MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Ahad, 21 Julai 2013

Cik Dobiku...bahagian 2( kerana sehelai baju, kita di pertemukan)



**********
Jam sudah menunjukan pukul 11.30 malam. Dhia dan Uwais sudah tiba di perkarangan banglo milik Dato’Haidar dan Datin Suzana. Dhia masih tidak keluar dari keretanya dan hanya membatukan diri. Ke kiri dan ke kanan dia kepalanya melilau keadaan rumah banglo yang mempunyai kawasan lapang yang agak besar sekali. Di sebelah kiri kelihatan taman mini yang menempatkan satu air pancut dan bangsal yang di perbuat dari buluh. Lagi cantik taman itu bila lampu kecil yang di pacak pada tanah kelihatan berwarna warni. 

Di sebelah kanan pula kelihatan deretan kereta-kereta mewah yang dia pasti semuanya milik keluarga mentuanya itu. Tengok saja anak lelaki keluarga itu, semuanya kelihatan mewah. Beruntung sungguh Uwais, sudahlah di lahirkan dalam keluarga yang berada, di tambah lagi dengan kepintaran yang di miliki hingga berjaya menjadi seorang doktor.

Tuk! Tuk !

Dhia tersentak bila cermin kereta di sebelah pemandu di ketuk beberapa kali. Dia tahu lelaki itu inginkan dia keluar dari kereta. Cermin kereta di turunkan.

            “ Tunggu apa lagi, tak nak masuk ke?” Soal Uwais yang berdiri di sebelah kereta.Pelik juga dia bila wanita itu seperti tidak mahu keluar dari kereta.

            “Nak keluarlah ni” Jawab Dhia sambil membuka pintu. Dia mengerling tajam pada lelaki itu dan terus melangkah menuju ke pintu depan, meninggalkan Uwais begitu sahaja.

Uwais mengelengkan kepalanya dengan sikap dingin Dhia padanya, namun dia harus bersabar. Dia tahu kemarahan wanita itu padanya masih belum reda lagi. Kalau dia di tempat Dhia sekalipun, mungkin dia juga akan berbuat begitu. Terus kakinya melangkah ke arah pintu besar banglo mewah itu dan berdiri di sebelah isterinya yang hanya berdiri di situ.

Tangan kirinya terus mencapai tangan Dhia untuk di gengam, namun tiba-tiba wanita itu menepis dengan lajunya.Tajam mata Dhia menjeling pada Uwais. Berani nak pengang tangan aku! Aku jijik dengan kaulah! Satu penumbuk hingga di perut Uwais hingga lelaki itu terbatuk dua kali. Ambik kau! Suka-suka je nak sentuh aku!

            “Sekali lagi awak cuba sentuh saya, saya bunuh awak!” Ugut Dhia agak keras. Cukuplah dia pernah di cium oleh lelaki itu ketika majlis akad nikah dulu. Masa itu, kalau bukan kerana ramai mata yang memandang, memang dia terajang Uwais sampai ke bulan kerana mencium dahinya. 

Uwais mengusok perutnya. Sakit juga tumbukan dari wanita bertudung itu. Nampak amcam lemah lembut, rupa-rupanya lain dari perwatakan luaran. Nak pengang pun salah ke? Bukannya haram pun. Kita kan dah sah jadi suami isteri.

            “ Saya tak nak mama dengan papa fikir yang bukan-bukan sebab nampak kita macam tak mesra. Lagipun mama dengan papa tak yang kita berdua tinggal berasingan”Beritahu Uwais.

Bagus! Itulah yang aku nak sebenarnya. Biar dia orang fikir yang bukan-bukan, lepas itulah senanglah kerja aku nak lepaskan diri dari anak lelaki dia yang tak guna ni. Bisik hati Dhia sendirian.

            “ Ada saya kisah dengan mama dan papa awak tu? Saya datang sini dah kira bersyukur tau, jangan nak melebih-lebih pula” Marah Dhia geram dengan tindakan lelaki itu tadi.

Sebaik sahaja pintu terbuka, kedua-duanya mula memasuki perut banglo mewah itu. Kelihatan Dato’Haidar sedang menonton wayang di ruang tamu yang cukup besar itu dan kelihatan seorang wanita sedang leka dengan komputer riba di sudut ruang tepi tangga ke tingkat atas.

            “ Papa, Wais dengan Dhia dah sampai tu” Jerit wanita yang tadinya leka dengan komputer riba.

Dato’Haidar terus berpaling ke belakang dan kelihatan anak dan menantunya mula melangkah ke arah ruang tamu. Uwais terus menyalami tangan papanya, namun tidak pula dia berbuat begitu. Wanita itu hanya memandang ke arah lain dan langsung tidak mahu menyalami tangan papanya ketika orang tua itu menghulurkan tangan. Dia mencuit lengan isterinya supaya menyalami tangan papanya, namun wanita itu tetap buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Apa dah jadi dengan bini aku ni? Asal kurang ajar sangat dengan mentua.

            “ Eh, dah sampai pun kamu berdua” Tegur Datin Suzana yang baru keluar dari dapur. Terus di memeluk tubuh anak dan menantunya. Walaupun menantunya dari keluarga yang sederhana, namun dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Dato’Haidar kembalikan tumpuannya pada televisyen semula. Pasal persalaman tadi, dia lupakan sahaja. Malas nak ambil kisah dengan kerenah menantunya itu.

            “Kenapa lambat?” Soal Datin Suzana lagi. 

            “ Dhia baru habis kerja mama”Jawab Uwais terlebih dahulu. Dhia mengetap bibir geram. Salah akulah ni sebab datang lambat? Tak apa! Kau tunggulah, bila permainan aku di mulakan. Biar satu rumah benci aku! Dhia tergelak dalam hati.

            “Mana ada datin, bukan saya yang lambat tapi anak datin ni. Saya mana kerja hari ini.”Balas Dhia selamber. Uwais mengerling pada isterinya. Apa benda semua ni? Aku yang tunggu dia, boleh pula dia salahkan aku balik.

Datin Suzana pelik dengan jawapan anak dan menantunya itu. Entah yang mana betul, dia sendiri tidak tahu. Tapi, lantaklah siapa betul sekalipun, asal mereka berdua selamat tiba.

            “ Tak kisahlah apa-apa pun yang penting kamu berdua dah sampai. Dhia, lepas ni jangan panggil mama datin lagi. Mama bukan customer kamu lagi tapi mama ni mentua kamu. Anggaplah mama ni macam mama kamu sendiri.” Datin Suzana mengengam jari jemari menantunya sambil tersenyum manis. 

Dhia mengigit bibirnya. Alamak! Baiklah pula Datin Suzana ni. Tak sampai hati nak sakitkan hati wanita yang begitu penyayang itu. Patutlah Uwais menerima Datin Suzana mengantikan tempat arwah ibu kandung lelaki itu. Datin Suzana memang baik orangnya.

Tiba-tiba dia mengelengkan kepala. Tak! Aku tak boleh lari dari plan asal. Mereka semua mesti kena benci aku, bukannya sayangkan aku. Aku tak nak hidup dengan anak lelaki mereka yang jahat tu.

            “ Saya tak biasa panggil datin macam tu, tapi saya rasa okey je saya panggil datin macam tu. Tak ada masalah kan?” Jawab Dhia sedikit kurang ajar. Maaflah datin, saya bukan segaja cakap macam itu.

Datin mengeluh berat. Entah mengapa dia merasakan sikap menantunya itu sedikit berlainan dari pertama kali dia berjumpa dulu. Namun dia tidak mahu mengambil hati. Mungkin betul, wanita itu masih belum selesa memanggilnya begitu. Biasalah, orang baru mengenal erti rumah tangga.

Uwais tidak mampu berkata apa-apa. Geram juga dia dengan jawapan isterinya itu. Dahlah cakap macam bercakap dengan kawan, tak ada hormat langsung. Kalau nak kurang ajar pun, dengan aku, aku tak kisah tapi bukan dengan family aku!

            “ Korang mesti belum makan lagi kan? Jom pergi dapur, mama ada masak special malam ni.” Datin Suzana terus menuju ke dapur begitu sahaja dan di ikuti Umairah juga.

            “Apa tunggu lagi, jomlah makan. Kami semua dari tadi tunggu kamu berdua.”Dato;Handar menepuk bahu anaknya sebelum turut ke dapur. Uwais meneliti jam di tangannya. Sudah pukul 11.00 malam dan keluarganya masih belum makan lagi. Sanggup mereka semua menunggu dia membawa Dhia balik hingga terlepas waktu makan malam. Harap-harap Dhia tak buat hal.

            “ Boleh tak awak jangan kurang ajar sangat dengan keluarga saya? Dahlah dengan papa saya awak tak salam”Sedikit marah Uwais ketika ini.Kalau boleh dia tidak mahu keluarganya nampak walaupun sedikit cacat cela pada isterinya. Biarlah mereka hanya nampak kebaikan sahaja, dan bukannya keburukan. 

            “Ada saya kisah!” Dhia terus mengambil tempat di sofa sambil berpeluk tubuh. Siaran ulangan Maharajalawak  di astro menarik minatnya ketika ini. Ketika ini, kumpulan Sepah sedang beraksi. Tergelak juga dia melihat mereka bertiga itu berlawak. Mahu tak pecah perut. Antara mereka bertiga, yang paling dia minat adalah Jep Sepah. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Setiap cerita yang ada lelaki itu, pasti dia tidak akan terlepas untuk menontonnya.

            “ Awak!”Panggil Uwais bila melihat tiada tanda-tanda yang Dhia ingin ke dapur sedangkan keluarganya sudah lama menunggu.

            “ Emm...”Balas Dhia endah tak endah. Malaslah dia nak ke dapur untuk makan kerana baru sekejap tadi dia bedai lima biji roti canai di gerai mamak. Mana ada ruang lagi dalam perut untuk mengisi makanan seterusnya.Boleh pengsan dia nanti kalau memaksa mulut untuk makan. 

            “ Jomlah ke meja makan. Keluarga saya dah tunggu tu”Ajak Uwais.

            “ Tak nak! Saya dah makan tadi”Jawab Dhia lagi tanpa memandang langsung pada muka lelaki itu.

Uwais mengerutkan dahinya. Bila masa kau makan ha? “Bila masa awak makan?”

Dhia membulatkan matanya. Alamak, dah kantoilah pula. Alang-alang dah kantoi, baik terus terang je. “Masa awak tunggu saya tadi, saya pergi makan dengan Suria dulu”

            “Apa!?” Terkejut Uwais bila mendengarnya. Punya lama dia tunggu dalam kereta sampai tertidur, boleh pula wanita itu keluar makan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Ini memang melampau.

            “ Saya tunggu awak punya lama dalam kereta, awak boleh pergi makan dengan kawan awak!”Marah Uwais, namun tidaklah kuat sangat kerana dia tidak mahu keluarganya mendengar perbualan itu.

Dhia buat-buat tak dengar. Uwais mengeluh berat. Bila mamanya mula memanggil dari ruang makan, dia mula cuak. Kesian pula pada keluarganya jika Dhia tidak turut serta di meja makan. Malu dia nanti kerana di anggap tidak mampu mengawal isteri. Nak tak nak dia kena memujuk juga dan terpaksalah dia mengalah demi keluarganya.

Dia mula melutut di hadapan isterinya. Dhia tergaman bila melihat lelaki itu tiba-tiba melutut di hadapannya. Apa ni? Asal main melutut-lutut pula ni?

            “ Please Dhia, kali ini awak jangan kecewakan family saya.” Rayu Uwais. Hanya itu sahaja caranya untuk melembutkan wanita berhati batu tu. Kalau bukan di sebabkan kesian pada keluarganya, jangan haraplah dia nak melutut pada mana-mana perempuan. Susah betul kalau hati sudah suka. 

Dhia terus melompat dari sofa. Tak pernah dia jumpa dengan lelaki yang sanggup melutut hanya kerana minta dia ke meja makan. Bukan hal besar pun sampai nak kena melutut. Kalau tahu macam ini, memang aku tak akan datang sini. Ini idea Surialah suruh dia datang! Serba salahlah pula.

            “ Yelah-yelah...” Dhia akur. Pantas dia meninggalkan ruang tamu itu dan menuju ke arah yang di lalui ahli keluarga itu tadi. Uwais menarik nafas lega sambil mengelengkan kepala. Macam manalah aku boleh syok dekat perempuan ni? Maisara yang aku kenal bertahun-tahun tu pun aku boleh lupakan di sebabkan Dhia. Hebat kau Dhia sebab berjaya buat aku jatuh cinta pada kau!

Dhia memalingkan mukanya ke belakang bila dia rasa Uwais tidak pula mengikutnya dari belakang. “ Tunggu apa lagi? Nak saya patah balik ke?” Ugut Dhia. Malu pula dia nak ke meja makan sendirian tanpa Uwais di sisi. Kadang-kadang lelaki itu penting juga walaupun dia rasa rimas berdamping dengan lelaki itu.

Uwais terus berlari anak menuju ke arah isterinya dan berjalan seiringan menuju ke ruang makan.



*********
“Dhia tidur sini jelah malam ni ya”

Itulah ayat yang keluar dari mulut Datin Suzana tadi. Belum sempat dia cakap ya atau tidak, wanita itu terus berlalu pergi ke dapur semula bila di panggil oleh Umairah, kakak kepada Uwais. Tak sangka juga yang Umairah dan Dato’Handar seorang manusia yang baik dan cuba melayan dia sebaik mungkin. Semakin serba salahlah dia untuk meninggalkan rumah itu begitu sahaja. Nak tak nak, dia terpaksalah mengikut sahaja.

Lagi panas hatinya bila dia terpaksa berkongsi bilik dengan Uwais. Di kampung dulu, dia pernah sekali berkongsi bilik dengan Uwais, itupun demi menjaga hati keluarganya. Dia tidak mahu abah terus bermasam muka jika dia berkeras dengan pendiriannya. Lagipun, dalam rumah umminya itu hanya ada empat bilik sahaja dan semuanya sudah berpenghuni. Terpaksalah dia berkongsi bilik dengan suami yang hanya di atas kertas itu. 

Dia tidak mahu berkara itu berulang lagi. Dia masih ingat lagi, sebelum malam itu dia mengarahkan Uwais tidur di bawah yang berasalkan tikar, tapi bila dia bangun pagi esoknya, lelaki itu sudah berada di atas katil bersebelahan dengannya. Dahlah muka dia betul-betul mengadap lelaki itu. Mahu tak menjerit dia ketika itu. Pantas juga kaki dia menendang tubuh Uwais hingga lelaki itu terjatuh ke lantai. Padam muka! 

Sejak hati itu jugalah, Uwais terus balik ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya terlebih dahulu dan terus hilang begitu sahaja. Sehari selepas hari itu, baru dia bertolak ke Kuala Lumpur dan sejak itulah dia tidak berjumpa dengan Uwais hinggalah ke hari dia tersempak dengan lelaki itu di salah sebuah restoran dan ketika itu dia bersama dengan Umar.

Tubuhnya di rebahkan pada tilam yang begitu empuk sekali. Tidak pernah dia rasa tilam yang begitu selesa. Mungkin tilam ini lebih mahal dari tilam di rumah sewanya. Alang-alang Uwais tiada di dalam bilik, dia terasa bebas dan terus mengerak-gerakkan kaki dan tangannya seperti mahu terbang sambil memandang siling yang putih bersih itu.

Seronok jadi orang kaya. Dia tahu, itu adalah bilik Uwais keran di atas meja yang berada di penjuru bilik, terdapat beberapa keping gambar lelaki itu. Di dinding pula kelihatan satu keping gambar yang bersaiz agar besar. Di dalam itu kelihatan Uwais, Umairah, Dato’Haidar dan seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Dia yakin yang wanita itu adalah ibu kandung Uwais yang telah meninggal dunia.

Pintu di kuak dari luar. Dhia tersentak lalu bangun dari baring dan terus duduk di atas katil.Kerana katil itu agak tinggi, jadi kakinya sedikit tergantung dan tidak memijak kapet berwarna merah pekat yang berada di samping katil.  Kelihatan Uwais yang memasuki bilik.

            “ Stop!” Arah Dhia sambil menunjukan isyarat berhenti menggunakan tangannya. Uwais yang baru sahaja menutup daun pintu terus menghentikan langkah serta merta. Entah mengapa dia merasakan dirinya seperti di kawal oleh wanita itu.

            “ Walaupun ini bilik awak, tapi hari ini kita kongsi. Sebelah sana tempat awak dan sebelah sini tempat saya. Awak jangan masuk ke tempat saya, faham?” Dhia menunjuk ke arah sebelah kanan katil, itu adalah tempat Uwais dan sebelah kiri katil pula adalah tempat dia.  Dhia melemparkan satu biji bantal dan satu selimut ke lantai sebelah kanan katil.

            “ Awak nak saya tidur atas lantai? Saya tak boleh tidur kalau tak ada tilam” Beritahu Uwais. Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati wanita itu kerana dia ingin memikat Dhia supaya menerima dia sebagai suami. Soal dendam lamanya, terus dia buang dari kotak fikiran.

            “ Ada saya kisah! Awak jangan cuba buat perkara yang awak pernah buat masa dekat kampung dulu! Kalau tak , saya bunuh awak!” Dhia memberi amaran keras. Tergelak juga di di dalam hati. Sikit-sikit nak bunuh, macamlah aku ni berani sangat nak buat macam itu. Bunuh semut pun aku kesian.

Uwais melabuhkan punggung pada kerusi yang berada di tepi dinding biliknya yang bersaiz agak besar itu. Nak tak nak, dia kenalah layan juga kerenah isterinya itu.      
 
            “ Habis awak tidur mana?” Soal Uwais pula.

Dhia memandang ke kiri dan ke kanan. Yang tinggal di atas katil hanya satu bantal tidur dengan bantal peluk sahaja. Selimut memang sudah tidak ada kerana dia sudah melemparkannya di atas lantai sebelah kawasan lelaki itu. Alamak sejuklah dia nanti, dahlah penghawa dingin pun di pasang agak kuat. Tegak jugalah bulu roma dia ketika ini.

            “ Saya tidur sebelah sini.” Dhia menunjuk ke sebelah kiri katil. Kini tempat tidur dia di pisahkan dengan katil besar itu. Jadi tidaklah dia nampak lelaki itu dan lelaki itu juga tidak boleh nampak dia. Selamat sikit dia rasa. Jika dia tidur di atas tilam, pasti pagi esok lelaki itu ada di sebelahnya. Memang nak kena terajang sekali lagilah.

Uwais tergelak kecil. “ Sanggup awak tidur atas lantai sebab tak nak dekat dengan saya. Kalau macam itu, baik saya tidur atas katil kalau awak dah pilih nak tidur bawah” Cadang Uwais. Dhia mengetap bibir geram. Tidak mungkin dia benarkan lelaki itu tidur lebih selesa darinya.

            “ No! Saya tak benarkan. Awak tidur sana dan saya tidur sini, faham!” Dhia memberikan amaran keras. Dia terjun dari katil bersama dengan bantal tidur dan bantal peluk, lalu terus baring di posisinya iaitu sebelah kiri katil. 

Uwais hanya mengelengkan kepala. Pelik-pelik betul dia rasa perangai isterinya itu, namun kadang-kadang dia ras Dhia begitu comel bila berpelakuan begitu. Lagipula, dia suka melihat lesung pipit wanita itu bila tersenyum, namun jarang sekali dia boleh melihatnya kerana Dhia tidak suka tersenyum bila berhadapan dengannya.

           
            “ Sayang, abang tutup lampu tau” Gurau Uwais. Berani sungguh dia memanggil wanita itu begitu. Kakinya melangkah ke suis lampu dan terus menutupnya.

            “ Wekksss... Banyaklah awak punya sayang!”

Kedengaran suara Dhia pura-pura muntah di sebalik katil sebelah kiri. Uwais tersenyum sendirian sambil membaringkan tubuhnya di lantai sebelah kanan katil. Malas pula dia hendak meminta tilam nipis dari mamanya, lagipun dia malas nak menjawab persoalan dari mamanya nanti. Yang dia risau sekarang adalah Dhia. Tak sejuk ke wanita itu tidur tanpa selimut?

Dhia hanya mampu menutup separuh tubuhnya menggunakan bantal peluk. Sejuklah pula dia rasa ketika ini. Baru 5 minit baring atas lantai beralaskan kapet merah itu. Nasib baik juga ada kapet yang setebal 5 inci itu, tidaklah sejuk seperti tidur di atas lantai simen. Menyesal pula dia rasa bila memilih untuk tidur di bawah, kan lebih baik dia tidur sahaja di atas. Rasanya dia harus ubah fikiran untuk tidur di bawah. Lepas Uwais terlelap, dia akan naik tidur di atas katil pula. Biar padam muka Uwais sebab kena tidur bawah.

            “ Dhia...”
Kedengaran suara Uwais memanggil namanya. Dhia mengeluh berat. Bilalah lelaki ini akan tidur? Sudah setengah jam baring, masih tak tidur lagi ke? Alamaknya, lambat lagilah aku boleh panjat atas katil semula. Dia pura-pura tidur dan langsung tidak menjawab panggilan itu. Nasib baiklah cadar katil itu labuh hingga ke lantai, jadi tidaklah dia nampak Uwais yang sedang baring di sebelah kanan katil.
            “ Dhia...”

Panggil Uwais lagi. Dhia mula berang. Apa lagi yang Uwais mahukan darinya. Boleh diam tak? Bisik hati kecil Dhia sambil mencapai bantal peluk lalu di pekup pada telinga.

            “ Sayang...”

Kali ini Uwais memanggilnya dengan panggilan yang paling dia benci. Ini memang tak boleh jadi! Melampau betul kau Uwais! Malam-malam jugalah kau nak naikkan darah aku!

            “ Apa!?” Jerit Dhia sedikit kuat. Telinganya dapat menangkap gelak ketawa lelaki itu. 

            “ Dah tidur ker?”

Satu lagi soalan yang mencabar kesabaran Dhia ketika ini. Nak saja dia hempuk kepala Uwais dengan bantal peluk. Ada ke tanya soalan bodoh macam itu.

            “ Kalau saya dah tidur, tak adanya saya jawab panggilan awak!” Sindir Dhia.

            “ Tak sejuk ke tidur tak ada selimut?” Soal Uwais.

Gila tak sejuk! Dah rasa macam beku tulang aku ni. Gomel Dhia sendirian. Nak mintak selimut, malulah pula sebab belagak sangat tadi.

            “ Saya dah biasa tidur tanpa selimut. Awak tak payah menyibuklah!” Keras Dhia membalasnya. Ego yang dia miliki tidak harus di perendahkan.

            “ Dhia...” Panggil Uwais lagi.

            “ Sekali lagi awak panggil nama saya, saya halau awak tidur dekat luar!” Marah Dhia.

            “ Tapi ini bilik saya” Beritahu Uwais.

            “ Sekarang, bilik ini bilik saya! Dah, diam!” Dhia memang sudah tidak tahan dengan kerenah Uwais itu. Malam-malam jugalah nak di ajak berbual. Aku nak tidur, faham! Esok pagi-pagi aku nak berambus cepat-cepat dari rumah ini.  Aku dah tak sampai hati nak sakitkan hati keluarga ini.




*
*********
Dhia membuka matanya perlahan-lahan bila dia terasa cahaya matahari mula memancar di mukanya. Itu tandanya langit sudah cerah.  Alangkah terkejutnya dia bila melihat Uwais berada di atas katil dan setengah kepala lelaki itu terjuntai ke bawah. Dia terus menjerit sambil melompat bangun dari baring bila dia perasan yang tangan kanan lelaki itu berjuntai ke bawah dan betul-betul mengena pada dadanya. Ini dah melampau!

Uwais terkejut dengan jeritan itu. Pantas dia membuka matanya. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Dhia yang berada di penjuru bilik sambil memeluk bantal tidur. Apa dah berlaku?

            “ Tak guna!”Jerit Dhia sambil melemparkan bantal di tangannya pada Uwais dan betul-betul mengena pada kepala.

            “ Apa saya dah buat?” Soal Uwais pelik. Rasanya dia tidak mengacau wanita itu tidur pun. Malam tadi dia memang tidak boleh terlelap hinggalah dia naik tidur di atas katil, barulah matanya boleh tertutup rapat. Sakit tubuhnya bila terpaksa tidur di lantai. Seumur hidupnya, tidak pernah sekali pun dia tidur di atas lantai.

Dhia mengentak kakinya beberapa kali. Tak pernah ada lelaki menyentuh tempat sensitif dia selama ini dan Uwaislah yang pertama. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik air.

Uwais masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku sebenarnya. Tiba-tiba sahaja wanita itu menjerit dan mengejutkan dia dari lena. Dia kembali baring di tilam kerana masih ada sisa mengantuk di matanya. Soal Dhia, malas dia nak fikir. Matanya di kerling pada jam, sudah pukul 8.00 pagi. Nasib baiklah dia sedar pukul 6.00 pagi tadi untuk sembahyang subuh dan barulah dia tidur kembali. Banyak kali juga dia kejutkan Dhia, namun wanita itu tetap tidak bangun. Mungkin Dhia sedang mengangkat bendera, sebab itulah wanita itu tidak mahu bangun bila dia kejutkan. Duganya sendirian.

Tiba-tiba isterinya keluar dari bilik air dalam keadaan tergesa-gesa dan terus mencapai tas tangan yang berada di atas meja. Tudung di atas kepala terus di betulkan. Lucu pula dia rasa bila melihat wanita itu tidur bersama dengan tudung di kepala. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat rambut isterinya lagi.

            “ Nak pergi mana?” Soal Uwais bila tubuhnya yang terbaring sedikit bangun sambil mengerling pada isterinya yang kelihatan begitu sibuk.

Dhia langsung tidak memandang muka Uwais kerana masih malu dengan kejadian tadi. Harap-harap lelaki itu tidak ingat apa yang berlaku tadi, kalau tidak memang malulah dia seumur hidup. Seram pula dia dengan Uwais.

            “ Dhia, saya tanya awak ni. Saya bukan bercakap dengan tunggul kayu tau” Sindir Uwais sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

            “ Saya dah lewat nak pergi kerja. Ini semua awak punya pasallah!”Dhia menyalahkan Uwais. Kalau bukan kerana lelaki itu memang dia tidak akan terlewat untuk ke tempat kerja. Kalau tahu macam ini, memang dia tidak akan setuju dengan idea Suria untuk datang kemari.

            “ Mak ai! Salah saya ke? Awak yang tidur macam orang mati, saya pula yang di salahkan.Pagi tadi saya kejutkan awak, tapi awak langsung tak bergerak.”Balas Uwais. Dhia mencekak pinggang di tidak jauh dari katil sambil memanah matanya dengan mata lelaki itu. Suka-suka cakap aku tidur macam orang mati. Kaulah yang patut mati! 

            “ Siap berdengkur lagi” Sambung Uwais lagi.
Bulat mata Dhia mendengar kata-kata Uwais itu. Berdengkur? Sejak bila pula aku tidur berdengkur? Suria dengan Munirah tak pernah bagitahu aku pun yang aku ni tidur berdengkur. Ya Allah....Malunya.

Pantas dia mengangkat kaki dan meninggalkan bilik itu. Lagi lama dia di situ, makin tebal pula pipinya nanti.

Uwais tergelak kecil. Yang sebenarnya, Dhia langsung tidak berdengkur. Saja nak mengusik wanita itu. Tak sangka Dhia cepat melatah juga. Tubuhnya di baringkan semula pada tilam sambil mendepakan kedua-dua tangan. Seronok sungguh dia rasa walaupun hanya semalam tinggal berdua di dalam satu bilik. Selepas solat subuh pagi tadi, dia terus naik tidur di atas katil bila terasa urat-urat di tubuhnya mula terasa sakit. Ketika itu jugalah dia tidur di sebelah kiri katil untuk menatap wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur. Dia memang suka melihat Dhia sedang lena. Comel sungguh Dhia ketika itu. Tanpa sedar, dia terlena di buai mimpi juga.


            “ Tak guna betul! Dah lah sentuh tempat sensitif aku, lepas tu cakap aku tidur berdengkur! Nak je aku siku-sikukan kepala dia!”Bebel Dhia sendirian sambil menuruni anak tangga sambil mencari anak kunci keretanya yang berada di dalam tas. Entah bahagian manalah kunci itu di letak. Masa-masa beginilah kunci tu boleh hilang. Itulah orang nak pakai tas tangan, dia nak pakai juga. Pastu mulalah susah nak mencari barang.

            “ Dhia nak pergi mana?” Tegur Umairah yang baru keluar dari dapur.

Dhia terus menghentikan langkah kakinya di anak tangga paling bawah. “ Saya nak balik” Jawab Dhia selamber. Dia masih bengang kerana kunci keretanya masih belum di temui.

            “ Tak nak sarapan dulu?” Ajak Umairah. Dhia mengelengkan kepala. Dia memang sudah lewat untuk ke tempat kerja. Dahlah dia harus balik ke rumah untuk menukar pakaian sebelum ke tempat kerja. Banyak masa lagi yang dia harus guna nanti, jadi dia tidak mahu melengahkah masanya begitu sahaja.

            “ Jomlah sarapan dulu”Umairah menarik tangan adik iparnya itu menuju ke ruang makan yang menempatkan satu meja makan yang agak besar dan mempunyai lapan kerusi keemasan itu.
Nak tak nak Dhia terpaksa aku. Serba salah pula dia rasa ketika ini. Sepatutnya, dia buat mereka semua membenci dia tetapi terbalik pula.  Dahlah dia masih belum mandi lagi. Gigi pun belum di gosok lagi, memang pengotorlah dia kalau terus makan tanpa membersihkan diri terlebih dahulu. Aduh! Rimasnya.

 Kelihatan Datin Suzana sedang membaca surat khabar sambil menikmati secawan kopi. Tidak pula kelihatan Dato’Haidar di ruang itu. Umairah mengarah Dhia supaya duduk berhadapan dengannya. Dhia mula sengan dengan mereka semua. Mereka terlampau baik dengannya hingga dia tidak boleh melaksanakan rancangannya.

Bukannya dia tidak boleh meminta cerai dengan Uwais, tetapi dia masih lagi mahu menjaga air muka keluarganya di kampung. Dia tidak mahu kecewakan mereka berdua lagi. Mungkin, kalau dia yang di ceraikan dan bukannya dia yang meminta cerai, pasti abah dan ummi boleh menerimanya.

            “ Macam mana tidur semalam Dhia? Selesa?” Tegur Datin Suzana sambil melipat kembali surat khabar lalu di letak tepi.

Dhia hanya mampu mengganguk walaupun dia langsung tidak selesa. Walaupun begitu, dia boleh pula tidur nyenyak hingga langsung tidak sedar. Niatnya untuk naik tidur di atas katil juga terus melayan kerana dia terlebih dahulu tidur sebelum Uwais. Jadi nyenyak tidurnya bila ada yang menyelimutkan tubuhnya. Dia tahu itu pasti kerja Uwais.

            “ Kak Kiah! Bawakan pinggan satu!” Jerit Datin Suzana tiba-tiba. Beberapa saat kemudian, muncul wanita dalam lingkungan 40-an di ruang makan sambil membawa sati pinggan lalu di hulurkan pada Datin Suzana.

Datin Suzana terus menyeduk mee goreng ke dalam pinggan lalu di letak di hadapan menantunya. “ Makan Dhia, jangan malu-malu” Jemput Datin Suzana sambil tersenyum manis
.
            “ Mama, kakak dah lambat ni, kakak kena buka klinik. Kalau nak tunggu Wais yang buka, memang tengah harilah baru buka” Umairah meminta diri setelah satu keping roti yang di sapu jem stawberry habis di makannya. Sebelum bangun dia sempat menghirup kopi panas di dalam cawan.

            “ Yelah, hati-hati bawa kereta” Nasihat Datin Suzana. Umairah terus mencium tangan kanan mamanya disertai dengan ciuman di pipi kiri dan kanan.

            “ Dhia, kakak pergi dulu. Makan tau jangan tak makan” Umairah terus berlalu pergi selepas menyalami tangan adik iparnya itu.

Dhia semakin seganlah pula bila hanya duduk bersama dengan Datin Suzana sahaja. Dulu dia selalu mengata rambut Datin Suzana macam tudung saji dan tak sangka pula si tudung saji itu jugalah yang menjadi mentuanya. Bersalah pula dia rasa kerana selalu mengata Datin Suzana sedangkan wanita itu memang seorang yang baik hati. Siapa kata semua orang kaya ni sombong dan angkuh? Buktinya keluarga Dato’Haidar semuanya baik-baik belaka kecuali...

            “ Morning mama” 

Dhia berpaling ke arah suara yang garau itu. Inilah orang yang terkecuali itu. Airil Uwais namanya. Lelaki ini yang telah menghancurkan hatinya dan juga hidupnya. Masa depan yang cerah bersama Umar yang pernah dia bayangkan dulu musnah begitu sahaja semuanya gara-gara dua insan iaitu Kak Long dan Uwais. Lagi bengang Dhia bila dengan selambernya Uwais mencium pipi kirinya dan melabuhkan punggung di sebelah dia. Tak guna kau Uwais! Nasib baik depan datin, kalau tidak memang aku tumbuk kau cukup-cukup! 

            “Lambat bangun Wais?” Soal Datin Suzana sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut.

            “Tidur lambat semalam mama.” Balas Uwais sambil menyeduk mee masuk ke dalam pinggan sebaik sahaja Kak Kiah menghulurkan satu pinggan padanya.

Datin Suzana tergelak kecil dengan jawapan anaknya itu. “Apa yang korang berdua buat sampai tidur pun lewat?” Usik Datin Suzana.

Pipi Dhia mula merona merah bila Datin Suzana bertanya begitu. Apa ke hijau sangat otak datin ni? Kami tak buat apa-apalah, saya tidur awal. Yang tidur lambat tu anak datin, bukan saya.
Uwais hanya turut tergelak sama. Dhia mula rasa seperti di permainkan sekarang ini. Boleh pula lelaki itu tergelak tentang perkara yang tidak pernah berlaku. Terus kakinya memijak kaki kiri lelaki itu hingga Uwais menjerit kecil. Padam muka!

            “ Kenapa Wais?” Soal Datin Suzana bila tiba-tiba anaknya itu menjerit seperti menahan kesakitan. Uwais hanya mengelengkan kepala tanda tiada apa-apa yang berlaku. Matanya sempat mengerling pada Dhia dan kelihatan wanita itu sedang menjeling tajam padanya. Alamak, kena marah lagilah aku lepas ni.

            “ Makan Dhia, jangan tengok je mee tu” Arah Datin Suzana bila melihat menantunya itu langsung tidak menjamah makanan yang dia letak tadi. Dhia hanya mengganguk. Untuk mengambil hati Datin Suzana, dia mencapai galfu lalu menguis-guis mee goreng itu. Matanya terhenti pada satu benda yang berada di dalam mee goreng itu. Sotong? Kenapa dalam mee ni ada sotong? Dahlah dia jenis manusia yang tak boleh makan sotong, kalau dia makan juga perutnya akan memuntahkan semula sotong itu.

 Memang sejak dari kecil lagi dia tidak makan sotong.Macam mana nak buat ni?
Dia mula mengasingkan sotong dengan mee sebelum memakannya. Ketika dia menguyah, sudah terasa sotong di dalam mulutnya walaupun dia tidak memakan makhluk itu, namun rasanya tetap ada. Dia cuba bertahan dan cuba untuk menelannya. Pada suapan pertama dia mampu bertahan, tetapi pada suapan ke dua, perutnya sudah tidak boleh menerimanya. Terasa seperti isi perutnya ingin keluar bersama dengan mee tadi. 

Terus dia bangun dari situ dan menuju ke dapur serta merta. Tekaknya sudah tidak tertahan. Rasa dan bau dari sotong itu benar-benar membantutkan seleranya.
Terkejut Datin Suzana dengan tindakan Dhia itu. Apa dah berlaku? Kenapa dengan Dhia?
Uwais yang tadinya ingin menyuapkan mee ke mulut terus melupakan niatnya bila melihat Dhia berlari dengan lajunya menuju ke dapur.

            “Kenapa Kak Kiah?” Jerit Datin Suzana dari ruang makan.

            “ Puan Dhia muntah datin” Jerit Kak Kiah pula dari dapur.

Datin Suzana mengerling pada anak lelakinya. “Dah berhasil ke Wais?” Usik Datin Suzana sambil tersenyum lebar pada anak lelakinya itu.

 Uwais mengerutkan dahinya. Berhasil? Apa yang berhasilnya mama, kami tak pernah buat apa-apa pun selama ini. Kalau mama nak cucu sangat, mama kena sabar sikit. Wais tengah berusaha untuk dapatkan menantu mama tu balik. Bisik hati Uwais sendirian. Dia tidak menjawab pertanyaan mamanya tetapi hanya menghadiahkan senyuman di bibir. Risau pula dia dengan keadaan Dhia. Kenapa wanita itu muntah tiba-tiba? Ada yang tak kena ke?


*
*********
Hari pertama puasa, Dhia pulang ke rumah umminya kerana sudah lama dia tidak balik ke situ. Memang setiap tahun, puasa pertama dia akan berpuasa dengan ummi dan abah. Namun tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Marissa dan Maisara turut balik pada puasa pertama. Kalau dia tahu begitu, memang dia tidak akan balik untuk mengandap muka mereka berdua.Kalau Kak Long tak apa lagi, ini Marissa. Memang dia tidak mampu tahan lagi dengan kata-kata Marissa yang ibarat seperti duri yang menyusuk jantungnya.

Semua orang sudah mula berkumpul di meja makan untuk menunggu azan berkumandang yang mungkin tidak lama lagi. Dhia duduk bersebelahan dengan ummi dan betul-betul mengadap muka Marissa dan Kak Long. Abah pula duduk di sebelah kanan ummi. Umar pula langsung tidak kelihatan. Dhia langsung tidak memandang muka Marissa mahupun muka Kak Long. Tak sanggup dia rasa untuk menatap muka mereka berdua.

            “ Wais tak balik sama Dhia?” Soal Kak Long tiba-tiba. Tak sampai hati pula dia ingin memberi tahu Dhia tentang tujuan Uwais berkhawin dengan adiknya itu. Lagipun itu semua ada kaitan dengan dirinya. Jika dia beritahu yang Uwais berkahwin dengan Dhia sebenarnya untuk membalas dendam padanya, pasti marah Dhia semakin menebal. Dia tak nak Dhia menyalahkah dia dalam hal itu.

Dhia mengangkat mukanya. Sejak sampai di rumah itu lagi dia langsung tidak bercakap dengan Kak Long mahupun yang lain. Dengan ummi sahaja dia bercakap. Abah pula langsung tidak mahu bercakap dengan dia. Dia faham, abah masih marahkan dia kerana hal perkhawinan dia dan Uwais dua bulan yang lepas.

Dhia mengelengkan kepala. Ummi bangun dari duduk dan menuju ke peti ais. 

            “ Abang Wais bukannya suka sangat pada dia ni Kak Long, dia ni yang gatal sangat pergi goda Abang Wais” Sindir Marissa.

Dhia hanya berdiam diri. Dia tidak mahu menjawabnya kerana dia tidak mahu mengusutkan lagi keadaan. Lagipun, dia tidak mahu menambah marah abah lagi padanya. Walau macam mana sekalipun dia pertahankan diri, abah tak akan percayakan dia lagi. Kepercayaan lelaki tua itu padanya sudah rapuh dan tunggu masa sahaja untuk lenyap terus.

            “ Adik! Tak baik cakap macam tu” Marah Marissa pada adik bongsunya itu.

            “ Lah, memang benda betul kan, kalau dia tak gatal, tak adanya sampai terlanjur” Sembur Marissa lagi.

Dhia mengeluh berat. Dia mengerling pada abah dan lelaki itu seperti patung. Tidak langsung menyampuk masuk. Abah, kenapa tak pertahankan Dhia seperti selalu? Kenapa abah biarkan Marissa hina Dhia? Mana abah yang selalu sokong Dhia? Besar sungguh marah abah pada Dhia. Abah boleh maafkan Kak Long tapi kenapa abah tak boleh maafkan Dhia. Kesalahan Dhia lagi besar dari Kak Long ya,abah? Sebab Dhia hanya anak punggut? Rintih Dhia sendiran.

            “ Entah-entah sudah banyak kali terlanjur dengan lelaki lain dekat luar sana tu” Sindir Marissa lagi. 

Dhia merasakan seperti pisau menghiris-hiris jantung dan hatinya. Sampai macam itu sekali Marissa bencikan dirinya. Marissa, aku tak pernah kacau hidup kau, kenapa kau benci sangat pada aku ha?
Soal Uwais, lelaki itu memang tidak tahu yang dia pulang ke kampung. Sejak kejadian di rumah lelaki itu sebulan yang lepas, dia sedaya upaya mengelak dari bertemu dengan Uwais. Dia tak nak rasa kasiannya muncul setiap kali lelaki itu datang merayu apatah lagi bila nama Datin Suzana di sebut. Memang lemahlah egonya jika nama itu di jadikan alat untuk memujuk dia.

Tiba-tiba abah bangun dan meninggalkan meja makan begitu sahaja. Semua yang berada di meja makan hanya memandang tanpa berkata apa-apa.

            “ Abah kamu nak pergi mana tu?” Soal Ummi sebaik sahaja keluar dari ruang memasakan sambil mendulang satu jag air sirap bandung. Pelik dia bila melihat suaminya pergi begitu sahaja. Azan tak lama lagi akan kedengaran tapi boleh pula suaminya pergi begitu sahaja.

Maisara mengungkit bahu tanda tidak tahu.

            “ Ini semua salah dialah ummi. Abah masih sakit hati dengan perbuatan dia ni”Marissa menunjuk ke arah Dhia. 

Entah mengapa Dhia sudah menjadi seperti batu. Tidak bercakap dan tidak bergerak. Dia bukannya tidak mahu pertahankan diri tetapi dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Kalau dia begitahu hal yang sebenarnya pun, bukan ada yang percaya. Malas nak bercerita.

Ummi terus menuju ke pintu depan bila telinganya mula menangkap motosikal milik suaminya. Sebaik sahaja tiba di depan pintu, sangkaannya tepat. Kelihatan suaminya sudah berada di atas motor dan bersiap sedia untuk memulakan perjalanan.

            “ Abang nak pergi mana? Dah nak dekat berbuka ni” Soal Ummi.

            “ Saya buka dekat masjib jelah. Awak bukalah dengan anak-anak” Balas abah sebelum berlalu pergi. Ummi mengeluh berat sambil melangkah ke dapur semula. Kecewa sungguh dia rasa ketika ini. Baru sahaja dia berangan untuk berbuka puasa dengan anak-anak dan suami pada hari pertama puasa, tetapi semuanya musnah begitu sahaja.

Punggung di labuhkan pada kerusinya semula.

            “ Mana abah, ummi?” Soal Maisara.

            “ Abah buka puasa dekat masjib.” Jawab Ummi sambil menuangkan sirap bandung ke dalam gelas lalu di hulurkan pada anak-anaknya. Tiba-tiba moodnya terus hilang di sebabkan perkara itu.

            “ Tengok, abah dah merajuk. Kau punya pasallah ni!” Marissa menyalahkan Dhia.

            “ Adik yang mulakan dulu! Kalau mulut adik tak celupar sangat, abah tak akan pergi berbuka dekat masjib”Marah Maisara pula. Selama ini dia jarang sekali memarahi adik perempuannya yang satu itu, tapi jika dia biarkan berterusan makin naik lemaklah Marissa.

Dhia hanya menunduk dan membiarkan dua beradik itu berperang mulut.Entah mengapa dia merasakan kehadiran dia di rumah itu seperti kaca yang menghancurkan kebahagiaan keluarga itu. Rasanya lebih baik dia tidak lagi muncul di situ dan semua orang akan menutup mulut dari terus bercerita tentang dia.

            “Sudah! Boleh tak kamu berdua jangan bergaduh?” Sergah ummi kerana telinganya sudah tidak mampu terus mendengar pergaduhan antara dua beradik itu.

Dhia sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah cukup selama ini bertahun-tahun dia cuba bertahan. Kesabaran seseorang ada hadnya. Dia bikas bangun dari situ dan terus berlalu pergi dari ruang makan itu. Ummi sekali lagi mengeluh. Pepecahan keluarganya semakin merebak. Dia tidak tahu di mana silapnya. Marissa tersenyum girang bila wanita yang dia benci sudah tiada pada pandangan matanya.
Maisara turut rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Walau apapun yang berlaku, semuanya bukan salah Dhia. 

Dia pernah ceritakan apa yang berlaku sebenarnya pada abah, namun abah tetap tidak percaya.Kata abah, dia cuba mereka cerita demi pertahankan Dhia. Abah begitu kecewa dengan Dhia tetapi yang peliknya abah boleh pula menerima penjelasan dia berkaitan dengan kes khalwatnya itu bulat-bulat. Atau pun abah hanya pura-pura mempercayainya kerana dia anak kandung dan Dhia bukan hasil pernikahan mereka berdua.

Azan dari masjib yang berada selang beberapa buah rumah dari rumahnya sekarang mula berkumandang. Semuanya terus terdiam dan mula membaca doa makan.Ummi menjamah sebiji kurma lalu terus bangun dari duduk. Di capai satu piring kecil lalu di letak lima biji kurma di atasnya. Gelas berisi sirap bandung itu di capai lalu terus kakinya melangkah keluar dari ruang makan.
Matanya melilau mencari kelibat Dhia di dalam bilik, namun tidak pula kelihatan. Dia menuju ke ruang tamu pula dan hasilnya tetap sama. Tiada.
Kedengaran enjin kereta di halaman rumahnya, pantas dia bergegas ke situ. Kelihatan Dhia sedang memasukan beg pakaian ke dalam bonet kereta dan dia yakin yang anaknya itu akan meninggalkan rumah.

            “ Dhia!” Panggil ummi.

Dhia yang baru sahaja ingin masuk ke dalam perut kereta terus berpaling ke belakang. Tersentuh hatinya saat melihat ummi melangkah lemah ke arahnya sambil membawa sesuatu.

            “ Dhia nak pergi mana nak?” Soal ummi lagi.

            “ Maafkan Dhia ummi. Dhia tak boleh tinggal dalam rumah yang tak pernah terima Dhia selama ini. Dhia nak balik Kuala Lumpur” Beritahu Dhia.

            “ Ummi faham, tapi ummi nak Dhia tahu yang ummi selalu menerima Dhia. Ummi dah anggap Dhia macam anak ummi sendiri. Ummi sayang Dhia” Luah ummi sambil menitiskan air mata. Berat sungguh penderitaan anaknya itu. Sejak kecil sampai ke besar, ada sahaja dugaan yang mendatang. Ya Allah, kau tabahkanlah hati anakku ini... Doa ummi dalam hati.

            “ Dhia pun sayangkan ummi” Dhia memeluk tubuh ummi seperti selepas ini dia tidak akan dapat memeluk tubuh itu lagi.

            “ Makan ni Dhia, buat alas perut. Tak baik melewatkan berbuka” Ummi menghulurkan kurma dan gelas berisi sirap bandung pada anaknya.

“ Terima kasih ummi” Dhia terus mencapai satu biji kurma lalu di suap ke mulutnya. Sebenarnya dia sudah berbuka tadi dengan meneguk air mineral sebaik sahaja azan berkumandang. Dia tahu kasih sayang ummi padanya tidak pernah kurang walau apapun yang berlaku. Terima kasih ummi...




****************
Terkejut Suria dengan kehadiran Dhia di ruang tamu rumah sewanya sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja. Bukan sepatutnya wanita itu ada di kampung sekarang ini. Semalam bukan main beria minta cuti dari Hasni untuk berbuka puasa bersama keluarga, tapi belah malam pula, muncul di ruang tamu pula. Laju betul bawa kereta.

            “ Woi! Kata balik kampung? Kau melencong tempat lain ek?” Duga Suria sambil melabuhkan pungungnya pada sofa ruang tamu bersebelahan dengan Dhia yang sedang leka menonton tv. Beg-beg plastik berisi makanan lebih ketika berbuka tadi di letak atas meja berhadapan dengan sofa. Dia sempat mengeling pada jam, sudah pukul 11.00 malam. Tak sangka lama juga dia melepak di kedai mamak bersama dengan Hasni tadi selepas waktu berbuka  puasa. Nasiblah kedai dobi tutup pukul 8.00 malam ketika bulan puasa, kalau hari biasa kedai tutup pukul 9.00 malam.

            “ Aku dah balik kampung, tapi aku patah balik sini semula”Beritahu Dhia dan matanya masih tertumpu pada skrin tv. Nasib baiklah perjalanan dari kampungnya ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3 jam, jadi tidaklah terlalu penat memandu kereta.

            “ Asal?” Suria memusingkan tubuhnya mengadap Dhia yang langsung tidak mahu memandang mukanya. 

            “ Tak ada apa-apalah. Aku ada hal sikit tadi, sebab itulah aku patah balik ke KL lepas berbuka tadi” Bohong Dhia. Selama ini Suria tidak tahu sangat tentang kisah hidupnya. Kalau dia hendak bercerita, Munirahlah orang yang di cari. Bukan dia tidak percayakan Suria, tetapi dia tidak mahu bebankan lebih ramai orang dengan masalahnya.

            “ Kau lapar tak?” Soal Suria.

            “ Boleh tahan. Aku sempat jamah kurma jer tadi” Beritahu Dhia. Sememangnya perut dia menjerit-jerit minta di isi, tetapi dia yang buat tak endah. Perutnya memang terasa lapar tetapi tekaknya seperti menyekat makanan untuk masuk. Mungkin dia tekaknya mual dengan sindiran dari Marissa tadi.

            “ Nah, makan ni” Suria mencapai salah satu plastik makanan yang di bawanya ke arah Dhia. Di dalam plastik itu, terdapat makanan yang di letak dalam polistrin.

            “ Baiknya kau hari ni? Apa benda ni?” Soal Dhia. Bau wangi yang datang dari makanan yang di serahkan Suria itu menarik seleranya. Tiba-tiba terasa lapar seperti sudah tiga hari tak makan.
            “Chicken chop”Jawab Suria sambil tersenyum manis. Tak sabar dia nak tengok rakannya itu makan makanan itu.

Dhia mengerling pada rakannya. “Banyak duit kau” 

Suria tersengeh bila dia berkata begitu. “ Bukan aku yang beli” Balas Suria.
Dhia mengerutkan dahinya. Kalau bukan kau yang beli siapa lagi?

            “Sebenarnya petang tadi suami kau datang kedai. Dia cari kau sebab nak bagi makanan ni, tapi bila aku cakap kau tak ada, dia bagi chicken chop ni kat aku. Tapi masa tu aku dah beli makanan untuk berbuka puasa, so aku bawa balik jelah”Terang Suria. Pada mulanya dia berniat untuk sembunyikan sahaja hal itu, tetapi dia takut pula kalau dalam bab-bab menipu ni. Takut terkantoi, lagi parah jadinya walaupun hal kecil sahaja.

Dhia meletakkan semula makanan tersebut di atas meja. Putus seleranya saat saat nama Uwais timbul. Tak habis-habis Uwais! Uwais! Uwais! Uwais! Bosan tahu tak!

            “ Tak baiklah kau buat makanan macam tu. Dia beli khas untuk kau tau” Suria tahu yang Dhia tidak akan makan makanan itu.

            “ Aku tak nak makanlah apa sahaja yang datangnya dari dia!”Keras Dhia. Dia lebih sanggup berlapar dari menerima pemberian lelaki itu. Bantal kecil yang berada di sisinya terus di peluk erat dan matanya kembali pada tv walaupun cerita yang sedang di tayangkan itu langsung tidak menarik minatnya.

            “ Dhia kalau aku cakap kau jangan marah tau” Minta Suria sambil membetulkan kedudukannya agar lebih selesa.

            “ Cakaplah”

            “ Macam mana kau benci dia sekalipun, dia tetap suami kau yang sah. Kau tak rasa berdosa ke buat dia macam tu?” Tegur Suria.

            “ Dia yang patut rasa berdosa sebab fitnah aku sampai aku terpaksa bernikah dengan dia. Kau ingat aku suka ke buat macam ini? Aku tahu memang berdosa seorang isteri tinggalkan suaminya, tapi aku tak pernah anggap dia suami aku.”Balas Dhia disertai dengan keluhan. Dendamnya masih lagi bersisa di hati. Tidak mudah dia maafkan kesalahan lelaki yang telah menghancurkan masa depannya.

            “ Walaupu kau tak anggap dia suami kau, tapi dia memang dah jadi suami kau,Dhia. Cuba kau buka hati kau untuk dia. Mencuba itu lebih baikkan daripada kau lari dari kenyataan yang kau sendiri tak boleh ubah. Suami tetap suami dan dosa tetap dosa, Dhia. Aku rasa kau lebih arif dalam bab-bab agama berbanding aku, jadi kau fikirkanlah”Sambung Suria lagi. Dia yakin yang rakannya itu lebih mengerti darinya.

Dhia melepaskan keluhan. “Kau tak faham Suria. Aku tak boleh terima dengan apa yang dia telah buat pada aku. Di sebabkan dia aku kehilangan ramai orang yang aku sayang. Cukuplah penderitaan yang aku terima selama ini dan aku tak sanggup lagi menghadapinya” Balas Dhia.

            “Kau kena hadapinya, Dhia” Suria menepuk bahu rakannya beberapa kali untuk memberi sedikit semangat.

            “ Aku nak minta cerai”Dhia memberikan kata putus.

Bulat mata Suria mendengarnya. “ Sampai macam itu sekali kau benci dia? Tak ada jalan lain ke?” Soal Suria. Walaupun dia tahu yang Dhia tidak pernah bahagia dengan pernikahan itu, namun dia masih cuba membantu. Dia tidak mahu meruntuhkan masjib yang di bina walaupun tanpa rela itu. Menyesal dia memberi idea pada wanita itu untuk membuat keluarga Uwais membenci. Nasib baiklah ideanya itu tidak di laksanakan Dhia ketika ke rumah lelaki itu dulu.

Dhia mengelengkan kepalanya. Memang sudah tiada jalan lain lagi. Lagipun, setiap kali dia tengok muka Uwais, hatinya menjadi sakit dan kesakitan itu semakin mendalam bila wajah abah, Marissa dan Kak Long bertandang di mindanya. Semuanya kerana dia!

            “ Kenapa kau tak minta cerai dari dulu lagi?” Suria mula ingin tahu.

            “ Dulu aku fikir perasaan abah aku, tapi...” Dhia tidak menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba mutiara jernih terbik dari kelopak matanya. Cepat-cepat dia mengesatnya. Dulu memang dia fikir soal perasaan abahnya, tapi sekarang lain pula jadinya. Abah sudah tidak perdulikan dia dan untuk apa lagi dia menjaga hati itu. Lebih baik dia selesaikannya segera dan bolehlah dia mulakan hidup seperti sedia kala.

Suria memeluk tubuh rakannya. Dia faham penderitaan rakannya itu. “ Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, teruskan. Aku sokong dari belakang”Suria memberikan kata semangat. Dhia mengganguk perlahan-lahan. Air matanya yang meleleh di pipi terus di lap sampai kering. Dia tidak mahu menangis lagi, sudah banyak air matanya yang mengalir selama ini. Cukuplah ia kering sampai di situ sahaja.

            “ Dah, jangan nangis lagi. Kalau kau tak nak makan chicken chop ni, jom aku belanja kau makan dekat luar”Cadang Suria.

Dhia tersenyum manis. Sememangnya suria kalau bab-bab makan laju sahaja dan senang di ajak. “ Habis, chicken chop ni macam mana?” Soal Dhia. Sayang pula dia rasa jika di buang. Walaupun dia tidak mahu menjamah makanan itu, tetapi dia juga tidak suka membazir.

            “Habis dah kau tak nak makan, tak akan aku nak paksa pula” Balas Suria sambil bangun dari duduk dan menuju ke dapur.

            “ Kau jelah yang makan. Kau kan suka makan.”Cadang Dhia.

            “ Aku pula yang jadi mangsanya. Okeylah...”Jerit Suria dari dapur. Dhia tersenyum. Setiap kali dia perlukan bantuan untuk menghabiskan makanan, pasti Suria akan membantu. Sebab itulah Suria lebih sihat darinya.

            “ Suria! Muni mana?” Soal Dhia. Ketika dia sampi di rumah tadi, sememangnya kereta milik Munirah tiada di hadapan rumah.

            “ Muni balik kampung petang tadi, katanya ada kenduri rumah mak saudara dia” Jawab Suria dari dapur.Dhia mengganguk tanda mengerti. Rasanya dia harus bersihkan diri dulu sebelum keluar kerana keseluruhan badannya mula terasa melekit.

            “ Aku mandi dulu ya Suria!” Jerit Dhia sambil berlari ke tingkat atas.




*******************
Jam sudah menunjukan pukul 5.00 petang. Seperti biasa Dhia akan duduk di kaunter dan menunggu seseorang tiba. Entah mengapa dia tidak mampu mengawal dirinya dari duduk di situ dan menunggu. Sudah masuk minggu ke tiga umat islam berpuasa dan sejak itu jugalah dia tidak pernah balik ke kampung lagi. Hanya panggilan telefon sahaja yang menajadi perhubung antara dia dan ummi.
Agak lama dia menunggu, namun kelibat orang yang dia tunggu tetap juga tidak muncul.Sekali lagi dia mengerling ke arah jam dinding. Sudah lebih setengah jam dari waktu yang sepatutnya orang itu datang. Kenapa tak datang-datang lagi?

Sesekali dia menjenguk ke luar kedai dan mencari kelibat orang yang dia tunggu itu, namun tidak juga kelihatan. Keluhan di lepaskan. Entah mengapa dia tidak sabar-sabar menunggu kedatangan orang itu.


            “ Hai, dah tak sabar nampak” Tegur Suria sebaik sahaja tiba di bahagian depan kedai. Dhia yang tadinya menjengukkan kepalanya ke luar kedai terus menghentikan perbuatannya itu. Malulah pula dia bila di tegur begitu. Dia pura-pura menaip sesuatu di komputer yang berada pada kaunter.

            “ Tak sabar apa?” Dalih Dhia. Malu kalau Suria tahu apa yang dia sedang nantikan sekarang ini.

Suria tergelak sendirian. “ Buat-buat tak faham konon. Aku tahu kau tunggu doktor tu hantar makanan untuk kau kan?” Duga Suria.

Merah padam muka Dhia ketika ini. Tak sangka Suria perasan perlakuannya tadi. Sememangnya waktu-waktu begini Uwais sudah tiba di kedai dan menyerahkannya juadah berbuka puasa. Pada mulanya dia tidak suka Uwais berbuat begitu padanya, namun bila sudah lama-lama dia pula yang tidak sabar menunggu. Dia sendiri pelik dengan perasaannya sekarang. Dulu dia benci melihat wajah Uwais, namun kini otaknya selalu memikirkan wajah itu sampai kadang-kadang dia boleh berangan berjam lamanya.

            “ Macam mana dengan kes perceraian kau tu?” Soal Suria sambil menyusun baju yang bakal di ambil pelanggan bila-bila masa sahaja.Dhia memusingkan kerusinya mendapat Suria yang sedang menyusun baju tidak jauh darinya.

            “ Sepatutnya hal tu dan settle, tapi datin pula buat aku serba salah” Cerita Dhia.
            “Kenapa pula?”

            “ Masa 2 ramadhan haritu kan, aku ada cakap dengan Uwais yang aku nak dia ceraikan aku, tapi Uwais diam jer. Yang aku bengang tu , dia boleh pergi cerita pada mama dengan papa dia. Apa lagi, datin terus datang jumpa aku dan merayu-rayu agar aku jangan bercerai dengan anak dia. Aku pun tak tahulah apa istimewanya aku ni pada datin, padahal aku bukannya anak orang kaya” Sambung Dhia lagi.

Suria mengganguk tanda mengerti. “Habis, apa jadi?”
            “ Aku tetap dengan pendirian aku dan keputusan aku adalah muktamat. Datin ada minta aku tangguhkan dulu perceraian aku tu sampai lepas hari raya.”

            “So, kau setuju?” Suria mula tidak sabar untuk tahu dengan lebih lanjut. Selama ini dia tidak berani pula nak bertanya lebih-lebih.

            “ Aku dah tak ada pilihan. Tunggulah lepas raya, lepas tu aku bebaslah.Lagipun aku kesian dengan datin yang asyik minta aku jangan berpisah dengan anak dia. Dia tak tahu yang aku ni benci gila pada anak dia tu!” Keras nada suara Dhia. Suria sekali lagi tergelak kecil.

            “ Itu masa 2 ramadhan, tapi sekarang ni dan 13 ramadhan. Dalam masa 11 hari ni, aku tengok kau dah macam syok dengan doktor tu je. Ada rasa apa-apa ke?” Usik Suria.

Dhia memalingkan mukanya ke arah hadapan kedai. Betul ke aku ni nampak macam syok dekat dia? Tak mungkinlah, aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku benci dia bukan sukakan dia.
            “ Rasa apa?” Keras soalan Dhia kali ini.

            “ Rasa sayang dekat dialah” Usik Suria lagi sambil tergelak besar. Lucu bila melihat muka rakannya seperti sedang menahan malu. Entah mengapa, hatinya begitu yakin mengatakan yang Dhia sudah mula sayangkan Uwais. Dia harus bertindak sebelum terlambat. Dia harus selamatkan rumah tangga rakannya itu kerana dia tahu yang Dhia keliru dengan perasaan sendiri. Antara benci dan sayang, rakannya itu sudah tidak mampu menilainya.

            “Kau merepek apa ni” Dhia mula rasa segan bila bercakap soal itu. Selama ini dia langsung tidak kisah jika bercakap soal hati dan perasaan dia.

            “ Hati kau sebenarnya dah suka dekat dia, cuba kau cuba tutup rasa itu dengan kebencian dan dendam kau pada dia. Kalau aku jadi kau pun aku boleh jatuh cinta pada lelaki yang kacak dan berkerjaya macam Doktor Uwais tu.”Omong Suria sambil melangkah ke ruang belakang kedai semula sambil membawa penyangkut baju dan satu bakul kain.
Dhia mengeluh berat. Betul ke aku dah suka dia? Oh tidak! Aku tak boleh jatuh cinta pada lelaki yang telah memusnahkan hidup aku. Tak! Aku tak sayang dia, tapi aku benci dia! Dhia mengeraskan hatinya supaya tidak akan berubah. Matlamat dia sekarang adalah ingin bebas dari lelaki itu.




*****************
            “Kau nak kirim apa-apa tak?” Suria sebaik ketika bersiap sedia untuk ke bazar ramadhan. Memang kebiasaan dia akan pergi ke tempat itu untuk membeli makanan bersama dengan Zulaika.
Dhia mengelengkan kepalanya. Hilang moodnya untuk makan bila orang yang di tunggu tidak muncul-muncul. Selalunya lelaki itu akan membelikan dia juadah berbuka puasa. Entah mengapa setiap hari dia tidak sabar menunggu lelaki itu datang.

            “ Dah pukul 6.00 ni, aku rasa doktor tak datang kot. Kau kirim dengan aku jelah. Kalau tak kebulur kau nanti.” Cadang Suria.

            “ Beli jelah apa-apa untuk aku”Dhia mengalah. Rasanya apa yang di katakan Suria betul Uwais memang tidak datang hari ini.

            “Nasi putih dengan daging masak blackpaper, right?” Soal Suria. Dhia mengganguk laju. Sekarang ini memang dia tidak perlu cakap lagi kerana Suria sudah tahu apa yang dia mahukan.
Selepas Zulaika keluar dari bahagian belakang kedai, Suria terus berjalan seiringan dengan wanita itu keluar dari kedai dan menuju ke bazar ramadhan yang terletak tidak jauh dari situ.

Dhia mula kebosanan bila terpaksa menjaga kedai sendirian. Di belek muka surat majalah yang mungkin sudah beratus kali dia belek, dan langsung tidak ada yang menarik minatnya. Dagu di tungkat dengan tangan sambil mengikut lirik lagu yang sedang berkumandang di radio Era FM. Sememangnya itulah kerja dia jika tiada pelanggan. 

            “Dhia...”kedengaran suara orang memanggil namanya. Dia kenal nada suara yang memanggil namanya. Pantas dia mengangkat muka memandang manusia yang sudah berdiri di hadapan kaunter pembayaran. Akhirnya, dia sampai juga. Dah lama aku tunggu kau tahu tak!

            “ Dhia dah beli makanan untuk berbuka?” Soal Uwais agak lembut.

Dhia terdiam sejenak. Dia harus mengganguk ataupu mengelengkan kepala. Kalau mengeleng, kan muncul pula Suria bersama dengan nasi dan daging masak lada hitam dia tapi kalau mengganguk pula, tak dapat aku rasa makanan yang Uwais bawa. Mana satu ni?


            “ Dhia, dengar tak apa yang saya tanya?” Uwais perasan yang isterinya itu seperti sedang mengelamun.  


            “ Dengarlah, awak ingat saya tak ada telinga ke?” Dhia 


masih dengan nada suara kasarnya. Dia ingin berlagak selamber dan tidak terlihat kegugapan dia sebenarnya. Ya Allah... Asal jantung aku berdenyut kencang ni.


            “ So?”

Dhia mengerutkan dahinya. “ So? What?” Balas Dhia tidak mengerti.

            “ Ya Allah, Dhia... Tadi kata dengar apa yang saya tanya, pastu tanya saya balik. Saya tanya awak dah beli makanan untuk berbuka ke?” Uwais mengulangi ayatnya tadi dengan lebih jelas.
Kepala Dhia terus mengelengkannya. Alamak! Asal dengan kepala aku ni? Kenapa kepala aku sendiri aku tak boleh kawal?

            “ Baguslah kalau macam itu, saya nak ajak awak berbuka dekat luar. Hari ni saya tak beli apa-apa untuk awak” Ajak Uwais.

            “Tak naklah!” Dhia pura-pura jual mahal, walhal di dalam hatinya begitu gembira sekali dengan ajakan itu.

            “ Lepas raya kan kita akan berpisah, apa salahnya untuk kali terakhir kita keluar makan sama” Pujuk Uwais.

Tersentuh Dhia dengan kata-kata lelaki itu. Terakhir? Boleh ke aku teruskan hidup tanpa di ganggu lelaki itu? Selama ini hidupnya sudah terbiasa dengan adanya Uwais walaupun hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku dulu. Perkataan ‘terakhir’ itu benar-benar meragut tangkal hatinya.  Tapi itulah pilihan yang dia buat, jadi dia sudah tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Mungkin perasaan suka yang timbul di hatinya pada Uwais hanya bersifat sementara, kerana keluarga lelaki itu begitu baik padanya.

            “ Saya tak pernah cakap yang saya dah maafkan awak okey” Dhia cuba mengingatkan lelaki itu.

Uwais mengganguk tanda mengerti. “ Saya tahu...”

            “ Sebenarnya kedai tak ada orang jaga” Beritahu Dhia bila dia melihat lelaki di hadapannya itu mula masam mencuka. Kesianlah pula dia rasa.

            “ Sekarang dah ada yang jaga...”
Muncul satu suara lain. Dhia terkejut bila melihat Hasni mula melangkah ke arahnya. Buka ke tadi wanita itu sudah pulang kerumah untuk menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga. Kenapa boleh muncul dekat sini pula?

            “Akak buat apa dekat sini?” Soal Dhia.

            “ Anak-anak akak semua pergi rumah nenek mereka, suami akak pula pergi majlis berbuka puasa yang di syarikat dia anjurkan, so akak datang sini sebab nak berbuka puasa dengan kamu semualah” Beritahu Hasni sambil melangkah ke arah rak yang menempatkan pakaian para pelanggannya. Masih ramai lagi pelanggannya yang belum mengambil pakaian mereka sedangkan mereka harus mengambilnya hari ini juga. Tak betah dia menyimpan lama-lama baju itu.

            “ Pergilah Dhia...Kesian dekat doktor.” Pujuk Hasni sambil tersenyum sumbing.

Dhia mengeluh berat. Kenapalah mereka semua ni macam pelik saja? Suria tak habis-habis cakap dia sukakan Uwais, Hasni pula seperti memujuk dirinya untuk keluar dengan lelaki itu. Zulaika dan Munirah begitu juga, asyik kata dia dan Uwais tidak patut berpisah. Korang tahu tak yang aku tak boleh maafkan dia! Kenapa korang tak faham-faham ha! Dia dah fitnah aku sampai hubungan aku dengan abah tidak seperti dulu lagi.

Dhia hanya berdiam diri. Kalau di ikutkan rasa, memang dia nak pergi tapi bila ikut kata hati, kakinya tidak mahu berganjak dari situ apatah lagi bila dia teringat tentang abah. Makin beratlah hatinya ingin pergi bersama dengan lelaki itu.

Hasni tahu yang Dhia tidak mahu berganjak dari situ. Pantas dia menuju ke arah wanita itu dan menarik lengan Dhia supaya bangun dari duduk. Tas tangan yang berada di atas meja, dia terus sangkut pada bahu Dhia serta merta. Tubuh wanita itu di tolak keluar dari kedai. Bukan nak menghalau, tetapi ingin memaksa. Nak tak nak, Dhia terpaksa akur juga.

            “ Tak balik lepas berbuka pun tak apa!”Jerit Hasni bila Dhia mula berjalan seiringan bersama dengan Uwais pergi dari kedainy. Dia tersenyum manis. Harap-harap mereka berdua akan lebih mengenali satu sama lain. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu percerian adalah jalan pertama yang Dhia pilih sedangkan masih terbentang luas jalan yang lebih baik.

            “Macam mana akak? Dhia dah pergi?” Soal Suria sebaik sahaja tiba di depan pintu kedai. Kelihatan majikannya itu sedang mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang sedang bekumandang di radio. 

Hasni mengganguk dan mereka sama-sama tersenyum bahagia.



*****************
Dhia dan Uwais berjalan seiringan keluar dari salah sebuah restoran di tengah-tengah kesibukan ibu kota sebaik sahaja selesai berbuka puasa. Tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, Dhia berjalan lebih jauh sedikit dari lelaki itu hingga ke kereta.

            “ Kita solat maghrib dulu, lepas tu baru kita balik” Cadang Uwais sebaik sahaja pintu kereta sebelah kiri di buka.

            “ Tak payah nak buka pintu untuk sayalah. Tahulah saya buka sendiri” Keras Dhia sambil mengeling tajam pada lelaki itu. Namun Uwais hanya tersenyum.

            “ Saya nak balik kedai” Dhia memberikan kata putus.

Uwais meneliti jam di tangan kanannya. Sudah pukul 7.55 malam. Rasanya untuk berpatah balik ke kedai dobi itu mungkin mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dia memang tidak biasa sembahyang maghrib lebih dari pukul 8.00 malam.

            “ Saya rasa kita tak sempat dah nak patah balik ke kedai tu, apa kata kita solat je dekat masjib sana tu” Cadang Uwais sambil menunjuk ke arah sebuah masjib tidak jauh dari situ. 

            “ Suka hati awaklah!”Dhia terus masuk ke dalam kereta. 

Uwais pula terus berlari ke arah pemandu dan turut masuk ke dalam perut keretanya sebelum memulakan pemanduan menuju ke masjib.


Hampir setengah jam jugalah Dhia menunggu Uwais di tempat letak kereta masjib besar itu. Nak masuk dalam kereta, kunci pula dia tiada. Lama betul lelaki itu sembahyang maghrib sedangkan dia sudah siap 30 minit yang lepas. Berak ke apa dia ni? Duganya.

Kebosanan mula melanda. Botol mineral yang bergolek ke arah kakinya saat angin bertiup sedikit kuat terus di ibaratkan seperti bola. Di kuis-kuis dan di putar botol itu menggunakan kakinya. Siapalah yang membuang sampah merata-rata ni? Dahlah dekat masjib, tak ada adat betul!

            “ Lama tunggu?”

Muncul Uwais tiba-tiba. Dhia mencapai botol mineral bersaiz kecil itu lalu dia melangkah ke arah tong sampah yang berada tidak jauh dari situ lalu dia kembali ke arah kereta. 

            “ Tak adalah lama sangat, setengah jam je” Sindir Dhia bengang. Saat kunci pintu kereta di buka,pantas dia masuk ke dalamnya. Ingat aku ni tunggul kayu apa nak menunggu dia! 

            “ Tadi masa saya nak keluar tiba-tiba tok iman mintak saya tolong betulkan microfon, jadi saya tolonglah. Itu yang lambat tu. Maaf ya...” Mohon Uwais.

Dhia memalingkan mukanya ke arah luar tingkap. Tolong tok iman ke? Alaihai, suka-suka aku je fikir yang bukan-bukan. Malunya...

Uwais memulakan pemanduannya semula. Lega sedikit bila solat telah di laksanakan. Mungkin hari ini dia tidak sempat pergi terawih bersama dengan mama dan papanya. Terpaksalah dia ponteng terawih malam ini.

            “ Nak pergi mana?” Soal Uwais ketika dalam pemanduan. Sesekali dia memandang sekilas pada isterinya yang dari tadi hanya memandang ke luar kereta. Entah apalah yang menarik sangat di luar sana berbanding di dalam kereta. Dahlah gelap gelita, hanya sinaran cahaya lampu sahaja yang kelihatan.

            “ Mana lagi, hantar saya baliklah”Jawab Dhia. Dia meneliti jam di dashboard kereta. Susah pukul 8.45 malam. Memang sah-sah sekarang ini sudah pukul 8.45 malam. Memang sah-sah tempat dia kerja sudah tutup sekarang ini.

Uwais mengganguk sahaja. Dhia malas nak bercakap banyak. Radio di dalam kereta terus di pasangnya agar lelaki itu tidak akan bercakap dengannya lagi. Tiba-tiba kereta berhenti di depan deretan kedai yang masih aktif lagi. Walaupun begitu, namun tidak ramai orang kelihatan di sekitar itu.Hanya beberapa orang sahaja. Mungkin di sebabkan ramai sudah mula ke masjib untuk solat terawih. Keluhan di lepaskan, selama umat islam berpuasa, hanya beberapa kali sahaja dia sempat ke masjib untuk soalt terawih bersama jemaah yang lain. Biasalah, kalau dah berbuka je, mulalah mata mengantuk. Memang teruk betul dia rasa dirinya sekarang ini.

            “ Nak pergi mana?” Soal Dhia bila melihat Uwais seperti mahu keluar dari kereta.

            “ Nak beli something” Balas Uwais.

            “Rokok?” Laju sahaja Dhia bertanya. Entah mengapa dia boleh jadi penyibuk pula. Lantak dialah nak merokok pun, yang aku sibuk tu kenapa? Marah dirinya sendiri.

Uwais tergelak kecil. “ I don’t smoke because it’s dangerous for our health. Dhia dah lupa ke yang saya ni kan doktor.”

Dhia sekali lagi memalingkan mukanya ke kiri. Dahinya di tepuk. Macam mana aku boleh lupa yang dia ni seorang doktor? Buat malu je.

Bila lelaki itu keluar dari kereta,Dhia hanya memandang setiap gerak langkah Uwais menuju ke 7ELEVEN hinggalah kelibat itu hilang dari pandangan matanya. Ketika dia membetulkan ke dudukkan kakinya, tiba-tiba pula dia tersepak laci dashboard lalu terus terbuka. Pantas dia menutupnya kembali, namun belum sempat laci dashboard itu tertutup rapat, ada satu benda di dalamnya yang menarik minatnya untuk tahu. Kelihatan satu bingkai gambar yang berkedudukan terbalik yang bersaiz tapak tangan. 

Matanya di kerling ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. Manalah tahu tiba-tiba muncul Uwais di situ dan pasti lelaki itu akan menuduhnya mencuri. Bila keadaan sudah selamat, dia pun terus mencapai bingkai gambar itu. 

Tergaman dia bila gambar itu di tebalikan mengadap muka dia. Gambar aku? Ini kan gambar aku masa kecil? Macam mana gambar ni boleh ada dalam kereta dia? Bertubi-tubi Dhia bertanya pada dirinya sendiri. Gambar ketika dia berusia 9 tahun itu adalah satu-satunya gambar yang dia ada.  Waktu itu, dia menerima anugerah olahragawati ketika hari sukan sekolah. Itulah kenangan yang tidak boleh dia lupakan. Dahlah masa tu dia hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Memang seksilah dia ketika itu.

Dia harus siasat kenapa gambar itu boleh ada pada Uwais. Adakah lelaki itu mencuri gambarnya di rumah ummi? Tapi bila pula lelaki itu balik ke rumah ummi? Seingat dia, ketika dia balik pada puasa pertama, gambar itu masih utuh di atas rak sebelah televesyen.

Bila dia melihat Uwais mula keluar dari kedai serbaneka dia terus memasukan gambar itu ke dalam tas tangannya pula. Jangan harap aku nak bagi kau gambar kesayangan aku ni! Matanya memerhati setiap gerak gerik lelaki itu yang mula berjalan menuju kereta. Oleh kerana sudah ada dua buah kereta di depan 7ELEVEN itu, jadi jauhlah sedikit kereta yang dia naiki sekarang ini dengan kedai itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta membrek di sebelah kereta duitnya. Terkejut Dhia dengan bunyi yang kuat itu. Mahu tercabut jantung dia. Dia memerhatikan kereta yang berhenti secara mengejut itu dan kelihatan dua orang lelaki keluar dari situ dan terus mendekati Uwais. Di tarik lelaki itu masuk ke dalam kereta. 

Dhia seperti tergaman dengan apa yang berlaku. Uwais? Kereta tu? Apa! Berpeluh-peluh Dhia ketika ini. Air matanya terus mencurah. Dia cuak dan tidak tahu hendak buat apa lagi. Jantungnya tidak henti-henti berdenyut kencang. Apa perlu aku buat ni? Dia tidak pernah menghadapi situasi begitu, jadi otaknya mula menjadi tepu. Tidak boleh berfikir apa-apa lagi. Yang dia tahu sekarang ini adalah, menangis, menangis dan menangis.

Tuk! Tuk! Tuk!

Cermin kereta di ketuk dari luar. Terkejut Dhia dengan bunyi ketukan itu. Dia masih fobia dengan apa yang sedang berlaku. Bila melihat Hasni yang berada di luar kereta, terus dia keluar dan memeluk tubuh itu sekuat hati sambil menangis.

            “ Kenapa ni Dhia?” Soal Hasni. Ketika dia hendak ke 7Eleven itu, dia ternampak kereta Uwais, sebab itulah dia ke situ. Suria yang berada di dalam kereta Hasni ketika ini terus melulu keluar dan mendekati mereka berdua.

            “ Kenapa ni?” Kali ini Suria pula yang bertanya.

Dhia seperti orang bisu.Tiba-tiba dia rasa begitu takut sekali. Bukan takut melihat kejadian itu, tapi takut dua lelaki itu mencederakan Uwais. Macam mana kalau dia apa-apakan Uwais? Tak! Aku tak boleh kehilangan Uwais!

            “ Dhia, cakap!” Suria mengoncang tubuh Dhia supaya wanita itu bercakap dan bukannya hanya menangis. Beberapa orang lalu lalang di situ hanya memandang ke arah mereka bertiga.

            “Uwais...”Terketar-ketar suara Dhia menyebut nama itu.

            “Uwais? Apa dia buat pada aku? Mana jantan tak guna tu!?” Marah Suria tiba-tiba sambil matanya melilau mencari kelibat Uwais.

            “Dia tak buat apa-apa pada aku...”Rintih Dhia lagi. Kali ini kakinya seperti lemah dan terus di bercangkung  dan terus memeluk lututnya.

            “ Habis kenapa kau jadi macam ini?” Soal Suria lagi kerana tidak puas hati dengan jawapan Dhia yang tidak jelas itu. Hasni hanya berdiam diri. Lagipun, soalan yang seharusnya dia bertanya semuanya Suria sudah tanya.

            “ Uwais kena culik...”

            “ Apa!” Serentak Suria dan Hasni bersuara.


********************
            “Kena kena buat report, tak kan nak duduk macam ini sahaja”Tegas Suria. Dia mengelengkan kepala bila melihat Dhia hanya memangis di samping Datin Suzana. Dato’Haidar pula hanya berdiri di hadapan pintu ke kolam renang. Hasni dan munirah pula hanya duduk di sofa. Terpancar kerisauan di semua muka, namun tidak pula mereka semua mencadangkan sesuatu. Sudah setengah jam kejadian itu berlaku dan mereka pula buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Ini kes culik manusia tau, bukan culik kucing! Pelik betul!

            “Jangan!” Hasni tiba-tiba bersuara. Semua mata mula memandang ke arahnya.
            “Kenapa pula?” Soal Suria lagi.

Dhia tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tangisan yang dia mampu lalukan. Sekarang ini dia benar takut. Takut Uwais tidak akan kembali dan dia tak sanggup kehilangan lelaki itu. Ya Allah...Lindungi dia. 

            “ Mesti penculik tu ada sebab kenapa dia culik doktor dan pasti mereka akan cederakan doktor kalau kita buat report”Jelas Hasni sedikit teragak-agak.

            “ Ini bukan drama melayulah akak, ini realiti. Last-last polis juga yang kita cari nanti”Suria semakin tidak puas hati. Entah mengapa dia pula yang bersemangat lebih. Mungkin kerana dia tidak sanggup melihat tangisan  Dhia lagi.

Semua orang tidak menjawabnya. Ruang tamu banglo milik Dato’Haidar kembali sunyi sepi. Suria melabuhkan punggungnya sofa bersebelahan dengan Dhia. Di tarik wanita itu dan di peluknya. Rakannya itu perlukan semangat.

Sejam berlalu begitu sahaja. Mundar mandir Dato’Haidar di ruang tamu.Tiba-tiba Umairah muncul di ruang tamu itu dan suasana sepi kembali tegang.

            “ Wais dah jumpa ke belum mama, papa?” Soal Umairah cemas.
Dhia mengerling pada kakak iparnya itu. Dari mana Umairah tahu yang Uwais telah hilang? Rasanya ketika dia sampai di banglo itu tadi, tiada siapa pun yang membuat panggilan keluar. Lagipun kata Datin Suzana, Umairah masih di klinik.Mungkin dia tidak perasan kot yang Datin Suzana ataupun Dato’Haidar yang memberitahu wanita itu.

Semua orang mengelengkan kepala.

            “Kakak ada jumpa kertas di terselit dekat pintu pagar masa kakak masuk tadi”Umairah menunjukan kertas yang terlipat dua itu pada semua orang yang berada di dalam rumah itu.
Dhia terlebih dahulu menyambar kertas itu sebelum yang lain. Terus dia membacanya.


‘Anak kau ada dengan kami! Kalau nak dia selamat, bawa 50 ribu. Jangan report polis, kalau tidak kau akan terima mayat anak kau je’


Terlepas kertas itu di tangan Dhia. Memang sah penculik itu mahukan duit dari keluarga mentuanya. Tapi yang peliknya kenapa hanya 50 ribu. Selalunya penculik akan mintak lebih dari 100 ribu. Bukan itu yang dia risaukan sekarang ini, yang dia risau adalah keselamatan Uwais.

            “ Abang, macam mana ni? Saya tak nak penculik tu apa-apakan Uwais.” Soal Datin Suzana pada suaminya.

            “ Kita kena selamatkan Wais papa” Sampuk Umairah.

            “ Abang akan pergi bank untuk keluarkan duit tu” Dato’Haidar terus berlalu pergi begitu sahaja. 

Dhia sedikit lega kerana duit yang di minta itu memang sudah ada.  Harap-harap berjalan dengan lancarlah pertukaran wang dan nyawa Uwais.

            “Sabar Dhia, Uwais akan selamat”Pujuk Datin Suzana sambil mengengam jari jemari menantunya.

Dhia hanya mengganguk. Dia bangga dengan Datin Suzana kerana masih boleh bertenang dalam keadaan yang begitu tegang itu. Tidak nampak satu titis pun air mata wanita itu keluar, namun terpancar kegelisahan di wajah itu. Siapa tak risau kalau anak sudah di larikan orang.
Deringan telefon mengejutkan semua orang. Semua orang takut untuk menjawabnya. Datin Suzana terus ke arah telefon rumahnya itu yang berada tidak jauh dari situ. Semua orang menunggu apa yang akan Datin Suzana katakan nanti. Beberapa minit kemudian, Datin Suzana kembali di posisi asal.

            “Kenapa datin?” Soal Dhia bila melihat perubahan pada wajah mentuanya itu.

            “ Penculik tu nak isteri Uwais yang hantarkan duit tu”Beritahu Datin Suzana perlahan.

Bulat mata Dhia mendengarnya. Manalah penculik tu tahu yang Uwais dan berkhawin. Dia mula syak sesuatu. Mesti penculik itu juga mengenali Uwais, sebab itulah semua benda penculik itu tahu. Agak-agak siapalah orang itu?
            “ Kita tak boleh bahayakan Dhia, datin”Sampuk Suria lagi. Pelik juga dia dengan Hasni, lebih banyak berdiam diri dari bercakap, lagi-lagi Munirah. Langsung tidak bercakap sejak sampai di rumah itu lagi.

            “ Tapi kita memang tak ada pilihan!” Sampuk Umairah pula.

            “ Pilihan apa? Awak nak selamatkan adik awak dan saya tak nak bahayakan kawan saya” Tegas Suria pada Umairah. Berlaku pula pergaduhan antara mereka berdua.

            “ Sudah!”Jerit Dhia bila telinganya sudah tidak tertahan mendengar pergaduhan dua pihak itu. Semuanya terdiam serta merta.

            “ Dhia pergi...”Dhia memberikan kata putus. Dia sanggup menghadapinya demi satu nyawa yang sekarang ini begitu penting baginya. Baru sekarang ini dia rasa kehilangan yang amat sangat. Dia tak nak kehilangan Uwais. Hatinya sudah tidak mampu di nafikan lagi yang dia cintakan lelaki itu. Bila kehilangan, baru dia pandai baca hatinya sendiri.

            “ Apa? Kau nak bahayakan diri kau sebab lelaki yang kau benci tu? Berbaloi ke Dhia” Sampuk Suria lebih bersemangat.

Dhia mengeling pada rakannya. Suria seperti lain sungguh hari ini. Dulu wanita itu beria kata akan menyokong setiap keputusannya, kini lain pula.

            “ Dia suami aku Suria”Buat kali pertama Dhia mengakui perkara itu.

            “ Dhia! Ini peluang kau nak balas dendam pada Uwais yang pernah tuduh kau macam-macam. Kau dah lupa semua tu? Kau kata kau tak sayangkan dia, so buat apa kau tolong dia? Lantak dialah nak jadi apa pun! Kau sendiri tak mengaku yang dia tu suami kau!” Sambung Suria lagi.

Dhia mengeluh berat. Memang itu yang dia inginkan selama ini. Lari dari hidup manusia yang bernama Uwais, tapi itu dulu. Sekarang ini dia tak sanggup kehilangan lelaki itu. 

            “ Aku ingat lagi kata-kata kau Suria. Walau macam mana sekalipun aku lari, dia tetap suami aku yang sah. Aku sebagai isteri kena tolong dia suria. Aku terpaksa tolong. Hanya aku yang boleh tolong dia sekarang ini”Balas Dhia dalam sedu.

Suria memalingkan mukanya ke arah lain. Sudah tidak ada apa lagi yang dia mahu cakapkan. Wanita itu memang tidak akan mendengar apa-apa nasihat darinya lagi. Semuanya kerana Uwais!

            “ Betul ke Dhia?” Datin Suzana seperti tidak mahu lepaskan menantunya itu pergi. Dhia mengganguk pula.

            “Dekat mana Dhia kena hantar duit tu mama?” Soal Dhia ingin tahu. Dia berani membuat keputusan itu kerana Uwais suami dia. Suami yang selama ini dia abaikan. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa hambamu ini kerana telah mengabai suami sendiri.Sepatutnya dari dulu lagi dia harus berfikir begitu. Namun bila dendam dan sakit hati berkampung di hati, soal itu dia tolak tepi.




*********
Jam sudah menunjukan pukul 2 pagi. Perculik itu mahukan duit pagi itu juga. Nak tak nak, Dhia akur. Kereta yang di pandu Dato’Haidar berhenti di hadapan sebuah gudang yang kelihatan agak lama dan hanya di sinari beberapa lampu kalimantan sahaja.

Satu persatu turun dari kereta. Suria, Munirah dan Hasni menaiki kereta lain dan berhenti di tempat yang sama juga. Saat semua berkumpul, semua mata terus terpacu ke arah gudang lama itu. Seram sejuk pula bila melihat gudang itu. Seperti tempat kelawar tinggal.

Dato’Haidar menyerahkan beg yang berisi 50 ribu ringgit ke arah menantu pertamannya itu.

            “ Hati-hati Dhia” Nasihat Dato’Haidar. Dhia mengganguk laju. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Jika hari ini dia tumpas, dia redha.

Giliran Datin Suzana pula memeluknya tubuh menantunya. “ Terima kasih Dhia sebab sanggup bergadai nyawa demi anak mama” Ucap Datin’Suzana. Dhia tetap tidak bersuara, dia hanya melemparkan senyuman yang paling manis untuk mentuanya itu.

Suria, Munirah dan Hasni turut memeluk tubuhnya. Yang terakhir memeluk tubuhnya adalah kakak iparnya. Itulah kali pertama dia di peluk oleh wanita itu. Terima kasih sebab baik sangat pada Dhia selama ini. Ucap Dhia dalam hati.

Tiba-tiba muncul dua orang lelaki dari arah belakang gudang. Muka lelaki itu di tutupi dengan topeng berwarna hitam. Hanya bulatan pada mata dan mulut sahaja di topeng itu. Kelihatan pula senapang panjang di tangan kedua-duanya.

            “ Siapa isteri lelaki tu!?” 

Soal salah seorang daripada lelaki itu. Garau sungguh suara itu. Kecut perut bila mendengarnya.  Buat pertama kalinya Dhia melalui pengalaman yang begitu menakutkan. Jika dia masih di beri peluang untuk bernafas selepas ini, mungkin kejadian ini tidak akan dilupakanny sampai bila-bila.
            “ Saya...” Jawab Dhia teragak-agak.

            “ Ikut aku! Yang lain, kalau cuba buat apa-apa, dua-dua aku tembak!”Lelaki tadi memberi amaran keras sambil mengacukan senapang.

Dengan lafaz bismillah, Dhia melangkah mengikut salah seorang daripada lelaki itu dan seorang lain seperti mengawasi keluarga Uwais dan rakan-rakannya.

            “ Masuk situ” 

Arah lelaki itu pada Dhia sambil menunjuk ke arah pintu gudang yang bersaiz agak besar dan masih tertutup rapat. Agak-agaknya, lori pun boleh masuk menggunakan pintu itu. Dhia hanya mengikut tanpa banyak soal. Garang betul penculik itu. Cakap pun dah macam nak makan orang.

Hembusan nafas yang paling panjang di lepaskan sebelum dia menolak pintu besar itu. Kelapa di jenguk ke dalam. Gelap! Itu yang dia nampak sekarang ini. Macam mana nak berjalan dalam gelap dan tanpa satu cahaya pun. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu tertutup dengan sendirinya. Terkejut dia bila bunyi pintu yang terhempas kuat itu kedengaran.Air liur beberapa kali di telannya. Janganlah ada ular dalam gudang ni, kalau tak sia-sia sahaja kena patuk dalam gelap. 

Kakinya langsung tidak berganjak dari berdiri di situ. Lagipun ke arah mana dia harus tuju. Kanan, kiri atau depan? Semuanya gelap gelita.

Tiba-tiba satu lampu terpasang dan lampu itu betul-betul di hala ke arahnya. Kini tempat dia sahaja yang bercahaya. Dah macam nak mulakan tarian atas pentas sahaja bila hanya satu lampu terpasang.
            “ Jalan lima langkah ke depan”

Kedengaran satu suara dari mengarah dia ke hadapan. Dia memandang ke kiri dan kanan, tercari-cari di dari mana suara itu datang. Namun dia tetap tidak menjumpainya. Macam biasa, gelap gelita.
Semakin kuat jantungnya berdenyut ketika ini. Kalau di ikutkan perasaan memang dia sudah terpengsan di situ, namun bila memikirkan Uwais, dia kuatkan hatinya untuk terus berjuang. Lima langkah ke hadapan terus di lakukannya dan lampu yang menghala ke arah dia juga turut mengikut setiap langkahnya.

Sebaik sahaja lima langkahnya tamat, tiba-tiba satu lampu lagi terpasang, tapi kali ini bukan di pancar ke arahnya tetapi di tengah-tengah gudang yang besar itu. Mata Dhia membulat bila melihat satu tubuh yang tangannya tergantung pada ke atas. Kelihatan baju orang itu terdapat kesan-kesan seperti darah. Dia tidak mampu melihat wajah itu kerana lelaki yang tangan tergantung itu hanya menunduk seperti tidak sedarkan diri. Namun itu, dia kenal itu tubuh siapa bila di lihat dari pakaian. Uwais... Dhia yakin itulah orang yang dia cari.

Baru sahaja dia ingin berlari ke arah cahaya yang lagi satu itu, tiba-tiba satu suara garau menegahnya dari berbuat begitu.

            “ Kalau kau melangkah walaupun setapak, aku tembak suami kau!” Suara itu memberi amaran sekali lagi. 

Dhia akur. Dia hanya mampu menangis melihat penderiaan Uwais ketika ini. “ Kau nak duit kan? Aku dah bawa duit untuk kau! Lepaskan suami aku!” Jerit Dhia. Dia sendiri arah mana dia harus tujukan kata-katanya itu. Tiba-tiba suara itu tergelak bila dia kata begitu.

            “ Suami kau? Aku dah lama siasat pasal korang berdua. Yang aku tahu kau tak sayangkan suami kau, so kenapa kau datang selamatkan dia?” Soal suara itu lagi.

Siasat? Siapa sebenarnya manusia yang sedang bercakap dengannya sekarang ini? Kenapa semua benda mereka tahu pasal aku dan Uwais.

            “ Siapa kau!?” Soal Dhia ingin tahu.

            “ Siapa aku tak penting. Aku tahu kau benci gila pada suami kau, so aku nak tolong kau balas dendam. Apa kata kita sama-sama tembak kepala dia ataupun kau nak tembak sendirian?” Suara itu semakin rancak bergelak ketawa.

Tembak? Gila apa aku nak tembak orang. Aku ni masih waras. Tak kanlah aku nak tembak orang yang aku dah sayang. Beg berisi wang di tangannya terus di lempar ke lantai.

            “ Kau ambil duit kau ni! Lepaskan suami aku!” Minta Dhia.

            Kedengaran orang bertepuk tangan di sebelah kirinya. Terus dia berpaling ke arah itu. Muncul seorang lelaki bertopeng. Badan lelaki itu begitu besar berbanding tubuh lelaki normal.

            “ Aku nak tolong kau hapuskan lelaki tu, kau tak nak. Terpaksalah aku buat sendiri. Mula-mula aku nak tempak kaki dia, pastu tangan dia, yang terakhir...Boom! kepala dia” Ugut lelaki itu. Dhia mula mengalirkan air mata. Ketakutan yang bersarang di dalam dirinya sudah tidak tertanggung lagi. Terus diterjelopok ke lantai. Tiada apa-apa yang boleh lakukan sekarang ini. Penculik-penculik itu memang pembohong. Sudah dapat duit,  tetap mahu membunuh Uwais. Dia tak patut percayakan kata-kata orang yang berhati busuk.

            “ Tolong jangan bunuh dia...” Rintih Dhia dalam tangisan.

            “ Kenapa aku tak boleh bunuh dia!?” Sergah lelaki bertopeng dan bersenjata di pinggang itu.

            “ Kalau kau bunuh dia, baik kau bunuh aku sekali! Aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku sayangkan dia!” Luah Dhia berani. Kali ini memang lahir dari hatinya. Ya! Memang aku perlukan Uwais dalam hidup aku. Aku sayangkan dia, aku tak boleh tipu hati aku lagi.

Sekali lagi lelaki itu tergelak besar. “Bagus juga idea kau tu. Dari aku bunuh seorang, baik aku bunuh kedua-duanya sekali. Tapi aku ni taklah kejam sangat. Aku rasa aku nak bagi kau hidup lagi atas bumi ni.”

Dhia hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa agar dia mampu terlepas dari semua itu. Namun seperti tiada harapan untuknya selamat. Dia redha... Biarlah dia mati di samping lelaki yang dia cintainya. Sebelum itu dia ingin memohon keampuan dari suaminya sebelum semuanya berakhir.

            “ Aku bagi kau 5 minit untuk kau bercakap dengan suami kau, lepas tu kau di beri dua pilihan, pergi dari sini ataupun aku bunuh kau sekali.” 

Dhia sudah berpuas hati dengan masa yang di berikan padanya itu walaupun tidaklah selama mana. Terus dia bangun dan berlari ke arah Uwais yang masih lagi tergantung.Di peluk tubuh itu sekuat hati. Kedengaran Uwais terbatuk-batuk.

            “ Awak...” Panggil Dhia lembut. Dia membelai kedua-dua belah pipi suaminya. Dia cuba membuka ikatan pada tangan suaminya, namun ketinggiaannya tidak kesampaian. 

            “ Dhia.. Kenapa awak datang? Awak tahu tak nyawa awak dalam bahaya” Beritahu Uwais lemah.

            “ Saya tak perduli itu semua!” 

            “ Pergi! Selamatkan diri awak, jangan perduli pasal saya” Arah Uwais. Kalau tangannya tidak di ikat, memang dia akan menolak tubuh wanita itu agar keluar dari gudang.

            “ Saya tak akan tinggalkan awak. Biar kita mati sama-sama. Saya sayangkan awak” Semakin kuat Dhia memeluk tubuh Uwais. Biarlah dia peluk tubuh itu sepuas-puasnya. Selama ini dia tidak pernah berbuat begitu. Menyesal sungguh dia rasa dengan  perbuatannya selama ini. Kini segalanya sudah sampai ke penghujungnya. Lima minit yang di berikan itu sudah cukup bermakna pada dirinya.

            “ Dhia tolong pergi, Saya tak nak awak di sakiti” Tegas Uwais.

            “ Tak nak! Saya tak nak berpisah dengan awak lagi. Saya cintakan awak!” Jerit Dhia sedikit kuat.

            “ Betul awak cintakan saya?” Soal Uwais. Dhia mengganguk.

            “ Awak...Saya sayangkan awak....”Luah Dhia sambil memandang tepat pada muka Uwais sambil mengganguk. Keikhlas lahir dari hatinya.

            “ Saya pun cintakan awak, Dhia” Luah Uwais pula sambil tersenyum manis. Dia tundukan sedikit kepalanya dan dahi wanita itu di kucup lembut. Dhia relakan sahaja, mungkin itu kucupan terakhirnya.

Tiba-tiba lampu keadaan di dalam gudang besar itu menyala dan keadaan menjadi terang bederang. Dhia seperti terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Bukan lelaki bertoping sahaja yang ada di dalam gudang itu tetapi yang lain juga. Di sebelah kiri, kelihatan keluarga Uwais dan juga rakan-rakannya. Kelihatan mereka semua tersenyum manis dan langsung tidak cemas bila di tangkap penjahat-penjahat itu.

 Dia pandang ke kiri pula. Ummi dan abah juga ada sama. Siap tersenyum lagi. Aku ni dah mati ke? Dia memandang muka Uwais semula dan lelaki itu pula juga tersenyum padanya. Kini tangan Uwais tidak lagi terikat. Hidungnya menghidu sesuatu yang wangi dan dan datangnya dari badan Uwais. Bila di hidu lebih banyak kali, dia tahu itu bau apa. 

Sirap! Itulah bau yang datang dari badan lelaki itu. Dia terus melepaskan pelukannya dan berganjak ke belakang beberapa tapak.

            “ Apa semua ni?” Soal Dhia kehairanan. 

            “ Dhia, saya minta maaf. Saya yang rancang perculikan ini sebab saya nak tahu sama ada awak sayangkan saya atau tidak” Beritahu Uwais.

            “ Apa!?” Terjerit Dhia mendengar apa yang dikatakan Uwais itu. Semua ini hanya penipuan dan orang yang di tipu adalah dia.

            “ Dhia...” Uwais cuba mendekati isterinya, namun wanita itu berganjak ke belakang.

            “ Sayang, saya minta maaf” Mohon Uwais lagi. Dia tahu yang Dhia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

            “Kerja kami dah selesai, kami balik dulu” Penculik-penculik yang menyamar itu terus berlalu pergi.

Dhia memandang pada ummi dan abahnya pula. “ Abah, ummi, apa semua ni? Kenapa ummi dengan abah tak halang mereka buat semua ini pada Dhia?” Soal Dhia. Air matanya semakin laju turun dari mata. Terasa sakit hatinya bertambah-tambah kerana hal itu. Perlukan dia di takutkan sampai sebegitu sekali. Tadi dia merasakan seperti nyawanya sudah berada di hujung kaki. Tak fikir ke mereka semua, apa perasaan aku. 

Patutlah Datin Suzana langsung tak cemas. Hasni dan Munirah pun sama. Suria pula dijadikan pembakar semangatnya. Yang pastinya Umairah terlibat sama. Lagi sakit hatinya bila ummi dan abah juga turut terlibat dalam rancangan yang hampir mengugurkan jantungnya itu.

            “ Ummi dengan abah tak salah, Dhia. Saya yang paksa mereka semua mengikut rancangan saya.” Uwais cuba mempertahankan mentuanya.

            “ Perlu ke awak buat semua ini untuk tahu isi hati saya!?” Marah Dhia. Sesekali dia mengerling ke arah rakan-rakannya. Terima kasih korang, sebab buat aku kecewa sangat pada korang semua.

            “ Ya! Awak tu terlalu ego sampai saya tak mampu tundukan keegoan awak! Saya terpaksa buat semua ini untuk buktikan sama ada awak sayang saya atau tidak. Saya sayang awak, Dhia. Sayang sangat-sangat” Luah Uwais.

            “Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Awak ini kelakar ke!? Puas hati awak dapat permainkan saya macam orang bodoh ni!?” Dhia mula berlari keluar dari gudang itu. Sakit hatinya sudah tidak tertahan lagi.

Uwais cuba mengejar, namun di tahan oleh abah.

            “ Biar abah selesaikan. Uwais tunggu sini” Beritahu abah sambil melangkah mengikuti langkah anaknya keluar dari gudang. Sebaik sahaja keluar, matanya melilau mencari kelibat Dhia dan saat itulah telinganya mendengar tangisan di sebalik sebuah kereta. Pantas dia mendekatinya dan kelihatan Dhia duduk di sisi kereta sambil memeluk lutut. Kedengaran juga tangisan anaknya.

Punggungnya terus di labuhkan sebelah kanan anaknya. Walaupun hanya beralaskan batu-batu kecil, namun ketika ini ia cukup selesa. Bahu Dhia di peluk dari belakang dan kepala anaknya di lentok pada dadanya.

            “ Abah minta maaf dengan apa yang berlaku” Mohon abah. Dhia tetap berdiam diri dan masih dalam tangisan. Tersedu-sedu dia menahan sedu.

            “ Wais dah ceritakan semuanya pada abah. Abah minta maaf sebab tak percayakan Dhia selama ini. Dhia anak yang baik, abah tak patut percaya bulat-bulat tuduhan Wais pada kamu. Wais mengaku pada abah yang dia tidak pernah sentuh kamu. Apa yang dia kata selama ini hanya fitnah semata-mata. Abah marah sangat masa tu, tapi bila dia cakap pada abah yang dia betul-betul sayangkan kamu dan dia nak jaga kamu sampai ke jannah. Abah maafkan dia. Abah tahu dia boleh sayangkan kamu macam mana abah sayangkan kamu. Terpulang pada kamu sama ada mahu maafkan Wais atau tidak” Cerita abah panjang lebar. 

Dhia berpaling ke arah abahnya. Biar betul Uwais pergi ceritakan hal yang sebenar pada abah. Berani sungguh lelaki itu menangung risiko.Fitnah bukan perkara kecil dan abah mudah-mudah maafkan lelaki itu.

            “ Wais sayangkan kamu, percayalah Dhia. Kalau abah jadi kamu sekalipun, memang sukar untuk abah maafkan Wais, tapi macam mana kita lari sekalipun, benda dah berlaku dan kita sebagai manusia harus menempuhnya. Barulah kita tahu erti sebuah kehidupan. Jodoh Dhia ada pada Wais, bukan pada Umar ataupun mana-mana lelaki sekalipun. Cuba buka hati dan tepis ego kamu. Abah pasti kebahagian yang kamu cari selama ini akan kamu rasai.”Nasihat abah lagi.

Tersentuh hati Dhia ketika mendengar nasihat dari abahnya itu. Sekarang ini baru dia rasa kasih sayang abah mula kembali padanya. Itu semua kerana Uwais. Jika bukan kerana lelaki itu, pasti abah masih tidak tahu kebenarannya dan sampai bila-bila dia tidak akan menerima kasih sayang dari abah lagi.

Tapi, tak kan kerana perkara itu dia harus maafkan Uwais. Kesalahan lelaki itu cukup besar baginya dan sukar untuk dia berikan kemaafan.

            “ Abah rasa Dhia harus maafkan Wais?” Soal Dhia setelah sekian lama berdiam diri.

            “ Ikut kata hati kamu. Abah akan sokong setiap keputusan kamu.” Abah memberi semangat. Bila dia melihat Uwais sudah berdiri di depan kereta, dia terus bangun.

            “ Abah nak ke mana?” Soal Dhia bila abahnya seperti ingin pergi.

            “ Wais dah tunggu kamu tu, bincang elok-elok ya” Nasihat abah sebelum berlalu pergi. Dhia masih di situ dah langsung tidak berpaling ke belakang.

Sebaik sahaja abah pergi, Uwais pula mengambil alih tempat abah tadi. 

            “ Puas hati awak dapat buat saya macam ni?” Marah Dhia tanpa langsung berpaling ke arah lelaki itu. Dia kembali memeluk lutut.

            “ Saya tahu maaf saya tak ada makna untuk awak. Tapi saya rasa lega bila dapat tahu yang awak sayangkan saya. Sekurang-kurangnya, kalau saya mati, mata saya tertutup rapat.” Ucap Uwais sambil melepaskan nafas yang panjang.

Dhia berdiam diri.

            “ Kalau awak tak nak maafkan saya, apa saya boleh buat. Kita boleh teruskan saja perceraian tu. Saya dah tak kisah. Saya tak nak awak terus sakit hati kerana saya.”Uwais mula bermain dengan kata-kata. Bila wanita itu tetap berdiam diri, dia terus bangun  dari situ. Tak ada gunanya dia terus memujuk hati yang sekeras batu itu. Langkah pertama di mulakan.


            “ Awak tahu tak saya takut sangat tadi”

Uwais berpaling ke belakang.

            “ Saya tahu dan saya tak patut buat awak macam itu.Saya minta maaf” Balas Uwais.

Dhia bangun dari duduk dan terus memeluk tubuh Uwais dari belakang.

            “ Awak tahu tak yang saya takut sangat kehilangan awak.”Ucap Dhia.

Uwais memusingkan tubuhnya dan kini dia mengadap muka orang yang dia sayang sambil tersenyum manis. Air mata jernih yang turun dari pipi isterinya di lap menggunakan ibu jari.

            “ Saya pun takut kehilangan awak juga. I love sayang” Ucap Uwais sambil mencium dahi isterinya. Dhia sekali lagi memeluk tubuh Uwais. “ I love you too..” Balas Dhia. Dia berharap itulah permulaan hidup dia dan Uwais selepas ini setelah segala hal yang dia tempuh selama ini. Tak sangka, tunang Kak Long yang dia benci dulu adalah suami dia dan seorang manusia yang dia sayanginya. Maaflah Kak Long, Dhia tak akan pulang balik Uwais pada Kak long sebab dia sekarang ini hak mutlak Dhia Arissa binti Abdul Halim.

*****************
           
“ Sayang, hari ni tak payah masaklah” Cadanga Uwais sambil memeluk pinggang isteri yang sedang leka membasuh sayur-sayuran di singki. Seminggu lagi, umat islam akan menyambut hari raya. Dia tidak sabar menanti hari itu. Buat kali pertamanya dia berpuasa dan beraya bersama isteri tercinta. 

Selepas kejadian di gudang hari tu, hubungan dia dan Dhia semakin baik. Kini dia sudah tinggal di rumah sendiri bersama dengan isteri tercinta. Dia bersyukur sangat-sangat kerana semuanya sudah selesai. Harap-harap tak adalah masalah lagi yang akan timbul.

            “ Kenapa?” Soal Dhia sedikit manja. Sekarang ini dia benar-benar bahagia. Betul kata abah, kalau ikut kata hari, kebahagian akan mampu dikecapi. Terima kasih abah sebab nasihatkan anak abah yang degil ni.

Uwais menarik tangan isterinya dari terus membasuh sayur sawi itu lalu menolak tubuh itu ke kabinet. Di angkat  isterinya di atas kabinet dapur dan dia pula duduk bertentangan sambil memeluk pinggang isterinya.

            “ Apa abang ni? Dhia nak masaklah” Runggut Dhia. Apron di badannya di betulkan.

            “ Kan abang dah cakap tadi, tak payah masak.” Ulang Uwais.

            “ Habis, masa berbuka puasa nanti kita nak makan apa kalau Dhia tak masak?”

Uwais tergelak kecil. “Abang nak makan Dhia” Gurau Uwais.

Dhia menampar lembut pipi sebelah kiri suaminya. Gatal. Bulan-bulan puasa pun masih gatal lagi.

            “ Abang tengok Dhia ni makin hari makin comel pula. Rasa macam nak gigit” Puji Uwais sambil mendekatkan mukanya pada muka Dhia.

Bila menyedari yang Uwais mahu mencium mulutnya, Dhia terus menolak lembut muka suaminya menggunakan jari telunjuk. Di tarik cuping telinga Uwais.

            “Ingat sikit abang tu puasa. Jangan nak mengatal siang-siang macam ni. Orang tengok, buat malu je” Tegur Dhia. Dia memeluk leher suaminya untuk turun dari situ lalu menuju ke singki semula. Kali ini dia dia ingin menyimpan sayur itu semula ke dalam peti.

            “ Habis, kita nak makan dekat mana hari ni?” Soal Dhia. Uwais melabuhkan punggungnya pada kerusi meja batu yang berada di tengah-tengah dapur. Di situlah tempat dia makan bersama Dhia. Ruang makan yang berada di luar kawasan dapur memang langsung tidak di gunakan. Lagipun meja makan di situ agak besar jadi rasa kosong pula bila hanya makan berdua. Jadi dia gunakan meja di bahagian dapur sahaja.

            “ Rumah mak” Beritahu Uwais.

            “Mak? Ummilah abang” Dhia membetulkan ayat suaminya.

            “ Dhia...” Panggil Uwais agak lembut.

Dhia mengeluh berat.Tangannya terus berhenti dari melakukan kerjanya. Punggung di labuhkan pada kerusi bersebelahan suaminya.

            “ Dia bukan mak Dhia. Kalau betul Dhia ni anak dia, dia tak akan buang Dhia” Tiba-tiba hati Dhia tersentuh saat nama itu di ungkit balik dalam kamus hidupnya.  Uwais menarik isterinya masuk ke dalam pelukan.

            “ Walau macam mana sekalipun, dia tetap ibu kandung Dhia  sampai bila-bila. Jalinan antara anak dan ibu tak akan terputus.Kita balik rumah mak ya sayang?” Pujuk Uwais. Dia tahu penderitaan isterinya selama ini melalui ummi dan abah. Lagipun, selama ini dia hanya jumpa dengan ayah kandung isterinya sahaja itupun hanya sekali. Ibu kandung Dhia pula, langsung dia tidak pernah jumpa. Rasanya, di bulan yang baik inilah waktunya dia cuba jalinkan semula hubungan antara anak dan ibu.

Dhia berdiam diri. 

            “ Sayang...” Uwais mengengam jari jemari isterinya. Akhirnya Dhia mengganguk juga. Nak tak nak dia terpaksa akur demi menjaga hati lelaki itu. Harap-harap mak dengan abah tidak menghalau dia seperti 10 tahun yang lalu. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Peristiwa di mana dia berperang mulut dengan kakak kandungnya hanya kerana perkara kecil. Masa itu, dia dan ummi ke rumah itu kerana ingin melawat ayah yang kurang sihat. Tak pasal-pasal dia pula yang kena marah sedangkan terang-terang kakaknya yang salah. Itu salah satu tanda yang ibu kandungnya amat membenci dia.

            “ Jangan sedih-sedih, abang kan ada” Uwais bangun dan menarik tangan isterinya meninggalkan ruang memasak itu dan menuju ke bilik yang berada di tingkat atas.


*****************
Dhia dan Uwais tiba di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Jam sudah menunjukan pukul 6.00 petang. Dhia memandang sahaja rumah yang pernah di dudukinya dulu. Walaupun hanya sekejap, namun rumah itu menyimpan banyak kenangan suka duka dia situ.

            “ Jom sayang” Ajak Uwais sambil membuka tali pinggang keledarnya.

Dhia hanya menunduk. Sudah bertahun dia tidak ke situ dan terasa kakinya seperti di ikat dengan batu ketika ini. Langsung tidak mahu bergerak.

            “ Sayang, kita dah janji kan tadi. Buat macam biasa sahaja. Kita datang sini sebab kita nak cuba berbaik, tapi kalau mak dengan ayah tak masih tak boleh terima Dhia, abang janji kita terus pergi rumah ummi pula.” Ujar Uwais. Dia nak tahu juga kenapa mak dan ayah Dhia begitu membenci anak bongsu pada keluarga itu sedangkan anak-anak yang lain di terima baik. Kali ini 

Dhia mengangguk sahaja lalu dia terus keluar dari kereta bila suaminya keluar terlebih dahulu dan menuju ke bonet kereta.Barang yang dapur yang di beli di pasaraya tadi terus di bawa keluar dan loceng di pagar rumah teres itu di tekan. Keluar seorang perempuan yang mungkin usianya dalam lingkungan 30-an.

            “ Assalamualaikum Kak Lela” Dhia memberi salam. Uwais yakin itulah kakak kepada isterinya. Kakak yang nombor berapa, dia memang tidak.

            “ Salam!”

Uwais mengelengkan kepala denga sikap wanita itu. Menjawab salam pun macam orang tak ada agama. Teruk betul.

            “ Siapa Lela!?”

Kedengaran satu suara lain di dalam rumah.

            “ Anak kesayangan maklah” 

Jawab wanita itu langsung meninggalkan halaman rumah tanpa membuka pintu pagar.Dhia menarik lengan baju suaminya. “ Kan dah cakap, jom kita balik jelah” Ajak Dhia. Dia memang tidak selasa bila di situ. Sindiran dari kakak sulongnya itu benar-benar menyakitkan.

            “ Kejaplah sayang, abang tak jumpa dengan mak lagi” Uwais masih berkeras tidak mahu pulang selagi dia tidak berjumpa dengan ibu mentua sebetulnya.

            “ Ha! Nak apa datang rumah orang ni?” 

Keluar pula seorang wanita yang agak tua bersama dengan wanita tadi dan terus menuju ke pintu pagar. Hampir tergelak juga Uwais melihat rambut wanita tua itu. Tak sangka, rock juga ibu kandung isterinya itu. Rambut dah macam Allycats, pastu lengan baju t-shirt di sisin sampai bahu dan berseluar pendek paras lutut.

            “ Assalamualaikum mak...” Sapa Uwais manis. Dhai mula menyorok di belakang suaminya.

            “ Mak? Siapa mak aku? Tu! Apa hal pula?” 

Tunjuk perempuan itu pada Dhia yang berada di belakang Uwais.

            “ Kami datang ni nak berbuka puasa dengan mak  sekeluarga. Lagipun Wais tak pernah jumpa dengan mak selama ini” Beritahu Uwais.

            “ Dah-dah! Aku tak ada masa nak layan kamu berdua. Pergi balik! Rumah aku dah tak ada ruang lagi nak masukkan kamu berdua. Pergi! Pergi!” 

Halau wanita tua itu lagi sambil cuba melemparkan selipar yang dipakai. Dhia menarik tangan suaminya. Beg-beg plastik di tangan terus di letak di hadapan pintu pagar itu sebelum kedua-duanya memasuki perut kereta semula. Lalu Uwais terus memulakan pemanduan.

            “ Kan Dhia dah cakap, abang tak nak dengar!” Marah Dhia. Geram betul dia dengan Uwais yang langsung tidak mahu mendengar nasihat darinya. 

Uwais tergelak kecil. “ Kelakar betul”

Dhia mengerutkan dahinya.  “ Apa yang kelakarnya?”

            “Yelah, dahlah kena halau,lepas tu siap nak kena baling dengan selipar lagi” Gelak Uwais.
Dhia mengeluh berat. Malu sungguh dia pada suaminya dengan apa yang berlaku. “ Dhia minta maaf apa yang mak buat pada abang tadi” Mohon Dhia.

Uwais mengengam jari-jemari isterinya. “It’s okey, sayang. Abang tak ambil hati pun. Boleh abang tanya Dhia satu benda?” Soal Uwais dalam pemanduan. Nasib baiklah keretanya bukan manual, jadi bolehlah dia gengam tangan isterinya terus menerus ketika memandu.

            “ Tanya apa?” Soal Dhia.

            “ Kenapa mak dengan abah benci sangat pada Dhia?” Sudah lama Uwais ingin bertanya, namun belum ada waktu yang sesuai, tapi kali ini dia nekad untuk bertanya.

Dhia mengungkit bahu. “ Dhia sendiri tak tahu kenapa. Biarlah. Sekarang ini Dhia dah tak kisah sangat Dhia dah ada ummi. Abang nak tahu tak yang sekarang ini abah makin sayang pada Dhia” Beritahu Dhia. Dia malas nak fikir soal keluarga kandungnya itu. Mungkin sampai ke tua, dia memang tidak tahu penyebab dia di benci.

            “ Ada ummi jer?” Uwais berpaling ke arah isterinya. Ketika itu lampu isyarat bertukar merah.
Dhia terus mencubit pipi kiri suaminya. “ Ada abang juga”

Uwais tersenyum manis. Kalau dekat rumah ni, memang dah kena cium pipi gebu milik Dhia itu.Dia geram betul setiap kali melihat muka manja isterinya apatah lagi di saat-saat begini.

            “ Nak berbuka dekat mana ni?” Soal Uwais walaupun dia tahu isterinya pasti akan mencadangkan rumah ummi. Sebenarnya dia tidaklah berapa suka ke rumah. Bukan apa, takut bertembung dengan Maisara. Dia takut Maisara masih menyimpan cinta padanya, apatah lagi bila wanita itu sudah bercerai dengan Umar seminggu yang lepas. Dia langsung tidak terkejut dengan perceraian itu kerana dua-dua tidak saling menyintai. Nasib baiklah rumah tangganya dengan Dhia sempat di selamatkan, kalau tak memang jadi macam mereka berdualah.

            “ Makan selipar tadi tak kenyang lagi ke?” Sindir Dhia.

            “ Amboi-amboi isteri abang ni. Dah pandai kenakan abang pula.” Giliran Uwais mencubit pipi gebu isterinya pula hingga wanita itu menjerit kecil. Bila lampu isyarat menyala, Uwais memulakan pemanduannya semula.

            “ Kita makan dekat luar jelah.” Dhia memberikan kata putus. Uwais tersenyum manis.



**********
            “ Macam ini jelah puan, kalau puan segan dengan saya, apa kata puan terima rawatan dengan Doktor Umairah saja. Mungkin puan lebih selesa. Yelah perempuan sama perempuan apa nak di malukan.”Cadang Uwais pada pesakitnya. Dia tahu wanita itu sedikit malu-malu saat menerima rawatan darinya. Namun dia faham dengan situasi itu.

            “ Bila saya boleh jumpa dengan Doktor Umairah tu, doktor?” 

Soal wanita itu. Uwais mencatat sesuatu pada kad laporan pesakitnya.

            “ Hari ini Doktor Umairah cuti. Puan datang bulan depan. Lagipun saya dah periksa kandungan puan tadi. Baby sihat, cuma puan je ada deman sikit. Tak jangan risau, ianya tidak berbahaya”Beritahu Uwais sambil tersenyum lebar. Seronok pula dia tengok wanita-wanita yang mengandung. Bilalah tiba giliran dia untuk menjadi ayah pula? Tak sabar rasanya untuk menanti hari itu.

            “ Terima kasih doktor” Ucap wanita itu sebelum keluar dari bilik rawatan itu sambil membawa kertas yang tertulis nama-nama ubat yang perlu di terima.

            “ Doktor, ada orang nak jumpa” Beritahu pembantu peribadinya sebaik sahaja pintu di buka.

            “ Siapa?” Soal Uwais. Kalau pesakit tak apalah, tapi kalau orang luar memang dia tengah sibuk. Masih ramai pesakit yang menunggu apatah lagi bila dia berkerja sendirian kerana kakak sedang bercuti. Memang tak lengang tanganlah dia melayan pesakit.

            “ Dia tak ada cakap pula nama dia siapa, tapi katanya penting sangat” Beritahu Julia lagi.

            “ Pesakit saya ramai lagi tak Jue?” Uwais harus dahulukan pesakitnya terlebih dahulu sebelum orang luar.

            “ Lagi lima orang doktor” Beritahu Julia lagi.

            “ Kalau macam itu, bagitahu orang yang nak jumpa saya tu, dia kena tunggu dululah sebab saya kena settlekan pesakit saya dulu. Kalau dia tak boleh tunggu, suruh dia balik jelah.” Uwais memberikan kata putus.Julia mengangguk lalu menutup kembali pintu itu lalu dia melangkah ke arah kaunter pengambilan dan pembayaran ubat. 

            “ Maaf cik, Doktor Uwais suruh cik tunggu dulu sebab dia nak settlekan pesakit telebih dahulu. Dia kata kalau cik tak boleh tunggu, cik boleh balik” Beritahu Julia pada wanita itu.

            “ Tak apa, saya tunggu” Balas Maisara lalu melabuhkan punggung di kerusi tempat pesakit menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Hampir dua jam juga dia menunggu dan baru kini dia di panggil masuk ke dalam bilik rawatan yang tertulis  nama bekas tunangnya di situ.

            “ Hai, Wais” Sapa Maisara.

Uwais mengangkat mukanya dan sedikit tergaman bila melihat Maisara berdiri di hadapan meja kerjanya. Sememangnya Julia tidak kenal dengan bekas tunangnya itu kerana Julia baru dua bulan bekerja dengannya, jadi hal-hal lama memang gadis itu tidak tahu.

            “ You sakit ke?” Soal Uwais acu tak acu. 

            “ Tak adalah, I just nak jumpa you je” Beritahu Maisara sambil melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan bekas tunangnya itu./

            “ So, why? Soal Uwais.

            “ I nak ucapkan terima kasih pada you sebab sebab terima Dhia. I tengok dia sekarang semakin ceria” Ucap Maisara. Sekarang ini dia malas nak fikir soal cinta lagi. Dia redha dengan ketentuan ilahi. Kalau tak ada jodoh, buat macam mana sekalipun tetap tak akan bersama. Dia bercerai dengan Umar pun sebab memang dia tak cintakan lelaki itu dan Umar juga begitu. Dia sama-sama sepakat untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.  Dia dapat tahu yang sekarang ini Umar berada di Istanbul. Semoga Umar memperolehi wanita yang benar-benar menyintai lelaki itu.

            “ You tak kisah?”Soal Uwais lagi.

Maisara mengelengkan kepalanya.  “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan. I kena tunggu putera jatuh dari langitlah nampaknya.” Gurau Maisara di sertai gelak ketawa lelaki itu dari belakang. Uwais menarik nafas lega. Satu persatu masalahnya selesai. Terima kasih Allah...



********
Uwais merebahkan tubuhnya pada tilam. Empuknya dia ras ketika ini. Seharian penat bekerja memang membuatkan matanya sering mengantuk. Dia memusingkan tubuhnya ke kiri. Kosong... Dhia masih lagi di dapur. Entah apalah yang wanita itu buat. Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Kini usia perkahwinannya sudah mencecah  6 bulan. 

Dia memusing ke sebelah kanan pula dan matanya terhenti pada satu bingki gambar yang di letak bersebelahan dengan lampu meja sebelah kanan katil. Macam mana gambar ni boleh lepas sampai ke sini pula? Bukan ke aku simpan dalam dashboard? Tak kanlah Dhia dah tahu yang aku curi gambar di kat rumah ummi dulu. Harap-harap Dhia tak marah pasal gambar ni.

Pintu di kuak dari luar. Cepat-cepat  Uwais meletakkan gambar itu di posisi asal.

            “ Dhia jumpa gambar tu dalam dashboard kereta abang. Macam mana gambar tu boleh ada di situ?” Soal Dhia. Selama ini dia lupa pula nak bertanya. Ketika dia pindah keluar dari rumah sewanya dulu, dia tertinggal gambar dan baru pagi tadi Munirah menyerahkan gambar itu padanya semula. Kata Munirah, gambar itu di jumpai belakang almari Suria. Dia sendiri tidak ingat di mana dia letak gambar itu sebenarnya.


Dhia menyusun baju-baju yang baru sahaja di seterika ke dalam almari pakaian. Uwais memerhati setiap gerak geri isterinya.

            “ Sayang” Panggil Uwais. Dia harus menukar topik perbualan.

            “ Emm...”

            “ Kenapa abang tengok sayang ni makin comel ha? Tembam” Soal Uwais sambil menyandarkan kepalanya pada kepala katil.

Selesai menyusun  baju, Dhia menuju ke cermin mekapnya. Dia pusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Tak ada perubahan pun. Mana datangnya tembam tu?

            “ Mana ada, biasa je Dhia tengok”

            “ Biasa apa macam tu. Tengok pipi Dhia tu, dah makin gebu abang tengok” Balas Uwais lagi. Dhia terus melangkah ke katil lalu membaringkan tubuhnya di sebelah Uwais. Kepalanya di lentok atas dada bidang suaminya itu.

            “ Kalau Dhia gemuk, abang dah tak sayang Dhia lah ya?” Duga Dhia.Uwais tergelak kecil.

            “ Sayang gemuk macam gajah pun abang tetap sayang. Tapi kan, kalau perempuan ni tiba-tiba jadi tembam, mesti ada something” Beritahu Uwais. Dhia memalingkan mukanya mengadap suaminya.

            “ Ada apa?”

            “ Abang rasa sayang ni mengandung.” Duga Uwais sambil tangannya terus di hala ke arah perut isterinya dan di gosok beberapa kali.

            “Mana abang tahu?” Soal Dhia pula sambil bangun dari baring. Dia biarkan tangan suaminya di letak pada perutnya.

            “ Sayang dah lupa ke yang abang ni seorang doktor. Abang tahu perubahan pada wanita mengandung. Kalau tak percaya, esok kita pergi klinik, jumpa dengan kakak. Mesti kakak akan cakap benda yang sama macam abang cakap” Uwais selalunya tidak pernah silap dengan tekaannya. Mungkin kali ini juga dia betul. Sudah banyak hari dia perhatikan isterinya dan banyak yang berubah.
Dhia tersenyum manis.

            “ Tak payah, Dhia dah jumpa kakak petang tadi” Beritahu Dhia. Ketika dia ke klinik Uwais dan Umairah itu, suaminya tiada. Kata Umairah, Uwais keluar makan tengah hari.

            “ So?” Uwais mula tidak sabar.

Dhia menganguk laju. Uwais terus bangun dari duduk dan serta merta tubuh isterinya di peluk. Kegembiraan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Tak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah. Itu bermakna impiannya sudah tercapai.

            “ Berapa bulan sayang?” Tidak sabar Uwais ingin menanti kelahiran anak pertamanya itu.
            “ Baru sebulan lebih.”Jawab Dhia.

            “ Esok kita pergi rumah mama dengan papa. Mesti mereka tak teruja bila dapat tahu Dhia dah mengandung” Ajak Uwais. Tidak sabar dia ingin memberitahu keluarganya tentang berita gembira itu.

            “Ummi dengan abah macam mana?” Soal Dhia.Tak kan lelaki itu sudah lupa soal ummi dan abah.

            “ Lusa kita balik rumah ummi dengan abah pula. Kita buat doa selamat sekali. Abang happy sangat-sangat ni” Uwais mula bersemangat. Hilang rasa mengantuknya tasdi. Dhia hanya mengikut.

            “ Oh ya, abang lama tak dengar cerita pasal Marissa. Apa dia buat sekarang?” Tanya Uwais. Seingat dia, Marissa sudah tamat belajar 3 bulan yang lepas dan sejak itu dia tidak ambil tahu sangat pasal wanita itu. 

            “ Sekarang ini dia kerja dengan Kak Long. Marissa dah banyak berubah sekarang ini abang. Dia dah pakai tudung macam Dhia. Yang paling Dhia suka, dia dah tak marah-marah macam dulu lagi bila berjumpa dengan Dhia. Syukur kan bang”  Dhia benar-benar bersyukur dengan apa yang berlaku. Dia sendiri tidak tahu kenapa Marissa boleh berubah serta merta. Kata ummi, Marissa di beri motivasi kaw-kaw dari abah hingga menangis-nangis gadis itu. Abah memang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap, tapi kalau dah sekali ia berbunyi, memang menyusuk ke jantunglah jawabnya.

Penangan ayat abah memang berbisa. Hati dia yang sekeras batu pun boleh hancur dengan kata-kata abah. Terima Kasih abah sebab banyak membantu dalam perjalanan anak-anakmu.



*******************
            “ Wah! Tak lama lagi semakin meriahlah rumah kita ni kan, ummi” Maisara tumpang gembira dengan berita kehamilan adiknya itu. Punggung di labuhkan pada kerusi meja makan berhadapan dengan Dhia. Tak sangka hari dia pulang ke kampung, Dhia dan Uwais juga tutut pulang. Memang rezeki dia bertemu dengan adiknya itu. Selalunya dia jarang dapat berjumpa sekarang ini walaupun tinggal di bandar yang sama kerana dia terlalu sibuk dengan urusan kerja. Sejak di membuka butik pengantin, jadualnya semakin padat. Nasib baiklah ada Marissa yang membantu, namun dia tidak tahu sampai bila adiknya itu akan terus bekerja dengannya. Adiknya itu lepasan universiti dan mungkin akan memperolehi kerja yang lebih bagus.

            “ Dah masuk berapa bulan Dhia?” Soal ummi sambil meletakan kacang panjang yang baru di keluarkan dari peti sejuk ke atas meja. Dia bercadang untuk masak kacang goreng bersama dengan hati ayam. Itu makanan kegemaran suaminya.

Dhia dan Maisara turut mencapai kacang panjang itu lalu di patahkan kecil-kecil. Marissa pula leka dengan ipad yang baru di belinya minggu lepas.

            “ Baru sebulan lebih ummi. Dhia pun macam tak percaya yang Dhia dan mengandung. Nasib baik tak ada alahan lagi sekarang ini. Tak tahulah kalau dah masuk bulan seterusnya. Harap-harap tak ada apa-apalah” Jawab Dhia. Sesekali dia mengerling ke luar tingkat yang berada di belakangnya. Kelihatan Uwais dan abah sedang leka membakar sampah. Rancak sungguh mereka berdua berbual.

            “ Mudah-mudahan semuanya okey” Balas ummi lagi.

            “Ummi, Kak Long ada benda nak bagitahu ni” Beritahu Maisara sambil tersengeh-sengeh.
            “ Beritahu apa?” Soal Ummi. Dhia menunggu dengan sabar.

            “ Minggu depan ada orang nak datang merisik Kak Long” Beritahu Kak Long agak malu-malu.

 Bulat mata Dhia mendengarnya. Biar betul? Syukur, Kak Long dah ada penganti Uwais. Lega sikit dia rasa. Kalau tak, setiap masa dia rasa bersalah.

            “ Kak Long tak cakap pun kat ummi yang Kak Long ada buah hati. Siapa orang bertuah dapat anak ummi ni?” Ummi mencubit pipi anaknya. Hari ini sahaja, dia menerima dua berita gembira. Dia bersyukur sangat-sangat kerana semuanya sudah kembali tenang. Tidak berlaku pergaduhan lagi di dalam keluarganya. Sekarang ini barulah dia rasa keluarganya sudah cukup lengkap.

Muka Maisara merona merah. “ Kak long tak nak cakap sebab takut tak jadi pula.”

            “ Dia kerja apa Kak Long?” Cepat saja Dhia bertanya. Tak sabar pula dia ingin melihat kakak sulongnya itu hidup bahagia dengan seorang lelaki yang benar-benar menyintai. Harap-harap kali ini menjadilah ya.

            “ Akitek. Bangunan tempat dia kerja depan butik Kak Long” Beritahu Maisara.

            “ Ini kes hari-hari jumpalah ni. Untung dia dapat Kak Long” Puji Dhia. Ummi menuju ke singki.

            “ Dhia lagi untung sebab dapat Wais”Balas Maisara sambil tersenyum.

Dhia mengeluh berat. Tersentak juga hatinya ketika Kak Long berkata begitu. Terasa dirinya begitu teruk sekali kerana merampas Uwais dari wanita itu.

            “ Kak Long...” Panggil Dhia lembut. 

Maisara tergelak kecil. “ Relexlah Dhia. Kak Long okey. Dhia happy, Kak Long pun happy. Kak Long percaya pada jodoh dan Kak Long juga percaya pada Dhia. Jangan sedih-sedih, nanti baby pun turut sedih” Pujuk Maisara sambil mengengam jari jemari adiknya sambil tersenyum manis. Dia sanggup kehilangan apa sahaja dalam dirinya tapi bukan keluarganya. Dia sayangkan keluarganya lebih dari orang lain. Kalau melepaskan Uwais pergi dapat mengembirakan hati Dhia, dia sanggup. Lagipun dia sudah tidak sanggup melihat wanita itu menderita lagi. Biarkanlah kebahagiann pula menghimpit Dhia arissa pula.

Selesai menolong ummi dan Kak long di dapur, Dhia berjalan ke arah suaminya sedang leka menguis daun-daun kering ke dalam unggul api. Abah pula leka mencatas pokok bunga raya yang semakin membesar itu. Ranting-ranting pokok pokok bunga raya itu, Uwais pula yang memugutnya lalu di lempar ke arah api.

            “ Abah, ummi mintak abah kait nangka muda.” Beritahu Dhia pada abahnya.

            “ Ummi kamu nak buat apa dengan nangka muda tu?” Soal Abah yang masih lagi sibuk dengan kerjanya. Berpeluh-peluh tubuh abah yang tak berbaju dan berkain pelikat sahaja. Dia pandang ke arah suaminya pula. Lelaki itu juga kelihatan berpeluh, bilas kelihatan kesan basah pada baju t-shirt. 
 
            “ Ummi kata nak masak gulai lemak nangka.”Beritahu Dhia.

            “ Hah, jap lagi abah kaitkan” Abah memberikan kata putus. Dia harus siapkan kerjanya dulu barulah dia akan pergi ambil nangka muda yang berada di belakang rumah.

            “ Tak apalah abah, biar Wais tolong ambilkan nangka muda untuk ummi” Uwais memperlawa dirinya bila melihat mentuanya itu masih lagi sibuk. Masih ada lagi tiga pokok bunga raya yang masih belum di cantas. Subur sungguh pokok bunga milik ummi itu.

            “ Bagus juga tu. Kamu jangan ambil yang terlalu muda dan yang terlalu tua. Ambil yang dalam peringkat pertengahan” Ajar abah. Harap-harap menantunya faham apa yang dia cakapkan tadi.

            “ Faham tak abang?” Soal Dhia pada suaminya bila melihat Uwais mengaru kepala.

            “ Dhia temanlah abang pergi ambil nangka tu. Takut silap pula” Ajak Uwais. Dhia tergelak kecil. Dah agak dah! Memang Uwais tak tahu. Lagipun lelaki itu bukan biasa dengan kampung-kampung ni. Selalu sangat makan nangka yang datangnya dari kecil sampai nak kait yang mana satu pun tak tahu.

            “ Dah, jom” Ajak Dhia sambil menarik lengan suaminya. Di peluk lengan itu sambil menuju ke belakang rumah.

            “ Dhia, abang berpeluhlah. Jangan peluk” Uwais pelik dengan isterinya itu. Satu badan dia berpeluh, tapi boleh pula wanita itu memeluk pingangnya. Siap cium baju dia lagi.

            “ Kenapa bau badan abang wangi ha?” Soal Dhia. Selesa sungguh dia bila dapat memeluk tubuh itu. Nasib baiklah belakang rumah tak ada orang, kalau tak memang malu juga bila berpelukan begitu.

            “ Wangi?” Soal Uwais hairan. Dia cuba mencium badanya sendiri. Ya Allah... Bau masam menyusuk hidungnya. Tak wangi langsung! Macam mana pula isterinya boleh kata wangi. Dia membuka bajunya bila wanita itu sudah tidak lagi memeluknya. Baju yang separuh basah dengan peluh itu di sangkut pada dahan sebatang pokok. Dia sendiri dah tak tertahan dengan bau dari badannya itu. Lagipun, manalah dia biasa berpeluh sampai macam itu sekali.

            “ Kenapa buka baju tu, sini banyak nyamuk tau” Beritahu Dhia.

            “ Busuklah sayang. Abang tak selesa bila baju dah basah.” Beritahu Uwais sambil mengdongak ke atas pokok nangka yang berbuah agak lewat itu. Entah yang mana satulah yang harus dia ambil.

            “ Mana ada busuk, wangilah. Dhia suka bau abang masa berpeluh” Beritahu Dhia lagi sambil tersenyum.

            “ Abang rasa Dhia ni pembawakan budak. Sebab itulah baju abang yang busuk dan masam tu Dhia cakap wangi.” Duga Uwais sambil menjolok sebiji nangka menggunakan galah panjang bila dia sudah membuat pilihan yang mana harus dia ambil. 

Dhia melabuhkan punggungnya pada pangkin yang berada di bawah sepohon pokok berdekatan dengan pokok nangka.

            “ Mungkin betul cakap abang tu. Tapi Dhia tak suka bau minyak wangi yang abang pakai tu. Busuk!” Tegas Dhia sambil buat muka seperti orang menahan bau yang busuk.

            “ Lah, bukan Dhia suka ke bau minyak wangi abang tu?”

Dhia mengelengkan kepala. Sejak dia menjak ini dia memang tidak suka bau minyak wangi yang di pakai suaminya, namun tidak pula dia muntah-muntah seperti wanita lain. Mungkin usia kandungannya masih terlalu awal.

            “ Okey, demi baby kita, abang tak pakai minyak wangi tu lagi.” Uwais mengalah walaupun dia memang suka memakai minyak wangi itu. Lagipun sudah zaman bujang lagi, itulah jenama minyak wanginya.

Buk!

Bunyi nangka jatuh ke bumi. Uwais tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya menumpaskan nangka yang begitu sukar untuk di ambilnya tadi. Dhai bersorak gembira. Nampaknya, bolehlah dia makan gulai lemak nangka buatan umminya nanti.



******************
           
“Kenapa sayang?” Soal Uwais bila tiba-tiba isterinya terduduk kembali pada kerusi yang ingin di tinggalkan. Dia juga duduk kembali pada kerusi meja makan restoran ikan bakar itu.
Dhia mengosok perutnya yang kian membulat.Hari ini sudah genap 9 bulan kandungannya dan sedang menunggu hari untuk bersalin sahaja. 

Uwais bangun dari kerusinya dan terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah isterinya.Risau pula dia melihat isterinya seperti menahan kesakitan.

            “ Kenapa ni sayang?” Soalnya lagi sambil turut menyentuh perut isterinya. Nasib baiklah dia berada di meja paling hujung dan agak terselindung sedikit dari pelanggan yang lain.

            “ Anak abang ni aktif sangat. Kuat betul dia tendang perut Dhia. Sakit...” Runggut Dhia manja. Sejak kebelakangan ini, anak di dalam kandungannya begitu aktif bergerak sampai terasa sakit di pinggangnya.

            “ Baby, jangan tentang mama kuat-kuat, mama sakit tau. Kesian mama penat mengandungkan baby” Uwais mengusap lembut perut isterinya sambil bercakap dengan anak yang berada di dalam kandungan isterinya.

Dhia tergelak kecil. Memang menjadi kebiasaan, suaminya akan bercakap dengan anak yang masih lagi dalam kandungannya itu. Dia faham sangat yang Uwais tidak sabar menanti kelahiran anak sulongnya itu.

            “ Dahlah, jom balik. Rasa nak baringlah” Ajak Dhia bila perutnya sudah tidak rasa sakit seperti tadi. Mungkin anak di dalam kandungannya sudah kembali tidur. Tidurlah sayang, mama pun dah penat sangat ni.

            “ Boleh jalan tak ni?” Soal Uwais agak risau. Walaupun dia seorang doktor, namun dia tidak dapat mengawal kerisauan di hatinya. Kalau pesakitnya, pandai pula dia minta mereka bersabar dan jangan terlalu risau, tapi bila kena pada batang hidung, baru dia tahu apa yang mereka semua rasa.
Dhia sekali lagi mengganguk. Dia masih lagi mampu berjalan walaupun perut sudah ke depan. Seperti biasa Uwais akan mengengam tangan isterinya berjalan keluar dari restoran ikan bakar itu.
Sebaik tiba di kereta, Uwais meraba-raba poket seluarnya untuk mencari kunci kereta, namun tetap juga tidak dia ketemui.

            “ Kenapa abang?” Soal Dhia.

            “Abang rasa kunci kereta tertinggal atas meja makan tadi” Teka Uwais.

            “ Pergilah cuba cari dekat meja tadi” Arah Dhia. Dia sandarkan tubuhnya pada sisi kereta sambil mengusap-gusap perutnya.

            “ Alah, tak kan nak tinggalkan Dhia sendirian dekat sini pula.”

Dhia tersenyum. “ Dhia bukan budak kecillah abang”
            “ Sure?”

Dhia mengganguk.

            “ Sayang tunggu sini, abang pergi cari kunci kejap” Uwasi terus berlari meninggalkan isterinya di tempat letak kereta yang agak besar itu. Hanya beberapa buah sahaja kereta yang di letak di situ. Kalau bukan kerana parking di hadapan restoran itu penuh , memang dia tidak akan letak di situ.

Matanya melilau di sekitar meja makan yang di dudukinya tadi, namun tidak juga dia jumpa apa yang dia cari.

            “ Encik cara kunci kereta ke?”

Muncul salah seorang pelayan restoran itu. Uwais mengganguk laju.

            “ Tadi saya jumpa kunci ni dekat atas kerusi.” 

Pelayan itu menyerahkan kunci tersebut pada tuannya. Uwais mengucapkan terima kasih sebelum berlari keluar semula dari restoran tersebut. Dia tidak mahu meninggalkan Dhia lebih lama lagi. 

Matanya terpandang ke arah seorang wanita yang sedang bergelut dengan dua orang lelaki. Kelihatan dua orang lelaki itu cuba meragut beg tangan wanita itu.Dia kenal siapa perempuan yang kena ragut itu. Dhia!

Kakinya semakin di percepatkan ke arah itu. “ Woi!” Sergah Uwais dari jauh.Bila mendengar suara dia, dua lelaki itu terus berlalu pergi bersama dengan motosikal dan Dhia pula sudah terjelopok ke tanah. Kelihatan isterinya sedang menahan sakit. 

            “ Dhia!” Uwais memeluk tubuh isterinya. Dia ingin meminta tolong pun, tidak ada yang lalu lalang di tempat letak kereta itu.

Dhia tidak berkata apa-apa kerana kesakitan di bahagian perutnya benar-benar memeritkan. Ketika dia bergelut dengan peragut tadi, salah seorang daripada mereka menumbuk perutnya hingga di terjelopok ke tanah.

            “ Ya Allah, darah” Uwais semakin cuak bila melihat darah mengalir di celah betis isterinya. Ini sudah tahap bahaya. Dia harus segera membawa Dhia ke hospital. Terus dia mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta di bahagian belakang. Di baringkan Dhia di situ. Habis bajunya terkena darah, namun dia tidak perduli itu semua.

            “ Abang...” Dhia menarik lengan baju suaminya sebelum lelaki itu menutup pintu kereta.

            “ Ada apa sayang? Kita kena cepat ke hospital” Uwais merasakan seperti masa sedang menghimpit dia hingga rasa sukar untuk bernafas. Ya Allah, selamatkan isteri dan anakku.

            “Lelaki tadi tumbuk anak kita. Anak kita tak apa-apa kan, abang?” Rintih Dhia.

Hilang terus keegoaan Uwais ketika ini. Air matanya terus mengalir laju. Dia mengangguk saat isterinya berkata begitu. Seksa sungguh dia melihat keadaan Dhia ketika ini. Besar sungguh pengorbanan seorang wanita mengandungkan seorang manusia. Dhia harus segera ke hospital.




***************
Uwais mundar mandir di ruang menunggu. Hilang terus ketenangan dia sebagai seorang doktor selama ini.Perasaan risau semakin menebal. Dia sempat menelefon keluarganya dan juga keluarga mentuanya dan memberitahu yang Dhia sudah di masukkan ke hospital. Namun dia tidak beritahu mereka apa yang berlaku pada Dhia sebenarnya. Dia tidak mahu mereka risau. Cukuplah dia seorang sahaja yang rasa seperti bernafas di dalam air. Tersekat dan cukup menyiksakan. Dia tidak akan maafkan dirinya jika terjadi apa-apa pada Dhia dan juga anak di dalam kandungan isterinya.

            “ Wais!”

Uwais berpaling ke arah suara yang memanggilnya itu. Kelihatan mama dan papanya begitu laju berjalan menuju ke arah dia. Begitu juga dengan kakaknya.

            “ Macam mana dengan Dhia, Wais?” Soal Datin Suzana cemas.

            “ Wais tak tahu, ma. Dhia masih dalam bilik rawatan” Beritahu Wais sambil melabuhkan punggung di kerusi bahagian menunggu.

            “ Dhia dah sampai jangka nak bersalin ke?” Sampuk Umairah pula. Yang dia tahu kandungan adik iparnya sudah masuk 9 bulan, jadi mungkin sudah tiba waktu bersalin.

Uwais mengelengkan kepalanya. Dia memang tidak boleh menipu mereka semua. Dengan lafaz bismillah, dia terus cerita apa yang berlaku dari A hingga ke Z. 

Mengucap panjang Datin Suzana bila mendengar cerita dari anaknya itu.

            “ Macam mana Wais boleh tinggalkan Dhia sendirian? Wais tahu kan yang Dhia mengandung, bahaya di tinggalkan macam itu”Bebel Datin Suzana.

Uwais berdiam diri. Dia mengakui kesalahannya itu, namun nasi sudah menjadi bubur. Kini Dhia sedang bertarung nyawa di dalam sana. Sebenarnya dia memang tidak sampai hati untuk meninggalkan Dhia sendirian, namun dia lagi kesian melihat isterinya yang begitu kepenatan berpatah balik ke restoran itu. 

            “ Kan mama dah cakap, jaga Dhia betul-betul. Wais dah bahayakan nyawa menantu dan cucu mama”Sambung Datin Suzana lagi. 

Umairah tidak mahu menyampuk. Dia tidak salahkan Uwais seratus persen dalam hal ini. Lagipun tiada siapa minta perkara itu berlaku. Di sandarkan tubuhnya pada dinding sambil berpeluk tubuh. Sesekali dia memandang muka adiknya yang begitu kesal dengan apa yang berlaku. Lelaki itu hanya menunduk.

            “ Sudahlah tu Zana, perkara dah berlaku. Jangan kusutkan lagi fikiran Wais. Sama-sama kita doa agar semuanya selamat” Sampuk Dato’Haidar pula sambil mengelengkan kepala dengan sikap isterinya itu. Memang begitulah isterinya jika berlaku perkara sebegitu.

Datin Suzana terus melabuhkan punggungnya di sebelah kiri Uwais dan Dato’Haidar di sebelah kanan. Sama –sama menunggu dengan sabar dan tidak putus-putus berdoa agar semuanya selamat.

            “ Siapa suami Dhia Arissa binti Abdul Rahman?” 

Keluar seorang doktor perempuan dari bilik rawatan itu. Uwais bergegas ke arah doktor perempuan itu, begitu juga yang lain. Semuanya tidak sabar-sabar menunggu apa yang akan di katakan doktor itu.

            “ Saya suami dia” Saut Uwais.

            “ Keadaan pesakit agak lemah sekarang ini dan pesakit tidak boleh bersalin secara normal. Saya perlu jalankan pembedahan untuk selamatkan bayi encik.”Beritahu doktor itu lagi.

Uwais mengeluh berat.  Dato’Haidar mengosok bahu anaknya beberapa kali untuk memberi semangat.

            “ Buatlah apa-apa yang patut doktor, tapi please... Selamatkan isteri saya” Rayu Uwais. Jika dia di beri pilihan antara anak dan isteri, dia lebih sanggup kehilangan anak kerana di memang tidak boleh hidup tanpa wanita bernama Dhia. 

            “ Bertenang, encik jangan risau, insyaallah, semuanya akan selamat” 

Uwais sudah lali dengan ayat itu kerana dia juga pernah menggunakan ayat  yang sama untuk pesakitnya. Bertenang? Macam mana nak bertenang kalau insan yang aku sayang sedang bertarung nyawa.

Doktor perempuan itu kembali masuk ke bilik rawatan.

            “ Sabar Wais, kan doktor tu cakap semuanya akan selamat. Apa kata kamu balik rumah, mandi, tukar baju lepas tu kamu datang balik. Rasanya lama lagi Dhia dalam bilik rawatan” Cadang Dato’Haidar.

            “ Betul cakap papa tu, Wais. Mama tengok baju kamu tu dah terkena kesan darah. Lebih baik kamu balik dulu. Kalau ada apa-apa nanti mama call.” Datin Suzana menyokong cadangan suaminya itu. Lagipun baju anaknya itu kelihatan agak kotor bila terkena kesan dari darah.

            “ Tak ma, pa. Wais nak tunggu Dhia dekat sini” Keras Uwais. Tak sanggup rasanya dia ingin meninggalkan hospital itu selagi dia tidak tahu isterinya dalam keadaan balik atau tidak. 

            “ Betul cakap mama dengan papa tu. Wais baliklah dulu, lepas tu Wais datang balik. Tak kanlah Wais nak jumpa Dhia nanti dengan baju busuk tu” Pujuk Umairah pula. Dah rasa macam memujuk budak kecil yang inginkan aiskrim dia rasa. Namun dia faham apa yang adiknya rasa ketika ini walaupun dia tidak pernah melaluinya.

Uwais terpaksa akur juga. Mungkin dia harus balik bersihkan diri dahulu sebelum kembali ke hospital semula. Dia bangun dari duduk. “ Kalau ada apa-apa, mama terus call Wais tau” Uwais mengingatkan mamanya.

Datin Suzana mengangguk laju. 

            “ Biar kakak hantar balik” Umairah memperlawa dirinya. Dia rasa tidak selamat jika adiknya memandu dalam keadaan kerisauan begitu. Boleh berlaku kecelakaan nanti.

Uwais mengganguk sahaja. Dia malas nak bercakap apatah lagi membantah. Perlahan-lahan kakinya pergi meninggalkan bilik rawatan bersalin itu dengan hati yang penuh dengan kerisauan. Harap-harap semuanya okey.




*************
            “ Abang...”

Telinga Uwais mula menangkap bunyi suara yang begitu lemah memanggil namanya. Terasa kehangatan tangan yang dia gengam. Dia mengangkat mukanya. Entah macam mana dia boleh tertidur beralaskan katil hospital yang menempatkan isterinya. Kini hanya dia sahaja yang berada di dalam bilik itu kerana yang lain sudah keluar makan tengah hari. Hanya tinggal dia sahaja. Perutnya langsung tidak terasa lapar walaupun pagi tadi diatidak menjamah apa-apa makanan pun.
            “ Syukur, Dhia dah sedar” Uwais mengucapkan kesyukuran kerana isteri sudah kembali sedar. Kelihatan wanita itu begitu lemah sekali. Di cium tangan Dhia beberapa kali dan ciuman ke tiga terus menuju ke dahi pula. Di usap rambut itu lembut.

            “ Anak kita?” Soal Dhia lemah sambil mengusap perutnya yang sudah hempis dan tidak seperti sebelumnya. Jantungnya berdenyut kencang apatah lagi bila mengingati perbuatan peragut semalam menumbuk perutnya.

Uwais sekali lagi mencium tangan isterinya. “ Baby boy. Dia comel sangat, sayang.” Beritahu Uwais. Dia bersyukur sangat kerana kedua-duanya sudah selamat.

Dhia menarik nafas lega. Semalam dia takut sangat akan kehilangan zuriat yang sudah lama dia dan Uwais nantikan. Kini tak sabar pula ingin menatap putera sulongnya itu.

            “ Abang minta maaf sayang. Abang tak patut tinggalkan Dhia sendirian. Abang yang salah dalam hal ni. Abang tak boleh maafkan diri abang kalau terjadi sesuatu pada Dhia”Mohon Uwais. Dia tahu itu semua memang salah dia. 


Dhia tersenyum pada suaminya. Bukan salah Uwais, lagipun perkara dah berlaku dan tidak perlulah lelaki itu terus rasa bersalah. 

            “ Abang tak perlu rasa bersalah. Dhia kan dah ada depan abang sekarang ini” Pujuk Dhia dalam lemah. Ketika ini dia merasakan keseluruhkan tubuhnya terasa sakit dan lenguh di bahagian-bahagian tertentu. Dia cuba untuk bangun, namun agak sukar. Nasib baik Uwais ada, jadi bolehlah dia menyandar di di kepala katil beralaskan bantal putih.

            “ Abang takut sangat tadi. Abang tak sanggup kehilangan Dhia” Tiada siapa dalam dunia ini boleh gambarkan perasaannya tadi. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa. Hilang terus
Dhia tergelak kecil. Terasa senak di perutnya bila dia ketawa. Cepat-cepat dia menahan dari tawanya keluar. “ Macam itulah Dhia rasa bila abang pura-pura kena culik dulu. Sekarang giliran abang pula yang kena.Rasakan!”

            “ Sayang... Sempat lagi dia nak bergurau. Abang risau sangat-sangat tau” Uwais mencubit pipi kanan isterinya. Kini dia sudah boleh bernafas seperti biasa bila dapat mendengar suara isterinya itu. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang pada hambamu ni menjalani kehidupan bersama dengan isteriku dan juga anakku.

            “ Abang, nak tengok baby kita” Renget Dhia.

Uwais tersenyum manis. Dia bangun dari duduk di kerusi lalu keluar dari bilik rawatan itu. Dhia menunggu dengan sabar. Beberapa minit kemudian, muncul suaminya sambil menolak katil bayi bersama dengan seorang jururawat wanita. Kebetulan isterinya di masukkan ke hospital semalam memang sudah sampai jangka untuk bersalin, jadi tidak ada istilah bayinya tidak cukup bulan.
Uwais memangku bayi kecil yang di baluti kain berwarna putih, lalu di serahkan pada isterinya. Jururawat perempuan itu terus berlalu pergi.



           
“ Comel kan sayang? Macam muka abang” Uwais menghulurkan jarinya pada jari jemari anaknya yang sebesar ibu jari kaki, lalu anak kecil itu terus mengengam jari papanya.

Dhia seperti tidak percaya yang kini dia sedang memangku anak yang lahir dari rahimnya sendiri. Beberapa kali dia mencium pipi anaknya hingga anak kecil itu terbangun dari tidur. Bila anaknya membuka mata, Ya Allah... Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa bila bayi kecil itu seolah-olah merenung ke arahnya. Ini mama sayang. Selamat datang ke dunia anakku.

            “ Kita belum tetapkan lagi nama anak kita kan, abang?” Dhia bukan tidak memikirkan nama untuk anaknya, tetapi dia belum tetapkan yang mana satu dia harus pilih kerana terlalu banyak nama yang dia senaraikan bersama dengan Uwais ketika kandungannya mencecah 6 bulan lagi.

Tiba-tiba bayi kecil itu menangis. Itu kali pertama Dhia mendengar tangisan dari anaknya itu. Bahagianya dia rasa bila sudah menjadi seorang ibu.

            “Sayang, baby nak susu tu. Bagilah cepat” Beritahu Uwais. Pandai-pandai sahaja dia meneka, tapi selalunya jika bayi menangis itulah yang dia minta. Tak kanlah bayi sebesar itu minta di belikan KFC pula. Macam-macamlah.

Dhia sekali lagi teruja. Buat pertama kalinya dia susukan seorang bayi dengan susu badannya sendiri. Uwais memandang sambil tersenyum riang. Itu pertama kali dia melihat bayi di susukan. Kegembiraan dia sekarang memang tidak boleh di gambarkan dengan kata-kata. Pertama kali jadi papa, pertama kali mengazankan bayi, pertama kali memangku bayi yang baru lahir dan pertama kali dia melihat seorang ibu menyusukan bayinya. Boleh di katakan, semuanya buat pertama kali. Itulah permulaan hidup barunya selepas kelahiran orang baru.

            “ Sayang nak bagi nama apa pada baby boy kita ni?” Soal Uwais sambil memeluk bahu isterinya pula. Jari telunjuk sebelah kirinya masih utuh di gengam bayi kecil itu. Kini dia sudah melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan dengan Dhia yang sedang menyusukan anaknya. 

            “ Muhammad Zaaref Raiqal. Okey tak abang?” Dhia meminta pendapat. Walaupun dia yang di beri peluang untuk memberi nama kepada putera sulongnya itu, namun dia harus meminta pandangan suaminya juga. Kalau Uwais tidak suka, dia akan menukar nama lain.

Uwais mengganguk. Apa-apa sahaja nama yang dicadangkan isterinya, dia akan ikut. Tentang nama, itu bukanlah penting sangat. Yang lebih penting, isteri dan anaknya selamat. Tiada yang lebih penting dari itu buatnya sekarang ini.

            “ Welcome to the world my prince. Jadi anak yang soleh ya,macam papa.” Uwais bercakap dengan anaknya. Sesekali dia mencium pipi gebu anaknya itu. Geram sungguh dia melihat pipi putih gebu Raiqal. Nak je dia cubit-cubit pipi tu. Bila bayi itu terlena kembali, kini giliran Uwais pula yang memangkunya.

            “ Abang dah jadi papa, so tak boleh nakal-nakal macam dulu lagi” Usik Dhia.

Uwais menjeling nakal pada isterinya. “ Abang nakal dengan sayang je. Kalau tak nakal nanti Raiqal tak dapat adik pula” Gurau Uwais pula sambil tergelak kecil.

Pantas tangan Dhia menepuk bahu suaminya. “Gatal!”

            “ Assalamulaikum...”

Kedengaran orang memberi salam. Dhia dan Uwais menjawabnya serentak. Kelihatan keluarga kedua-dua belah pihak mula memenuhi ruang bilik rawatan itu.

            “ Bagilah kakak pengang pula, asyik Wais jer” Minta Umairah sambil mendekati adiknya. Tak sabar dia hendak memeluk anak saudara pertamanya itu. 

Uwais terus menyerahkan Raiqal pada kakaknya. Bila bayi kecil itu sudah berada di tangan kakaknya, mulalah orang berkerumu ingin melihat Raiqal sedang lena tidur itu. Dari satu tangan ke satu tangan Raiqal berpindah dan semunya kelihatan begitu teruja sekali. Maisara dan Marissa tidak ketinggalan mendukung anak saudara baru mereka itu.

Datin Suzana dan ummi terus mendekati katil lalu melabuhkan punggung pada kerusi yang di sediakan. Abah dan Dato’Haidar pula asyik melayan cucu yang baru sehari di lahirkan itu. Al maklumlan, kedua-duanya baru menimang cucu pertama.

            “ Dhia dah okey?” Soal Ummi terlebih dahulu.

            “ Dhia okey ummi.” Jawab Dhia.

            “ Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Mama takut sangat semalam bila dapat tahu Dhia di ragut. Teruk betul peragut tu, perempuan mengandung pun nak di ambil kesempatan” Runggut Datin Suzana. Marah sungguh dia pada si peragut itu. Tak pasal-pasal dia risau satu malam dan tidak boleh tidur lena kerana hal itu.

            “ Tak apalah mama, benda dah lepas. Dhia dah selamat pun” Balas Dhia pula.

            “ Kalau jadi apa-apa pada Dhia memang mama ketuk kepala Wais pakai tukul. Suka-suka tinggalkan isteri yang mengandung macam itu saja” Usik Datin Suzana di sertai gelak tawa yang lain bila dia menunjukkan reaksi seperti ingin memukul Uwais menggunakan tangannya.

            “ Okey, Wais mengaku salah. Lepas ni Wais tak buat macam itu lagi” Sampuk uwais sambil mengenyit mata pada isterinya.

Dhia mengigit bibir. Lepas ni? Apa maksud lepas ni? Nak suruh Dhia mengandung lagilah tu. Di cubit pinggang suaminya hingga lelaki terjerit kecil.

            “ Mama, jomlah kita keluar. Ada orang nak lepaskan rindu tu” Sindir Umairah sambil menjeling ke arah adik lelakinya. 

            “ Jomlah ummi, lain kali kita datang lagi. Rasanya kita tiba bukan pada waktu yang tepat.” Sampuk Maisara pula. Bayi kecil yang berada di dalam dukungannya itu di letak kembali pada katil kecil yang berada di sisi katil Dhia. Semua orang mula keluar dari situ.

Dhia menjeling pada suaminya. “ Ini abang punya kerjalah. Buat malu jer.” Runggut Dhia sambil berpeluk tubuh.

            “ Malu buat apa? Dhia isteri abang dan abang tak pernah ada rasa malu pun. Abang sayang Dhia tau, sayang sangat-sangat” Ucap Uwais sambil mencium dahi isterinya dan tanpa sedar ciumannya hingga di bibir wanita itu.

          
  “ I love you sayang... Terima kasih sebab sudi lahirkan zuriat abang” Bisik Uwais di telinga isterinya.

Dhia tersenyum manis. “ Terima kasih, sebab abang pilih Dhia untuk jadi isteri dan ibu kepada anak abang.  Dhia pun sayangkan abang, sayang sangat-sangat. I love you too,Airil Uwais” Hati Dhia kian berbunga-bunga. Kini hidupnya sudah lengkap. Dengan lahirnya Muhamad Zaaref Raiqal, itulah permulaan baru dalam hidupnya. Selamat datang anakku.







Tinda penulis
Tak semua perkara dalam dunia ini dapat di selesaikan, begitu juga dengan cerita saya kali ini. Banyak perkara tidak terungkai dan mungkin akan menjadi rahsia sampai bila bila. Hidup tidak selalunya indah dan tidak juga selalunya malang. Apa yang saya boleh katakan, perjalanan hidup sudah cukup seimbang. Kesensaaraan yang tuhan berikan tidak bermakna berterusan hingga  kepetang, mungkin akan turun kegembiraan di tengah hari.

Contohnya cerita saya yang tidak terungkai dan anda tidak ketahuinya. Hanya saya sahaja yang tahu kerana sayalah pereka jalan cerita ini dan ideanya datang dari Allah SWT. Syukur sangat-sangat...

-KENAPA DHIA DI BENCI KELUARGA KANDUNGNYA?
-SIAPA YANG PERANGKAP MAISARA DAN UMAR?
-KENAPA WATAK JOHAN DI KELUARKAN?
-KENAPA MARISSA BERUBAH SERTA MERTA(bkn krna sbb di ceramah olh abah sjh


S    semua itu memang tidak ada jawapan di dalam cerpen.Jalan cerita yang agak singkat dan pantas itulah penguat jalan cerita. Maaflah kalau cerpen saya ni tak mgikut cita rasa pembaca. Maklumlah saya ni tak arif dalam bab-bab buat cerpen ni. Saya tulis cerpen pun sebab minat yang mendalam dalam dunia penulisan Cuma belum ada peluang lagi untuk mengetengahkan bakat yang tak berapa berbakat ni. Hehehe
 
Kalau cerita cinta saya ni tak seromantik dan tak menarik mana, sekali lagi saya mohon maaf. Honestly,saya katakan yang saya tak pernah bercinta tapi alhamdulillah, saya boleh mendalami dunia cinta yang saya sendiri belum dalaminya di dunia nyata.Kenapa? korang mesti tak percaya kan?

Betul.... Saya belum ada cinta pertama. Bukan sebab memilih, tapi saya tak berani memcuba cinta tu rasa apa?pahit ke? Tawar ke? Manis ke? Masam ke?. Entahlah... cari cinta selepas kahwin kot. Siapa nak jadi cinta selepas kahwin saya? Angkat tangan! Hahaha...(tibe2 ckp sal saya plak)

Kalau respon okey, saya sambung cerita ni dan semua persoalan di atas akan terjawab.
Siapa nak saya sambung, KOMEN ‘Nak’...

Saya tak paksa okey...

Minah kedai dobi tu, inpirasi dari kawan saya, Husna bt kassim. Dia yg paling byk menyokong minat saya dlm dunia penulisan. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Kawan!

 Apa-apa pun...I try my best!!!

(Harap maaf jika berlaku kesilapan dalam ejaan kerana saya tidak menyemaknya untuk kali kedua. Saya akan membaikinya jika ada masa kerana saya terlalu sibuk sekarang ini)




           







JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...