas untuk dia melayan wanita itu lagi. Nalia mengentak kakinya beberapa kali sambil memuncungkan mulutnya. Tidak sangka dia telah di halau dalam ungakapan yang begitu menyakitkan hati.

“ Tak nak!!!” Jerit Nalia kuat. Hisyam tergelak kecil bila melihat perlakuan wanita itu.

“ Awak tahu tak dekat sini ada harimau, gajah pun ada tau.” Hisyam cuba menakutkan wanita itu dengan harapan wanita itu akan pergi dari situ.

“okey fine!!!” Nalia terus keluar dari pagar lalu menuju ke keretanya yang begitu kotor kerana terkena lumpur ketika perjalanannya ke ladang itu tadi. Jalan yang hanya berbatu dan bertanah merah tanpa tar jalan menyebabkan keretanya kotor. Hisyam mengeluh berat.



*********

“ Atok bila balik?” Soal Hisyam sebaik sahaja tiba di rumah lelaki tua itu. Bila mendengar khabar tentang kepulangan lelaki itu dia terus ke situ. Di peluk tubuh lelaki itu. dia telah menggangap Tok Lebai seperti ayahnya sendiri. Lagipun Tok Lebai begitu baik sekali dengan keluarganya.

“ Baru pagi tadi sampai Syam. Rindu sangat dekat kampung ni.” Beritahu Tok Lebai.

“ Siapa tu Atok?” Soal Hisyam bila melihat lelaki dalam lingkungan 50 yang baru keluar dari kereta. selama ini dia tidak pernah melihat lelaki tersebut, tetapi dia seperti kenal dengan kereta proton perdana berwarna hitam itu.

“ Mari atok kenalkan dengan sepupu atok.” Tok Lebai terus mendekati kereta tersebut dah di ikuti Hisyam dari belakang.

“ Kamarul, inilah Hisyam yang aku selalu cerita kau kat tu. Dialah yang uruskan ladang aku dekat bukit sana tu” Beritahu Tok Lebai. Hisyam terus menyalami tangan itu dengan penuh hormat sekali.

“ Tak sangka hensem juga orangnya” Puji lelaki itu. Hisyam tersenyum malu bila di puji.

“ Mana ada, biasa-biasa je. Dekat manalah hensem saya tu kalau setakat budak kampung je” Sampuk Hisyam pula. Tok Lebai dan lelaki itu terus ketawa.

“ Syam nak tahu tak yang sepupu atok ni dah dapat pangkat dato. Dia ni peladang yang berjaya tau” Puji Tok Lebai pada sepupunya itu. Hisyam tergamam, tidak sangka lelaki itu mendapat pangkat dari dunia perladangan  dan penanaman sahaja. Hebat sungguh lelaki tua itu.

“ Atok nak Syam capai tahap macam ni. Atok tak apa, atok dah tua. Cukuplah dengan kehidupan sekarang. Tak payah nak kejar semua tu dah.” Tok Lebai menepuk-nepuk bahu sepupunya beberapa kali. Tinggi sungguh impian Tok Lebai untuknya.

“Insyaallah atok...” Ucap Hisyam sambil tersenyum manis.

“ Oh ya, kami ada hal nak bincang dengan Syam.”Beritahu Tok Lebai sebelum melangkah ke pangkin dan di ikuti yang lain. Dia memang gemar duduk di situ kerana baginya keadaan di dalam rumah bila waktu petang agak panas. Jika di situ, dia dapat merasa angin petang yang semula jadi.


***********
Hisyam menguling-gulingkan tubuhnya di atas tilam. Pening sungguh dia dengan permintaan Dato’Hisyam padanya petang tadi. Matanya kaku memandang siling rumahnya yang kosong. Dia tidak tahu harus membuat keputusan kerana agak berat permintaan itu dan melibatkan masa depannya, tetapi jika dia menerimanya mungkin dalam masa yang singkat dia sudah mampu memiliki ladang sendiri dan perniagaan sendiri.

“ Along ni kenapa?” Soal Dayah dari depan muka pintu. Hisyam tersentak dari lamunannya. Langsung dia tidak sedar kehadiran adik bongsunya itu. lagipun Dayah memang suka masuk ke biliknya tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Dia terus bangun dari baring dan menarik lembut tangan adiknya supaya duduk sebelahnya di birai katil.

“Macam mana sekolah hari ini?” Soal Hisyam. Dia harus tahu juga perkembangan adiknya itu.

“ Okey, hari ini ada budak baru masuk kelas adik. Oh ya along, adik nak duit sikit boleh? Adik nak beli buku rujukan sains” Minta Dayah pada abangnya. Sejak abangnya menguruskan ladang Tok Lebai, pendapatan abangnya semakin meningkat dan tidak seperti dulu. sekarang ini semua kelengkapan sekolahnya lengkap dan dia lebih semangat untuk belajar. Hisyam mengeluarkan dompetnya dari laci.

“ Nak berapa?” Soal Hisyam sambil membelek-belek dompetnya. Dia malas untuk bertanya lebih lanjut kerana dia tahu adiknya pasti tidak akan menipu. Dayah menunjukan isyarat dua puluh mengunakan jarinya. Tidak sabar rasanya untuk ke sekolah esok kerana ingin membeli buku itu. selepas ini tidak perlu lagi dia meminjam buku rakan sekolahnya untuk membuat rujukan. Hisyam terus mengeluarkan duit lalu di hulur ke pada adiknya.

“ Ingat, dah dapat buku ni, belajar rajin-rajin.” Nasihat Hisyam. Dayah mengganguk laju. Di cium pipi Hisyam sebelum berlalu pergi dengan riangnya. Hisyam kembali merebahkan tubuhnya ke tilam. Terasa sakit di bahagian tulang belakangnya kerana terlalu lama dia di ladang petang tadi. Pokok-pokok naganya sudah mula mengeluarkan hasil. Tidak lama lagi dapatlah dia menjual buah-buah naga tersebut.

Tut..tut..

Kedengaran satu pesanan ringkas masuk. Dia mencapai telefon nokia 3310 nya yang berada di atas meja sebelah katil. Sungguh usang telefon tersebut. Dia terus membacanya sebaik sahaja melihat nama adik Atifa di skrin telefonnya.


Abang... Minggu depan kak Ati balik Malaysia. Mak ajak abang pergi jemput kak Ati dekat airport.


Hisyam bersorak tersenyum riang. Tidak lama lagi dia padat berjumpa dengan wanita yang sentiasa di rinduinya itu.  Dia mula menghitung hari bila matanya mula terpandang pada kalendar yang melekat di dinding. Tidak sabar rasa hatinya hingga kesakitan di badannya terus hilang. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya hati dia. Dia terus membalas mesej tersebut.

Hisyam:  Sure ke? Berapa hari bulan?

Johan:    yelah, tadi kak Ati ada call mak. Dia dah habis belajar. 16 haribulan. Abang nak ikut tak ni?

Hisyam:  Mestilah...

Hisyam terus bangun dan menuju ke kalendernya. Di cari nombor 16 dan saat jarinya berhenti di tarikh 16, dia mengeluh berat. Sudah tertanda di situ bahawa dia harus berjumpa dengan Dato’Kamarul untuk bincang soal kerjanya. Tidak mungkin dia harus membatalkan temu janjinya dengan Dato’Kamarul kerana dia tahu lelaki itu begitu sibuk dan begitu susah untuk berjumpa lagi. Dia terus mencapai telefonnya lalu sekali lagi dia menghantar pesanan ringkas sms.

Maaflah Joe, abang rasa abang tak boleh pergi jemput kak Ati dekat airport lah. Abang  tunggu dekat rumah jelah. Abang ada hal hari rabu ni.

*************

“ Selamat pagi Dato” Sapa Hisyam sebaik sahaja tiba di meja makan restoran yang di duduki Dato’Kamarul. Tangan tua itu terus di salam dengan penuh hormat.

“ Duduk Syam...” Arah Dato’Kamarul sambil menunjukan kerusi berhadapan dengannya. Hisyam terus melabuhkan punggung di situ. Matanya liar memandang sekeliling restoran tersebut. Sungguh cantik dah mewah restoran ala thai itu. Rekaannya begitu unik sekali bila ukiran kayu menjadi tema utama.

“ Kenapa? Tak suka saya ajak datang sini ke?” Soal Dato’Kamarul bila melihat wajah Hisyam seperti tidak selesa.

“ Tak adalah Dato, cuma saya kagum dengan kecantikan restoran ni. Unik sangat” Puji Hisyam sambil tersenyum. Dato’Kamarul tergelak kecil.

“ Ini semua inpirasi isteri saya. Dia memang suka semua benda yang berkaitan dengan negara Thailand ni” Beritahu Dato’Kamarul. Dia juga suka dengan keadaan restoran itu.

“ Ini restoran Dato ke?” Soal Hisyam pula. bulat matanya sekejap bila mendengar apa yang baru dikatakan lelaki tua itu. Dato’Kamarul mengganguk perlahan. Senyuman seperti tidak mahu lepas dari lelaki tua itu. ceria sungguh Dato’Kamarul. Selama ini dia ingat orang kaya-kaya semuanya sombong-sombong semuanya dan ternyata tidak bagi lelaki itu.

“ So kita berbalik kepada tujuan saya panggil kamu ke sini.” Beritahu Dato’Kamarul. Hisyam mula menumpukan semula pada tujuan sebenar. Sesekali dia mengerling pada jam di tangannya. Mungkin waktu ini, Atifah sudah sampai ke tanah air dan wanita itu pasti tidak sabar untuk berjumpa dengannya begitu juga dia. Dato’Kamarul memulakan perbincangan tentang tanah yang ingin di tawarkan pada Hisyam. Dia ingin menjualkan separuh tanahnya yang berada di bersebelahan dengan tanah Tok Lebai yang di usahakan anak muda itu. Mungkin selepas ini, Hisyam boleh membesarkan lagi tanamannya.

“ Saya tak ada duit sebanyak itu Dato. Tanaman saya pun baru nak menjadi. Saya tak mampu beli tanah tu” Beritahu Hisyam. Dia memang tiada duit untuk membeli tanah seluas itu. lagipun tanamannya pun belum lagi mendatangkan hasil. Dato’Kamarul tergelak kecil bila Hisyam berkata begitu. Dia memang tahu anak muda itu tidak mempunyai duit sebanyak itu.

“ Saya tak suruh kamu bayar sekarang. Macam ini, kamu guna dulu tanah tu dan selepas itu baru kamu bayar. Lepas bayaran selesai, saya akan bagi terus geran tanah pada kamu. Macam mana?” Cadang Dato’Kamarul. Hisyam terdiam sejenak. Dia tidak tahu harus berbuat keputusan bagaimana lagi.

“ Alah, terima sajalah. Lagipun tanah itu saya tak guna pun. Daripada terbiar, baik kamu guna” Sambung Dato’Kamarul lagi. Dia memang ingin tolong Hisyam berjaya sepertinya. Dia tahu anak muda itu pasti berjaya suatu hari nanti.

“ Kalau dah dato cakap macam itu, saya ikut sajalah.” Hisyam memberikan kata putus.

“Papa!!!” Kedengaran satu suara memanggil dari belakang. Dato’Kamarul terus berpaling. Kelihatan anak perempuannya berdiri tidak jauh dari situ sambil mencekak pingang. Dia tahu anak perempuannya itu pasti sedang marah. Hisyam pula hanya memandang dan bila dia meneliti wajah wanita kecil molek itu, dia seperti mengenali pemilik wajah itu, namun otaknya masih samar-samar soal itu. wanita itu terus melangkah ke arah Dato’Kamarul. Marah sungguh wajah itu.

“ Kenapa papa tak datang majlis dekat universiti Nalia! Semalam papa dah janji nak datang” Bebel Nalia pada papanya. Geram sungguh dia pada papanya itu. sudahlah mamanya tidak datang kerana ke luar negara seminggu yang lepas. Dia langsung tidak mempedulikan lelaki yang bersama dengan papanya itu apatah lagi nak memandang wajah itu.

“Papa ada hal yang lebih penting Nalia, lagipun majlis itu kan taklah penting sangat” Dato’Kamarul membela diri. Dia tahu memang salah dia kerana berjanji, tapi dia lupa soal janjinya dengan Hisyam. Oleh kerana itulah dia lebih pilih untuk berjumpa Hisyam dari ke majlis tersebut.

“ Tak penting papa cakap!!!” Marah Nalia. Dato’Kamarul mengelengkan kepalanya. Susah betul bila dapat anak yang begitu degil seperti Nalia. Wanita muda itu langsung tidak mahu mendengar katanya sejak dari dulu lagi.

“ Sudahlah, papa penat. Kita bincang lain kali” Dato’Kamarul terus bangun dari situ. Dia malas untuk melayan kerenah anak perempuannya itu.

“ Syam, kita bincang lain kali ya. Saya minta diri dulu” Beritahu Dato’Kamarul sebelum berlalu pergi. Hisyam hanya mengganguk sahaja. Dia tahu lelaki tua itu pasti sedang pening dengan kerenah wanita muda itu.

“ Papa!!!” Jerit Nalia sebaik sahaja papanya berlalu pergi begitu sahaja. Dia menghentak kakinya beberapa kali. Merah mukanya menahan marah. Hisyam mengelengkan kepala bila melihat perlakuan seorang anak kepada bapa sendiri. Sungguh kurang sopan sekali. Bila di pandang wajah wanita muda itu, dia teringatkan seseorang. Wanita yang di jumpainya di ladang minggu lepas. Wanita yang begitu angkuh di matanya. Tidak sangka wanita itu mempunyai bapa yang begitu baik sekali dan berbeza wanita yang sedang berdiri di depannya itu.

“ Awak ni tak pernah bersyukur ke dapat ayah macam tu...” Sindir Hisyam sebaik sambil mengemas kertas kerja yang baru diberikan Dato’Kamarul padanya tadi yang berada di atas meja. Nalia terus berpaling ke arah suara yang menyindirnya tadi. Memang cari nahas siapa yang menyindirnya tadi. Dia paling pantang orang menyakitkan hatinya.

“ Kau siapa nak cakap macam tu!!!” Marah Nalia kuat sambil menyunding jari ke arah Hisyam. Rambutnya yang panjang di selit di telinga supaya tidak menutup penglihatannya.

“ Bukan apa Cik Nalia, awak bertuah dapat ayah macam tu. Baik lagi. Kalau awak tak hormat orang lain pun, sekurang-kurangnya hormatlah pada ayah awak sendiri.” Sambung Hisyam lagi. Tiba-tiba sahaja dia bengang dengan perangai wanita muda itu. Dia paling pantang bila ada manusia yang tidak pandai hormat orang apatah lagi orang tua sendiri.

“ Ooo... baru saya ingat kau ni siapa. Kau ni lelaki yang dekat ladang buah hari tu kan?” Duga Nalia. Dia tiba-tiba sahaja teringat bila melihat tepat pada wajah lelaki itu. tapi kali ini, lelaki itu tidaklah selekeh seperti pertama kali dia berjumpa. Tidak sangka timbul juga kekacakan lelaki itu. Hisyam tergelak kecil.

“ Baguslah Cik Nalia masih ingat saya. Saya ingatkan, baik Cik Nalia pergi minta maaf dengan ayah Cik Nalia sebelum terlambat. Nanti menyesal... Mati nanti tak masuk syurga” Hisyam semakin ingin bermain dengan perasaan Nalia. Dia harus menyedarkan wanita itu, tapi bila meneliti jam di tangannya. Dia harus segera pulang dan berjumpa dengan buah hatinya. Dia tidak sabar dan tidak mahu juga berlama lagi di situ. Nalia terus terdiam bila mendengar kata-kata dari Hisyam tadi. Hatinya tiba-tiba tersentak. Hisyam terus berlalu pergi.


************
“ Kak Ati mana Joe?” Soal Hisyam sebaik sahaja motosikalnya berhenti di depan rumah Atifah. Kelihatan Joehan sedang membaca majalah di depan pintu. Enjin motosikal di matikan. Matanya liar mencari-cari kelibat Atifah di situ. Tidak sabar dia untuk melihat wajah itu sekali lagi selepas lima tahun tidak berjumpa.

“ Kak Ati pergi rumah Kak Salmah. Tadi dia ada cari abang. Tapi abang tak ada dekat rumah.” Beritahu Joehan tanpa langsung memandang wajah lelaki yang berada di depan rumahnya. Matanya tetap pada majalah remaja di tangannya. Gosip di dalam majalah tersebut begitu menarik minatnya. Hisyam mengeluh berat. Dia menghidupkan semula enjin motosikal EX5 nya sebelum berlalu pergi dari halaman rumah batu dua tingkat itu. tidak sangka Atifah terus ke rumah Salmah iaitu rakan sekolahnya juga. Dia terus pulang ke rumah.

Seperti biasa, pangkin di tepi sawah menjadi tempat rehatnya pada waktu petang. Dia memang gemar duduk di situ sejak dari dulu lagi dan pangkin itu juga dia yang bangunkan. Sudah agak usang kerana sudah terlalu lama. Matanya memandang ke sawah. Sudah jelas kelihatan pagi yang mula menguning dan mungkin tidak lama lagi akan dapat dituai. Untuk hari ini, dia malas untuk ke ladang, lagipun jika dia kesana sekali pun, dia bukan buat apa-apa kerana semua kerja sudah diuruskan pekerjanya. Ketika dia leka memandang petak sawah padi, matanya terhenti pada sebuah kereta berwarna merah yang berada tidak jauh darinya. Kerana petak sawah padi tidak ada pokok-pokok yang tinggi, jadi dia dapat melihatnya dengan jelas sekali. Kelihatan seorang wanita sedang menghentak-hentak tayar kereta mengunakan kaki. Dia tahu pasti wanita itu sedang dalam kesusahan.

“ Ati...” Duga Hisyam. Dia seperti begitu yakin wanita itu ialah Atifah. Dia terus berlari ke arah motosikalnya lalu menunggang terus ke arah kereta merah tersebut.

“ Ati!!!” Panggil Hisyam gembira. Atifah terus berpaling sambil tanpa langsung tidak kelihatan senyuman di bibir. Tidak juga menampakkan lesung pipit di pipi seperti selalu.

“ Kenapa ni?” Soal Hisyam sebaik sahaja turun dari motosikalnya.

“ Tak nampak ke tayar kereta ni bocor...” Begitu mendatar suara Atifah ketika itu. Hisyam seperti tersentak seketika bila mendengar suara itu. Mungkin Atifah sedang bergurau, dia menyedapkan hatinya sendiri.

“ Nak Syam tolong?” Tanya Hisyam lagi. Kelihatan Atifah mengibas-gibas mukanya mengunakan tangan. Mungkin kerana cuaca petang yang agak panas.

“ Pandai ke pasal kereta ni? Ati rasa Syam tahu pasal motor buruk tu jer” Sindir Atifah sambil menunjuk ke arah motosikal Hisyam yang berada di sebelah keretanya. Hisyam semakin tidak faham dengan perubahan Atifah. Wanita itu seperti begitu angkuh sekali. Tetapi dia sedar siapa dia. Hisyam masih mampu mengukir senyuman di bibir. Dia masih lagi dapat mengubati hatinya sendiri bila mendengar sindiran dari Atifah.

“ Syam tak pernah berubah kan? Masih pakai motosikal buruk tu. Entah-entah masih usahakan sawah yang sekangkang kera tu. Kalau macam inilah, sampai mati pun hidup merempat” Omong Atifah.

“Ati cakap apa ni?” Hisyam pura-pura tidak mengerti dan kalau boleh dia tidak mahu mengerti soal itu. ungkapan Atifah begitu pedas untuk di terimanya.

“ Macam ini jelah Syam, Ati nak bagitahu Syam yang Ati dah ada orang lain. So Syam tak payah tunggu Ati. Lagipun layak ke orang macam Syam nak khawin dengan Ati yang berpendidikan tinggi ni.” Semakin pedas sindiran diterima Hisyam.

“ memang Syam tak kaya dan berpendidikan tinggi macam Ati, tapi Syam rasa otak Ati lagi rendah dari Syam. Mana Ati yang dulu, sekarang ini Syam hanya nampak Ati yang angkuh dan sombong!!!” Sedikit meninggi suara Hisyam. Tiba-tiba sahaja dia hilang sabar. Selama ini dia tidak pernah meninggikan suara pada wanita itu mahupun pada orang lain. Dia memang seorang yang mudah cepat marah, tapi kali ini, Atifah benar-benar mencabar maruahnya. Dia memang tidak kaya dan berpendidikan, tapi Atifah tidak layak untuk berkata begitu.

“ Whatever... kau boleh bagi aku kereta kalau aku couple dengan kau. Kau nampak tak kereta aku ni. Kau mampu ke nak beli. Cakap saja pandai, tapi tak maju-maju juga!!! Masa kecil memang aku syok kat kau sebab masa tu aku buta menilai kau lagi” Sambung Atifah lagi. Hisyam tergelak kecil. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas motosikal. Niatnya untuk membantu terus dilupakan.

“ Aku telah membuat kesilapan paling besar dalam hidup aku kerana jatuh cinta pada kau dan bazirkan masa aku untuk tunggu kau Ati.” Sambung Hisyam sebelum berlalu pergi dari situ dengan motosikal buruknya. Dia bukan tidak mampu untuk membeli motosikal baru, tapi dia ingin bersusah dahulu dan dia tidak mahu orang menilainya kerana harta. Dulu memang dia tiada duit, tapi kini dia tidak lagi seperti dulu. Nasib baik Atifah menunjukan perangai sebenar sebelum dia berjaya. Sekarang ini dia tahu wanita itu hanya mahukan hidup mewah semata-mata.


************
Hisyam menguling-gulingkan tubuhnya di atas tilam. Jiwanya mula tidak tenang bila mengingatkan hari ini ialah hari perkhawinan Atifah. Dia memang cuba untuk membenci wanita itu tetapi begitu berat hatinya untuk berbuat begitu kerana sudah lama dia menyemai cinta untuk Atifah di hatinya. Pasti sukar untuk dia mengikisnya kembali. Dia berjalan ulang alik pula di dalam biliknya kerana jiwanya mula tidak keruan. Tidak sampai sejam lagi, Atifah akan menjadi milik lelaki dari UK itu.

“ Along tak nak pergi majlis Kak Ati ke?” Soal Azam di depan pintu bilik. Dikuak sedikit langsir pintu supaya dia dapat melihat abangnya. Hisyam berhenti dari mundar-mandir. Nasib baik tiada orang tahu hubungan sebenar dia dan Atifah lima tahun dulu, kalau tidak pasti malu dia nanti.

“ Mana mak dengan Dayah?” Soal Hisyam kembali. Sejak pagi tadi lagi dia tidak nampak mak dan adiknya di rumah.

“ Mak dengan adik dah pergi rumah Kak Ati. Along tak nak pergi ke?” Azam bertanya kembali soalan yang sama bila dia masih lagi tidak mendapat jawapan dari abangnya. Hisyam terdiam sejenak. Tidak mungkin dia menjejakkan kaki di situ. Pasti luruh jantungnya bila melihat wanita yang dicintainya bersanding di atas pelamin dengan lelaki lain. Hisyam mencapai topi sawahnya dan kunci motosikal yang berada di atas meja.

“ Along ada kerja dekat ladanglah. Azam pergi dulu, nanti along pergi” Beritahu Hisyam sebelum berlalu pergi meninggalkan adiknya. Dia harus mencari ketenangan dan tempat paling tepat dah jauh dari orang lain ialah di ladangnya. laju dia memecut motosikalnya menuju ke ladang yang berada di lereng bukit itu dan agak jauh dari perkampungan.

Dia meletakan motosikalnya di tempat biasa iaitu di bawah pokok di tepi pagar masuk ke ladangnya. Matanya terhenti pada sebuah kereta yang berwarna hitam yang diletakkan tidak jauh dari pagar masuk. Dia seperti kenal dengan kereta tersebut. Langkah perlahan-lahan di atur menuju ke pondok dimana tempat dia selalu berehat bila kepenatan berkerja. Kelihatan seorang wanita sedang duduk di pondok kecil itu. Jika di lihat dari segi bentuk badan dan rambut, dia tahu siapa pemiliknya.

“ Cik Nalia...” Panggil Hisyam. Nalia terus berpaling ke belakang bila namanya di panggil.

“ Macam mana awak masuk sini? Bukan pintu pagar kunci ke?” Soal Hisyam. Pelik juga bila wanita itu boleh masuk ke dalam ladangnya sedangkan pintu sentiasa berkunci. Tidak mungkin pekerjanya lupa untuk mengunci pintu pagar semalam.

“ Saya panjat pagar. Alah bukan susah sangat pun” Beritahu Nalia selamber. Hisyam mengerutkan dahinya seperti tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya itu. tidak mungkin gadis bandar macam Nalia boleh memanjat pagar setinggi itu. mungkin agak susah untuk seorang wanita memanjatnya.

“ Awak tahu tak yang bahaya awak panjat pagar tu. Awak dah gila ke? Awak buat apa masuk ladang saya. Dah tak ada tempat nak pergi ke? Dekat sini bukannya ada shopping mall or panggung wayang. Awak tak boleh masuk sini suka-suka hati awak je” Marah Hisyam. Geram juga dia dengan wanita itu. suka-suka sahaja masuk tanpa pengetahuannya. Jika berlaku apa-apa nanti, entah macam mana dia nak menjawab dengan Dato’Kamarul.

“ Kenapa tak boleh pula. suka hati sayalah nak masuk sini pun. Lagipun dekat depan pagar tak ada tulis saya tak boleh masuk” Bantah Nalia lagi. Hisyam mengeluh berat. Degil sungguh wanita di depannya. Boleh pula Nalia buat muka tidak bersalah bila bercakap.

“ Tak kanlah saya nak kena tulis nama awak dekat pagar tu. Kalau saya tulis nama awak je, nanti orang lain boleh pula masuk sebab tak ada nama dekat pagar. Ada otak tak nak guna” Marah Hisyam lagi sambil memasukkan baja yang berada di tepi pondok ke dalam guni untuk di gunakan esok pagi. Sepatutnya kerja itu boleh dibuat esok sahaja, tetapi dia tidak ada kerja lain yang boleh dikerjakan ketika itu.  Nalia mula benggang bila dia di panggil begitu. Di campak kasut tumit tingginya betul-betul mengena belakang Hisyam.

“ Padam muka, cakap tu berlapit sikit.” Nalia menjeling tajam pada Hisyam. Geram sungguh dia ketika itu. Hisyam mengosok-gosok belakanganya, terasa berbisa bila terkena kasut tumit tinggi.

“ Awak ni dah kenapa? Nak saya sumbat muka awak dalam guni baja ke?” Marah Hisyam lagi. Ingin sahaja dia sumbat kepala Nalia dalam guni. Entah apa yang wanita itu tidak puas hati dengannya, dia langsung tidak tahu. Nalia tetap dengan muka selambernya. Hisyam mula untuk melayan Nalia dan meneruskan kerjanya semula.

“ Muka dahlah macam lembu” Bebel Hisyam sendirian. Tiba-tiba sahaja darah dia turun naik bila bersama dengan wanita itu.

“ Apa awak cakap?!!!” Jerit Nalia kuat sambil mencekak pinggang.

“Apa!!!?” Jerit Hisyam kembali.

“ Awak cakap saya lembu kan? Awak ingat muka awak tu hensem!!!” Nalia semakin menguatkan suaranya hingga Hisyam terpaksa menutup kedua-dua telinganya. Hisyam terus bangun dari duduk. Di dekati wanita itu hingga Nalia mula cuak bila tubuhnya semakin dekat dengan tubuh sasa Hisyam. Jika dia menjerit sekali pun, tiada orang yang akan mendengarnya kerana hanya mereka berdua sahaja di situ.

“ jangan dekat!!!” Arah Nalia bila semakin dekat tubuh Hisyam dengan tubuhnya. Dia sudah tidak boleh berganjak ke belakang kerana sudah di sekat dengan pondok. Hisyam memegang lengan Nalia hingga wanita itu menjerit kecil sambil menutup mata rapat.

“ Awak ni dah kenapa? Saya nak tengok lengan awak yang luka ni” Beritahu Hisyam sambil meneliti luka di lengan putih gebu itu. Nalia membuka matanya. Dia sendiri tidak perasan tentang luka di lengannya. Mungkin semasa dia memanjat pagar tadi tangannya terkena dawai.

“ Ha, lain kali panjat lagi pagar tu. Orang buat pintu, dia panjat pagar. Padam muka dah dapat luka ni. Tahu tak yang pagar tu tinggi. Bahaya tahu tak?” Bebel Hisyam sambil menyapu ubat di luka tersebut. Memang dekat pondok itu, dia sudah tersedia ubat-ubatan untuk luka. Takut-takut semasa dia berkerja , ada berlaku perkara yang tidak diingini. Nalia hanya berdiam diri kerana menyedari kesalahannya itu.



************

“ Kak Ati dah pergi UK semula ke Joe?” Soal Hisyam ketika di warung berdekatan dengan rumahnya. Joehan yang begitu berselera menjamah nasi lemak terus menghentikan suapan lalu memandang wajah Hisyam yang berada di depannya. Joehan mengganguk perlahan-perlahan.

“ Oh ya, kenapa abang tak datang masa majlis Khawin Kak Ati?” Soal Joehan kembali. Pelik juga dia bila lelaki itu langsung tidak kelihatan ketika majlis berlangsung padahal semua orang tahu yang Hisyam begitu rapat dengan kakaknya.  Hisyam mengeluh berat. Di hirup air kopi di depannya.

“ Abang ada hal masa tu, sebab tulah abang tak datang. Tapi abang dah cakap dekat Kak Ati soal ni.” Tipu Hisyam pula. tidak mungkin dia menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Atifah. Mungkin perkara itu memburukkan nama baik keluarga Atifah pula.Lagipun orang hanya tahu dia rapat dengan wanita itu sahaja dan bukan sebagai pasangan kekasih mahupun tunang. Deringan telefon menyedarkan dia dari lamunan. Wajah Atifah terus hilang dari kotak fikirannya.

“ Hello, Assalamualaikum...” Sapa Hisyam terlebih dahulu.

“ Waalaikummusalam Syam...”

“ Ada apa Dato call saya ni? Ada benda penting ke?” Pelik juga bila tiba-tiba Dato’Kamarul menelefonya pagi-pagi begini.

“ Saya nak jumpa dengan Syam petang nanti dekat restoran saya okey” Beritahu Dato’Kamarul.

“ Okey Dato, nanti saya datang”  Hisyam mematikan talian. Entah apa yang ingin di bincangkan lagi Dato’Kamarul padanya. Jika soal tanah di sebelah ladangnya itu, semua itu sudah selesai dan dia telah membayar. Dia meletakkan kembali telefonnya di atas meja.

“ Hai bang, mana pergi telefon nokia 3310 abang tu? Dah pandai pakai blackberry nampak” Sindir Joehan sambil menjeling nakal. Hisyam hanya tersenyum manis. Itulah benda pertama yang dibelinya selepas mendapat keuntungan pertama jualan tanamannya. Tidak sangka tanaman itu begitu menguntungkan dan mendapat permintaan yang begitu tinggi di pasaran.


************
Hisyam melabuhkan punggung di kerusi meja makan dan itulah tempat perbincangan pertama dia dan Dato’Kamarul dulu. matanya liar mencari-cari kelibat lelaki tua itu, namun tidak juga kelihatan. Kelihatan begitu ramai orang di restoran tersebut, mungkin kerana hari minggu, jadi ramailah pelanggan yang datang makan bersama keluarga.

“ Dah lama tunggu?” Soal Dato’Kamarul sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Hisyam.

“ Saya baru sampai Dato...” Beritahu Hisyam.

“ Saya panggil kamu datang sini ada sebab. Kali ini saya nak kamu tolong saya pula” Minta Dato’Kamarul beria. Berdebar-debar pula jantung Hisyam mendengar Dato’Kamarul meminta pertolongan darinya.

“ Tolong apa Dato?”

“ Saya nak kamu khawin dengan Nalia...” Ringkas Dato’Kamarul melepaskan hasratnya.

“ Apa? Khawin dengan anak Dato?” Bulat mata Hisyam bila mendengarnya. Seperti tidak percaya pun ada. Begitu berat sekali Dato’Kamarul meminta pertolongan darinya.

“ Ya dengan anak saya. Saya tengok hanya kamu sahaja yang boleh tundukkan Nalia. Dia degil sangat hingga saya dah tak boleh nak kawal. Sekarang ni dia dah mula keluar malam. dia dah pandai pergi clubbing. Saya takut dia buat benda bukan-bukan. Macam-macam saya buat, tapi dia langsung tak nak dengar. Bila saya tengok kamu dengan Nalia dekat sini dulu, saya yakin kamu boleh bimbing Nalia. Please Syam... Kamu kena tolong Saya”Rayu Dato’Kamarul dengan harapan Hisyam bersetuju. Dia terlampau sayangkan Nalia hingga gadis itu mula memijak kepalanya. Nalia bukan lagi gadis yang boleh di tegur seperti dulu.  Hisyam terdiam sejenak. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan berkhawin dengan Nalia dan tidak juga dia tahu wanita muda itu berperangai sebegitu. Fikirannya mula buntu, dia memang ingin membalas jasa keluarga Dato’Kamarul kerana sudah banyak menolongnya selama ini tapi bukan dengan cara itu. Dia tahu mesti Dato’Kamarul begitu inginkan pertolongan darinya untuk menyelamatkan maruah anak daranya.

“ Syam, tolonglah saya kali ini. Saya janji lepas awak khawin dengan Nalia, saya akan tanggung semua dari segi modal ataupun apa sahaja untuk ladang awak.  Saya juga boleh masukan awak dalam Dragon Holding.” Cadang Dato’Kamarul. Dia langsung tidak keberatan untuk masukan Hisyam ke dalam syarikatnya dan semua itu demi masa depan Nalia.

“ Tapi dato, saya tak rasa semua ini boleh membantu anak dato. Saya tak yakin saya boleh ubah anak dato” Beritahu Hisyam. Dia memang tidak yakin dengan semua itu.

“ Tapi saya yakin dengan awak Hisyam” Beritahu Dato’Kamarul dengan penuh yakin. Di tepuk bahu anak muda itu beberapa kali. Kini hanya Hisyam sahaja boleh membantunya. Hisyam mengeluh sejenak. Jantungnya seperti berdenyut lebih laju dari selalu. Entah mengapa hatinya menjadi tidak sedap. Dia tidak tahu aku memberi jawapan apa pada Dato’Kamarul kerana itu melibatkan masa depannya.


***********
“ Apa, papa nak Nalia khawin dengan budak miskin tu? Apa ni papa? Papa nak anak papa ni hidup merempat ke?” Marah Nalia sambil berpeluk tubuh. Di pandang wajah papanya yang duduk di sofa ruang tamu rumah. Dia tetap berdiri dengan teguh di situ. Sesekali dia memandag wajah mamanya untuk memohon simpati.

“ Untuk kali ini papa nak Nalia dengar cakap papa. Walau apa pun yang berlaku Nalia kena khawin dengan Hisyam. Dia calon terbaik untuk Nalia” Keras Dato’Kamarul. Datin Naini hanya berdiam diri kerana dia juga bersetuju dengan cadangan suaminya itu.

“ No!!! Nalia tak akan khawin dengan dia!!! muktamad!!!” Jerit Nalia kuat.

“ Okey fine!!! Kalau Nalia tak nak khawin dengan Hisyam, papa akan tarik semua apa yang papa bagi pada Nalia termasuk kereta, kad kredit, elaun dan duit belanja harian. Setuju?” Ugut Dato’Kamarul. Bulat mata Nalia bila diberitahu begitu. Geram sungguh dia pada papanya.

“ Papa tak boleh buat macam tu!!!” Marah Nalia kuat. Memang akan tercabut anak tekaknya kerana dari tadi lagi terjerit-jerit. Kini dia memang benar-benar marah. Tidak mungkin dia dapat hidup kerana semua keperluannya di tarik terutama sekali kereta kesayanganya itu. macam mana dia hendak ke sana kemari jika tiada kereta tersebut dan pastinya tidak dapat dia berlagak di universitinya nanti. Memang semua orang tahu dia dari keluarga berada dan pasti malu bila kereta sudah tiada.

“ Papa boleh buat Nalia sebab itu semua hak papa...” Ugut Dato’Kamarul lagi. Nalia menghentak kakinya beberapa kali kerana geram. Dia masih belum bersedia untuk berkhawin kerana dunia enjoynya masih belum berakhir.

“ Mama...” Panggil Nalia meminta simpati dari mamanya pula dengan harapan masih ada jalan lain untuk selesaikan semua itu. Namun hampa bila mamanya hanya tersenyum dan dia tahu maksud di sebalik senyuman itu.


*************
“Hisyam mundar-mandir di ruang tamu. Fikirannya begitu buntu sekali. Semalam dia tidak tidur kerana perkara itu. memang seronok sebab khawin free dan dia tidak perlu keluarkan modal langsung tapi hatinya masih lagi tidak mampu menerima wanita lain selepas hatinya sakit kerana perlakuan Atifah padanya. Walaupun Atifah telah mengecewakannya, tetap masih ada cinta untuk wanita itu kerana sudah lama tertanam perasaan itu dalam hati kecilnya dan pastinya begitu sukar untuk melupakannya.

“ Kenapa ni Syam? Kita dah lambat ni? Kamu ni nak khawin ke tidak?” Soal maknya yang baru keluar dari bilik. Hisyam menghentikan langkahnya dan di tatap wajah tua itu.

“ Mak rasa betul ke apa yang Syam buat ni?” Soal Hisyam. Dia masih tidak pasti dengan keputusannya. Dia bersetuju tanpa berfikir lebih lanjut dan hari ini dia akan bernikah dengan Nalia iaitu anak Dato’Kamarul. Keputusannya itu benar-benar menggangu emosi. Dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya itu. Maknya tersenyum manis.

“ Ikut kata hati kecil kamu. Insyaallah itulah keputusan terbaik. Mungkin ada sebab kenapa semua ini berlaku pada kamu.’ Nasihat Mak Timah sambil menepuk-nepuk bahu anaknya. Hisyam tidak tahu hendak berkata apa lagi. Mak Timah mencapai songkok di tangan Hisyam lalu di pakaikan ke kepala anak lelaki sulongnya itu.

“ Hensem anak mak ni, dah nak khawin pun. Tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Kalau ayah kamu ada pasti dia orang paling gembira” Mak Timah mengusap-gusap wajah anaknya. Tidak sangka selepas ini anak lelakinya itu akan berkhawin. Menitis air matanya tiba-tiba bila mengingati arwah suaminya. Hisyam terus memeluk tubuh ibunya sekuat hati.

“ Syam sayang mak... “ Ucap Hisyam. Hampir menitis juga air mata lelakinya. Dia tidak tahan menahan sebak. Tidak tahulah macam mana hidupnya tanpa maknya di sisi.


************
Majlis pernikahan di adakan di banglo milik keluarga bakal mentuanya dah majlis persandingan pula di adakan di hotel lima bintang dan semua itu diuruskan keluarga Dato’Kamarul. Tidak sangka Nalia bersetuju untuk berkhawin dengannya padahal dia tahu pasti wanita itu tidak akan mahu bernikah dengannya. Dengan sekali lafaz sahaja, Nalia sah menjadi miliknya yang mutlak. Tapi itu semua hanya atas kertas dan dia yakin Nalia tidak akan mahu jadi isterinya yang sebetulnya. Begitu ramai wartawan ketika itu kerana mungkin kerana keluarga mentuanya dikenali ramai. Cincin comel itu disarungkan ke jari manis Nalia. Ketika itu dia tahu Nalia hanya tersenyum kerana terpaksa dan pastinya senyuman itu tidak ikhlas. Sungguh cantik isterinya bila mengenakan baju pengantin berwarna putih yang seakan-akan warna merah jambu. Nalia juga menyarungkan cincin ke jari Hisyam dengan penuh cermat dan terus menyalami tangan itu. kini giliran Hisyam pula mencium dahi Nalia. Teragak-agak dia untuk menciumnya kerana selama ini dia tidak pernah berbuat begitu.

“Tahniah bang, tak sangka khawin juga abang. Dengan anak dato pulak tu” Joehan terus menyalami tangan Hisyam sebaik sahaja lelaki itu keluar dari banglo selepas majlis pembatalan air sembahyang selesai. Kelihatan sanak saudara mula menjamu selera di luar banglo. agak besar majlis tersebut. Hisyam begitu tidak selesa bila dia merasakan semua yang berada di situ kebanyakannya dari keluarga berada dan ahli-ahli perniagaan seperti mentuanya. Hisyam tersenyum manis.

“ Mana isteri abang, saya nak tengok...” Liar mata Joehan mencari-cari kelibat mana-mana perempuan yang memakai baju pengantin. Kerana dia terlambat datang, dia terlepas untuk menyaksikan majlis akad nikah tadi. Begitu ramai manusia di situ dan tidak pula dia nampak kelibat wanita yang boleh dia syak isteri Hisyam.

“ Ada dekat dalam, nanti abang kenalkan dengan Joe” Beritahu Hisyam.

“ Oh ya, tadi saya ada telefon Kak Ati cakap pasal perkhawinan abang” Beritahu Joehan.

“ Habis, Kak Ati  cakap apa?”

“Dia ucap tahniah pada abang. Dia minta maaf sebab tak dapat datang” Beritahu Joehan. Hisyam mengeluh berat. Dia tahu jika Atifah ada di sini sekali pun, wanita itu tidak akan datang ke majlisnya lagipun tiada orang tahu apa yang berlaku antara dia dan Atifah. Wanita kebanggaan seluruh kampung kerana dia seorang sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“ Tuan!!!” Panggil seorang wanita tua tidak jauh darinya. Hisyam berpaling. Tidak sangka dia terus di panggil begitu walaupun baru sehari dia manjadi ahli keluarga itu. wanita tua itu memanggil mengunakan tangan supaya dia ke situ.

“ Joe, kau makan dulu. abang ada hal kejap. Nanti kita borak lagi” Beritahu Hisyam dan Joehan hanya mengganguk. Hisyam terus melangkah ke arah wanita tua itu.

“ Ada apa Mak Jah?” Soal Hisyam pada pembantu rumah itu.

“ Cik Nalia dah lari. Dia ikut pintu belakang” Bisik Mak Jah. Bulat mata Hisyam bila mendengarnya. Cepat sungguh wanita itu bertindak.

“ Bila? Dengan apa?” Soal Hisyam cemas. Dia sudah berjanji dengan keluarga Dato’Kamarul untuk menjaga Nalia lagipun memang tanggungjawabnya untuk menjaga isteri.

“ Baru je. Mak Jah nampak dia lari keluar. Tak nampak pula kereta dekat belakang. Kasut pun dia tak pakai”

“ Nanti kalau orang tanya, cakap saya keluar dengan Nalia kejap. Jangan bagitahu orang lain hal ini tau Mak Jah” Hisyam mengingatkan Mak Jah. Wanita tua itu hanya mengganguk. Hisyam terus mencapai selipar di depan tangga rumah lalu berlari ke arah Joehan.

“ Joe, abang nak pinjam motor kejap boleh. Ada hal sikit” Minta Hisyam kerana ketika datang ke situ tadi dia diambil oleh pamandu Dato’Kamarul. Kerana itulah dia tiadak ada kenderaan. Joehan terus menghulurkan kunci motosikalnya kepada Hisyam dan pantas dia berlari ke arah motosikal. Liar matanya mencari kelibat Nalia di setiap sisi jalan.Dia pasti wanita itu masih tidak pergi jauh. Berpeluh seluruh tubuhnya bila cahaya matahari mula terik di atas kepalanya. Dia pula terasa dahaga. Kelihatan kedai menjual air kepala muda di sisi jalan. Dia memang ingin mengisi tekaknya yang begitu kering lalu dia hentikan motosikal di bahu jalan.

“ Bang, air kelapa satu” Minta Hisyam pada lelaki yang menjual air kepala itu. Dihulurkan duit seringgit bila air kepala mula bertukar tangan. Di hirup perlahan-lahan air tersebut. Lega rasanya bila air membasahi tekak.

“ Abang ni baru khawin ke?” Soal peniaga tersebut. Hisyam hanya mengganguk sahaja.

“ Mesti cari pengantin perempuan yang lari kan?” Soal lelaki itu lagi. Hisyam mengerutkan dahi. Entah dari mana perniaga itu boleh tahu soal itu.

“ Mana awak tahu ni?” Soal Hisyam hairan.

“ Tadi ada sorang perempuan pakai baju pengantin yang sama colour dengan baju abang beli air dekat sini.” Beritahu peniaga itu lagi.

“ Ada nampak tak dia pergi mana?” Soal Hisyam riang. Percariannya hampir tamat. Lelaki itu terus menunjuka ke arah taman di seberang jalan dan betul-betul di depan kedainya. Hisyam terus berpaling ke arah padang permainan tersebut dan matanya terhenti pada satu bangku di taman tersebut. Kelihatan seorang wanita berbaju putih duduk di situ. Entah mengapa dia boleh tidak perasan ketika lalu di situ tadi.

“ Thanks bang” Ucap Hisyam sebelum berlari melintas jalan untuk ke taman tersebut.

“ Dah penat ke nak lari?” Soal Hisyam bila berdiri di belakang bangku tersebut. Wanita itu terus bangun dan berpaling ke belakang. Bulat matanya bila melihat Hisyam berdiri di belakangnya.

“ Kenapa kau ikut aku!!!” Marah Nalia. Hisyam tidak menjawab soalan itu. Dia terus melabuhkan punggung di bangku tersebut dan Nalia mula menjarakkan sedikit kedudukannya dari Hisyam.

“ Panaskan hari ni?” Soal Hisyam. Nalia hanya berdiam diri. Terasa malu juga bila dia berjaya diketemukan sedangkan dia merasakan perlariannya berjaya dan tidak akan ada orang akan jumpanya lagi.

“ Tak sakit kaki ke bila jalan tak pakai kasut?” Soal Hisyam lagi.

“ Kau tak payah sibuklah!!!” Marah Nalia.

“ Seronok lari?” Sindir Hisyam lagi.

“ Kau bla ar!!! Aku tak nak jadi isteri kaulah” Beritahu Nalia.

“ duduk...” Arah Hisyam lembut. Dia tidak suka berkeras dengan wanita seperti Nalia. Wanita itu harus dipujuk dengan cara halus. Nalia tetap berdiri tanpa langsung berganjak. Hisyam terus bangun dan di pegang bahu Nalia lalu di suruh duduk. Nalia hanya mengikut sahaja tanpa kata. Dia melutut di depan Nalia tiba-tiba.

“ Apa kau nak buat?” Soal Nalia hairan.

“ Saya nak tengok kaki awak. mesti sakit sebab jalan tak pakai apa-apa” Beritahu Hisyam lembut sambil memegang kaki comel Nalia. Kelihatan kemerah-merahan kaki itu mungkin kerana terpijak batu atau benda-benda tajam. Di sarungkan kasut yang dibawanya tadi ke kaki comel itu.

“ Lain kali, kalau nak lari pun, pakailah kasut dulu.” Nasihat Hisyam berbaul sindiran.

“ Jom ikut saya balik. Kita kena jaga air muka keluarga masing-masing. Ingat Nalia, papa awak tu bukan sembarangan orang. Awak tak nak malukan papa awak kan?”  Nasihat Hisyam lagi.

“ Biarlah, biar papa rasa macam mana hati aku sakit sekarang ni bila dipaksa khawin dengan kau.”Luah Nalia sambil bermasam muka. Dia benci dengan lelaki yang telah bergelar suaminya itu.

“ Tak baik buat papa awak macam tu.”

“ Kau sukalah sebab dapat khawin dengan anak orang kayakan? Lepas tu kau nak kaut semua harta papa aku kan?” Duga Nalia. Hisyam mengucap di dalam hatinya. Tidak sangka sampai macam itu sekali anggapan Nalia padanya.

“ Tak pernah terfikir di dalam kepala saya untuk buat semua itu. saya khawin dengan awak sebab saya nak balas semua jasa papa awak sebab selama ini dia banyak tolong saya uruskan ladang tu. Dah jangan banyak cakap. Kita kena balik sekarang juga sebelum lebih ramai orang tanya pasal kita” Ajak Hisyam. Di tarik tangan Nalia supaya mengikutinya. Nalia tidak mampu melawan tenaga lelaki yang menariknya dan dia hanya mengikuti sahaja.

“ Kau nak suruh aku naik motor ni?” Soal Nalia bila melihat Hisyam sudah mula duduk di atas motosikal.

“ Kenapa? Tak boleh ke?”

“ Kau gila suruh aku naik motor buruk kau ni. I say no... aku tak nak naik” Keras Nalia.

“ Untung ni bukan motor saya. Kalau motor saya lagi buruk dari motor ini. Dah jangan banyak cakap boleh tak. Kita dah lambat ni” Beritahu Hisyam dan menarik lembut tangan Nalia supaya naik. Nalia mengeluh berat. Dalam keterpaksaan dia akur juga. Selama ini dia tidak pernah naik motosikal.

“ Semoga berbahagia!!!” Jerit perniaga air kepala itu bila Hisyam mula mengerakkan motosikal tersebut. Hisyam hanya menggangkat tangan kepada lelaki itu sebelum berlalu pergi. Nalia pula tidak habis-habis dengan muncungnya.


***********
 Majlis persandingan telah berlalu. nasib baik Nalia tidak membuat perangai seperti mula-mula dia bernikah dulu. semuanya berjalan dengan lancar. Kini dia tinggal sebumbung Nalia di rumah yang dihadiahkan Dato’Kamarul padanya. Memang agak kekok bila tinggal dengan Nalia di rumah itu apatah lagi wanita itu sudah bergelar isterinya tapi dia tidak tidur satu bilik dengan Nalia. Itu semua atas permintaan Nalia sendiri. Dia menuju ke almari pakaian dan hari ini dia akan mula berkerja di Dragon Holding atas desakan dari mentuanya. Dia memang tidak mahu orang menggangap dia berkhawin kerana harta. Tapi Dato’Kamarul mendesaknya untuk masuk ke Dragon Holding. Dia terpaksa akur walaupun dia lebih senang menguruskan ladangnya sahaja. Dia mencapai baju kemeja berwarna putih lalu di sarungkan ke badannya.

“ Aku nak pergi kelas dulu...” Beritahu Nalia di depan pintu bilik yang tidak tertutup itu. Hisyam hanya mengganguk dan tetap berusaha untuk memakai tali leher. Dia langsung tiada pengalaman memakainya dan dia memang tidak tahu langsung. Ketika zaman sekolah dulupun, maknya yang selalu pakaikan untuknya.

“ Hello...kau tak dengar ke? Aku cakap nak pergi kelas” Marah Nalia bila tiada langsung kata balas dari suaminya. Dia tidak tahu kenapa dia begitu kasar dengan lelaki itu. panggilan yang diberikan pada Hisyam juga begitu kasar sekali tetapi lelaki itu tidak pernah memarahinya.

“ Ya awak... saya dengar. Hati-hati pandu kereta pergi kolej tu” Nasihat Hisyam tanpa langsung memandang wajah isterinya. Matanya masih tertumpu pada cermin di depannya. Begitu susah sekali untuk memakai tali leher tersebut. Nalia terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut bila melihat kesukaran Hisyam memakainya.

“ Bagi aku buat. Pakai ni pun tak reti ke?” Nalia terus mencapai tail di tangan Hisyam lalu di lilit di leher suaminya. Di belitnya dengan cermat supaya kelihatan kemas. Hisyam hanya berdiam diri dan matanya tetap di wajah wanita di depannya. Sungguh cantik wajah itu bila mengenakan solekan yang nipis. Tiba-tiba dua mata terpaku dengan satu pandangan. Jantung Nalia mula berdenyut kencang dan merasakan seperti satu anak panah mula menyusuk ke hatinya tiba-tiba.  Semakin dekat muka Hisyam dengannya hingga dahi dan hidung mula berlaga.

“ Aku dah lambat.” Beritahu Nalia bila dia mula sedar dari kayalannya. Merah padam muka Hisyam tiba-tiba. Cepat sungguh Nalia melangkah pergi meninggalkannya sendirian. Hisyam mengeluh berat. Entah mengapa dia boleh pula hanyut sebentar tadi. Dia dapat merasakan kebahagian yang tidak pernah dia rasa selama ini.



*************
“ Tak sangka keuntungan ladang kamu tu begitu banyak sekali. Syabas Syam, papa tahu kamu boleh buat” Puji Dato’Kamarul bila melabuhkan punggung di kerusi meja kerja menantunya itu. Tidak sia-sia dia berikan tanah tersebut untuk diusahakan Hisyam.

“ Itu semua berkat doa dari semua orang. Terima kasih juga untuk papa yang dah banyak tolong Syam selama ini” Beritahu Hisyam. Memang tidak dinafikan Dato’Kamarul banyak membantunya dalam menguruskan ladang tersebut. Sekarang ini dia hanya perlu ke ladang dua kali seminggu sahaja kerana sudah ada pekerja yang menguruskan ladang tersebut.

“ Oh ya Syam, macam mana dengan Nalia? Dah sebulan papa tak jumpa dia sejak kamu berdua pindah ke rumah baru tu” Soal Dato’Kamarul. Dia bukan tidak ambil tahu soal anaknya, tetapi Nalia sendiri tidak mahu berjumpa dengannya kerana masih marah lagi soal pernikahan itu.

“ Okey papa, dia dah jarang keluar malam sekarang ini.” Tipu Hisyam padahal boleh dikatakan setiap malam Nalia keluar dan balik pagi-pagi. Dia tidak mahu lelaki tua itu risaukan keadaan Nalia. Biarlah dia yang selesaikan masalah itu.

“ Syam ingat esok nak balik kampung kejap, nak tengok ladang.” Beritahu Hisyam. Dato’Kamarul hanya mengganguk.


************
Jam menunjukan pukul 7 pagi.  Hisyam terus menyiapkan diri untuk pulang ke kampung. Sudah lama dia tidak menjenguk maknya di kampung. Entah apa khabar mereka sekarang. Lagipun tiba-tiba sahaja hatinya rindu pada Azam dan Dayah di kampung. Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk tinggal jauh dari kampung, tetapi bila dia ditawarkan kerja di Dragon Holding, dia terpaksa menetap di Kuala Lumpur. Lagipun Dato’Kamarul lebih banyak menghabiskan masanya di restoren dan tidak selalu ke Dragon Holding. Hisyam menjenguk ke luar biliknya. Kebiasaannya pasti kedengaran suara Nalia tapi pagi ini, tidak langsung kedengaran suara itu. Dia terus melangkah ke dapur untuk mengisi perut yang mula meminta makanan. Sebelum bertolak ke kampung dia harus makan telebih dahulu. Saat pintu peti ais di buka, matanya terhenti pada satu keping kertas kecil yang di tampal di situ lalu terus di capainya. Niat untuk mengambil jus oren terus di lupakan. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

‘Aku pergi holiday dengan my friend. Sory tak bagitahu dulu’


Hisyam mengeluh berat bila membaca apa yang tertulis di kertas kecil itu. Nalia selalu membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Memang dia berjanji tidak akan campur tangan dalam kehidupan wanita itu, tapi Nalia tetap isterinya dan dia harus tahu kemana sahaja Nalia pergi. Jadi tidaklah dia risau sangat. Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu nombor Nalia terus di dail. Beberapa kali juga dia menelefon dan untuk kali ke lima baru kedengaran suara Nalia di talian.

“ Nak apa?” Soal Nalia keras.

“ Awak pergi mana?” Soal Hisyam lembut.

“ Kau tak baca ke apa yang aku tulis dekat peti tu? Ke dah buta huruf?” Marah Nalia. Malas untuk dia melayan kerenah Hisyam.

“ saya cuma nak tahu sahaja. Jadi tidaklah saya risau bila mama dengan papa tanya nanti” Beritahu Hisyam. Kedengaran keluhan pada nada suara Nalia.

“ Tolonglah Hisyam...Boleh tak jangan menyibuk. Aku pergi sebab nak tenangkan jiwa aku yang serabut ni. Kau tahu sebab apa? Sebab kaulah otak aku sakit tau tak?” marah Nalia lagi.

“ Maaf sebab buat awak serabut selama ini. saya harap awak jaga diri dekat sana. Bila dah sampai waktunya nanti. Awak balik rumah. Jangan lupa solat ya...” Nasihat Hisyam sebelum mematikan talian. Dia tidak mahu lagi menggangu ketenangan wanita itu.



**************
“ Mak, macam mana dengan rumah ni? Selesa tak?” Soal Hisyam pada maknya. Sudah hampir sebulan rumah baru yang dibinanya itu di duduki. Sudah lama dia berniat untuk membuat rumah baru kepada keluarganya dan kini impiannya tercapai. Rumah banglo satu tingkat itu siap dibina atas bantuan dari keluarga mentuanya. Gembira sungguh Maknya bila melihat rumah tersebut. Mak Timah terus memeluk tubuh anaknya sekuat hati. bangga sungguh dia dengan percapaian anaknya selama ini.

“ Kenapa ni mak?” Soal Hisyam hairan bila tiba-tiba sahaja tubuhnya di peluk. Kedengaran tangisan maknya di bahu.

“ Hisyam buat mak gembira sangat. Mak sayang Syam sangat-sangat” Luah Mak Timah. Hisyam tersenyum manis. Di cium dahi maknya.

“ Semua ini berkat doa dari mak. Syam berjaya kerana mak. Syam pun sayang mak sangat-sangat” Beritahu Hisyam bila pelukkan mula dilepaskan. Terlepas juga perasaan rindunya bila dapat menjejakkan kaki di rumah tersebut.

“ Mana Nalia, dia tak ikut kamu balik kampung ke?” Soal Mak Timah. Hairan juga dia bila tidak kelihatan menantu sulongnya itu. seingat dia, tidak pernah sekali pun Nalia menjejakkan kaki ke rumahnya selepas majlis persandingan hari tu. Hisyam mengeluh berat.

“ Syam masih belum boleh kawal dia mak. Banyak benda lagi yang Syam perlu buat untuk ikat dia. Biasalah, anak orang kaya yang biasa hidup bebas. Tapi insyaallah... Syam akan usahakan supaya dia akan dengar cakap Syam pula” Beritahu Syam. Memang semua benda dia akan bercerita pada maknya. Dia tidak mahu menipu orang tua itu.

“ Tak apalah Syam. Baru-baru memang macam tu.” Mak Timah mula bangun dari sofa lalu menuju ke dapur. Dia ingin memasak makanan kegemaran anak sulongnya itu. sudah lama dia menanti kepulangan Hisyam kerumahnya. Hisyam pula masih tetap di ruang tamu itu. alat kawalan jauh TV di capainya lalu di tekan-tekan untuk mencari siaran yang menarik di matanya. Niatnya untuk ke ladang di tunda sementara kerana dia masih lagi kepenatan bila terpaksa memandu lama untuk balik ke negeri kelahirannya iaitu negeri pahang.

“ Bila along balik?” Kedengaran suara Dayah di depan pintu sambil membuka kasut. Hisyam tersenyum manis sambil memanggil Dayah supaya datang dekat dengannya.

“ Adik rindu along tak?” Soal Hisyam saat Dayah sudah duduk di atas pahanya. Rindu sungguh dia pada adik perempuan tunggalnya itu. Dayah mengelengkan kepala sambil tersengeh.

“ Sampai hati tak rindu dekat along.” Hisyam pura-pura merajuk sambil memuncungkan mulut. Dayah tergelak riang sambil memeluk tubuh abangnya.

“ Sayanglah...” Pipi Hisyam di cium serta merta. Hisyam tersenyum manis. Entah mengapa bila dia berada di kampung, hatinya lebih tenang dan gembira tidak seperti bila berada di bandar. Jiwanya selalu serabut bila memikirkan soal Nalia.

“ Kereta along ke dekat luar tu?” Tanya Dayah. Ketika masuk ke perkarangan rumahnya itu tadi, dia sempat menjeling kearah sebuah kereta berwarna putih di depan rumahnya. Cantik sungguh kereta tersebut.

“Cantik tak?” Soal Hisyam tanpa langsung menjawab soalan dari adiknya itu. Dayah mengganguk-nganguk laju.

“ Along baru beli kereta tu. Nanti along bawa adik jalan-jalan naik kereta. kita bawa mak sekali” Cadang Hisyam. Memang tidak sampai seminggu lagi dia membeli kereta proton perdana itu.

“ Tak naklah...” Tiba-tiba Dayah berkata begitu.

“ Kenapa?”

“ Dayah dah lama tak naik motor dengan along. Dayah nak along bawa dayah naik motor.” Beritahu Dayah. Sudah lama dia tidak naik motosikal bersama dengan alongnya. Lagipun, selama ini dia memang suka naik motosikal. Hisyam tergelak kecil. Tidak sangka Dayah lebih suka naik motosikal buruknya dari kereta yang baru dibelinya itu.

“ Petang nanti along bawa adik pergi ladang. Kita naik motosikal okey?” Cadang Hisyam. Bersorak gembira Dayah bila diberitahu begitu. Tidak sabar rasanya untuk ke ladang petang nanti.

***********
Sudah seminggu dia di kampung. Memang niatnya pulang ke kampung hanya untuk melawat keluarga dan ladang sahaja. Tetapi tiba-tiba sahaja begitu berat hatinya untuk meninggalkan kampung tersebut. Nasib baik Dato’Kamarul memberikannya cuti untuk sementara lagipun, Nalia masih lagi menghilang entah kemana dan dia tidak tahu harus mencari isterinya itu di mana lalu dibiarkan sahaja perkara itu berlalu pergi sementara. Walaupun ketika ini dia sedang bercuti, tapi tiap-tiap hari dia ke ladang kerana dia suka ke situ untuk melihat perkembangan pokok-pokok yang di tanam. Dia terus ke bawah rumah untuk mengambil motosikal buruknya untuk ke ladang. Dia lebih senang menaiki motosikal sahaja daripada mengunakan kereta apatah lagi jalan untuk ke ladang tersebut agak berbecak dan mungkin boleh menggangu perjalanannya nanti. Perlahan sahaja dia membawa motosikalnya kerana dia berniat untuk mengambil angin kampung sekali. Tiba-tiba matanya terhenti pada satu sudut tepi jalan.kelihatan seorang wanita berjalan sambil mengunakan payung. Lenggang lenggok sungguh setiap langkah yang di atur. Dia seperti mengenali susuk tubuh itu dan bila dia mula mendekati susuk tubuh itu, bulat matanya bila melihat wajah yang sudah lama tidak di lihatnya.

“ Ati...” Panggil Hisyam perlahan. Atifah menghentikan langkahnya. Di pandang wajah Hisyam yang telah menghentikan motosikal di sebelahnya.

“ Syam nak apa?” Soal Atifah dan masih lagi dalam keangkuhan.

“ Bila balik?” Soal Hisyam. Dia cuba untuk melupakan semua yang berlaku selama ini. dia berharap Atifah akan berubah, namun hampa. Kini dia tahu Atifah masih seperti kali terakhir dia berjumpa.

“Semalam...” Ringkas jawapan Atifah. Hisyam tidak mahu lagi lebih lama di situ. Dia terus pergi meninggalkan Atifah begitu sahaja.




***********

Nalia melabuhkan punggungnya di sofa di dalam bilk hotelnya. Terasa begitu penat bila sehari suntuk dia berjalan di ladang teh.  Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu butangnya di tekan-tekan. Langsung tak ada rancangan yang menarik di hatinya. Dia terus ke balkoni bilik hotelnya. Dihirup udara segar tanah tinggi itu. Tidak akan dapat di mana-mana udara sesegar itu. Jiwanya sedikit tenang bila berada di situ tetapi entah mengapa kadang-kadang hati kecilnya terasa rindu pula pada Hisyam. Dia meraup mukanya beberapa kali saat wajah Hisyam tiba-tiba muncul di mindanya. Sudah hampir dua minggu dia tidak menghubungi Hisyam dan lelaki itu juga tidak juga menghubunginya. Cuti semesternya terpaksa di habiskan di situ supaya dia tidak perlu menatap wajah Hisyam lagi. Dia benci dengan lelaki itu kerana disebabkan Hisyam

“ Woi cik kak, jom makan” Jerit wanita yang mula masuk ke dalam bilik hotelnya. Nalia berpaling ke belakang tanpa kata sambil mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Perutnya memang tidak terasa lapar langsung. Tiba-tiba pula hatinya menjadi sayu entah mengapa. Dia benar-benar rindukan kehidupan di KL walaupun hanya sekejap sahaja meninggalkan bandar itu.

“ Kalau ya pun rindukan laki, tak payahlah buat muka sepuluh sen kau tu. Tak laku ar” Sindir Ariani saat tubuhnya juga mula ke pangkin hotel. Matanya tidak lepas dari menikmati kecantikan alam ciptaan tuhan itu. memang terasa begitu tenang sekali di hatinya walaupun dia tahu ketenangan itu tidak ada lagi di hati Nalia.

“ Aku rasa serba salahlah pula. Tak tahu kenapa.” Beritahu Nalia. Ariani tergelak kecil. Cuti semesternya juga terpaksa di habiskan di situ kerana menemani rakannya. Tapi dia langsung tidak kisah kerana semua keperluan dan perbelanjaannya di tanggung.

“ Itu bukan serba salah Cik Nalia oii... itu namanya kau rindukan dia. Betul tak?” Duga Ariani sambil menjeling nakal. Nalia terus berdiam diri. Tidak mungkin dia boleh rindukan lelaki itu sedangkan dia benar-benar bencikan Hisyam kerana baginya, Hisyam yang merosakkan kebahagiannya. Kerana lelaki itu jugalah dia di paksa berkhawin dan menjadi isteri yang tak di iktiraf.

“ Apa kata kau balik KL, lepas tu kau jumpa dia. Aku rasa mesti hati kau tak akan rasa macam ini lagi. Kau balik dan minta maaf dengan dia. berdosa kau keluar tanpa kebenaran dia tau.” Nasihat Ariani, gayanya seperti penasihat yang tidak berbayar. Nalia masih tetap membisu seribu kata. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Hatinya benar-benar keliru.

“Weh, jom pergi clubbing. Stress lah...” Ajak Nalia sambil menarik tangan rakannya.

“ Amboi... Orang kalau stress ajak pergi solat. Ni ajak pergi clubbing” Sindir Ariani sambil tergelak kecil. Cepat juga tangan Nalia menepis lengan rakannya. Geram bila di sindir begitu.

“ Diamlah kau...” Marah Nalia dalam gurauan.


************
Hisyam membuka matanya saat cahaya matahari mula mencuri masuk melalui celahan langsir dan memantur ke arah matanya. Seingat dia, sebelum tidur semalam, dia telah tutup langsir tersebut. Dia terus bangun. Hari-hari minggu beginilah peluangnya untuk tidur lebih lama. Selepas solat subuh pagi tadi, dia terus melelapkan kembali matanya. Tetapi kerana cahaya matahari itu, dia terjaga dari tidur. Terasa penat seluruh tubuh bila tidur melebihi masanya. Dia mencapai tuala di birai katil. Saat kakinya ingin melangkah ke bilik air, telinganya tertanggap pada satu bunyi dari ruang tamu apartmentnya. Jantungnya berdenyut kencang. Tidak mungkin rumah yang didudukinya itu berhantu dan tidak mungkin juga Nalia telah pulang kerana masih banyak lagi cuti semester isterinya itu berbaki. Lagipun dia tahu, Nalia bukan suka tinggal satu bumbung dengannya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari biliknya. Niat untuk ke bilik air terus dilupakan. Liar matanya mencari-cari kelibat sesiapa sahaja di situ, namun tidak kelihatan dan hanya televisyen sahaja yang  terpasang. Kedengaran pula di bahagian dapur. Dia terus ke dapur pula untuk melihat apa yang berlaku. tiba-tiba dia terlanggar satu tubuh yang keluar melulu  keluar dari pintu dapur.

“Arrrggghhh!!!!” Kedengaran satu suara menjerit. Hisyam tergamam bila melihat Nalia yang berada di depannya. Wanita itu seperti sedang kesakitan. Terasa juga panas di bahagian  tangannya.

“ Nalia, are you okey?” Soal Hisyam cemas. Dia tahu Nalia sudah terkena air kopi panas yang di bawa tadi. Nalia mengeram kesakitan bila lengannya mula melecur. Hisyam terus menarik lembut tubuh Nalia supaya duduk di kerusi meja makan dan pantas juga dia berlari ke dapur untuk mengambil peti kecemasan. Nalia tidak berkata apa dan kelihatan titisan air mata di pipi gebu itu. Dia tahu wanita itu sedang menahan kesakitan.

“ Sory Nalia, saya memang tak segaja. Nak pergi hospital tak?” Soal Hisyam. Di sapu ubat pada lengan Nalia yang sedikit melecur. Nalia mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

“ Tak payah sapu ubat. Aku boleh buat sendiri” Nalia merampas kapas yang telah di sapu ubat di tangan Hisyam dengan kasar. Entah mengapa dia begitu keras dengan lelaki itu sedangkan dia tahu Hisyam hanya mahu menolong. Hisyam terkedu sejenak dan terus bangun dari terus melutut di depan Nalia. Dia tahu, wanita itu tidak mahu pertolongan darinya.

“ Aku nak minta maaf sebab pergi melancong tak bagitahu kau dulu.” beritahu Nalia saat Hisyam mula ingin meninggalkannya. Hisyam berpaling ke belakang. Tuala di atas bahunya terus di lap mukannya beberapa kali. Hisyam hanya tersenyum manis. lagipun apa haknya untuk marah.

“ Lagipun aku rasa, aku nak pergi mana-mana pun aku tak perlu bagitahu kau pun kan?” Sambung Nalia lagi. Sudah kurang kesakitan di lengannya lagipun, sedikit sahaja melecurnya.

“ Pergilah Nalia, saya tak halang awak mencari kebahagian awak sendiri tapi satu sahaja saya pinta dari awak, tolong jangan tambah dosa saya lagi.”Ucap Hisyam sebelum berlalu pergi. Nalia hanya memandang. Dia tahu memang berdosa kerana berlaku kurang ajar pada suami sendiri.


************
“Hey honey...”

Sapa seorang lelaki pada Nalia yang sedang leka menari-nari di pentas kelab malam bersama dengan Ariani.Lelaki itu juga turut menari di depan Nalia yang begitu rancak sekali mengikut lagu yang berkumandang di kelab malam itu.

“Lama tak jumpa, you pergi mana honey?” Soal Lelaki itu sambil berbisik di telinga Nalia. Kerana bunyi lagu yang begitu kuat, menyukarkan dia untuk bercakap dalam jarak yang jauh sedikit. Jadi jika ingin bercakap perlulah berada dalam keadaan dekat.

“Jom Nalia”Ariani menarik tangan Nalia supaya mengikutinya. Nalia hanya mengikut rakannya menuju ke meja yang di dudukinya tadi sebelum bermulanya tarian. Lelaki itu juga hanya mengikutinya dari belakang. Dari situ Nalia dapat melihat manusia-manusia yang sedang mengilai dengan tarian masing-masing. Sesetengahnya dalam keadaan mabuk dan sesetengah lagi seperti separuh sedar. Sudah lama dia tidak berasa gembira seperti sekarang ini. Entah mengapa tiba-tiba dia merasa begitu seronok sekali bila menari-nari. Dia merasakan semua masalahnya seperti hilang buat seketika.

“Kenapa dah lama tak call I?” Soal lelaki itu lagi.

“Sorrylah Jef, I sibuk sekarang ni”Beritahu Nalia pada lelaki yang sudah hampir 2 tahun menjadi teman lelakinya. Sejak dua menjak ini dia memang jarang menghubungi lelaki itu kerana terlalu sibuk dengan urusan kolej dan juga masalah peribadinya yang sering merunsingkan dirinya. Kehadiran Hisyam benar-benar menganggu kehidupannya.Jefri menghulurkan satu gelas minuman keras kepada Nalia dan wanita itu menyambutnya namun tidak terus di minun.

“Sibuk dengan suami you ke?” Sindir Jefri sambil menjeling pada teman wanitanya itu. Walaupun wanita itu sudah berkhawin, hubungannya dengan wanita itu tetap seperti sedia kala kerana dia tahu Nalia berkhawin bukan atas dasar suka sama suka tetapi atas dasar paksaan. Nalia mengeluh berat.

“I benci dia tinggal satu rumah dengan I. Hari-hari I kena menghadap muka dia. Menyampah tahu tak” Sunggut Nalia. Kadang-kadang dia begitu benci bila bertembung dengan lelaki itu di rumah namun ada juga hari yang dia akan merasa begitu sunyi bila lelaki itu tiada di rumah. Dia memang tidak faham dengan perasaannya sendiri.Jefril tergelak kecil.

“Sebab itu I nak you tinggal dengan I je. Tak payah you nak menghadap muka jantan tak guna tu. I boleh layan you seperti yang you mahukan. I tahu lelaki itu tak boleh bagi you rasa bahagia macam mana I buat”Cadang Jerfi sekali lagi. Sudah banyak kali dia mencadangkan wanita itu tinggal dengannya, namun selalu sahaja di tolak mentah-mentah. Nalia mencubit lengan Jefri. Dia memang agak sosial tetapi dia tidak pernah serahkan tubuhnya dengan begitu mudah kepada mana-mana lelaki.

“Jangan nak menggatal okey. I isteri orang dan I memang tak boleh keluar dari rumah itu sebab kalau I keluar papa I tak akan bagi I satu sen pun dari harta dia. Siapa yang susah nanti, I jugakan?” Nalia memang sudah tidak ada pilihan lain. Dia terpaksa berdepan dengan Hisyam setiap hari dan setiap masa demi masa depannya. Dia tidak mahu kehilangan kemewahannya selama ini.

“I tahu you ada masalah dan I pun ada masalah sekarang ini, so jom kita lupakan masalah masing-masing” Jefri mengetuk gelas arak di tangannya pada gelas di tangan Nalia sebelum meneguk air haram itu dengan rakusnya hingga meleleh ke baju. Ariani juga meneguk air haram itu bila dihulur Jefri. Kini giliran Nalia pula. Sudah lama dia tidak meneguk air haram itu sejak berkhawin. Dulu minuman itu menjadi minumannya setiap kali datang ke kelab malam tetapi sejak berkhawin dia sudah tidak minun minuman itu dan datang ke kelab hanya sekadar melepaskan masalah dengan menari sahaja.Nalia mengangkat tangan untuk meminum minuman itu, namun saat gelas sudah dekat di bibirnya dia terhenti dan tiba-tiba wajah Hisyam muncul di mindanya. Kata-kata Hisyam bermain di mindanya. ‘Tolong jangan tambah dosa saya’. Itulah kata terakhir suaminya semalam dan selepas itu Hisyam tidak langsung bercakap dengannya walaupun bertembung sekalipun.

“Kenapa sayang, dah insaf tiba-tiba ke?” Sindir Jefri sambil tergelak dan gelakan itu di sambung Ariani pula dari belakang.Nalia meletakan minuman itu di atas meja semula. Entah mengapa dia tidak boleh meneruskan niatnya itu padahal sebelum ini tiada siapa boleh halang apa yang dia ingin lakukan. Sudah banyak kali dia dimarahi oleh kedua orang bapanya kerana sering balik dalam keadaan mabuk, tetapi dia langsung tidak ambil peduli, namun kali ini niatnya terbantut kerana kata-kata dari lelaki yang sudah bergelar suaminya.

“ I tak nak minun air ni.”Beritahu Nalia perlahan. Matanya langsung tidak memandang Jefri mahupun Ariani yang sedang menari sambil duduk di kerusi. Nalia mula terasa tidak sedap hati dengan tiba-tiba. Hilang moodnya serta merta ketika Jefri muncul.

“Ariani jom balik...”Nalia terus menarik tangan rakannya untuk keluar dari situ.

“Kita tak habis enjoy lagilah Nalia...”Beritahu Ariani.

“Lain kali kita datang lagi. Aku nak baliklah”Nalia terus melangkah keluar dari situ dan meninggalkan Jefri begitu sahaja. Banyak kali lelaki itu memanggil namanya, namun dia tidak langsung berpaling ke belakang lagi. Dia tekad untuk keluar dari tempat yang sudah di anggap tidak boleh memberikannya ketenangan.

*************

“ En.Hisyam, Dato Kamarul nak jumpa” Beritahu Mei Ling, iaitu setiausahanya. Sudah hampir 2 bulan wanita cina itu menjadi setiausahanya sejak dia berkerja di situ. Tidak sangka dia diberi jawatan yang begitu besar di dalam syarikat milik keluarga mentuanya itu. Sebagai CEO baru di syarikat itu, banyak lagi yang dia harus belajar dari mentuanya yang lebih banyak pegalaman. Namun pemegang saham terbesar di dalam syarikat itu tetap Dato’Kamarul. Hisyam hanya mengganguk sahaja dan wanita muda itu terus berlalu pergi meninggalkan bilik pejabatnya begitu sahaja.Tanpa membuang masa , Hisyam terus ke bilik pejabat yang tertulis perkataan ‘PENGARAH’ di pintu. Di bawah perkataan itu tertera nama bapa mentuanya. Dia benar-benar berbangga dengan pencapaian mentuanya hingga boleh berjaya sampai begitu sekali. Dia bertekad untuk menyambung generasi kejayaan Dato’Kamarul.

“Ada apa papa panggil Syam?”soal Hisyam  sebaik sahaja sudah masuk ke dalam bilik itu. Dato’Kamarul mengarah menantunya duduk di sofa terlebih dahulu kerana dia ingin menyiapkan tugasannya dulu. Hisyam hanya mengikut dan terus melabuhkan punggung di sofa. Beberapa minit kemudian barulah Dato’Kamarul menyertainya di situ.

“Papa nak tanya kamu pasal Nalia. Kamu berdua bergaduh ke?” Soal Dato’Kamarul. Berkerut dahi Hisyam bila papanya tiba-tiba bertanya begitu. Dari mana lelaki tua itu tahu tentang keadaannya dengan Nalia.

“Kenapa papa tanya macam itu?” Soal Hisyam kembali.

“Semalam Nalia balik tidur rumah papa, so papa syak yang kamu berdua bergaduh. Lagipun sudah lama Nalia tak tidur rumah papa sejak kahwin dengan kamu. Papa tegur dia semalam pun dia buat tak tahu.”Beritahu Dato’Kamarul. Memang pelik bila melihat perangai anaknya semalam yang langsung tidak mahu bercakap. Sebaik sahaja tiba di rumah, terus masuk ke dalam bilik tanpa langsung menegurnya. Hisyam memang tidak tahu yang Nalia balik ke rumah mentuanya kerana semalam dia tidur di hotel. Dia sengaja tidak balik kerana dia tahu wanita itu tidak selesa tinggal satu bumbung dengannya. Buat seketika ini, dia ingin tinggal berasingan terlebih dahulu sebelum keadaan sedikit reda. Lagipun dua tiga menjak ini, Nalia begitu dingin dengannya. Dia juga malas untuk menegur, takut-takut semakin besar marah Nalia padanya.

“ Kamu dengan Nalia masih tak okey ke?”Soal Dato’Kamarul lagi. Dia tahu perangai anak perempuannya yang begitu liar sekali dan memang sukar untuk di kawal. Dia tidak salahkan Hisyam jika Nalia tetap macam dulu kerana dia juga tidak mampu mengawal perangai wanita muda itu. Namun dia selalu berdoa agar anaknya akan berubah suatu hari nanti. Jadi tidaklah dia berasa bersalah sangat pada Hisyam kerana memaksa lelaki itu berkhawin dengan anak perempuan tunggalnya.

“Semalam saya tegur dia pasal dia selalu keluar malam, itu sebabnya dia merajuk dengan saya. Tapi pagi tadi saya dah call dia dan semuanya dah okey”Hisyam menyedapkan hati mentuanya walaupun dia sebenarnya langsung tidak menghubungi Nalia sejak dari semalam lagi. Dia bukan tidak pedulikan isterinya namun dia tahu wanita itu tidak suka bila dia menelefon. Lagipun dia tahu sangat perangai Nalia yang memang tidak mahu menjawab setiap pangilan daripadanya.Dato’Kamarul menarik nafas lega. Sejak anak perempuan tunggalnya berkhawin, dia merasakan jiwanya mula terasa lapang dan lega. Tidak lagi perlu memikirkan masalah tentang anak perempuan tunggalnya yang selalu membuatnya risau.

“Kamu jangan bagi muka sangat pada Nalia tu, nanti dia pijak kepala kamu. Papa kenal sangat dengan perangai anak perempuan papa tu.”Nasihat Dato’Kamarul. Hisyam hanya tersenyum manis. Dia akan cuba jadi suami yang terbaik untuk wanita itu kerana dia tahu begitu besar tanggungjawab yang perlu di pukul selepas berkhawin.

************

Hisyam meneliti jam di tangannya, sudah pukul 3.00 petang. Sudah waktunya untuk dia balik semula ke Kuala Lumpur. Nasib baik masa yang di ambil untuk ke Kuala Lumpur hanya dua 3 jam sahaja, jadi tidak perlulah dia bertolak lebih awal. Dia mengeluh berat, sudah hampir seminggu dia di kampung atas urusan kerja. Dia harus melawat ladang-ladangnya dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dia telah mengupah orang untuk menjaganya, namun dia tetap ke situ sekali sebulan dan kadang-kadang tiga empat kali juga dia berulang alik dari situ ke bandar.Sudah hampir seminggu jugalah dia tidak berjumpa dengan Nalia sejak kejadian yang wanita itu lari balik ke rumah mentuanya. Dia menarik nafas panjang-panjang lalu dilepaskan. Terasa rindu pula bila tidak menatap wajah wanita itu, namun dia masih tidak faham dengan perasaannya sendiri. Adakah dia sudah jatuh cinta pada Nalia ataupun hanya perasaan tanggungjawab yang dia rasai sebenarnya.Tubuhnya di rebahkan di sofa panjang dan tangan kanannya di letakan di atas dahi. Tiba-tiba sahaja dia memikirkan tentang Nalia sedangkan selama ini dia tidak ambil tahu pun pasal wanita itu.

“Fikir apa tu Syam?” Soal Mak Timah yang baru sahaja keluar dari dapur. Lengan baju yang di lipat hingga siku di turunkan sebelum melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan anaknya. Hisyam hanya tersenyum dan terus bangun dari baring. Kini dia menghadap betul-betul dengan maknya.

“ Kata nak balik KL?” Soal Mak Timah. Dia masih ingat lagi apa yang dikatakan anaknya pagi tadi yang Hisyam ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas zohor.

“Kejap lagilah mak, Syam nak tunggu adik balik dari sekolah. Pagi tadi adik ada minta Syam tunggu dia sebelum Syam balik KL”Beritahu Hisyam. Pagi-pagi lagi Dayah mengingatkan dia tentang itu dan dia pula hampir lupa yang dia harus menunggu adiknya balik terlebih dahulu.

“Macam mana sekarang?” Soal Mak Timah tiba-tiba sambil menjeling nakal pada anaknya. Hisyam mengerutkan dahinya sambil memandang tepat pada wajah manusia yang paling di sayangi sepanjang hidupnya.

“ Nalia tak pernah datang rumah kita selepas dia khawin dengan kamu. Dia tak nak jumpa dengan mak ke Syam?” Sambung Mak timah lagi. Pelik sungguh dia dengan perangai menantunya itu. Kali terakhir dia berjumpa dengan menantu sulongnya itu ketika majlis akad nikah dulu dan sejak itu dia tidak nampak langsung batang hidung Nalia di depannya. Hisyam terus bangun dari situ dan melabuhkan punggung di sebelah maknya. Tangan yang tua itu di genggam erat.

“Syam minta maaf bagi pihak isteri Syam kalau mak terasa dengan sikap Nalia. Syam akan pastikan suatu hari nanti Syam akan bawa dia balik kampung kita dan jumpa dengan mak dan jumpa adik-adik Syam. Itu janji Syam pada mak”Ucap Hisyam penuh yakin. Dia pasti suatu hari nanti dia akan berjaya memujuk wanita itu untuk balik kampung bersama dengannya.

“Mak faham Syam, lagipun bukan salah Syam pun.Oh ya, lupa mak nak bagitahu kamu yang Atifa ada dekat kampung tau sekarang. Dia balik dengan suami dia.”Beritahu Mak Timah. Hisyam hanya berdiam diri dan mengukirkan senyuman. Entah mengapa setiap kali nama Atifa di sebut, hatinya seperti di hiris sembilu. Kalau boleh dia ingin melupakan wanita itu buat selama-lamanya,namun dia juga tidak boleh menipu hati kecilnya yang masih ada sisa kasih dan sayang pada Atifa.

“Syam nak pergi tengok ladang dulu sementara tunggu Dayah balik. Lagipun hari ini Dayah ada kelas tambahan, mesti dia balik lewat sikit.”Minta Hisyam sambil bangun dari situ. Di capai topi keledar di atas meja lalu di bimbit keluar dari rumah batu itu.Mak Timah tidak berkata apa-apa dan hanya memberi nasihat ringkas pada anak lelakinya supaya berhati-hati ketika dalam perjalanan. Hisyam terus ke bawah pokok rambutan kerana di situlah dia selalu meletakkan motosikal buruknya. Dia lebih gemar ke ladang mengunakan motosikal berbanding dengan kereta. Lagipun jalan ke ladangnya tidaklah baik sangat, jadi sedikit menyukarkan perjalanan nanti. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya di atas motosikal, dia mengeluh berat bila melihat tayar depan motosikalnya sudah tidak berangin. Pasti terkena paku ataupun benda-benda tajam ketika balik dari kedai pagi tadi.

“Kenapa Syam?” Soal Mak Timah dari jendela rumah.

“Pancit mak...”Jawab Hisyam ringkas dan memandang sekilas pada maknya yang berdiri di jendela rumah.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana kesal bila melihat motosikalnya pancit ketika dia amat memerlukannya. Dia memang tiada pilihan lain selain dari menaiki kereta proton perdananya itu. Sudahlah kereta itu berwarna putih, pasti habis kotor terkena lumpur nanti. Dia bukan terlalu cermat tetapi dia selalu tidak sempat untuk membasah keretanya kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan di ladang. Pernah sekali Nalia memarahinya kerana kesan kotor di kereta. Wanita itu memang tidak suka melihat keretanya yang kotor. Dia kembali masuk ke dalam rumah lalu mencapai kunci kereta lalu kembali keluar dari rumah selepas meminta diri dari maknya. Kereta proton perdana yang di naikinya laju sahaja keluar dari perkarangan rumah batu yang baru 4 bulan terbina dengan hasil titik peluhnya sendiri. Dari rumah papan terus bertukar jadi rumah batu. Dia bersyukur sangat kerana sejak dua menjak ini, rezekinya melimpah ruah.Ketika dalam perjalanan ke ladangnya, dia melihat seorang wanita seperti sedang kesakitan di tepi jalan. Ke kiri dan ke kanan dia berpaling dan tidak kelihatan manusia yang akan datang menolong wanita yang berpayung merah itu. Kereta di hentikan di tepi jalan lalu dia melangkah ke arah wanita itu.Kelihatan wanita itu seperti memicit-micit kaki di tepi jalan.

“Cik tak apa-apa?”Soal Hisyam kerana dia masih tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana terlindung dengan payung merah.

“Syam...”Panggil wanita itu lembut bila sudah berpaling ke atas.Hisyam tergamam seketika bila melihat Atifa orang yang berada di depannya itu. Seperti tidak percaya yang dia akan bertembung dengan wanita itu ketika dia cuba untuk mengelak dari berjumpa.

“ Ati kenapa?” Hisyam menyembunyikan perasaan tidak enak yang mula muncul di dalam hatinya.Atifa cuba bangun dari duduk bercangkung, namun hampa, terasa begitu sengal di bahagian buku lalinya kerana terseliuh ketika berjalan tadi.Niatnya untuk ke kedai terus dilupakan. Dia bukannya tiada kereta atau motosikal untuk di naiki, namun kedai yang dia hendak pergi tidak jauh dari rumahnya. Kadang-kadang berjalan kaki lebih baik dari menaiki kenderaan kerana berjalan boleh menyihatkan tubuh.

“ Terseliuh tadi...”Beritahu Atifa sambil mengosok buku lalinya. Hisyam cuba memapah Atifa untuk cuba bangun.

“Jom Syam hantar Ati balik” Ajak Hisyam.Walaupun hatinya masih terasa sakit dengan perbuatan Atifa dulu, namun tidak mungkin dia tinggalkan wanita itu begitu sahaja tanpa memberikan apa-apa bantuan langsung. Lagipun keluarga Atifa begitu baik dengannya.Atifa memandang pada kereta proton perdana berwarna putih yang di letakkan di tepi jalan. Baru sekarang dia perasan tentang kehadiran kereta tersebut. Sungguh cantik kereta berwarna putih itu. Tidak mungkin itu kereta Hisyam kerana sampai sekarang ini dia tidak percaya yang lelaki itu telah berjaya sampai bagitu sekali.Kali ini dia merasakan seperti berdepan dengan orang lain dan bukannya Hisyam yang dulu. Lelaki itu kelihatan begitu kemas dan segak sekali. Kulit yang dulunya agak gelap kelihatan sudah menjadi putih bersih.Atifa hanya mengganguk kerana dia sudah tidak ada pilihan lain lagi.Hisyam terus memapah Atifa masuk ke dalam keretanya lalu dia memecut laju menuju ke rumah wanita itu. Ketika keretanya masuk perkarangan rumah Atifah kelihatan orang tua wanita itu sedang duduk di pangkin rumah. Matanya sempat melilau mencari kelibat suami Atifa, namun hampa tidak pula kelihatan lelaki itu.Salam di beri tanda hormat dan kedua-dua mereka menjawabnya serentak. Atifa di papah keluar dari kereta dan mengarahkan wanita itu duduk di pangkin.

“Kenapa ni Ati, Syam?” Soal Haji Daud pada Hisyam bila melihat anak perempuannya itu berjalan dengan bantuan dari Hisyam.

“Macam mana boleh terseliuh pula kamu ni. Itulah mak dah banyak kali pesan, jalan tu hati-hati sikit. Orang suruh pergi dengan kereta, nak juga berjalan kaki”Bebel Hajah Salma pada anak perempuannya. Hisyam hanya berdiam diri tanpa kata selepas bersalam dengan Haji Daud.

“Manalah Ati tahu akan jadi macam ini mak” Sampuk Atifa tidak puas hati dengan bebelan maknya itu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak balik dulu sebab saya nak pergi ladang kejap. Takut tak sempat pula.”Minta Hisyam bila dia merasakan dirinya tidak diperlukan lagi.

“Tak nak minun dulu ke Syam?” Perlawa Haji Daud.Hajah Timah pula sudah bersiap sedia bangun untuk membuat minuman.

“Tak payahlah Tok Haji , saya pun dah lambat ni. Lain kali sahajalah”Hisyam memang tidak mempunyai masa untuk berlama lagi di situ. Lagipun dia harus segera menemui salah seorang pekerja di ladangnya kerana dia sudah berjanji untuk berjumpa.Tangan Haji Daud terus di salami penuh hormat sebelum berlalu pergi dengan kereta proton perdananya.

“Bangga sungguh abah dengan budak Hisyam tu. Berjaya juga dia capai cita-cita dia”Puji Haji Daud. Dia memang sukakan Hisyam dan pernah juga dia berharap lelaki itu menjadi menantunya, namun anak perempuannya telah memilih warga asing untuk dijadikan suami. Dia tidak membantah kerana dia mahu anaknya gembira dengan pilihan masing-masing.Atifa hanya memuncungkan mulutnya. Sejak dia balik semalam, abah dan maknya tidak habis-habis memuji Hisyam di depannya seolah-olah menyindir dirinya kerana memilih orang lain untuk di jadikan calon suami.

“Alah abah, kalau setakat pakai proton perdana apalah sangat. Boleh masuk ketegori berjaya ke?”Sindir Atifa sambil mengurut-ngurut kakinya.Hajah Salma hanya mengelengkan kepala dengan sikap anak perempuannya itu.

“Kamu cakap macam kamu tu ada kereta proton perdana. Kalau setakat Myvi kamu tu apalah sangat di bandingkan dengan kereta Hisyam tu” Sindir Haji Daud pula sambil melangkah meninggalkan pangkin begitu sahaja. Dia memang segaja menyindir anaknya yang kadang kala begitu angkuh di depannya.Atifa mengetap bibir geram bila dia di sindir begitu.

“Itulah kamu, kan dah kena dengan abah kamu tu”Sampuk Hajah Salma sambil tergelak kecil.

“Abah macam tak suka saja Ati balik kampung?” Soal Atifa bila dia merasakan yang abahnya seperti tidak mempedulikannya sejak pertama kali dia sampai di Malaysia lagi.

“Abah kamu tu bukan tak suka kamu balik kampung Ati, cuma dia tak suka dengan perangai kamu sekarang ni. Mak tengok kamu dah lain sejak belajar dekat luar negara. Dahlah kamu bawa balik calon menantu abah mengejut. Lagi terkejutlah abah kamu bila kamu cakap nak kahwin dengan mat salleh tu.”Beritahu Hajah Salma. Atifa mengeluh berat. Dia tahu abahnya tidak berapa suka pada suaminya, namun kerana itu pilihan dia sendiri, abahnya terpaksa terima.

“Dari semalam lagi mak nak tanya kamu, kenapa Daniel tak ikut balik Malaysia dengan kamu?”Sambung Hajah Salma lagi. Pelik sungguh dia bila melihat anaknya balik sendirian tanpa di temani suami. Dari semalam lagi dia ingin bertanya, namun dia tangguhkan dulu soalannya kerana dia tahu pasti Atifa penat bila seharian berada di dalam kapal terbang.Atifa mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana memikirkan alasan yang harus diberikan pada maknya.

“Daniel sibuk sekarang ini, so Ati balik sendiri”Hanya itu alasan yang bermain di minda Atifa ketika ini. Dia memang tak mempunyai alasan lain lagi. Lagipun sekarang ini hubungannya dengan Daniel agak dingin dan kerana itulah dia balik ke Malaysia. Tidak mungkin dia akan memberitahu hal tersebut pada mak dan abahnya. Buat sementara waktu, biarlah ia menjadi satu rahsia. Tangan Hajah Salma kini telah berada di buku lali anak perempuannya kerana ingin meredakan sedikit kesakitan akibat terseliuh.Menjerit kecil Atifa bila urutan dari tangan maknya begitu berbisa sekali. Terasa urat sarafnya seperti menegang untuk seketika. Memang tidak boleh dinafikan lagi yang maknya mempunyi kemahiran mengurut dan memang dikenali di kalangan orang kampung. Jika ada yang ingin mengurut pasti akan mencari maknya.

“Kaya sangat ke Hisyam tu sekarang ni mak?”Atifa mula ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu. Sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang Hisyam sejak lelaki itu berkhawin. Sudah hampir 6 bulan jugalah dia tidak berjumpa dengan Hisyam lagi.

“Kaya sangat tu tidaklah juga, tapi sekarang ini dia dah ambil alih jawatan besar dalam syarikat mentuanya. Ladang-ladang dekat bukit, semuanya di serahkan pada dia. Kamu tengoklah rumah Mak Timah sekarang ini, dah tak ada rumah papan dah, semuanya sudah jadi batu.”Cerita Hajah Salma.Dia mengetahui semua itu pun dari mak Hisyam sendiri. Dia agak rapat dengan wanita itu sejak dari dulu lagi.Atifa seperti tergamam seketika. Dia masih lagi ingat sewaktu dia tinggalkan lelaki itu dulu, Hisyam hanya orang kampung yang dianggap tidak akan berjaya sampai bila-bila, namun bila dia balik semula ke kampung selepas berhijrah ke luar negara, begitu besar perubahan pada lelaki itu. Kini Hisyam sekarang tidak seperti Hisyam yang dulu. Timbul perasaan menyesal di hatinya kerana meninggalkan lelaki itu begitu sahaja dulu.

“Cantik tak isteri Hisyam mak?” Atifa memang belum pernah nampak isteri kepada Hisyam sebelum ini. Ketika lelaki itu berkhawin dulu, dia berada di luar negara.Hajah Salma tersenyum manis sambil mengungkit bahu tanda tidak tahu. Ketika Hisyam berkhawin dia berada di Pahang atas urusan keluarga dan hanya Joehan sahaja yang pergi. Tambahan lagi, majlis perkhawinan tersebut di adakan di rumah pengantin perempuan dan tidak pula ada majlis bagi pihak lelaki.

“Kamu tanya adik kamu. Dia yang pergi masa Hisyam kahwin”Cadang Hajah Timah. Atifa sekali lagi mengeluh dengan jawapan dari maknya itu. Jawapan yang langsung tidak memuaskan hatinya. Sudah terbayang bermacam-macam bentuk rupa isteri Hisyam di mindanya. Pasti wanita itu jauh lebih cantik darinya hingga Hisyam boleh terpikat. Tiba-tiba sahaja dia berminat untuk mengetahui tentang Hisyam.


***********

Hisyam mencapai tali lehernya dan terus di sarungkan ke leher ketika berada di depan cermin. Kini dia tidak memerlukan lagi bantuan sesiapa pun untuk memakaikannya. Setelah dia merasakan yang tubuhnya telah kemas berpakain untuk ke pejabat, dia terus mencapai telefon dan dompet lalu di masukan ke dalam poket seluar kiri dan kanan. Beg komputer ribanya yang berada di atas katil terus di capainya. Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari biliknya dan tiba-tiba kakinya terhenti di depan pintu bilik isterinya. Sudah seminggu dia tidak melihat isterinya keluar dari bilik sejak dia balik dari kampung seminggu yang lalu. Dia tahu Nalia akan keluar dari bilik ketika dia tiada di rumah. Ketika tangannya baru sahaja ingin mengetuk pintu, tiba-tiba sahaja pintu terbuka dengan sendirian. Selama ini dia tidak pernah masuk ke dalam bilik isterinya dan kali ini dia memberanikan diri untuk melangkah masuk bila dia merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku pada Nalia. Beg komputer riba yang di sandang di sandar pada dinding sebelum dia masuk. Matanya liar memandang sekeliling bilik yang berwarna merah jambu itu. Dia langsung tidak sedar sejak bila bilik itu di cat sebegitu sedangkan semua warna di dalam rumahnya berwarna putih. Matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang berselimuti likup di atas katil.

“Nalia...”Panggil Hisyam di depan pintu. Hanya dua langkah sahaja dia masuk ke dalam bilik tersebut. Entah mengapa begitu berat untuk dia terus melangkah bila dia melihat pakaian dalam Nalia berterabur di lantai. Segan betul rasa di hatinya bila melihat keadaan itu.Tiada sautan dari wanita itu saat dia memanggil, namun dia tahu yang Nalia ada di atas katil bila melihat selimut seperti bergerak-gerak. Kedengaran Nalia batuk beberapa kali.

“Awak sakit ke?” Soal Hisyam lagi bila dia merasakan yang Nalia seperti tidak sihat. Kali ini tidak juga kedengaran suara isterinya.Dia memberanikan dirinya untuk melangkah lebih dekat dengan katil kerana ingin melihat wajah wanita itu.Kelihatan Nalia seperti mengigil kesejukan sambil di selimuti dengan selimut.Di sentuh dahi wanita itu dan ternyata terasa begitu panas sekali.Memang sah, wanita itu demam.

“Nalia...”Panggil Hisyam lagi sambil mengoncang sedikit tubuh wanita itu supaya bangun dari tidur. Dia harus membawa wanita itu ke hospital secepat mungkin.

“Apa...?”Soal Nalia keras bila matanya sudah terbuka. Geram sungguh dia bila ada orang mengacau tidurnya. Sudahlah badannya terasa begitu berat dan lemah, ada pula yang menambah masalahnya lagi.

“Awak demam ni, jom saya bawa awak pergi hospital”Cadang Hisyam beria.Nalia hanya mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Dia hampir lupa yang Hisyam sudah masuk ke kawasan larangan bagi lelaki itu kerana terlalu penat dan lemah. Kepalanya mula berdenyut-denyut.

“Awak demam, so kenalah pergi hospital. Nanti lagi teruk jadinya”Pujuk Hisyam lagi. Tidak boleh dia biarkan wanita itu begitu sahaja kerana dia merasakan yang tubuh Nalia begitu panas sekali.

“Kau ni tak faham bahasa ke? Aku tak nak pergi hospital!” Marah Nalia.

“Please awak... Untuk kali ini dengar cakap saya. Saya tak nak tengok awak macam ini”Rayu Hisyam dengan harapan wanita itu bersetuju. Keras sungguh hati Nalia ketika itu. Walaupun sedang sakit teruk, wanita itu tetap berkeras tidak mahu ke hospital.Hisyam memang tidak ada pilihan lain, dia terus mendukung Nalia serta merta hingga wanita itu menjerit kecil sambil meronta-ronta minta di lepaskan. Namun kerana dia begitu lemah, dia memang tidak mampu melawan tenaga Hisyam ketika itu. Tubuhnya di letakkan di dalam kereta lalu lelaki itu terus memecut laju menuju ke Hospital selepas pintu rumah di kunci semuanya.

************
“Macam mana dengan Nalia doktor?” Soal Hisyam pada doktor yang merawat isterinya.

“Awak ni siapa? Waris pesakit ke?” Soal doktor yang memperkenalkan dirinya sebagai Roslina.

“Saya suami dia doktor...”Jawab Hisyam cemas. Takut juga dia bila melihat keadaan isterinya ketika di rumah tadi. Roslina menjemput Hisyam duduk di kerusi yang berada di depan meja kerjanya bila dia sudah melabuhkan punggung di kerusi kerjanya.Di bebek-belek fail berwarna hijau di atas mejanya sebelum kembali memandang wajah Hisyam yang berada di depannya. Hisyam menunggu dengan sabar tanpa bertanya apa-apa lagi untuk memberi peluang kepada doktor itu menjelaskannya dengan lebih lanjut.

“ Isteri encik tak apa-apa cuma tahap kepanasan tubuh dia agak tinggi. Kami terpaksa tahan dia sementara untuk rawatan lebih lanjut sebab takut memberi kesan pada otak pesakit. Keseluruhannya, dia dalam keadaan stabil, encik tak payah risau” Jelas Doktor Roslina pada lelaki di depannya. Hisyam mengganguk tanda mengerti dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor yang merawat isterinya. Sebelum keluar dari bilik rawatan, Hisyam menyalami tangan doktor tersebut terlebih dahulu. Sedikit lega di hatinya bila di beritahu keadaan Nalia, namun masih lagi ada sisa kebimbangan di hati bila memikirkan wanita itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi di bahagian menunggu. Malas lagi masuk ke wad rawatan isterinya kerana dia tahu yang wanita itu pasti sedang lena dan tidak mahu di ganggu. Dia masak benar dengan perangai Nalia yang panas baran tak tentu pasal, silap-silap hari bulan dia kena marah nanti bila menggangu tidur wanita itu.

“Hisyam ke ni?” Soal seorang doktor lelaki yang berdiri di depannya. Hisyam terus mengangkat muka untuk memandang lelaki yang berbaju putih di depannya itu dan dia mengerutkan dahi bila melihat lelaki itu. Dia memang tidak mengenali manusia yang berada di depannya ketika ini.

“Hisyam, akulah Syafik... Anak pak Dollah yang jual perabot dekat sempang empat kampung kita” Beritahu lelaki itu lagi sambil melabuhkan punggung di sebelahnya. Hisyam berdiam sejenak dan akhirnya terukir senyuman di bibir. Dia memang kenal dengan lelaki itu kerana itulah rakan satu sekolah dengannya dari darjah satu hingga tingkatan lima. Sudah lama masa berlalu hingga dia hampir lupa tentang rakan rapatnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lagipun lelaki itu tidak seperti dulu, kini kelihatan lebih kemas dan hensem. Potongan rambut yang ala-ala sarang tebuan dulu sudah tiada. Dia masih ingat sewaktu sekolah dulu, ramai yang mengejek lelaki itu kerana saiz rambut yang agak besar dan bekerinting.

“Ya Allah... Afik rupanya. Kau dah berubah sekarang. Dah jadi doktor kau sekarang. Tercapai juga cita-cita kau nak jadi seorang doktor” Rindu sungguh Hisyam pada rakan sekampungnya itu. Walaupun Syafik tidak memberitahu tentang pekerjaannya, namun dia tahu lelaki itu sudah mencapai cita-cita yang diimpikan sewaktu kecil. Hanya dia sahaja yang tidak dapat mencapai cita-cita yang di impikan sejak kecil. Namun dia tidak pernah menyalahkan takdir kerana di lahirkan dari keluarga yang sederhana dan tidak mampu membiayai pelajarannya. Atas berkat doa ibu dan arwah ayahnya dia boleh berjaya dan hidup senang seperti sekarang.

“Kau apa kurangnya Syam, aku dengar banyak cerita pasal kau dekat kampung sekarang ni. Semua orang kampung bangga dengan kau. Di sebabkan kau jugalah orang kampung ada pekerjaan. Dah kurang penganggur dekat kampung kita sekarang. ”Puji Syafik. Dia memang berbangga dengan rakannya itu. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, namun boleh berjaya setaraf dengan orang lain. Lagipun dengan adanya ladang Hisyam itu juga boleh memberi pendapatan kepada penduduk yang tidak bekerja. Maka bolehlah mereka bekerja di ladang tersebut dan mengubah ekonomi masing-masing. Hisyam tersenyum lebar bila di puji.

“Aku dengar kau dah khawin, dengan Ati ke?” Soal Syafik ingin tahu. Dulu hanya dia sahaja yang tahu Hisyam menaruh hati pada wanita yang boleh dikatakan agak terkenal di kampungnya. Lagipun dia tahu keakraban Hisyam dengan Atifa dulu dan semua orang menggangap mereka berdua bercinta kerana kemana sahaja Hisyam pergi pasti ada Atifa. Sejak dia melanjutkan pelajaran ke India lima tahu lepas, dia sudah tidak tahu perkembangan mereka berdua dan hari ini baru dia berjumpa kembali dengan rakan baiknya.Hisyam mengeluh berat bila nama Atifa tiba-tiba muncul setelah dia cuba melupuskan nama itu dalam hidupnya.

“Kenapa Syam?” Soal Syafik bila melihat perubahan pada wajah rakannya. Keluhan rakannya benar-benar memberinya tanda tanya. Dia hanya tahu rakannya berkhawin pun dari ibunya dan dia tidak pula bertanya dengan siapa Hisyam berkhawin kerana dia mengesyaki yang lelaki itu pasti akan berkhawin dengan Atifa. Siapa tidak kenal Atifa yang agak mata duitan itu, pasti Hisyam menjadi pilihan kerana lelaki itu sudah kaya raya.

“ Aku tak khawin dengan Ati tapi aku khawin dengan orang lain.” Beritahu Hisyam perlahan sambil menunduk ke bawah. Kalau dulu,impiannya memang ingin menikahi wanita itu, namun tiada siapa boleh melawan takdir. Jodohnya dengan Atifah memang tidak ada.

“Habis kau khawin dengan siapa?”Soal Syafik lagi. Dia menyangka rakanya berkhawin dengan Atifah kerana dulu dia memang tahu Hisyam begitu tergila-gilakan wanita itu.Hisyam hanya tersenyum manis dan tidak memberikan jawapan pada soalan itu.

“Oh, ya lupa aku nak tanya, kau buat apa dekat sini?” Syafik menukar topik perbualan bila soalannya tidak di jawab. Pasti ada sesuatu bila rakannya itu tidak menjawab soalan darinya.

“Isteri aku masuk hospital.”Beritahu Hisyam.

“Kalau macam itu, bolehlah kau kenalkan aku dengan isteri kau tu. Mesti cun kan”Puji Syafik. Sudah terbayang kecantikan isteri Hisyam di dalam kepala otaknya walaupun di tidak pernah melihatnya.

“Tak ada masalah bro, nanti aku kenalkan kau dengan isteri aku.”

“Doktor Syafik!!!”Kedengaran satu suara memanggil. Kelihatan seorang jururawat berlari ke arah kami berdua.

“Ada apa Julia?” Soal Syafik pada jururawat wanita itu.

“ Doktor Kamal nak jumpa, katanya kecemasan”Beritahu Julia cemas.

“ Okeylah Syam, kita jumpa nanti. Aku ada hal.”Syarik terus bangun dari situ dan berlalu pergi selepas tangan Hisyam di salami.

************
Sudah hampir seminggu Nalia berada di hospital, dia begitu cukup bosan berada di situ. Selama ini dia tidak pernah tinggal di hospital. Dia memusingkan tubuhnya ke kiri kerana terasa senguh di bahagian belakangnya kerana terlalu lama berbaring di tilam. dia sudah tidak ada aktiviti lain lagi di hospital selain baring dan tidur. Nasib baik dia di tempatkan dia bilik persendiran dan tidak perlua bercampur dengan pesakit lain. Dia memandang ke laur tingkap yang terbuka. Angin petang mula meniup langsir di tingkap menyebabkan ia berterbangan. Kalau langsir tidak meletak di tingkap itu, pasti sudah terbang keluar dari biliknya itu. Matanya terpandang pada satu kuntum bunga ros putih yang berada di dalam balang kecil di atas meja sebelah katilnya sekarang. Kelihatan bunga hidup itu masih segar dan dai masih ingat yang bunga itu tidak ada di situ semalam. Pasti ada orang yang meletakkannya ketika dia tidur.Nalia bangun dan menyandarkan tubuhnya di pada bantal. Di capai bunga ros itu lalu di hidup. wangi...pujinya. Dia memang suka bunga ros putih sejak dari kecil lagi dan Jefri selalu memberinya bunga ros putih dulu. Dia mengeluh berat, tiba-tiba sahaja wajah teman lelakinya dulu muncul di mindanya.Pintu bilik wadnya di kauk dari luar tiba-tiba dan menyebabkan Nalia terkejut. Cepat-cepat dia masukan bunga ros tersebut ke dalam balang kaca yang berada di tepi katil, namun entah mana silap tindakan tangannya menyebabkan balang kaca itu terjatuh dari meja bersama dengan bunga ros tersebut. Hisyam tersentak dengan bunyi yang kuat itu dan dia tergaman seketika bila melihat bunga yang diletaknya pagi tadi sudah telah berada di atas lantai. Tidak sangka yang Nalia membuang bunga yang di letaknya pagi tadi.

“ Kalau awak tak suka bunga tu tak payahlah sampai pecahkan balang kaca itu sekali. Saya beli pakai duit bukan pakai daun.” Sindir Hisyam sambil meletakan bakul buah di atas meja sebelah katil.

“Siapa suruh letak dekat situ. Aku terlangar so dia terjatuh sendiri.Bukan salah aku”Nalia mempertahankan dirinya. Lagipun dia bukan sengaja menjatuhkan balang kaca dan bunga ros itu. Hisyam mengutip bunga ros tersebut lalu di letak atas meja, di kutip sempihan kaca lalu di masukan ke dalam tong sampah.Nalia hanya sekadar memandang sahaja dari atas katil. bersalah pula rasanya bila jatuhkan balang kaca itu.

“Nak pergi mana tu?”Soal Nalia bila melihat Hisyam seperti ingin keluar dari bilik wadnya.

“Nak jumpa doktor kejap.”Beritahu Hisyam sebelum berlalu pergi begitu sahaja.Nalia sekali lagi mengeluh berat. Entah mengapa dia tidak pernah cuba untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Selama seminggu dia di situ, Hisyam yang menjaganya siang dan malam dan kenapa begitu susah untuk dia mengucapakan ‘terima kasih’ kepada orang yang banyak berkorban padanya.Selang beberapa minit, pintu dikuak semula dari luar. Dia menyangka Hisyam yang masuk namun sangkaannya meleset, kelihatan Ariani dan Jefri yang berjalan ke arah katil.

“Hey honey, dah semakin sihat I tengok”Sapa Jefri bila mula berdiri di hujung katil.Sudah lama tidak datang melawat dan kali terakhir dia datang ketika hari kedua wanita itu dimasukan ke wad tersebut. Ariani pula terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil. Pernah beberapa kali juga dia datang melawat rakannya itu.

“ Macam mana hari ini?” Soal Ariani pada rakannya. Tangan Nalia di gengam erat.Nalia hanya mengganguk sahaja. Entah mengapa kunjungan dari mereka berdua tidak disenangi ketika ini.

“I rindukan you tau sejak you masuk hospital ni”Luah Jefri sambil tersenyum manis. Ketika dia ingin melangkah ke sebelah lagi katil Nalia, kakinya tiba-tiba tergelincir lalu jatuh terduduk di lantai. Dia langsung tidak perasan yang ada air tumpah di situ.Terkejut Nalia dengan Ariani bila melihat Jefri sudah terjelopok ke lantai.

“Aduh, air apa ni!!!”Marah Jefri sambil mengosok-gosok punggungnya yang terasa begitu sakit bila terhempas dengan kuat. Nalia dan Ariani mula tergelak dengan kejadian itu. Tidak pernah dia melihat lelaki yang begitu macho terjelopok ke lantai dengan keadaan yang begitu memalukan.

“Itu air pasu bunga yang pecah tadi. Tak sempat nak lap lagi”Beritahu Nalia. Dia masih ingat yang Hisyam hanya mengutip sempihan kaca dan bunga sahaja. Tidak pula di lap air yang berada di lantai itu.Jefri terus melabuhkan punggung di sofa yang berada di penjuru bilik sambil mengosok-gosok punggungnya. Habis seluarnya basah sekali.

“Itulah kau, jalan tak tengok kiri kanan. Kan dah jatuh, padam muka”Sindir Ariani sambil tergelak.

“Manalah aku tahu ada air dekat situ. Apa yang bangang sangat tak lap air dekat situ. Orang dekat hospital ini makan gaji buta ke?”Marah Jefri lagi.

“Hello En.Jefri, you ingat orang dekat hospital ni sibuk nak lap air itu sahaja ke. Ingat dia orang tak ada kerja lain. Jangan risau kejap lagi suami aku lap lah”Beritahu Nalia. Tiba-tiba dia terdiam sejenak bila perkataan ‘suami’ keluar dari mulutnya. Jefri memandang tepat pada wajah teman wanitanya dengan muka yang agak bengis.

“Eh, kau dah makan?” Ariani segera melarikan topik perbualan bila melihat jelingan Jefri pada Nalia begitu menyerangkan. Dia tahu pasti Jefri cemburu dengan keadaan itu, lagipun semua orang tahu yang mereka berdua bercinta dan pasti sakit hati Jefri bila Nalia berkhawin dengan orang lain.Ketika mereka sedang leka berborak, pintu di kuak dari luar dan kelihatan Hisyam yang masuk ke dalamnya sambil membawa tuala kecil.

“Eh, maaflah tak tahu ada orang datang melawat.”Hisyam terkejut juga bila meliaht ada orang lain di dalam bilik itu. Dia sempat memandang sekilas pada lelaki yang berada di sofa dan dia pernah melihat wajah itu. Pernah sekali dia melihat gambar skrin depan telefon isterinya dan terdapat gambar Nalia dengan lelaki itu. Sungguh mesra mereka berdua di dalam gambar itu.

“Tak apa, kami pun dah nak balik ni. Jumpa nanti Lia...” Ariani terus meminta diri. Di tarik tangan Jefri supaya mengikutnya keluar dari situ. Bukan apa, dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan mereka berdua nanti. Tidak pasal-pasal Jefri mengamuk bila melihat Nalia dengan suaminya. Hisyam terus mengelap air yang berada di lantai menggunakan tuala yang di bawa.

“Doktor cakap esok awak dah boleh keluar.”Beritahu Hisyam sambil mengelap di sebelah katil. Nalia hanya memandang setiap tingkah laku suaminya itu. Tiba-tiba dia menjadi sayu bila melihat keprihatinan Hisyam padanya. Selama dia di situ, Hisyamlah yang menjaganya tanpa langsung merungut.

“Saya kena masuk pejabat hari ini sebab ada hal penting. Dah seminggu saya tak masuk pejabat. Esok pagi saya datang jemput awak dekat sini.”Sambung Hisyam lagi. Setelah air di di lap, dia menuju ke bilik air untuk  menyidai tuala kecil itu.

“Aku tak nak balik rumah...”Beritahu Nalia setelah sekian lama berdiam diri. Hisyam menuju ke sofa pula.

“Kenapa?” Soal Hisyam ringkas.

“Aku cakap tak nak, tak naklah. Jangan banyak tanyalah.Esok tak payah datang jemput. Aku nak tinggal dengan Ariani buat sementara waktu.”Nalia memberikan kata putus. Buat sementara waktu ini dia ingin bersendirian dan mencari dirinya yang seakan hilang dari kehidupannya.Hisyam hanya mengganguk, lalu surat khabar yang berada di meja sebelah sofa di capainya lalu di belek satu persatu hingga terjumpa berita yang menarik minatnya untuk berhenti membelek.

“Kenapa kau tak ceraikan aku? Aku bukannya isteri yang baik untuk kau”Soal Nalia tiba-tiba. Dia masih tetap di katil dan kali ini kakinya di juntaikan ke bawah.Hisyam meletakan surat khabar yang belum habis dibacanya ke posisi asal. Dia kini melangkah ke tingkap lalu berdiri di situ sambil memasukan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar jeannya.

“Siapa cakap awak bukan isteri yang baik untuk saya?Bagi saya awak sudah cukup baik dan sempurna. Hidup cuma sekali dan saya berharap saya hanya khawin sekali sahaja. Awak anugerah Allah untuk saya dan saya bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya. Baik atau tidak seseorang itu, bukan manusia yang menilainya.”Ceramah Hisyam agak panjang tanpa langsung memandang ke arah wanita yang duduk di katil itu. Matanya tertumpu pada keindahan alam ciptaan tuhan yang begitu menabjubkan.Tersentuh hati Nalia bila memdengarnya. Selama ini dia tidak langsung memberi peluang kepada Hisyam untuk berbincang atau bercakap secara peribadi seperti sekarang. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia ingin tahu tentang suaminya itu.

“Kau tak cintakan aku, so buat apa kau terus simpan aku?”Soal Nalia lagi. Dia masih lagi dengan keras hatinya kerana dia sendiri keliru dengan perasaan yang dia rasa bila bersama dengan lelaki itu. Hisyam tergelak kecil.

“Awak nampak ke apa yang ada dalam hati saya?” Soal Hisyam kembali, tapi kali ini tubuhnya di pusingkan ke arah wanita itu. Di sandarkan tubuhnya pada dinding sambil berpeluk tubuh. Berdenyut kencang jantung Nalia bila melihat senyuman di bibir Hisyam.Namun dia tetap menunjukan wajah yang selamber.

“Manalah aku tahu apa yang ada dalam hati kau?” Balas Nalia agak keras.

“Awak akan tahu nanti apa yang ada dalam hati saya. Saya dah lambat nak masuk office. Esok saya datang jemput”Beritahu Hisyam sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Nalia mengeluh berat. Ternyata lelaki itu tidak faham apa yang dia katakan tadi. Dia sudah cakap yang dia tidak mahu balik ke rumah, namun lelaki itu akan tetap datang menjemputnya esok. Nasib baik Hisyam pergi, jika tidak pasti semakin laju jantungnya berdenyut saat mata bertentang mata.

**********
“Weh, aku rasa aku dah...”Nalia tidak menghabiskan ayatnya dan terus berhenti di situ. Di pandang wajah Ariani yang sedang memandu di sebelahnya. Nasib baik Ariani datang lebih awal untuk menjemputnya sebelum Hisyam.Jadi bolehlah dia ikut wanita itu balik. Tentang Hisyam dia tidak memperdulikannya.

“Dah jatuh cinta...”Duga Ariani sambil mengerling ke arah rakannya yang seperti gelisah. Dari tadi lagi dia melihat Nalia seperti tidak senang duduk. Asyik melihat telefon di tangan sahaja.

“Aku tak tahulah Ani, aku rasa bila aku berdepan dengan Hisyam aku rasa hati aku berdebar-debar. Sejak dua menjak ini aku rasa seronok sangat bila tengok dia ada depan mata aku”Cerita Nalia. Walaupun dia melayan Hisyam seperti dia tidak menyukai lelaki itu, namun di sudut hati kecilnya, dia begitu suka bila lelaki itu berada di depan matanya.Ariani tergelak kecil.

“Dah ada orang gila bayang. Kalau aku jadi kau pun aku boleh jatuh cinta pada lelaki macam Hisyam tu. Dahlah hensem, tegap, badan pun sasa. Gila tak jatuh cinta”Sempat Ariani memuji.Memang dari pandangan matanya Hisyam begitu sempurna untuk wanita secantik Nalia.

“Tapi aku tak pasti lagi dengan apa yang aku rasa. Lagipun dia tak pernah cakap yang dia cintakan aku. Yang aku tahu dia khawin dengan aku sebab nak balas jasa papa yang banyak tolong dia dalam perniagaan”Nalia memang masih tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

“Ada sesetengah lelaki yang dia memang tidak suka luahkan rasa cinta dia pada seorang wanita itu, tapi dia luahkan rasa cinta dia dengan cara perbuatan. Mungkin Hisyam orang jenis itu”Ariani mengeluarkan fakta yang dia baca di dalam buku. Dia memang minat dengan fakta-fakta begitu. Nalia berfikir sejenak namun dia benar-benar keliru sekarang.

“Aku rasa baik kau cuba terima dia. Aku rasa yang Hisyam tu okey dan dia memang sesuai dengan kau berbanding Jefri.”Sambung Ariani lagi.

“Jefri...”Nalia baru teringat tentang lelaki itu. Tiba-tiba moodnya hilang.

“Aku bukan nak burukan Jefri, tapi aku rasa dia bukan orang yang sesuai nak dijadikan suami. Kalau aku pun tak nak ambil Jefri jadi calon suami aku. Sejahat mana pun aku ni, aku nak suami yang soleh yang boleh bimbing aku nanti. Terjamin masa depan aku.Baik kau tinggalkan Jefri dan cuba terima suami kau”Nasihat Ariani. Dia memang yakin yang Hisyam adalah orang yang paling layak untuk Nalia. Lagipun hidup Jefri terlalu bebas dan dia sudah banyak kali memdengar berita tentang lelaki itu yang selalu keluar masuk kelab dengan perempuan-perempuan lain.Tapi demi menjaga hati rakannya, dia pekakkan telinga dan bisukan mulut dari bercerita pada Nalia tentang itu.Tiba-tiba Nalia merasakan tangannya bergetar dan ternyata satu pesanan ringkas masuk dan datangnya dari Hisyam. Cepat-cepat dia membukanya.

‘Saya datang jemput awak, tapi awak dah tak ada. Tak apalah, jaga diri dan jangan lupa makan ubat. Assalamualaikum...’

Nalia mengeluh berat. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya ketika ini. Dia tidak patut berbuat begitu pada suami sendiri.

“Ariani, aku nak balik rumah aku...”


*********
Sebaik sahaja keluar dari perkarangan hospital, Hisyam terus kembali ke pejabatnya. Dia harus menyelesaikan kerjanya yang masih tertangguh selama seminggu itu. Ketika dia sedang leka dalam pemanduan, deringan telefon mengejutkannya dari lamunan seketika. Di capai ear phone lalu di sumpat ke dalam telinga.

“Ada apa mak?” Soal Hisyam selepas salam diberikan pada si pemanggil.

“Mak nak bagitahu kamu yang Pak Mail sebelah rumah kita dah meninggal pagi tadi.”Beritahu Mak Timah. Terkejut Hisyam dengan berita itu. Terbayang wajah tua Pak Mail yang tinggal di sebelah rumahnya itu. Ketika masa-masa kecil dulu, perkarangan rumah orang tua itulah tempat dia bermain dan dia sudah menganggap Pak Mail itu seperti ayahnya sendiri sejak kematian ayah kandungnya dulu.Mengucap Hisyam di dalam hati beberapa kali.

“Nanti Syam balik mak”Hisyam memberi kata putus.Niatnya untuk ke pejabat terus di lupakan. Nanti dia akan memberitahu ayah mentuanya tentang itu dan kenapa dia tidak boleh masuk pejabat. Dia akan terus balik ke kampungnya, lagipun Nalia tiada di rumah. Tidak perlulah menjaga wanita itu buat semantara waktu walaupun hakikat sebenarnya dia benar-benar risaukan kesihatan isterinya.Setelah talian di matikan, Hisyam terus menukar haluannya menuju ke kampung. Dia harus segera sampai di sana. Walaupun tidak sempat sembahyangkan jenazah ataupun tidak sempat melihat mayat disemadikan, dia harus balik juga kerana keluarga itu agak rapat dengan keluarganya. Tidak senang hati bila tidak balik.Ketika keretanya mula membelok ke simpang, tiba-tiba satu kereta menghalang laluannya dan menghentikan kereta betul-betul di depan keretanya. Kelihatan dua orang lelaki keluar dari kereta dan salah seorang darinya hanya menyandar pada punggung kereta dan hanya seorang sahaja yang melangkah ke arah kereta proton perdananya. Hisyam menurunkan cermin bila lelaki itu mengetuk cermin keretanya beberapa kali.

“Nak apa?” Soal Hisyam pada lelaki yang berdiri di sebelah keretanya.Dia amat mengenali lelaki itu.

“Keluar!!!”Arah lelaki itu agak kasar sambil mengetuk pintu kereta menggunakan kaki beberapa kali.Tidak pula kelihatan kereta yang lalu lalang di laluan itu. Mungkin kerana laluan itu agak perdalaman sedikit.Hisyam terus keluar dari kereta dan terus menyandarkan tubuhnya pada tepi kereta sambil berpeluk tubuh.

“Kau nak apa ni? Aku tak ada masa nak buat perbincangan dengan kau sekarang ini” Soal Hisyam. Dia memang tidak ada masa untuk semua itu kerana dia harus segera sampai ke kampung. Kehadiran lelaki itu memang melengahkan lagi masanya.

“Kau tanya aku nak apa, aku nak kau lepaskan Nalia. Dia hak aku” Jefri memberi amaran pada Hisyam sambil menarik kolar baju kemeja lelaki itu. Hisyam terus menepis tangan Jefri dari mencengkam kolar bajunya sambil tergelak kecil. Selama ini orang hanya emliaht dia seorang lelaki yang penakut, namun tiada siapa tahu perangai sebenarnya. Dia paling pantang orang kurang ajar dengannya. Sudahlah datang tidak memberi salam dan kolar bajunya pula yang di tarik. Itu memang sudah melebihi batas.

“Aku tak tahu apa masalah kau sebenarnya. Aku tak pernah rampas Nalia dari kau tapi dia yang datang pada aku. Aku tak pernah pinta yang aku perlu kahwin dengan dia, tapi aku percaya dia jodoh aku. Tak payah cakap pasal hak dengan aku sebab dia bukan hak kau.”Balas Hisyam agak kasar.

Bukk!!!

Satu tumbukan hinggap di muka Hisyam menyebabkan lelaki itu terjelopok ke lantai. Hisyam langsung tidak menyangka lelaki itu akan menumbuknya dan jika dia dapat menyangka yang tangan Jerfi akan hingga di mukanya, pasti dia sudah mengelak. Lagipun dia pernah belajar silat ketika kecil-kecil dulu daripada arwah ayahnya. Belum sempat pelajaran silat tamat, ayahnya meninggal dunia.Cecair merah keluar dari hujung bibirnya dan cepat-cepat Hisyam mengelap dari terus mengalir.Kini kolar baju lelaki di depannya pula di tarik kuat bila dia sudah bangun dari terjatuh.

“ Aku tak kacau kau kenapa kau kacau hidup aku!!! Kau memang nak cari pasal dengan aku.”Hisyam terus menumbuk kembali muka Jefri, bukan sekali tetapi dua tiga kali hingga rakan lelaki itu datang membantu dan menyebabkan Hisyam berganjak ke belakang sedikit.

“Okey, kau yang paksa aku untuk beritahu apa yang berlaku selama ini.”Marah Jefri sambil melemparkan sampul surat yang dikeluarkan dari poket seluar lalu melemparkan di depan Hisyam sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Hisyam menarik nafas lega, sampul surat itu dicapainya lalu dia kembali masuk ke dalam kereta. Terasa sakit di bahagian mukanya dan kelihatan luka dan lebam di bahagian yang kena tumbuk tadi bila dilihat dari cermin pandang belakang.Sampul surat coklat yang baru sahaja di letakan di kerusi kereta sebelah dengannya di capai lalu di bukan dengan penuh rasa berdebar-debar. Dia tergaman bila melihat isi yang berada di dalam sampul surat itu.



***********
Nalia mundar mandir di rumah, dia meneliti jam di dinding, sudah tempat pukul 9.00 malam, namun tidak kelihatan tanda-tanda Hisyam akan balik ke rumah. Pasti lelaki itu merajuk dengannya kerana balik lebih awal dari hospital dan mungkin juga kerana Hisyam tidak tahu dia berada di rumah. Dia mencapai telefonnya di atas sofa ruang tamu lalu menuju ke kolam renang yang berada di posisi tepi rumahnya. Kakinya berjalan mengeliling tepi kolam renang itu dengan perasaan sayu. Tiada pula panggilan mahupun mesej dari lelaki itu seperti selalu. Selalunya Hisyam suka menghantar pesanan ringkas padanya daripada menelefon bila ingin memberitahu sesuatu atau pun memberikan nasihat. Dia memeranikan diri untuk menelefon namun tidak pula dijawab setiap panggilan darinya. Selang beberapa minit kemudian, dia menelefon lagi dan kali ini panggilannya di jawab.

“Assalamualaikum...”Kedengaran satu suara di talian, namun Nalia tahu itu bukan suara Hisyam.

“Waalaikummusalam...”Balas Nalia.

“Kak Nalia nak cakap dengan abang Syam ke?” Soal orang itu lagi.

“Ini siapa?” Soal Nalia pula. Dia harus tahu siapa pemilik suara lelaki itu.

“Ini Azam”

“Azam?” Nalia mengerutkan dahinya tanda dia tidak tahu.

“Azamlah kak Nalia, adik abang Syam”
Nalia menelan air liurnya. Bersalah pula rasanya bila tidak tahu siapa lelaki itu. Dia memang bukan kakak ipar yang baik kerana adik ipar sendiri pun tidak kenal. Inilah akibatnya bila dia tidak cuba mengenali keluarga suaminya sendiri. Terasa tebal mukanya seketika.

“Abang Syam ada tak Azam?” Soal Nalia.

“Di...a.. ma..ti  tah..lil..”
Nalia mula tidak mendengar dengan jelas suara Azam di talian dan mungkin kerana gangguan talian untuk seketika. Kedengaran suara Azam tersekat-sekat. Hanya beberapa perkataan yang dia mampu dengar. Bulat matanya bila mendengar perkataan mati dan tahlil. Tidak mungkin lelaki itu sudah meninggal dunia dan tidak ada orang memberitahunya tentang itu. Telefonnya terhempas di lantai dan terus masuk ke dalam kolam kerana terlalu terkejut. Dia harus segera ke kampung suaminya itu.


*********
Sebaik sahaja majlis di rumah arwah keluarga Pak Mail, Hisyam terus balik ke rumahnya bersama dengan mak dan adik perempuannya. Hanya Azam yang balik terlebih awal darinya. Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, Hisyam tidak terus masuk ke dalam rumah, namun dia melabuhkan punggung di pangkin yang berada di bawah pokok sebelah rumahnya. Lampu suluh yang dibawanya di letak tepi. Mak Timah juga mengikut Hisyam dari belakang.

“Kenapa ni Syam, mak tengok sejak dari tadi lagi monyok je?” Soal Mak Timah sebaik sahaja melabuhkan punggung d sebelahnya. Dayah pula terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Tak ada apa-apalah mak, Syam penat sikit sebab pandu kereta dari KL tadi.”Beritahu Hisyam. Lengan baju melayunya yang berwarna biru muda itu di lipat sedikit ke atas.

“ Sakit lagi ke lebam tu?” Soal Mak Timah pada anaknya. Walaupun anaknya mengatakan yang lebam itu datangnya dari kesan terjatuh, namun dia tahu itu adalah kesan kena tumbuk. Dia malas untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana dia kenal dengan anak lelakinya yang pasti ada sebab kenapa tidak memberitahunya perkara sebenar. Hisyam mengelengkan kepala tanda tidak.

“Dahlah mak masuk dulu. Jangan duduk lama-lama dekat luar ni, nanti kamu sakit”Nasihat Mak Timah sebelum berlalu pergi. Hisyam mengeluh berat. Dia merasakan setiap hembusan pada nafasnya seperti begitu berat dan menyakitkan.

“Abang Syam, tadi kak Nalia call”Jerit Azam dari tingkap rumah.

“Azam, tolong ambilkan telefon abang Syam kejap”Minta Hisyam dari pangkin. Beberapa minit Azam hilang dari tingkap rumah dan muncul di depan pintu depan. Berlari anak Azam menuju ke arah abangnya lalu di serahkan telefon tersebut sebelum berlalu masuk ke dalam rumah semula. Hisyam melihat beberapa panggilan yang tidak dijawab dari Nalia. Dia menelefon kembali namun tidak pula dijawab.Ketika dia leka dengan telefonnya, dua buah motosikal masuk ke perkarangan rumahnya.Kelihatan dua orang lelaki turun dari motosikal dan menuju ke arahnya.

“Woi, Syam jom pergi rumah Dollah kejap”Ajak salah seorang lelaki.

“Buat apa?” Soal Hisyam pada rakan satu kampung dengannya itu. Sudah lama dia berkawan dengan mereka berdua dan tidaklah serapat dia berkawan dengan Atifa dan Syafik.

“ Esok kan dia nak khawin, jom lepak dengan dia kejap sebelum jadi laki orang. Kau pun jarang balik kampung, apa salahnya lepak dengan kami”Ajak lelaki itu lagi.

“Okey juga, aku beritahu mak aku dulu”Hisyam bangun dari situ dan menuju ke pintu depan. Tidak kelihatan maknya di ruang tamu dan hanya ada Dayah sahaja yang sedang leka menyiapkan kerja sekolah. Dia hanya memberitahu Dayah tentang dia ingin ke rumah Dollah sebelum berlalu pergi bersama dengan rakan-rakannya.Mak Timah yang baru sahaja keluar dari dapur hanya mampu melihat ekor motosikal yang sudah lenyap dari halaman rumahnya.

“Siapa tadi Dayah?” Soalnya pada anak perempuan tunggalnya yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan UPSR.

“Kawan abang Syam...”Ringkas jawapan Dayah.

“Abang Syam mana?” Soal Mak Timah lagi sambil melabuhkan punggung di kerusi ruang tamu.

“Abang Syam pergi rumah abang Dollah dengan kawan-kawan dia tadi.”Jawab Dayah lagi. Mak Timah mengganguk tanda faham. Matanya tertumpu pada televisyen.


Sebaik sahaja jam menunjukan pukul 2.00 pagi, Hisyam terus meminta diri untuk balik. Matanya sudah tidak tertahan lagi apatah lagi sejak dari semalam lagi dia tidak berehat kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja di pejabat di tambah lagi dengan menjaga Nalia di hospital. Oleh kerana dia dia datang tadi dengan menaiki motosikal rakannya, dia terpaksa meminjam motosikal Dollah untuk balik ke rumah. Setibanya di rumah, pintu di ketuk beberapa kali. Dia mengerling sejenak pada sebuah kereta yang di parking di bawah pokok rambutan di depan rumahnya, namun kerana terlalu mengantuk, dia tidak memperdulikannya. Pintu di ketuk beberapa kali dan untuk kali ke lima, barulah di buka oleh maknya.

“Maaflah mak, Syam terlambat”Hisyam memohon maaf kerana menggangu tidur maknya. Mak Timah hanya mengganguk sebelum masuk ke dalam bilik kembali. Hisyam terus melangkah ke biliknya dan terus merebahkan tubuhnya di tilam. Terasa begitu lega kerana dapat berbaring di tilam sendiri. Ketika dia ingin berpusing ke kanan, dia terkejut bila melihat satu susuk tubuh terbaring di tilamnya dan kerana terlalu terkejut dia terguling jatuh dari tilam dan kepalanya terhantuk pada dinding. Terasa begitu sakit sekali bila kepalanya terkena dinding ketika jatuh tadi. Cepat-cepat dia bangun dari situ dan mengendap muka orang yang tidur di katilnya itu.

“Nalia...”Hisyam sudah tahu siapa pemilik tubuh kecil molek itu. Dari mana pula Nalia datang dan tiba-tiba boleh tidur di tilamnya. Dia baru teringat tentang kereta yang berada di bawah pokok rambutan dan ternyata itu kereta isterinya. Nasib baik bunyi kuat ketika dia terjatuh tadi tidak mengejutkan wanita itu dari tidur. lena sungguh Nalia tidur dan selama ini dia tidak pernah melihat wanita itu tidur. Matanya terhenti pada mata Nalia yang kelihatan mutiara putih mengalir dari situ. Kenapa wanita itu menangis ketika tidur, adalah Nalia sedang bermimpi sesuatu yang menyedihkan. Sungguh comel muka Nalia bila tidur dan dia tiba-tiba ingin terus menatap wajah itu, namun bila mengingati tentang isi sampul surat coklat itu, dia terus mengalihkan pandangan matanya. Di capai bantal lalu dia membaringkan tubuh di bahagian bawah sebelah katil. Tidak mungkin dia tidur satu katil dengan wanita itu. Ketika matanya baru sahaja ingin terlelap, tiba-tiba ada satu bantal melambung dan betul-betul mengena mukanya. Dengan pantas dia bangun dari tidur bila bantal itu menutup saluran penafasannya. Dia memandang ke arah Nalia yang sedang begitu lena tidur. ‘Lasak betul minah ni tidur’ Omong Hisyam sendirian bila melihat Nalia yang tidur. Hampir keseluruhan ruang di katil besar itu digunakan.Hisyam  mengalihakn bantalnya agak jauh sedikit dari katil untuk mencari ruang selamat sedikit untuk tidur.


********
Hisyam bangun lebih awal dari Nalia, selepas mandi dia mengejutkan isterinya untuk solat subuh, namun Nalia langsung tidak bergelak ketika di kejutkan dan dia siap kena marah lagi kerana menggangu tidur wanita itu. Selesai solat subuh, Hisyam turun ke dapur. Kelihatan maknya sedang menyediakan sarapan pagi.

“Awal bangun Syam” Soal Mak Timah.Hisyam terus melabuhkan punggung di kerusi meja makan sambil mengurut-gurut belakangnya yang terasa sakit kerana tidur di lantai semalam.

“Adik-adik mana mak?” Hisyam tidak terus mencari adik-adiknya kerana tidak pula kedengaran suara mereka berdua kali ini.

“Belum siap lagilah tu. Lagipun awal lagi nak pergi sekolah pun”Beritahu Mak Timah. Hisyam meneliti jam di dinding, baru pukul 6.30 pagi. Memang terlalu awak untuk ke sekolah, lagipun sekolah tidaklah jauh sangat dari rumahnya.

“Kamu gaduh dengan Nalia ke Syam?” Soal Mak Timah tiba-tiba sambil menyendok nasi goreng ke dalam pinggan lalu diserahkan pada anak lelakinya. Kopi panas di tuang ke dalam cawan. Hisyam mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti maksud maknya itu.

“Kenapa mak cakap macam itu?” Hisyam memang tidak mengerti apa yang sedang dikatakan maknya itu.

“Semalam dia sampai sahaja dekat rumah terus cari kamu sambil menangis-nangis”Beritahu Mak Timah. Dia masih ingat lagi kejadian semalam. Wanita itu datang dengan keadaan yang begitu teruk sekali. Teresak-esak wanita muda itu menangis sambil mencari anak lelakinya. Bila dia memberitahu yang Hisyam keluar, Nalia terus berhenti dari menangis.Hisyam mengerutkan dahinya.

“Ya ke mak...”Hisyam seperti tidak percaya dengan cerita maknya, namun dia tahu maknya tidak pernah menipu.

“Kalau ada masalah bawa-bawalah berbincang.”Nasihat Mak Timah. Dia tahu anaknya pasti sedang di landa masalah dengan menantunya itu. Jika tidak pasti wanita muda itu tidak akan datang dengan keadaan begitu.Hisyam hanya berdiam diri tanpa kata. Nasi goreng di depannya di suap ke mulut perlahan-lahan.

“Kejap lagi mak nak pergi rumah keluarga Dollah, nak tolong apa-apa yang patut.”Beritahu Mak Timah. Dia memang berniat dari semalam lagi untuk ke rumah keluarga Dollah untuk menolong serba sedikit. Lagipun itu kali pertama kelaurga itu kenduri.Hisyam hanya mengganguk.



Oleh kerana keretanya kelihatan agak kotor, Hisyam terus membasuh keretanya. Dia tidak suka melihat kotoran di keretanya apatah lagi bila warna keretanya yang putih itu. Memang lagi jelas kekotoran kelihatan. Dia juga turut membasuh kereta proton BMW milik Nalia kerana kelihatan begitu kotor sekali. Matahari mula terpacak di atas kepala,namun dia masih tidak kedengaran suara Nalia di rumahnya. Dia mencapai baldi yang digunakan untuk mencuci kereta tadi lalu di letakan di bawah tanggan. Baju t-shirt yang berada di tubuhnya di buka lalu di sidai pada ampaian kerana sudah basah. Kini dia hanya berseluar pendek sahaja. Hisyam terus menuju ke dalam biliknya untuk mengambil tuala. Dia harus mandi untuk membersihkan diri.Ketika dia masuk ke dalam bilik, dia tergaman bila melihat Nalia yang sedang duduk di birai katil sambil mengengam sampul surat berwarna coklat.

“Mana dapat gambar ni?” Soal Nalia kasar. Hisyam yang berdiri di depan pintu mula melangkah dua langkah ke depan.

“ Itu bukan masalahnya sekarang, yang masalah sekarang ini tentang gambar itu”Jawab Hisyam agak lembut kali ini. Nalia bangun dari duduk dan berdiri di depan suaminya.Hisyam terus merampas gambar tersebut di tangan isterinya.

“ Gambar ni...” Nalia tidak menghabiskan ayatnya dan terus berhenti di situ.Dia tidak boleh menafikan gambar itu bukan gambarnya kerana  memang itulah gambar yang di ambil ketika majlis hari jadi Jefri dua tahun yang lepas. Ketika itu dia sedang mabuk dan semua tindakannya berlandaskan syaitan. Boleh pula dia bercium mulut dengan Jefri di kalayak ramai. Di tambah lagi gambar Jefri rakus memcium setiap sudut lehernya. Dia kira bernasib baik kerana tidak sampai ke ranjang dan masih mampu mempertahankan daranya.

“ Ini...”
Belum sempat Nalia ingin terangkan tentang gambar itu, Hisyam terlebih dahulu memotongnya.

“Tak payah terangkan pasal gambar itu. Itu kisah awak sebelum saya kenal awak. Saya tak nak tahu semua itu. Saya hanya nak tahu tentang awak selepas awak jadi isteri saya.Saya tak ada hak untuk tahu sebab saya bukan siapa-siapa untuk awak. Lagipun saya tak pernah ada dalam hati awak”Sampuk Hisyam sambil memusingkan tubuhnya untuk keluar dari situ. Hisyam tahu gambar itu sudah lama kerana terdapat tarikh di bawah setiap gambar tersebut.

“Hisyam!!!”Panggil Nalia kuat supaya suaminya berhenti dari melangkah. Hisyam terus hanya berhenti namun tidak berpaling ke belakang.

“ Kenapa kau tak marah aku sebab gambar tu,kenapa kau tak pernah marah aku bila aku buat salah? Kenapa kau masih simpan aku walaupun kau tahu aku tak boleh terima kau selama ini? kau memang bodohkan.Kau memang suami tak guna”Marah Nalia kuat.

“Tak ada sebab untuk saya marah Nalia, itu kisah silam awak dan tak ada hak untuk saya marah”Sambung Hisyam lagi tanpa berpaling langsung ke arah Nalia yang berada di belakangnya.Tiba-tiba Hisyam merasakan tubuhnya di peluk dari belakang. Dia tahu siapa yang memeluknya itu.

“Aku cintakan kaulah bodoh.”Luah Nalia sambil memeluk erat tubuh Hisyam dari belakang.Hisyam tergaman seketika, namun dia tetap biarkan pelukan itu semakin kuat di tubuhnya.Teresak-esak Nalia menangis di tubuh suaminya. Dia merasakan seperti batu besar yang menghempas kepalanya sudah tiada selepas isi hatinya diluahkan. Dia tidak menafikan perkara itu lagi dan dia memang sudah jatuh cinta pada suami sendiri. Rasanya tidak salah jika dia cintakan suami sendiri.Hisyam memusingkan tubuhnya dan kini dia betul-betul mengadap muka Nalia yang sedang menangis. Seperti tidak percaya yang wanita muda yang begitu degil dan ego boleh rebah di dalam pelukannya. Di lap air mata Nalia yang terus menerus mengalir. Nalia sendiri tidak mampu menahan air matanya dari terus mengalir. Banyak perkara menyebebkan dia begitu sedih dan tidak mampu menahan air mata dari terus mengalir. Dia takut betul jika Hisyam tidak mampu menerimanya. Hisyam menarik perlahan kepala Nalia ke dadanya lalu di peluk tubuh itu dengan eratnya.

“Maafkan Nalia sebab tak pernah jadi isteri yang baik untuk Syam.”Ucap Nalia.

“Saya maafkan awak Nalia dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Kita mulakan hidup baru dan kita belajar untuk menyintai dengan lebih dalam lagi.”Balas Hisyam lagi.Nalia tersenyum riang. Sungguh damai bila berada di dalam pelukan suaminya. Dia tidak pernah rasa sedamai itu.

“Syam cintakan Nalia?” Soal Nalia bila pelukan sudah di leraikan.Hisyam hanya mengganguk laju. Memang sudah lama dia mula menyintai wanita itu, namun kerana keadaan dan situasi menyebabkan dia berdiam diri. Hisyam mencium dahi Nalia buat kali kedua selepas majlis akad nikah dulu.

“Dah jangan nangis-nangis, tak comel nanti”Pujuk Hisyam sambil mengelap air mata isterinya. Di cuit hidung mancung Nalia hingga wanita itu tersenyum riang.Sekali lagi Nalia memeluk tubuh Hisyam dengan riangnya.

“Boleh tanya satu benda?” Minta Hisyam. Nalia hanya mengganguk.

“Kenapa semalam Nalia cari Syam sambil menangis?” Soal Hisyam ingin tahu. Merah pada muka Nalia tiba-tiba. Bila teringat tentang perkara semalam, dia jadi malu kerana menyangka suaminya telah meninggal dunia. Memang silap dia kerana tidak mendengar dengan lebih teliti lagi.Hisyam memandang wajah Nalia sambil satu kening kerangkat dan menunggu jawapan dari wanita itu.

“Tak ada apa-apa”Jawab Nalia sengan. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Hisyam malas untuk bertanya lagi kerana dia tahu Nalia tidak akan memberitahunya. Biarlah perkara itu berlalu pergi.Kini dia pula yang memeluk tubuh kecil molek itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada wanita itu.

“Sayang awak...”Bisik Hisyam di telinga Nalia ketika di dalam pelukan.Nalia tersimpul malu.Buat pertama kalinya dia berasa begitu tenang dan damai bila di dalam pelukan. ‘Aku cinta kau, Hisyam’ Bisik hati kecil Nalia.


********

“Papa, mama Nalia nak minta maaf sebab banyak menyusahkan mama dengan papa selama ini. Nalia memang seorang anak yang degil dan tak pernah dengar cakap mama dengan papa selama ini.” Nalia memohon maaf pada kedua orang tuanya dengan kesalahannya selama ini. Kali ini dia melutut di depan kedua orang tuanya dan ruang tamu banglo keluarganya menjadi saksi yang dia akan berubah. Sejak balik dari kampung mentuanya seminggu yang lepas, dia terus ke rumah kelaurganya pula untuk memohon maaf. Dia tahu selama ini dia terlalu banyak menyusahkan mama dan papanya.Hisyam yang berada di sofa sempat mengenyit mata pada ayah mentuanya tanda dia telah berjaya menundukan wanita degil itu. Nalia terus memeluk tubuh mama dan papanya dengan eratnya dan dia bertekad untuk berubah.

*****
“Buat apa dekat sini?” Soal Nalia sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan suaminya di taman bunga milik mamanya itu.Kepalanya di lentokkan pada lengan Hisyam.

“Ambil angin sayang, kenapa tak tolong mama masak dekat dalam. Nak curi tulang ya” Gurau Hisyam sambil mencubit pipi gebu Nalia.

“Alah, pembantu rumah kan ada untuk tolong mama dekat dapur. Sayang nak tolong temankan abang dekat sini.”Sempat Nalia bergurau sambil mengenyit mata pada suaminya. Pantas Hisyam mencium curi di pipi isterinya.

“Isshh, dia ni kan, suka cium curi-curi macam itu. Nak cium sangat kan, mari sini nak cium” Nalia menarik muka Hisyam lebih dekat dengan mulutnya dan di cium pipi dan dahi lelaki itu.

“Okey,abang tak buat macam itu lagi.” Hisyam mengalah dan dia terasa geli pula bila dicium banyak kali. Nalia tergelak kecil dan kelihatan kesan gincu di bahagian pipi dan dahi suaminya. Cepat-cepat Hisyam mengelapnya supaya tidak terkantoi pula dengan orang lain nanti.

“Abang, apa kata kita pergi melancong”Cadang Nalia tiba-tiba.

“Bulan madulah ni?” Duga Hisyam. Nalia tersenyum sumbing.

“Gatal juga sayang ni” Sempat Hisyam menyakat isterinya. Merah padam muka Nalia bila di sakat begitu.

“Nak bulan madu dekat mana?” Soal Hisyam lagi. Nalia berfikir sejenak.

“Tempat pertama kali kita berjumpa.”Cadang Nalia. Hisyam berdiam sejenak untuk berfikir di mana tempat itu.

“Ladang abang?” Duga Hisyam sambil memandang ke arah isterinya. Nalia mengganguk tanda ia. Berkerut dahi Hisyam bila tempat itu yang telah di pilih.Banyak-banyak tempat atas dunia ini, di situ juga yang menjadi pilihan.


*******
Atifa mula bekerja di Kuala Lumpur selepas urusan perceraiannya selesai. Dia sudah tidak boleh meneruskan perkhawiannya bila hampir setiap hati dia di pukul dan di jadikan tempat untuk melepaskan geram oleh suami. Oleh kerana badan suaminya yang begitu besar dia memang tidak mampu melawan. Penyelesaian tidak pernah hilang dari hatinya kerana telah meninggalkan Hisyam.Jika dulu dia tidak berubah hati, pasti kini dia sedang berbahagia dengan lelaki itu tambahan lagi kini Hisyam begitu kaya. Dia meneliti jam di tangannya, sudah masuk waktu makan tengah hari. Dia terus keluar dari pejabat dan menuju ke kereta yang berada di tingkap bawah. Dia terasa ingin memakan sesuatu yang sejuk seperti aiskrim. Kereta yang di pandunya berhenti di depan kedai aiskrim Tutti Fruiti. Ketika dia ingin masuk ke dalam kedai tersebut, matanya terhenti pada dua susuk tubuh yang berada di dalam kedai berdinding kaca itu. Begitu mesra lelaki dan wanita itu bergurau senda sambil menikmati aiskrim tersebut sambil bersuap-suap bagai.Dia kenal lelaki itu dan tidak lain tidak bukan itulah lelaki yang pernah singgah di hatinya dulu. Perasaan cemburu mula membuak di dalam hatinya. Dia juga tahu yang wanita itu isteri kepada Hisyam.

“ Mampu tengok sahajalah kebahagian dia orang berdua tu” kedengaran satu suara menegurnya dan menyebabkan Atifa tersentak dari pandangan matanya. Terus dia memandang ke belakang dan kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya sambil berpeluk tubuh.Atifa terus berpatah balik ke kereta, namun lelaki itu hanya mengikut dari belakang.

“Sejak dari tadi lagi aku perhatikan kau. Kenapa kau tengok dia orang berdua?” Soal Lelaki itu lagi. Atifa sudah membuka pintu kereta untuk masuk namun lelaki itu menolak pintu itu hingga tertutup kembali.

“Apa masalah kau sebenarnya ni? Aku nak baliklah”Marah Atifa pada lelaki itu. Geram sungguh bila dia di ganggu.

“Kalau kau nak tahu perempuan yang duduk dengan lelaki yang kau tengok tadi tu adalah teman wanita aku, tapi jantan tak guna tu rampas dia dari aku”Cerita lelaki itu lagi. Atifa mengeluh berat. Dia tidak mahu tahu semua itu.

“ So, apa kaitan dengan aku. Sudahlah aku nak balik”Marah Atifa sambil menarik pintu kereta sekali lagi. Belum sempat pintu di tutup selepas dia masuk, lelaki itu menahan dari di tutup.

“ Aku tahu yang kau sukakan lelaki itu kan? apa kata kita berpakat sama-sama dapatkan orang yang kita sayang. Adilkan, kau dapat jantan tu dan aku dapat balik teman wanita aku.Kalau aku tak dapat dia semula pun aku berpuas hati bila dapat tengok mereka berdua berpisah” Cadang lelaki itu lagi. Atifa mengeluh berat. Kali ini pintu di tarik kuat dan akhirnya tertutup juga. Cepat-cepat dia memandu keretanya pergi dari perkarangan kedai aiskrim Tutti Fruiti itu.

********
Nalia mengemas pakaiannya untuk balik ke kampung suaminya esok. Tidak sabar rasanya ingin berkhemah di ladang suaminya esok. Di tempat itu banyak menyimpan kenangan dia dan Hisyam. Satu persatu pakaian di lipat dan di masukan ke dalam beg pakaian. Tidak sampai dua jam lagi, Hisyam akan balik dari kerja dan mereka berdua akan terus bertolak ke kampung. Nasib baik dia sudah habis belajar dua minggu yang lepas, jadi dia tidak terikat dengan mana-mana aktiviti lain lagi. Ketika dia sedang leka mengemas, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia terus mencapai telefon yang berada di atas meja sebelah katil yang sudah hampir sebulan di kongsi dengan Hisyam.Tersenyum lebar dia bila melihat nama Hisyam tertera di skrin telefon.

“Hey, comot...”Sapa Nalia.

“Amboi, sedapnya mulut cakap abang macam itu. Tak sayang abanglah tu” Sempat Hisyam bergurau. Nalia memuncungkan mulutnya.

“Alah, sayang gurau je...”Rajuk Nalia pula.Kedengaran suara Hisyam tergelak di talian.

“Ala bucuk-bucuk abang ni, merajuk pula.”
Nalia tergelak kecil.

“Sayang, abang lambat sikit tau sebab nak kena pergi jumpa client dengan papa kejap.”Beritahu Hisyam.

“Okey..”Balas Nalia.

“Jumpa nanti okey”Hisyam mematikan talian telebih dahulu.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerjanya untuk melepaskan kepenatan setelah sekian lama bekerja. Sejak dua menjak ini kerjanya semakin bertambah. Dia harus selesaikan semuanya terlebih dahulu sebelum bercuti untuk berbulan masu di ladangnya esok. Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefonya. Dia terus menbawanya kerana takut itu pesanan dari isterinya.\


‘Gambar isteri kau ada dalam internet’


Hisyam mengerutkan dahinya bila membaca pesanan ringkas dari nombor yang tidak bernama. Dengan pantas dia mencapai komputer ribanya lalu membuka internet. Bila nama isterinya di taip, kelihatan begitu banyak gambar lama Nalia di situ. Dia beristifar di dalam hati beberapa kali. Jika orang lain tahu tentang hal itu pasti isterinya akan menangung malu. Lagipun gambar-gambar tersebut agak memalukan.Dia terus menelefon isterinya semula dan beberapa kali juga barulah di angkat.Kedengaran tangisan wanita itu di corong telefon. Dia sudah tahu yang pasti isterinya mendapat mesej itu juga.

“Sayang...”Panggil Hisyam cemas,namun Nalia tidak menjawabnya dan kedengaran tangisan semakin kuat.Hisyam mematikan telefon lalu berlari keluar dari bilik kerjanya. Ketika dia melintas di depan meja pekerja-pekerjanya, kelihatan mereka memandang ke arahnya sambil bercakap sesama sendiri. Hisyam terpandang pada salah sebuah komputer di meja pekerjanya dan ternyata mereka melihat benda yang sama dengannya.

“Kamu semua tak ada kerja ke? Jangan sibuk hal orang lain!!! Kalau saya dengar ada yang bercakap tentang perkara ini, saya tak akan teragak-agak untuk memecat kamu semua!!!”Hisyam memberi amaran sebelum berlalu pergi. Cuak mereka semua bila dimarahinya. Laju sahaja Hisyam berlari ke arah kereta lalu di pecut keretanya terus balik ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia terus mencari kelibat interinya hingga ke dalam bilik. Kelihatan Nalia sedang berpeluk lutut di tepi katil sambil menangis-nangis. Bersepah sungguh biliknya bila bantal-bantal dan selimut berselerak di lantai.

“Sayang...”Hisyam terus memeluk tubuh Nalia.

“Nalia malu abang, Nalia malu...”Rintih Nalia di dalam pelukan suaminya. Hisyam memang tahu perasaan isterinya ketika ini kerana dia juga terkena tempiahnya.

“Sabar sayang, beristifar...” Pujuk Hisyam dan pelukan tidak dilepaskan kerana dia tahu isterinya inginkan kekuatan ketika ini.

“Kenapa semua ini terjadi pada Nalia, kenapa Nalia abang...”Rintih wanita muda itu lagi.

“Beristifar sayang...” Hisyam menenangkan isterinya bila tangisan Nalia semakin kuat.



********
“Macam mana dengan Nalia Syam?” Soal Dato Kamarul pada menantunya. Bila menerima berita itu dari menantunya, dia terus bergegas ke situ. Datin Julia mula risaukan anak tunggalnya.

“Dia dah tidur selepas menangis tadi”Beritahu Hisyam sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa. Di raut mukannya beberapa kali. Datin terus ke dapur untuk menyediakan minuman. Dia tahu dua lelaki itu perlukan minuman yang boleh menenangkan jiwa untuk seketika.

“Papa kesal dengan Nalia. Tak sangka langsung yang dia boleh ada gambar seteruk itu” Dato’Kamarul langsung tidak menyangka yang anak perempuan boleh menyertai pesta bebas begitu.

“Itu semua kisah lama papa, lagipun Syam dah lama tahu pasal semua itu. Kesian Syam tengok Nalia. Syam pun dapat tempiahnya. Tadi mak Syam call dari kampung yang beritahu gambar-gambar Nalia dah tersebar dekat sana. Orang kampung semua dah mula bercerita”Beritahu Hisyam. Panggilan telefon dari maknya benar-benar mengejutkan. Tidak sangka rangkaian internet bagitu laju menyebarkan gambar tersebut. Semakin bertambah masalahnya kini.

“Kamu kena selalu dengan Nalia Syam, papa rasa dia tak sanggup hadapi  semua ini sorang-sorang. Silap-silap hari bulan dia boleh buat kerja gila” Nasihat Dato’Kamarul lagi. Risau pula dia dengan keadaan anak perempuan tunggalnya.

“Maksud papa?”

“Maksud papa, tak mustahil Nalia boleh buat cubaan bunuh diri. Dulu dia pernah ugut papa dengan mama untuk bunuh diri kalau tak bagi apa yang dia mahukan.” Terang Dato’Kamarul lagi. Dulu dia terlalu takut kehilangan anak perempuannya kerana itulah dia tidak mampu mengawal anak muda itu hingga terlalu bebas tanpa kawalan.Hisyam mengeluh berat.


*****
Selesai sahaja solat insyak, Hisyam menuju ke pajabat mininya yang berada di bilik sebelah bilik tidurnya. Dia perlu bekerja walaupun di rumah. Sudah dua hari dia tidak ke pejabat kerana menemani isterinya di rumah. Lagipun kesihatan Nalia tidak membenarkan dia meninggalkan isterinya sendirian. Kerana perkara itu jugalah, kesihatan Nalia terganggu. Wanita itu kurang makan dan minum. Dia telah membuat laporan polis tentang itu dan dia yakin semua itu angkaran bekas teman lelaki isterinya. Lagipun, lelaki itu menghilang begitu sahaja selepas kejadian itu. Ketika dia sedang leka menaip sesuatu di komputer ribanya, kedengaran suara Nalia menjerit. Pantas dia bangun dari duduk di kerusi lalu berlari ke bilikl tidurnya. Kelihatan Nalia duduk di atas katil sambil menangis. Ketika dia keluar dari bilik itu tadi, wanita itu sedang lena tidur. Cepat-cepat tubuh itu dipeluk bila dia melihat muka isterinya berpeluh-peluh. Berketar-ketar tubuh Nalia ketika itu.

“ Kenapa ni sayang...”Soal Hisyam dan pelukan semakin utuh. Nalia tidak menjawab sebaliknya terus menangis. Hisyam memang sudah tahu yang Nalia pasti sedang mengalami mimpi buruk. Berpeluh-peluh dan mengigil tubuh wanita itu.Di baringkan kembali tubuh isterinya semula dan dia juga turun baring bersama.Di peluk tubuh Nalia supaya wanita itu terasa lebih aman hinggalah isterinya terlena di dalam pelukannya. Dia mengusap rambut Nalia dan mencium ubur-ubur rambut insan yang begitu di sayanginya. ‘Jangan risau sayang, abang akan selalu ada untuk sayang’ Bisik Hisyam pada isterinya.




*************

Hisyam membuka matanya bila dia merasakan yang suasana di dalam biliknya mula cerah. Cepat-cepat dia bangun dari baring sambil menepuk dahinya beberapa kali. Dia memang sudah terlepas untuk solat subuh.Matanya liar memandang sekeliling kerana dia merasakan ada sesuatu yang kurang di dalam bilik itu.

“ Sayang...”Panggil Hisyam bila dia isterinya tiada di sebelahnya. Dia terus turun dari katil dan terus menuju ke bilik air. Namun hampa tidak pula kelihatan isterinya di situ.Ketika dia baru sahaja ingin melangkah keluar dari bilik, dia terpandang pada kertas yang tertampal di cermin meja mekap isterinya. Dia terus menuju ke cermin tersebut dan nota kecil itu di capainya.


Baju kerja abang sayang dah gosok, ada dalam almari.


Hisyam terus melangkah ke almari pakaiannya dan bila di buka tergaman dia seketika bila melihat semua baju kemeja dan seluar kerjanya sudah di gosok. Dia menyambung membacanya lagi.


Lepas guna tuala jangan lupa sidai balik


Hisyam tersenyum manis. Dia mengerling pada tuala yang berada di penyidai. Dia memang selalu lupa untuk menyindai tuala selepas guna. Dia menyambung membacanya lagi.


Sayang dah sediakan sarapan untuk abang dekat dapur


Itulah pesanan terakhir pada nota kecil itu. Dia terus berjalan turun ke tingkap bawah sambil mencari-cari kelibat isterinya. Pelik juga bila rumahnya sunyi sepi dan tidak kelihatan  seperti ada orang lain di situ.

“ Sayang...”Panggil Hisyam lagi sambil melangkah ke dapur. Sudah timbul perasaan risau di hatinya bila panggilannya satu pun tidak di saut kembali. Dia mula berlari ke ruang tamu  sambil memanggil isterinya. Memang sah yang Nalia sudah tiada di dalam rumahnya. Dia berlari naik ke tingkat atas dan ketika  dia ingin masuk kembali ke dalam biliknya telinganya tetangkap pada satu suara yang begitu sayu-sayu. Perlahan-lahan dia melangkah ke balkoni rumahnya dan dari situ dia dapat melihat suasana di depan rumahnya. Dia terpandang pada satu susuk tubuh yang berada di tepi kolam ikan sebelah rumahnya.

“ Sayang...”Hisyam tahu itu adalah isterinya. Cepat dia berlari menuju ke ruang itu.Kelihatan Nalia sedang menangis dan di tangan wanita itu kelihatan beberapa beg plastik.

“ Sayang pergi mana?” Soal Hisyam sambil memapah  isterinya menuju ke bangku yang berada di tidak jauh dari situ.Hisyam terpandang pada plastik yang berada di tangan isterinya yang tertulis perkataan ‘7 Eleven’. Dia sudah dapat mengangak yang isterinya keluar dari rumah.

“ Kenapa semua orang hina sayang...”Nangis Nalia di dalam pelukan suaminya.

“ Kan abang dah cakap jangan keluar rumah. Kenapa sayang degil sangat.” Sedikit marah Hisyam dengan tindakan isterinya itu. Tidak sepatutnya wanita itu keluar ketika masalah yang sedang menimpa masih belum reda.

“ Habis sampai bila sayang kena berkurung dalam bilik sahaja?”
Hisyam mengeluh berat.

“ Selagi kes ini tak reda, selagi itu sayang tak boleh keluar rumah. Abang bukan suka-suka halang sayang keluar, tapi tengoklah apa jadi bila sayang keluar.”Hisyam bukannya marah, tetapi dia geram dengan tindakan isterinya itu. Sepatutnya Nalia lebih peka berbanding dia. Walaupun perkara itu bukan berlaku padanya, namun dia mendapat tempias lebih teruk dari wanita itu. Siapa hairan jika anak orang kaya bersosial,namun pasti orang kan terus mengata dan mengumpat dia kerana beristerikan seorang wanita yang terlampau sosial seolah-olah dia tidak pandai menjaga isteri.

“ Semua orang benci sayang, abang pun nak bencikan sayang juga ke?” Marah Nalia sambil bangun dari situ dan berlari masuk ke dalam rumah. Hisyam mengeluh berat. Dia tidak sepatutnya meninggikan suaranya tadi kerana dia harus faham keadaan isterinya ketika ini.Kedengaran pintu di tutup dengan kuat sekali dan dia tahu itu adalah perbuatan Nalia. Sejak dua menjak ini, isterinya amat sensitif dan tidak boleh dibawa bergurau. Mungkin kali ini dia tidak mahu memujuk Nalia kerana ingin meredakan dahulu kemarahan di hati wanita itu.


*************
“ Macam mana dengan isteri kau Syam?” Soal Syafik sebaik sahaja kedua-duanya melabuhkan punggung pada kerusi meja makan di salah sebuah restoren yang berada tidak jauh dari hospital tempat dia bekerja. Dia mula mengenali isteri rakannya itu sejak kejadian yang menimpa. Semua orang bercerita kerana Nalia bukan anak sebarangan orang. Ibu dan bapanya agak terkenal di Malaysia kerana tercalon dalam ketegori peniaga yang berjaya.

“ Macam itulah Afik, dia selalu menangis dan kadang-kadang dengan aku pun dia tak nak cakap. Pening kepala aku memikirkannya.”Beritahu Hisyam.

“ Biasalah Syam, kalau orang dah tertekan. Lagipun dia baru nak berubah dan ada orang mula nak burukan dia. Kau tahu tak siapa punya angkara?” Syafik mula ingin tahu dengan lebih lanjut. Dia ada juga terdengar yang lelaki di depannya itu telah mengambil penyiasat untuk siasat siapa punya angkara.

“ Buat masa sekarang aku tak tahu, tapi aku syak bekas teman lelaki Nalia dulu sebab apa, dia pernah suruh aku lepaskan Nalia dulu. Kes yang muka aku lebam hari itu, sebab kena tumbukan dari dialah” Cerita Hisyam. Dalam kepalanya kini, tiada suspek lain selain dari teman lelaki Nalia dulu.Lagipun dia rasa yang lelaki itu sahaja yang mempunyai gambar-gambar tersebut.

“ Nasib baik orang tak tahu sangat yang kau suami Nalia.”Syafik meneguk air yang berada di dalam cawan.Hisyam mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sudu kecil yang berada di dalam cawan kopinya di kacau-kacau walaupun gula di dalamnya sudah lama larut.

“ Dulu memang orang tak kenal aku, tapi sekarang orang dah ramai kenal aku sampai dekat kampung asyik bercerita pasal aku beristerikan perempuan sundal. Aku rasa aku dapat tamparan paling teruk dari isteri aku. Kalau anak orang kaya ni Afik, orang tak heran sangat. Lama-lama orang akan lupa dan bosan cakap pasal itu, tapi aku ni orang biasa yang mereka suka kutuk. Keluarga aku dekat kampung pun kena tamparannya Afik. Kesian mak aku sebab kena tanggung malu bila orang kampung mengata Sampai mak aku tak benarkan aku balik buat sementara waktu ni. Aku ni banyak kerja dekat ladang. Macam mana kerja aku nak jalan kalau aku tak balik kampung. Semua benda tertangguh sekarang ini” Luah Hisyam. Dia memang tidak perdulikan sangat cacian dan tomahan orang padanya,namun dia tidak boleh terima bila keluarganya terbabit sama. Lagipun hidup di kampung lebih bermasyarakat berbanding di bandar. Kalau di bandar semua orang buat hal sendiri tetapi sebaliknya di kampung kerana mereka lebih suka mengambil tahu hal orang lain. Syafik menepuk bahu rakannya untuk memberikan semangat.

“ Sabar Syam, ini bahagian kau, bahagian aku tak tahu lagi. Kau kena banyak sabar terutama dengan isteri kau.”Nasihat Syafik. Hisyam mengeluh berat. Entah bila keadaan ini akan kembali reda. Memang susah bila berkahwin dengan anak orang kenamaan ini. Banyak sungguh dugaannya. Ketika dia ralik bercerita dengan Syafik, tiba-tiba matanya terpandang pada satu susuk tubuh yang melintas di depan restoran yang di dudukinya. Dia kenal dengan orang yang baru melintas di depannya tadi.

“ Nak pergi mana?” Soal Syafik bila melihat rakannya bangun dengan tiba-tiba.

“ Tunggu kejap, aku ada hal” Hisyam terus berlari keluar dari restoran tersebut.Liar matanya memandang sekeliling luar restoran tersebut untuk mencari semula kelibat lelaki yang melintas di depan kedai tadi. Matanya terhenti di salah sebuah kereta proton wira yang berwarna hitam tidak jauh dari situ.Laju sahaja kakinya melangkah pergi ke arah itu sebelum lelaki itu sempat masuk ke dalam kereta, dia terlebih dahulu memegan bahu lelaki itu.

“ Jefri...”Panggil Hisyam. Dia mengetahui nama lelaki itu melalui isterinya. Lelaki itu berpaling ke belakang bila bahunya di sentuh.

“ Kau nak apa?” Soal Jefri agak keras. Dia memang ingin cepat dan tiba-tiba pula Hisyam datang menggangu masanya.

“ Aku nak tanya kau satu benda”Minta Hisyam. Walaupun dia mengesyaki lelaki itu yang menyebarkan gambar tersebut, namun dia tidak boleh bertindak secara terburu-buru. Lagipun itu bukan sifatnya yang sebenar. Dia lebih gemar berbincang terlebih dahulu sebelum bertindak.

“ Kau jangan nak kaitkan aku dengan kes Nalia. Aku tak tahu apa-apa dan aku tak buat apa-apa okey. Aku dah tak kacau hidup kau, so kau jangan kacau hidup aku” Duga Jefri terlebih dahulu.

“ Kau jangan nak berbohong Jefri, aku rasa kau sahaja yang ada gambar-gambar Nalia.”Hisyam memang tidak mempercayai apa yang dikatakan Jefri tadi. Tidak mungkin lelaki itu tidak tahu apa-apa. Lagipun dia pernah diberi amaran dulu untuk melepaskan Nalia.Jefri tergelak kecil.

“ Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah aku pula. Tapi sebenarnya kau memang bodoh. Dah gambar itu masa party, mesti ramai orang yang datang dan tak mustahil dia orang semua tangkap gambar aku dengan Nalia. Hello En.Hisyam aku dah tak nak ambil tahu pasal kau dengan Nalia dah sekarang ini. Aku ada hal lebih penting untuk aku selesaikan. Dulu memang aku tak nak lepaskan Nalia pada kau tapi aku rasa aku terpaksa lepaskan dia juga. Banyak benda lagi aku nak kena fikir tahu tak”Jelas Jefri sedikit bengang. Hisyam mengeluh berat. Kata-kata Jefri suakr dipercayainya,namun ada lojiknya juga. Tidak mustahil orang lain yang menyebar gambar tersebut, namun jika benar orang lain yang menyemarnya, apa pula motif mereka?.

“ Habis kenapa selama ini kau menghilang selepas gambar-gambar itu tersebar?” Sola Hisyam lagi.

“ Aku tak menghilang, tapi kau tu yang tak jumpa aku. Dahlah weh, aku tak ada masa nak borak lama-lama dengan kau. Aku doakan kau jumpa dengan orang yang sebarkan gambar-gambar hot bini kau tu”Jefri terus masuk ke dalam kereta. Hisyam hanya sekadar memandang dan entah mengapa tiba-tiba dia merasakan yang Jefri berkata benar. Kereta proton wira yang berwarna hitam itu terus sedikit demi sedikit hilang dari pandangan matanya.



**********

“ Kan mak dah cakap jangan balik selagi masalah ini masih belum selesai”Marah Mak Timah ketika dia sedang mencuci pinggan mangkut di singki. Sejak petang tadi lagi anak lelakinya sampai,namun dia biarkan dulu Hisyam berehat sebelum dia berleter.

“ Hisyam banyak kerja dekat ladang mak, minggu depan dah kena tuai hasil ladang. Syam nak tengok juga apa dah jadi pada ladang Syam tu. Dah sekat dua bulan tak balik kampung.Mak tak suka ke Syam balik sini” Hisyam memang terasa dengan kata-kata maknya. Dia yang dari tadi duduk di tangga dapur terus menuju ke meja makan,lalu melabuhkan punggung di kerusi.Mak Timah turut menyertai anaknya di meja makan.

“ Mak bukan tak suka Syam balik, mak suka sangat tapi dalam keadaan macam ini mak tak nak orang mengata kamu nanti. Sudah banyak cerita mak dengan pasal kau dengan Nalia. Mak pekakkan telinga bila dengar semua itu sebab mak kenal siapa anak mak dan menantu mak.”Terang Mak Timah.Hisyam mengeluh berat.

“ Dah lama perkara itu berlalu mak, Syam dah tak perduli orang nak cakap apa pun.Kalau Syam menyorok sekalipun, orang tetap mengata juga.” Jawab Hisyam. Kini dia sudah tidak kisah dengan kata-kata orang di sekelilingnya, lagipun dia bukannya boleh menutup mulut orang yang mengatanya itu.

“ Macam mana dengan Nalia sekarang?” Soal Mak Timah ingin tahu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan menantu sulongnya itu.

“ Macam biasalah mak, dia pun dah boleh terima kenyataan. Dia nak ikut Syam balik sini, tapi Syam yang tak bagi. Lagipun Syam balik kejap sahaja dan esok pagi Syam dan kena balik KL semula.”Beritahu Hisyam. Bila teringat tentang Nalia, hatinya mula terasa sayu. Sedih sungguh bila melihat keadaan isterinya yang selalu murung.

“ Azam dengan dayah mana mak?” Hisyam menukar topik perbualan.

“ Azam ada kelas tambahan. Dia kan dah nak PMR. Dayah pula lepas balik sekolah, katanya nak pergi rumah kawan. Makan pun belum dah sibuk nak pergi main”Bebel Mak Timah.Hisyam hanya mengganguk tanda mengerti. Dia malas untuk bertanya dengan lebih lanjut.



************

“ Terima kasih Ariani sebab sudi datang tengok aku”Ucap Nalia pada rakannya sambil melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Ariani.

“ Alah, kau kawan aku, so tak jadi hallah, Eh mana laki kau?” Soal Ariani sambil meninjau sekeliling ruang rumah banglo putih itu.

“ Kerja”Jawab Nalia ringkas. Ketika itu, seorang wanita keluar dari dapur sambil mendulang dua gelas jus oren lalu di letakan di atas meja ruang tamu sebelum berlalu pergi semula.

“ Wau, dah pakai orang gaji sekarang. Kata tak nak ada orang lain dalam rumah ni” Ariani masih ingat lagi kata-kata dari kawannya dulu yang Nalia tidak mahu ada orang lain di dalam rumah itu.

“ Hisyam yang beria nak ambil orang gaji, sebab dia risau aku duduk sorang-sorang dekat rumah.Aku kalau boleh tak nak ada orang lain dalam rumah ni” Beritahu Nalia.Ariani tergelak kecil.

“ Sayang gila dia dekat kau. Beruntung kau dapat laki macam dia Nalia.”Puji Ariani. Nalia mengeluh berat.

“ Aku memang beruntung dapat dia Ariani, tapi dia yang tak beruntung sebab dapat aku. Kau tengoklah diri aku ni. Aku rasa diri aku ni kotor sangat berbanding dengan Hisyam. Dia terlalu baik untuk aku. Aku takut sangat suatu hari nanti dia akan tinggalkan aku.”Luah Nalia. Dia merasa begitu kerdil sekali bila berhadapan dengan suaminya. Dia sudah tahu yang dia memang tidak layak untuk lelaki itu, namun dia memang tidak boleh berpisah kerana dia terlalu sayangkan Hisyam. Tidak terbayang di mindanya jika hidup tanpa lelaki itu.

“ Kau jangan cakap macam itu Lia, aku yakin yang dia tidak akan tinggalkan kau. Sudahlah, apa kata petang nanti kau ikut aku pergi shopping. Dah lama kita tak shopping sama-sama.Lepas itu kita makan aiskrim yang selalu kita makan masa kita masih belajar dulu.Dah lama tak makan aiskrim dekat taman yang selalu kita pergi tu.” Ajak Ariani. Dia memang sudah lama tidak keluar dengan rakan baiknya itu sejak wanita itu sudah mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.Lagipun, sejak dia mula bekerja, dia sudah terlalu sibuk hingga kadang-kadang untuk makan pun dia sudah lupa.Nalia berfikir sejenak. Sudah lama dia tidak keluar dari rumahnya sejak kejadian dia di hina ketika ke kedai dulu. Hisyam ada menyarankan untuknya keluar mengambil angin, tetapi dia yang tidak mahu. Fobia dia dengan hinaan orang di sekelilingnya itu walaupun perkara itu sudah lama berlalu.

“ Tak payah fikirlah Lia, lagipun aku tahu kau pun dah berbulan-bulan tak keluar rumah. Lupakan soal itu dan kau mulakan hidup baru. Lagipun aku rasa mereka-mereka di luar sana dah bosan bercerita pasal kau. Dulu kau tak pernah heran orang nak cakap apa pun pasal kau, tapi kenapa sekarang kau ni lemah sangat. Mana perginya Nalia yang aku kenal dulu”Nasihat Ariani. Dulu rakannya itu tidak pernah perdulikan apa yang orang akan kata, namun kini wanita itu begitu cepat mengalah.



*****

“ En.Hisyam ini fail yang encik minta tadi”Hulur Juwita pada majikannya. Hisyam terus menyambutnya lalu di belek satu persatu. Juwita masih lagi berdiri di depan meja kerja bosnya. Sudah dua tahun dia bekerja di syarikat tersebut dan dia memang suka bekerja di bawah Hisyam. Lelaki itu begitu baik dengannya mahupun dengan pekerja lain. Semua orang suka dengan bekerja di bawah lelaki itu.

“ Terima kasih Juwita, awak boleh keluar” Ucap Hisyam sambil tersenyum manis.

“ En.Hisyam nak kopi tak? saya boleh buatkan”Pelawa Juwita.

“  No, thanks. Saya nak keluar jumpa client kejap lagi.”Beritahu Hisyam. Juwita terus berlalu pergi selepas hidmatnya tidak di perlukan di situ.Selesai fail tersebut di semak dan di turunkan tanda tangan, Hisyam terus bangun dari situ dan dia harus segera ke tampat yang di janjikan. Dia harus pergi berjumpa dengan pelabur baru syarikatnya untuk membincangkan tentang pelaburan untuk memperluaskan lagi ladang pertaniannya.Ketika dia melintas di depan meja kerja Juwita, dia hulurkan kembali fail tersebut pada wanita itu.

“ Serahkan fail ini pada pengarah dan kalau dia tanya pasal saya cakap saya pergi jumpa client.”Arah Hisyam. Juwita hanya mengganguk sambil mencapai fail tersebut. Hisyam memang tidak boleh berlama di situ lagi.

Ketika dia sudah melabuhkan punggung pada kerusi kereta di bahagian pemandu, tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke telefonnya. Dia menghidupkan enjin keretanya terlebih dahulu sebelum membaca mesej yang datangnya dari Nalia.


‘Abang, sayang nak teman Ariani pergi shopping boleh?’



Hisyam tersenyum manis. Dia terus mendail nombor telefon isterinya.

“ Hello...”Kedengaran suara Nalia di talian.

“ Hello sayang, betul ke nak keluar ni?” Soal Hisyam seperti tidak percaya. Sudah lama isterinya tidak keluar rumah dan kali ini tibat-tiba pula isterinya ingin keluar bersama dengan Ariani.

“ Sayang nak teman Ariani pergi shopping, itu sahaja” Beritahu Nalia.

“ Teman saja, sayang tak nak shopping sekali ke? Nak shopping nanti abang bank in duit”Perlawa Hisyam. Lagipun sudah lama isterinya tidak keluar membeli belah.

“ Eh tak apalah abang, Nalia teman Ariani je.”Nalia memang tak ada niat untuk membeli belah. Dia bersetuju dengan ajakan rakannya itu pun kerana ingin mengambil angin luar.

“ Tak apa, nanti abang bank in duit. Sayang hati-hati tau. Kalau ada apa-apa call abang.”

“ Emm...”

“ Okeylah, jumpa dekat rumah nanti”Hisyam mematikan telefonnya lalu mulakan pemanduan. Dia harus segera ke tempat yang di tuju. Sebelum itu dia ingin ke bank terlebih dahulu untuk memasukan duit kepada isterinya.Ketika di dalam perjalanan dia menerima panggilan dari Juwita.

“ Ada apa Juwita?” Soal Hisyam.

“ En.Hisyam, Dato’Hong Lee batalkan perjumpaan hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakan.Dia kata dia akan jumpa En.Hisyam lain kali sahaja”Beritahu Juwita. Hisyam mengeluh berat. Kalau dari tadi lagi dia diberi tahu pasti dia tidak kepenatan kerana mengejar masa. Dia perlahankan pemanduannya kerana kini dia tidak perlu lagi mengejar masa.

“ Thanks Juwita.”Ucap Hisyam sebelum mematikan talian. Ketika baru sahaja dia ingin meletakan telefonnya pada kerusi di sebelahnya, tiba-tiba satu pesanan ringkas. Bulat matanya bila nama Atifa muncul di skrin. Dia terus membacanya kerana takut ada perkara yang ingin di sampaikan wanita itu padanya.Lagipun Atifa sudah lama tidak menelefon ataupun menghantar pesanan ringkas padanya.


‘Hisyam. Ati nak jumpa Hisyam sangat-sangat. Ati tunggu Syam dekat Taman Sentosa’.


Berkerut dahi Hisyam bila membacanya. Tiba-tiba Atifa boleh menghantat pesanan ringkas begitu padanya dan seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlaku. Walaupun dia marah pada wanita itu, namun Atifa tetap kawannya sampai bila-bila. Lagipun, jika Atifa tidak berkhawin dengan orang lain pasti dia masih menunggu wanita itu dan mungkin dia tidak akan dapat berkhawin dengan Nalia dan merasa bahagia seperti sekarang.Dia harus pergi berjumpa dengan wanita itu.



******
“ Hari ini sayang pergi mana?” Soal Hisyam bila melabuhkan punggungnya di tilam. Nalia yang sedang leka membaca buku di atas katil terus menutup buku tersebut lalu di letakkan di meja sebelah katil. Dia terus mendekati suaminya lalu di peluk tubuh itu. Rindu sungguh dia walaupun baru setengah hari berpisah. Hisyam membiarkan sahaja Nalia memeluk tubuhnya dan dia begitu leka dengan telefon di tangan.

“ Hari ini sayang pergi shopping mall dengan Ariani. Banyak betul barang yang dia beli.”Cerita Nalia.

“ Sayang beli apa untuk abang?” Soal Hisyam sambil memandang tepat pada wajah isterinya.Nalia tersenyum manis sambil mengelingkan kepala tanda dia tidak membeli apa-apa untuk Hisyam.

“ Sampai hati tak beli apa-apa untuk abang”Rajuk Hisyam sambil menarik muncung panjang.Pada hakikat sebenarnya dia langsung tidak kisah jika isterinya tidak membeli apa-apa padanya asalkan kehidupan lama isterinya kembali semula. Itu salah satu perkembangan baru pada isterinya. Sekurang-kurangnya Nalia sudah berani keluar rumah dan tidak terus berkurung sahaja. Tentang gambar-gambar itu, dia malas untuk ambil tahu lagi. Biarlah mulut orang ingin terus bercerita sekalipun, dia tidak mahu ambil tahu lagi. Dia kenal siapa Nalia dan dia tahu perkara sebenar sebelum menerima cinta wanita itu lagi.Nalia mencubit pipi Hisyam sambil ketawa kecil.

“ Ini hadiah untuk lelaki yang paling Nalia sayang dalam dunia ini”Nalia terus mencium pipi kanan suaminya. Hisyam tergelak kecil.

“  Mana boleh macam itu, habis papa sayang nak letak mana. Sayang kena sayang papa dulu baru sayang abang.Nanti papa sayang dengki dengan abang macam mana?” Sempat Hisyam bergurau. Nalia ketawa kecil. Semakin kuat pelukan di tubuh suaminya.

“ Sayang pada papa lain dari sayang pada suami. Janji dengan Lia yang abang tak boleh tinggalkan Lia”Minta Nalia. Hisyam hanya mengganguk sambil di cium dahi isterinya.Ketika Nalia sedang leka bercerita tentang apa yang berlaku antara dia dan Ariani ketika di pusat beli belah petang tadi, deringan telefon Hisyam menggangunya. Dia memandang pada Hisyam yang seperti terkejut dengan panggilan itu.

“ Sayang tunggu kejap tau”Hisyam terus bangun dari situ dan terus keluar dari bilik. Nalia sedikit hairan, selalunya Hisyam tidak akan menjawab panggilan jauh darinya, namun entah mengapa tiba-tiba timbul satu perasaan aneh di hatinya. Hisyam seperti sembunyikan sesuatu padanya.Dia mencapai semula buku yang di bacanya tadi lalu dia menyambung pembacaan. Hanya dua muka surat sahaja Nalia membacanya, itupun dia tidak tahu apa yang sedang dibacanya sebenarnya. Dia memang tidak boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada buku tersebut.Di tutup kembali lalu di letakan pada posisi asal. Dia mengerling pada jam di dinding dan ternyata sudah hampir setengah jam suaminya keluar dari bilik tersebut.Entah apa yang sedang dibuaikan Hisyam hingga terus lupakannya. Dia terus membaringkan tubuh lalu selimut di tarik menutup tubuhnya. Dia mentutup matanya serapat-rapat ketika pintu bilik dikuak dari luar. Dia tahu itu pasti Hisyam kerana tidak mungkin bibik akan masuk ke dalam biliknya. Dari hari pertama lagi wanita warga indonesia itu bekerja di rumahnya, tempat larangan untuk wanita itu adalah di dalam biliknya. Dia tidak suka ada orang lain masuk ke dalam biliknya kecuali suaminya sendiri. Dari ekor matanya, dia nampak setiap pergerakan Hisyam di dalam bilik tersebut walaupun lampu utama sudah terpadam dan hanya tinggal dua buah lampu meja sahaja yang menerangi bilik itu. Dia nampak Hisyam ke almari baju lalu menyaut baju dan seluar jean lalu laju sahaja keluar dari bilik. Syak wasangkanya semakin menebal. Dia tahu ada sesuatu yang sedang di sembunyikan padanya.


************
Selasai sahaja solat zuhur, Nalia terus turun ke dapur untuk menolong bibiknya memasak makanan tengah hari.Tentang perkara yang mencurigakan pada Hisyam terus di buang jauh-jauh dari kotak fikirannya. Dia tidak mahu bersangka buruk pada suami sendiri.Lagipun dia harus percayakan lelaki itu dan perkara itu sudah seminggu berlalu.Ketika dia masuk ke ruang dapur, kelihatan bibik sedang leka memotong sayur sambil menyanyi-nyanyi lagu dari seberang. Siap dengan lengoknya sekali. Tergelak kecil Nalia dengan perlakuan pembantu rumahnya itu.

“Amboi bibik, seronok nampak” Tegur Nalia sambil melabuhkan punggung di kerusi meja makan berhadapan dengan bibik.

“Eh puan, saya engak perasan puan masuk tadi”Beritahu bibik. Nalia tersenyum manis. Wanita dari seberang itu sudah jarang keluar logratnya kerana terlalu lama tinggal di Malaysia. Dulu kehadiran wanita itu tidak di sukainya, namun lama kelamaan dia suka berkawan dengan bibiknya itu dan dia juga akan membenarkan wanita itu terus bekerja di rumahnya.

“Puan mahu masak apa hari ini?” Soal bibik ingin tahu sambil tersenyum manis.

“Hari ini biar saya yang masak sebab hari ini hari istimewa.Bibik tak payah masak hari ini.”Beritahu Nalia sambil membelek sayur-sayur yang berada di atas meja. Fikirannya mula ligat berfikiran tentang menu yang akan di masaknya nanti.

“Apa yang istimewanya hari ini puan?” Soal bibik ingin tahu lagi. Di masukkan semula ikan yang baru dikeluarkan dari peti ais.

“Hari ini ulang tahun perkhawinan saya dengan tuan yang pertama. So, saya nak masak special untuk malam ini.”Beritahu Nalia. Sudah tidak sabar rasanya untuk memulakan tugasan yang sedang bermain di fikirannya. Pertama kali, dia akan memasakan masakan kegemaran Hisyam dahulu.Dia menuju ke peti ais lalu mengeluarkan daging dan ayam darinya lalu terus di latak ke dalam singki.

“Macam tidak percaya yang udah satu tahun usia perkhawinan puan. Moga berbahagia ya”Ucap bibik sambil tersenyum manis.

“Terima kasih bik”Balas Nalia pula. Dia sendiri tidak percaya yang sudah setahun usia perkhawinannya dengan Hisyam. Begitu cepat masa berlalu dan dalam masa itu dia banyak belajar erti hidup yang sebenarnya. Hisyam banyak membantunya untuk menjadi insan yang berguna dan tidak mensia-siakan waktu seperti dulu. Dia benar-benar sudah insaf dengan perbuatannya dulu. Ariani juga sudah mula tinggalkan dunia gelap itu. Dia bersyukur dengan perubahan rakan baiknya itu. Setiap manusia pasti inginkan perubahan dalam hidup dan begitu juga dengan dia.


**********
“Mak Timah!!!” Jerit Hajah Salma di depan rumah keluarga Hisyam. Matanya melilau ke kiri dan kenan mencari-cari tuan rumah tersebut. Sesekali dia menjenguk ke bawah rumah, namun tidak kelihatan pula wanita tua itu. Di jerit berkali-kali sambil berjalan mengilingi rumah tersebut hingganya dia mula terasa letih. Memang sah wanita itu tiada di rumah apabila di lihat rumah berkunci rapat, lagi menyakinkan dia bahawa tiada orang di rumah itu sekarang. Dia sudah mula kepanatan kerana dia memang tidak boleh berjalan terlalu laju apatah lagi dia pengindap asma. Tercungak-cungak nafasnya bila dia mula melabuhkan punggung di pangkin depan rumah itu. Di gosok dadanya untuk menghilangkan sedikit kepenatan. Dari rumah hingga ke situ dia hanya berjalan kaki. Tidak terfikir pula dia untuk menaiki motor tadi.Selang beberapa minit, kelihatan sebuah motosikal yang di tunggal Mak Timah masuk ke perkarangan rumah.Mak Timah yang pelik dengan kemunculan Hajah Salma itu terus menuju ke pangkin untuk bertanya dengan lebih lanjut. Bila di lihat dari air muka wanita itu, dia tahu pasti ada perkara penting yang ingin di bincangkan.

“Ada apa ni Salma?” Soal Mak Timah sambil melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.

“Aku tak tanya kamu sesuatu pasal Atifa”Beritahu Hajah Salma dalam kepenatan. Mak Timah mengosok belakang wanita di sebelahnya kerana dia tahu pasti wanita itu dalam kepenatan.

“Kenapa dengan Ati Salma?”

“ Ada Syam bagitahu kamu Ati pergi mana? Sudah seminggu dia menghilang tanpa khabar berita. Aku call dia tak angkat langsung. Mana tahu Syam tahu Ati pergi mana. Lagipun sejak dia pergi KL, dia terus hilang macam itu sahaja. Kali terakhir dia call aku dua minggu yang lepas dia cakap dia ada jumpa Hisyam dekat sana. Itu yang aku datang tanya kau ni?”Cerita Hajah Salma. Mak Timah berfikir sejenak. Tidak pula Hisyam memberitahunya apa-apa tentang Atifa, lagipun kini keluarganya sedang di landa masalah tentang kes menantunya itu.

“Tak ada pula Syam cerita pasal Ati pada aku. Nanti aku tanya Syam tentang Ati, kau sabar sikit. Tak kemananya Ati tu, lama-lama dia akan call kau juga.”Nasihat Mak Timah.Hajah Salma hanya mampu bersabar. Risau sungguh dia bila memikirkan anak perempuannya itu. Atifa tidak habis-habis menyusahkannya. Sejak dari dulu hingga kini wanita itu selalu buatnya risau.  



*********
“Hari ini abang balik pukul berapa?” Soal Nalia di corong telefon.Nalia melabuhkan punggungnya di sofa setelah seharian penat di dapur. Oleh kerana dia tidak mahu mendapatkan hidmat bibiknya, dia terpaksa melakukan sendiri, dari memasak hinggalah mengemas dapur setelah agak bersepah bila di kerjakannya. Dia meneliti jam di dinding, sudah hampir pukul 7.00 malam. Selalunya Hisyam akan balik sebelum pukul 6.00, tetapi sejak dua menjak ini lelaki itu sering pulang lewat dan alasan yang selalu di terima adalah kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat sedangkan pejabat tutup pukul 5.00 petang. Dia tidak mahu bersangka buruk pada suami sendiri dan dia harus faham dengan kerja suaminya itu. Oleh kerana telah memegan jawatan yang agak besar di syarikat, jadi semakin bertambahlah kerja dari sehari demi sehari. Dia harus mengerti itu semua.

“Abang on the way sayang. Jalan sesak waktu-waktu macam ini”Beritahu Hisyam di corong telefon pula.

“Abang hati-hati tau.” Nasihat Nalia.Tidak sabar untuk bertemu suaminya itu. Dia tahu pasti Hisyam juga mengingati hari paling penting dalam hidupnya itu.

“Wait for me tau, dah nak sampai ni”
Nalia tersenyum manis saat telefon di matikan. Alat kawalan jauh televisyen di capainya lalu di tekan-tekan untuk mencari siaran yang menarik minatnya. Dia mengerling sekilas pada bibik yang berada di penjuru tepi tangga ke tingkat atas. Kelihatan wanita itu sedang melakukan sesuatu.

“Bibik buat apa tu?” Soal Nalia dari ruang tamu. Dia malas untuk ke arah bibiknya dan dia hanya menjerit sahaja.

“Kemas buku puan”Jawab bibik pula. Nalia hanya mengganguk dan dia tidak mahu menggangu kerja pembantu rumahnya. Lagipun, agak bersepah buku di bawah tangga itu bila suaminya menyelerakkanya untuk mencari buku semalam. Kesian bibik kerana terpaksa mengemas sekali lagi. Dia sendiri tidak tahu untuk apa suaminya mencari buku-buku lama di situ. Kalau di ikutkan hati, sudah lama dia membuang semua buku-buku lama itu.Ketika dia sedang leka dengan rancangan di televisyen, telinganya tertangkap pada suara yang begitu mendamaikan hatinya. Suara azan maghrib mula berkumandang. Nalia terus menutup televisyen dan terus naik ke tingkat atas. Dia ingin menunaikan solat terlebih dahulu. Selepas solat dia turun semula ke bawah.Bibik pula sudah tidak kelihatan di tempat tadi. Dia tahu pasti wanita itu sedang solat. Dia amati jam pada dinding rumah dan ternyata sudah hampir pukul 8.00 malam. Hisyam masih tidak muncul-muncul lagi. Perasaan risau bertandang di hatinya.Di capai telefonnya lalu mendail nombor Hisyam. Berkali-kali juga dia menelefon, namun satu pun panggilan darinya tidak di jawab. Semakin menebal perasaan risaunya. Dari duduk di sofa hinggalah dia berjalan ulang alik di ruang tamu. Terasa panas punggung bila hanya duduk ketika perasaan risau menyelubungi hatinya. Tidak pernah Hisyam tidak menjawab panggilan darinya.Sudah hampir tiga jam dia di ruang tamu dan dengan sabar dia menunggu kepulangan suaminya. Dia tidak mahu bertanya papa dan mamanya soal Hisyam kerana tidak mahu merisaukan mereka berdua. Dia tahu pasti Hisyam akan balik nanti.

“Puan, sudah lewat ni, puan tak nak makan ke?” Soal bibik sebaik tiba di ruang tamu. Sejak dari tadi lagi dia memerhatikan majikannya itu. Jam sudah menunjuk ke angka 11.00 malam.Nalia melabuhkan punggungnya di sofa sambil melepaskan keluhan yang begitu berat. Entah apa yang sedang berlaku pada Hisyam sebenarnya hingga satu panggilan darinya langsung tidak di jawab.

“Awak saja yang makan. Saya tak ada selesa. Kalau tak habis makanan tu awak buang sahaja”Nalia mula berputus asa untuk terus menunggu. Laju sahaja kakinya mendaki anak tangan menuju ke tingkat atas dan meninggalkan bibik begitu sahaja. Kecil hatinya bila Hisyam tidak pulang pada hari yang begitu penting baginya.Bibik mengeluh berat lalu menuju ke dapur. Di lihat makanan yang telah sejuk di atas meja makan itu. Kelihatan dua batang lilin yang sudah hampir separuh habis terbakar di atas meja itu. Di tiup lilin itu lalu di letak tepi. Dia ingin memasukan makanan tersebut ke dalam peti ais dan mungkin esok dia boleh panaskan balik. Sayang pula jika di buang begitu sahaja. Kalau dia belum makan sudah pasti dia akan makan masakan majikannya itu. Sungguh menyelerakan ayam panggang berlada itu.

“Siapa datang bibik?”
Kedengaran satu suara menyapanya ketika dia sedang memasukan satu makanan ke dalam peti ais. Masih terdapat 5 jenis lagi masakan di atas meja. Bibik terus berpaling ke arah suara itu dan kelihatan Hisyam berdiri di tepi meja sambil memegan baju kot.

“Eh, tuan, terkejut saya. Ingatkan siapa tadi. Mana ada siapa-siapa yang datang”Beritahu bibik.Hisyam mengerutkan dahinya sambil memandang wajah pembantu rumahnya. Selalunya jika ada yang bertandang sahaja akan terhidang makanan sebanyak itu.Selalunya jika dia makan dengan Nalia, dia hanya menyuruh pembantu rumahnya memasak dua jenis lauk sahaja. Lagipun dia tidak makan banyak begitu juga dengan Nalia.

“Habis kenapa awak masak banyak-banyak ni?”Soal Hisyam sambil melihat makanan yang terhidang di atas meja dan semuanya makanan kegemarannya. Jika dia belum makan lagi, pasti dia sudah menjamah makanan tersebut. Oleh kerana dia sudah makan tadi, perutnya sudah penuh dan tidak boleh di isi lagi.

“Bukan saya yang masak tuan, tapi puan Nalia yang masak. Saya engak buat apa-apa”Beritahu bibik lagi.

“Untuk apa puan masak banyak-banyak ni bibik?” Hisyam semakin ingin tahu.

“Tuan udah lupa yang hari ini ulang tahun perkhawinan tuan dengan puan”Beritahu bibik. Hisyam menepuk dahinya beberapa kali. Entah macam mana dia boleh lupa soal itu. Pasti Nalia akan merajuk denganya. Laju sahaja dia naik ke tingkat atas dan ketika dia menolak daun pintu biliknya, dia terpandang satu susuk tubuh yang sudah terbaring di atas tilam. Dia tahu itu pasti Nalia.Oleh kerana keadaan biliknya sudah gelap gelita, dia membuka lampu utama kerana dia ingin menukar baju dan mandi. Bila lampu di buka, barulah dia nampak dengan jelas muka Nalia yang kedua-dua matanya sudah tertutup rapat. Baju kot di tangannya di sangkut pada tempat biasa dan dia terus menuju ke kati lalu di labuhkan punggung di sebelah tubuh Nalia yang sedang terbaring.

“Sayang, abang minta maaf sebab balik lambat. Abang lupa yang hari ini ulang tahun perkhawinan kita. Abang...”
Belum sempat Hisyam menghabiskan percakapan, Nalia terlebih dahulu memotongnya.Dia langsung tidak memandang ke arah suaminya.

“Tak payah cakap apa-apa. Lia tak nak dengar alasan abang” Sampuk Nalia.Hisyam mengeluh berat. Nalia sudah mula merajuk dengannya.Di pengan bahu isterinya, namun pantas juga tangan Nalia menepisnya.

“Abang minta maaf sayang, abang memang ada hal tadi.Sayang maafkan abang ek?” Rayu Hisyam namun dia tidak mendengar Nalia berkata-kata lagi. Yang dia dengar hanya tangisan kecil wanita itu.

“Sayang, abang janji yang abang tak akan buat macam ini lagi. Abang janji yang abang akan ingat ulang tahun perkhawinan kita sampai bila-bila. Abang janji sayang, please maafkan abang”Rayu Hisyam lagi. Dia memang tidak ada cara lain lagi untuk memujuk selain berjanji sebegitu. Nalia bukan wanita yang mudah di pujuk dan dia tahu itu.

“ Ulang tahun perkhawinan pertama kita pun abang boleh lupa, macam mana dengan ulang tahun perkhawinan kita seterusnya. Abang tak payah berjanji kalau tak boleh menepatinya”Nalia bangun dari baring lalu terus turun dari katil.Ketika dia baru sahaja ingin melangkah keluar dari bilik itu, tiba-tiba tubuhnya di peluk dari belakang. Dia tahu siapa yang memeluknya dan seperti biasa dia tidak akan berjaya lepas dari pelukan lelaki itu.

“Sayang, i am sorry...”Ucap Hisyam di telinga isterinya. Nalia hanya berdiam diri tanpa kata dan air matanya masih mengalir.

“Abang janji abang tak buat lagi sayang”Pujuk Hisyam lagi bila isterinya tidak bersuara.

“Abang jahat, abang tak sayangkan Lia lagi...”Luah Nalia.

“Isshhh... Jangan cakap macam itu sayang, sampai mati abang sayangkan Lia”Luah Hisyam.Dipusingkan tubuh Nalia supaya mengadap mukanya.Air mata yang mengalir dipipi wanita itu di lap mengunakan jarinya.

“ Dalam dunia ini, wanita ke tiga yang abang sayang adalah Lia selepas mak dan adik abang.Abang pernah berjanji pada diri abang sendiri yang abang akan jaga dan sayang Lia macam abang sayang diri abang sendiri.Abang sayang sangat-sangat pada Lia. Boleh tak kalau sayang maafkan lelaki yang telah sakitkan hati Lia ini?” Minta Hisyam.Nalia tidak menjawabnya dan tubuh lelaki di depannya di peluk erat. Dia benar-benar sayangkan Hisyam dan selama ini dia tidak pernah sayangkan mana-mana lelaki seperti mana dia sayangkan suaminya itu. Hisyam selalu mengetarkan jiwanya.



***********
“Hey, kenapa dengan kau ni?” Soal Ariani bila melihat rakannya murung dan tidak banyak cakap. Dia mengajak rakannya makan tengah hari di luar bukan untuk melihat muka yang murung itu.Di lambai-lambai tangannya di depan muka Nalia yang sedang mengelamun itu namun rakannya itu langsung tidak memberikan reaksi. Kali ini dia tiada pilihan lain, selain menepuk bahu Nalia supaya terdar dari lamunan. Sudahlah makan di atas meja langsung tidak di sentuh. Nalia tersedar dari lamunannya dan terus memandang tepat pada wajah rakannya seperti bengang dengan perlakukannya tadi. Sejak dua menjak ini banyak perkara yang menggangu pemikirannya.

“Kau ni dah kenapa hah?” Soal Ariani sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Sedap...pujinya. Dia memang gemar makan di restoran tersebut kerana boleh dikatakan kesemua masakan di situ mengikut citarasanya. Banyak kali juga dia datang makan di situ bersama dengan teman lelakinya. Kali ini dia membawa rakan baiknya pula untuk mencuba makanan di situ. Namun ternyata dia  tidak akan mendapat komen dari rakannya tentang masakan di situ kerana Nalia langsung tidak menjamah makanan di atas meja. Lagipun , kalau wanita itu makan, pasti sudah tiada rasa di lidah lagi kerana dia tahu yang Nalia sedang di landa masalah.

“Maaflah Ariani, aku tak ada moodlah hari ini”Beritahu Nalia sambil meraup mukanya dan membetulkan kedudukannya di atas kerusi supaya lebih selesa. Dia sendiri tidak tahu sejak bila lagi dia mula berkayal. Pasti semua orang melihat mukanya yang sedang berkayal tadi. Pasti sangat buruk.Ariani meletakan sudu dan galfu ke dalam pinggan lalu mencapai tisu untuk mengelap bibir yang agak berminyak.

“Kau ada masalah ke Nalia?” Soal Ariani ingin tahu.Nalia mengeluh berat.

“ Tak tahulah Ariani, aku pun tak tahu aku ada masalah atau tidak sebenarnya. Banyak benda menggangu fikiran aku sekarang ini”Keluh Nalia.

“ Kau gaduh dengan Hisyam ek?” Duga Ariani. Nalia mengelengkan kepala.

“Habis,pasal apa kau boleh jadi macam ini?” Ariani semakin tidak mengerti dengan perangai rakannya itu.

“ Aku rasa yang Hisyam ada perempuan lain” Ungkap Nalia dalam keperitan. Sakit sungguh lidahnya bila mengeluarkan perkataan ‘perempuan lain’. Bulat mata Ariani memandang wajah rakannya dan seperti tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya itu.

“ Kau ada bukti ke Lia, tak baik tau kau tuduh suami kau macam itu” Nasihat Ariani kerana dia seperti tidak percaya yang lelaki sebaik Hisyam boleh menikam Nalia dari belakang.

“Aku tak ada bukti, tapi aku dapat rasa. Dia dah lain sangat sekarang ini.Dulu dia lupa hari ulang tahun perkhawinan, aku boleh maafkan lagi. Semalam hari lahir aku, dia langsung tak ingat.Dia sekarang selalu balik lewat dan kadang-kadang aku call langsung dia tak nak jawab”Luah Nalia dalam keluhan.

“Dia lupa hari lahir kau?Biar betul Nalia”Ariani seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan rakannya itu. Jika di lihat dari luaran dia tahu Hisyam bukan seorang lelaki yang begitu, tetapi bila mendengar luahan hati rakannya itu dia sendiri mula pelik.Nalia mengganguk perlahan-lahan.

“Aku rasa kau kena siasat apa yang Hisyam buat belakang kau sebenarnya.”Cadang Ariani. Nalia memandang wajah rakannya dengan penuh tanda tanya.

“Yalah, baru kau tahu apa yang dia buat dekat belakang kau.Just nak tahu je kan”Arini tahu di sebalik pandangan rakannya itu.Nalia langsung tidak terfikir untuk menyiasat itu semua kerana dia percayakan lelaki itu.

“Aku boleh teman kau pergi intai apa yang Hisyam buat dekat luar rumah” Ariani menapi-apikan lagi Nalia. Dia tidak mahu rakannya terus hidup dalam keadaan begitu.



********

“ Jefri sayang ibu, Jef janji Jef tak akan sakitkan hati ibu lagi.”Ucap Jefri sambil memeluk tubuh ibunya yang sedang terbaring di atas katil. Sudah hampir lima bulan ibunya terlantar sakit kerana mengindap penyakit barah tulang. Sedih sungguh dia melihat keadaan ibunya itu.

“ Jef kena janji dengan ibu yang Jef tak akan kacau hidup Nalia lagi. Dia dah ada suami dan Jefri kena mulakan hidup baru. Jef kena tinggalkan semua perangai buruk Jef. Jangan minum air haram itu lagi sayang”Nasihat Puan,Sofia pada anak lelaki tunggalnya. Jefri satu-satunya anak lelaki di dalam keluarganya dan itulah lelaki yang boleh di harap. Dia tahu perhubungan anaknya dengan Nalia dan dia juga tahu wanita itu telah berkahwin dengan orang lain.Jefri menunduk sahaja. Dia lepaskan Nalia hanya kerana ibunya. Dia tidak mahu melihat ibunya bersedih. Di cium dahi ibunya dengan penuh kasih sayang. Memang benar kata orang, kalau duit bertimbung sekalipun, tidak mampu memberi kebahagian jika telah kehilangan orang yang di sayangi. Sudah banyak kali dia membawa ibunya berubat dan keadaan ibunya tetap sama. Tanpa izin yang Maha Percipta, tiada apa yang dapat merubahnya walaupun berjuta doktor sekalipun yang merawat ibunya.

“ Mama dah lama tak jumpa Atifa, kemana dia sekarang?” Soal Puan Sofia. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan wanita muda itu. Dulu banyak kali juga wanita itu datang melawatnya dan pernah menjaganya di hospital beberapa kali.

“ Dia sibuk sekarang ini mama. Nanti kalau dia ada masa Jef bawa dia jumpa mama”Tipu Jefri. Padahal dia tidak tahu kemana wanita itu menghilang. Dia mula berkawan dengan Atifa bila wanita itu tiba-tiba datang mencarinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa Atifa begitu baik dengannya hingga sanggup menjaga ibunya di hospital ketika dia sibuk dengan urusan kerja di syarikat. Oleh kerana dua adiknya sedang belajar di luar negara, dia terpaksa memikul tanggungjawab itu.Sejak ibunya sakit, dia yang menguruskan syarikat kosmetik ibunya itu. Walaupun tidak mempunyi pengalaman dalam bidang itu, dia kira bernasib baik kerana mempunyai pekerja yang banyak membantu.Kerana kesibukan dalam bekerja dan menjaga ibunya yang sedang sakit, dia boleh melupakan tentang Nalia sedikit demi sedikit. Wanita itu yang mengajarnya erti cinta sebenar dan pasti begitu sukar untuk melupakannya. ‘Melihat kau bahagian sudah cukup untuk aku teruskan hidup tanpa kau, Nalia’ ucap hati kecil Jefri dan entah bila pula mutiara putih mengalir di pipinya. Puan Sofia terus mengelap air mata yang mengalir di pipi anaknya. Dia tahu keperitan yang sedang dihadapi oleh Jefri ketika ini. Dia rasa bila ditinggalkan orang yang disayangi. Dia diceraikan oleh suaminya ketika mengandungkan anak perempuan bongsunya yang kini sudah berusia 18 tahun. Di tinggalkan terkapai-kapai sendirian hinggalah dia bangkit dengan usahanya sendiri. Dari menjaja barangan komestik hinggalah berjaya membuka kilang sendiri.

“ Tabahkan hatimu wahai anakku, pasti ada cinta yang lebih agung sedang menunggu kamu”Nasihat Puan Sofia sambil tersenyum manis.


**********
Selesai sahaja memberi barang keperluannya di salah sebuah pasar raya, Nalia terus menuju ke tempat letak kereta. Di masukkan barang-barangnya ke dalam bonet lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu. Enjin kereta di hidupnya terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Dia mengeluh berat bila dia teringat sesuatu.Dia terlupa untuk membeli minyak wangi untuk Hisyam. Pagi tadi dia melihat minyak wangi suaminya itu sudah habis. Dia tahu Hisyam pasti tidak sempat membelinya. Dia keluar semula dari dalam perut kereta dan menuju ke arah pusat beli belah itu semula. Ketika dia berjalan melewati deretan kereta yang di letakan di situ, dia terpandang pada satu pasangan yang berjalan sambil menjining barang-barang tidak jauh darinya. Bila di amati denga lebih teliti, dia tahu siapa lelaki yang berada di sebelah wanita itu.Lagi menyakinkan lagi bila melihat kereta proton perdana berwarna putih tidak jauh dari situ.Bila melihat kemesraan mereka berdua, air mata Nalia menitis tanpa di pinta. Tidak sangka Hisyam berlaku curang di belakangnya. Patutlah Hisyam berubah dan seperti tidak hiraukannya lagi.Dia sudah tidak boleh melihat mereka berdua lagi dan ketika dia memusingkan tubuhnya ke belakang, dia terlangar seseorang. Cepat-cepat dia memohon maaf dengan kecuaiannya tadi.

“Nalia...”Tegur orang yang terlanggar dengannya.Nalia mengangkat mukanya dan tergaman seketika bila melihat Jefri berdiri di depannya ketika ini.

“Jef...you buat apa dekat sini?” Soal Nalia sambil mengelap air mata yang masih bersisa di pipi. Jefri mengerling ke arah yang di lihat wanita itu tadi dan dia nampak Hisyam sedang memasukan barang-barang ke dalam bonet kereta tidak jauh dari situ.

“You okey Nalia?” Soal Jefri pula. Dia tahu wanita itu menangis bila melihat suami sendiri dengan perempuan lain.Nalia mengganguk sahaja dan ingin memulakan langkah meninggalkan Jefri begitu sahaja. Dia tidak mahu lelaki itu melihat air matanya.

“I kenal perempuan tu...”Beritahu Jefri dan menyebabkan Nalia berhenti dari melangkah dengan tiba-tiba tanpa langsung berpaling ke belakang.

“ Atifa namanya. Dia ex-girlfriend Hisyam dekat kampung.Sudah lama mereka berdua kenal. Mereka berdua putus sebab Atifa berkhawin dengan orang lain dan Hisyam pula terpaksa berkhawin dengan you untuk melupakan kekasih hatinya. Sekarang ini Atifa dah bercerai dengan suaminya dan datang ke Kuala Lumpur semata-mata ingin mengejar cintanya semula.”Cerita Jefri. Dia tahu semua itu pun dari Atifa sendiri.Nalia semakin tidak mampu menahan sebak. Semakin laju air matanya mengalir. Dia memang tidak mahu percaya dengan apa yang dikatakan Jefri tetapi dari raut wajah lelaki itu dia tahu yang Jefri tidak menipu.

“ I bukan nak burukan suami you, tapi I paling pantang bila orang buat you menangis. Apa yang you pandang sangat pada jantan tak guna tu. Apa kurangnya I berbanding dia?” Soal Jefri. Dia bukan ingin menagih simpati tetapi dia ingin tahu apa yang Hisyam ada yang dia tak ada.

“Enough Jef... I kenal suami I dan you jangan ganggu I lagi.”Marah Nalia sebelum memulakan lengkah semula. Ketika di dalam kereta dia mula menangis sepuas-puasnya sambil menghentak stereng kereta sekuat hati. Sakit hatinya bila melihat orang yang dia sayangi bersama dengan wanita lain apatah lagi dengan wanita yang pernah singgah di hati Hisyam sewaktu ketika dulu.Dia mencapai telefonnya lalu menekan nombor Hisyam. Kali ini hanya satu panggilan sahaja yang di buat dan sudah kedengaran suara Hisyam di corong telefon.

“Ya sayang, ada apa?” Soal Hisyam.

“Abang dekat mana?” Nalia mengawal nada suaranya supaya suaminya tidak tahu yang dia sedang menangis.

“Abang dekat office sayang, ada apa?”
Semakin laju air matanya mengalir bila mendengar jawapan dari lelaki itu. Ternyata Hisyam sudah mula menipunya. Baru sekarang dia tahu apa yang Hisyam buat di belakangnya.

“Tak ada apa-apa, sayang cuma rindu nak dengan suara abang...”Dalih Nalia dalam tangisan. Dia menutup mulutnya dari kedengaran suara tangisannya di corong telefon.

“Abang pun rindukan sayang. Abang ada hal ni, nanti jumpa dekat rumah”Beritahu Hisyam. Nalia terus mematikan talian saat kereta proton perdana berwarna putih melintas di depan keretanya. Memang sah itu adalah Hisyam.

“Tak guna punya jantan!!!”Jerita Nalia di dalam kereta sendirian. Penipuan Hisyam benar-benar menghiris hatinya.Di hentak stereng kereta untuk melepaskan kemarahan di hati.



*************
Selesai sahaja solat asar, Nalia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di beranda biliknya. Dari tingkat atas itu, dia memandang sepi pemandangan tasik yang berada di depan rumahnya. Memang cantik suasana itu, namun entah mengapa hatinya langsung tidak tenang bila mengingatkan kejadian tengah hari tadi. Bila teringat kata-kata Jefri itu, hatinya tersentuh dan tanpa di pinta mutiara putih mengalir di pipi. Selama ini dia tidak pernah menangis kerana lelaki dan ternyata air mata degilnya itu mengalir juga kerana Hisyam. Tidak sangka di kala dia baru mula merasai nikmat cinta, lelaki itu pula yang berubah tiba-tiba. Dulu Hisyam bukan orang yang suka mengamaikannya namun kini, lelaki itu lebih banyak menghabiskan masanya di luar berbanding di rumah. Dia benar-benar kesunyian. ‘Kau kena sabar Nalia, kau tak boleh bertindak tanpa usul periksa, pasti ada penjelasan nanti’ Bisik hati kecilnya untuk tidak terus melayan perasaan. Dia tidak mahu bersangka buruk pada suaminya walaupun hatinya begitu sakit sekali.Ketika dia ralik di serambi bilik, kelihatan sebuah kereta proton milik Hisyam mula memasuki perkarangan rumah. Dia hanya memandang dari atas dengan pandangan yang begitu sepi. Di lap air matanya cepat-cepat supaya Hisyam tidak tahu tentang tangisannya itu.Di perhatikan setiap gerak geri suaminya hinggalah lelaki itu hilang di dari pandangan matanya. Dia tahu tidak sampai lima minit lagi, pasti lelaki itu akan masuk ke dalam bilik. Dia mengeluh berat, memang benar sangkaannya, telinganya mampu menangkap bunyi tombol pintu yang di buka. Dia tetap dengan pandangan ke arah tasik dan langsung tidak berpaling ke belakang.

“ Hey sayang...”Sapa Hisyam sambil memeluk leher Nalia dari belakang. Di cium pipi isterinya dari belakang.Nalia cuba mengukir senyuman di bibir.

“Buat apa dekat sini?”Soal Hisyam.

“Saja, tunggu abang balik” Jawab Nalia perlahan. Di tahan air matanya dari turun. Dia tidak boleh menangis di depan lelaki itu.Hisyam tergelak kecil dan pelukan terus di lepaskan.

“Abang nak mandi kejap.”Minta Hisyam sambil melangkah ke katil. Beg kerjanya di letak atas katil bersama dengan telefon dan baju kot lalu terus dia menuju ke penyidai untuk mengambil tuala.

“Abang...”Panggil Nalia sambil berpaling ke arah suaminya yang mahu sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Emm...”Jawab Hisyam ringkas.Kini tinggal kepalanya sahaja yang belum masuk ke dalam bilik air. Di jenguk isterinya yang berada di serambi bilik.

“Abang ada sesuatu nak bagitahu sayang?” Soal Nalia dengan harapan dia mendapat penjelasan tentang apa yang di lihatnya tadi.Hisyam terdiam sejenak sambil berfikir. Rasanya dia tidak ada apa yang harus diberitahu isterinya.

“Beritahu apa sayang? Rasanya tak ada”
Nalia mengeluh berat dengan jawapan itu. Ternyata Hisyam masih tidak mahu memberitahunya tentang Atifa. Nama wanita itu begitu utuh di dalam ingatannya.

“Kenapa sayang?” Soal Hisyam bila melihat isterinya sedang mengelamun.Nalia mengelengkan kepala sahaja dan mengalihkan pandangan ke luar rumah semula.

“Sayang, malam ini kita dinner dekat luar ya. Abang dapat bonus dari papa, so abang nak belanja sayang makan malam” Ajak Hisyam dari dalam bilik air. Nalia hanya berdiam diri dan dia hanya mendengar suara nyanyian  suaminya dari dalam bilik air. Itulah tabiat Hisyam bila mandi, pasti ada sahaja lagu yang di nyanyikan dan kadang-kadang terbawa-bawa hingga ke ruang bilik. Ketika dia leka melayan perasaan, tiba-tiba deringan telefon suaminya menyedarkan dia dari lamunan. Deringan pertama tidak di layannya hinggalah kepada deringan ke tiga. Dia terus melangkah ke katil dan mencapai telefon yang berada di atas katil. Tertera nama ‘Atifa’ di skrin telefon. Sungguh berani wanita itu menelefon saat suaminya berada di rumah.Dia terus menekan butang hijau. Dia perlu tahu berhitung dengan wanita yang cuba merampas suaminya itu.

“Hello...”Kata sapaan dia beri terlebih dahulu.Namun tidak pula dia kedengaran suara si pemanggil dan tidak sampai lima saat, panggilan sudah terputus.Dia mula berfikir bukan-bukan, jika mereka tiada hubungan kenapa bila mendengar sahaja suaranya, talian terus di putuskan.

“Kenapa sayang?”
Nalia tersedar dari lamunanya dan dia berpaling ke arah Hisyam yang berdiri di depan pintu bilik air dan hanya memakai tuala sahaja. Nalia meletakan telefon tersebut di tempat asalnya.

“Tadi ada orang call, tapi dah terputus” Jawab Nalia dengan wajah yang selambar, namun di sebalik wajah itu tersimpan seribu kesedihan.Hisyam hanya mengganguk lalu menuju ke almari pakaian. Nalia sudah tidak mampu mengadap muka suaminya lagi, dan dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Setibanya di dapur, kelihatan bibik sedang leka menonton televisyen yang memang di letak khas di bahagian memasak sambil menjamah keropok ubi kayu.

“Eh puan...”Terkejut wanita itu bila melihat majikannya masuk ke dapur dengan tiba-tiba. Nalia melabuhkan punggung ke kerusi berhadapan dengan bibiknya sambil melepaskan keluhan yang berat.Bibik pula terus ke peti ais lalu mengelurkan jus oren yang baru diperahnya tadi lalu di tuang ke dalam gelas. Dia memang tahu yang Nalia gemar dengan jus perahan sendiri dari jus yang di beli di kedai.Nalia mencapai gelas berisi jus oren itu bila dihulurkan padanya. Di tenguk satu kali dan terus di letak tepi. Sedap... pujinya. Memang jus perahan bibiknya memang terbaik dari ladang.Bibik mengalihkan pandangannya ke arah televisyen semula, namun entah mengapa matanya mula tidak boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada rancangan di televisyen lagi bila dia melihat wajah sunggut majikannya itu. Dia tahu wanita itu sedang di landa masalah. 

“Engak cantik bila puan masam aja”Usik bibik sambil tersenyum manis. Dia kira bernasib baik kerana memiliki majikan sebaik itu kerana dia tidaklah di layan teruk. Dalam usia 25 tahun ini, dia boleh dijadikan kawan dan teman untuk Nalia meluahkan masalah.Nalia tergelak kecil.

“Ada-ada saja bik ni.”

“Puan sabar ya”Nasihat bibik. Nalia memandang muka pembantu rumahnya kerana pelik dengan nasihat itu dan seolah-olah tahu sahaja masalah yang sedang di landanya ketika ini.

“Kenapa bik cakap macam itu?”Soal Nalia. Bibik tersenyum manis.

“Walaupun puan engak kasi tahu bik, tapi bik tahu apa yang sedang berlaku.”Beritahu bibik. Dia sebenarnya sudah lama perasan yang kedua-dua majikannya itu sedang di landa masalah. Dulu rumah itu ceria walaupun hanya ada Hisyam dan Nalia, tetapi kini rumah itu kelihatan begitu sepi dan dia juga jarang melihat Hisyam berada di rumah.Nalia mengeluh berat. Entah berapa kali dia mengeluh untuk hari ini. Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini... Doa Nalia dalam hati. Dia tidak sepatutnya mengeluh dengan ujian yang sedang menimpa dirinya kini.

“Hari ini bibik tak payah masak sebab saya dengan tuan makan dekat luar”Beritahu Nalia. Dia masih ingat lagi dengan janji suaminya tadi. Bibik hanya mengganguk sahaja sambil menyuapkan keropok ubi kayu ke dalam mulut. Itulah tabiat bila semua kerja yang berada di dalam rumah itu sudah diselesaikan. Sekali lagi Nalia menghirup jus oren yang berada di dalam gelas dan kali ini jus itu sudah tidak sejuk dan sesedap tadi. Namun kerana tidak mahu menyusahkan bibik untuk mengambil ais batu yang berada di dalam peti ais, dia minum sahaja walaupun tidak sesedap tadi.

“Sayang, abang keluar kejap...”Sapa Hisyam tiba-tiba. Nalia tersentak dengan teguran itu. Dia melangkah ke arah Hisyam yang berjalan laju menuju ke pintu depan.

“Abang nak pergi mana?” Soal Nalia, di kerling pada jam di dinding dan ternyata sudah jam 7.00 malam. Tidak sangka begitu cepat masa berlalu dan tidak ingatkan Hisyam dengan janjinya tadi. Jika waktu itu Hisyam keluar, bila pula waktunya untuk keluar makan malam nanti.

“Abang ada hal kejap sayang.”Beritahu Hisyam dalam kelam kabut mencari kasut.Nalia terus menghulurkan kasut spot berwarna putih kepada suaminya bila melihat Hisyam seperti tercari-cari sesuatu. Bila hidungnya di dekatkan pada tubuh Hisyam, dia dapat bau minyak wangi yang dibelinya di pasar raya tengah hari tadi begitu kuat menyusuk hidungnya. Untuk apa lelaki itu keluar dengan bauan yang begitu wangi sekali. Selesai sahaja memakai kasut, Hisyam berlari anak menuju ke kereta.

“Abang macam mana...”
Belum sempat Nalia menghabiskan ayatnya, Hisyam telebih dahulu memotong.

“Abang pergi kejap sahaja, sayang tunggu abang balik okey.Lepas itu kita keluar makan”Beritahu Hisyam sebelum masuk ke dalam kereta. Nalia hanya mengganguk lalu masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kereta bilik suaminya sudah keluar dari perkarangan rumah. Dia terus naik ke tingkat atas untuk bersiap. Pukul 9.00 nanti pasti Hisyam akan balik untuk mengambilnya keluar makan malam.

Dia ulang alik dalam biliknya dan sesekali dia memandang pada jam. Sudah pukul 10.00 malam dan suaminya masih tidak pulang-pulang.Beberapa kali dia menelefon dan seperti biasa panggilannya pasti akan masuk ke peti simpanan suara. Sudah banyak kali Hisyam lupa dengan janjinya.Bila jam menunjuk ke angka 11, dia terus ke bilik air untuk menukar pakaian dan membuang mekap yang telah di calitkan di muka. Baju dres labuh berwarna merah itu di tukar dengan baju tidur dan rambut yang di sanggul terus dilepaskan.Semakin sakit hatinya bila memikirkan soal suaminya yang semakin hari semakin berubah sampai kadang-kadang dia terfikir yang perubahan Hisyam berpunca darinya sendiri. Mungkin lelaki itu tidak mahu wanita yang kotor sepertinya. Tentang gambar-gambar yang tersebar di internet, pasti Hisyam malu dengan semua itu dan terus berpaling tadah darinya. Pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia tahu pasti itu bibik kerana jika itu suaminya, pasti tidak akan mengetuk dulu sebelum masuk. Perlahan-lahan pintu di bukan dan kelihatan bibik berdiri didepan sambil mendulang makanan.

“Ada apa bik?”Soal Nalia lemah dan tidak bersemangat.

“Saya tahu yang puan belum makan, jadi saya bawakan puan makanan. Puan pasti lapar”Beritahu bibik.Nalia memang tidak ada selera untuk makan walaupun beberapa kali juga perutnya berbunyi dan minta di isi. Untuk menjaga hati bibik yang begitu prihatin padanya, dia mengarahkan bibik meletakan makanan tersebut di atas meja yang berada di penjuru bilik. Tergaman bibik melihat kecantikan bilik tersebut kerana itu kali pertama dia menjejakkan kaki di bilik itu. Sungguh cantik susun atur di dalam bilik besar itu dan disertainya gambar-gambar majikannya di dinding. Semua gambar-gambar itu bersaiz besar. Memang terpesona dia sekejap.

“Terima kasih bik”Ucap Nalia bila bibik mula ingin keluar. Bibik hanya mengganguk sahaja lalu keluar dari situ. Nalia menutup kembali pintu lalu melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan makanan yang diletakan di atas meja. Di pandang sepi makan itu dan dia benar-benar tidak ada selera. Dia terus bangun lalu menuju ke katil dan membaringkan tubuhnya di situ. Selimut terus di tarik lalu menutup seluruh tubuhnya.

******
“Dah lama kita tak keluar bersamakan Nalia”Ariani begitu gembira bila rakannya itu mengajaknya membeli belah setelah hampir dua bulan tidak berjumpa. Walaupun dia sering di himpit dengan kesibukn di tempat kerja, dia tetap selitkan masa untuk keluar bersama dengan rakan baiknya itu. Dia kira bernasib baik kerana bekerja sendiri dan bila-bila masa sahaja dia boleh cuti. Namun dia memang tidak suka mengambil cuti kerana banyak kerjanya akan tertangguh nanti. Dia memandang sekeliling pusat beli belah itu, sungguh ramai orang yang berkunjung ke situ untuk membeli belah.Nalia yang berjalan, tiba-tiba berhenti di depan sebuah kedai barangan kanak-kanak. Dia mencapai stoking bayi yang berwarna merah jambu. Sungguh comel stoking itu.

“Amboi, dah tak sabar nak dapat baby ke?”Gurau Ariani sambil tersengeh. Nalia tergelak kecil lalu meletakan semula stoking kecil itu. Sudah setahun lebih dia berkhawin, namun tiada tanda-tanda lagi yang dia akan mendapat cahaya mata. Mungkin bukan rezekinya lagi.Dalam masa dua bulan ini, dia hanya bersabar dengan kerenah Hisyam yang semakin hari semakin jauh darinya hingga kadang-kadang dia merasakan yang dia sudah tidak hidup di hati lelaki itu. Nasib baik ada Ariani yang sering menceriakan hidupnya yang semakin pudar dari sehari demi sehari. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan nanti. Adakah hubungannya dengan Hisyam akan terus utuh jika berterusan begitu.Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu walaupun hatinya sering di hiris dengan sembilu.

“Aku tengok je, lagipun comel sangat stoking tu”Beritahu Nalia.

“Weh aku nak beli topup kejap, kau tunggu sini okey”Minta Ariani. Nalia hanya mengganguk. Bila rakannya itu mula berlalu pergi, Nalia masuk lebih dalam untuk melihat barangan bayi yang begitu menarik minatnya. Semuanya cantik-cantik dan perasaan ingin menimang anak semakin menebal di hatinya.Ketika dia leka meneliti baju-baju bayi,matanya terhenti pada seorang wanita yang berada tidak jauh darinya dan wanita itu begitu leka memilih kasut untuk bayi. Bila di teliti dengan lebih dalam, dia kenal wanita itu. Dia meneliti pula tubuh wanita itu dan ada sesuatu yang pelik. Wanita itu mengandung...
Timbul perasaan curiga di hatinya.Ketika dia leka memandang di sebalik rak yang meletakkan baju bayi, dia tergaman seketika bila Hisyam mula mendekati wanita mengandung itu dan kelihatan beberapa helai baju bayi di tangan suaminya. Untuk apa Hisyam berada di situ sekarang dan memilih pakaian untuk anak dalam kandungan wanita itu. Tidak ada suamikan wanita itu hingga terpaksa meminta suaminya membeli semua itu.Langsung tidak lojik bila mereka berdua-duaan tanpa sebarang ikatan. Jika orang lain memandang mereka sekalipun, pasti orang akan syak yang mereka berdua suami isteri.Air matanya sudah tidak boleh di bendung lagi. Kalau bukan di tempat awan, sudah lama dia tampar muka mereka berdua. Oleh kerana tidak mahu membuat kecoh di situ, dia terus melulu keluar dari situ. Ketika dia baru ingin melepasi pintu keluar, tubuhnya terlanggar dengan seseorang.

“What happened? why do you cry?” Soal Ariani cemas bila melihat Nalia sedang mengesat air mata. Nalia tidak menjawab sebaliknya terus berlari keluar dari situ. Ariani mula kebingungan dan ketika dia ingin keluar juga dari situ dia terpandang pasangan yang sedang membayar barang-barang di kaunter. Hisyam...Bisik hati kecilnya. Kini dia sudah tahu kenapa Nalia menangis dan lari dari situ. Dia memang tidak boleh bersabar lagi. Sudah banyak cerita yang dia dengar pasal Hisyam dari rakannya itu. Dengan beraninya dia ingin melangkah, namun tangannya di tarik dari belakang. Kelihatan Nalia yang menarik laju dia keluar dari situ.

“Nalia, kenapa dengan kau ni?” Marah Ariani bila rakannya itu telah membantutkan niatnya untuk berhadapan dengan mereka berdua.Nalia melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan untuk pengunjung bila dia merasakan yang dia sudah jauh dari kedai barangan bayi itu. Ariani mula tidak berpuas hati dengan tindakan rakannya menarik tangannya tadi.Di labuhkan punggungnya di sebelah Nalia.

“ Kau jangan tambah masalah aku lagi Ariani. Cukuplah dengan masalah sekarang ini”Ucap Nalia sambil tunduk.

“Aku bukan nak tambah masalah kau, tapi aku nak selesaikan masalah kau. Dari kau menangis saja, baik kau berdepan dia suami kau. Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Sampai bila kau nak hidup dalam penipuan Hisyam. Dekat sini kau menangis, tapi dia seronok dengan perempuan lain.Apa semua ini” Marah Ariani. Geram sungguh dia dengan tindakan rakannya itu.Semakin laju air mata Nalia mengalir.

“Aku tak sanggup kehilangan dia Ariani. Macam mana kalau tiba-tiba dia tinggalkan aku sebab aku dah tahu rahsia dia dan dia pilih perempuan tu. Kau tahu kan yang aku sayangkan dia”Luah Nalia dalam tangisan. Ariani mengelengkan kepalanya. Memang dia yakin dengan cinta Nalia pada Hisyam, tetapi dia mula tidak yakin yang lelaki itu cintakan rakannya sepenuh hati bila melihat kejadian tadi.

“Habis kau nak terus hidup dalam penderitaan ini. Kalau kau berdepan dengan mereka berdua, sekurang-kurangnya kau dapat penjelasannya dan kenapa dia buat kau macam ini. Nalia, pleaselah jangan jadi bodoh. Dulu kau tak macam ini, tapi selepas kau jatuh cinta pada Hisyam, kau terus jadi orang lain. Fikirlah Nalia, ini semua demi kebaikan kau” Nasihat Ariani lagi. Nalia mengeluh berat. Memang benar apa yang dikatakan rakannya itu, namun dia masih tidak boleh berdepan dengan mereka berdua. Jika Hisyam di beri pilihan pasti lelaki itu akan memilih wanita itu kerana wanita itu mengandung. Dia tidak sanggup menghadapi semua itu nanti.

**********

‘Lia nak lunch dengan abang hari ini dekat luar’

Itulah pesanan ringkas dari Nalia pagi tadi. Hisyam meneliti jam di atas meja kerjanya dan sudah tiba waktunya dia keluar makan tengah hari. Pelik sungguh dia dengan pesanan ringkas dari isterinya yang tiba-tiba ingin keluar makan bersama dengannya sedangkan selama ini Nalia akan menyuruhnya makan tengah hari di rumah sahaja. Isterinya juga berkelakuan pelik dua tiga hari ini. Wanita itu melayannya seperti seorang raja dan semua kemahuannya dituruti tanpa menbantah sekali pun. Dia terus menutup fail yang berada di depannya lalu mencapai kunci kereta, dompet dan telefon lalu melangkah keluar dari bilik kerjanya. Ketika dia keluar dari situ, dia bertembung dengan ayah mentuanya yang juga seperti ingin keluar makan tengah hari.

“Nak lunch ke papa?” Soal Hisyam. Dato’Kamarul hanya mengganguk.

“Papa nak jumpa Dato’Hong, jomlah join papa”Ajak Dato’Kamarul. Kini Hisyam pula mengelengkan kepala.

“Syam dah janji nak keluar makan dengan Nalia.”Beritahu Hisyam.

“Okeylah papa pergi dulu.”Dato’Kamarul menepuk bahu menantunya sebelum berlalu pergi. Hisyam ke meja setiausaha dulu sebelum keluar dari situ. Di arahkan pada wanita itu supaya menyuruh tukang sapu membuang sampah yang berada di dalam bilik kerjanya. Dia tiba di tempat yang di janjikan tepat pada masanya. Kelihatan Nalia sudah memesan makanan dan hanya menunggu dia tiba sahaja.

“Sayang...”Panggil Hisyam. Nalia tersenyum manis bila suaminya sudah mula duduk di kerusi berhadapan dengannya.

“ Mana sayang tahu abang nak makan nasi ayam hari ini?” Soal Hisyam sambil memandang makanan di depannya dengan penuh berselera. Tidak sabar rasanya untuk menjamah makanan itu. Sudah dua hari dia mengindam ingin makan nasi ayam,bukan dia tak mampu tetapi dia memang tidak sempat untuk membelinya.Nalia hanya tersenyum manis. Dia tahu suaminya ingin makan nasi ayam bila dia mendengar Hisyam bercakap pasal nasi ayam ketika tidur. Dia tahu pasti suaminya itu teringat sangat-sangat untuk menjamah makanan itu.

“Sayang tak makan ke?” Soal Hisyam bila dia melihat hanya segelas jus oren sahaja yang berada di depan isterinya.Nalia mengelengkan kepala.

“Lia nak teman abang makan sahaja. Lia dah makan tadi.”Beritahu Nalia sambil tersenyum. Hisyam mengerutkan dahinya dengan jawapan itu. Dia pelik dengan pandangan isterinya itu.

“Kata nak lunch dengan abang, kenapa sayang makan dulu”

“ Alah sama je. Makan okey”Pujuk Nalia. Hisyam kembali tersenyum dan terus mencapai sudu dan galfu. Tidak sabar-sabar untuk dia menjamah makanan itu. Ketika sudu baru sahaja menyeduk nasi di dalam pinggan, deringan telefon membantutkan niatnya untuk menyuap nasi ke dalam mulut. Di seluk poket seluarnya dan dia terus mengeluarkan telefon. Berkerut dahinya bila menerima panggilan dari Atifa apatah lagi ketika dia sedang berhadapan dengan isterinya ketika ini. Nalia hanya memandang dan dia sudah tahu itu panggilan dari siapa, namun dia tetap buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sayang, kejap tau...”Minta Hisyam sebelum berlalu pergi.Nalia mengeluh berat. Di pandang nasi yang belum sempat di suap ke mulut itu. Memang sedih sungguh bila melihat makanan yang di tinggalkan tanpa langsung di jamah. Dia tahu kini Hisyam lebih pentingkan perempuan itu berbanding dia.Dia mencapai tag tangannya lalu menuju ke kaunter pembayaran.Dia juga memesan pada pekerja restoran tersebut supaya memberitahu Hisyam yang dia sudah balik selepas lelaki itu kembali semula ke tempat tadi. Dia tidak boleh menunggu lebih lama lagi di situ. Dia sudah dapat mengangak yang Hisyam pasti tidak akan berpatah balik padanya semula.

Selepas talian di matikan, Hisyam terus keluar dari tandas restoran lalu menuju ke meja yang di dudukinya tadi. Liar matanya mencari kelibat Nalia, namun tidak kelihatan hinggalah seorang pelayan dari menemuinya dan memberitahunya bahawa Nalia sudah balik dan makanan itu telah siap di bayar. Hisyam mengeluh berat. Bersalah pula dia pada isterinya itu. Di terus menelefon Nalia sebaik sahaja keluar dari situ.

“Hello sayang, kenapa balik tak tunggu abang?” Soal Hisyam bila panggilannya sudah dijawab.

“Lia sakit perut sebab itu Lia balik dulu. Maaf tak bagitahu abang”
Hisyam menarik nafas lega sedikit dari tadi.

“Sayang okey ke?” Risau pula dia dengan isterinya itu. Sakit perut bukan perkara yang boleh di bawa main-main walaupun itu hanya sakit yang kecil.

“Okey dah...”Balas Nalia sambil lewa.

“Okeylah jumpa dekat rumah ya sayang.” Hisyam terlebih dahulu mematikan talian. Dia harus kembali ke pejabat kerana waktu makan tengah hari sudah tamat. Tidak sangka begitu lama dia bercakap di talian tadi. Perutnya benar-benar terasa lapar, namun dia harus segera balik ke pejabat kerana ayah mentuanya menghantar pesanan ringkas dan menyuruhnya terus masuk pejabat selepas makan.


******
Hisyam menyandarkan tubuhnya pada sofa selesai selepas makan malam tadi. Sedap sungguh masakan Nalia hingga dua kali dia tambah nasi. Kalau di ikutkan hati dia tidak boleh berhenti dari terus makan, namun kerana takut perutnya terlalu penuh, dia berhenti dari makan. Matanya dia meneliti rancangan di televisyen dan sesekali dia berpaling ke arah dapur. Kelihatan isterinya sedang menolong bibik mengemas di meja makan. Bila Nalia perasan yang dia sedang diperhatikan dia tersenyum manis. Hisyam pula mengeyit mata pada isterinya. Nalia menunjukan isyarat supaya menunggu sebentar. Hisyam mengembalikan pandangannya pada televisyen dan tidak sampai lima minit Nalia sudah berada di sebelahnya. Di peluk tubuh suaminya yang sedang menyandar pada sofa sepuas-puasnya. Dia akan rindukan pelukan itu nanti.Hisyam membiarkan sahaja pelukan itu dan dia memang suka bila Nalia memeluknya kerana dia tahu wanita itu sayangkan dirinya.

“ Kenapa dua tiga hari ini sayang manja sangat dengan abang ni?” Soal Hisyam.Di cium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

“ Tak ada apa-apa.”Nalia memandang wajah suaminya.

“Kenapa pandang abang macam itu?” Soal Hisyam bila tubuhnya sudah mula berhadapan dengan isterinya di sofa. Di belai pipi gebu isterinya. Nalia memegan tangan Hisyam lalu di letakan di dalam pelukannya.

“ Lia nak tengok muka abang puas-puas sebab bila Lia rindukan abang, Lia boleh ingat muka abang” Ucap Nalia sambil tersenyum manis. Hampir terjatuh air matanya bila mengungkapkan kata-kata itu. Tidak terbayang di mindanya jika dia tidak lagi menatap wajah dan senyuman itu.

“ Abang ada depan sayang tiap-tiap hari, tak perlu sayang ingat muka abang untuk lepaskan rindu. Abang akan sentiasa di sisi sayang sampai bila-bila”Luah Hisyam pula. Nalia memang sudah tidak mampu menahan air matanya dan mutiara putih itu akhirnya mengalir laju.

“Hey, kenapa menangis pula ni”Soal Hisyam bila melihat isterinya menangis tiba-tiba.Nalia mengelingkan kepala dan tubuh suaminya di peluk sekali lagi. Dia rasa tidak mahu melepaskan pelukan itu sampai bila-bila.

“Sayang ,abang nak bagitahu sesuatu yang penting sangat”Beritahu Hisyam. Nalia melepaskan pelukan dan memandang wajah suaminya. Dia sudah tahu pasti suaminya ingin memberitahu tentang wanita yang mengandung itu. Pasti semakin sakit hatinya bila Hisyam akan memberitahu bahawa wanita itu madunya dan anak yang bakal lahir itu anak tirinya.Dia tidak mahu dengar semua itu.

“Sebenarnya...”
Belum sempat Hisyam menghabiskan ayatnya, Nalia meletakan jari telunjuknya pada mulut Hisyam supaya tidak meneruskan percakapan. Dia tidak mahu sakitkan lagi hatinya dan dia tidak mahu tahu semua itu.

“Lia dah tahu abang.”Beritahu Nalia walaupun dia tidak berapa yakin dengan apa yang sedang berlaku sebenarnya.Hisyam mengerutkan dahinya seperti pelik dengan apa yang dikatakan Nalia.

“Mana Lia tahu?” Soal Hisyam.

“Lia tak nak dengar dan tahu pasal dia sekarang ini.Kita cerita pasal benda lain boleh?”Minta Nalia. Dia tidak mahu merosakan malam yang sedaya upaya dia ceriakan itu. Hisyam mengerti dan mengganguk perlahan-lahan.

“ Apa kata kita tambah memory pasal kita malam ini”Bisik Hisyam di telinga isterinya selepas sekian lama suasana sepi tanpa perbualan. Nalia mengerutkan dahi tanda tidak tahu di sebalik maksud kata-kata itu.Hisyam terus mengangkat isterinya hingga Nalia terjerit kecil. Di dukung isterinya hingga ke bilik lalu di baringkan Nalia pada tilam.

“ Memory antara kita berdualah sayang...”Beritahu Hisyam sambil melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Ketika baru sahaja Hisyam ingin mencium leher Nalia, tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Nalia terus menarik lembut tubuh Hisyam supaya tidak turun dari katil untuk menjawab panggilan telefon yang berada di atas meja mekap.

“ Tolong untuk kali ini jangan biarkan orang lain ganggu memory kita”Minta Nalia. Hisyam terpaksa akur. Dia membiarkan sahaja telefon itu berdering walaupun seribu kali kerana kini dia hanya ingin bersama insan yang begitu dicintainya. Biarlah malam itu menjadi malam istimewa antara mereka berdua.


**********
Hisyam membuka matanya bila dia merasakan yang hari semakin cerah. Selepas solat subuh bersama dengan Nalia pagi tadi dia menyambung tidur semula. Hanya hari-hari minggu begitu sahaja dia boleh tidur lebih lama. Tangannya merasa tilam di posisi tidur Nalia dan ternyata wanita itu sudah tiada. Dia tahu pasti wanita itu berada di bawah bersama dengan bibik. Isterinya itu memang suka berborak dengan wanita dari indonesia itu. Dia turun dari katil dan terus mencapai tuala di penyidai dan menuju ke bilik air. Dia harus mandi sebelum meneruskan kehidupan seharian.Selesai mandi, dia menuju ke meja mekap selepas seluar pendek di dan baju tanpa lengan yang berwarna putih di sarungkan ke badan. Dia menuju ke meja mekap isterinya dan mencapai sikat rambut. Dia harus menyikat rambutnya terlebih dahulu supaya kelihatan lebih kemas. Ketika dia meletakan sikat di posisi asal, dia melihat sekeping surat yang tertulis namanya yang di lapit pada botol minyak wangi. Dia terus mencapainya lalu membuka surat tersebut.


‘Semua baju kerja abang Lia dah gosok dan semuanya ada dalam almari.Semua kasut abang Lia ada simpan dalam almari kasut dekat depan pintu besar. Kalau abang nak makan minta dengan bibik, Lia tak sempat nak masak untuk abang. Tolong ubah perangai abang yang tak suka sidai tuala lepas guna. Selepas ini tiada siapa akan ingatkan abang lagi.’


Hisyam tersenyum manis. Jika Nalia menulis nota sebegitu, pasti wanita itu telah keluar rumah lebih awal darinya. Dia memandang pada tuala yang berada di birai katil. Dia memang selalu lupa untuk sidai semula selepas guna. Dia terus mencapai tuala tersebut lalu di sidaikan di tempat yang di khaskan untuk tuala. Isterinya memberi tempat penyidai itu untuk memudahkan dia menggunanya, namun dia tetap dengan perangainya hingga beberapa kali juga dia dimarahi kerana itu.Namun marah Nalia tidaklah lama kerana pasti wanita itu akan meminta maaf padanya pula. Ketika dia ingin meletakan surat dan sampul itu di atas meja, dia terpandang satu lagi surat yang berada di dalam sampul itu. Tadi dia langsung tidak perasan yang di dalam sampul itu ada dua surat. Dia membuka surat yang kedua pula saat punggung sudah di labuhkan di kerusi yang berada di serambi bilik. Selalunya, Nalia orang yang paling suka duduk di situ.

Untuk suamiku tercinta...

Abang...Lia minta ampun dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Halalkan segala makan minum Lia selama kita tinggal bersama. Lia tahu, berdosa seorang isteri keluar tanpa kebenaran suami, tapi Lia tiada pilihan lain.

Lia gembira sangat bila tiba hari ulang tahun perkhawinan kita yang pertama. Kalau boleh Lia nak bagitahu semua orang dekat dalam dunia ini yang Lia sayangkan abang. Tapi apa yang abang buat masa itu. Abang tak lupa tarikh penting kita berdua. Lia maafkan abang sebab Lia sayangkan abang dan Lia kena faham dengan keadaan itu.

Saat ulang tahun kelahiran Lia tiba, sekali lagi abang lupa tentang itu.Lia masih boleh maafkan abang bila abang mohon maaf sebab Lia sayangkan abang. Abang kena tahu yang Lia memang sayangkan abang.Tipulah kalau Lia tak pernah rasa sakit hati dengan perbuatan abang.Lia dah tak kenal siapa suami Lia. Abang bukan lelaki yang Lia kenal dulu.Abang dah banyak berubah. Lia nak suami Lia semula dan bukannya Hisyam yang sekarang.

Tapi satu perkara yang Lia tak boleh maafkan abang lagi. Lia tak sanggup menghadapinya sendirian dan Lia memang tak boleh teruskan semua ini. Lia minta sangat-sangat pada abang, tolong jangan datang cari Lia. Bagilah ruang untuk Lia fikirkan tentang kita. Terima kasih untuk semua penipuan abang selama ini. Lia tahu Lia bukan wanita yang baik untuk abang. Lia malukan abang selama ini. Terima kasih kerana terima Lia walaupun abang tahu kehidupan sosial Lia dulu..Lia terima dengan hati yang terbuka sebab LIA SAYANGKAN ABANG SAMPAI MATI.

Daripada,
Putri Nalia Battrisya.

Hisyam mengumpal surat di tangannya lalu di campak ke lantai. Tidak sangka perlakuannya selama ini telah menguris hati Nalia. Entah bila air mata lelakinya mengalir turun.Selama ini dia takut kehilangan wanita itu dan hari ini dia telah kehilangan orang yang di sayanginya. Nalia telah pergi begitu sahaja dalam hidupnya. Petutlah Nalia begitu baik padanya beberapa hari ini, rupa-rupanya wanita itu ingin meninggalkannya.

“Nalia!!!” Jerit Hisyam kuat sambil menumbuk tilam. Dia tidak boleh kehilangan wanita itu kerana dia terlalu sayangkan isterinya. Dia mengesat air matanya lalu menuju ke almari. Di capai bajunya lalu di saut ke badan. Laju sahaja kakinya berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur.

“Bik tahu tak puan pergi mana?”Soal Hisyam pada pembantu rumahnya itu. Bibik hanya mengelengkan kepala tanda tidak tahu kerana dia baru sahaja balik dari pasar. Hisyam memang tidak boleh berlama lagi, dia terus keluar dari rumah itu. Laju sahaja dia memecut kereta proton perdanannya keluar dari perkarangan rumah itu. Dia harus segera mencari Nalia sebelum wanita itu semakin jauh darinya walaupun dia sendiri tidak tahu di mana dia ingin memulakan percarian apatah lagi Malaysia bukannya kecil. Berkemungkinan juga wanita itu ke luar negara.Dia mula kebingungan dan sejak dari tadi lagi kereta hanya meronda-ronda di bandar besar itu tanpa hala tuju yang sebenarnya. Dia menelefon kedua-dua mentuanya, namun mereka juga tidak tahu kemana Nalia pergi. Risau sungguh mereka berdua bila diberitahu tentang anak mereka. Dia tidak mahu menelefon maknya di kampung kerana tidak mahu wanita itu risau tentang masalahnya sekarang.Ketika dia melintas di depan sebuah restoran, dia ternampak kelibat rakan Nalia iaitu Ariani. Cepat-cepat di hentikan keretanya di tepi jalan lalu dia berlari mengejar Ariani yang semakin jauh darinya.

“Ariani!!!”Panggil Hisyam. Wanita itu juga serba merta berpaling ke belakang.Tercungak-cungak Hisyam berlari hingga ke arah Ariani. Wanita itu memandang pelik mukanya.

“Ariani, saya nak tanya awak tentang Nalia.” Minta Hisyam.

“Kenapa dengan Nalia?” Soal Ariani sambil lewa. Dia bencikan lelaki itu kerana pernah mengecewakan hati rakannya.

“Awak tahu tak Nalia pergi mana? Dia lari dari rumah”Beritahu Hisyam.

“What!!! Lari dari rumah?” Ariani terkejut dengan apa yang baru dikatakan lelaki itu. Hisyam mengganguk laju.

“Ah, padamlah muka you, puas hati you sebab dah berjaya sakitkan hati dia”Sindir Ariani. Memang geram sungguh dia dengan Hisyam.

“Saya tahu memang salah saya sebab abaikan dia selama ini.Pleaselah Ariani bagitahu saya kemana Nalia pergi.”Rayu Hisyam. Dia memang tahu salah dia kerana mengabaikan Nalia selama ini.

“Kenapa sibuk cari dia pula, pergilah cari perempuan tu” Sindir Ariani lagi.Hisyam mengeluh berat.

“Perempuan mana ni, saya tak faham...”Hisyam memang tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Ariani itu.Dia sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan Nalia dalam surat tersebut. Nalia seperti menuduhnya mempunyai perempuan lain

“Perempuan yang you bawa pergi shopping barang baby tulah. Nalia nampak you dengan perempuan tu dekat kedai barangan baby hari tu.”Beritahu Ariani. Hisyam mengerutkan dahinya dan mengingatkan kejadian itu.Dia menepuk dahinya beberapa kali. Ariani masih berpeluk tubuh dengan muka yang begitu bengis.

“Ya Allah, Ariani. Itu kawan saya, bukannya teman wanita saya”Beritahu Hisyam.

“Jangan nak tipu, Nalia cakap yang itu ex-girlfriend you. Tak ada hubungan konon, kalau tak ada apa-apa kenapa sampai bawa shopping bagai. Dia dah tak ada laki ke?” Marah Ariani. Dia memang tak boleh terima alasan Hisyam itu.

“Okey fine, dia memang ex-girlfriend saya, tapi saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Dia dah bercerai dengan suami dia dan saya sebagai kawan hanya tolong sahaja.”Hisyam mempertahankan dirinya.Tidak sangka Nalia boleh tersalah anggap tentang dirinya.Dia hanya menolong rakannya dalam kesusahan.

“Hello En.Hisyam, macamalah dia tak ada family sampai you kena tolong dia. Kalau dia kawan you kenapa you tipu Nalia?” Soal Ariani lagi. Dia langsung tidak perduli pandangan orang yang lalu lalang di situ.

“ Tipu apa ni?” Hisyam semakin tidak mengerti.

“Nalia nampak you dengan perempuan tu dekat tempat letak kereta. Masa itu bila dia call you, you cakap you dekat office sedangkan masa itu you dengan perempuan tu.Banyak kali you tipu dia. I ni malas nak mengungkit semuanya”Cerita Ariani. Dia tahu semua cerita itu pun dari Nalia sendiri. Memang dialah tempat untuk Nalia mengadu semua masalah. Hisyam memang rasa bersalah kerana sudah banyak kali dia menipu isterinya.Dia bukan tidak mahu memberi tahu, tetapi dia ingin memberitahu pada masa yang sesuai kerana Atifa itu bekas teman wanitanya. Pasti sukar untuk isterinya terima.

“Kalau betul you tak ada apa-apa hubungan kenapa perlu sembunyikan semua itu dari Nalia?” Sambung Ariani lagi.

“Semalam ini nak bagitahu dia, tapi dia tak mahu saya cakap. Dia sendiri cakap yang dia sudah tahu tentang apa yang saya akan cakapkan. Saya ingat dia sudah tahu pasal saya dengan wanita itu.” Beritahu Hisyam.Memang niatnya untuk memberitahu Nalia tentang Atifa, namun wanita itu sendiri yang memberitahunya yang dia sudah tahu. Dia ingatkan Nalia tahu tentang keadaan Atifa yang menyebabkan dia perlu memberikan perhatian lebih, namun sangkaannya meleset. Nalia salah faham dan menggangap dia ada hubungan dengan Atifa. Sedangkan dia hanya membantu Atifa kerana wanita itu perlukan pertolongannya. Atifa sedang mengandung dan wanita itu tidak mahu sesiapa pun tahu termaksuklah orang tuanya di kampung.

“ Dia cakap yang perempuan itu isteri you apatah lagi bila perempuan itu mengandung. Dia sedih sangat sebab dia tak dapat beri you zuriat hingga menyebabkan you berpaling dari dia.”Cerita Ariani pula.

“Ya Allah, apa yang aku buat ni...”Hisyam mula kesal dengan perbuatannya. Dia tidak sepatutnya mengetepikan Nalia dalam hal ini. Kini nasi sudah menjadi bubur. Nalia sudah pergi dari hidupnya.

“ Kenapa you simpati sangat pada perempuan tu?” Soal Ariani ingin tahu.Hebat sangat ke perempuan tu hingga lelaki itu boleh mengabaikan wanita secantik Nalia begitu sahaja.

“ Dia ada barah tahap 3 Ariani. Dia tak nak ibubapanya tahu soal itu, so saya yang jaga dia selama ini. Dekat sini dia tak ada sesiapa pun selain saya. Tak sangka pula perkara macam ini boleh berlaku. Saya tak nak bagitahu Nalia sebab saya takut dia cemburu dan tak bagi saya jaga Atifa.”Cerita Hisyam lagi. Ariani mengeluh berat. Tidak sangka rakannya itu telah tersalah anggap.

“Ariani, awak tahu Nalia pergi mana?” Rayu Hisyam lagi. Ariani mengelengkan kepala tanda dia tidak tahu kemana rakannya itu pergi. Hisyam mengeluh berat.

“I memang tak tahu dia pergi mana tapi I akan cuba usaha cari dia. Rasa rasa dia dah salah anggap dengan you. Dia ingat yo dah tak sayang dia.” Ariani mula sedar yang dia juga tersalah anggap pada lelaki itu. Tidak sepatutnya dia menuduh tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Saya sayang dia seorang sahaja Ariani, awak kena tolong saya cari Nalia”Minta Hisyam. Ariani hanya mengganguk. Hisyam tidak ada masa untuk terus berlama di situ. Dia ada meminta wanita itu pergi berjumpa dengan Atifa sendiri jika tidak percaya dengan kata-katanya. Laju sahaja kakinya berlari menuju ke kereta semula dan meninggalkan Ariani begitu sahaja.Kedengaran deringan telefon saat dia masuk ke dalam kereta semula. Dia mencapai telefonnya bila nama ‘Syafik’ tertera di skrin.

“Hello Afik...”Sapa Hisyam dalam kelemahan. Satu hari dia mencari Nalia, namun jejak wanita itu langsung tidak dapat dikesan.

“Weh Syam, kau dekat mana?” Soal Afik.

“Kenapa?” Soal Hisyam tanpa menjawab soala dari rakannya itu apabila dia dapat mendengar suara cemas Syafik itu.

“Atifa masuk hospital”Beritahu Syafik. Hisyam seperti tergaman seketika. Kini satu masalah pula lain pula yang timbul.

“Kejap lagi aku sampai”Hisyam tidak ada pilihan lain. Dia harus pergi ke hospital dan barulah boleh meneruskan percariannya. Lagipun dia tidak tahu di mana lagi dia harus mencari isterinya itu.Laju sahaja dia memecut keretanya menuju ke hospital.

Setibanya di hospital, dia terus mencari rakannya dan kelihatan Syafik sedang bercakap dengan seorang jururawat tidak jauh darinya.Dia terus mendapatkan lelaki itu.

“Afik, macam mana dengan Atifa?” Soal Hisyam cemas.Syafik mengarahkan jururawat itu berlalu pergi selepas Hisyam sampai.

“ Aku tak tahu sebab bukan aku yang rawat dia sekarang.”Beritahu Syafik. Itu bukan bidangnya. Lagipun dia doktor pakar mata, bukan doktor sakit puan. Dia mengarahkan Hisyam duduk terlebih dahulu dan menunggu doktor yang merawat Atifa keluar.Syafik juga melabuhkan punggungnya di sebelah rakannya. Hisyam meraut mukanya beberapa kali sambil. Sudahlah dia risaukan isterinya, kini di tambah pula dengan masalah Atifa.

“Kau ada masalah?” Soal Syafik ingin tahu bila melihat wajah rakannya yang begitu serabut sekali.Hisyam menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Di tarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan-lahan.

“Nalia lari dari rumah...”Itu sahaja yang mampu di ungkap Hisyam ketika itu. Bulat mata Syafik bila mendengarnya. Baru semalam rakannya itu bercerita yang dia sedang berbahagia dengan Nalia, dan tiba-tiba hari ini wanita itu lari dari rumah pula. Pelik sungguh kehidupan pasangan itu. Kejap okey dan kejap tak okey.

“Apa yang berlaku?”

“ Dia fikir aku ada hubungan dengan Atifa. Dia nampak aku keluar dengan Atifa selama ini. Aku tak sangka perkara ini boleh jadi seteruk ni.”Kesal Hisyam lagi. Dia tidak habis-habis menyumpah dirinya sendiri kerana terlalu bodoh dalam menyelesaikan masalah. Sepatutnya dia memberitahu Nalia lebih awal tentang itu.Syafik menepuk bahu rakannya untuk memberi semangat.

“Sabar Syam. Kau kena banyak bersabar.”Nasihat Syafik.Ketika dia sedang leka melayan perasaan, seorang doktor perempuan keluar dari bilik kecemasan dan melangkah ke arah kami.

“Siapa suami puan Atifa?” Soal doktor tersebut.

“ Dia tak ada suami, tapi saya kawan dia”Beritahu Hisyam.Syafik menarik tangan doktor wanita itu supaya lebih jauh sedikit dari Hisyam. Dia ingin bincangkan sesuatu dengan doktor wanita itu. Lagipun dia kenal doktor sakit puan itu.Beberapa minit baru mereka berdua kembali ke arah Hisyam.

“En.Hisyam perlu tanda tangan persetujuan pembedahan puan Atifa”Beritahu doktor wanita itu.Hisyam seperti terkejut dengan apa yang diberi tahu padanya. Kenapa Atifa perlu di bedah sedangkan belum masanya lagi untuk Atifa bersalin. Kandungan itu baru sahaja 7 bulan.

“Kenapa perlu bedah doktor?” Soal Hisyam.

“Keadaan puan Atifa sangat lemah dan demi menyelamatkan baby, saya kena jalankan pembedahan itu.”Beritahu doktor tersebut sebelum berlalu pergi. Hisyam terduduk di kerusi semula. Lemah longlai kakinya ketika itu.

“Tubuh Atifa lemah untuk tampung kandungannya.”Beritahu Syafik. Hisyam hanya mengganguk tanda mengerti.

“Kau tak nak bagitahu family Atifa ke pasal hal ini?” Soal Syafik.

“Atifa pernah bagitahu aku banyak kali yang dia tak nak familynya tahu tentang kandungannya sebab dia tak nak susahkan family dia lagi. Kalau dia mati sekalipun,dia nak family dia tahu tentang dia sahaja dan bukan tentang anaknya. Dia minta aku letak anaknya di rumah anak-anak yatim.”Beritahu Hisyam. Dia masih ingat lagi pesan Atifa padanya. Sudah banyak kali wanita itu mengingatkan dia tentang itu. Dia memang tidak sampai hati, tetapi dia memang tidak mahu melanggar janji.

“Perlu ke kau ikut kata-kata Atifa saat dia kratikal ni?” Soal Syafik lagi. Hisyam terdiam sejenak hinggalah doktor wanita itu kembali semula ke arahnya sambil membawa surat yang perlu di tandatanganinya.


********
Saat bayi lelaki itu dilahirkan, Hisyam yang mengazankan anak kecil itu. Sungguh kecil bayi itu kerana di lahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa di letakan di dalam inkubator buat sementara waktu kerana masih tidak boleh bernafas dengan sendirinya. Selesai sahaja mengazankan bayi kecil itu, Hisyam menuju ke bilik yang menempatkan Atifa. Kelihatan seluruh tubuh wanita itu di saluti dengan wayar dan sungguh tersentuh dia dengan keadaan Atifa ketika itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan katil Atifa bila melihat wanita itu membuka mata. Kedengaran nafas Atifa yang tersekat-sekat di dada. Dia terpaksa memberitahu keluarga Atifa tentang hal itu kerana dia memang sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi. Keadaan Atifa semakin teruk dan ibubapa wanita itu harus tahu.

“Syam...”Panggil Atifa lemah dan kelihatan air mata mengalir keluar dari mata wanita itu. Hisyam tahu penderitaan Atifa ketika ini.

“ Ati dapat anak lelaki,comel sangat”Beritahu Hisyam. Dia masih ingat muka anak kecil yang berkacukan luar negara itu. Sungguh comel sekali.Hisyam melihat wajah Atifa yang seperti begitu susah untuk tersenyum.

“Syam minta maaf sebab terpaksa memberi tahu family Atifa tentang hal ini. Mereka sepatutnya tahu lebih awal tentang hal ini.”Beritahu Hisyam. Dia semakin bersalah bila tidak memberitahu keluarga wanita itu tentang keadaan Atifa ketika ini. Atifa hanya mengeluh berat.

“Syam tak perlu minta maaf. Syam dah banyak tolong Ati. Ati nak jumpa Nalia”Minta Atifa dalam lemah. Hisyam seperti tergaman seketika saat wanita itu ingin berjumpa dengan isterinya sedangkan selama ini tidak kenal siapa Nalia.

“Untuk apa?” Soal Hisyam ingin tahu.Tiba-tiba Atifa menangis sampai tersekat-sekat nafasnya.

“ Ati nak minta maaf dengan Nalia sebab Ati yang sebarkan gambar-gambar Nalia dalam internet. Ati menyesal sangat-sangat”Beritahu Atifa. Dia memang menyesal dengan perbuatannya itu. Dulu dia berbaik dengan Jefri hanya untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut bila dia tahu lelaki itu memiliki gambar yang dapat memalukan Nalia.Hisyam terdiam sejenak. Seperti tidak percaya yang Atifa dalang semua itu. Selama ini dia mencari manusia yang telah memalukan keluarganya dan ternyata Atifa adalah orangnya. Oleh kerana melihat keadaan Atifa itu, Hisyam tidak boleh memarahi wanita itu kerana dia tidak mahu menambah masalah lagi. Biarlah perkara itu berlalu pergi begitu sahaja.

“Nalia hilang dan Syam tak tahu dia kemana”Beritahu Hisyam kesal. Semakin kuat tangisan Atifa ketika itu. Dia memang benar-benar menyesal dan dia takut tidak sempat memohon maaf dari wanita itu.

“Sudahlah Ati, semua itu sudah lama berlalu. Lupakan, Syam tahu yang Nalia sudah maafkan semua perbuatan Ati”Hisyam cuba meredakan keadaan. Dia tidak mahu wanita itu terus begitu kerana itu pasti akan menjejaskan tahap kesihatan Atifa. Dia berharap yang suatu hari nanti, Nalia akan muncul dalam hidupnya semula.


********
“Tok Haji dengan Joe boleh tidur dalam bilik sana”Tunjuk Hisyam ke arah sebuah balik yang berada di tingkat bawah. Selepas sahaja selesai sesi lawatan di hospital, Hisyam membawa mereka semua pulang ke rumahnya dan hanya tinggal ibu Atifa sahaja di hospital untuk menjaga wanita itu.Mak dan adik-adiknya juga turut datang dari kampung demi melawat Atifa. Setelah melihat mereka semua sudah kepenatan, Hisyam mengarahkan mereka semua masuk tidur sahaja dan esok pagi mereka semua akan bertolak ke hospital semula.

“Mak dengan Dayah tidur balik dekat tingkat atas. Azam pula tidur dekat bilik sebelah bilik mak dengan Dayah.”Beritahu Hisyam lagi. Oleh kerana rumahnya agak besar, jadi banyaklah bilik kosong yang tidak di diami. Lagipun rumah banglo itu hanya di duduki seramai tiga orang sahaja.Mereka semua mengganguk tanda mengerti dengan apa yang sedang dikatakan Hisyam. Semuanya masih duduk di sofa ruang tamu dan langsung tidak berganjak dari situ.Kelihatan kerisuan di wajah mereka semua terutama keluarga Atifa. Dia tahu memang salahnya kerana tidak memberitahu hal tersebut lebih awal, namun itu semua atas permintaan Atifa sendiri.Nasib baik maknya tidak bertanya tentang Nalia, mungkin kerana terlalu kepenatan bila seharian berada di dalam kereta. Apatah lagi bila dia diberitahu yang jalan raya yang begitu sesak.

“Azam, bawa adik masuk tidur”Arah Hisyam. Azam hanya mengganguk lalu menarik lembut tangan Dayah menuju ke tingkat atas. Dia bernasib baik kerana sekarang ini sedang cuti sekolah dan bolehlah dia mengingkut maknya ke Kuala Lumpur.Hisyam menuju ke dapur dan kelihatan bibik sedang menjeram air.

“Bik, buatkan susu suam untuk mak saya dan yang lain buatkan teh panas sahaja”Arah Hisyam.Bibik hanya mengganguk tanda mengerti. Hisyam kembali ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di situ. Kelihatan Haji Daud sudah terlena sambil menyandarkan tubuh di sofa. Johan pula hilang entah ke mana.

“Mak,nanti bibik bagi mak susu suam. Mak minun tau. Hisyam nak masuk bilik. Syam tak solat insyak lagi.Nanti kalau mak penat, mak masuklah tidur.”Minta Hisyam. Mak Timah hanya mengganguk. Dia juga tidak bersemangat untuk bercakap lagi bila memikirkan soal Atifa. Walaupun wanita itu bukan anaknya, tetapi dia sudah menggangap Atifa seperti anaknya sendiri.Hisyam melangkah ke tingkat atas dengan kaki yang lemah longlai dia mendaki setiap anak tangga. Dia mengeluh bila mengingatkan tentang Nalia. Wanita itu masih tidak ditemuinya. Sebaik sahaja tiba di bilik, dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan selesai sahaja mandi dia terus soalt insyak. Di berdoa agar Nalia segera kembali padanya. Dia membaringkan tubuhnya pada tilam dan memusingkan tubuhnya mengadap ke arah tempat yang selalu Nalia tidur. Bantal peluk yang berada di tengah terus di campak turun dari katil. Dia mengusap lembut tilam yang selalu menjadi atas tidur isterinya. Terbayang di matanya tubuh Nalia yang terbaring di sisinya sambil tersenyum manis. Dia cepat-cepat beristifar di dalam hati bila syaitan mula melalaikannya. Dia tidak boleh terlalu melayan perasaan. ‘Abang rindukan sayang...’ Ucap Hisyam hinggalah dia terlena begitu sahaja.


********
Sebulan telah berlalu dan Hisyam sudah buntu untuk mencari isterinya dan sudah seminggu juga Atifa kembali ke rahmatuallah. Dia kesal kerana tidak sempat membawa Nalia berjumpa dengan Atifa. Anak Atifa juga masih dirawat di hospital kerana belum di benarkan doktor untuk di bawa pulang.Itulah nasib anak kecil yang di lahirkan tidak cukup bulan.Dia diberi nasihat oleh Ariani supaya tidak mencari Nalia dan memberi ruang untuk wanita itu buat seketika,namun kerisuannya sering bertandang di hati. Dia sudah tidak masuk kerja selepas kematian Atifa apatah lagi dia merasakan yang tubuhnya kurang sihat dan dia sering sakit kepala. Dia malas untuk berjumpa doktor dan mengangap itu hanya sakit biasa. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bila tiba-tiba dia rasa kepalanya sakit. Dia mengurut kepalanya beberapa kali menggunakan tangannya sendiri. Jika ada Nalia, pasti wanita itu datang mengurut kepalanya.

“Kenapa tuan?” Soal bibik bila melihat majikannya seperti menahan kesakitan.

“Ambilkan ubat penadol untuk saya bik, pening kepalalah”Minta Hisyam.Bibik terus berlalu pergi ke dapur. Nasib baik ada bibik yang menjaga makan minumnya selama ketiadaan Nalia. Selalunya wanita itu lebih suka memasakan untuknya walaupun ada pembantu rumah. Hanya kadang-kadang sahaja bibik memasak untuknya.Oleh kerana Nalia tiada, Hisyam mengambil seorang tukang kebun untuk menguruskan taman mini milik isterinya itu. Nalia sukakan bunga dan boleh dikatakan sekeliling rumahnya di taman bunga-bungaan. Lagipun, tidak manis bila berdua-duaan dengan bibik di rumah itu.Tidak sampai lima minit, Bibik sudah menghulurkan satu gelas air dan satu papan penadol kepada majikannya. Hisyam terus mencapainya. Belum sempat ubat itu masuk ke dalam mulutnya, tiba-tiba tekaknya pula terasa loya, lantas dia bangun dan berlari ke dapur untuk muntahkan apa yang tersekat di tekaknya. Sakit dadanya bila terlalu kerap muntah-muntah. Sudah banyak kali dia muntah dalam bulan ini sahaja. Lemah longlai tubuhnya kerana itu.Selepas semua makanan sudah keluar dari perutnya, dia kembali ke ruang tamu lalu di penyetkan punggungnya di sofa. Dia memang terasa begitu kepenatan dan badannya benar-benar lemah. Mungkin kerana dia terlalu memikirkan tentang Nalia hingga menggangu kesihatannya. Tetapi sebelum ini, dia tidak pernah rasa begitu.Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam. Bibik terus menuju ke pintu depan untuk mengetahui siapa yang datang.

“En.Syafik datang tuan”Beritahu bibik. Hisyam hanya mengganguk tanda Syafik boleh masuk ke dalam rumah. Dia sudah selalu pesan pada bibik supaya tidak membenarkan orang sebarangan masuk ke dalam rumah.Bila pintu di buka, kelihatan rakannya masuk ke dalam rumah.

“Hey man...”Tegur Syafik sambil menyalami tangan Hisyam lalu melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Hisyam.

“Kau dah kenapa? Asal muka kau pucat?” Soal Syafik.

“Tak tahulah Afik, dalam bulan ini sahaja aku asyik muntah tak henti-henti. Pening kepala, sakit badan, aku pun tak tahu puncanya”Beritahu Hisyam.

“Kau tak pergi periksa dekat hospital ke? Manalah tahu kau ada sakit apa-apa. kratikal juga aku tengok muka kau ni”Gurau Syafik sambil tergelak kecil. Hisyam melemparkan bantal kecil yang berada di atas sofa pada muka Syafik dan seperti biasa lelaki itu mampu mengelaknya.

“Kau tak jumpa Nalia lagi?” Soal Syafik. Hisyam mengelengkan kepala sambil mengeluh berat.

“Macam-macam aku buat untuk cari dia. Aku rasa dia dah tak nak jumpa aku lagi dan dia dah benci gila pada aku.”Cerita Hisyam. Ketika itu juga dia merasa sekali lagi tekaknya loya. Entah isi perut apa lagi yang akan keluar nanti sedangkan semuanya sudah keluar. Perutnya benar-benar terasa kosong. Hisyam berlari semula ke dapur. Syafik mengelengkan kepala dan turut bangun dari situ dan menuju ke dapur.

“Jom aku bawa kau jumpa doktor. Teruk aku tengok kau ni.” Ajak Syafik. Kesian pula dia melihat rakannya itu. Dia memang seorang doktor, tetapi itu bukan kepakarannya. Dia hanya tahu tentang mata sahaja kerana dia pakar mata.

“Tak payahlah. Aku makan ubat, nanti okeylah”Dalih Hisyam walaupun sudah berapa papan dia telan ubat, namun tetap sama sahaja keadaanya.

“Banyaklah kau makan ubat. Jom pergi hospital, lagipun aku ada hal sikit nak bagitahu kau tentang anak arwah Atifa”Beritahu Syafik. Hisyam terpaksa akur dengan ajakan rakannya itu kerana dia juga ingin tahu keadaan anak arwah Atifa yang diberi nama Mohd Alif itu.

*******
“Kan aku dah cakap yang aku tak sakit.Kau tu yang tak dengar”Beritahu Hisyam sebaik sahaja keluar dari bilik rawatan. Doktor hanya mengesyaki yang dia mungkin tersalah makan ataupun masalah perhadaman.Syafik hanya mengganguk tanda mengerti. Kini dia melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya dan Hisyam pula duduk di hadapan mejanya.

“Tadi kata nak cakap pasal Alif, kenapa dengan dia?” Soal Hisyam ingin tahu.

“ Sebenarnya tak ada apa-apa pun, aku cakap macam itu just nak paksa kau datang jumpa doktor.”Beritahu Syafik sambil tersengeh.Bengang Hisyam dengan kata-kata rakannya itu.

“ Kurang asam kau Afik. Kau permainkan aku.”Marah Hisyam, namun tidaklah marah betul-betul sebenarnya.

“Dah kau macam budak kecil tak nak pergi jumpa doktor. Alif masih perlukan pemantauan dan bila doktor dah sahkan dia sudah selamat di bawa balik, baru keluarga dia boleh bawa balik.”Beritahu Syafik. Hisyam bersyukur sangat kerana bayi kecil itu sudah melepasi tahap kratikal selepas di sahkan mengalami masalah jantung. Nasib baik semuanya sudah kembali pulih dan kini hanya tinggal masalah dia dan Nalia sahaja.


********
Hisyam terus pulang ke kampungnya untuk sementara waktu. Lagipun dia sudah lama tidak balik ke situ.Nasib baik kesihatannya semakin pulih walaupun kadang-kadang dia masih muntah dan pening kepala. Ubat yang diberikan langsung tidak memberi kesan apa-apa padanya. Dia hanya berdoa agar dipermudahkan dalam segala hal termasuklah diberikan kesihatan yang lebih baik. Setiap hari dia berdoa supaya Nalia kembali padanya semula. Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam kerana jalan raya yang agak sesak. Setibanya di kampung, Hisyam terus ke ladangnya. Sudah lama dia tidak menjenguk landang itu. Walaupun hatinya masih bersedih dengan pemergian isteri tercinta, namun dia harus teruskan hidup demi orang lain. Dia harus sentiasa kuat, itulah tekadnya.

“Syam nak makan apa malam ini?” Soal Mak Timah pada anak lelakinya yang mula mengikuti dari belakang hingga ke dapur.

“Masaklah apa-apa pun mak, Syam sebenarnya tak ada selera sangat nak makan. Tak tahulah perut ni tak boleh nak terima makanan”Beritahu Hisyam sambil melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Mak Timah pula terus ke peti ais lalu mengeluarkan sayur sawi dan pucuk paku. Dia ingin gunakan pucuk paku untuk masak lemak dan sayur sawi pula dia ingin goreng bersama dengan daging.Dia tahu anak lelaki sulongnya itu memang suka masak lemak pucuk paku.

“Mak tengok kamu ni tak bersemangat saja. Kamu sakit ke?” Soal Mak Timah. Risau pula dia bila melihat keadaan anak lelaki sulongnya itu. Dia tidak mahu bertanya soal Nalia kerana takut menguris hati anaknya itu. Lagipun dia tahu kenapa wanita itu lari dari rumah.

“Syam tak sakit pun mak. Syam dah pergi jumpa doktor dan doktor cakap Syam tak sakit. Mungkin kerana masalah perhadaman.”Beritahu Hisyam. Mak Timah mengganguk tanda mengerti.

“Mak Syam nak tidur kejap. Penatlah pandu kereta tadi”Minta Hisyam.

“Pergilah Syam, bila waktu solat maghrib nanti mak kejutkan”
Hisyam terus menuju ke biliknya dan meninggalkan Mak Timah sendirian di dapur. Ketika leka memasak, tiba-tiba telinganya tertangkap ada suara yang begitu mendamaikan dan datangnya dari masjib yang berada tidak jauh dari rumahnya.

“Dah maghrib rupanya...”Ucap Mak Timah sendirian. Tidak sangka sudah lebih dari sejam dia duduk di dapur dan menyiapkan makan malam.Dia menutup suis dapur gas dan terus melangkah ke ruang tamu. Di arah Azam dan Dayah supaya mengambil wuduk dan kerana dia ingin solat berjemaah nanti. Bila ada Hisyam, lelaki itu yang akan menjadi iman. Selalunya Azam yang akan menimankan solat.Dia menuju ke bilik anak lelaki sulongnya pula dan kelihatan Hisyam begitu lena tidur. Tidak sampai hati pula untuk mengejutkan anaknya, namun dia harus mengejutkan juga kerana Hisyam pernah berpesan padanya supaya mengejutkannya ketika dia tertidur. Solat itu penting dan setiap manusia harus mengerjakannya.Di tepuk-tepuk lengan anaknya supaya bangun. Hisyam membukan matanya saat terasa tubuhnya di goyang-goyang. Begitu berat rasa kepalanya untuk di angkat, nanum dia kuatkan juga tubuhnya untuk bangun dari baring. Dia harus solat terlebih dahulu. Selesai sahaja solat berjemaah, dia menjamu selesa pula. Dia hanya makan sedikit kerana dia memang tidak ada selera. Selesai makan dia terus baringkan tubuhnya di tilam semula. Dia memang benar-benar tidak larat sekarang ini. Entah mengapa dia di timpa kesakitan sebegitu rupa sedangkan doktor mengesahkan dia sihat dan bebas dari sebarang penyakit.Ketika baru sahaja matanya ingin terlelap, dia merasakan satu sentuhan pada dadanya. Dia terus membuka matanya dan dia terus mengosok matanya beberapa kali sambil beristifar di dalam hati. Dia melihat Nalia sedang duduk di birai katilnya.Sungguh cantik wanita itu bila bertudung.

“Nalia...”Panggil Hisyam lembut dengan harapan itu memang benar Nalia dan bukan kayalannya.

“Ya abang...Ini memang Nalia...”Ucap wanita itu. Hisyam tergaman,namun dia tahu yang berada di depannya kini adalah isterinya yang sudah lama di rinduinya. Dengan pantas di memeluk tubuh isterinya untuk melepaskan rindu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada wanita itu.

“Lia minta maaf sebab tinggalkan abang macam itu sahaja.”Ucap Nalia dalam tangisan. Kalau bukan kerana Ariani memceritakan perkara sebenar padanya, dia pasti tidak akan pulang ke pangkuan Hisyam lagi. Dia berhubung dengan Ariani pun melalui laman sosial iaitu facebook.

“Lia tak salah, abang yang salah sayang. Abang yang salah”Luah Hisyam. Dia merasakan seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu. Nalia juga begitu rindukan suaminya. Selama ini dia cuba hidup tanpa Hisyam dan ternyata perkara itu agak susah sekali. Setiap masa dan setiap detik dia akan teringatkan lelaki itu. Dia akan beristifar bila hatinya semikin merindu.

“ Lia tak patut tuduh abang macam-macam. Lia menyesal sangat”
Hisyam menutup mulut Nalia dari berkata-kata. Dia sudah tidak mahu dengar itu semua lagi. Yang penting sekarang adalah, dia ingin menjalani hidup baru bersama dengan orang yang di sayanginya.Hisyam mencium dahi Nalia dengan penuh kasih sayang.

“Tolong jangan tinggalkan abang lagi...”Rayu Hisyam. Berpisah dalam tempoh itu pun menyebabkan dia tersiksa. Dia benar-benar rindukan isterinya.

“Lia minta maaf abang...”Mohon Nalia lagi.Dia juga dapat tahu dari Ariani yang suaminya itu sedang sakit dan kerana itulah dia bertekad untuk balik ke pangkuan Hisyam semula. Dia tidak boleh membiarkan suaminya terkapai-kapai begitu sahaja.

“Sudahlah sayang, kita lupakan soal itu. Sekarang ini kita mulakan hidup baru antara sayang dan abang”Minta Hisyam.Tiba-tiba sahaja sakit kepalanya hilang.Nalia tersenyum manis.

“Lia nak bagitahu sesuatu...”Nalia menarik tangan suaminya keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan keluarganya dan Ariani sedang berkumpul di situ dan semua muka mereka tercalit dengan senyuman bila melihat dia keluar dari bilik sambil berpimpingan tangan.

“Lia nak bagitahu semua orang dekat sini yang abang akan jadi ayah tak lama lagi” Umun Nalia sambil tersenyum manis. Semua orang mula bersorak gembira kecuali Hisyam yang seperti tergaman sambil memandang wajah isterinya.

“Lia mengandung...”Bisik Nalia sekali lagi pada telinga suaminya. Oleh kerana Nalia rendah sedikit dari Hisyam, dai terpaksa menjengkitkan kakinya agar dia boleh berbisik di telinga lelaki itu.

“Sure?” Soal Hisyam seperti tidak percaya. Nalia mengganguk lalu mencapai tangan Hisyam supaya mengusap perutnya yang masih lagi tidak kelihatan. Lagipun dia baru sahaja mengandung sebulan lebih.

“Yeah, dapat anak saudara baru” Sorak Dayah dan dengan pantas dia memeluk tubuh kakak iparnya itu. Nalia membalas pelukan dan Dayah kembali ke posisi tadi.

“Petutlah orang tu asyik muntah-muntah, rupanya alahan orang mengandung”Gurau Mak Timah sambil tergelak.

“Orang lain yang mengandung, dia pula yang over”Sampuk Ariani pula. Berderai ketawa mereka semua. Hisyam mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana tiba-tiba merasa malu pula dengan gurauan itu. Tidak sangka sakit yang di alami sebenarnya berkaitan dengan kandungan Nalia apatah lagi wanita itu langsung tidak mengalami alahan. Entah mengapa dia pula yang terasa seperti mengandung.

“Kalau macam inilah Lia, mengandung banyak kali pun tak apa” Gurau Ariani lagi.

“Matilah saya kalau setiap kali mengandung saya yang kenal alahan.Lepas ini Nalia pula yang kena jaga saya”Sampuk Hisyam setelah sekian lama berdiam diri.Ketika duduk di sofa, tengan Hisyam masih tidak melepaskan gengaman tangan Nalia. ‘Terima kasih sayang...I love you’ Bisik Hisyam di telinga isterinya.Nalia tersenyum manis bila Hisyam berkata begitu. Bila dia merasakan yang semua orang tidak memandang mukanya lagi dia terus berbisik pada suaminya pula. ‘I love you more,more and more...’. Kini giliran Hisyam pula tersenyum manis.Ketika itu tiba-tiba dia merasa loya mula datang kembali. Terus dia berlari ke dapur dan semua orang mula tergelak bila melihat langkah Hisyam yang begitu laju menuju ke dapur. Nalia juga tergelak kecil dengan perlakuan suaminya itu.


******
“Sayang pergi mana selama ini?” Soal Hisyam bila dia dan Nalia sudah terbaring di katil. Kepala Nalia beralaskan lengan suaminya  dan tangan kanannya memeluk tubuh Hisyam. Sudah lama dia tidak berbuat begitu sejak dia keluar dari rumahnya sendiri.

“Pergi ke tempat yang abang tak boleh cari Lia”Beritahu Nalia.

“Dekat mana tu?” Soal Hisyam ingin tahu.

“London...”Jawab Nalia. Hisyam berpaling memandang isterinya dengan perasaan hairan. Tidak sangka isterinya lari hingga ke luar negara dan dia selama ini mencari di dalam negara sahaja.

“Jauhnya, sayang pergi dengan siapa?”
Nalia tersenyum manis.

“Dengan anak kitalah...”Beritahu Nalia. Sebenarnya dia tidak tahu dia sedang mengandung hinggalah dia jatuh pengsan di kota London. Nasib baik ada orang menolongnya dan membawanya ke hospital. Sejak itulah dia tahu yang dia sedang berbadan dua.

“Sayang dah tahu pasal Atifa?” Soal Hisyam. Nalia mengganguk.

“Ariani dah ceritakan semuanya. Lia dah maafkan Atifa. Lagipun semua itu sudah lama berlalu.Lia akan doakan roh dia dicucuri rahmat.”Beritahu Nalia. Dia memang tidak terkejut bila dapat tahu Atifa yang menyebarkan gambar-gambarnya kerana wanita itu memang ada motif untuk melakukan semua itu. Kini dia hanya mampu berdoa agar roh Arwah Atifa tenang di sana. Dia sebagai manusia akan terus memaafkan setiap kesalahan orang lain. Siapa dia untuk menghukum.

“Sayang jangan tinggalkan abang lagi tau. Abang terseksa bila sayang tinggalkan abang.Lia tahu kan yang abang sayangkan Lia sangat-sangat”Minta Hisyam. Nalia mengganguk laju. Dia tidak akan meninggalkan lelaki itu lagi kerana dia juga tidak mahu berpisah dengan Hisyam lagi.

“Lia tak akan tinggalkan abang kalau abang penuhi janji abang pada Lia”
Hisyam mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Janji apa yang sedang dimaksukan wanita itu.

“Abang selalu lupa pada janji abang...”Rajuk Nalia sambil memuncungkan mulutnya. Di lepaskan pelukannya lalu terus berpaling ke arah lain.

“Alah sayang, abang memang lupa tentang janji tu. Bagitahulah abang apa yang abang janji sebenarnya.”Pujuk Hisyam. Dia memang kesal dengan dirinya sediri kerana selalu lupa tentang banyak perkara. Dia memuji Nalia yang begitu kuat dalam mengingat sesuatu.Di pusingkan tubuh isterinya semula supaya mengadap mukanya semula.

“Abang dah macam orang tualah. Semua benda tak ingat.Ingat tak abang pernah janji nak bawa Lia berbulan madu dekat ladang. Lia nak tuntut janji tu”Beritahu Nalia. Hisyam tergelak kecil. Ingatkan janji lain yang dimaksudkan wanita itu.

“Ha, dah ada baby dalam perut tu pun nak berbulan madu juga ke?”Gurau Hisyam sambil tersenyum nakal. Nalia terus menumbuk lembut muka Hisyam supaya tidak terus tenung mukanya.

“Isshh...Abang dah janjikan. Tak kiralah apa pun abang nak cakap, Lia nak pergi juga berkhemah dekat situ.Janji tetap janji okey”Rayu Nalia.

“Yelah, lusa kita pergi. Sayang ni gatal juga rupanya. Rindu sangatlah tu dekat abang”Semakin rancak Hisyam mengenakan isterinya hingga merah padam muka Nalia ketika itu.

“Jangan nak perasan, Lia Cuma nak tuntut janji je”Dalih Nalia untuk menghilangkan rasa malunya. Namun dia suka dengan usikan itu. Dia berdoa agar hubungan perkhawinannya akan berkekalan sampai bila-bila.








EPILOG

“ Rania, jangan main dekat sana, nanti jatuh”Jerit Nalia yang berada di kerusi yang berada tidak jauh dari kolam renangnya. Dia memang gemar duduk di situ pada waktu-waktu petang dan menunggu kepulangan suami tercinta. Dia memerhatikan anak perempuan sulongnya yang begitu leka mengejar rama-rama. Kini usia Rania sudah mencecah  3 tahun.Dia begitu seronok menjadi seorang ibu. Rania seorang anak yang begitu nakal hingga dia kadang-kadang memerlukan bantuan bibik untuk membantunya menjaga Rania.Bibik yang sedang leka menyiram pokok bunga terus mendapatkan Rania yang sudah terjatuh bila lari mengejar rama-rama.

“Kan mama dah cakap, tengok dah jatuh”Bebel Nalia dari jauh. Dia malas mendapatkan anaknya kerana dia tahu bibik pasti dapat menguruskannya. Bibik membawa Rania mencuci kedua-dua belah tangan yang sudah terkena tanah. Sungguh pandai Rania mencuci tangan bila di arah berbuat begitu.

“Amboi mama ni, syok lepak sini. Rania bibik pula yang kena jaga”Sapa satu suara.Nalia terus berpaling ke belakang dan kelihatan Hisyam sudah berdiri di depan pintu ke kolam.Dia terus menyalami tangan suaminya lalu melabuhkan punggung di kerusi meja yang disediakan di situ dan begitu juga dengan Hisyam.

“ Abang nak minun?” Soal Nalia.

“Tak apalah, abang dah minun tadi.”Beritahu Hisyam.

“Abang sakit ke?” Soal Nalia bila melihat suaminya itu sedikit pucat.Hisyam mengelengkan kepala tanda tidak.

“ Sayang mengandung lagi ke?” Soal Hisyam pula. Nalia mengerutkan dahinya tanda tidak faham dengan soalan itu.

“Yelah, kalau abang sakit mesti sayang mengandung. Macam sayang mengandungkan Rania dulu, empat bulan abang  muntah-muntah. Manalah tahu tiba-tiba sayang mengandung lagi. So abang kena bersedialah terima tempiasnya” Sempat Hisyam bergurau.Nalia memcubit lengan suaminya.

“Isshh abang ni.Buat masa sekarang cukuplah Rania seorang sahaja. Lagipun anak dara abang tu masih kecil lagi. Lia tak berapa larat nak jaga kalau dapat anak nakal macam Rania tu.” Nalia bukan serik untuk menimang anak lagi, tetapi dia mahu memberikan perhatian lebih lama pada Rania. Lagipun dia belum bersedia untuk tambah zuliat lagi.

“Kalau sayang mengandung, abang tak ada masalah. Abang sanggup terlantar atas katil macam dulu”Gurau Hisyam lagi. Nalia tergelak kecil bila mengingati saat-saat awal kehamilanya dulu. Memang teruk Hisyam mengalami alahan dan dia pula tidak rasa apa-apa pun. Dia hanya mengidam untuk makan buah mangga muda saja.

“Oh ya, semalam Ariani hantar kad jemputan khawin dia.”Beritahu Nalia sambil tersenyum manis.

“Dah nak khawin dia, dengan siapa?” Soal Hisyam pula.

“Abang jangan terkejut tau, dia nak kahwin dengan Jefri.”
Hisyam memandang wajah isterinya. Tidak sangka jodoh sebenar Jefri hanya di depan mata. Selama ini lelaki itu terkejar-kejarkan isterinya, namun takdir telah menentukan segalanya.

“Syukur, minta-mintalah Ariani tu kekal dengan pasangannya.”Doa Hisyam.Ketika dia sedang berborak, Rania mula melangkah ke arah kami berdua lalu memanjat papanya untuk duduk di atas paha. Rania memang suka duduk di atas paha Hisyam.

“What is this?” Soal Hisyam pada anak perempuannya. Kelihatan satu botol kecil di tangan anak kecil itu dan seekor rama-rama kecil berwarna putih di dalamnya.

“Butterfly...”Jawab Rania manja.Nalia hanya memerhatikan gelagat dua beranak itu. Dia memang suka melihat Hisyam melayan anak perempuannya itu.

“Why put this butterfly in a bottle?” Soal Hisyam lagi. Dia lebih gemar berbahasa inggeris dengan anaknya itu.Lagipun dia ingin mengajar anaknya bahasa lain juga, namun dia tidak akan tinggalkan bahasa ibundanya itu. Bahasa melayu tetap di hati.

“Nia nak simpan dalam peti ais.”Beritahu Rania.Hisyam dan Nalia tergelak kecil dengan jawapan anaknya itu.

“Kenapa nak simpan dalam peti ais pula?” Hisyam mula ingin melayan anaknya itu.

“Nia, nanti your butterfly akan mati kalau simpan dalam freezer. No oksigen...”Sampuk Nalia pula.

“Apa kata Nia lepaskan butterfly ni. Biar dia bebas terbang”Cadang Hisyam. Rania terus mengganguk laju. Hisyam menurunkan anaknya dari atas pahanya lalu di pimpin tangan Rania hingga ke tepi kolam. Dibuka penutup botol itu supaya rama-rama itu boleh keluar. Tidak sampai lima saat, rama-rama itu sudah terbang bebas. Melompat-lompat Rania bila melihat rama-rama itu mula terbang di sekitar kolam. Hisyam terus mendukung anak perempuannya menuju ke arah Nalia semula.

“Jom teman papa kemas buku papa. Tak payah ajak mama okey”Hisyam terus masuk ke dalam rumah tanpa mengajak Nalia.

“Abang, sampai hati tinggalkan Lia. Itu baru anak sorang, kalau dah anak sepuluh, mesti dah tak perdulikan Lia lagi. Kalau macam itu baik, tak nak ada anak lagi”Rajuk Nalia sambil mencekak pinggang. Hisyam tergelak kecil dengan perlakuan isterinya.

“Mama merajuklah Nia, nak kena pergi pujuk ni. Kalau tak Nia tak akan dapat adik”Gurau Hisyam pula. Dia kembali melangkah ke arah Nalia yang masih duduk di situ.Di tarik lembut tangan itu.

“Tak payah rajuk-rajuk. Buruk muka tu. Rania pun takut tengok muka sayang macam ini”Hisyam menarik lembut pinggang Nalia supaya berada di dalam pelukannya.Rania pula seperti dengki bila mamanya memeluk tubuh papanya. Di lentokan kepalanya pada bahu Hisyam dan leher papanya di peluk erat.Hisyam tergelak kecil dengan perlakuan kedua-dua orang yang di sayanginya itu. Mereka berdua adalah permata yang bernilai yang dianugerahkan kepadanya dan dia akan memastikan mereka berdua akan hidup dengan penuh kegembiraan. Kini hidupnya sudah lengkap dan dia benar-benar bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.Di kucup dahi dua wanita yang di sayangi itu dengan penuh kasih sayang dan di ungkap ‘ I love you...’ di telinga kedua-duanya sekali.



‘Ya Allah Ya Tuhanku, jadikahlah rumahtangga kami seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha,sesetia Sulaiman dan Balqis serta Sesuci Muhamamad dan Khadijah.Permudahkan segala kesulitan dalam kehidupan kami’







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...