MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Atas nama dirimu------Nukilan Akma Ar'ar

                                     (Gambar novel di atas, hanya edit semata-mata..hhehehhe)



edit semata-mata
“Mamak,roti canai telur,satu teh o panas satu!”Jerit lelaki yang lengkap berpakaian pejabat sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi. Rakan-rakannya yang lain sudah lama di situ dan hanya menunggu kedatangannya.

Azman kelihatan begitu berselera menjamah roti canai telur bersama dengan kuah kari ayam,seperti orang kelaparan. “Kau ni lapar sangat ke Man?”Sindir Aniq berbaul gurauan.Johan dan syafiq tutut tergelak bila gerakan Azman mula berlahan bila di tegur begitu.

“Memanglah aku lapar gila ni.Sejak semalam lagi aku tak makan tau”Beritahunya sambil menguyah sisa-sisa roti canai di dalam mulut.Aniq mengelengkan kepalanya melihat kelahapan rakannya itu makan.Tidak sampai 15 minit roti canai telurnya bersama teh o panas sudah terhidang di atas meja.

Walaupun cuaca agak panas apatah lagi waktu itu makan tengah hari,namun Aniq tetap meneguk air teh panas.Dia tidak biasa dengan air sejuk.Dia lebih senang meminun air panas atau suam tidak kira dimana pun.Roti di jamah perlahan-lahan.

“Niq,cuba kau tengok perempuan yang berjalan kearah sini tu”Tiba-tiba Johan menunjuk keraha seorang wanita yang agak seksi mula melangkah masuk kedalam ke kedai mamak yang sedang dia duduki.Aniq hanya sekadar memandang dan langsung tidak berminat untuk menatap lebih lama lagi. Ia tetap dengan makanannya.

“kenapa dengan perempuan itu?”Soal Aniq ingin lebih tahu.Tiba-tiba sahaja dia mula berminat ingin tahu.

“Semalam aku jumpa dia dekat kelab malam.Aku macam biasalahkan,nampak perempuan cantik semua aku sapu.Tapi bila aku ayat dia macam aku buat dekat perempuan lain,dia buat tak layan je.Kalau aku dapat siaplah”

Cerita Johan semangat.Sekali lagi Aniq  mengelengkan kepala dengan sikap rakannya itu.Sejak dari zaman universiti lagi Johan gemar bertukar-tukar perempuan hingga sanggup mencari perempuan-perempuan di kelab malam untuk puaskan nafsu serakahnya.Sudah beberapa kali dia menasihati rakannya namun langsung tidak diendahkan.Sekali lagi Aniq berpaling kerarah wanita itu yang sudah mula melabuhkan punggung di kerusi meja makan tidak jauh darinya.Wanita itu tersenyum manis bila dia menyedari Aniq mula menatap wajahnya.Sungguh cantik senyuman itu,namun Aniq pula langsung tidak menguntum senyuman di bibir.Dia sudah masak dengan perangai wanita yang menjadikan kelab malam sebagai punca rezeki.

***
“Papa nak projek ini berjalan dengan lancar.Bukan senang syarikat kita nak dapatkan tenda pembangunan dekat Selayang tu.”Minta Dato’Harun pada anak lelaki tunggalnya.Aniq hanya mengganguk sahaja dan tiada kata yang ingin dibalasnya.Dia benar-benar terasa penat kerana terpaksa berkerja lebih masa untuk projek itu walaupun dia tahu pekerjanya boleh meyelesaikan semua kerja itu,namun dia lebih senang melakukannya sendiri.Dia tidak mahu mengharapkan orang lain untuk melakukan semua itu. “Ada apa-apa lagi pa?”Soal Aniq lemah.Dato’Harun hanya mengelengkan kepala dan Aniq terus berlalu pergi.Dia melabuhkan punggung di kerusinya.Sejak kejadian di kedai mamak dua minggu yang lepas,wajah wanita seksi yang tersenyum manis selalu singgah di mindanya.Dia Cuma untuk melupakan,namun semakin kerap wanita itu muncul.

“Hello,Johan”Aniq terus menelefon rakannya setelah dia sudah tidak tahan lagi dihantui bayangan wanita itu.

“Apa hal?”Selamber ayat Johan.

“Aku nak tanya kau satu benda pasal...”Aniq tidak menghabiskan ayatnya,namun berhenti di situ.

“Kelab Wong Chi dekat Bukit Bintang.”Tiba-tiba Johan menberitahu sebelum dia mengajukan soalan lagi.Johan seolah-olah sudah tahu niatnya. “ Mana kau tahu aku nak tanya kau pasal tu”Soal Aniq hairan.

“Aku berkawan dengan kau sudah lama lah.Sejak kau tengok perempuan tu,setiap kali kita lepak dekat mamak kau mesti tercari-cari sesuatu.Hati sudah suka ke?”Gurau Johan sambil ketawa terbahak-bahak.

“Jangan nak mengarut”Dalih Aniq.

“Kalau dah dapat pas dekat aku sekali.Tak kan nak makan seorang kot”Sindir Johan lagi.Aniq hanya menbisu sebelum mematikan talian begitu sahaja.Malas untuk dia terus melayan kerenah rakannya itu.


***
Buat kali pertamanya dia melangkah masuk ke dalam kelab malam.Selama ini dia tidak pernah kesitu kerana dia tahu tempat itu bukan untuknya.Sudah banyak kali dia diajak oleh rakan-rakannya namun dia menolaknya mentah-mentah.Tetapi kerana wanita itu dia akhirnya menjejakan kaki di situ juga.Matanya liar memandang sekeliling mencari-cari kelibat wanita yang sering bertandang di mindanya.Namun hampa,hanya kelihatan perempuan dan lelaki yang langsung tidak dikenalinya melompat-lompat seperti orang gila.Dia mula rimas duduk disitu.Semakin dalam dia melangkah masuk.Beberapa orang wanita mula menegurnya dengan nada yang agak mengoda,namun Aniq tidak langsung menendahkannya kerana tujuan utamanya dia ke situ adalah untuk berjumpa dengan wanita itu.

“Lepaslah!”Jerit seorang wanita sambil meronta-ronta supaya dilepaskan oleh dua orang lelaki.Aniq tahu siapa wanita itu bila dilihat dari susuk tubuh itu.Dia terus melangkah kearah mereka.

“Apa ni En,tak baik berkasar dengan perempuan”Nasihat Aniq lembut.Dua orang lelaki itu mula naik berang bila orang lain mula campur tangan dalam halnya.

“Kau siapa nak campur tangan dalam hal aku!”Marah salah seorang daripadanya.

 “Stop!”Jerit wanita itu. “Dia pelangan aku,so lepaskan,aku akan buat kerja aku”Sambung wanita itu lagi.Dua lelaki itu terus melepaskan tangan wanita itu serentak. Wanita itu tiba-tiba sahaja menarik tangan Aniq masuk kedalam sebuah bilik.Terkejut Aniq dengan tindakan berani wanita itu.Pintu di kunci dari dalam.

“Duduk”Arah wanita itu pada Aniq sambil menolak dada bidang lelaki itu hingga terduduk di tepi katil.Entah mengapa Aniq hanya mengikut sahaja.Tiba-tiba wanita itu membuka bajunya.Aniq terkejut dengan tindakan wanita itu.

“Awak buat apa ni?”Soal Aniq cemas. “Inikan yang lelaki macam awak inginkan dari saya”Beritahu wanita itu sambil menangis.Tidak tahan dia melihat air mata wanita mengalir di pipi yang putih gebu itu.Aniq terus menbuka baju kot hitamnya lalu menyelimuti tubuh wanita itu supaya tidak kelihatan terdedah di depannya.Dia tidak akan pernah melakukan apa-apa pada mana-mana wanita selain isterinya yang sah.

“Saya datang sini bukan nak semua ni.Saya cuma nak jumpa awak.Sejak saya tengok awak dekat restoren hari itu,saya asyik teringatkan awak.Saya bukan nak tubuh awak”Beritahu Aniq.Wanita itu masih lagi menangis.

“Tipu!awak sama sahaja dengan lelaki-lelaki lain yang hanya ingin puaskan nafsu syaitan mereka”Balas wanita itu.Ditarik wanita itu supaya duduk di birai katil.

“Saya buka macam itu,ini kali pertama saya menjejakan kaki di sini.Saya hanya nak jumpa awak.kalau boleh saya tahu siapa nama awak?”Soal Aniq ingin tahu.

“Kirana”Jawab wanita itu lembut untuk kali ini.

“Kenapa awak jadi macam ini kalau awak tak suka”Soal Aniq lagi.

 “kelab ini ayah tiri saya yang punya dan jika saya tidak mengingkuti kata-kata dia,mak saya yang jadi mangsa.Setiap hari mak saya kena pukul kerana saya tak nak layan pelangan-pelangan dia.Saya tak sanggup tengok mak kena pukul tiap-tiap hari dan saya menbuat keputusan mulai hari ni saya akan tututi semua kata-kata ayah.Awaklah yang akan menjadi pelangan pertama saya”Cerita Karina sambil menangis.Aniq mengelengkan kepalanya,tidak sangka masih ada ayah sekejam itu di dunia ini.Aniq memeluk erat tubuh wanita itu. 

“Saya tak akan jadi pelangan pertama awak,tapi saya akan menjadi suami awak yang pertama dan yang terakhir”Ungkap Aniq tiba-tiba.Entah mengapa ungkapan itu boleh keluar dari bibirnya padahal dia langung tidak mengenali wanita itu sama sekali.Namun hatinya mengatakan Kiranalah calon hidupnya yang dicari selama ini.

***
“Papa dengan mama tak setuju Niq nak khawin pelacur tu!”Marah Dato’Harun bila mendengar hasrat anaknya itu.

“Tapi pa,Niq sayangkan dia.”Beritahu Aniq yakin.

“Sayang tak cukup Niq.Mama pun setuju dengan papa”Sampuk Datin Hasni pula.

“Kirana bukan pelacur pa,ma.”Tegas Aniq.

“Papa kenal siapa ayah Kirana tu,bapak ayam terbesar.” Jelas Dato’Harun lagi.Aniq mula terduduk di sofa,dia tidak tahu bagaimana lagi ingin jelaskan pada kedua orang tuanya.
***
“Awak turuti saja kata ibubapa awak.Saya tak kisah”Lemah suara Kirana sambil menunduk.Sejak kejadian itu,Aniq berlakon menjadi pelangan tetap Kirana dan tiada siapa boleh menjadi pelangan wanita itu kerana setiap kali berjumpa Aniq akan menbayar pada ayah kirana menandakan dia berpuas hati dengan perhidmatan wanita itu padanya.

Padahal dia langsung tidak menyentuh tubuh Kirana.Kerana cinta,dia tidak hiraukan soal duit.Baginya,asal Kirana selamat sudah cukup baginya.

“Tapi saya kisah”Balas Aniq pula sambil tersenyum manis.Wajah Kirana di angkat supaya memandangnya.

“Pandang saya”Arah Aniq lembut. “Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila pun.Sekarang ni kita kena buat rancangan macam mana nak keluarkan awak dan mak awak dari sini.”Cadang Aniq dengan yakinnya.Tiba-tiba pintu di tendang dengan kuatnya hingga bergegar gedendang telinga.Aniq terus bangun dari terus duduk begitu juga dengan Karina.

“Ayah!”Panggil Karina cemas.

“Ini kerja kau orang berdua!Jangan harap kau orang berdua boleh lari dari aku!”Marah ayah Karina lantang sambil mengarahkan anak buahnya supaya menbelasah Aniq.

“Ayah,jangan buat kami macam ini.Aniq tak salah,Karina yang salah”Rayu Karina apabila tubuh lelaki yang dicintainya dibelasah teruk oleh kuncu-kuncu ayahnya.Satu tamparan hinggap di wajah wanita itu hingga Karina tersungkur ke lantai.Beberapa kali lelaki dalam lingkungan 40-an itu menbelasah teruk anaknya tanpa ada belah kasihan.

“Karina!”Panggil Aniq lemah. “Aniq...”Lemah lonlai suara Karina sebelum wanita muda itu pengsan begitu juga dengan Aniq.

***
“Aniq...”Panggil Datin Hasni apabila melihat anaknya termenung sendirian di balkoni bilik.Aniq yang kini hanya mampu duduk di kerusi roda dan tidak mampu lagi berjalan seperti biasa sejak kejadian itu.Kakinya telah di pukul hingga menyebabkan kerosakan teruk.Sudah hampir 3 bulan dia tidak lagi berjumpa dengan Karina.Wanita itu terus hilang begitu sahaja selepas kejadian itu.Entah apa yang berlaku pada wanita itu dia langsung tidak tahu.Datin Hasni melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan anaknya.Jari jemari anak tunggalnya di usap lembut. Anaknya tidak lagi bergaul dengan orang sejak kejadian itu dan langsung tidak bercakap walaupun sepatah apatah lagi keluar dari bilik.

“Sudahlah Niq,jangan fikirkan pasal perempuan itu lagi.Kalau bukan kerana dia,pasti Niq tak akan jadi cacat macam ni”Nasihat Datin Hasni.Aniq hanya membisu dan langsung tidak menatap wajah ibunya.Susuk tubuh tukang kebunnya yang sedang menyiram bunga di taman depan rumah menjadi persinggahan matannya.Sejak dia sakit lelaki itu mula berkerja dengannya sebagai tukang kebun kerana tukang kebun yang dulu telah berhenti.Dia mengeluh panjang.Dia benar-benar rindukan Karina.Datin Hasni tidak tahu lagi yang harus dia lakukan untuk kembalikan anaknya seperti dulu.

***
“Kami berjaya menemui ayah dan ibunya sahaja.Maaf kerana kami tidak berjaya menemui Karina.”Beritahu salah seorang angota polis sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.Datin Hasni tidak mampu berkata apa-apa.Dia kini hanya memikirkan soal anaknya jika mengetahui hal tersebut.

“Tuan ada tanya ayah atau ibunya?"Soal Dato’Harun.

“Pihak kami sudah menyoal siasat mereka.Ayahnya langsung tidak mahu berkerjasama dan ibunya pula kami tidak boleh menyoal siasat kerana ibunya mengindapi penyakit mental dan kami sudah menempatkan ibunya di wad sakit jiwa.”Jelas polis itu lagi. Dato’Harun mengeluh panjang.Cara apa lagi yang harus dia gunakan untuk mencari wanita itu.Kemana kau pergi Karina?Bisik hati kecil Datin Hasni.

***
“Mama bawa Aniq datang sini untuk tenangkan jiwa,bukan untuk melihat Aniq masih lagi kaku di atas kerusi roda ini” Omong Datin Hasni sedih kerana tiada langsung perubahan pada wajah anaknya itu walaupun dia telah menbawa anaknya melancong jauh dari ibu kota. Pulau Redang  menjadi pilihan. Namun sejauh mana sekali pun dia menbawa anaknya lari dari kota,namun kesedihan tetap setia di samping anak tunggalnya itu. Aniq masih lagi menbatukan diri tanpa kata di balkoni hotel di tingkat 4 di mana bilik yang telah di sewa selama seminggu itu.Datin Hasni mengusap lembut ubur-ubur rambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang.Kali ini dia benar-benar mengadap di depan anaknya itu.

“Aniq dengar sini sayang” Minta Datin Hasni sambil memusingkan kepala Aniq sedikit supaya mengadap wajahnya.

“Karina dah pergi dalam hidup Aniq. Aniq kena mulakan hidup baru. Mama tahu semua ini salah mama kerana tidak merestui perhubungan kamu dengan Karina. Tapi ini tidak bermakna Aniq perlu hukum mama macam ini. Kalau Karina ada depan mama sekarang, mama dah tak kisah pasal hubungan kamu. Tapi Karina dah tak ada sayang. Aniq kena terima hakikat itu” Rayu Datin Hasni sambil melutut di depan anaknya yang masih lagi menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Karina tak mati lagi mama...” ucap Aniq perlahan,namun matanya langsung tidak memandang wajah Datin Hasni.

“Ya Allah...” Jerit Datin Hasni perlahan apabila anaknya mula bercakap walaupun beberapa patah perkataan. Sudah hampir 5 bulan dia tidak mendengar suara yang begitu di rinduinya itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia di saat itu.

“ Kalau macam itu,kita sama-sama cari Karina,ya sayang?” Datin Hasni tidak mampu menahan gembira dan dia terus melayan kata-kataa anaknya itu walaupun untuk mencari Karina adalah satu perkara mustahil kerana pihak polis juga giat mencari wanita muda itu,namun tiada langsung mendatangkan hasil.

***

“Aniq tunggu mama dekat sini tau. Mama nak pergi tandas kejap” minta Datin Hasni sebaik sahaja menolak kerusi roda yang di naiki anaknya menuju ke bawah sepohon pokok ru betul-betul di tepi pantai.Aniq hanya mengganguk tanda mengerti. Tanpa berlengah Datin Hasni pantas meninggalkan anaknya dan menuju ke tandas tidak jauh dari situ.Memang telah di sediakan tandas awan di tepi pantai,bagi memudahkan penguna mengunakanya.Angin sepoi-sepoi bahasa menbelai bulu romanya. Aniq berasa tubuhnya sedikit sejuk,namun nasib baik cuaca agak panas dan tidaklah terasa sangat hawa dingin angin tersebut.Matanya liar melihat sekeliling. Kelihatan seorang wanita muda dan seorang budak dalam lingkungan 10 tahun leka bermain layang-layang di tepi pantai tidak jauh darinya.Sungguh riang sekali mereka.Tiba-tiba sahaja layang-layang tersebut terbang kerahnya dan jatuh betul-betul di depannya. Budak  itu mula berlari meninggalkan wanita muda itu untuk menggambil layang-layangnya itu.

“Maaf bang, layang-layang saya tak dapat nak kawal.” Budak  itu memohon maaf sebaik sahaja layang-layang itu mula berada di tangannya.Aniq tidak langsung memandag wajah budak itu,namun wajah wanita muda itu menjadi persinggahan matanya. ‘Karina?’ bisik hati kecilnya.

“Kenapa abang pandang kakak saya macam itu?” Soal Budak kecil itu

“siapa nama kakak awak?” Aniq mula ingin tahu dengan lebih lanjut.

“ Kak Siti” ringkas jawapan budak kecil itu.

“ Dia kakak betul awak ke?” Soal Aniq lagi.Budak itu hanya berdiam diri tanpa jawapan yang pasti. Seperti ada keraguan untuk menberikannya jawapan.

“Kakak kandung awak ke?” Soal Aniq lagi.Budak itu tidak juga menjawabnya,tetapi terus berlari ke arah wanita muda itu semula. Kelihatan mereka seperti berbisik sesuatu.Beberapa minit kemudian wanita muda itu melangkah kearah Aniq. Budak kecil itu pula meneruskan permainannya semula.

“Maaf En, kalau boleh saya tahu, awak ni siapa? Saya tak kenal awak” Tanya wanita muda itu. Aniq tahu itulah Karina yang dia cari selama ini. Namun tidak mungkin Karina tidak kenal dirinya lagi.

“Awak tak kenal saya Karina?” Soal Aniq kembali.

“Karina? Siapa Karina?” Berkerut hadi wanita itu bila dia di tanya soalan sedemikian rupa.

“orang yang paling istimewa dalam hidup saya. Saya tak tahu kenapa awak tak kenal saya. Tapi saya tahu awaklah Karina saya.” Jawab Aniq.Wanita itu semakin hairan dan agak lama dia berdiam diri untuk mengingati masa lampaunya dulu. Sejak keluar dari hospital 5 bulan yang lepas,dia tidak mampu lagi mengingati masa lampaunya walaupun sedikit.Namun entah mengapa dia seperti begitu rapat dengan lelaki itu.

“Saya tak ingat tentang awak,tapi saya dapat rasakan saya begitu rapat dengan awak. Siapa saya yang sebenarnya?” Soal Wanita itu lagi.

“ Awak Karina saya. Karina yang saya cinta selama-lamanya.” Luah Aniq.

“ Karina?” Wanita itu cuba mengingati nama itu.

“Yes Karina. Mana awak menghilang selama ini. Kenapa awak boleh lupakan saya” Aniq ingin tahu pangkal ceritanya terlebih dahulu.

“Sebenarnya, dari apa yang di ceritakan ibubapa angkat saya. Meraka jumpa saya di hutan 5 bulan yang lepas dan mereka hanya ubati saya dengan cara kampung sahaja dan mereka jadikan saya anak angkat mereka.Saya dah tak ingat apa-apa lagi. Saya tak kenal siapa saya’ Cerita wanita itu lagi.Aniq tersenyum manis. Walaupun Karina tidak mengingati dirinya, namun dia puas kerana mampu menatap wajah ayu itu lagi.

“Tolong jangan tinggalkan saya lagi...” rayu Aniq sambil mengemgan jari jemari wanita itu.Wanita itu hanya mebiarkan sahaja Aniq mengemgam jari jemarinya kerana dia merasakan seperti sudah biasa melakukan perkara itu.Walaupun dia masih lagi tidak mampu mengingati lelaki di depannya itu,namun dia dapat meraskan sentuhan lelaki itu benar-benar mentenangkan jiwanya.

“ Saya akan kenalkan awak dengan Mohd Aniq Bin Dato’ Harun dan siapa wanita yang bernama Nur Karina binti Karim.”itu janji Aniq pada wanita itu.

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...