MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Rabu, 26 September 2012

Sedetik Rasa-(BAB 3)

Selepas m'hantar Amani ke tadika, Sofia terus masuk kerja seperti biasa. Dia begitu takut sekali ingin berdepan dengan Zafrul nanti bila mengingati perkara yang berlaku semalam.

Memang memalukan betul bila kejadian itu berlaku di depan rumahnya. Geram sungguh dia pada Razif yang bertindak tanpa berfikir telebih dahulu.

Dia benar-benar rasa bersalah dengan Zafrul tentang hal semalam dan dia ingin berjumpa untuk memohon maaf walaupun dia begitu takut untuk berdepan dengan lelaki itu. Pasti Zafrul akan memarahinya tentang hal itu. Dia mengeluh berat sambil membuka pintu utama bangunan yang dia kerja. Namun entah bila pula tangan lain yang lebih cepat menolak pintu itu darinya.

 Dia menoleh ke belakang dan tergaman dia bila melihat Zafrul yang berada di sebelahnya. Lelaki itu tidak langsung memandangnya dan hanya terus melangkah masuk lebih laju darinya. Dia tahu pasti Zafrul sedang marahkan dia.Sebaik sahaja punggung di labuhkan ke kerusi kerjanya, dia menghela nafas lega. 

      "Weh dah sarapan belum?" Soal Latisya sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat rakannya itu. Sofia mengelengkan kepala. Dia memang belum bersarapan pagi tadi kerana terlewat bangun. Sarapan Amani juga di beli di kedai sahaja. Kerana perkara semalam yang menyebabkan dia tidak boleh tidur lena dan itulah penyebab utama dia bangun lambat.

     "Jom, sarapan, aku ada beli nasi lemak."Ajak Latisya. Dia sebenarnya membeli nasi lemak itu untuk salah seorang pekerja di situ, namun pekerja itu tidak datang jadi dia terpaksa memberikannya kepada orang lain. Tidak mungkin dia boleh habiskan kedua-duanya sekali gus, lagipun dia bukan jenis manusia yang makan banyak. Kadang-kadang satu bungkus pun tak habis dia makan. Sofia terus bangun dari kerusi dan mengikut rakannya ke pantri untuk bersarapan.Ketika tangannya baru sahaj ingin memulas pintu pantri, tiba-tiba dia mendengar orang memanggil namanya dan dia terus berpaling ke arah itu.

     "Sofia, En.Zafrul nak jumpa"

Sofia seperti terkejut dengan arahan itu. Untuk apa lelaki itu jumpanya pagi-pagi begitu. Adakah kerana perkara semalam. Jantungnya mula berdenyut kencang. Berdebar sungguh dia bila terpaksa berdepan dengan lelaki itu apatah lagi ketika dia masih belum bersedia. Dia hanya mengganguk lalu meminta Latisya menunggunya di pantri terlebih dahulu. langkah di atur ke bilik pejabat Zafrul.

 Pintu di ketuk dua kali dan kedengaran suara orang mengarahnya masuk. Ketar kakinya untuk terus melangkah masuk. Dia tidak terus duduk dan hanya berdiri di depan meja kerja lelaki itu. Dia tidak boleh melihat wajah Zafrul kerana lelaki itu memusingkan kerusi ke belakang, namun dia tahu siapa yang berada di kerusi itu walaupun tidak dapat melihat wajahnya.

     "Ikut saya..."Arah Zafrul sambil bangun dari situ. Cap yang berada di tepi meja terus di pakai di atas kepala. Sofia memang tidak boleh melihat muka Zafrul kerana topi itu. Untuk apa lelaki itu memakai topi ketika di dalam pejabat.Cepat sungguh langkah Zafrul meninggalkan bilik pejabat itu hingga Sofia terpaksa berlari perlahan untuk mengejarnya.

Ketika di tempat letak kereta Zafrul mengarahkan Sofia masuk ke dalam keretanya. Sofia terpaksa akur kerana dia memang tidak boleh melawan arahan itu. Belum sempat dia masuk ke dalam kereta tiba-tiba datang seorang wanita yang hanya memakai dres taras paha  tanpa lengan yang berwarna merah terang. Rambut yang sedikit kerinting di lepaskan begitu. Sofia tahu itu pasti orang yang dikenali majikannya. Sungguh bengis muka wanita itu.

Sofia tidak boleh berdiri sahaja di situ kerana dia tidak mahu mendengar apa yang akan di cakapkan mereka berdua. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu, namun dia masih mampu mendengar perbualan mereka kerana pintu sebelah pemandu masih terbuka. Dia pura-pura memekakkan telinga untuk seketika.

     "You curang dengan I" Marah wanita itu.

     " What you want Sally? I tak ada masa sekarang ini"Beritahu Zafrul agak lembut.

     "Senangnya you cakap. You keluar dengan perempuan lain you boleh buat muka tak bersalah. You ni manusia atau binatang sebenarnya?"Marah Sally sambil mencekak pinggang.

     "Jaga sikit percakapan you tu Sally."Sedikit kasar suara Zafrul kali ini. Dia bengang betul dengan perangai Sally yang semakin hari semakin kurang ajar di matanya.

     "You tahu kan yang I sayangkan you. Kenapa you buat I macam ini? Apa salah I?" Sally mula mengalirkan air mata kerana dia tahu kelemahan Zafrul. Lelaki itu pasti akan bersimpati dengannya bila melihat air mata itu.Zafrul terus memeluk tubuh Sally yang masih lagi dalam esakan itu.Pintu kereta di bahagian pemandu di tutup dan kini Sofia sudah tidak dapat mendengar apa yang sedang dicakapkan mereka berdua. Lagipun untuk apa dia mendengarnya.

     "I tak pernah curang dengan you honey. I love you. You know, I love you kan?"Pujuk Zafrul. Dia memang tidak boleh melihat air mata itu semakin laju mengalir. Sudah lama dia bercinta dengan Sally dan sudah berapa kali juga dia telah terlanjur dengan wanita itu. Oleh kerana itu jugalah dia tidak boleh tinggalkan Sally walaupun di dalam hatinya sudah kurang rasa cinta dan sayang.Zafrul mengesat air mata Sally. Nasib baik di tempat letak kereta itu tidak ramai orang dan hanya beberapa orang sahaja yang lalu lalang di situ. Semuanya akan memandang padanya sebelum berlalu pergi.

     "Habis kenapa you benarkan perempuan tu masuk dalam kereta you sedangkan I pun you tak bagi? Apa semua ni?"Marah Sally lagi. Dia memang tidak puas hati kerana teman lelakinya membenarkan orang lain masuk ke dalam kereta yang dia sendiri belum pernah duduk di kerusi kereta itu. Selalunya Zafrul akan membawa kereta lain ketika keluar bersama dengannya.Dia benar-benar geram bila melihat wanita lain di dalam kereta teman lelakinya itu. Belum sempat dia ingin melangkah ke arah pintu pintu sebelah wanita di dalam kereta teman lelakinya, tangan Zafrul terlebih dahulu menarik tangannya dengan pantas.

     "I ada meeting penting lepas ini dan I lupa bawa kereta I yang lagi satu. Tak ada pilihan lain, sebab I kena bawa dia sekali masa meeting nanti. Dia tak ada kereta honey"Tipu Zafrul. Semakin lama semakin banyak dia menipu wanita itu untuk menutup kesalahannya. Entah mengapa begitu mudah dia membenarkan Sofia duduk di dalam keretanya sedangkan selama ini tiada seorang wanita pun di benarkan masuk ke dalam keretanya termasuklah teman wanitanya sendiri. Itu kereta persendiriannya dan tiada siapa boleh tahu apa yang ada dalam kereta bercermin gelap itu.

     "Eh, I dah lambat ni honey. Jumpa nanti okey"Zafrul meneliti pada jam di tangannya dan pura-pura dia mengejar waktu, padahal dia sebenarnya mempunyai banyak masa lagi.Zafrul mencium pipi kanan Sally tanpa rasa segan atau malu langsung pada orang yang memandang.

     "Kenapa dengan muka you sayang?" Soal Sally. Dia baru perasan kesan lebam di bibir sebelah kiri teman lelakinya itu.

     "I jatuh bilik air.Okeylah honey, jumpa nanti okey. I memang dah lambat ni"Zafrul terus membuka pintu kereta lalu masuk ke dalamnya dengan lajunya. Belum sempat Sally berkata apa-apa lagi dia kereta yang di pandu Zafrul telah meninggalkan tempat letak kereta itu dengan pantasnya.

********************************

     "kita buat apa dekat sini En.Zafrul? Kata ada meeting tadi" Soal Sofia bila kereta yang di pandu Zafrul berhenti di tempat letak kereta Taman Tasik Titiwangsa. Zafrul hanya berdiam diri dan terus keluar dari kereta. Sofia hanya mengikut dari belakang bila majikannya itu sudah melangkah ke depan kereta lalu melabuhkan punggung di depan kereta sambil berpeluk tubuh.

     "En.Zafrul..."Panggil Sofia agak perlahan bila Zafrul tidak menjawab persoalan darinya tadi.

    "Macam mana nak pergi meeting dengan muka saya yang lebam ni?"Tipu Zafrul walaupun sebenarnya hari itu dia memang tiada urusan mahupun mesyuarat. Sofia mula serba salah dengan apa yang berlaku. Kalau bukan kerana dia pasti lelaki itu tidak akan di pukul.

"En.Zafrul saya minta maaf sangat-sangat pasal semalam tu" Minta Sofia rendah diri. Sofia hanya berdiri di sebelah majikannya yang sedang duduk di depan kepala kereta.

"Saya nak tanya awak satu benda, kenapa awak bercerai?"Sungguh berani Zafrul bertanya begitu walaupun dia sendiri tahu dia tidak ada hak untuk tahu tentang masalah perempuan itu, cuma dia pelik kenapa wanita secantik dan sebaik itu di tinggalkan. Baginya Sofia sudah cukup sempurna dan tidak seperti mana-mana gadis yang dia ketemui.Sofia hanya menundukan kepala tanpa kata.Zafrul mengeluh berat. Dia tahu wanita itu tidak mahu menceritakan padanya.

"Saya cuma pelik sahaja, kenapa suami awak tinggalkan awak sedangkan awak sudah cukup lengkap bagi seorang lelaki. Dalam usia yang begitu muda awak jadi janda."Sambung Zafrul lagi. Kali ini wajah wanita yang bertudung itu di pandang, namun kali ini Sofia menyorokan wajah itu dari terus di tatap. Sofia masih lagi tidak berkata-kata. Dia sendiri tidak tahu adalah dia harus menceritakan rahsia yang di pendam sudah sekian lama. Selama ini tiada siapa pun yang tahu kenapa dia bercerai dengan suaminya. Memang semua orang bertanya tentang apa yang terjadi hingga berlakunya perceraian,namun dia malas untuk membuka cerita kerana perkara itu mengaibkan bekas suaminya. Dalam usia 25 tahun, dia sudah bergelar janda. Pernah juga timbul perasaan menyesal kerana berkhawin dalam usia yang muda dulu, namun bila difikirkan semula, kalau bukan perkara itu mungkin dia tidak akan menjadi seorang yang matang dalam menilai kehidupan sebenar.

     "Tak nak cerita sudah. Jom balik..."Ajak Zafrul sambil melangkah ke pintu kereta sebelah pemandu.Sofia masih tetap di situ tanpa berganjak walau setapak pun.

       "Perlukan saya cerita semua itu pada En.Zafrul?" Akhirnya Sofia bersuara juga dan kali ini dia berani menatap wajah lelaki itu. Zafrul hanya mengungkit bahu sahaja sebelum masuk ke dalam kereta. Sofia mengeluh berat. Pelik sungguh dia dengan perangai Zafrul sejak dua menjak ini. Tiba-tiba kereta di hon dari dalam dan menyebabkan Sofia terkejut hingga berganjak ke belakang setapak. Dia mengusap dadanya beberapa kali kerana terkejut tadi. Di lihat muka Zafrul yang langsung tiada senyuman di bibir berada di dalam kereta. Dia tahu Zafrul pasti sedang marahkan dirinya kerana hal tadi dan mungkin kerana hal semalam. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta bila sekali lagi hon di bunyikan.Dia tahu Zafrul mengarahnya untuk masuk ke dalam kereta.










Sedetik Rasa (Bab 2)


Seperti  biasa, tepat jam 7.00 pagi Sofia sudah siap untuk m'hantar Amani ke tadika yang berada tidak jauh dari kawasan perumahannya itu. Setelah selesai sarapan, pantas dia mengarahkan anak perempuannya itu memakai kasut dengan lebih cepat supaya tidak terlambat. Amani dengan pantasnya menuju ke muka pintu lalu duduk di situ. Roti yang belum sempat di makannya sampai habis di kapit pada gigi terlebih dahulu. Sofia sudah mula mengunci pintu rumah dan dia juga tidak mahu terlambat ke tempat kerja yang m'gambil masa lebih kurang 45 minit bila terpaksa menempuh kesesakan jalan raya.

"Cepat masuk kereta..."Arah Sofia pada anaknya sambil membetulkan tudung di kepala yang sedikit senget. Amani terus berlari ke kereta proton kembara milik mamanya itu.

"Fia..."

Sofia tersentak bila namanya di panggil dan serta merta jugalah kepalanya berpusing ke arah pintu pagar rumahnya yang masih lagi berkunci.Kelihatan seorang lelaki berdiri di depan pintu pagar rumah teresnya itu.Dia mengeluh berat bila mood paginya seperti di cantas. Kalau boleh dia tidak mahu melihat muka itu muncul di depannya lagi. Entah dari mana lelaki itu tahu dia tinggal di situ.

"Nak pergi mana? Masuk!!!" Marah Sofia bila melihat anaknya seperti ingin keluar dari kereta. Amani terus mentutup kembali pintu kereta yang di buka.

" Fia tak boleh buat macam itu, Amani pun anak abang"Beritahu Razif. Tidak seharusnya Sofia cuba m'halang dia dari bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Sofia yang masih agi berdiri di sebelah keretanya terus mencekak pinggang.

"Kenapa baru sekarang awak sibuk pasal anak? Dulu awak pernah fikir tak pasal saya dengan Amani  sebelum awak buat benda terkutuk tu? Tak kan, so tak payah nak sibuk-sibuk pasal Amani"Marah Sofia. Dia benci bila di ganggu lagi setelah dia mula merasa kegembiraan. Walaupun belum ada lagi penganti Razif dalam hatinya, dia tetap akan cuba hidup seperti orang lain. Dengan kehadiran Amani sudah cukup baginya.

"Fia, pleaselah jangan buat abang macam ini. Abang masih cintakan Fia"Rayu Razif sambil mengengam besi pagar rumah.

"Pergilah, jangan ganggu kami lagi. Saya tak perlukan awak lagi dalam hidup saya sampai bila-bila. Tolonglah jangan muncul depan saya lagi Razif. Saya perlukan hidup yang tenang"Minta Sofia dengan harapan lelaki itu akan memahami apa kemahuannya. Dia tidak boleh hidup dalam keadaan begitu. Hari ini dia di ganggu oleh lelaki itu dan mungkin selepas ini juga ,Razif akan selalu muncul di depan bola matanya. Dia tidak boleh hidup dalam keadaan begitu. Sering kali perbuatan Razif bertandang di mindanya dan kerana itulah dia tidak boleh memaafkannya sampai bila-bila. Kadang-kadang dia merasakan dirinya begitu kejam kerana cuba memisahkan Amani dengan papanya, namun dia tidak ada jalan lain lagi untuk lari dari Razif. Lagipun,dia tidak mahu Razif m'pengaruhi pemikiran anaknya nanti.

"Fia, abang minta maaf. Abang janji abang tak akan buat benda terkutuk itu lagi. Abang dah tinggalkan dia dan abang dah tak berhubung langsung dengan dia lagi"Rayu Razif lagi.

"Pergi sebelum saya panggil polis!!!"Marah Sofia agak kuat kali ini. Razif terpaksa akur. Dia tahu jika dia tetap di situ, Sofia pasti akan semakin marah padanya. Dia perlu bertindak dengan lebih teliti untuk memiliki hati itu kembali.Nasib baik pintu pagar di buka secara oktomatik melalui dalam kereta sahaja. Jadi dia tidak perlu risau jika Razif datang menempa ke arahnya.Laju kereta proton kembaranya keluar dari perkarangan rumah.

"Kenapa mama tak bagi Amani jumpa papa?Amani rindukan papa" Soal Amani tiba-tiba. Sofia terus mengusap rambut anaknya mengunakan tangan kiri kerana dia sedang dalam pemanduan.

"Lain kali kita jumpa papa ya sayang. Papa nak cepat tadi."Tipu Sofia sambil tersenyum kelat.

*****************************

"Fia, petang nanti jangan lupa meeting dengan Dato'Halim dekat company dia" Latisya mengingatkan rakan sekerjanya itu tidak akan lupa tentang mesyuarat yang boleh di katakan agak penting untuk syarikatnya. Sofia yang sedang meneliti fail di meja hanya mengganguk dan memandang sahaja kepala Latisya yang di jenguk masuk ke dalam bilik pejabatnya itu sebelum wanita itu berlalu pergi. Sofia mengeluh dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Sejak dia memegan jawatan sebagai  service consultant dan turut menjadi setiausaha majikannya tanpa bergaji dia menjadi seorang pekerja yang agak sibuk dan selalu melakukan kerja di luar pejabat. Dia meneliti jam di tangannya, sudah pukul 1.45 petang. Dia sudah terlepas untuk makan tengah hari. Dia terus memasukan fail yang berada di atas mejanya ke dalam beg kerja, lalu mencapai kunci kereta, telefon bimbit serta tas tangannya dari atas meja.

"Sya, aku nak ambil anak aku dekat tadika kejap, lepas itu aku terus pergi meeting dengan Dato'Halim. Mungkin aku tak sempat masuk pejabat semula kot hari ini"Beritahu Sofia sebaik pintu bilik pejabat rakannya di kuak dari luar. Latisya hanya menunjukan isyarat okey.

"Bukan kau kena pergi dengan En.Zafrul ke?" Soal Latisya. Seingat dia semalam, rakannya itu diberitahu tahu tentang itu. Lagipun rakannya itu harus pergi dengan anak bosnya untuk memastikannya berjalan lancar.

"En.Zafrul pergi kemudian. Aku kena ambil anak aku dari tadika dulu ni. Aku dah lewat ni, jumpa nanti"Sofia terus menutup pintu lalu m'percepatkan langkah keluar dari pejabat itu. Dia agak lewat sampai di tadika anaknya. Kelihatan Amani murung bila tinggal dia seorang sahaja di tadika tersebut dan semua pelajar lain sudah di jemput oleh ibu bapa masing-masing. Puas dia memujuk anaknya itu dan akhirnya pujukannya termakan juga. Selepas mengambil anaknya di tadika, dia harus mengantar Amani ke tempat pengasuh pula. Nasib baik tempat dia kerja dekat dengan tadika dan tempat pengaruh Amani, jadi tidak menjadi masalah untuk dia pergi hantar dan ambil anaknya. Pukul lima nanti, barulah dia akan mengambil anaknya dari rumah pengaruh. Itulah rutin hariannya setiap hari. Selesai semua hal berkaitan dengan Amani, barulah dia ke tempat yang di janjikan. Besar sungguh syarikat milik Dato'Halim itu. Cepat sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan yang begitu gah sekali itu selepas meletakan kereta tidak jauh dari situ. Nasib baik disediakan tempat letak kereta, jadi tidak menjadi masalah untuk dia. Kerana kali pertama masuk ke syarikat itu, dia perlu bertanya pada orang yang berada di dalam syarikat itu di mana tempat yang harus dia tuju. Nasib baik penyambut tetamu di depan begitu mesra dan senyuman tidak lekang di bibir. Jadi tidaklah dia berasa begitu kekok untuk bertanya dengan lebih lanjut.

"Sofia..."

Kedengaran satu suara memanggilnya. Sofia terus berpaling ke belakang dan kelihatan En.Zafrul berdiri tidak jauh darinya. Sungguh segak lelaki itu bila mengenakan baju serba hitam dan bertali leher berwarna putih.Itulah anak kepada pengarah syarikatnya yang memegan jawatan sebagai CEO.Terkocoh-kocoh Sofia berlari ke arah bosnya itu sambil memeluk tas tangannya serta beg kerja yang berisi fail-fail berkaitan dengan mesyuarat nanti. Zafrul tidak berkata apa-apa dan terus berjalan. Sofia hanya mengikut dari belakang tanpa banyak soal tentang arah yang ingin di tuju. DIa tahu yang lelaki itu tahu di mana mesyuarat akan di jalankan. Setibanya di bilik mesyuarat, kelihatan beberapa orang sudah berada di dalamnya. Sofia menarik kerusi lalu duduk begitu juga dengan Zafrul. Hanya dua kerusi yang memisahkan kami berdua. Sofia memang tidak mahu duduk dekat dengan bosnya itu takut akan ada orang fikir bukan-bukan nanti kerana di mana-mana sahaja Zafrul bermesyuarat pasti ada dia sedangkan jawatannya di syarikat bukanya setiausaha lelaki itu. Pernah juga dia m'dengar orang bercakap tentangnya dan Zafrul, namun dia memekakkan telinga sahaja kerana tidak mahu perkara itu akan berlarutan. Dia tak ada hak untuk marah lagipun dia tahu siapa dia dan siapa Zafrul.Mesyurat berlangsung lebih kurang 2 jam dan semuanya begitu asyik mendengar penerangan dari Zafrul di depan. Sofia juga begitu ralit sekali melihat kepetahan dan kelancaran suara Zafrul bila bercakap. Lelaki itu memang mempunyai keyakian yang begitu besar dan boleh berjaya dalam semua hal. Jam menunjukan pukul 5.30 petang. Sofia mula gelisah bila teringatkan Amani. Pasti anak kecil itu akan merajuk sekali lagi kerana lambat di jemput. Dia langsung tidak menyangka yang mesyurat itu akan berlarutan hingga ke waktu itu.Zafrul yang sedang leka bercakap di depan, terpandang wajah Sofia yang seperti ada yang tidak kena.

" Setakat ini sahaja penerangan saya. I hope you all understand what I explain.I think that is not a problem for my company affiliated with your company."Zafrul menamatkan perbentangannya. Dia berharap benar yang syarikat Dato'Halim itu akan menjadi salah satu rakan kongsi syarikatnya dan sudi melabur untuk projek syarikatnya.

"I like the description of your company. I think my company can affiliated with your company."Sampuk Dato'Halim sambil menepuk tangan begitu juga dengan yang lain. Dia memang sukakan apa yang diterangkan Zafrul tadi dan tidak menjadi masalah untuknya melabur pada projek syarikat itu. Selesai semuanya, Sofia terus berlari keluar dari bilik meeting dan meninggalkan Zafrul begitu sahaja. Dia harus cepat jika tidak mahu anaknya merajuk lebih panjang. Pernah sekali dia terlewat menjemput Amani dan anak kecil itu merajuk dengannya hampir sepanjang hari. Nasib baik tidak berlarutan.Setibanya di keretanya, dia tergaman seketika bila melihat tayar depan sebelah pemandu kelihatan kempis. Fail di tangannya terus di letakan ke dalam kereta. Dia mengeluarkan telefonnya dan terus mendail nombor bengkel yang dia selalu pergi bila berlaku kerosakan pada keretanya, namun hampa kerana tiada langsung orang menjawab panggilan dari telefonnya. Peluh mula menitis di dahinya dan terus dia lap mengunakan tisu. Dia memang tidak bernasib baik kerana cuaca petang itu tidak seperti biasa. Kali ini terasa begitu panas dan berbahang di tubuhnya. Dia mula pening memikirkan cara untuk selesaikan masalah keretanya sekarang ini sedangkan dia harus cepat.

"Kenapa Sofia?" Soal seseorang. Sofia yang sedang berdiri mengadap cermin kereta  sambil menekan butang di telefon tersentak dan melalui cermin itu jugalah dia boleh nampak siapa yang berdiri di belakangnya sekarang. Dia terus berpaling ke belakang.

"Kereta saya pancit. Saya nak cepat ni."Beritahu Sofia pada lelaki itu. Zafrul menjeling ke arah tayar kereta Sofia dan memang sah tayar itu pancit.

"Awak nak cepat-cepat nak pergi mana sebenarnya Sofia?. Dari dalam meeting tadi lagi saya tengok awak ni macam ada benda yang tak kena."Soal Zafrul. Dia hentikan penerangannya tadi pun kerana melihat wanita itu seperti dalam kegelisahan. Sofia mengigit bibirnya sambil tersengeh. Tidak sangka yang Zafrul perasan perubahannya tadi. Mesti buruk mukanya ketika di dalam mesyurat tadi.

"Saya nak kena pergi ambil anak saya dekat rumah pengasuh pukul 5.00 petang. Sekarang sudah pukul 6.00 petang. Saya dah lewat sejam untuk ambil anak saya"Cerita Sofia. Entah mengapa dia begitu senang bercerita pada anak majikannya itu. Kadang-kadang dia tidak suka dengan perangai Zafrul yang agak ego dan belagak tetapi kadang-kadang dia suka melihat lelaki itu bila bercakap secara elok-elok dengannya.

"Okey, saya balik dulu..."Minta Zafrul sambil melangkah ke arah kereta yang di sebelah kereta Sofia. Sofia tergaman seketika, tidak sangka lelaki itu pergi begitu sahaja dan langsung tidak mahu menolongnya. Dia hanya memandang sahaja Zafrul masuk ke dalam kereta BMW 3 Series 4 pintu berwarna merah darah ikan yang berada di sebelah keretanya. Entah sejak bila lagi kereta mewah itu di letakan di sebelahnya, dia langsung tidak perasan. Sofia menyepak tayar keretanya beberapa kali kerana kesal dengan perkara itu. Ketika dia sedang mengejar masa itulah keretanya buat hal. Ingin sahaja dia terbalikkan keretanya biar terasa puas di hatinya. 'Masa nilah kau nak buat hal ya kereta.'Sungguh Sofia sendirian. Bukannya tiada tayar simpanan di di keretanya, namun dia memang tidak reti untuk menukarnya.

"Tak payah nak tendang-tendang kereta tu. Buat sakit kaki saja. Masuk kereta biar saya hantar awak balik"Tegur Zafrul yang baru sahaja keluar balik dari kereta. Merah padam muka Sofia bila di tegur begitu. Dia langsung tidak perasan yang kereta mewah itu masih lagi tidak bergerak dari situ.

"Tak payahlah En.Zafrul. Saya boleh balik sendiri." Beritahu Sofia. Dia memang tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagipun dia merasakan yang ajakan dari lelaki itu hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Siapa tidak kenal Zafrul. Lelaki yang tidak pernah benarkan mana-mana perempuan masuk ke dalam kereta kesayangannya itu. Tidak mungkin Zafrul benarkan dia masuk ke dalam kereta itu.

"Sampai bila awak nak duduk sini dan tunggu kereta awak.Saya pun tak ada masa nak tengok awak tunggu dekat sini je.Saya bukan tak boleh nak tukar tayar kereta awak, tetapi saya tak nak kotorkan tangan saya nanti. Cepat masuk kereta saya."Arah Zafrul agak tegas. Sofia semakin serba salah pula dan masih tetap berdiri di situ.

"Saya hantar awak balik dan ambil anak awak sekali."Beritahu Zafrul sambil masuk ke dalam kereta. Sofia terpaksa akur. Tas tangannya di capai dalam kereta lalu dia mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam kereta majikannya itu. Tergaman dia melihat keseluruhan dalaman kereta itu. Sungguh cantik sekali.Itulah kali pertama dia duduk di dalam kereta yang mewah dan cantik itu.Tambahan lagi dengan haruman yang begitu wangi di dalam kereta itu. Dia memandang sekilas pada Zafrul yang sedang dalam memanduan. Sungguh segak lelaki itu bila memakai cermin mata hitam. Cepat-cepat dia menukar pandangan matanya bila dia merasakan yang Zafrul seperti ingin berpaling ke arahnya. Memang betul tekaannya yang Zafrul memandang ke arahnya sekilas sahaja.

"Tolong ambilkan telefon Samsung Galaxy S3 saya dalam dashboard"Arah Zafrul tiba-tiba. Sofia pula hanya mengikut sahaja tanpa m'bantah langsung. Di buka dashboard kereta dan bulat matanya melihat telefon-telefon yang berada di dalamnya. Kelihatan lebih dari 5 buah telefon di dalam dashboard dan semuanya berjenama dan mahal-mahal belaka. Selama ini dia hanya melihat lelaki itu memakai iphone 4 sahaja. Kadang -kadang Zafrul memakai ipad. Sofia mula rambang mata melihat telefon itu bila dia mencari telefon yang di kehendaki. Bila telefon samsung galaxy s3 sudah berada di tangannya dia terus memberikannya kepada Zafrul yang sedang memandu.

"Thanks..."Ucap Zafrul sambil lewa. Sofia kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Nak ambil anak awak dekat mana ni?" Soal Zafrul setelah sekian lama berdiam diri. Sofia tersedar dari lamunan dan kembali pada alam nyata. Sempat lagi dia berangan ketika mendengar lagu dari kumpulan Dalali yang bertajuk 'Di saat aku menyintaimu'. Entah mengapa wajah Razif tiba-tiba muncul di mindanya dan dia langsung tidak perasan yang setitis air matanya sudah menitis di ribanya. Cepat-cepat dia mengelap air mata itu kerana takut Zafrul perasan tentang itu.

"Dekat Taman sentosa..."Jawab Sofia perlahan. Taman perumahan yang berada derdekatan dengan pejabatnya.Zafrul mengganguk sahaja.Sebaik sahaja tiba di tempat yang di tuju, Sofia terus berlari masuk ke dalam untuk mengambil anaknya. Kelihatan Amani sedang leka menonton tv bersama dengan anak pengasuh yang berusia 7 tahun itu. Bila Amani nampak dia masuk ke dalam rumah, terus anak kecil itu berlari menempa ke arahnya sambil bersenyum gembira. Mungkin kerana gembira bila dia tiba akhirnya. Nasib baik anak kecil itu tidak merajuk. Selepas dia meminta diri dari tuan rumah, dia terus menarik tangan Amani keluar dari rumah dan menuju ke kereta yang di naikinya tadi. Tidak sangka Zafrul masih lagi menunggunya di depan pintu pagar.

"Papa ke mama?" Soal Amani bila melihat kereta yang tidak dikenalinya berada di luar pagar.

"Bukan sayang, itu kereta bos mama."Beritahu Sofia sambil membuka pintu kereta di bahagian belakang. Selepas Amani masuk ke dalam kereta, Sofia mengambil tempatnya kembali di bahagian belakang bersebelahan dengan pemandu. Zafrul kembali pada pemanduan. Suasana menjadi sunyi dengan percakapan dan hanya alunan lagu di radio sahaja yang berkumandang tanpa henti dari tadi lagi.  Kini alunan azan pula berkumandang. Sofia meneliti jam di dashboard dan dia memang tidak sangka sudah pukul 7.30 malam. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau bukan kerana jalan raya yang sesak, pasti sudah lama dia sampai di rumah. Lagipun bukanlah jauh sangat masa yang di ambil untuk sampai. Mungkin kerana dia telah mengambil masa yang lama sedikit di rumah pengasuh tadi.Beberapa minit kemudian kereta yang di pandu Zafrul berhenti betul-betul di depan rumah Sofia.

"Thanks En.Zafrul sebab sudi hantar saya balik."Ucap Sofia sebaik sahaja keluar dari kereta.Belum sempat dia membuka pintu kereta di bahagian belakang, Zafrul terlebih dahulu buka pintu di bahagian belakang sebelah kanan. Dia tersentak bila melihat Zafrul mendukung Amani keluar dari kereta. Pelik sungguh dia dengan perangai Zafrul yang tiba-tiba menjadi begitu baik sekali apatah lagi dengan perempuan biasa sepertinya. Dulu Zafrul langsung tidak pandang padanya hinggalah setahun yang lepas. Sikap lelaki itu berubah sedikit demi sedikit hingga kadang-kadang dia menjadi begitu rimas sekali.Kini tiada lagi sikap ego dan belagak Zafrul di tunjukkan padanya.

"Tak apalah En.Zafrul. Saya boleh dukung Amani sendiri"Sofia mula menajdi serba salah, namun Zafrul tetap mendukung Amani menuju ke pintu pagar rumah.Sofia tidak mampu membuat apa-apa lagi selain berlari ke arah pintu pagar lalu membukanya.

"Fia..."

Kedengaran satu suara garau memanggil namanya. Sofia terus berpaling begitu juga dengan Zafrul yang sedang mendukung Amani.

"Buat apa dekat sini malam-malam?" Soal Sofia bengang bila melihat bekas suaminya masih berada di depan rumahnya. Tidak cukup-cukup lagi lelaki itu dimarahinya, namun tetap berdegil.Zafrul hanya memandang tanpa kata kerana dia memang tidak kenal siapa lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.

"Sebab jantan inilah yang menyebabkan Fia tak nak rujuk dengan abang semula?" Tuduh Razif.

"Apa awak cakap ni. Ini bos Fia. Kalau bukan sebab dia pun, saya tak akan rujuk dengan awak semula. Itu pun tak faham-faham lagi ke? Nak saya cakap dalam bahasa apa lagi"Marah Sofia dan kali ini agak perlahan kerana dia tidak mahu menggangu jiran-jirannya dengan suaranya yang kuat.

"Fia,please..."Rayu Razif.

"Pergi baliklah, jangan ganggu saya lagi"Arah Sofia, namun Razif tetap di situ tanpa berganjak langsung.

"Orang dah tak suka buat apa malukan diri dekat sini lagi. Jangan jatuhkan maruah lelaki dengan merayu macam ini. Tak malu ke?" Sampuk Zafrul setelah sekian lama berdiam diri. Dia sudah tahu yang lelaki itulah bekas suami pekerjanya itu. Benci sungguh Sofia pada bekas suaminya itu.

"Kau apa hal sibuk pasal hal aku dengan Sofia!"Tengking Razif tanpa memikirkan suaranya itu boleh menggangu ketenteraman orang lain.Razif terus menyerahkan Amani pada Sofia bila melihat Razif seperti ingin menyerangnya.

Buk!!!!

Satu tumbukan hinggap di muka sebelah kiri Zafrul dengan tiba-tiba.Zafrul berganjak ke belakang setapak dan dia memang tidak sempat untuk mengelak tumbukan tadi kerana dia datang dengan tiba-tiba. Keluar cecair merah di bibir mulutnya sebelah kiri. Tidak sangka kuat juga tumbukan dari lelaki itu.

"En.Zafrul!!!"Jerit Sofia kerana terkejut. Tidak sangka langsung yang Razif akan menumbuk muka bosnya itu.

"Aku tak akan biarkan kau rampas Sofia dari aku. Kaulah penyebab Sofia tak terima aku balik!!!"Marah Razif kuat.Nafasnya tercungak-cungak seketika. Sofia tidak boleh membantu Zafrul kerana Amni berada di dalam pelukannya.Zafrul tidak mudah mengaku kalah. Dia terus menempa ke arah Razif dan tumbukan diberikan. Bukan satu kali tetapi lebih dari tiga kali. Pantang sungguh dia bila orang cederakan mukannya dan menuduhnya yang bukan-bukan. Razif tidak mampu melawan kerana Zafrul lebih kuat darinya dan dia terus lemah longlai di tepi kereta.

"Sudahlah En.Zafrul..."Rayu Sofia sebaik sahaja keluar dari rumah selepas meletakan Amani di sofa ruang tamu. Dia tidak mahu anaknya melihat pergaduhan itu.Jiran sebelah rumahnya mula keluar untuk melihat apa yang berlaku.Zafrul terus menarik kolar baju Razif.

"Aku paling pantang bila orang kurang ajar dengan aku. Aku bagi amaran dekat kau ,do not disturb Sofia again. Kau tak layak untuk Sofia. Kau faham tak!!!" Tengking Zafrul kuat.

"Kenapa ni Fia?" Soal Mak Timah yang tinggal di sebelah rumahnya.Sofia hanya menangis dengan tiba-tiba bila melihat perlakuan mereka berdua. Razif terus bangun dari situ bila kolar bajunya dilepaskan dan dia terus berlalu pergi begitu sahaja dengan dendam yang semakin mendalam di dalam hati.Zafrul pula terus masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa-apa. Sofia seperti tergaman bila Zafrul dan Razif hilang dari pandangan matanya begitu sahaja. Risau pula dia dengan keadaan Zafrul kerana di pukul tadi. Dia nampak ada darah merah mengalir keluar dari bibir lelaki itu.





BAB 1





Khamis, 13 September 2012

TIPU BELAKA




 Assalamualaikum...
Pernah tak korang buka blog seseorang tu dia ada tulis. 'YOU FOLLOW ME, I FOLLOW YOU BACK' atau pun mcm ni 'KITA SAMA-SAMA FOLLOW' ataupun whatever lah... Kita tngok jer stment tu terus kita follow, tapi dah hampir setahun, tak ada pon dia follow kita balik... Tipu kan.. Nak kata tak buka blog, tipu sangat sebab hari-hari nampak 'DIA' update... Dengan jari jemari lembut I ni lah juga I terus buang dia dari list blog I... Puas hati...

Buat masa sekarang ini, I follow semua orang yang follow blog I.  Sebab I nak hargai apa yang korang buat.. Kalau I tak Follow tu maknanya I tak buka Blog lah tu... Tak caye tngok tarikh terakhir I post...Lau dah bersarang tarikh tu, maknanya I tak bukalah..Macam mana nak follow. Tapi bila I buka I pasti follow punye...

apa-apa pun, kita kenalah tepati apa yang kita cakap kan?? I pun saya... I x cakap yg I ni bagus..Tapi I memang bagus pun..hahahaha( Banggakan diri sendiri, Perasan) :3







Rabu, 12 September 2012

Sedetik Rasa-( Bab 1)

Pada suatu petang yang baru sahaja dituruni hujan, kelihatan pelangi di hujung bukit. Sungguh cantik bila di pandang. Warna-warni yang selalu m'berikan ketenangan di jiwa. Sofia melabuhkan punggung di pangkin depan rumah papan yang berada di tengah-tengah sawah. Di situlah tempat dia lahir dan di besarkan hingga sekarang. Banyak kenangan yang dia tidak dapat dilupakam bila melihat persekitaran rumah papan yang agak usang itu. Rindu sungguh dia pada zaman kanak-kanak yang dikatakan zaman paling seronok dalam hidup seseorang. Dia berpaling pula pada bawah rumah papan  dan di situlah tempat dia bermain masak-masak dengan anak-anak jiran. Dia mengeluh seketika bila mengingatkan tentang kanak-kanak sepermainan dengannya dulu. Semuanya sudah tidak diketemuinya sejak tamat tingkatan 5. Dia mula berhijrah ke Kuala Lumpur selepas tingkatan 5 kerana melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPT di situ dan sebaik sahaja tamat belajar dia terus di terima kerja di salah sebuah syarikat yang agak besar. Memang rezekinya kerana sebaik sahaja tamat pengajian peringkat ijazah, dia terus memperolehi kerja yang bagus dan gajinya agak lumayan. Hanya hujung-hujung minggu sahaja dia boleh balik ke kampung untuk menjenguk orang tuanya serta adik beradik yang lain.Kesibukan m'bataskan aktiviti luarnya. Sunyi keadaan rumah itu kerana adik pertama dan adik keduanya sudah berumah tangga dan tinggal adik lelaki bongsunya sahaja. Itupun selalu tiada di rumah, apatah lagi waktu-waktu petang begini. Pasti di padang bola.

"Mama..."

Kedengaran satu suara kecil memanggilnya. Dia tersentak dari lamunan dan terus berpaling ke arah itu. Kelihatan anak kecil yang berusia 5 tahun berlari ke arah pangkin lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Mama buat apa dekat sini?" Soal anak kecil yang berambut perang dan bermata coklat itu, saling tidak tumpah seperti ayahnya. Sofia mengusap lembut rambut panjang anaknya. Itulah hasil dari perkhawinannya dengan seorang jejaka pilihan hati. Namun semuanya musnah saat rumah tangganya bergoyang dengan kencang dan tiada siapa mampu menahannya dari terus bergoyang dan akhirnya berkecai begitu sahaja. Ketika itu usia anak kecil di sebelahnya baru 3 tahun. Pasti perit kerana m'besar tanpa kasih sayang seorang bapa, namun dia tetap akan memainkan peranan sebagai ibu dan bapa sekali gus. Sudah 2 tahun dia tidak ambil tahu tentang bekas suaminya itu.

"Mama ambil angin sayang. Opah dengan tok wan mana?" Soal Sofia pada anaknya. Sejak pagi tadi lagi dia tidak nampak kedua orang tuanya itu. Amani hanya mengelengkan kepala tandan tidak tahu.

"Dah nak senja ni, dah mandi ke belum?" Soal Sofia lagi.

"Tak naklah mama, air telaga tok wan sejuk."Ngadu Amani. Masih terasa kesejukan air telaga di rumah datuk dan neneknya itu ketika mandi pagi tadi. Mengigil seluruh tubuhnya hingga terpacak semua bulu romanya.Sofia tergelak kecil.Memang tidak dinafikan yang air telaga di rumahnya itu memang sejuk tahap beku apatah lagi bila waktu-waktu pagi.Namun waktu petang-petang begitu, airnya tidaklah sesejuk waktu pagi. Dulu masa kecil, dia liat juga untuk mandi hingga ibunya kejar sekeliling rumah kerana m'suruhnya pergi mandi. Dia memang rindukan saat-saat itu.

"Amani nampak tak kerbau di sana tu?" Sofia terus tunjuk ke arah kerbau yang berada di petak sawah tidak jauh dari situ.Kelihatan juga tuan kerbau tersebut di situ. Amani mengganguk sahaja.

"Kalau Amani tak mandi, maknanya Amani dengan kerbau tak ada beza sebab kerbau tak mandi macam Amani."Sambung Sofia lagi sambil tersenyum manis. 

"Amani tak nak jadi kerbau, Amani nak pergi mandilah"Amani terus turun dari pangkin lalu berlari masuk ke dalam rumah dengan lajunya.Takut betul anak kecil itu bila di samakan dengan kerbau.

"Amani, jangan lupa sidai tuala lepas guna!!!"Jerit Sofia kuat dari halaman rumah. Dia tahu sangat perangai anaknya yang memang suka sepahkan tuala selepas guna. Kadang-kadang habis tualanya di basahkan sekali ketika mandi.Dia masih tetap di pangkin itu dan kelihatan dua orang manusia yang dalam lingkungan 50- berjalan mendekatinya.

"Duduk termenung buat apa, baik kamu bakar sampah depan batang hidung kamu ni"Tegur mak. Ayah pula terus malabuhkan punggung di sebelahnya dan cangkul yang di bawa terus di sandar pada pokok rambutan bersebelahan dengan pangkin.Mak terus mengumpul daun-daun kering untuk di bakar. Semak pula matanya bila melihat daun-daun kering itu bertaburan di halaman rumahnya.Sofia teus mengambil tempat di sebelah maknya yang sedang mencangkung. Daun-daun kering dikumpul satu tempat supaya senang untuk di bakar.

"Fia, mak nak cakap sikit ni, boleh tak?"Beritahu mak serius. Sofia mula dapat mengagak apa yang akan diberitahu maknya nanti. Pasti soal jodohnya.Sofia hanya berdiam diri tanpa jawapan antara boleh atau tidak untuk maknya bertanya. Lagipun, jika dia kata tidak boleh, maknya pasti akan cakap juga. Siapa tidak kenal maknya yang mulut banyak itu.

"Mak dah sepakat nak jodohkan kamu dengan si Salleh, anak tok penghulu kita. Budak tu baik Fia, hormat orang tua, kerja pun bagus"Puji mak melambung. Sofia tersengeh sendirian bila maknya ingin jodohkan dia dengan anak tok penghulu yang selalu kacaunya ketika kecil.Dia memang tidak pernah sukakan lelaki itu sejak dari dulu lagi. Baginya, Salleh bukan lelaki yang setia pada satu cinta. buktinya, lelaki itu sudah 2 kali bercerai.

"Yang kamu sengeh sorang-sorang ni kenapa Fia?" Soal mak lagi.

"Alah mak, setakat kerja dekat bank apalah sangat. Fia ni executive mak. Gaji Fia pun dah cukup untuk hidup. Entah-entah dia cuma kerani je dekat bank tu. Belagak je lebih"Duga Sofia. Semua oran kampung tahu yang Salleh kerja di bank, tetapi tiada siapa yang tahu jawatan yang di sandang lelaki itu. Lagipun Salleh selalu mengelak bila ada orang bertanya soal itu. Nampak sangat macam ada rahsia yang di simpan Salleh selama ini.Selama ini pun, Salleh hidup mewah dengan harta keluarga dan bukanya dari pendapatan kerja di bank.

"Gaji tak penting Fia, mak cuma nak kamu bahagia. Lagipun dah 2 tahun kamu janda. Tak ada rasa nak khawin lagi ke? Hidup berjanda ni banyak berlaku fitnah."Pujuk mak lagi. Sofia mengelangkan kepalanya. Dia bukan tidak mahu berkhawin, tetapi buat masa sekarang dia masih lagi tidak bersedia kerana hatinya sudah serik untuk menyintai. Begitu susah untuk melupakan perbuatan bekas suami yang banyak memyebabkan air matanya begitu lemah untuk terus bergantung di mata. Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan apatah lagi bila menatap wajah Amani. Anak kecil itu memang iras dengan papanya.

"Fia tak sedia lagilah mak. Fia seronok hidup macam sekarang ini. Fia bebas nak buat apa pun. Lagipun matlamat Fia sekarang adalah untuk besarkan Amani."Beritahu Sofia.Mancis di tangannya teus di gesel lalu mengeluarkan api dan terus dia membakar daun-daun kering itu. Ayah di pangkin masih dengan rokok daun yang di gulung sendiri. Di tengah-tengahnya dimasukan tembakau.

"Kamu tak sedia, tapi Amani dah sedia nak dapat kasih sayang dari seorang ayah. Lagipun si Salleh tu dah lama sukakan kamu. Lepas kamu khawin dengan Razif dulu, dia kecewa sangat sampai bawa diri ke luar kota.Bagilah peluang dekat Salleh Fia"Minta mak lagi.

"Sofia masuk dulu ya mak. Amani entah buat apa agaknya"Sofia terus bangun dari mencangkung dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Malas utnuk melayan maknya ketika itu.

"Itulah awak, budak tu tak nak jangan di paksa"Sampuk ayah tiba-tiba. Mak hanya berdiam diri dan meneruskan kerja.

*****************************************************************

Sudah dua hari Sofia tinggal di rumah ibu bapanya dan kini sudah waktunya dia balik ke Kuala Lumpur.Dia bertolak lebih awal dari kampung kerana tidak mahu terlibat dalam kesesekan lalu lintas. Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur tidaklah sejauh mana dan tepat jam 3 petang dia sudah sampai di Kuala Lumpur. Sesekali dia memandang seklilas pada Amani yang sedang lena tidur di kerusi kereta bersebelahan dengan pemandu. Nyenyak sungguh anak kecil itu tidur. Mungkin tidak sampai 15 mini lagi, dia akan tiba di rumahnya jika tidak berlaku kesesakan.Tiba-tiba tekaknya dahaja dan dia perlukan sesuatu untuk di minun.Dia terus membelok kereta proton wajanya ke arah salah sebuah kedai runcit berdekatan dengan kawasan perumahannya. Selepas bercerai dengan bekas suaminya dulu, dia terus berpinda ke situ dengan harapan lelaki itu tidak akan mencarinya lagi.Sebaik sahaja kereta berhenti di tepi jalan, Amani terus tersedar dari lena.

"Dah sampai ke mama?"Soal Amani mamai sambil mengosok-gosok mata beberapa kali.

"Belum sayang, mama nak beli air kejap. Amani nak apa-apa tak"Soal Sofia sebelum keluar.

"Amani nak air milo"Minta Amani. Sofai sudah tahu pasti anaknya akan meminta air itu kerana minuman itulah minuman kegemaran Amani.

"Kunci kereta"Arah Sofia sebelum pintu kereta di tutup. Dia takut jika berlaku kecurian kereta. Takut juga dia meninggalkan anaknya sendirian.Nasib baik Amani tahu mengunci kereta dari dalam.Dia terus melangkah masuk ke dalam kedai runcit  dan terus menuju ke peti ais. Air kotak berperisa milo dan mineral botol kecil di capainya dan terus m'buat p'bayaran.Dia tergaman seketika sebaik sahaja keluar dari kedai tersebut, Pintu kereta di sebelah Amani terbukan begitu sahaja. Terlepas air yang baru dibelinya tadi ke tanah dan dia terus ke arah kereta. Liar matanya mencari Amani di dalam dan di luar kereta. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Hampir meletup jantungnya bila meliaht anaknya tiada di dalam kereta.Matanya terhenti pada satu sudut tepi kedai.Anak kecil yang berbaju hijau muda itu amat dikenalinya. Kelihatan seorang lelaki bersamanya. Pantas kakinya di atur menuju ke situ.

"Amani" Panggil Sofai keras. Amani terus berpaling ke belakang. Tergaman Sofia melihat lelaki yang bersama dengan anaknya itu.Lelaki itu terus bangun dari bercangkung di depan Amani.Pantas juga Sofia menarik tangan anaknya supaya duduk di belakangnya

"Buat apa kau datang sini?" Soal Sofia marah. Tidak sangka hari ini dia akan bertembung dengan bekas suaminya yang sudah lama tidak ditemuinya.

"Fia, kenapa buat abang macam ini? Abang masih sayangkan Fia, sayangkan anak kita"Pujuk Razif dengan harapan masih ada sinar kemaafan di hati wanita itu untuknya.

"Amani tunggu mama dalam kereta"Arah Sofia pada anaknya. Amani terus berlari ke arah kereta dan masuk ke dalamnya.

"Kau tanya aku kenapa aku buat kau macam ini? Sepatutnya aku yang tanya kau kenapa kau buat macam tu?Tak cukup lagi ke kau siksa hati aku selama ini dan hari ini kau berani muncul depan aku lagi."Marah Sofia agak kuat. Darahnya pasti naik bila bercakap dengan lelaki itu.

"Fia, abang masih sayangkan Fia"Rayu Razif.Sofia tergelak kecil.

"Apa? Sayang? Kalau betul kau sayangkan aku dan Amani. Kau tak akan buat benda terkutuk tu.Kau tak akan buat hati aku sakit."Marah Sofia lagi. Dia sudah mula ingin melangkah pergi, namun tangannya di capai Razif dari belakang.Cepat-cepat Sofia menyentak tangannya supaya di lepaskan.

"Jangan sentuh akulah gila!!! Aku jijik dengan kau!!!" Jerit Sofia.Serta merta Razif melepaskan tangan Sofia.

"2 tahun abang cari Fia dengan Amani dan sekarang ini baru abang boleh tengok wajah anak abang sendiri. Fia tolong maafkan abang" Minta Razif separuh merayu. Dia terus melutut di depan Sofia dan m'buang semua ego dan maruahnya demi memiliki wanita itu kembali. Dia menyesal dengan perbuatannya dulu kerana telah menduakan wanita itu.

"Kau melutut di depan aku sekalipun, aku tak akan maafkan kau sampai mati. Kau ingat tu"Sofia m'beri amaran sebelum melangkah ke keretanya lalu masuk ke dalamnya meninggalkan Razif begitu sahaja.Dia terus memecut laju keretanya pergi dari situ.

"Mama..."Panggil Amani lembut bila melihat wajah mamanya begitu bengis.

"Kenapa Amani tak dengar cakap mama?Kan mama dah cakap jangan keluar dari kereta masa mama tak ada. Kenapa degil sangat?" Marah Sofia tiba-tiba menyebakan anak kecil itu menangis. Dia tahu anaknya memang tidak biasa di marahi dan jika sekali kena marah, pasti akan menangis.

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...