MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Cinta April------Nukilan Akma Ar'ar

gambar hanya edit semata-mata
Moning sayang” Ucap Adam sebaik sahaja mata wanita yang di sebelahnya di buka. Sudah hampir lebih dari sejam dia menatap wajah putih mulus itu dan dia akan berbuat begitu setiap pagi. Sudah hampir setahun dia begitu dan bermula pada hari pertama dia bergelar suami kepada wanita itu. Wanita itu tersenyum manis dan masih lagi tidak bergerak di atas katil. Wajah suaminya juga di tatap penuh kasih sayang.


“ moning abang” Ucap Dayana pula dan kali ini dia mencium dahi suaminya pula. dia juga sudah terbiasa berbuat begitu setiap pagi. Baginya itulah pembuka hari barunya dan dia berharap akan kekal selamanya. Adam mengusap lembut pipi gebu isterinya.


“sayang cun bila bangun tidur” Puji Adam lagi. Dayana tergelak kecil sambil mencubit nakal lengan kanan suaminya. Tangannya sempat mengusap lembut perut isterinya yang sudah tertaman zuriatnya yang baru berusia sebulan lebih. Dia memang tidak sabar menanti saat menjadi bapa. Dayana menbiarkan sahaja Adam berbuat begitu padanya. Dengan perlakuan begitu, dia tahu suaminya begitu teruja dengan kandungan itu. Sudah hampir setahun menanti.


“ Puji-puji ni, nak apa-apa lah tu” Duga Dayana yang masih lagi                tidak berganjak dari katil. Adam tersengeh.


“ Hot coklat boleh?” Bisik Adam di telinga isterinya. Sempat adam mengigit nakal cuping telinga isterinya hingga Dayana menjerit kecil.


“ abang ni, sakitlah. Dah bangun” Arah Dayana sambil bangun dan ingin turun dari katil. Namun tangan wanita itu di tarik kuat hingga Dayana kembali terduduk di atas katil.


“ Abang! Janganlah tarik-tarik macam ni. Nanti baby terkejut” Marah Dayana manja. Adam mengembangkan kedua-dua pipinya sambil buat muka comel. Tangannya pula terus melepaskan genggaman tangan isterinya. Dayana agak tergelak bila suaminya berbuat begitu.


“ Dah pergi mandi. Sayang sediakan minuman kegemaran abang tu.” Arah Dayana sekali lagi dan terus pergi meninggalkan bilik begitu sahaja. Adam mengeluh berat. Badannya benar-benar tidak ingin berganjak dari situ. Namun dia kuatkan juga kakinya untuk kebilik air kerana dia perlu ke tempat kerja.


Along!!!” Jerit seorang wanita sambil mengetuk-getuk pintu bilik air. Adam tersentak dari lamunannya. Dia meraup mukanya beberapa kali bila air dari paip begitu laju menbasahi kepalanya.  Dia beristifar beberapa kali. Sempat lagi dia berangan di dalam bilik air.


“ Along buat apa dalam bilik air tu. Dah pengsan ke?” Soal wanita itu lagi. Sejak pagi tadi lagi dia dengar bunyi air dari dalam bilik abangnya. Tiba-tiba pintu bilik air di buka. Adam keluar dengan hanya memakai tuala sahaja dan wajah itu sungguh pucat. Mungkin kerana terlalu lama di dalam bilik air. Adam melabuhkan punggung di birai katil. Nafasnya masih laju berdenyut. Di dalam hatinya tidak henti-henti beristifar.


“ Untuk kali ini, sudah sepuluh kali Along buat macam ni. Along ni kenapa?” Marah Sara sambil mencekak pinggang di depan abangnya. Kadang-kadang bengang juga dia dengan abangnya itu. Sejak kematian kakak iparnya sebulan yang lepas akibat kemalangan, abangnya terus berubah serta merta. Tidak mahu bergaul dengan orang ramai dan yang paling teruk, Adam tidak pernah lagi ketawa. Senyuman yang selalu di berikan kepada orang pun, tidak begitu ikhlas.


“ Adik...” Panggil Adam  perlahan tanpa langsung memandang wajah comel di depannya itu. Sejak taman belajar di universiti sebulan yang lepas, Sara terus berkerja di syarikat milik keluarganya.


“ Emm...” Ringkas jawapan dari Sara.


“ Boleh keluar dari bilik along tak. Along nak pakai baju. Nak pergi kerja” Minta Adam perlahan. Dia tahu Sara banyak tolongnya untuk kembali ceria, namun dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa Dayana sudah pergi bersama-sama dengan zuriatnya. Sara menhentak kaki beberapa kali sebelum berlalu pergi.


“ Ha, jangan tidur pula. Adik  nak pergi kerja dengan along hari ni. Papa dah pergi pagi-pagi lagi.” Sempat lagi Sara mengingatkan abangnya sebelum berlalu pergi. Selalunya dia akan pergi bersama dengan papanya, namun kali ini dia terbangun lewat dan papanya juga ada urusan pagi-pagi lagi. Terpaksalah dia pergi dengan abangnya. Dia lebih suka pergi dengan papanya kerana dia tidaklah rasa seperti duduk dengan tunggul kayu di dalam kereta. Dia tahu abangnya memang tidak akan bercakap apatah lagi untuk ketawa seperti dulu. Sampai satu saat dia berasa seperti hati abangnya mati bersama dengan kakak iparnya.
Adam memusingkan mukanya mengadap ke belakang di mana di situ diletakan print gambar-gambar kenangan dia dan Dayana ketika berbulan madu di London dulu. Senyuman Dayana masih bekar di hatinya.


“ Kenapa sayang tinggalkan abang? Kenapa anak kita pergi ikut sayang juga? Jiwa abang kosong sangat sayang. Abang nak peluk sayang, cium sayang pagi-pagi, rasa hot coklat sayang. Abang rindu semua tu. Rindu sangat-sangat sayang.” Rintih Adam sendirian.


********
Pagi tadi papa pesan, bila along masuk kerja, jumpa papa dulu” Beritahu Sara sebaik sahaja langkah di atur masuk ke dalam bangunan syarikatnya. Adam hanya mengganguk sahaja dan di lemparkan senyuman yang hampa pada adiknya. Sara menbuat muka bila abangnya tersenyum begitu padanya.


“ kalau senyum tu tak ikhlas, tak payah senyum” sindir Sara sebelum berlalu ke dalam bilik kerjanya. Adam menbiarkan sahaja sindiran adiknya berlalu pergi dan hanya sekadar melintas di telinganya sahaja. Dia malas untuk melayan. Dia berkerja semula sejak berhenti selepas kematian isterinya pun untuk mengilangkan sedikit kesunyiannya dan tidaklah dia terlalu melayan perasaan. Dia kira bernasib baik kerana berkerja di syarikat milik papanya dan papanya pernah berjanji untuk menyerahkan syarikat tersebut padanya suatu hari nanti. Adam memulakan langkah menuju ke bilik kerja papanya. Pintu di ketuk beberapa kali sebelum dia memulas tombol pintu untuk masuk.


“ Assalamualaikum papa...” Sapa Adam sebaik sahaja masuk. Kelihatan papanya sedang berbincang sesuatu dengan seorang wanita di sofa pejabat.
“ Waalaikummusalam... kenapa tak datang esok je” Sindir Dato’ Adnan. Seperti biasa Adam akan tersenyum sumbing dan semestinya tidak ikhlas kerana dia memang tak ada mood.


“ Duduk” Arah Dato’Adnan. Tanpa fikir panjang dia terus melabuhkan punggung di sofa bersebalahan dengan papanya. Dia pandang sekilas wajah wanita di depannya. Sungguh manis wajah itu bila hanya mengena sedikit solekan dan rambut paras bahu seperti pelakon wanita yang kian pupolar sekarang iaitu Yana Samsudin. Mungkin wanita itu minat pelakon tersebut hingga mengikut fesyen yang berkaitan dengan pelakon itu.


“ Okey, ini April, anak kawan papa.” Dato’Adnan perkenalkan wanita itu pada anaknya. Adam hanya mengganguk sahaja. ‘ Apa punya namalah. Asal tak january ke setember ke?’ sempat Adam mengomel dalam hati.


“ Dia akan menguruskan projek dekat Selayang dengan kamu. So, kalau Adam nak pergi tapak projek, Adam kena bawa April sekali. Syarikat dady April ni melabur besar dalam projek ni. So, kongsi-kongsi lah. Papa harap Adam boleh jadi rakan kerja yang baik untuk April, lagipun April ni masih baru lagi dalam dunia perniagaan ni” Sambung Dato’Adnan lagi.
“ Adam pergi dengan adik tak boleh ke pa?” Soal Adam pula. Dato’Adnan ketawa kecil. April pula hanya tersenyum manis. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdenyut kencang bila melihat senyuman dari bibir itu. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan begitu sejak kematian isterinya.


“ Macamlah adik kamu tu nak pergi dengan kamu. Katanya dia rela pergi dengan tunggul kayu dari pergi dengan kamu.” Sempat Dato’Adnan bergurau saat itu. Adam mengeluh berat. Memang dia perasan, sudah lama dai tidak berbual dengan adiknya itu dan tidak seperti dulu, dialah tempat adiknya bergurau senda.


“ Okeylah pa, Adam ada kerja nak buat. Adam keluar dulu” Minta Adam sebelum bangun dari situ. Dia memang tidak mahu berlama di situ. Lagi lama dia di situ, boleh pacah jantungnya bila berhadapan dengan April.


“ En. Adam! petang nanti kita pergi tapak projek. Saya tak pernah pergi so saya nak tengok dulu tapak projek tu” Minta April sambil menunjukan reaksi merayu. Adam mengeluh berat sambil mengganguk perlahan dan terus berlalu pergi.
*******

Saya nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab bawa saya pergi tengok tapak projek tu. Tak sangka besar juga projek tu kan. Keuntungannya nanti mesti jutaan ringgitkan? Wau!!! Kayalah awak nanti.” April memulakan biaca sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi kereta Adam selesai sahaja dia melihat tapak projek tersebut. Adam hanya berdiam diri dan masih lagi memulakan permanduan tanpa berpaling ke kiri mahu pun ke kanan. April mula meligatkan mindanya untuk mencari topik perbualan. Dia mahu lelaki itu bercakap.


“ En. Adam, apa kata kita berhenti minun dulu. Saya dahagalah bila berjalan dekat tapak projek tadi. Dahlah panas. Awak tak dahaga ke?” Soal April lagi. Adam masih lagi menbisu. Baru sekarang dia tahu kenapa Sara memanggil Adam ‘tunggul kayu’. Memang sah, Adam seperti tunggul kayu yang hidup. Tiada riaksi langsung dari lelaki itu. Sejak dari perjalanan ke tapak projek, hinggalah sampai di situ, Adam hanya bercakap benda-benda penting yang dia perlu tahu tentang projek tersebut. Dia mula malas untuk bercakap lebih lanjut. Lagipun lelaki itu bukan ingin bercakap pun. Tidak ubah seperti patung yang pandai bawa kereta. ‘harap muka je hensem’ bisik hati April. Tiba-tiba kereta yang di pandu Adam berhenti di depan sebuah restoran. April tersenyum manis. Dia tahu, Adam dengar apa yang di katakan tadi. Adam terlebih dahulu keluar dari kereta dan di ikuti April dari belakang.


“ Hot coklat” Minta Adam sebaik sahaja pelayan mula datang untuk mengambil pesanan. Bekerut dahi April bila Adam meminta minunan begitu apatah cuaca yang agak panas.


“ Bagi saya strawberry jus” Minta April pula. Dia memang meminati Strawberry jus sejak kecil lagi. Memang tak sah hidupnya jika tak perkena jus tersebut. Tidak sampai sepuluh minit, minunan sudah terhidang di atas meja. Cepat-cepat April menghirup kerana dia memang begitu dahaja. Akhirnya basah juga tekaknya yang kering. Dia memandang minunan di depan Adam. Langsung tidak di sentuh dan kelihatan Adam hanya memandangnya sahaja. Adam mengetap bibir bila melihat ‘hot coklat’ di depannya itu. Tiba-tiba sahaja wajah Dayana bertandang di mindanya. Hatinya tersentuh tiba-tiba. Dia benar-benar rindukan Dayana.


“ Awak!” Panggil April sambil melambaikan tangannya di depan wajah lelaki di depannya. Adam tersentak dari lamunannya. Di pandang wajah wanita di depannya.


“ Dah habis minun? Jom” Arah Adam tiba-tiba sambil bangun dari situ. Tersentak April dengan perlakuan Adam sebentar tadi. Cepat-cepat dia menghirup air di dalam gelasnya sebelum tiba-tiba Adam menarik tangannya ke kaunter perbayaran dan terus berlalu pergi dari situ.



********
 Tiga bulan telah berlalu, sejak itu jugalah Adam berulang alik dengan April ke tapak projek tersebut hingga ada sesetengah masyarakat mula mengatakan dia suami isteri. Kemana sahaja Adam ada pasti ada April. Adam juga mula senang dengan wanita itu. April banyak menberinya semangat untuk meneruskan hidup dari terus di bayangi arwah isterinya. Tapi kadang-kadang Adam rasa seperti Dayana di sisinya saat  April mendekatinya. Dia merasakan seperti Dayana hidup di sisinya. Oleh kerana itu juga dia suka bersama dengan April. Dia sendiri keliru tentang hatinya. Dia mula menyukai April namun dia sendiri tidak tahu sebabnya. Mungkin kerana bila dia bersama dengan wanita itu, dia boleh merasakan kehadiran Dayana. Dia tahu, memang kejam kerana gunakan April untuk melepaskan rindunya kepada arwah Dayana. Tapi dia sendiri tidak boleh mengelak untuk tidak berjumpa dengan wanita itu. Hatinya pasti rindu.  Antara April dan Dayana, dia sendiri tidak tahu dia rindukan siapa sebenarnya. April juga menyebabkan dia kembali ketawa dan dunianya kembali berwarna.


“ Hai cute boy” Sapa April saat masuk ke dalam pejabat Adam. Tersentak Adam dari lamunannya. Wanita itu selalu masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Lagipun sudah tiga hari dia tidak berjumpa dengan wanita itu. Rindu juga rasa hatinya.


“ Rindu saya tak?” Soal April manja sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan meja kerja Adam. Kelihatan April seperti menyembunyikan sesuatu di belakang bila salah satu tangannya ke belakang.


“ Awak rasa?” Soal Adam kembali.


“ Saya rasa....” April tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia menunjukan reaksi seperti seorang profesor sedang berfikir.


“ Awak mesti rindu saya kan?” Duga April sambil tersenyum manis. Adam tersenyum manis. Kali ini benar-benar ikhlas. April sudah dapat mengangak jawapan dari lelaki itu. Adam seperti menyembunyikan senyumannya. Dia menbelek fail-fail di atas meja dan buat-buat sibuk.


“ Nah, hari ini saya buatkan awak puding strawberry” April terus menghulurkan puding yang di sosok di belakangnya tadi kepada Adam. Di letakan betul-betul depan lelaki itu. Sejak kejadian di restoran tiga bulan lepas, dia tidak akan pernah menberikan apa-apa berkaitan dengan coklat kepada Adam kerana dia tahu sejarah di sebalik coklat dalam hidUP Adam. Dia ingin Adam lupa soal Dayana dan mulakan hidup baru. Entah macam mana, dia pula yang minat coklat dan Adam pula sudah mula menyukai Strawberry. Tapi jika dia ingin meminun colat panas, dia tidak akan minun di depan lelaki itu. Dia harus menjaga hati lelaki yang mudah tersentuh kerana coklat. Pelik-pelik...Adam berhenti dari menyelak fail lalu di letak tepi.


“ Awak buat? Boleh percaya ke?” Gurau Adam pula. April memuncungkan mulutnya bila Adam berkata begitu. Geram betul bila orang tidak percaya yang dia juga pandai memasak seperti orang lain. Tidak semestinya, anak orang kaya tidak reti masuk dapur. Buktinya keluaganya tidak pernah mengambil orang gaji di dalam rumah kerana semuanya diuruskan oleh mamynya sendiri.


“ Okey, saya percaya awak buat puding ni. Boleh rasa?” Soal Adam. Dia tidak mahu wanita itu merajuk lebih panjang. Malas untuk memujuknya nanti. April kembali tersenyum manis. Dia begitu senang dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya, apatah lagi dia sudah berjaya menbuatkan lelaki itu hidup semula dan tidak lagi seperti ‘tunggul kayu’.


“ saya buat memang khas untuk awaklah. So awak boleh makan. Tak kan saya bagi awak untuk buang kot” Sempat April bergurau. Adam tergelak kecil. Tangannya terus menbuka penutup bekas puding tersebut lalu di di suapkan ke mulut menggunakan sudu yang memang sedia di bawa. April tidak sabar menanti apa yang akan dikatakan Adam bila memakan puding tersebut.


“ Adam!!!” Kedengaran satu suara dari depan pintu pejabatnya. Adam tersentak, begitu juga dengan April. Adam bangun dari situ. Dia meninggalkan puding yang dibuat Aprul begitu sahaja tanpa di tutup semula dan di biarkan terdedah begitu sahaja. Di dekati wanita itu. April hanya memandang. Kelihatan mereka seperti berbisik-bisik. April mula curiga bila melihat cara percakapan mereka. Seperti ada satu rahsia di antara mereka. Selama ini dia tidak pernah jumpa wanita itu. Tiba-tiba sahaja wanita itu boleh muncul di situ. April masih menunggu dan berharap Adam akan kembali untuk menghabiskan puding buatannya itu. Namun hampa, Adam pergi bersama dengan wanita itu begitu sahaja tanpa berkata apa-apa padanya. April rasakan seperti dia tidak wujud di situ sebaik sahaja wanita itu muncul. 


April mengambil semula bekas pudingnya. Hatinya benar-benar tersentuh bila Adam buat begitu padanya.  Dia mencapai print gambar yang berada di atas meja Adam. Selama ini dia tidak pernah berani untuk menyentuh gambar tersebut dan kali ini hatinya benar-benar ingin tahu itu gambar siapa. Selama ini pun gambar tersebut di letak membelakangkannya. Bulat matanya bila dia melihat wajah wanita yang berada di sebelah Adam di dalam gambar tersebut. Tiba-tiba hatinya mula tersentak, tidak sangka wanita yang berada di dalam gambar tersebut ialah wanita yang baru sahaja keluar dengan Adam tadi. Titis-titis jernih mula menbasahi pipinya, tidak sangka selama ini Adam sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain. Lebih menyakinkan lagi tanggapan bila melihat kemesraan Adam dan wanita itu di dalam gambar tersebut. April tidak tahu, kenapa selama ini dia tidak nampak semua itu.


********
kenapa datang sampai sini?” Soal Adam kepada wanita di depannya. Dia cuba mencari tempat yang agak tersembunyi tempat letak kereta. Dia tidak mahu April dengar perbualannya.


“ Liya dengar abang sakit.” Beritahu Liya cemas. Adam meraut mukanya beberapa kali.


“ Liya,  berapa kali saya beritahu awak jangan panggil saya abang. Awak bukan Dayana. Hanya Dayana yang boleh panggil saya macam tu” Marah Adam. Dia memang tidak suka Liya memanggilnya begitu. Walaupun Liya kembar kepada arwah isterinya dan wajah mereka sama, dia tidak boleh menerima Liya sebagai isterinya. Liya berbeza dengan arwah isterinya dan dia rimas bila berada bersama dengan wanita itu. Memang dia tahu Liya sukakannya sejak pertama kali lagi dia di bawa Dayana ke rumah untuk berkenalan dengan kedua ibu bapa mereka. Lebih menguatkan lagi tanggapannya, bila Liya sendiri meluahkan perasaannya padanya sebelum kakak kembarnya meninggal lagi. Dia boleh terima April kerana wanita itu  kerana dia dapat merasakan kehadiran isterinya di sisi. Tapi tidak Liya. Wajah yang sama tidak dapat menukar rasa perasaannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Padahal dia boleh mengambil Liya jadi isterinya untuk mengantikan tempat arwah dan dia juga pernah dicadangkan begitu juga oleh ibubapanya dan juga kedua ibubapa mentuanya. Tapi dia tidak dapat menerima Liya dalam hidupnya.


“okey fine. Liya datang sini sebab nak bagitahu dekat awak, abah dengan ibu nak jumpa hujung minggu depan. Katanya penting sangat” Beritahu Liya.


“ kenapa tak mesej je, tak pun call. Tak payahlah datang sini” Balas Adam. Dia masih lagi tidak puas hati dengan kehadiran Liya di situ.


“ Awak memang benci gila kan pada Liya? Kenapa Adam? Liya tahu pasti sebab perempuan tu kan?” Duga Liya. Hatinya benar-benar sakit bila mengingati wanita yang berada di dalam pejabat Adam tadi. Setahunya, Adam sudah lama tidak tergelak ketawa selepas kematian kakaknya, tapi hari ini dia melihat dengan matanya sendiri, Adam ketawa bersama dengan wanita lain.


“ Apa Liya cakap ni. sudahlah, saya ada banyak kerja lagi nak buat. Insyaallah saya pergi rumah ibu.” Adam menberi kata putus. Dia mula memulakan langkah untuk meninggalkan tapak letak kereta tersebut.


“ Adam!!!” Panggil Liya. Adam menhentikan langkahnya.


“ Kubur kak Dayana masih merah lagi. Awak dah ada perempuan lain. Awak memang tak setia dengan cinta kak Dayana” Liya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia benar-benar marah dengan perlakuan Adam terhadapnya.


“ Kira nasib baik saya ada perempuan lain selepas permergian Dayana, tapi Liya pula, boleh cintakan abang ipar sendiri ketika kakak Liya masih hidup. Liya goda suami kakak kandung  Liya sendiri. Siapa lebih teruk Liya?” Adam mula melapaskan segala-galanya. Dia semakin bengang dengan Liya. Dia masih ingat lagi ketika dia balik bercuti ke rumah mentuanya ketika awal perkhawinannya dengan Dayana. Ketika kedua mentuanya ke rumah kenduri dan Liya dengan beraninya masuk ke dalam biliknya dengan hanya memakai tuala sahaja. Walaupun wajah mereka sama, Adam masih mampu kenal siapa isterinya kerana potongan rambut mereka tidak sama dan isterinya menpunyai taik lalat di leher. Nasib baik ketika itu isterinya ke kedai, jika tidak pasti isterinya akan berfikir bukan-bukan bila melihat kejadian itu. Sejak hari itu dia tidak pernah cuba untuk mendekati Liya lagi.
 Liya terdiam bila mendengar sindiran yang begitu pedas dari Adam. Dia merasakan seperti hatinya di hiris-hiris sembilu.


“ Cinta saya pada Dayana tidak pernah mati Liya. Never die...” Beritahu Adam sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita yang begitu di bencinya.




Matanya liar mancari kelibat April di setiap sudut ruang bilik kerjanya, namun kelihatan April sudah beredar dari situ. Dia mengeluh berat, memang salah dia kerana pergi begitu sahaja tanpa berkata apa-apa. Dia tahu pasti April akan merajuk padanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi empuknya. Tempat selalu dia melakukan semua kerja. Kelihatan satu kertas yang dilipas tiga cantik terletak di atas mejanya dan di lapit dengan bekas puding. Kelihatan juga puding itu tertutup rapat dan rapi. Dia tahu pasti semua itu kerja April dan surat itu juga datangnya dari wanita itu. Dia terus mencapainya, lalu di buka untuk menbaca isi kandungan surat tersebut.


‘saya ada hal, so saya tinggalkan puding tu untuk awak. Jangan lupa habiskan tau.  Buat masa terdekat ni, saya tak boleh jumpa awak sebab saya ada kerja dekat tempat lain. Terima kasih kerana sudi terima puding saya dan terima kasih sebab selama ini buat saya happy sangat-sangat.’


Adam tercengak. Tidak mungkin April tiba-tiba sahaja tidak mahu jumpa dengannya.  Setahu dia, April hanya menguruskan projek di Selayang dengan dia sahaja kerana ibubapa April sendiri menyuruh wanita itu belajar selok belok perniagaan dengannya. Adam menyandarkan tubuhnya di kerusi. Di raut mukanya beberapa kali. Satu lagi masalah mula timbul. April sudah pandai cemburu. Dia yakin April pergi kerana Liya. Dia harus mencari April Kembali.


********
Boleh saya tahu April pergi mana Tan Sri?” Soal Adam kepada bapa April di corong telefon. Sudah hampir seminggu dia mencari April hinggalah dia terpaksa menelefon ibu bapa April sendiri. Kalau boleh dia tidak ingin melibatkan kedua orang tua April,namun wanita itu harus dicari dengan segera. Panggilan telefonnya juga langsung tidak di layan.Hatinya mula merindu.


“ Kamu tak jumpa dia ke? Pagi tadi dia kata nak pergi Selayang. Nak tengok tapak projek katanya. Pelik juga kalau dia tak pergi dengan kamu” Beritahu Tan Sri Ismail. Adam mula dapat mengangak. April cuba mengelak darinya. Wanita itu pergi ke tapak projek sendirian dan tanpa pengetahuan apatah lagi hujung minggu, memang tak masuk akal.


“ Tak apalah Tan Sri,nanti saya call dia. jalan jem kot” Adam menberi kata putus. Dia cuba menelefon April pula, namun seperti biasa telefon wanita itu akan sentiasa tiada dalam perhidmatan. Dia benar-benar berharap akan menerima panggilan dari April semula. Dia melabuhkan punggungnya di tilam. Hanya hujung-hujung minggu begitu sahaja dia boleh baring lebih lama di atas katil. Tiba-tiba dia mendapat satu panggilan, dia menggangak pasti panggilan dari April, namun hampa bila tertera nama Liya di skrin. Sudah banyak kali wanita itu menelefonnya untuk hari ini dan dia benar-benar rimas.


“ Liya nak apa lagi ni!!! Boleh tak jangan call lagi!!! Liya ni tak faham bahasa ke?” Marah Adam. Kemarahannya mula menyirap hingga ke seluruh tubuhnya. Cuti hujung minggunya benar-benar terggangu. Cukuplah dengan masalah dia dan April dan tidak perlulah di tambah lagi dengan masalah Liya.


“ Liya cuma nak ingatkan Adam, jangan lupa datang rumah petang nanti. Ibu...” Belum sempat Liya menghabiskan ayatnya, Adam terlebih dahulu memotongnya.


“ Jangan gunakan nama ibu untuk paksa saya pergi sana. Tak payah ingatkan saya banyak kali. Saya bukannya bodoh!” Marah Adam lancar. Liya tergaman bila dengar apa yang dikatakan Adam padanya. Tidak sangka Adam boleh menjadi pemarah bila bercakap dengannya. Setahu dia, Adam bukan orang seperti itu. Selama ini dia tahu Adam seorang yang peramah dan penyabar. Adam mematikan telefonya serta merta. Dia sempat mencapai bingkai gambar di atas meja lampu di sebelah katilnya. Di tatap wajah di dalam gambar tersebut. ‘ abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat.Sayang rindukan abang tak? Anak kita macam mana? Mesti anak kita happy dekat sana kan?’ Adam berbicara sendirian. Di cium gambar tersebut lalu di letakan di atas dada bidangnya. Dia memang rindukan wanita itu.


“ Along!!!” Jerit Sara dari luar bilik. Di ketuk pintu sekuat hati bila tiada jawapan dari abangnya. Adam tersentak dari lamunannya. Dia meletakan kembali gambar di posisi asal. Dia melangkah ke pintu bilik dalam keadaan lemah.


“ Nak apa?” Soal Adam malas. Kepalanya di sandarkan di pintu yang terbuka. Kelihatan Sara berdiri di depan pintu biliknya dan bila di lihat dari segi cara permakaian adiknya, dia tahu pasti Sara ingin keluar.


“ Papa dengan mama tunggu alonglah. Liya tak bagitahu ke yang abang kena pergi rumah dia hari ini. papa dengan mama pun pergi sama” Beritahu Sara. Adam mengeluh berat. Masih tidak habis-habis lagi dengan masalah Liya. Dia dengar nama Liya pun, tekaknya mula mual. Benci betul dia dengan wanita itu. Ini pula melibatkan ibu bapa dia pula. apa maksud keluarga mentuanya menyuruh dia sekeluarga pergi ke rumah mereka. Adam benar-benar hairan.


“ pergi mandi lah Along. Papa dengan mama tunggu bawah. Cepat cikit” Arah Sara sebelum berlalu pergi. Dia sempat mengusik rambut abangnya. Dia tahu abangnya memang tidak suka orang mengusik atau menyentuh rambutnya. Sudah lama dia tidak berbuat begitu. Rindu pula rasanya.


*********
Tak sangka Kak Liya pandai masak macam arwah Kak Diya” Puji Sara sebaik sahaja mula mendekati Sara yang sedang leka mengacau sup ayam di dalam periuk. Sempat juga Sara merasa masakan tersebut mengunakan piring kecil. Sara juga mula ingin mencuba juga. Sara mula kembang kempis bila di puji apatah lagi Sara menberikannya lima bintang untuk masakan itu. Sara kembali ke meja makan dan terus melabuhkan punggung di kerusi. Tomato di atas meja terus di capai lalu di makan begitu sahaja. Dia memang suka makan tomato begitu sahaja. Liya pula, selepas api dapur gas di tutup, dia mula sertai Sara di meja makan. Kacang panjang pula di potongnya. Dia bercadang untuk mengorengnya dengan daging. Kedengaran ibu bapanya dan ibu bapa Adam sedang leka berbual di ruang tamu,, begitu juga dengan Adam. Tidak sangka Adam akan datang juga ke rumahnya. Dia begitu gembira dengan kehadiran Adam di situ. Sekurang-kurangnya dia dapat memasaka makanan untuk lelaki yang begitu di cintainya. Dia tersengeh sendirian sambil memotong kacang panjang.


“ Hai, sengeh-sengehlah pula, kan terpotong tangan pula” Sindir Sara apabila melihat Sara di depannya mula tersengeh-sengeh. Entah apa yang lucu, dia sendiri tidak tahu. Liya masih meneruskan kerjanya tanpa langsung berhenti. Dia langsung tidak menberi jawapan kepada Sara.


“ oh ya Kak Liya, kenapa ya family Kak Liya nak sangat family Sara datang sini. Sara nak tahu sangat. Mama dengan papa pun nampak lain macam je. Dia orang bincang macam serius je” Tanya Sara. Dia memang ingin tahu benar kerana dari segi air muka mereka berbincang, seperti begitu serius sekali.


“ Sara akan tahu nanti.” Ringkas jawapan dari Liya. Senyuman masih lagi tidak lekang di bibir.



Adam tak naklah mama” Adam mula bangun dari terus duduk. Rancangan papanya benar-benar tidak masuk akal. Datin Salwa menarik tangan anaknya supaya duduk kembali di sebelahnya. Adam hanya menginkut sahaja.


“ Ibu dengan abah bukan apa, kalau boleh kami tak nak putuskan pertalian begitu sahaja selepas Dayana meninggal. Kalau boleh kami nak Adam jadi menantu kami. Apa kurangnya Liya.  Lagipun wajah mereka sama. Kamu boleh ambil Liya gantikan tempat arwah” Sampuk ibu mentuanya pula. Adam semakin rimas. Di raut mukanya beberapa kali.


“ Betul tu Dam, apa kurangnya Liya. Papa tak nampak beza apa pun antara mereka berdua” Dato’ Adnan pula menyampuk. Adam mula tidak keruan. Entah macam mana mereka tidak boleh nampak perangai sebenar Liya.


“ Dayana dan Liya, mereka tak sama. Saya tetap tak boleh terima.” Sambung Adam pula.  Datin Salwa mula mengosok bahu Adam supaya anaknya tenang sedikit.


“Dulu En Harun sekeluarga banyak tolong family kita apatah lagi bila syarikat kita hampir muflis. Apa salahnya kali ini kita tolong mereka. Lagipun mereka bukan orang lain dengan kamu. Dia mentua kamu juga.” Beritahu Dato’Adnan lagi. Dia benar-benar berharap Adam mengerti untuk kali ini. Adam semakin keliru. Pertolongan apa yang dia harus berikan kepada mentuanya itu dia sendiri tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia di paksa berkhawin dengan Liya pula.


“ kali ini ibu dengan abah minta tolong sangat-sangat Dam” Rayu En. Harun pada Adam.


“ Pertolongan apa ni? Saya tak faham?” Soal Adam pula hairan. Otaknya mula berfikir bukan-bukan.


“ Liya...” Puan Rohani tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya berhenti di situ. Adam masih lagi menunggu jawapan dari sesiapa sahaja yang berada di situ. Dia makin tidak sabar menanti.


“ Liya mengandung...” Rinkas dan perlahan jawapan dari mamanya. Adam tersentak bila mendengarnya. Dia mula merasakan seperti dirinya di pergunaka. Kenapa dia pula yang harus menjadi ‘pak sanggup’ jika benar wanita itu mengandung.


“ Mengandung?” Adam masih tidak percaya.  Tidak sangka Liya boleh berperangai lagi teruk dari sangkaannya. Dia fikir Liya hanya tergila-gilakan dia sahaja, namun wanita itu sanggup menbuat dosa yang lebih besar.


“ Adam kena tolong kali ni” Rayu Datin Salwa pula. Adam bangun dari terus duduk. Dia mula mundar-mandir di ruang tamu. Kenapa dia harus jadi mangsa.


“ Kenapa Adam pula yang kena jadi pak sanggup. Mama dengan papa memang segaja nak rosakan hidup Adam. Itu kesalahan Liya, biarlah dia tanggung sendiri atau pun suruh sahaja lelaki tu khawin dengan Liya. Kenapa saya pula yang kena khawin.”  Marah Adam. Bengang betul rasa hatinya.


“ Adam kena faham. Lelaki mana nak bertangungjawab bila dia dah buntingkan anak orang. Adam Cuma khawin saja dengan Liya. Lepas tu Adam nak ceraikan pun, kami tak kisah. Tolonglah adam. Demi maruah keluarga.” Semakin mendayu-dayu suara mamanya kedengaran. Dia mula menjadi serba salah. Mulutnya mula terkunci untuk terus berkata-kata. Dia merasakan seperti batu besar mula menghempap kepalanya.


“ Papa dah buat keputusan, minggu depan majlis khawin akan berlangsung dekat banglo kita” Keputusan muktamad Dato’Adnan menyebabkan Adam tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia benar-benar kecewa dengan keputusan itu, namun siapa dia untuk menbantah cakap orang tuanya. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Matanya sempat menjeling ke dapur. Dari situ dia mampu melihat wajah Liya yang tersenyum lebar di bahagian dapur. Jika betul wanita itu sedang di timpa masala, kenapa Liya masih lagi mampu tersenyum lebar.


*********
Adam mula mundar mandir di ruang pejabatnya apabila memikirkan soal April dan Liya. Esok  majlis perkhawinannya akan berlangsung. Kelihatan di rumahnya sudah banyak persiapan telah siap. Cepat sungguh mamanya menguruskan semuanya. Liya juga bgitu ceria sekali sejak kebelakangan ini. kerap juga dia datang menolong di rumahnya seperti perkhawinan betul. Dia hanya menggangap perkhawinan itu hanya sekadar perjanjian. Selepas Liya melahirkan bayi itu, dia akan ceraikan wanita itu. dia hanya menjadi penutup malu untuk keluarga Liya dan bukannya untuk di jadikan teman hidup. Dia mula melabuhkan punggung di sofa, namun terasa panas pula bila duduk. Dia memamg tidak boleh duduk diam. Dia merasa seperti ingin sahaja dia lari ke luar negara untuk seketika. Telefon di atas meja terus di capainya, sudah banyak kali dia cuba untuk menelefon April, namun hampa, seperti biasa wanita itu tidak akan menjawabnya apatah lagi mesej. Dia ada juga mencari wanita itu di rumah orang tua April, namun ada sahaja alasan yang di berikan ke padanya.  


"tolonglah April, kenapa awak nak mengelak dari saya. Bagilah saya jelaskan dulu.’ Bisik hati kecil Adam sendirian.


“ Adam” Panggil Dato’Adnan sebaik sahaja pintu pejabat Adam di buka tanpa di ketuk terlebih dahulu. Dia sudah biasa berbuat begitu. Adam tersentak. Dia mengosok dadanya beberapa kali. Dia memang tidak suka di kejutkan begitu namun tidak mungkin dia boleh memarahi papanya sendiri seperti dia memarahi pekerjanya yang lain.
“ Ya pa” Jawab Adam lemah. Kali ini dia baru boleh duduk di sofa dengan sedikit tenang. Dato’ Adnan juga turut serta anaknya di sofa. Di tepuk bahu Adam bila melihat anaknya seperti gelisah. Dia tahu anaknya itu memikirkan tentang perkhawinan esok.


“ Papa minta maaf Adam, papa bukan segaja buat semua ini tapi kita terpaksa berkorban sikit. En.Harun tu kawan baik papa, lagipun diakan bapa mentua kamu juga. Apasalahnya kamu tolong dia. papa janji, lepas Adam khawin dengan Liya, papa akan serahkah syarikat ni pada Adam” Janji Dato’Adnan. Dia memangberniat untuk melepaskan jawatannya dari dulu lagi, namun bila dia masih lagi tidak yakin Adam mampu menguruskannya sendirian, dia melupakan dahulu niatnya itu. Kali ini dia akan bersara. Dia sudah penat menguruskan syarikat. Sudah hampir 30 tahun dia menguruskannya.


“ ini bukan soal syarikat, ini soal hidup Adam, masa depan Adam” Luah Adam walaupun dia tahu itu tidak sama sekali merubah apa-apa pun. Dia tahu itu. Adam mencapai telefonnya di dalam poket setelah papanya mula berlalu. Dia ingin menghantar pesanan ringkas pada rakannya.


‘ Joe, jumpa aku dekat tempat biasa, aku nak kau tolong siasat satu benda. Jumpa sana pukul 4 nanti’


**********
Tan Sri, tolong bagi saya jumpa dengan April” Rayu Adam sebaik sahaja dia mula berdiri di depan pintu banglo putih itu. dia tahu April ada di dalam rumah kerana kereta milik wanita itu ada di situ. April tidak akan menbawa kereta lain. Dia tahu itu. Tan Sri Ismail memandang dari atas hingga bawah tubuh Adam. Lengkap berbaju melayu putih,sampin dan songkot di kepala.


“ Bukan kamu khawin ke hari ini?” Soal Tan Sri Ismail hairan. Dia juga berniat untuk pergi kerumah Adam sekejap lagi.


“ Saya lari dari majlis perkhawinan, saya dah buat kesilapan besar. Saya nak jumpa April Tan Sri” Minta Adam lagi. Dia berharap Tan Sri Ismail benarkan dia berjumpa dengan April.


“ Tapi April ada cakap dengan saya, dia tak nak jumpa kamu. Apa salah korang sebenarnya ni” Soal Tan Sri Ismail lagi. Dia masih tidak tahu kenapa sejak kebalakangan ini perangai anak perempuan tunggalnya itu berubah serta merta. Dia juga tidak tahu adakah anak perempuaanya itu jatuh hati pada Adam.


“ Tan Sri, saya tak nak khawin dengan orang lain, saya nak khawin dengan April. Saya cintakan dia” Adam mula berterus terang. Dia harus menceritakan semuanya pada Tan Sri Ismail kerana dia ingin memiliki hati anak lelaki itu. Tan Sri Ismail tersenyum lebar. Dia memang berniat untuk menantukan Adam sebelum ini, tapi bila Dato’Adnan mengatakan bahawa Adam akan berkhawin. Dia melupakan niatnya. Tapi kini, Adam pula menawarkan diri untuk menjadi menantunya. Kecil tapak tangan, menara KLCC dia tadahkan.


“ April ada dalam dekat atas, tapi jangan buat bukan-bukan pula” Tan Sri Ismail memberikan laluan untuk Adam masuk. Adam tersengeh. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah, dai sempat mencium tangan lelaki tua itu untuk meminta restu.


“ Terima kasih Tan Sri” Ucap Adam sebelum berlalu pergi. Anak tangga di daki satu persatu. Matanya liar mencari kelibat April dan matanya terhenti di satu sudut iaitu di bahagian serambi rumah tingkat atas. Kelihatan April seperti sedang menangis. Dari belakang dia boleh melihat badan April terhenjut-henjut. Dia tahu, April sedang melayang perasaan. Adam mula mengumpul kekuatan untuk bersua muka dengan wanita itu.


“ Sampai hati tak datang masa majlis perkhwinan saya” Adam memulakan bicara. April tersentak dari lamunannya dan dia terus berpaling ke belakang. Air matanya yang menbasahi pipi terus di lap dengan segera. Bulat matanya bila melihat Adam berdiri tidak jauh darinya. Jantungnya mula berdenyut kencang bila melihat Adam begitu segak mengenakan baju melayu putih. Tapi hatinya sakit bila mengingatkan lelaki itu sudah menjadi milik orang lain. Adam mendekati sedikit tubuh April.


“ Awak tak gembira ke saya datang jemput awak ni? Saya nak bawa awak pergi rumah saya” Beritahu Adam sambil tersenyum. Dia ingin bermain dengan perasaan April. Dia ingin melihat sejauh mana wanita itu mencintainya. April memusingkan badannya semula mengadap permandangan taman di depan rumahnya. Jika di lihat dari situ, memang jelas kelihatan kanak-kanak leka bermain di taman permainan di depan rumahnya apatah lagi diliat dari tingkat atas.


“ Awak buat apa dekat sini. Nanti apa pula kata isteri awak.” April mula bersuara. Dia langsung tidak memandang wajah itu. Hatinya benar-benar sakit. Kini dia tidak lagi boleh memiliki Adam lagi. Adam mula mendekatkan lagi tubuhnya dengan April sehingga lengannya bersentuhan dengan lengan wanita itu. Adam tergelak kecil. April pula hanya berdiamkan diri. Entah apa yang lucu hingga lelaki itu boleh ketawa ketika hatinya kini benar-benar kacau.


“ saya ada bawa gambar khawin saya. Awak nak tengok tak?” Adam menghulurkan sekeping gambar kepada April namun wanita itu tidak menyambutnya pun, apatah lagi untuk melihatnya. Adam mencapai tangan kanan April. Tersentak April bila di perlakukan begitu. Selama ini Adam tidak pernah memegan tangannya sebegitu rupa. Adam meletakan gambar tetsebut di atas tapak tangan April. Nak tak nak, April terpaksa menyambutnya juga. Di tatap wajah Adam dan wanita yang berada di dalam gambar tersebut. Air matanya mula ingin mengalir, namun cepat-cepat dia menahannya dari terus mengalir. Dia memalingkan mukanya ke arah lain.


“ Cantik tak?” Soal Adam sambil tersenyum manja. Dia cuba untuk menatap wajah wanita itu yang dari tadi lagi tidak mahu memandang wajahnya. April menolak tubuh sasa Adam dari terus cuba ingin melihat wajahnya. Dia tidak mahu wajahnya nampak sedih di depan lelaki itu. Dia tidak mahu Adam tahu kesedihannya. April hanya mengganguk bila di tanya begitu. Sekali lagi dia menatap gambar itu. alangkah indahnya jika dia yang berada di sebelah Adam di dalam gambar tersebut. Sungguh bahagia raut wajah Adam dan wanita itu di dalam gambar tersebut.


“ Saya sayang wanita dalam gambar tu. Sayang sangat-sangat” Beritahu Adam lagi menyebabkan hati April semakin sakit seperti di hiris-hiris sembilu. Dia menguatkan diri untuk terus berhadapi lelaki itu, walaupun hatinya mengatakan bahawa Adam tidak pernah menyintainya. Adam lebih cintakan isterinya dan lelaki itu datang ke rumahnya hanya untuk menyakitkan hatinya lagi. Adam melabuhkan punggungnnya di kerusi. Songkok di atas kepala di letakan di atas meja. April masih lagi di pagar serambi. Gambar tersebut masih utuh di tangannya.


“ Dia wanita yang buat saya bahagia, dia wanita yang buat saya kenal apa itu cinta. Cinta buatkan kita gelisah, cinta buat kita tidak senang duduk, cinta mengajar saya apa erti air mata” Lauh Adam lagi. April hanya mendengarnya sahaja. Air matanya yang di tahan tadi terus jatuh menbasahi pipi. Dia tidak mampu menahannya lagi. Tidak sangka Adam begitu cintakan isteri barunya itu.


“ Adam, boleh tinggalkan saya sendirian. Kalau boleh awak jangan datang jumpa saya lagi.” Beritahu April dalam esakan tangisan. Dia tidak kisah jika Adam tahu dia sedang menangis. Wajah Adam tidak mahu di tatapnya. Adam terus bangun dari duduk. Tubuh April di dekati buat kali kedua.


“ Kalau ya pun nak halau saya, bagilah balik gambar arwah isteri saya tu” Bisik Adam di telinga wanita itu. April tersentak bila mendengar apa yang baru di katakan Adam. Dia menatap gambar itu sekali lagi. Baju pengantin yang di pakai di dalam gambar itu berwarna biru muda dan sekarang Adam memakai baju pengantin berwarna putih. Tapi wanita di dalam gambar tersebut sama dengar wanita yang di lihat di dalam pejabat Adam minggu lepas. Adam memusingkan tubuh April supaya wanita itu menatap wajahnya. Kali ini Baru dia boleh menatap wajah putih mulus itu. April cuba mengalihkan pandangan, namun cepat-cepat Adam menarik lembut wajah itu supaya menatap wajahnya. Adam mengelap sisa air mata yang mengalir di pipi April mengunakan jarinya.


“ Itu gambar arwah isteri saya masa kami khawin. Dayana namanya. Dia wanita pertama yang saya cinta. Dayana ada adik kembar. Hari ini majlis perkhawinan saya dengan adik arwah isteri saya. Itu bukan gambar khawin saya hari ini” Cerita Adam. April tergaman. Dia seperti tidak percaya apa yang baru di dengarinya tadi.


“ Saya lari dari majlis perkhawinan saya. Saya tak nak khawin dengan wanita yang saya tak cintai. Tak percaya tengok ni” Adam tahu wanita itu masih tidak percaya. Dia mengeluarkan telefon di dalam poket seluar. Di tunjukan kepada April lebih dari 100 kali panggilan dan mesej yang tidak di layannya. Dia tahu semuanya panggilan dari orang yang berkaitan dengan majlis nikahnya.


“ semua orang sedang cari saya sekarang ni. Saya tak nak khawin dengan Liya. Saya nak awak jadi permaisuri hidup saya. Saya nak awak mengalirkan air mata lagi” Luah Adam lagi.


“ Tapi saya tak boleh gantikan tempat arwah” Akhirnya April bersuara juga. Adam menyentuh kedua-dua pipi gebu April. Dia benar-benar rindukan wanita itu.


“ Saya tak suruh awak gantikan tempat arwah. Tempat arwah di hati saya tiada sesiapa pun boleh ganti. Tapi saya telah sediakan tempat istimewa untuk awak di hati saya. Tersangat istimewa. Tempat itu pun tidak ada sesiapa boleh ganti. Hanya awak April.” Beritahu Adam. Jari jemari April di letakan di dada bidangnya.  April merasakan begitu teruja sekali. Hatinya benar-benar tersentuh dengan kata-kata Adam. Serta merta di peluk tubuh Adam. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia begitu berani memeluk tubuh itu. dia memang sudah lama rindukan Adam.


“ Saya sayangkan awak Adam” Akhirnya April meluahkan juga apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. sudah lama dia ingin mengungkapkannya, namun hanya tiada peluang untuk mengatakannya. Kini dia benar-benar bahagia sekali. Adam pula menbiarkan sahaja tubuhnya di peluk. Kini dia tahu, April juga mencintainya dan hati wanita itu sudah menjadi hak miliknya. Dia tidak akan sesekali menyakitkan hati itu.


“ Saya pun sayangkan awak April. Sayang sangat-sangat” Bisik Adam di telinga April. Dia tahu April ingin kata-kata cinta darinya. April tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya mampu menangis kegembiraan.


“ Ehmm...” Kedengaran suara berdehem. April melepaskan pelukan apabila melihat dadynya berdiri tidak jauh dari situ. Adam juga mula berlagak seperti biasa. Dari jauh dia menunjukan simbol bagus mengunakan ibu jarinya kepada lelaki itu. Tan Sri Ismail hanya tersenyum manis. Muka April mula merah bila dadynya mula mendekatinya.


“ Tan Sri...” Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Tan Sri Ismail menyampuk.


“ Tak payah panggil Tan Sri, panggil dady sudah” Beritahu Tan Sri Ismail sambil tergelak besar. Bahu Adam di tepuknya. Itu satu petanda baik. Adam mudah diterima keluarga April tanpa perlu dia berbuat apa-apa.  Adam juga tergalak kecil.


“ Dady, saya nak bawa April balik rumah saya. Saya nak khawin dengan April bukan dengan Liya. saya nak batalkan perkhawinan saya dengan Liya.” Cadang Adam.


“ Pergilah Adam. Bawa bakal isteri kamu ni. Cari kebahagian kamu berdua” sambung Tan Sri Ismail lagi. Dia memang setuju jika anaknya di satukan dengan Adam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu berminat sekali untuk jadikan Adam menantunya.


“ Dady, terima kasih” Sampuk April. Kali ini tubuh dadynya di peluk penuh kasih sayang. Tan Sri Ismail juga memeluk tubuh anaknya. Rambut April di usap lembut. Itulah satu-satunya anaknya. Dia tiada anak lain lagi.


“ Pergilah April, dady suka tengok anak dady bahagia. April bahagia, dady pun bahagia. Dady tahu Adam boleh jaga April macam mana kami jaga April. Dady akan uruskan semuanya. Kamu pergilah dulu dengan Adam. Nanti dady datang” Tan Sri Ismail ingin lihat anaknya bahagia. Dia tahu Adam boleh bahagiakan anaknya.


“ Terima kasih dady” Lauh Adam sebelum menarik tangan April supaya menginkutnya. April hanya mengikut sahaja. Berlari dia turun ke tingkat bawah. Dia harus cepat untuk selesaikan semuanya.


“ Semoga bahagia anakku” Doa Tan Sri Ismail dalam hati. Dia benar-benar berharap semuanya akan selesai dengan aman. Dia akan uruskan semua urusan perkhawian anaknya itu. dia sendiri akan menwalikan anak tunggalnya itu.




***********
Papa,mama, Along dah balik!!!” Jerit Sara dari tingkat atas. Ketika dia di serambi biliknya tadi. Dia nampak kereta abangnya mula masuk ke perkarangan rumah. Berlari dia turun ke tingkat bawah. Datin Salwa terus berlari keluar. Kelihatan Adam sudah berdiri di depan pintu bersama dengan seorang wanita. Dia kenal wanita itu kerana, dia pernah berjumpa ketika dia pergi ke syarikat suaminya tidak lama dulu. Adam masih lagi menggengam tangan April, dan tidak mahu dilepaskannya sama sekali.


“ Adam pergi mana, dah lama kami tunggu.” Marah Datin Salwa. Bengang juga dia dengan anak lelaki tunggalnya itu. sudha berjam-jam dia menunggu. April hanya berdiam diri. Matanya liar juga melihat sekeliling. Sungguh cantik hiasan yang di buat untuk majlis itu.


“ Adam ada sesuatu nak bagitahu mama” Beritahu Adam. Dia terus menarik tangan April masuk ke dalam rumah. Semua mata mula memandangnya. Dia tahu pasti orang sedang mengatanya apatah lagi dia berpegangan tangan dengan wanita lain saat majlis perkhawinan sedang berjalan dengan orang lain. Apatah lagi, April hanya mengenakan dress  dan seluar jean sahaja. Mana sempat untuk siapakan diri untuk ke rumah Adam.


“ Apa semua ni Adam?” Soal Dato’Adnan pula. Dia mula malu dengan sanak saudaranya apatah lagi bila melihat mereka semua mula berbisik sesama sendiri. Adam tidak menjawab soalan dari papanya, sebaliknya menarik tangan April naik ke tingkat atas. Sara pula hanya menginkut dari belakang abangnya.


“ Sara, along tumpangkan April di bilik sara dulu” Minta Adam. Sara hanya mengganguk tanda ia.  Dato’Adnan dan Datin Salwa juga mengingkut sama begitu juga dengan kedua-dua orang tua Liya. ketika naik ke tingkat atas tadi, Adam sempat mengerling ke arah Liya yang berada di satu sudut rumah. Kelihatan Liya lengkap berpakaian pangantin saling tidak tumpah dengan arwah isterinya. Rindunya mula menbuak-buak. Ingin saja dia peluk tubuh Liya ketika itu, tapi bila di fikirkan semula, itu bukan Dayana, itu Liya dan wanita itu harus di bencinya. Semua mula berkumpul di dalam bilik. April merasa begitu ganjal sekali berada di situ. Namun dia kuatkan juga dirinya dan dia tahu Adam ada untuknya bertahan.


“ Adam nak batalkan perkhawinan dengan Liya. Adam akan khawin dengan April.” Beritahu Adam dengan penuh yakin. Semua mula tergaman seketika. Liya mula menyertai kami semua. Wajah itu seperti begitu gelisah dan kecewa. Tapi Adam tidak perduli semua itu. dia harus menceritakan hal yang sebenar kepada semua orang.


“ Adam tak boleh macam ni!!! Adam tak fikir pasal maruah keluarga kita, keluarga En.Harun!!!” Marah Dato’Adnan. Ingin sahaja dia tumbuk muka anak lelakinya itu. April hanya menundukan kepalanya.


“ Maruah apa papa? Papa boleh buat Adam mana ni, kenapa Adam tak boleh pertahankan cinta Adam” Sambung Adam lagi. Kemarahannya mula menbuak-buak. Dia menjeling tajam pada Liya. wanita itu cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain. En.Harun dan isterinya tidak mampu berkata apa-apa. Mereka hanya menbisukan diri sahaja,lagipun semua itu berlaku berpunca dari anak perempuannya sendiri.


“ Adam, tolong untuk kali ini sahaja. Majlis ini mesti berlangsung, kalau tak malu kita” Sampuk Datin Salwa pula.


“ Majlis ini akan berlangsung mama, tapi perkhawinan Adam dan April bukan dengan Liya. itu keputusan muktamat Adam” Adam menberi kata putus. Datin Salwa tiada kata balas lagi. Dia tahu jika itu kata muktamat anaknya tiada siapa mampu merubahnya walaupun dia sendiri. Dia tahu perangai anaknya itu.  kelihatan kekecewaan di sebalik wajah kedua orang tuanya,namun kali ini perdiriannya tidak harus di ubah. Dia tidak mahu kehidupannya musnah kerana perkhawian paksa itu.Dia lelaki dan dia ada hak. Liya mula menangis,Sara pula cepat-cepat menenangkan wanita itu begitu juga dengan Datin Salwa. Dia tahu Liya begitu kecewa sekali.


“ Untuk apa kau menangis Liya. sebab rancangan kau tak berjaya” Adam mula menyemburkan kata kesatnya pada Liya pula. semua terkejut bila Adam berkata begitu begitu juga dengan Dato’Adnan. Rancangan apa yang di maksudkan anaknya dia sendiri tidak tahu.


“ Apa kamu cakap ni Adam.” Dato’Adnan mula igin tahu. Adam tergelak kecil. Dia meraut mukanya beberapa kali mengumpul kekuatan untuk terus berbicara.


“ Liya tak mengandung, sebenarnya kita semua ditipu. Liya rancang semua ini untuk mendapatkan saya. Liya sudah lama menyimpan perasaan pada saya. Sebelum arwah Dayana meninggal lagi. Saya upah penyiasat untuk siasat semua ni. Terbukti Liya hanya menipu.” Cerita Adam panjang lebar.  Semua orang terkejut dengan penjelasan dari Adam. Dalam percaya tidak percaya sahaja mereka kerana mereka tahu Liya bukan seperti itu. di depan semua orang Liya begitu baik sekali.Puan Hani mendapatkan anak perempuannya.


“ Liya, betul ke apa yang Adam cakap tu. Bagitahu ibu!” Puan Hani mula mengoncangkan tubuh anaknya. Liya hanya berdiam diri. Dia mula lengalirkan air mata. Terhenjut-henjut tubuhnya bila menangis.


“ Liya!!!” jerit Puan Hani lagi. Selama ini dia tidak pernah rasa begitu marah sekali. Tapi kali ini memarahannya memang tahap tidak ada siapa boleh menyekatnya lagi. Dia benar-benar malu dengan keluarga Dato’Adnan. Liya tidak juga bersuara. Tiba-tiba satu tamparan hinggap di wajah wanita itu,bukan dari tangan Puan Hani, tapi dari tangan En Harun. Dia merasakan begitu malu sekali dengan perbuatan anak perempuaanya itu.


“ Abah tak ajar anak abah menipu!!!” Tengking En.Harun. Puan Hani terus tenangkan suaminya. Dia tahu sangat,jika suaminya marah pasti teruk Liya di kerjakannya.


“ Sabar En.Harun...” Dato’Adnan mula menenangkan kawannya itu. Liya tidak boleh terus duduk di situ. Dia harus berlari keluar dari bilik tersebut. Dia malu terus berada di situ. Dia tidak mahu lagi mengadap wajah mereka yang telah menyebabkan hatinya begitu sakit sekali. En Harun terduduk di kerusi. Mulutnya tidak lepas dari terus beristifar.


“ Aku malu Nan...” Rintih En.Harun kepada Dato’Adnan. Adam mula mendapatkan April di birai katil. Sara pula turun ke tingkat bawah untuk tenangkan sanak saudara yang datang begitu juga dengan Datin Salwa.




“ Semuanya akan selesai” Beritahu Adam pada April. Tangan wanita itu di genggam penuh erat.


“ Betul ke apa yang kita buat ni?” Soal April pula. Adam tersenyum manis. Dia yakin apa yang di lakukannya tadi betul. April harus menjadi isterinya dan bukannya Liya.


" Adam,abah minta maaf bagi pihak Liya. Abah tahu, semua ini salah keluarga abah. Abah minta maaf sangat-sangat” En.Harun mula mendekati Adam. Tubuh itu di peluk penuh erat. Dia tahu itu semua salah dia.


" Tak apa lah abah, semua dah berlaku. Saya maafkan semua salah Liya, lagipun abah tetap mentua saya.” Beritahu Adam mula. En.Harun terus berlalu pergi bersama dengan papanya. Tinggallah Adam dan April di dalam bilik. Ketika papanya keluar, kini Sara pula yang masuk.


" Pengantin belum khawin mana boleh duduk berdua-duaan dalam bilik. Along keluar dulu, Sara nak tolong mekapkan bakal kakak ipar Sara yang cantik ni. Papa dengan mama dah setuju untuk nikahkan along dengan Kak April. Untuk Kak April pula, ibubapa Kak April dah sampai. Mereka siap bawa hantaran lagi” Cerita Sara panjang lebar. April tersenyum sendirian. Tidak sangka dadynya buat semua itu kerana dia. walaupun majlis tidaklah besar sangat, tapi dia begitu gembira sekali. Adam tersengeh.


“ Selamat datang cinta” Bisik Adam di telinga kanan April sebelum berlalu pergi. Dia juga harus mandi sekali lagi. Badannya juga mula berpeluh.



********
Moning cinta...” Ucap Adam sebaik sahaja April yang lena di sebelahnya menbuka mata. April tersenyum manis bila melihat Adam sebelahnya asyik memerhatikannya. Dia tahu pasti suaminya sudah lama menatap wajahnya.


“Morning abang...” Ucap April pula. ubun-ubun rambut suaminya di belai lembut. Adam tergaman seketika. Tiba-tiba sahaja dia rasa kehadiran Dayana di situ. Dia beristifar dalam hatinya beberapa kali. Dia tidak boleh menggangap April itu Dayana. Mereka berbeza. Entah mengapa begitu susah sekali dia untuk melupakan Dayana. Adam terus bangun dari terus bangun. April terkejut dengan tindakan suaminya. Dia merasaka seperti Adam tidak suka dia berbuat begitu. Adam terus turun dari katil dan dia terus mencapai tuala lalu ke bilik air tanpa berkata apa-apa pada isterinya yang masih lagi di atas katil. Panggilan ‘abang’ benar-benar mengingatkan dia pada Dayana. 


Dia tidak mahu dengar panggilan itu kerana jika dia mendengarnya pasti otaknya hanya akan memikirkan Dayana. Dia tidak mahu April perasan perubahannya nanti. Baru sehari usia perkhawinannya, Dayana semakin dekat di hatinya. Di setiap sudut rumahnya, dia akan ingat pada Dayana. April hanya menbisu, dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja Adam boleh berubah. Hatinya mula tertanya-tanya. Adakah dia berbuat salah. April bangun dari katil. Pagi-pagi lagi dia bangun untuk solat subuh dan mandi lalu dia tidur semula. Dia terus melangkah turun ke tingkat bawah. Kelihatan ibu mentuanya sedang mengemas dapur bersama dengan pembantu rumah. Sara pula leka menyusun dulang hantaran untuk kelihatan lebih kemas.


“ Nak April tolong ke mama?” April memulakan bicara sebaik sahaja kakinya masuk ke dalam dapur. Dia benar-benar segan untuk bercakap dengan mentuanya apatah dengan apa yang berlaku semasa majlis perkhawinan semalam. Dia kuatkan dirinya untuk terus bertahan. Dia harus menggambil hati semua orang di dalam rumah tersebut.


“ Tak payahlah April. Kamu pergi berehat je. Kamukan baru khawin” Beritahu Datin Salwa sambil tersenyum manis. April menarik nafas lega. Tidak sangka Datin Salwa muda menerimanya. Dia bersyukur kerana Allah SWT permudahkan perjalanan hidupnya apatah lagi bila bergelar isteri. Datin Salwa menolak lembut tubuh menantunya keluar dari dapur. Dia tidak mahu menantunya itu terus di dapur. Dia tahu April pasti masih penat.


“ Dah, pergi dekat luar. Dekat dapur mama boleh uruskan dengan Mak Yam” sambung Datin Salwa lagi. April terpaksa menginkutnya sahaja. Dia melangkah ke ruang tamu pula. Dia berniat untuk mengacau adik iparnya itu. Entah macam mana dia begitu mudah rapat dengan Sara. Dia banyak persamaan dengan anak gadis itu. Sara juga dengan mudah menerima dia di rumah itu. Dia begitu seronok masuk ke dalam keluarga itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah Sara yang duduk tersimpul di lantai. Begitu bersih Sara mengelap dulang hantaran yang untuk di simpan.


“Apa macam semalam? best tak?” Gurau Sara sambil tersengeh-sengeh. Sikunya sempat menolak lengan kakak iparnya. Merah padam muka April bila Sara berkata begitu.


“ Apa Sara ni...” April menjeling nakal pada adik iparnya. Sara sudah tergelak besar bila melihat wajah kakak iparnya itu. April mula mencapai bunga telur di depannya. Satu persatu di capainya. Cantik, tapi warna nya bukan warna kegemarannya. Dia tidak suka warna merah jambu, namun bila dah namanya khawin dalam keadaan tergesa-gesa, semuannya tidak begitu teratur. Dia tahu itu adalah warna pilihan Liya kerana dia tahu Adam juga seperti dia, tidak berminat dengan warna merah jambu. Sara meneruskan kerjanya apabila ketawanya mula reda.


“ Adik gembira sangat bila tengok Along mula ketawa balik. Sejak kak April muncul dalam hidup Along, semuanya mula berubah seperti biasa. Along dah tak jadi pendiam. Dia pun dah pandai bergurau dengan adik balik. Adik gembira sangat-sangat” Cerita Sara. Dia benar-benar gembira sekarang apatah lagi bila abangnya sudah berubah. Dia sudah lama rindukan semua itu.


“ Sayang betul dia dekat arwah” Sampuk April pula. Dia langsung tidak cemburu bila bercakap soal Dayana. Dia tahu Dayana cinta pertama suaminya dan tiada siapa boleh merubahnya. Lagipun dia tahu betapa dalamnya cinta Adam pada Dayana.


“ Memang sayang sangat-sangat. Kalau boleh along tak nak nyamuk gigit pun kulit kak Daya. Hebatkan penangan cinta?” Sara mula memuji keiklasan cinta abangnya pada arwah. Selama ini, dia jadikan abangnya idola cintanya. Dia juga jika boleh,dia ingin mencari lelaki seperti abangnya untuk di jadikan suami. April tersenyum manis. Tidak sangka setia sungguh Adam pada cinta. April bangun dari situ, dia harus melihat suaminya sudah selesai mandi atau belum. Langkah di atur mendaki tangan. Tombol pintu di buka perlahan-lahan. Di celah pintu yang di buka sedikit, kelihatan Adam duduk di atas katil sambil memegan satu bikai gambar. Dia tahu, itu pasti gambar Dayana. Hatinya mula tersentuh. Dia mula merasakan kehadirannya hanya sekadar penganti sahaja dan bukan untuk di jadikan teman hidup.


“ Assalamualaikum...” April menberi salam sebelum masuk. Adam langsung tidak menperdulikan salam itu. Mungkin lelaki itu menjawab salamnya di dalam hati. April menyedapkan hatinya sendiri. Adam masih lagi menatap gambar itu tanpa langsung bergerak. April mengambil tempat di sebelah suaminya. Dia harus bersabar dengan semua dugaan.


“ Abang...” Panggil April lembut.


“ Tolong jangan panggil aku abang!!!” Tengking Adam tiba-tiba sambil turun dari katil. April tersentak. Selama ini dia tidak pernah di tengking oleh sesiapa pun termasuk orang tuanya sendiri. Adam sudah banyak berubah. Dalam masa sehari, semuanya berubah begitu sahaja. Mana perginya Adam yang dinikahinya semalam. Adam mula mundar mandir di depan isterinya. Beberapa kali mukanya di raut. Sesekali Adam menjerit perlahan sambil rambutnya di ramas-ramas. Mutiara putih mula jatuh menbasahi pipi April. Dia tidak boleh menahannya dari terus keluar. Entah apa salah dirinya hingga Adam perlakukan dia sebegitu. Dia masih mengumpulkan kekuatan untuk menbalas kata-kata suaminya.


“ Kenapa awak sudah banyak berubah, mana perginya Adam yang saya kenal, yang cintakan saya, yang sayangkan saya, yang tidak akan buat saya mengalirkan air mata? Apa salah saya?” Soal April sambil mengalirkan air mata. Dia terasa hatinya seperti di hiris-hiris. Adam hanya berdiam diri. Dia tidak boleh melawan perasaan bila April memanggilnya dengan panggilan begitu. Sejak pagi tadi lagi dia mula merasa kehadiran Dayana di sisinya. Setiap tingkah laku April di lihat seperti Dayana. Dia cuba untuk melihat April, bukannya Dayana tapi dia tidak mampu melawannya. Dia sendiri tidak ingin melihat April seperti Dayana. Dia tidak mahu rasa mereka berdua sama. Dia tidak boleh menggangap April itu Dayana, mereka berbeza. Dia beristifar di dalam hati beberapa kali. April sudah tidak mampu menahannya lagi, dia terus turun dari katil dan terus berlari keluar dari bilik dengan keadaan sedih. Tidak sangka begitu kesudahannya dalam perkhawiannya.


“ April!!!” Panggil Adam, namun wanita itu terus hilang dari pandangan matanya. Entah mengapa kakinya begitu berat untuk mengejar. Dia masih kaku di situ dan biarkan sahaja April pergi begitu sahaja. Adam menjerit sekuat hati, habis barang-barang di dalam bilik di selerakkannya untuk melepaskan geram. Dia benci dengan dirinya sendiri kerana menbuat April menangis lagi. ‘Maafkan saya April’ rintih Adam sendirian. Dia terduduk di lantai di tepi katil. Gambar Dayana di atas meja di capainya. Di tatap penuh makna.


“ Kenapa abang tak boleh lupakan Dayana? Kenapa!!!” Jerit Adam sambil melemparkan gambar tersebut ke dinding hingga kacanya pecah berderai. Dia benci dengan dirinya kerana terlalu mencinta arwah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu cintakan Dayana. Dia juga tidak mampu menahan air matanya sendiri. Buat kali kedua dia menangis untuk wanita. Kali pertama dia menangis begitu ketika kematian isterinya dan kali ini untuk April.


“ kakak, apa dah jadi ni” Sara mula cemas bila melihat kakak iparnya berlari keluar rumah sambil menangis tadi. Dia cuba mengejar, tetapi April lagi pantas pergi menaiki teksi. Dia bergegas berlari masuk ke dalam rumah. Datin Salwa juga mula cemas bila melihat menantunya keluar rumah dalam keadaan begitu. Sara terus mendapatkan abangnya, dan Datin Salwa pula cuba menghubungi April di ruang tamu. Tersentak Sara melihat bilik abangnya begitu berselerak sekali. Kelihatan abangnya sedang menangis di sebelah katil. Tergaman dia bila melihat bingkai gambar Dayana sudah berkecai di atas lantai.

“ Along...” Panggil Sara perlahan. Adam tidak menjawabnya dan terus melayan perasaan sendirian.


“ Apa nak jadi dengan along ni! Along selalu buat sesuatu tanpa fikir dulu. Along tahu tak kak April dah lari.  Apa yang along dah buat!?” Marah Sara. Dia tahu kali ini mesti salah abangnya. Dia tahu semua itu bukan berpunca dari kakak iparnya. Adam masih lagi menbisu.

“ Along, tolonglah jangan buat semua orang risau macam ni. Sampai hati along buat Kak April macam tu. Apa salah Kak April!, adik ingat along dah berubah rupanya tidak sama sekali. Along tetap along yang dah tak ada hati dan perasaan. Along tahu tak yang along buat dia menangis tu isteri along, Kak April!” Sambung Sara lagi. Dia benar-benar marah kali ini. Adam bangun dari terus duduk.

“ Adik tak faham!!!” Tinggi suara Adam kali ini. Sara tergelak kecil dalam keadaan menyindir.
“ Tak faham apa? Along tu yang tak faham dan tak pernah nak faham perasaan orang lain. Cukuplah hidup along dibayangi dengan Kak Daya. Sekarang ni along ada tanggunjawab baru untuk along pikul. Lupaka kan Kak Daya, dia dah tak ada! Sekarang ni Kak April tanggungjawab along. Dia amanah along. Along ingat Kak Daya suka dengan tindakan abang ni. Along lepaskanlah Kak Daya, along tak pernah lepaskan Kak Daya sebab kerana itulah hidup along dibayangi arwah Kak Daya. Biarkan dia tenang di sana. Along masih ada peluang untuk ubah semuanya.” Nasihat Sara panjang lebar. Adam terdiam sejenak. Memang betul apa yang di katakan adiknya itu. dia tidak pernah merelakan pemergian Dayana dalam hidupnya. Dia tidak boleh terima semua itu dari dulu lagi. mungkin keranan itu hatinya tidak pernah tenang kerana dia tidak reda dengan apa yang berlaku.

“ Adik, tolong simpan semua gambar  kak Dayana. Jangan ada satu pun dalam bilik ni”beritahu Adam sebelum berlari keluar dari biliknya. Dia harus mencari April. Sara tersenyum manis. Termakan juga Adam dengan nasihatnya. Dia ingin semuanya kembali seperti biasa. Gambar di atas lantai terus di capainya.
“ Kak Daya, adik dah tolong along.” Sara bercakap sendirian dengan gambar di tangannya. Dia tidak berharap gambar itu akan berkata-kata.

**********
April!!!” Jerit Adam di luar rumah mentuanya hingga menyebabkan Tan Sri Ismail dan Datin Hamidah keluar dari rumah untuk mengetahui siapa memanggil nama anak perempuannya itu. Adam terus mendapatkan  mentuanya.

“ Dady, mamy, April ada?” Soal Adam cemas. Tan Sri mula mengerutkan dahinya seperti tidak faham dengan soalan menantunya itu.

“ Bukan dia tinggal dengan kamu ke? Tak kan hari ini dah lari?” Soal Tan Sri Ismail kembali. Adam semakin cemas. Ternyata April tidak balik ke rumah orang tuanya.

“ Kenapa ni?” Tanya Datin Hamidah cemas. Dia tahu pasti berlaku perkara yang tidak di ingini. Aptil pasti sudah hilang, jika tidak masa kan Adam mencarinya.

“ Pagi tadi kami bertengkar sedikit, April terus lari dari rumah, tak apalah dady, mamy, Adam pergi cari April” Adam terus berlari ke arah keretanya. Di pecut kereta proton wajanya laju menyusuri jalan. hatinya mula tidak keruan. Dia harus mencari April dengan segera.

“ Mana sayang pergi” Adam bercakap sendirian di dalam kereta. Matanya liar mencari di tepi-tepi jalan setiap laluannya.

“ Dayana...” Tiba-tiba sahaja nama itu keluar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak. Dia rasa dia tahu kemana isterinya pergi. Tanpa berlengah dia terus memecut semakin laju keretanya menuju ke tempat yang baru sahaja singgah di kepalanya.

Sangkaannya benar belaka, April memang berada di tanah perkuburan. Dia melangkah perlahan-lahan dari belakang dan dia tahu April tidak sedar kehadirannya.

“ Dayana, kenapa Adam tak boleh cintakan saya macam mana dia cintakan awak. Saya sayang Adam tapi dia tak sayangkan saya. Saya cuba untuk jadi penganti awak tapi kenapa dia tak boleh terima saya” April tidak mampu menahan sebak. Batu nisan di atas kubur di gosok-gosoknya. Air matanya tidak mampu di tahan lagi.

“ Tolonglah lepaskan Adam untuk saya. Saya tak boleh hidup tanpa dia” Sambung April lagi. Tiba-tiba sahaja hujan turun menbasahi tubuhnya seperti tahu-tahu sahaja dia tengah bersedih. Dia biarkan sahaja hujan menbasahi tubuhnya kerana dia ingin melepaskan semuanya di situ.

“ Adam pun tak boleh hidup tanpa April” Adam mula menyampuk. April tersentak. Air matanya di lap laju walaupun air hujan lagi laju menbasahi pipinya. Dia terus bangun dari duduk di tepi kubur arwah. April hanya memandang sahaja Adam yang berdiri tidak jauh darinya.

“ April, saya minta maaf sebab tengking awak tadi. Saya menyesal sangat-sangat” luah Adam. April masih lagi terdiam. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Saat Adam cuba untuk mendekatinya lagi, baru dia bersuara.

“ Jangan datang dekat.” Arah April. Dia masih lagi tidak mampu memaafkan apa yang dikatakan suaminya itu. Adam boleh sahaja berubah tiba-tiba. Sekarang mungkin Adam baik dengannya dan mungkin esok perkara yang berlaku pagi tadi akan berulang lagi. Tidak semudah itu dia memaafkan lelaki itu.

“ Sayang, please... saya minta maaf sangat. Saya janji lepas ini perkara ini tak akan berlaku lagi. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tahu saya salah kerana saya banyangkan awak seperti Dayana. Saya harus sedar yang Dayana sudah lama tinggalkan saya. Saya buat semua tu sebab saya tak nak awak jadi Dayana saya. Saya nak awak jadi April bukan Dayana. Tapi bayangan Dayana tetap muncul dalam hidup saya. Saya tak boleh nak tepis semua tu. Hidup saya tertekan sangat. Please April, jangan tinggalkan saya. Mulai hari ini saya hanya nak hidup bersama dengan wanita yang bernama April, bukan lagi Dayana” Rayu Adam lagi dengan harapan April akan berlembut hati dengannya. April masih lagi mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak boleh berjauhan dengan lelaki itu apatah lagi untuk berpisah. Dia sangat mencintai Adam lebih dari orang lain. Dia ingin hidup dengan lelaki itu hingga hujung nyawanya.

“ Sayang...” Panggil Adam lembut. Sesekali dia meraut muka kerana air hujan semakin laju menbasahi mukanya. Dia tahu April pasti dalam kesejukan. April tidak mampu menahan kerinduannya lagi. Dia terus berlari ke arah Adam. Tubuh lelaki itu dipeluk penuh erat. Tangisan semakin kuat kedengaran. Adam mencium ubun-ubun rambut isterinya dengan penuh kasih sayang.

“ Saya janji, saya akan cintakan April sampai bila-bila” Lauh Adam menyebabkan pelukan April semakin kuat. Kali ini dia yakin, Adam akan penuhi janji itu.

“ Jom balik rumah kita...” Ajak Adam. April hanya mengganguk sahaja.

“ Sayang menangis dekat kubur siapa tadi?” Soal Adam dalam perjalanan menuju ke kereta. Pinggang isterinya di raih penuh erat. April tergaman seketika, wajah Adam di pandang penuh makna.

“ Kubur Dayanalah” Jawab April. Adam tergelak kecil. Hairan April dengan suaminya itu.

“ Kubur Dayana dekat sana sayang, bukan dekat situ” Beritahu Adam sambil menunjuk ke arah kubur yang berbatu nisan berwarna hitam tidak jauh dari kubur tempat isterinya duduk tadi. April terkejut juga dengan apa yang di katakan suaminya tadi. Tidak sangka dia tersilap kubur, lagipun dia pergi ke situ baru satu kali, dia sendiri lupa di mana kubur Dayana. Silap dia juga sebab tidak menbaca nama di batu nisan terlebih dahulu. Adam semakin kuat tergelak bila melihat wajah isterinya mula merah padam.April terus mencubit perut suaminya hingga Adam menjerit kecil. Sakit juga bila terkena sepit jadi jari isterinya itu. Namun kini hatinya sedikit lega. Semuanya sudah kembali seperti biasa. ‘terima kasih Dayana’ bisik hati kecil Adam bila tanah perkuburan itu mula di tinggalkan.




*******
Tahniah En.Adam, awak dapat baby girl” Beritahu doktor sebaik sahaja keluar dari bilik bersalin. Adam mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar. Sudah hampir setahun dia menunggu saat itu. ibu bapanya dan mentuanya juga ada di situ menberi semangat. Mereka begitu gembira mendapat cucu pertama dalam keluarga apatah lagi keluarga belah isterinya.

“ Boleh saya jumpa isteri saya” Minta Adam. Tidak sabar dia ingin berjumpa dengan isteri tersayang.

“ Boleh, En.Adam boleh azankan anak En.Adam sekejap lagi. En.Adam boleh masuk” Beritahu doktor wanita itu. Adam masih lagi tidak lekang dari senyuman. Tidak sangka dia kini sudah bergelar ayah. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia ketika ini. Adam terus melangkah masuk ke bilik bersalin. Sara juga mula ingin turut langkah abangnya, namun cepat-cepat Datin Salwa menarik tangan anak perempuannya itu
.
“ Biarlah along jumpa April sendirian. Nanti-nantilah kita tengok Kak April kamu tu. Biar romantik sikit” Beritahu Datin Salwa hingga menyebabkan mereka semua tergelak kecil.

Kelihatan April terbaring di atas katil. Di sebelah wanita itu kelihatan anak kecil yang begitu lena tidur di samping ibunya. Adam terus melabuhkan punggung di birai katil. Di cium dahi isterinya.

“ Terima kasih sayang sebab sudi melahirkan zuriat b . Comel sangat sayang” Ucap Adam di telinga isterinya. Dia tidak mahu April memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Dia ingin kelainan dan tidak mahu peristiwa setahun yang lepas berulang lagi. April terus menitiskan air mata. Dia begitu gembira sekali. Adam cepat-cepat menahan air mata itu dari terus turun.

“ jangan menangis sayang, b tak sanggup tengok air mata tu jatuh lagi.” Beritahu Adam. Jari Adam mula di pengan oleh tangan kecil yang berada di sebelah isterinya. Sungguh comel bayi kecil itu bila tidur. Wajahnya iras sekali dengan wajah April. Pasti bila besar nanti akan cantik seperti ibunya. Adam mencuba untuk mendukung anaknya, itulah pertama kali dia mengendong bayi. Dia ingin azankan anaknya sendiri. Akhirnya impiannya untuk mengazankan sendiri anaknya tercapai juga. Satu ciuman singgah di dahi anak kecil itu. Mengalir air mata April bila mendengar suara Adam mengazankan anaknya. Dia bersyukur kerana suaminya benar-benar berubah. Adam mula menjadi seorang lelaki yang penyayang dan mungkin lelaki itu juga akan menjadi seorang ayah yang baik.

“ Tengok baby, mama menangis” Adam mula bercakap dengan anaknya selepas selesai mengazankan di telinga kecil itu. Adam letakkan kembali anaknya di sebelah April.

“ kita nak bagi nama apa pada anak kita?” Soal April. Adam tidak habis-habis mencium pipi gebu anaknya itu. Dia seperti masih tidak percaya yang dia sudah menpunyai anak dan hasil hari benih-benih cintanya dengan wanita yang begitu di sayanginya itu. Adam kembali melabuhkan punggung di birai katil. April pula terus melentokkan kepalanya di dada bidang Adam.

“ B ikut sayang je. B tak kisah nama apa pun janji anak kita membesar sihat macam mama dia” Adam tidak kisah langsung tentang nama anaknya itu,yang penting anaknya sihat dan sempurna. April juga masih lagi tidak berfikir soal nama anaknya. Kerana terlalu sibuk dengan persiapan untuk menyambut orang baru, sampai dia lupa soal nama.

“ sayang cadangkan kita namakan anak kita Puteri Alisa. Okey tak?” Cadang April. Adam hanya mengganguk. Dia setuju dengan apa sahaja nama yang di berikan. Dia tidak kisah. Lagipun April berhak menberi nama untuk anaknya kerana dia tahu kesusahan wanita itu mengandungkan zuriat selama 9 bulan.

“ Sekarang ni b rasa hidup b sudah lengkap. Sayang terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana cintakan b” Lauh Adam. Satu ciuman singgah lagi tapi kali ini bukan di dahi tapi di bibir merah isterinya. Dia merapakan mukanya di muka April.

“ Thanks b sebab buat hari-hari sayang begitu bahagia. Terima kasih juga untuk baby yang comel ni.” Kali ini giliran April pula mencium pipi Adam. Dia benar-benar sayangkan lelaki itu dan berharap jodohnya akan berkekalan hingga ke akhir nafasnya.

TAMAT

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...