MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Demi Sebuah Ikatan-A'ar Akma

*******
Hazril melemparkan kunci kereta yang baru dinaikinya ke atas meja ruang tamu. Tubuhnya di rebahkan ke sofa untuk melepaskan kepenatan sudah lama bersarang di tubuhnya. Matanya di pejam rapat-rapat untuk mencari ketenangan di mindanya. Sudahlah masalah di pejabat membebankan mindanya dan kini di tambah pula dengan masalah keluarga.

“ Bila abang balik?” Kedengaran satu suara menyapanya. Hazril membuka matanya lalu membetulkan kedudukan di sofa untuk mencari keselesaan pada tubuh dan kepalanya sempat berpaling ke belakang. Kelihatan ,Soffia berdiri tidak jauh darinya dan mula perlahan-lahan melangkah ke ruang tamu.

“ Soffi tak perasan pun abang balik” Beritahu Soffi lagi kepada suaminya. stoking yang berada di kaki suaminya itu di buka satu persatu. Sudah menjadi kebiasaannya membukakan stoking di kaki suami tercinta. sudah banyak kali juga Hazril melarang dia berbuat begitu, tetapi dia tetap mahu melakukannya.

“ Soffi kat dapur macam mana nak perasan abang dah balik” Balas Hazril. sememangnya isterinya begitu rajin sekali berada di dapur. Ada sahaja kerja yang ingin di lakukan walaupun sudah mempunyai pembantu rumah. Sejak Soffia tidak lagi berkerja, wanita itu begitu sibuk menguruskan rumah tangga yang sudah hampir 3 tahun terbina. walaupun masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata, dia tetap gembira dengan apa yang ada. Cukuplah sekadar dia mampu menatap wajah itu setiap masa.

“ Soffi tolong Mak Jah masak dekat dapur tadi. Bila Soffi keluar je dari dapur, Soffi tengok abang dah ada dekat ruang tamu. Abang dah makan?” Soal Soffia dan matanya sempat meneliti jam di dinding. Tepat jam 6.15 petang dan tidak sangka masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Hazril hanya mengelengkan kepala tanda tidak. Sejak dari tengah hari tadi lagi dia tidak menjamah apa-apa lagi kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat. Sejak dia mula berkerja di syarikat bapa Soffi, dia sudah tidak mempunyai masa terluang seperti selalu. Boleh dikatakan separuh harinya di habiskan di pejabat. Hari ini sahaja dia terasa ingin pula lebih awal. Selalunya sebelum pukul 7.00, jangan harap boleh melihat mukanya di rumah.

“ Duduk sini sayang” Minta Hazril sambil menepuk-nepuk sofa supaya isterinya duduk bersebelahan dengannya. Soffia hanya akur dan terus melabuhkan punggung bersebelahan dengan suaminya. Tangan Hazril terus melengkari di bahu isterinya.

 “Abang kenapa? Soffi tengok abang macam tak ada mood je”
Hazril tersenyum sumbing bila isterinya berkata begitu.

“ Abang penat je. Tak payah risau. Abang Cuma rindukan sayang” Hazril sempat mencuit hidung mancung Soffia hingga wanita itu tersenyum malu. Bahu wanita itu di raih. Sungguh damai dan tenang bila berada di dalam pelukan wanita yang dicintainya. Soffi Hanya membiarkan sahaja diperlukan begitu dan dia juga memeluk kuat tubuh yang  penat seharian bekerja. Sejak dia bernikah dengan Hazril, lelaki itu tidak mahukan dia berkerja dan sejak itu jugalah ijazah yang di gengamnya di simpan sahaja di dalam almari. Namun dia tidak langsung merugut kerana dia lebih senang begitu. Setiap kali suaminya balik, pasti dia yang menyambutnya dengan senyuman.

“ Ada sesuatu yang berlaku ke dekat office?” Soal Soffi. Dia tahu pasti ada sesuatu yang sedang menggangu fikiran suaminya ketika ini. Jika tidak Hazril tidak akan murang begitu bila balik dari tempat kerja. Sejak Hazril bekerja dengan syarikat keluarga Soffi, lelaki itu sudah banyak berubah. Hazril menjadi semakin pendiam dan tidak seceria dulu.

“ Tak ada apa-apa...” Ringkas jawapan Hazril sambil tersenyum. Soffi melepaskan pelukan dan terus berpaling mengadap betul-betul muka suaminya di sofa.

“ Kenapa tak berani nak pandang muka Soffi. Abang tipukan?” Duga Soffi sambil menarik muka suaminya supaya memandang ke arahnya. Hazril terpaksa akur.

“ Betulah sayang, abang okey” Hazril menyedapkan hati isterinya sambil memcubit kedua-dua belah pipi Soffi.

“ Tipu?”
Hazril mengelengkan kepala.

“Cakap betul-betul” Desak Soffi. Hazril menarik nafas untuk melepaskan kepenatan yang masih bersarang di tubuhnya. Butang baju kemejanya di buka sedikit di bahagian atas untuk terasa sedikit kesejukan di tubuh. Hazril terus bangun dari situ. Jika dia terus di situ, lagi banyak soalan yang akan keluar dari bibir merah jambu isterinya. Penat sungguh untuk melayannya. Soffi masih lagi mengengam jari jemari Hazril hingga lelaki itu tidak boleh melangkah pergi.

“ Soffi, abang nak mandi ni.” Minta Hazril bila tangannya tidak di lepaskan.

“ Cakap dulu” Semakin Soffi mendesak suaminya. Berkaca-kaca matanya bila memandang wajah Hazril untuk meminta simpati. Hazril mengeluh berat. Bukan dia tidak mahu menceritakan masalah yang berlaku tetapi itu masalah yang berlaku di luar rumah. Dia tidak suka masukan masalah ke dalam rumah tambahan lagi masalah yang boleh merisaukan Soffi.

“ Abang nak mandi sayang. Abang penat ni” Rayu Hazril. Soffi tersenyum manis. Hazril tidak pernah meninggikan suara padanya selama dia berkhawin. Itu adalah sikap Hazril yang paling disukainya.

“ Degil ya...” Hazril terus mendukung isterinya bila wanita itu tidak mahu melepaskan tangannya. Terjerit kecil Soffi bila dia di angkat dengan tiba-tiba. Satu persatu anak tangga ke tingkat atas di daki kaki Hazril.

“Sayang kena teman abang mandi”

“Soffi dah mandilah abang” Ronta Soffi.

“ Tadi tak nak lepaska tangan abangkan? Rasakan” Gurau Hazril sambil ketawa.

“ Assalamualaikum...” Kedengaran orang memberi salam. Hazril dan Soffi berhenti ketawa dan berpaling ke tingkat bawah. Lagi tiga anak tanga, dia akan berada di tingkat atas, tetapi kakinya berhenti di situ bila kedengaran salam dari seseorang. kali ini salam itu bukan di beri dari luar rumah tetapi di dalam rumah.

“Mami...” Bulat mata Soffi bila melihat maminya berdiri di ruang tamu. Entah sejak bila pula wanita itu sudah berdiri di situ. Masuk ke dalam rumah dahulu baru memberi salam. Kelihatan Mak Jah berlari ke ruang tamu bila mendengar salam tersebut. Hazril terus meletakan Soffi kembali kerana segan dengan perlakuannya itu.

“Bila mami sampai?” Soal Soffi sambil melangkah turun kembali diikuti Hazril dari belakang.

“Mami tak bagitahu pun nak datang?” Sampuk Hazril pula sambil menyalami tangan wanita tua itu selepas isterinya. Mata Soffi liar memandang sekeliling, tercari-cari kelibat dadynya.Namun tidak kelihatan pula di situ.

“Dady mana mami?” Soal Soffi.

“Meeting...” Ringkas jawapan Datin Rohayu sambil melabuhkan punggung di sofa. Mak Jah terus berlari kembali ke dapur untuk menyiapkan minuman.

“ Abang pergi mandi dulu, Soffi tahu abang tak solat asar lagi kan?” Arah Soffi pada suaminya. Hazril hanya mengganguk lalu meminta diri. Jam sudah menunjukan pukul 6.30 petang dan dia sudah terlewat untuk solat asar.

“Ada apa mami datang rumah Soffi?” Soal Soffi sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa.

“Hazril tak bagitahu kamu ke?” Soal Datin Rohayu pula. Soffi mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti. Apa yang sepetutnya Hazril memberitahunya sebenarnya.

*******
Soffi melipat baju yang di angkatnya petang tadi di atas tilam. walaupun dia mempunyai pembantu rumah, dia lebih suka melakukukan sendiri. pembantu rumah di beri tugas untuk mengemas dan membantunya memasak sahaja. Dia tidak mahu goyang kaki sahaja di rumah lagipun jika semua tugas di ambil alih oleh pembantu rumah, apa lagi yang tinggal untuk suri rumah sepertinya.Jam sudah menunjukan pukul 11.00 malam, Hazril masih lagi tidak keluar dari bilik yang diubah suai menjadi pejabat mini sejak dari pukul 8.00 malam tadi lagi. Entah apa yang sedang dilakukan lelaki itu hingga mengambil masa yang begitu lama sekali. Dia masih lagi tidak berkesempatan untuk bercakap dengan suaminya sejak maminya datang tadi. Pintu bilik di kuak dari luar dan kelihatan Hazril yang hanya berseluar pendek masuk ke dalam biliknya. Soffi terus menyelak pakaian yang berselerak di atas katil pada bahagian suaminya tidur kerana dia tahu Hazril pasti ingin berbaring di situ.

“ Kenapa tak tidur lagi?” Soal Hazril sambil baringkan tubuh di tilam bersebelahan dengan isterinya yang sedang leka melipat baju. Soffi masih dengan kerjanya, masih ada beberapa helai pakaian yang masih belum di lipat.

“ Nak habiskan lipat baju dulu. Tak sempat nak lipat petang tadi” Beritahu Soffi. Hazril hanya mengganguk lalu memejamkan mata. Dia bukan mengantuk sebenarnya tetapi mengelak dari terus di tanya soal petang tadi. Dia sudah masak dengan perangai isterinya yang akan terus mendesak untuk menceritakan apa yang berlaku. Usia perkhawinan yang hampir mencecah tiga tahun itu sudah cukup untuk dia kenal lebih dalam tentang isterinya. Soffi berhenti dari melipat baju dan hanya memandang pada wajah suaminya.

“ Mami sudah bagitahu apa yang berlaku dekat office petang tadi” Beritahu Soffi kerana dia tahu yang suaminya masih tidak lagi tidur. Hazril membuka matanya kembali dan hanya memandang pada siling rumah. Kipas yang berpusing dengan perlahan itu mampu di bilangnya berapa kali ia berputar.

“ Mami cakap apa?”Soal Hazril pula. Soffi tidak terus menjawabnya, dia memasukan sisa pakaian yang masih belum di lipatnya ke dalam bakul lalu di letakan di tepi dinding. Baju yang sudah di lipatnya pula di masukan ke dalam almari yang berada di penjuru bilik. Dia kembali ke katil.

“Apa yang mami cakap tak penting, masalah sekarang ini kenapa abang tak nak bagitahu Soffi tentang hal ini. Masalah ini juga melibatkan Soffi tau abang” Soffi langsung tidak marah tetapi dia Cuma tegas sedikit. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka jika meninggikan suara nanti, lagipun masalah tersebut melibatkan syarikat. Hazril menyandarkan tubuh di birai katil pula dan Soffi pula duduk bersila di depan suaminya di atas katil.

“ Abang bukan tak nak bagitahu Soffi, lagipun hal ini belum comform lagi.”

“Dah comform pun abang”Sampuk Soffi.
Hazril mengeluh berat. Kedatangan maminya petang tadi benar-benar merumitkan keadaan. Dia tidak mahu Soffi bergaduh pula dengan Datin Rohayu tentang itu. Cukuplah dia pernah menaikan kemarahn wanita tua itu tiga tahun yang lalu. Perkhawinannya dengan Soffi langsung tidak direstu kerana dia hanya dibesarkan di rumah anak-anak yatim yang langsung tidak tahu asal usul dan keturunan.

“ Tak patut dady buang abang dari company tu. Soffi pun ada hak dalam companny itu dan dady tak boleh 
suka-suka buang abang” Sedikit marah dia bila mengingati apa yang diberitahu maminya petang tadi. Memang sahamnya agak kecil di dalam syarikat tersebut dan saham tersebut di serahkan kepada Hazril dan kerana itu jugalah tiada siapa boleh tendang lelaki itu keluar begitu sahaja.

“ Bukan dady sayang, tapi mami” Hazril membetulkan apa yang baru dikatakan isterinya. Memang bukan ayah mentuanya tetapi ibu mentuanya yang mengatakan hasrat supaya dia keluar dari syarikat tersebut.

“ Mami?”
Hazril mengganguk

“ Apa hak mami dalam syarikat? Mami tak boleh buat macam itu” Soffi semakin pelik. Maminya langsung 
tiada saham dalam syarikat tersebut.

“ Tak apalah sayang, nanti abang cari kerja lain. Tak payah gaduh-gaduh” Hazril sedar siapa dia dan tidak langsung berharap semua itu. Dia sanggup kehilangan semua itu dari kehilangan wanita yang dicintainya. Sejak mula-mula bernikah dengan Soffi lagi, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

“ Mana boleh macam itu abang. Tak kan senang-senang abang nak serahkah hak kita pada orang lain. Oh ya, cakap pasal orang lain, tempat abang dekat office tu akan diserahkan pada siapa kalau abang keluar nanti? Tak lojik kalau mami yang nak ambil jawatan itu sebab mami bukan tahu apa-apa pun tentang perniagaan.” Soal Soffi. Jika Hazril keluar dari syarikat tersebut, siapa yang akan mengambil alih jawatan tersebut. Hazril kembali baring di tilam dan Soffi masih tetap di situ. Tangan Hazril terus menutup lampu meja di bahagian sebelahnya dan kini tinggal lampu meja di bahagian Soffi sahaja yang masih menyala. Cepat-cepat Soffi membuka kembali lampu meja di bahagia suaminya. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hazril. Begitu senang lelaki itu berkata-kata.

“ Sayang, abang nak tidur. Abang mengantuk ni” Runggut Hazril. Soffi memusingkan tubuh suaminya supaya mengadap ke arahnya.

“ Soffi nak tahulah abang” Desak Soffi lagi. Hazril memang tiada pilihan lain. Selagi dia tidak memberitahu apa yang berlaku sebenarnya, pasti dia tidak boleh tidur hingga ke pagi.

“Mari sini, dah macam pontianak dah abang tengok sayang ni” Hazril menarik tangan isterinya supaya berbaring di sebelahnya. Rambut panjang Soffi yang tidak terikat itu sedikit mengerbang. Soffi hanya akur dan terus berbaring di sebelah suaminya beralaskan lengan sasa Hazril.

“ Amboi, sedap saja mulut cakap orang pontianak. Habis abang tu apa?” Sempat Soffi bergurau sambil tersenyum sumbing. Hazril hanya tergelak kecil.

“ Tidurlah sayang” Hazril sekali lagi memejamkan mata.

“ Tak bagitahu, tak boleh tidur” Soffi terus mencubit perut suaminya hingga lelaki itu menjerit kesakitan. Berbisa sungguh cubitan dari isterinya itu hingga terasa panas di bahagian perutnya.

“ Okey abang bagitahu. Sayang ni suka paksa abangkan”
Soffi tersenggeh

“Tapi Soffi kena janji yang Soffi tak boleh marahkan mami atau pun sesiapa sahaja”
Kali ini Soffi mengganguk pula.

“ Soffi tak tahu ke yang abang Soffi akan balik dari UK minggu depan. So mami nak jawatan sebagai CEO tu di ambil alih oleh abang Soffi. Itu saja...” Beritahu Hazril. Bulat mata Soffi bila mendengarnya.

“ Kenapa Soffi tak tahu yang abang Man akan balik dari UK. Dia akan menetap di Malaysia ke abang?” Soffi semakin ingin tahu. Sudah lebih dari 5 tahun abang sulongnya itu menetap dan berkeluarga di luar negara dan tiba-tiba sahaja lelaki itu balik ke Malaysia dan merampas jawatan yang di sandang suaminya selama 2 tahun.

“ Dia abang Soffi, manalah abang tahu. Soffi tanyalah sendiri. Dahlah sayang, tidur okey” Hazril sudah malas untuk memikirkan itu semua dan di dalam kepalanya hanya berfikir untuk mencari kerja. Dia tidak mahu menjadi penggangur sebaik sahaja kakinya keluar dari syarikat tersebut. Soffi memusingkan tubuhnya mengadap muka Hazril. Sungguh sayu bila menatap wajah itu. Hazril selalu di tindas dan lelaki itu langsung tidak merunggut. Bermacam-macam masalah yang timbul, namun kerana Hazril, dia mampu berdiri teguh kembali. Lelaki itu banyak membantunya untuk mengenal erti kehidupan sebenar. Pipi Hazril diusap lembut dan tiba-tiba sahaja tangan suaminya menggengam jari jemari Soffi dan dicium beberapa kali.

“  Soffi minta maaf...” Ucap Soffi lembut. Hazril memalingkan mukanya mengadap wajah ayu itu.

“ For what sayang?” Soal Hazril pula.

“ Sejak abang khawin dengan Soffi, macam-macam keluarga Soffi buat dekat abang. Tapi abang sabar dengan kerenah mereka semua.” Soffi memang kesal dengan perangai ahli keluarganya yang selalu menyisihkan Hazril dalam semua hal. Begitu juga dengan abangnya. Lelaki itu juga tidak sukakan Hazril.

“ Sayang tak salah apa-apa pun. Abang terima semua yang berlaku. Abang sabar sebab abang masih perlukan anak perempuan bongsu dalam keluarga Dato’Tuah dan Datin Rohayu untuk selalu di samping abang. Abang hanya perlukan sayang. Keluarga sayang, keluarga abang jugakan?” Hazril memang mengakui yang dia bersabar kerana Soffi. Wanita itulah yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Walau apapun yang berlaku, dia tetap akan cuba bertahan. Tetapi dia sendiri tidak tahu sampai bila dia mampu bersabar.

“ Jadi bila abang dah tak boleh sabar, abang akan tinggalkan Soffilah?” Sayu terasa di hati Soffi. Dahi Soffi di cium Hazril.

“ Selagi abang mampu bernafas, abang tak akan tinggalkan sayang. Kita manusia yang hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukannya.” Ucap Hazril.

********
Selesai mengemas bilik dan ruang tamu bersama dengan Mak Jah, Soffi ke depan rumah pula. Dia ingin menyiram pokok-pokok yang berada di tanam rekaannya di bahagian depan sebelah kiri rumah. Di situlah dia banyak menghabiskan masanya setiap hari. Kelihatan bunga-bunganya hidup subur dan sihat-sihat semuanya. Kelihatan beberapa pohon pokok bunga sudah mengeluarkan bunga buat pertama kalinya. Sungguh cantik bunga mawar merah itu bila terkenal pantulan cahaya pagi. Dia tersenyum riang bila melihat pokok-pokok yang di tanam menjadi.

“ Puan, ada panggilan...” Jerit Mak Jah sambil berlari ke arah majikannya sambil membawa telefon bimbit di tangan lalu diserahkan pada Soffi.

“ Terima kasih Mak Jah” Ucap Soffi lalu wanita tua itu berlalu pergi. Soffi terus melabuhkan punggung di bangku yang diletakan di situ. Butang hijau terus di tekan.

“ Assalamualaikum abang...” Soffi terlebih dahulu memberi salam.

“ Waalaikumusalam, sayang dekat mana ni?” Soal Hazril.

“ Dekat rumahlah, kenapa?”

“ Abang tak balik makan tengah hari tau. Petang nanti pun abang balik lambat sikit. Ada hallah sayang” Beritahu Hazril. Soffi mengeluh berat. Baru dia berniat untuk memasak makanan kegemaran suaminya. Tetapi dia harus faham situasi suaminya ketika ini. Pasti banyak benda yang ingin diuruskan sebelum keluar dari syarikat tersebut. Ingin sahaja dia memarahi maminya yang suka membuat keputusan tanpa pengetahuannya. Namun dia juga sudah banyak kali diberi amaran oleh Hazril supaya tidak melakukan itu. Sebelum keluar pagi tadi pun Hazril sudah mengingatkan dia banyak kali supaya tidak melakukan kerja gila itu.

“ Okeylah, tapi Soffi nak minta kebenaran nak keluar hari ini” Minta Soffi. Terlintas di mindanya untuk ke pasar. Lagipun sudah lama dia tidak ke pasar, selama ini pun Mak Jah yang selalu ke situ dan kali ini dia ingin menemani pembantu rumahnya pula. Bosan juga bila hanya duduk sahaja di rumah.

“ Pergilah sayang, abang tak halang  sayang nak pergi mana sekalipun asal pandai jaga diri. Okeylah, jumpa malam nanti. Assalamualaikum sayang...”

“ Waalaikumusalam...”  Soffi mengeluh berat. Matanya terus terpandang pada Mak Jah yang sedang berdiri di tepi keretanya. Kelihatan wanita itu ingin ke pasar.

“ Mak Jah, saya nak ikut pergi pasar” Minta Soffi sambil melangkah ke arah Mak Jah.

“ Betul ke ni? Boleh saja” Tersenyum manis Mak Jah bila ada orang ingin menemaninya ke pasar. Liar mata Mak Jah mencari sesuatu.

“ Mana perginya Pak Mat ni. Dah lambat nak pergi pasar ni.Selalu je lambat” Bebel Mak Jah pada pemandu majikannya itu.

“ Maaf Mak Jah, saya sakit perut.” Kelihatan Pak Mat yang baru keluar dari perut banglo berjalan ke arah kereta sambil memicit-micit perut.

“ Tak apalah, biar Soffi pandu. Pak Mat tak payah pergi. Pak Mat jaga rumah biar saya pergi dengan Mak Jah sahaja” Cadang Soffi sambil berjalan ke arah pintu kereta di bahagian pemandu.

“ Tak boleh Puan, nanti Tuan marahkan saya. Tuan kan tak bagi Puan memandu” Pak Mat mual cuak. Teruk dia dimarahi nanti bila dapat tahu yang Soffi membawa kereta. Sudah sekali dia dimarahi kerana membenarkan wanita itu memandu. Soffi tetap membuka pintu kereta.

“ Pak Matkan sakit perut. Kalau Pak Mat tak bagitahu, Tuan tak akan tahu. Saya ada lesen tau, so jangan risaukan saya. Pak Mat pergi berehat. Jom Mak Jah” Ajak Soffi sambil masuk ke dalam kereta. Pak Mat terpaksa akur. Siapa dia untuk terus membantah.

********
“Kita nak beli apa Mak Jah?” Soal Soffi sebaik sahaja tiba di pasar. Sungguh ramai manusia di situ dan perbagai-bagai ragam di pertontonkan. Ada yang sibuk membeli sayur, ayam dan ikan. Di situ terdapat semua jenis bahan makanan dan semuanya segar-segar belaka.

“ Kita beli sayur dulu, lepas itu baru kita beli ayam dengan daging” Cadang Mak Jah. Soffi hanya mengikut 
sahaja kerana dia bukan arif sangat soal membeli barang-barang dapur.Langkah di mengikuti Mak Jah dari belakang terus diatur. Matanya liar melihat ragam manusia di situ. Seronok pula terasa di hatinya. Sudah hampir 25 tahun usianya, itulah kali pertama dia menjejakan kaki di pasar. Selalunya dia hanya akan ke pasar raya sahaja untuk membeli barang-barang dapur dan di situ semuanya sudah siap dibungkus. Hanya ambil dan bayar, tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.Gerai sayur yang paling hujung menjadi pilihan Mak Jah. Satu persatu sayur di pilih. Soffi juga mula terasa gatal tangan untuk memegam sayur di depannya.

“ Bagi kacang panjang satu kilo” Minta Mak Jah pada peniaga tersebut.

“Along, tolong timbang kacang panjang untuk kakak ni satu kilo” Jerit perempuan dalam lingkungan 40-an yang sedang duduk di kerusi sambil memangku seorang anak kecil yang mungkin berusia dalam lingkungan 2 tahun. Memang agak sukar untuk bangun bila anak kecil berada di atas riba. Soffi faham situasi wanita itu.

“ Ya mak...”Kedengaran suara wanita menyautnya dari belakang. Soffi tergaman seketika bila melihat wanita yang muncul di depannya amat dikenali. Wanita muda itu juga tergaman seketika sebelum berlari pergi dari situ. Mak Jah hanya memandang tanpa kata. Wanita yang memangku anak kecil itu juga seperti tergaman dengan perlakuan anak perempuanya yang tiba-tiba lari begitu sahaja.

“ Suria!!!” Panggil Soffi sambil berlari mengejar wanita itu. Agak laju larian Suria meninggalkan pasar tersebut, namun tidak selaju larian Soffi. Bahu Suria di raih dari belakang hingga wanita itu tidak mampu berlari lagi.

“ Kenapa kau lari dari aku?” Soal Soffi. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan rakan satu universiti dengannya dulu. Walaupun sudah lama tidak berjumpa, tetapi dia masih lagi mampu mengenali rakan baiknya sewaktu belajar dulu. Tambahan lagi taik lalat di bawah bibir Suria tidak dilupakannya. Suria tidak menjawab dan hanya berdiam diri. Sekali lagi Soffi tergaman bila melihat perut Suria yang besar dan tidak seperti manusia normal. Dia tahu Suria sedang mengandung dan mungkin kandungan baru berusia 5 bulan kerana tidaklah terlalu besar. Baju t-shirt yang dipakai suria agak besar, jadi orang tak perasan yang dia sedang mengandung.

“ Ya Allah, kau dah khawin Suria. Tak sangka tak lama lagi kau akan dapat baby” Soffi gembira dengan apa yang dilihatnya. Dia yang berkhawin lebih dahulu dari Suria masih tiada lagi tanda-tanda akan mendapat zuriat tetapi Suria yang telebih dahulu memperolehinya. Lorong di tepi pasar itu menjadi saksi yang dia sudah jumpa dengan kawan baiknya yang sudah lama dicari. Suria tetap berdiam diri dan menunduk.

“Aku rindu gila dekat kau Suria” Soffi terus memeluk tubuh Suria sekuat hati untuk melepaskan rindu. Sudah lama dia tidak memeluk tubuh itu dan kali terakhir ialah ketika majlis pernikahannya dulu. Sejak itu Suria hilang begitu sahaja tanpa khabar dan berita.

“Hey, kenapa ni?” Soal Soffi bila Suria langsung tidak memberi reaksi. Di tatap wajah sayu itu. Tiba-tiba Suria menangis teresak-esak menyebabkan Soffi cuak tiba-tiba. Adakah kata-katanya telah menguris hati wanita di depannya itu.

“ Suria, aku minta maaf kalau aku singgung perasaan kau” Soffi cepat-cepat memohon maaf.

“ Jangan datang jumpa aku lagi!!!” Marah Suria sambil menolak tubuh wanita di depannya  hingga menyebabkan Soffi terjelopok ke tanah.Suria terus berlari meninggalkan tempat itu. Sungguh laju larian Suria walaupun sedang mengandung. Terasa senak di bahagian punggung bila terhentak di tanah tadi. Entah mengapa Suria berubah dengan sampai begitu sekali. Sungguh benci wanita itu padanya.

“ Puan tak apa-apa?” Soal Mak Jah sambil cuba memapah majikanya bangun. Soffi hanya mengganguk sahaja dan terasa senak di bahagian pinggulnya. Perlahan-lahan langkah di atur meninggalkan lorong itu.

*******
Jam menunjukan pukul 6.00 petang. Hazril masih lagi di pejabat tanpa berbuat apa-apa. Mungkin ini kali terakhir di akan duduk di kerusi empuk itu. Seluruh ruang pejabat di tatap sepuas-puasnya. Sudah agak lama dia menggunakan bilik tersebut dan selepas ini dia tidak akan menjejakan kaki di situ lagi. Kalau bukan kerana ingin mengemas barang-barang dan menyelesaikan penyerahan jawatan, dia tidak akan datang ke situ lagi. Kelihatan di tepi meja, terdapat beberapa kotak yang sudah terisi dengan barang-barangnya dan menunggu masa sahaja untuk di bawa keluar. Pintu di ketuk dari luar dan Hazril mengarah untuk masuk. Kelihatan seorang wanita berdres paras lutut tanpa lengan masuk sambil membawa satu cawan kopi lalu di letakan di depan Hazril.

“ Saya bukan bos awak lagi Natasya. So tak payah susah-susah buatkan saya air.” Beritahu Hazril untuk mengingatkan wanita itu sekali lagi bahawa dia sudah tidak bekerja di situ lagi. Natasya tersenyum manis. Wanita itu sungguh manis dengan senyuman di bibir.

“ Saya tahu En.Hazril. Lepas ini En.Hazril dah tak boleh nak minun kopi buatan saya lagi. So saya buatkan kopi special untuk En.Hazril” Natasya memang suka buat kopi dan hampir setiap hari dia akan buat kopi untuk bosnya. Sudah lama dia berhidmat di syarikat tersebut dan baru dua tahun dia bekerja di bawah Hazril. Lelaki itu memang seorang bos yang sangat baik hingga dia mengimpikan lelaki begitu untuk dijadikan calon suami. Hazril terus menghirup kopi tersebut dan seperti biasa, kopi buatan Natasya memang sedap tetapi kopi buatan isterinya pula lebih terasa kesedapannya, mungkin kerana dibuat dengan kasih sayang.

“ Tak sangka masa berlalu dengan cepat. Lepas ini saya kena bekerja dengan orang lain pula. Harap-harap bos selepas ini macam En.Hazril.” Natasya mengeluh berat. Dia sendiri tidak tahu kenapa Hazril menyerahkan jawatan tersebut pada orang lain.

“ Jangan risaulah Natasya, bos baru awak nanti baik orangnya. Dia abang ipar saya, so awak tak payah risau” Puji Hazril walaupun hakikat sebenarnya, abang iparnya itu tidak pernah bercakap elok dengannya. Selalu sahaja dia di sindir bila keluarga belah isterinya berkumpul. Namun dia hanya mampu bersabar kerana dia tahu dia mana dia berpijak sekarang.

“ Lega saya bila En.Hazril cakap macam itu.” Natasya menarik nafas lega bila mendengar apa yang baru dikatakan Hazril. Tiba-tiba telefon yang berada di dalam poket seluarnya bergetar. Hazril terus menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan telefon. Natasya pula terus meminta diri. Bukan panggilan telefon tetapi hanya pesanan ringkas SMS sahaja.

+‘Abang balik pukul berapa?’

Hazril tersenyum manis. Tidak sabar sungguh wanita itu menunggu dia balik. Mesej itu terus di balasnya.

‘Kejap lagi abang balik sayang’
+Dah habis ke kerja abang’
‘Ya sayang, kejap lagi abang sampai’

Hazril terus bangun dari kerusi untuk mengangkat kotak-kotak untuk di bawa keluar. Dia harus segera keluar dari situ dan tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan isteri tercinta. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, maka jadilah dia seorang penggangur. Itulah status yang paling di bencinya. Dia merasakan dirinya semakin kerdil di hadapan Soffi.

*****
Sebaik sahaja tiba di halaman banglonya, Hazril terpandang pada kereta proton waja yang berada di bawah garaj. Kelihatan sesuatu yang pelik pada kereta tersebut. Dia terus mendekati keretanya yang lagi satu itu, dan memang sangkaannya tepat. Terdapat kesan calar dan sedikit penyet di bahagian belakang. Dia mengeluh berat bila melihat kereta kesayangannya itu telah rosak sedikit. Itulah kereta pertama yang di belinya dengan hasil titik peluhnya dulu. Dia kembali ke kereta proton perdananya semula untuk mengambil kotak-kotak yang berisi barang-barangnya tadi lalu di bawa masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mak Jah sedang mengemop lantai.

“ Soffi mana Mak Jah?” Soal Hazril pada wanita tua itu.

“ Puan dekat atas. Kurang sihat katanya” Beritahu Mak Jah. Hazril mengerutkan dahinya. Pagi tadi, sebelum dia keluar dari rumah, Soffi kelihatan sihat sahaja tetapi bila dia balik ke rumah wanita itu tidak sihat pula. Kotak-kotak di tangannya di letak di tepi sofa dan dia terus berlari naik ke tingkat atas. Pintu di kuak dari luar dan kelihatan tubuh Soffi terbaring di atas katil. Hazril terus mendekati isterinya lalu melabuhkan punggung di tepi katil. Tangannya terus diletakan di atas dahi Soffi yang sedang tidur itu, namun tidak pula terasa panas atau berbahang.

“ Abang dah balik” Sayu suara Soffi. Dia tersedar kerana terasa kehangatan tangan suaminya menyentuh dahi.

“ Sayang sakit ke?” Soal Hazril lembut sambil mengusap lembut ubur-ubur rambut isterinya.

“ Sakit perut...” Mengadu Soffi sambil menekan-nekan perutnya.

“ Salah makan ke? Jom abang hantar pergi hospital” Cemas Hazril bila melihat isterinya mula berpeluh-peluh. Soffi hanya mengelengkan kepala.

“ Bukan salah makan, mungkin segugut sahaja” Duga Soffi. Memang kadang-kadang perutnya akan terasa sakit sebelum datang bulan, namun tidaklah terlalu kerap berlaku tetapi kali ini  sakitnya tidak seperti biasa.

“ Abang hantar pergi hospital...” Desak Hazril lagi.

“ Tak apalah, kejap lagi hilangkah sakit ni. Abang dah makan?” Soffi menukar topik perbualan bila dia terasa sedikit lega bila tangan Hazril sudah mula mengosok perutnya dan menyapukan ubat.

“ Belum makan lagi. Abang nak mandi dulu.Oh ya, abang nak tanya sesuatu” Minta Hazril.

“ Tanya apa?” Soal Soffi dalam menahan kesakitan bila tiba-tiba perutnya seperti memulas. Namun dia tetap menunjukan wajah yang dia tidak terasa sakit kerana tidak mahu merisaukan suaminya.

“ Sayang bawa kereta abang pergi mana?” Soal Hazril sambil menjeling nakal pada isterinya. Soffi menelan air liurnya, entah dari mana suaminya tahu soal itu. Tidak mungkin Pak Mat yang beritahu kerana lelaki itu juga takut dimarahi bila Hazril dapat tahu.

“ Aduh, sakitnya...” Mengadu Soffi untuk mengalihkan perhatian Suaminya dari terus bertanya.

“ Cakap betul-betul...” Desak Hazril kali ini. Selalunya Soffi yang suka mendesaknya, tetapi kali ini dia pula akan terus mendesak untuk tahu apa yang berlaku.

“Soffi tak bawa keretalah. Kan abang tak bagi Soffi bawa” Tipu Soffi.

“Okey,kalau sayang tak nak mengaku tak apa. Sayang nak abang marah Pak Mat sebab dah calarkan kereta kesayangan abang tu.” Ugut Hazril.

“ Yelah Soffi mengaku. Soffi bawa kereta abang pergi pasar dengan Mak Jah. Pak Mat sakit perut. Abang janji jangan marah Pak Mat. Dia tak salah pun. Soffi yang degil” Akhirnya Soffi terpaksa akur. Dia memang tidak boleh terus menipu dengan Hazril.

“Habis, kereta abang calar kenapa pula? Tiang lampu mana pula Soffi dan langgar?” Sindir Hazril. Isterinya pernah beberapa kali terlangar sesuatu bila mengundurkan kereta. Dia tahu Soffi memang lemah dalam mengundurkan kereta.

“Soffi terlangar motosikal yang orang parking dekat belakang kereta. Siapa suruh parking belakang kereta masa Soffi nak undur.” Soffi menyalahkan orang lain walaupun hakikat sebenarnya motosikal itu jauh dari punggung keretanya.

“Dia yang salah, nak salahkah orang lain. Lain kali jangan bawa kereta abang ataupun mana-mana kereta sekalipun atas dunia ni. Abang tak nak sayang cedera.” Hazril bangun dari katil dan terus mencapai tuala. Dia ingin bersihkan diri terlebih dahulu sebelum turun makan. Perutnya benar-benar terasa lapar.

“Tuan!!!” kedengaran suara Mak Jah dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air dengan kuatnya. Dia baru sahaja ingin mandi dan niatnya terus terbantut. Pintu bilik air di buka dan kelihatan Mak Jah begitu cemas sekali.

“ Kenapa ni Mak Jah?” Soal Hazril cemas.

“ Puan Soffi pengsan...” Beritahu Mak Jah.

“ Apa!” Mata Hazril terus memandang ke arah katil dan tidak kelihatan isterinya di situ. Entah sejak bila pula isterinya keluar dari bilik.

“ Mana Mak Jah!!!” Cemas Hazril sambil berlari keluar. Dia yang hanya memakai seluar sahaja terus mencapai baju t-shirt yang berada di dalam almari lalu di saut ke badan. Dia tidak suka begitu apatah lagi bila berhadapan dengan Mak Jah. Kelihatan tubuh isterinya terbaring di lantai di ruang tamu.

“ Kenapa boleh jadi macam ini Mak Jah?” Soal Hazril sambil memangku isterinya. Di tepuk-tepuk pipi isterinya supaya bangun.

“ Mak Jah tak tahu. Tengok-tengok saja, Puan Soffi dah terbaring” Beritahu Mak Jah. Sebaik sahaja dia kelaur dari dapur tadi, dia sudah melihat majikannya terbaring di situ. Hazril terpandang sesuatu yang pelik mengalir di betis isterinya, kain yang dipakai Soffi terselak sedikit di bahagian betis.

“ Darah? kalau datang bulan memang macam ini ke Mak Jah?” Soal Hazril hairan. Tidak pernah dia melihat darah sebanyak itu.

“ Tuan kena bawa Puan Soffi ke hospital cepat” Arah Mak Jah. Tanpa berlengah Hazril terus mengangkat isterinya keluar dari rumah.

“ Mak Jah ambil kunci kereta!!!” Jerit Hazril kuat dan pantas juga Mak Jah berlari naik ke tingkat atas untuk mengambil kunci.

*******
“Saya dah cakap yang budak ni tak boleh nak jaga anak kita. Awak tengok apa yang berlaku sekarang. Nyawa anak kita dalam bahaya. Entah apa yang dia bagi anak kita makan sampai pengsan” Bebel Datin Rohayu sambil mencekak pinggang. Hazril hanya duduk di kerusi sambil menundukan kepala. Memang salah dia kerana tidak terus membawa Soffi ke hospital tadi tetapi dia tidak tahu perkara tersebut akan berlaku.Soffi terus dikejarkan ke unit kecemasan sebaik sahaja tiba di hospital dan sehingga kini dia masih tidak tahu keadaan isterinya.

“ Boleh tak awak berhenti membebel dekat Hazril. Dia bukan tahu semua ini akan berlaku” Marah Dato’Tuah 
pula. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah isterinya yang semakin hari semakin melampau di matanya. Pemecatan Hazril dari syarikat juga bukan persetujuannya sebenarnya. Dia juga tidak tahu soal itu, bila dia datang memujuk Hazril supaya kembali bekerja di syarikatnya, lelaki itu menolak mentah-mentah. Dia tahu menantunya itu terasa dengan isterinya.

“ Itulah awak, bela sangat menantu hantu awak ni. Saya dari dulu lagi tak setuju dia khawin dengan Soffi sebab saya dah tahu yang dia tak boleh nak jaga anak kita.” Sambung Datin Rohayu lagi.

“ Saya tak bela Hazril, tapi awak tu dah melampau.” Sedikit meninggi suara Dato’Tuah kali ini. Hazril tetap membisu seribu bahasa. Dia tidak berani untuk menyampuknya.

“Mami, dady, macam mana dengan adik?” Kedengaran suara yang lain menyampuk masuk pula. Hazril mengangkat mukanya dan kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki sudah berdiri di depan mentuanya.

“ Entah Sofiyah, doktor tak keluar lagi.” Ringkas jawapan Datin Rohayu pada anak keduanya. Lelaki yang datang bersama dengan Sofiyah tadi terus melabuhkan punggung di sebelah Hazril dan bahu lelaki itu di tepuk beberapa kali.

“ Sabar Ril, semuanya pasti okey” Nasihat lelaki itu. Hazril hanya mengganguk. Di dalam keluarga belah isterinya hanya bapa mentua dan suami kepada kakak iparnya sahaja yang baik dan bercakap elok dengannya. Dia bersyukur kerana masih ada insan yang menerimanya.

“ Macam mana adik boleh pengsan mami?” Soal Sofiyah lagi.

“ Tanyalah adik ipar kamu tu. Tak habis-habis nak menyusahkan orang” Marah Datin Rohayu sambil menunjuk ke arah Hazril.

“Malaslah nak bercakap dengan orang yang bertaraf rendah ni” Sindir Sofiyah pula.

“ Siapa suami Puan Soffi Amani?” Soal doktor yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan. Hazril pantas bangun lalu menuju kearah doktor tersebut.

“Saya doktor. Macam mana dengan isteri saya?” Cemas Hazril.

“ Isteri encik selamat tetapi saya minta maaf sebab tak dapat selamatkan kandungan isteri encik” Beritahu doktor tersebut.

“ Kandungan doktor? Maksud doktor isteri saya mengandung  ?” Hazril mahu lebih kepastian kerana dia masih tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya. Doktor tersebut mengganguk.Hazril terduduk di kerusi semula. Rasa kekecewaan timbul di mindanya. Dia langsung tidak tahu tentang kandungan itu dan jika dia tahu pasti dia akan menjaga setiap gerak geri isterinya.Mungkin isterinya juga tidak tahu tentang perkara itu jika tidak pasti dia sudah diberitahu tentang berita gembira itu apatah lagi dia dan Soffi sudah lama menunggu kehamilan tersebut. Namun kini, semuanya sudah terlambat. Janin yang berada di dalam rahim isterinya telah tiada. Pernantiannya selama 3 tahun berkecai begitu sahaja.Namun dia bersyukur kerana isterinya selamat. Doktor tersebut terus berlalu pergi selepas hidmatnya tidak diperlukan lagi.

“ isteri mengandung pun tak tahu. Nampak sangat tak pandai jaga bini” Sindir Sofiyah lagi.

“ Kalau Soffi tu dengan kau, sampai bila-bila pun aku tak merasa ada cucu dari anak bongsu aku. Sudahlah, jom balik” Ajak Datin Rohayu sambil menarik tangan suaminya. Buat masa sekarang dia tahu anaknya masih tidak sedarkan diri, jadi tidak perlulah dia berlama di situ. Mungkin esok hari sahaja dia datang kembali.

“Sudahlah, balik lagi bagus” Sofiyah terus melangkah mengikuti maminya dari belakang.

“ Ril, minta maaflah bagi pihak isteri aku. Kau banyakkan berdoa supaya isteri kau cepat sembuh. Nanti aku datang lagi” Lelaki berkacukan cina india itu terus menyalami tangan Hazril sebelum berlalu pergi.

*******
Perlahan-lahan Soffi membuka matanya. Terasa berat seluruh tubuhnya bila cuba digerakan. Dia memandang ke siling bilik  yang sedang di dudukinya dan dia tahu dia bukan di dalam bilik tidurnya. Terasa hangat di tangannya dan seperti biasa gengaman tangan Hazril selalu menghangatkan.Kelihatan Hazril terlena beralaskan birai katil sambil duduk di kerusi. Rambut lelaki itu diusap lembut hingga menyedarkan Hazril dari tidur.

“ Sayang...” Panggil Hazril lembut. Soffi tersenyum manis.

“ Sakit lagi sayang?” Soal Hazril lagi. Soffi mengganguk. Terasa sakit di bahagian tulang belakangnya.

“ Nak air” Minta Soffi. Hazril terus menuangkan air kosong ke dalam gelas lalu mengangkat sedikit kepala isterinya supaya boleh meminun air tersebut.

“Kenapa Soffi dekat sini abang?” Soal Soffi. Dia memang tidak ingat langsung kenapa dia boleh berada di situ. Hazril meletakan kembali gelas tersebut di atas meja bersebelahan dengan katil.

“ Soffi keguguran...” Ringkas jawapan Hazril. Terasa berat untuk mengatakannya tetapi dia tidak akan menipu isterinya kerana suatu hari nanti Soffi akan tahu juga.

“ Apa? Keguguran?” Soffi seperti pelik dengan jawapan suaminya. Sejak bila dia mengandung hingga boleh berlaku keguguran. Jari jemari Soffia di gengam erat oleh Hazril.

“Sayang tak sedar ke yang sayang mengandung selama ini?” Soal Hazril. Soffi mengelengkan kepala. Tangan kirinya mengusap perutnya yang sudah kosong. Janin yang tertanam di dalam rahimnya sudah tiada dan dia langsung tidak sedar yang dia mengandung. Patutlah perutnya begitu sakit sekali petang tadi, rupa-rupanya insan yang di nantikan selama ini akan pergi buat selama-lamanya.Mungkin akibat dia terjatuh semasa ditolak Suria menyebabkan dia keguguran.Dia tidak akan menceritakan perkara tersebut pada Hazril, biarlah pertemuannya dengan Suria menjadi rahsia.

“ Soffi minta maaf abang, Soffi tak tahu yang Soffi mengandung. Kalau Soffi tahu...”
Belum sempat Soffi menghabiskan ayatnya, Hazril terus menutup mulut isterinya mengunakan jari telunjuk. Dia tidak mahu Soffi terus berkata-kata.

“ Soffi tak salah. Ini semua takdir dan abang boleh terima apa yang berlaku. Lagipun ini petanda baik yang kita berdua sihat dan masih ada harapan untuk mendapat cahaya mata.” Nasihat Hazril. Dia bersyukur kerana kehamilan yang tidak menjadi itu juga telah menghapuskan tangapan buruk keluarga Soffi yang mengatakan dia mandul dan tidak sihat.Dahi Soffi di cium dengan penuh kasih sayang.

“ Terima kasih sebab abang sanggup mengharungi kerenah family Soffi. Soffi tahu pasti mereka semua marah dan hina abang dengan apa yang berlaku pada Soffi.Kenapalah mereka tidak boleh menerima abang?” kesal sungguh Soffi dengan keluarganya. Sudah banyak yang Hazril korbankan, tetapi keluarganya masih tidak boleh menerimanya.

“ Mana ada mereka marah abang. Mereka Cuma tegur abang sebab tak jaga Soffi baik-baik. Itu sahaja. Abang janji lepas ini abang akan jaga Soffi baik-baik” Janji Hazril. Soffi tersenyum manis.

*******
Sebulan telah berlalu dan Soffi telah sembuh sepenuhnya. Hazril pula sudah diterima bekerja di salah sebuah syarikat selepas dia keluar dari hospital sebulan yang lepas. Dia melabuhkan punggung di bangku yang berada di taman bunganya. Hampir setiap hari dia menghabiskan masanya di situ. Sejak dia keluar dari hospital, maminya langsung tidak dapat menjenguk dan hanya dadynya sahaja yang datang.

“ Buat apa dekat sini?”
Soffi terus berpaling ke arah suara tersebut dan kelihatan suaminya berdiri tidak jauh dari situ.

“ Ambil angin petang” Jawab Soffi. Memang terasa angin petang membelai tubuhnya. Tegak bulu romanya bila terasa sejuk. Hazril melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

“ Bestkan duduk sini waktu petang-petang macam ini. Seronoknya orang yang tinggal di kampung. Mesti bestkan” Duga Hazril selama ini di di besarkan di rumah anak yatim yang terletak di tengah-tengah kota dan dia tidak pernah tinggal di kampung. Soffi tergelak kecil.

“ Nak tinggal dekat kampung ke?” Gurau Soffi. Kini giliran Hazril pula ketawa.

“ Manalah abang ada kampung. Abang pun dibesarkan di rumah anak yatim. Kadang-kadang abang rasa nak sangat jumpa dengan ibubapa abang walaupun sekejap” Tiba-tiba Hazril menjadi sayu. Soffi mula terasa serba salah pula bila bertanya begitu.

“ Macam mana agaknya rupa mereka berduakan. Rasa-rasa sayanglah, abang ada adik beradik tak?” Hazril tersenyum dalam kekecewaan. Soffi hanya berdiam diri dan tidak mahu terus bercakap. Dia takut percakapannya nanti akan menyingung perasaan suaminya.

“ Sejak kecil abang dibuang di tempat perbuangan sampah. Ibu dengan bapa abang langsung tak perduli keselamatan abang bila di buang di situ. Mereka tak sayangkan abang sebab itulah mereka buang abang kan Soffi” Soal Hazril lagi. Soffi terus memeluk tubuh suaminya dengan penuh erat.

“ Mereka sayangkan abang, tapi Soffi lagi sayang sangat dekat abang. Soffi tak akan buang abang macam mana mereka buat pada abang. Soffi janji abang” Janji Soffi sambil mengalirkan air mata. Sungguh besar dugaan suaminya. Sejak dari kecil hingga ke besar, dugaan selalu datang.
“ Dah, jangan menangis.Dah tak cantik isteri abang” Hazril mengelap air mata di pipi isterinya.

“ Malam nanti mami ada buat jamuan makan satu family. Tahun ini kita tak payah pergi” Beritahu Soffi. Tidak sampai setengah jam tadi maminya menelefon memaklumkan perkara tersebut. Dia memang sudah berniat tidak akan menghadirkan diri dalam semua acara yang diajurkan keluarganya. Bukan kerana benci tetapi dia malas untuk bertekak dengan maminya. Setiap tahun, soal anak menjadi perbalahan. Dulu suaminya selalu di sembur dengan hinaan yang mengatakan lelaki itu mandul, tetapi kali ini dia pasti maminya tidak akan persoalkan tentang hal itu lagi.

“ Kenapa kita tak boleh pergi sayang?” Pelik sungguh Hazril dengan keputusan isterinya. Selalu, tiap-tiap tahun dia dan Soffi akan balik walaupun hakikat sebenar, kakinya begitu berat setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah mentuanya itu. Saat kakinya melangkah masuk, dia harus menebalkan lagi kesabaran yang sudah bersisa di hati kerana dia sudah berjanji pada dirinya, walauapapun yang berlaku, dia akan terus bertahan demi Soffi.

“ Tahun ini hinaan apa lagi yang mami akan cakap dekat abang. Soffi kesian dekat abang sebab mami selalu sakitkan hati abang. Kita tak payah pergi jelah.” Soffi sudah serik dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dia sendiri tidak faham kenapa suaminya begitu bersabar dengan apa yang  berlaku. Jika dia, pasti sudah meletup satu badan kerana menahan marah bila di hina apatah lagi dari keluarga sendiri.

“ Keputusan abang muktamat, kita pergi...” Hazril memberi kata putus. Dia tidak mahu disebabkan dia, hubungan antara Soffi dan Datin Rohayu berkecai begitu sahaja. Lagipun sejahat mana sekalipun orang itu, siapa kita untuk menghukumnya. Dia serahkan semuanya kepada Maha percipta. Soffi mengeluh berat. Keputusan itu tidak mampu di bantah lagi. Dia tahu Hazril memang tegas dalam melakukan keputusan dan tiada siapa boleh mengubahnya lagi.
******
“ Dah sampai pun anak mami” Begitu gembira Datin Rohayu menyambut kedatangan Soffi di depan pintu. Hazril yang berdiri di belakang Soffi langsung tidak dihiraukan hingga salam yang dihulurkan Hazril juga tidak di sambut. Soffi mengengam tangan suaminya lebih erat tanda memberi isyarat supaya bersabar walaupun dia tahu suaminya memang akan bersabar. Datin Rohayu mencium kedua-dua belah pipi Soffi seperti  sudah lama tidak berjumpa. Pelik sungguh Soffi dengan perangai maminya yang berubah dengan begitu ketara sekali tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Dulu, kedatangannya langsung tidak di sambut apatah lagi untuk mencium pipinya.

“ Masuk sayang mami” Ajak Datin Rohayu sambil menarik tangan anak perempuannya. Soffi terpaksa akur hingga gengaman tangan Hazril terlepas.

“Dady mana mami?” Soal Soffi bila tidak pula kelihatan dadynya di situ.

“ Dady dekat luar negara. Ada hal katanya” Beritahu Datin Rohayu sambil langkah di lajukan.Hazril hanya berdiam diri. Matanya hanya memandang sehingga kelibat isterinya hilang di sebalik manusia yang berada di situ. Agak ramai yang datang dan tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Kebanyakan orang-orang di situ langsung tidak dikenalinya. Mungkin saudara jauh yang dia tidak kenal, Duga Hazril sendirian. Langkah di atur ke ruang tamu bila dia melihat kelibat Rahim, iaitu suami kepada Sofiyah.

“ Hey man, bila sampai” Sapa Rahim sambil menyalami tangan Hazril.

“ Baru sampai...” Beritahu Hazril sambil matanya memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Soffi. Namun hampa, langsung tidak kelihatan di ruang tamu dan yang ada hanya orang lain yang sibuk berborak sambil minun. Tidak nampak langsung macam majlis untuk keluarga, tetapi lebih kepada majlis bersuka ria bila kedengaran bunyi lagu-lagu yang di pasang agak kuat. Kelihatan juga beberapa orang menari-nari sesama sendiri dan tidak ubah seperti kelab malam.

“ Weh, jom borak dekat luar. Bisinglah dalam ni” Cadang Rahim sambil meletakan gelas yang berisi air di atas meja. Hazril hanya mengganguk dan langkah di ikuti dari belakang. Terdapat kerusi di tepi kolam renang dan itulah tempat yang dipilih Rahim. Hazril melabuhkan punggung di kerusi sebelahan dengan Rahim. Sungguh cantik suasana malam itu. Beribu-ribu bintang di langit mengeluarkan cahaya yang begitu memukau. Jika di lihat melalui air yang berada di dalam kolam, lagi cantik dan mempersonakan.

“ Apa cerita kau sekarang?” Soal Rahim. Sudah lama dia tidak tanya khabar tentang adik iparnya itu.

“ Biasa saja. Aku dah dapat kerja baru dekat syarikat pengusahaan barangan mentah. Gaji biasalah kalau baru mula kerja, tapi okeylah dari tak ada kerja” Cerita Hazril. Dia sudah bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Walaupun gaji tidaklah besar sangat tetapi itu sudah memadai.

“ Aku sebenarnya tak setuju dengan cadangan mami nak masukan abang long dalam company tu, tak pasal-pasal kau kena tendang keluar.Dady pula macam tunggul kayu dan tak ada langsung nak bantah cakap mami.” Rahim memang sudah lama tidak berpuas hati soal itu, dan yang paling dia geram bila bapa mentuanya seperti tidak berani membantah kata-kata Datin Rohayu padahal wanita tua itu langsung tiada hak dalam syarikat. Dia bernasib baik kerana diterima keluarga isterinya, walaupun dia tahu hakikat sebenarnya dia diterima kerana keluarganya yang agak kaya. Hazril tersenyum sumbing.

“Tak apalah Rahim, sekurang-kurangnya aku boleh belajar berdikari sendiri. Tak baik kau cakap dady macam itu” Hazril sudah tidak kisah dengan apa yang akan berlaku.

“ Berdikarilah sangat. Padahal kau dengki dengan aku” Kedengaran satu lagi suara masuk. Rahim dan Hazril serta merta berpaling ke belakang dan kelihat satu susuk tubuh berdiri di belakang sambil berpeluk tubuh. Hazril kenal siapa lelaki itu.

“ Abang Man apa khabar?” Sapa Hazril. Azman buat muka bila di tanya begitu.

“ Buat pengetahuan kau aku akan rampas semua yang kau sudah rampas dari keluarga aku.Kau ni dahlah tak miskin, ada hati nak rampas harta keluarga aku” Azman memberi amaran. Dia memang sejak dari dulu lagi tidak sukakan Hazril dan dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia merasakan yang Hazril seperti ingin merampas semua harta keluarganya apatah lagi bila lelaki itu diberi jawatan besar dalam syarikat. Sebab kerana itulah dia segera balik ke tanah air. Tempoh dua tahun yang dia berikan untuk Hazril merasa duduk di kerusi CEO sudah tamat dan kini dia pula akan duduk di situ. Satu persatu apa yang dimiliki lelaki itu igin dirampasnya termasuk adik perempuannya. Dia mahu Soffi berkhawin dengan orang lain dan bukan dengan Hazril.

“ Abang Man dah kenapa? Hazril sanggup lepaskan jawatan itu sebab abang Man. Kalau dia nak rampas harta keluarga abang Man, sudah lama dia buat” Rahim membela Hazril kerana dia merasakan lelaki itu tidak bersalah.

“ Kau ni belah siapa sebenarnya. Hari tu kau bukan main kutuk si Hazril ni. Aku kenal sangat anak punggut macam Hazril ni.” Marah Azman. Bulat mata Rahim bila mendengarnya. Dia langsung tidak ingat bila dia mengutuk Hazril dari belakang dan dia tidak akan berbuat begitu. Dia tahu Azman cuba melagakan dia dengan Hazril pula.

“Bila masa saya kutuk...” Belum sempat Rahim menghabiskan ayatnya, Hazril terlebih dahulu menyampuk. Dia sudah tidak tahan lagi untuk terus mendengarnya.Sebelum sabarnya semakin menipis, dia harus beredar. Majlis tahun ini lebih teruk dari tahun sebelumnya. Dulu dia disindir kerana tidak boleh mengandungkan Soffi, tapi tahun ini soal harta pula. Lagi menyakitkan hatinya bila di di panggil anak punggut. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya sekarang.

“ Sudahlah, tak kisahlah siapa kutuk siapa. Rahim kau jangan risau aku tak marahkan kau pun. Abang Man, saya minta maaf kalau saya sudah banyak sakitkan hati abang Man. Saya tak ada niat langsung nak rampas harta keluarga abang Man tapi satu sahaja saya minta dari keluarga ini, saya hanya nakkan Soffi sahaja. Itupun sudah cukup untuk saya.” Hazril tahu Rahim tidak akan berniat untuk mengutuknya kerana dia kenal siapa Rahim. Soal Azman, memang dari dulu lagi tidak pernah selesai selagi dia masih bergelar menantu dalam keluarga itu. Dia sebenarnya malas untuk bergaduh kerana perkara yang tidak akan pernah selesai.Hazril terus mengatur langkah meninggalkan perkarangan kolam renang itu. Bahu Rahim ditepuk dua kali sebelum berlalu pergi. Dia igin mencari Soffi dan terus pulang ke rumahnya.Matanya liar mencari kelibat isterinya di ruang tamu yang dipenuhi dengan orang ramai namun hampa. Langsung tidak kelihatan dan dia terus melangkah ke bahagian dapur pula. Belum sempat kakinya melangkah masuk ke dapur, telinganya tertangkap pada suara-suara yang sedang bercakap di dapur. Langkah dihentikan dan dia hanya berdiri di situ untuk mendengar apa yang sedang dicakapkan orang-orang yang berada di dapur. Lagi menarik minatnya bila nama Soffi dan namanya di sebut oleh mereka. Dia mengintai sedikit untuk mengetahui siapa yang berada di dapur. Kelihatan maminya dan seorang wanita dalam lingkungan 50-an di dapur dan dia kenal siapa wanita itu. Itu adalah sepupu maminya yang tinggal di Kuantan.

“Mana boleh macam itu datin, Hazril tu masih suami Soffi, macam mana kita nak khawinkan anak saya dengan Soffi kalau mereka masih suami isteri” Beritahu Datin Jane.

“ Pasal budak tak guna tu senang sahaja nak handle yang penting sekarang ini Datin Jane setuju atau tidak?” Datin Rohayu menyakinkan sepupunya. Sudah lama dia teringin berbesan dengan keluarga Datin Jane yang kaya raya itu. Dia ingin melihat anak-anaknya hidup senang dengan jalan yang paling mudah.

“ Mestilah saya setuju. Siapa tak nak menantukan anak datin yang cun tu” Bergelak ketawa Datin Jane.

“ Saya ni bukan apa Datin Jane, saya nak anak-anak kita bahagia dan cucu-cucu kita nanti dari keturunan yang baik-baik. Bukan dari keturunan entah dari mana.” Datin Rohayu suka menghina keturunan Hazril kerana dia merasakan yang Hazril pasti anak dari hasil luar nikah.Dia tahu soal masa lampau Hazril pun kerana dia mengupah menyiasat untuk siasat latar belakang lelaki itu.

“ Saya akan pastikan mereka berdua bercerai”Janji Datin Rohayu dengan penuh yakin. Bulat mata Hazril bila mendengarnya. Sampai begitu sekali maminya ingin memisahkan dia dengan Soffi. Entah apa yang sedang dirancang oleh mereka berdua, dia masih tidak dapat mengangaknya.

“ Abang...”
Hazril tersentak bila bahunya di tepuk dari belakang. Dia mengosok dadanya kerana terkejut namun dia terasa lega bila Soffi yang berdiri di depannya.

“ Buat apa dekat sini?” Soal Soffi pelik bila suaminya hanya berdiri di tepi pintu dapur. Hazril terus menarik tangan isterinya ke tempat yang kurang orang.

“ Kenapa ni abang?” Soal Soffi lagi

“Abang ada hal lah sayang, so abang kena balik dulu” Tipu Hazril.

“ Soffi ikut” Minta Soffi. Dia mahu pulang. Rimas pula dia dengan perangai pelik maminya yang tiba-tiba memberikannya layanan yang begitu baik sekali.

“ Tak payahlah, abang tengok mami happy sangat sayang datang. Hari ini sayang tidur sini, esok pagi abang datang ambil sayang.Tak elok tinggalkan majlis begitu sahaja. Lagipun majlis belum habis lagi kan” Dalih Hazril. Untuk malam ini, dia akan meninggalkan Soffi di situ kerana dia tahu pasti maminya tidak benarkan isterinya balik. Soffi terpaksa akur dan mengganguk sahaja. Tangan Hazril di cium penuh hormat.

“ Soffi, buat apa dekat situ. Mari tolong mami layan tetamu” Panggil Datin Rohayu di depan pintu dapur.Hazril sudah mengangaknya. Wanita itu tidak akan benarkan dia menbawa balik Soffi.

“ Kejap mami” Jerit Soffi pula.Hazril memegan kedua-dua belah tangan isterinya dan mata bertaut.

“Sayang harus tahu satu perkara, walau apa pun yang berlaku abang tetap sayang Soffi sampai bila-bila” Ucap Hazril. Dia ingin wanita itu tahu tentang perasaannya sebelum berlaku apa-apa selepas ini.

“Kenapa abang cakap macam itu?” Soffi mula pelik dengan perangai suaminya. Hazril seperti ingin pergi jauh darinya. Hati Soffi mula tidak senang. Macam-macam benda buruk terlintas di mindanya. Hazril tidak menjawabnya dan hanya mencium dahi isterinya sebelum berlalu pergi. Dia juga tidak tahu kenapa dia boleh berkata begitu. Langkah laju di atur ke arah keretanya meninggalkan isteri tercinta di dalam rumah yang dianggap neraka baginya. Namun dia sedar, walaupun itu neraka baginya, tetapi itulah syurga bagi isterinya. Dia tidak mahu memisahkan pertalian antara mereka sekeluarga. Pedal kereta di tekan laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Ketika di dalam perjalanan, Hazril meraba-raba poket seluarnya untuk mencari telefon bimbitnya. Baru dia teringat yang dia menumpang telefonnya di dalam beg tangan Soffi sebelum masuk ke dalam rumah mentuanya tadi.Dia harus mendapatkan telefonnya kembali kerana telefon itu amat penting baginya. Dia takut ada panggilan kecemasan pula nanti, lagipun pasti susah untuk dia berhubung dengan Soffi. Dia terus berpatah balik ke rumah banglo tersebut. Dia tergaman seketika bila tempat yang dia meletakan keretanya tadi sudah di rampas orang lain. Tersergah indah kereta Audi A4 di perkarangan banglo dua tingkat itu. Langkah perlahan diatur masuk kembali ke dalam banglo tersebut. Tercari-cari dia kelibat isterinya, namun kali ini juga percariannya hampa. Bila dia merasakan yang isterinya tiada di tingkat bawah, dia naik ke tingkat atas pula. Semasa melangkah naik ramai yang menegur, namun dia hanya tersenyum sahaja. Dia tiada masa untuk bercakap dengan orang yang berada di situ. Ketika dia melintas di depan bilik maminya dia terdengar tangisan dari seseorang. Kerana pintu bilik yang tidak di tutup rapat, dia boleh nampak siapa yang sedang menangis di birai katil. Sekali lagi dia cuba curi dengar apa yang sedang berlaku di dalam bilik tersebut.

“Mami tak kira, Soffi kena minta cerai juga dengan Hazril. Dia bukan lelaki yang baik untuk Soffi.” Desak Datin Rohayu sambil mencekak pinggang dengan muka yang bengis. Tiga tahun dia bersabar dengan perkhawinan anaknya itu dan kali ini dia bertegas juga dengan keputusannya. Dia mendesak kerana  Soffi satu-satunya peluang untuk dia berbesan dengan keluarga hartawan itu. Dia tidak mendesak anak perempuan keduanya kerana keluarga Rahim sudah cukup kaya. Hanya Hazril sahaja yang begitu hina di matanya.

“ Sampai hati mami buat Soffi macam ini. Soffi sayangkan Hazril. Dia adalah lelaki terbaik dalam hidup Soffi.” Terang Soffi. Dalam hidupnya selama ini, Hazril adalah lelaki terbaik yang datang dari Allah kepadanya.

“ Dengar sini Soffi, kalau Soffi tak cerai dengan Hazril Soffi jangan harap akan dapat satu sen pun harta keluarga kita. Rumah dan kereta Soffi, mami akan ambil semula. Lepas itu suka hati Soffilah nak duduk merempat dekat mana sekalipun. Jangan jejak kaki dekat rumah ini  dan Soffi bukan anak mami lagi.Sejak dari dulu lagi degil, tak pernah nak dengar cakap mami. Mami buat semua ini sebab nak tengok Soffi hidup senang.” Ugut Datin Rohayu lagi. Dia tahu dengan ugutan itu, Soffi akan mengikut setiap kata-katanya. Jika apa yang dirancangnya berjaya, semakin bertambah kayalah dia bila syarikat keluarga Datin Jane bergabung dengan syarikat milik keluarganya. Hazril tergaman bila mendengar kenyataan mentuanya itu.Sampai begitu sekali Datin Rohayu mengugut anaknya hingga sampai tidak mengaku anak. Dia harus memikirkan satu jalan penyelesaian antara Soffi dan Datin Rohayu.Soffi bangun berdiri dari duduk.

“ Syurga Soffi ada pada Hazril bukan pada mami. Soffi tak akan tinggalkan suami Soffi walaupun Soffi kena merempat sekalipun.” Tegas Soffi keras. Dia tidak akan berlembut sama sekali walaupun di ugut sebegitu rupa. Dia lebih yakin yang Hazril mampu memberinya kebahagian berbanding keluarganya. Hazril terus berlari turun ke tingkat bawah bila dia merasakan mereka berdua akan keluar dari bilik tersebut dan dia tidak mahu mereka tahu dia di situ dan mendengar perbualan tadi.

“ Kau ni Hazril ke?”
Hazril tersentak bila ada seseorang menegur saat kakinya ingin melangkah keluar dari banglo tersebut. Dia terus berpaling ke belakang dan kelihatan seorang lelaki berdiri di belakangnya. Dari pandangan matanya, dia tahu lelaki itu pasti kacukan luar negara kerana kelihatan tidak seperti lelaki-lelaki melayu yang lain.

“ Ya, kenapa?” Soal Hazril. Dia juga dia tahu siapa lelaki itu dan kenapa tiba-tiba sahaja menegurnya.

“ Aku Johan, sepupu Soffi dari kuantan, anak Datin Jane” Beritahunya. Hazril teringat perbualan mentuanya dengan seorang wanita di dapur tadi. Itu adalah ibu kepada lelaki yang sedang berdepannya yang akan merampas Soffi suatu hari nanti. Dia tetap menunjukan wajah yang tenang dan selamber.

“ Aku nak minta dengan cara baik dengan kau tolong lepaskan Soffi. Dia hak aku” Minta Johan. Hazril tersenyum sumbing.

“ Kenapa kau nak sangat rampas Soffi dari aku? Apa masalah kau sebenarnya?” Hazril masih boleh bertenang. Johan tergelak kecil.

“ Bukan aku yang rampas Soffi dari kau, tapi kau rampas Soffi dari aku”

“Maksud kau?” Semakin tidak mengerti Hazril dengan kata-kata Johan itu.

“ Aku kenal Soffi lebih lama dari kau. Sejak kecil lagi kami memang selalu bersama-sama sampailah aku menetap dekat luar negara 5 tahun yang lepas. Bila aku balik sini, aku dapat tahu dia khawin dengan kau, so the problem is kau yang rampas dia dari aku. Sekarang ini aku balik untuk rampas balik dia dari kau” Cerita Johan dengan penuh angkuh.

“ Kau cubalah rampas Soffi dari aku. Kita tengok siapa yang kalah dan siapa yang menang” Cabar Hazril. Dia tahu Soffi cintakanya dan dia yakin perasaan itu tidak akan berubah.

“ Okey, kita tengok siapa yang akan tersungkur dan jilat tapak kasut aku nanti” Johan memang pantang dicabar. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyaut cabaran dari Hazril. Demi Soffi dia sanggup buat apa sahaja. Dia memang sudah lama menaruh harapan pada wanita itu dan sejak kecil lagi dia sudah berangan untuk menikahi Soffi, namun semuanya musnah bila dia tiba di tanah air sebulan yang lepas. Luruh jantungnya bila dapat tahu Soffi telah berkhawin dengan orang lain dan lagi menyakitkan hatinya bila Soffi sanggup membelakangkan keluarga sendiri demi lelaki itu. Hebat sangat ke Hazril di mata Soffi, bisik hati kecil Johan.

“Abang buat apa dekat sini?”
Hazril dan Johan terus memandang ke arah suara itu. Kelihatan Soffi sedang melangkah ke arah mereka berdua.

“Abang tertinggal telefon sayang. Boleh tolong ambilkan telefon abang dalam beg tangan sayang” Minta Hazril. Soffi menyeluk ke dalam beg tangannya untuk mencari telefon. Hazril langsung tidak perasan yang beg tangan itu sudah berada di lengan isterinya. Johan hanya memandang dengan perasaan geram bila melihat kemesraan mereka berdua, namun dia tetap menunjukan wajah yang selamber.Lagi bengang dia bila Soffi langsung tidak menegurnya seperti dia tidak wujud si situ.Soffi terus menghulurkan telefon yang berada di dalam beg tangannya ke arah Hazril lalu terus di sambut.

“ Soffi nak ikut abang balik. Soffi tak nak tidur sini” Minta Soffi.

“ Soffi tidur sinilah, tolong mami,Kesian mami kena layan tetamu sendirian.” Pujuk Hazril. matanya sempat meneliti jam di tangan. Baru pukul 10.00 malam.

“ Kalau abang tak nak bawa Soffi balik, Soffi jalan kaki sahaja.” Soffi mula merajuk dan terus melangkah keluar dari rumah, namun lengan wanita itu telebih dahulu di pengan Hazril.

“ Tunggu dalam kereta” Arah Hazril. Soffi tersenyum manis sambil mengganguk. Dia tahu Hazril pasti akan mengalah dengannya.

“ Okeylah En.Johan, aku kena balik dulu sebab banyak benda lagi aku nak buat dekat rumah.Jumpa nanti” Hazril menepuk bahu Johan sebelum berlalu pergi. Semakin membara hati Johan dengan Hazril yang dianggap berlagak di depannya.

*******
Dalam masa sebulan sahaja,kereta dan rumah telah di rampas oleh Datin Rohayu dan buat sementara waktu Hazril hanya mampu menyewa rumah teres satu tingkat sahaja. Risau juga dia takut Soffi tidak selesa dengan kehidupan baru itu lagipun wanita itu tidak pernah hidup susah tidak sepertinya yang memang sejak dari kecil lagi hidup dalam keadaan sederhana. Nasib baik dia masih mempunyai kereta yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri dan senanglah dia berjalan ke sana ke mari. Dia meneliti jam di dinding pejabatnya, sudah jam 1.30 petang. Patutlah dia terasa lapar, rupa-rupanya sudah masuk waktu makan tengah hari. Dia mengemas semua fail-fail yang sedikit berselerak di atas meja untuk kelihatan kemas kerana dia memang tidak suka keadaan bersepah. Deringan telefon mengejutkannya dan pantas telefon bimbit yang berada di atas meja di angkat.

“ Ya sayang, ada apa?” Soal Hazril.

“ Mami call” Beritahu Soffi dengan nada yang begitu sayu. Hazril menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

“Mami cakap apa?”Hazril semakin ingin tahu. Apa lagi yang dimahukan wanita tua itu.

“ Mami nak jumpa Soffi...” Semakin rendah suara isterinya.

“Sayang cakap apa dekat mami?”

“ Soffi diam saja. Mami cakap dia nak jumpa sangat-sangat dengan Soffi.”
Hazril mengeluh berat. Ketika itu rakan sepejabatnya sudah mula mendekati meja kerjanya. Dia menunjukan isyarat menggunakan tangan supaya rakan sekerjanya itu duduk terlebih dahulu kerana dia sedang bercakap di telefon.

“ Pergilah Soffi, mami rindu dekat Soffi agaknya.Jangan kecewakan mami sayang” Nasihat Hazril.Soffi berdiam diri.

“ Soffi...” Panggil Hazril bila talian senyap sahaja.

“ Emmm...” Balas Soffi.

“Pergilah, tak payah fikir lagi. Abang ada hal ni, jumpa malam nanti” Talian dimatikan bila Soffi telah mematikan talian. Sekali lagi dia mengeluh.

“ Awek ke?” Sampuk Kamal yang dari tadi lagi jadi memerhati. Hazril tergelak kecil.

“ Bini akulah...”

“ Apa bini? Bila kau khawin? tak bagitahu aku pun” Tersentak Kamal dengan kenyataan itu. Selama ini dia tidak tahu yang rakan kerja barunya itu sudah berkhawin.

“ Dah nak masuk tiga tahun aku khawin. Sorry tak bagitahu kau. Lagipun orang-orang dalam pejabat ni tak tahu pun pasal aku dah khawin. Malas nak bercerita.” Hazril bukan sembunyikan perkhawinannya tetapi dia malas nak bercerita dan selama dia bekerja di situ tiada seorang pun tanya dia sudah khawin atau tidak.

“ Gila, macam tak percaya kau dah khawin” Kamal masih tidak percaya dengan apa yang baru dia ketahui itu.

“ Kenapa pula kau tak percaya?”

“ Kau nampak masih muda dan macam tak khawin lagi. Selalunya orang dah khawin perut dia boroi tapi kau masih macam teruna. Beruntung isteri kau” Puji Kamal. Hazril tergelak kecil. Sampai begitu sekali pujian dari Kamal kepadanya.

“Mudalah sangat. Aku dah masuk 30 tahun. Cakap banyak pula kau ni, jom makan” Ajak Hazril sambil bangun dari kerusi. Dompet dan telefon bimbit di masukan ke dalam poket seluarnya.

“ Weh, nanti bawa aku jumpa wife kau. Mesti cunkan?” Puji Kamal lagi bila dia sudah berjalan seiringan keluar dari pejabat untuk ke gerai makan.

“ Buat apa? kau nak ngorat dia?” Gurau Hazril sambil tergelak besar begitu juga dengan Kamal.

Selesai makan tengah hari, Hazril dan Kamal terus balik semula ke pejabat untuk menyambung kembali kerja. Banyak benda lagi kerja yang tertagguh di pejabat.Sebaik tiba di pejabat, Hazril terus meja kerjanya. Kamal juga meneruskan kerjanya sendiri. Fail yang di susun di tepi meja di capai semula. Dia ingin meneliti sekali lagi fail tersebut kerana dia perlu yakin yang maklumat di dalamnya lengkap dan betul kerana tidak mahu berlaku kesilapan nanti. Boleh menjadi masalah jika berlaku kesilapan apatah lagi ia boleh menjejaskan repotasi kerjanya. Keringan telefon bimbit menghentikannya dari terus membelek fail. Tertera nombor yang langsung tidak dikenali dan tiba-tiba jantungnya berdenyut kencang entah mengapa. Butang hujau terus di tekan.

“ Assalamualaukum...”Hazril memberi salam.

“ Waalaikummusalam... Ini En.Hazril ke?” Soal orang yang berada di talian tersebut. Jantung Hazril semakin berombak laju. Siapa pula yang mencarinya waktu-waktu begitu.

“ Ya saya, ada apa encik?” Soal Hazril bila dia tahu pemilik panggilan itu ialah lelaki.

“ Saya dari jabatan agama islam...”

*******
“ Mami tolong Soffi, sampai hati mami buat Soffi macam ini” Rayu Soffi sambil menangis di depan maminya yang dari tadi hanya berpeluk tubuh. Soffi merasakan hidupnya gelap gelita ketika itu. Entah mengapa dia begitu bodoh sekali bersetuju untuk berjumpa dengan maminya di hotel dan tidak pasal-pasal di ditangkap khawat dengan Johan. Dia sendiri tidak tahun sejak bila lagi johan berada di dalam bilik yang di tempah maminya. Sebaik sahaja maminya keluar dari bilik hotel tersebut, tibat-tiba Johan muncul di dalam bilik tersebut dan tidak sampai 5 minit jabatan agama islam datang dan akhirnya dia terperangkap. Dia tahu maminya yang rancang semua ini. Johan kelihatan tenang di sudut hujung bilik di pejabat jabatan agama islam itu dan begitu juga dengan Sofiyah dan Azman. Mereka berdua juga berdiam diri seperti segitu seronok melihat penderitaannya. Soffi teringat pada dadynya yang sekarang ini masih di luar negara. Dia merasakan dia seperti sudah tiada ayah kerana lelaki itu langsung tidak perdulikan apa sahaja yang berlaku. Hidup dadynya hanya bekerja, makan dan tidur. Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu jadi sebegitu.  Soffi melutut di depan maminya untuk meminta simpati.

“ Mami tolonglah Soffi, beritahu mereka Soffi tak salah” Rayu Soffi walaupun dia sebenarnya begitu marah dengan maminya kerana sanggup melakukan perkara tersebut padanya. Dua orang dari jabatan agama islam itu sedang berbincang sesama mereka dan masih menunggu kedatangan Hazril.

“ Soffi dah sedap dengan Johan, kenapa minta tolong mami pula?” Marah Datin Rohayu walaupun hakikat sebenarnya dia begitu gembira kerana rancangannya dengan Johan berjalan lancar. Soffi bangun dari melutut.

“ Mami yang rancang semua inikan? Mami memang kejam!!” Jerit Soffi sambil mengoncang-goncang tubuh maminya. Cepat-cepat Datin Rohayu menepis tangan Soffi dari terus mengoncang tubuh. Tiada orang yang menghalangnya berbuat begitu kerana yang tinggal di bilik tersebut hanya keluarganya dan Johan sahaja. Entah kemana orang dari jabatan agama islam itu pergi, dia tidak tahu.Soffi terduduk di tepi dinding sambil berpeluk kaki. Tangisan langsung tidak lekang dari pipinya. Dia takut sangat yang Hazril tidak akan percayakannya. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang di sayangi.

“Assalamualaikum...”
Kedengaran orang memberi salam. Serentak mereka semua menjawabnya. Sebaik sahaja Hazril melangkah masuk, manusia pertama yang dia cari adalah Soffi dan kelihatan isterinya duduk di tepi dinding sambil menangis. Namun dia hanya berdiri dan tidak langsung melangkah ke arah Soffi.

“Abang...” Panggil Soffi sambil bangun dan berlari mendapatkan suaminya. Tubuh suaminya di peluk sekuat hati namun Hazril tetap membatukan diri. Semua mata hanya memandang dan menunggu reaksi Hazril seterusnya. Datin Rohayu sudah tersenyum puas.

“Soffi tak salah abang...Ada orang perangkap Soffi dengan Johan” Soffi membela diri. Hazril Mengusap lembut rambut isterinya dan di cium ubur-ubur rambut Soffi yang sedang memeluknya itu.

“Soffi Amani Binti Tuah Iskandar, aku ceraikan kau dengan talak satu...” Lafaz Hazril. Terasa seperti petir memanah kepalanya saat lafaz itu di sembur keluar. Soffi tersentak lalu melepaskan pelukan. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya itu. Terkejut semua orang yang berada di situ bila Hazril begitu berani melafaz cerai tanpa bertanya dengan lebih lanjut.

“ Apa abang cakap ni? Soffi tak salah, kenapa abang hukum Soffi macam ini” Marah Soffi bila Hazril langsung tidak siasat dulu apa yang berlaku. Lelaki itu senang sahaja melafazkan cerai seperti tiada apa-apa makna langsung.

“ Soffi tak nak cerai!!! Soffi nak hidup dengan abang!!! Abang kejam!!!” Jerit Soffi sambil memukul-mukul dada Hazril mengunakan tangannya. Begitu mudah lelaki itu melepaskannya tanpa bertanya terlebih dahulu. Sebaik sahaja lafaz tadi di keluarkan Hazril, dia bukan isteri lelaki itu lagi. Status janda telah melekat pada dirinya.  Hazril membiarkan sahaja Soffi memukulnya.Dia percaya yang Soffi tidak melakukan semua itu tetapi dia terpaksa menceraikan Soffi demi masa depan yang lebih cerah. Dia melepaskan Soffi kerana dia tidak sanggup melihat Soffi memutuskan hubungan dengan keluarga sendiri kerana dia dan dia juga tidak sanggup melihat Soffi hidup susah bersamanya. Itu adalah jalan terbaik untuk kembalikan semula hak wanita itu. Soffi tidak layak hidup susah dengannya.Lagipun memang hidup tak akan aman jika perkhawinan tidak direstui. Cukuplah selama tiga tahun dia tinggal bersama dengan wanita itu dan masa itu mengajarnya untuk tidak memertingkan diri sendiri.

“Abang jahat, Soffi benci abang...” Rintih Soffi sambil terjelopok ke lantai. Lemah lonlai tubuhnya kerana masih terkejut dengan keputusan Hazril tadi. Semakin kuat tangisan Soffi.

“Memang abang kejam Soffi tapi apa yang mereka buat pada abang selama ini lebih kejam dari segala-galanya. Cukuplah abang hidup dalam perhinaan selama ini dan abang dah tak tahan lagi. Memang abang miskin, tapi abang ada maruah. Kalau Soffi sayangkan abang, biarkan abang cari kehidupan abang yang lebih baik. Soffi kembalilah pada keluarga Soffi” Luah Hazril. Dia bukan ingin mengungkit apa yang berlaku selama ini, tetapi itu sahaja jalan untuk dia melepaskan diri dari Soffi dan keluarga itu. Dia tahu itu semua bukan salah Soffi, tapi dia sudah tiada alasan lain. Wanita itu harus kembali semula pada keluarganya. Dia tidak mahu memutuskan pertalian yang ada antara mereka. Hazril terus melangkah keluar dari bilik tersebut dengan perasaan yang begitu hiba. Matanya sempat mengerling ke arah Johan dan lelaki itu sempat tersenyum sumbing padanya. Kau menang Johan..bisik hati kecil Hazril.

“ Abang...”Panggil Soffi kuat, namun Hazril tidak lagi menoleh ke belakang. Jika dia menoleh, pasti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan wanita itu menangis sendiri. Jika dulu dia boleh menjadi tuala untuk mengesat air mata itu, kini dia hanya mampu melihat dari jauh. ‘Selamat tinggal bidadariku... Abang akan tetap sayang Soffi sampai bila-bila’ Bisik hati kecil Hazril saat meninggalkan perkarangan jabatan agama islam itu. Dia akan kembali ke situ untuk menguruskan hal perceraian pula dan selepas itu dia akan lari jauh dari kerana tidak sanggup dia melihat Soffi dengan lelaki lain nanti.

“Kenapa abang sanggup buat Soffi macam ini? Soffi tak salah...” Rintih Soffi sendirian.

******
“ Kau gila apa nak berhenti kerja tiba-tiba?” Soal Kamal bila melihat rakanya sibuk memasukan barang-barang ke dalam kotak. Sebaik sahaja dia tiba di pejabat pagi tadi, dia menerima khabar yang Hazril telah menghantar surat berhenti kerja. Sudah seminggu dia melihat Hazril begitu tidak terurus. Pretasi kerja juga jatuh merundung. Hazril meneruskan kerjanya tanpa langsung menjawab soalan dari rakannya.

“ Woi Ril, aku tanya kau ni, kenapa kau berhenti kerja?” Tegas Kamal bila soalanya tidak terjawab. Hazril terus melemparkan fail di tangannya ke lantai. Tiba-tiba sahaja kemarahannya naik bila Kamal masih terus bertanya. Tersentak Kamal dengan tindakan Hazril yang mengejutkan itu. Semua staf yang berada di situ hanya memandang dari jauh.Hazril melabuhkan punggung di kerusi untuk mengumpul ketenangan. Entah mengapa sabarnya semakin menipis. Sudah lima hari dia tidak berjumpa dengan Soffi dan kali terakhir dia melihat wanita itu ketika di pejabat jabatan agama islam minggu lepas. Entah apa khabar Soffi sekarang.

“ Maaf Kamal, aku bukan segaja buat macam itu. Aku serabut sangat sekarang ini” Hazril memohon maaf kerana keterlanjurannya melemparkan marah pada orang yang tidak sepatutnya.

“ Apa masalah kau sebenarnya ni?” Kamal simpati dengan rakannya ketika itu.Dia tahu rakannya sedang dilanda masalah besar jika tidak pasti Hazril tidak semarah itu. Lagipun dia tahu, Hazril bukan seorang yang mudah cepat marah mahupun melenting. Entah masalah apa yang sedang melanda rakannya hingga soal kesabaran di tolak tepi.

“ Aku dan bercerai...”

“Apa!!!” Terkejut Kamal dengan kenyataan Hazril. Dia baru tahu soal perkhawinan lelaki itu dan tiba-tiba dia menerima berita yang kurang senang didengar. Masalah apa yang berlaku hingga sampai bercerai.

“Macam mana boleh jadi macam itu Ril?” Kamal semakin ingin tahu.Hazril menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul kekuatan.Dia menceritakan tentang hal tersebut pada Kamal untuk menghilangkan sedikit beban di kepalanya. Jiwanya sedikit tenang bila ada orang sudi mendengar masalahnya sekarang.

******
“ Datin, cik Soffi tak nak makan” Beritahu Mak Som pada majikannya. Datin Rohayu yang sedang bersantai di tepi kolam renang tersentak dengan teguran tiba-tiba itu  Geram sungguh dia dengan pembantu rumahnya itu kerana selalu berbuat begitu padanya.Silap-silap hari bulan dia boleh terkena sakit jantung.

“Kalau dia tak nak makan, sudah. Apa masalahnya” Mara Datin Rohayu pada pembantu rumahnya yang berusia 55 tahun itu. Geram sungguh bila waktu rehatnya diganggu.

“ Tapi datin, sudah dua hari cik Soffi tak makan. Dia hanya minun sahaja. Saya takut dia sakit nanti” Beritahu Mak Som lagi. Datin Rohayu meletakan gelas berisi jus oren di atas meja semula. Majalah ‘WANITA’ diberhenti dari terus menbeleknya.

“ Dua hari tak makan, hari ini baru nak bagitahu. Kalau anak saya mati kebuluran, siapa nak cakap” Marah Datin Rohayu lagi. Memang sudah dua hari dia tidak mengikuti perkembangan anak perempuan bongsunya itu. Kini dia hanya menunggu edah Soffi berakhir dan bolehlah dia khawinkan anaknya itu dengan Johan.

“Maaf datin, memang salah saya”Mak Som mengakui kesalahannya yang tidak memberitahu hal tersebut lebih awal.

“Dah pergi!!!”Halau Datin Rohayu. Tergopoh-gopoh Mak Som berlari ke dapur.

“ Menyusahkan betul. Orang nak bagi dia senang dia nak juga yang susah. Kalau tahu macam inilah jadinya, dari kecil lagi aku dah cekik sampai mati.” Bebel Datin Rohayu sambil melangkah ke tingkat atas. Pintu bilik anaknya yang dikunci dari luar dibukanya. Dia memang segaja kunci dari luar kerana takut Soffi akan lari dari rumah nanti. Dia tidak mahu yang dirancang akan musnah.Sungguh bersepah bilik tersebut dan kelihatan satu susuk tubuh yang masih terbaring di tilam dan selimut menutupi seluruh badan kecuali kepala.

“Apa bersepah sangat bilik ni. Mak Som tak kemas ke?” Bebelnya lagi.Di labuhkan punggung pada tepi tilam. Wajah Soffi yang sedang tidur itu di tatapnya. Tiba-tiba kenangan lama menerjah di mindanya. Sewaktu kecil-kecil Soffi kecil dulu, dia selalu mengejutkan wanita itu dari tidur untuk ke sekolah. Mencium pipi gebu Soffi setiap pagi dan bergurau senda dengannya. Dia benar-benar rindukan semua itu. Di pandang pada meja di sebelah katil. Terdapat makanan yang di masak Mak Som yang langsung tidak di sentuh. Dia tahu Soffi masih tidak menjamahnya.

“Soffi bangun...” Datin Rohayu mengoncangkan sedikit tubuh anaknya. Perlahan-lahan Soffi membuka matanya bila terasa goncangan di tubuh.Bila melihat maminya di sebelah, Soffi bangun dan menyandarkan tubuh di birai katil.

“Kenapa tak makan?” Soal Datin Rohayu tegas. Dia bangun dari situ dan terus ke tingkap bilik. Di buka langsir yang menutupi cahaya matahari yang ingin masuk menerangi bilik.

“Dah besar pun nak kena suruh baru makan.” Sambung Datin Rohayu lagi dan kali ini punggungnya di labuhkan pada kerusi meja komputer yang berada di penjuru bilik.

“ Sampai bila mami nak kurung Soffi? Nak tunggu sampai Soffi mati baru mami nak menyesal sebab kurung Soffi.” Soal Soffi dalam keadaan marah. Dia sudah bosan tinggal di dalam bilik tersebut apatah lagi semua kemudahan perhubungannya di rampas hingga dia langsung tidak boleh berhubung dengan orang luar. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada Hazril. Lelaki itu juga terus menghilangkan diri sebaik sahaja kes cerai selesai seminggu yang lepas.

“ Sampai Soffi habis edah sebab mami nak khawinkan Soffi dengan Johan.” Beritahu Datin Rohayu sambil tersenyum manis. Soffi melemparkan bantal yang berada di atas katil ke lantai.

“Mami tak habis-habis dengan Johan.Mami dengan dia sama saja. Semuanya nak hancurkan hidup Soffi.Kalau bukan sebab mami dengan Johan, Soffi tak akan kehilangan Hazril” Marah Soffi.

“ Hazril, Hazril, Hazril. Itu sahaja yang kamu tahu. Dia tak sayangkan Soffi. Kalau dia sayangkan Soffi, dia tak akan ceraikan Soffi dengan mudah tanpa usul periksa.” Datin Rohayu menyambungnya.

“ Semua ini salah mami. Soffi tahu mami yang rancang semua ini, kalau tak macam mana Johan boleh ada dalam bilik tu masa mami keluar. Mami segaja nak seksa Soffi kan?” Menitis air mata Soffi bila teringatkan peristiwa hitam itu. Datin Rohayu bangun sambil mencekak pinggang. Geram sungguh dia dengan anak perempuannya itu kerana berani meninggikan suara.

“ Hey Soffi, jangan nak kebulur sangat dekat jantan tak guna tu. Banyak lagi lelaki dalam  dunia ini yang kaya raya yang boleh buat Soffi bahagia” Tengking Dating Rohayu pula.

“ Duit tak boleh beri kebahagian mami” Soffi membetulkan kenyataan maminya. Seramai mana sekalipun orang dalam dunia ini, dia hanya inginkan Hazril. Lelaki itu sahaja yang boleh buat dia rasa bahagia. Datin Rohayu tergelak kecil.

“ Siapa cakap kebahagian tak boleh dibeli dengan duit. Mami boleh hidup dengan dady walaupun pada mulanya mami tak sukakan dady. Semuanya sebab duit Soffi.” Beritahu Datin Rohayu. Memang dulu dia berkhawin dengan Dato’Tuah atas dasar duit. Jika suaminya tiada harta dan duit yang banyak, dia mungkin langsung tida memandangnya, jadi dia igin semua anaknya menjadi sepertinya. Hidup senang sampai ke tua.

“ Sekarang ini mami boleh cakap yang mami tak sayangkan dady, tapi mami akan rasa suatu hari nanti bila dady tinggalkan mami. Masa itu baru mami tahu apa yang Soffi rasa sekarang.”Soffi terus turun dari katil dan mencapai tuala di penyidai. Dia ingin membersihkan diri sebelum solat zohor.

“ Kamu ingat mami kisah kalau dady tinggalkan mami. Fikirlah sikit, sekurang-kurangnya mami tak akan keluar dengan tangan kosong kalau dady tinggalkan mami. Itu kelebihan orang khawin dengan orang kaya berbanding dengan orang  miskin” Sindir Datin Rohayu sambil tergelak. Dia memang tidak kisah tentang perasaan, tapi yang paling penting dia tidak akan pernah kehabisan duit.

“Kita tengok...”

******
“Inilah rumah arwah nenek aku. Tapi rumah ini usang sedikit sebab dah lama kosong” Beritahu Kamal pada Hazril. Dia menamati rumah tersebut. Sudah hampir 5 tahun dia tidak ke situ sejak kematian nenek dan datuknya. Dulu di kampung itulah tempat dia akan pergi setiap kali cuti sekolah dulu. Kelihatan semak samun mula naik di persekitaran rumah tersebut. Hazril juga memandang sekeliling. Banyak kerja yang dia harus lakukan nanti untuk mengembalikan keindahan rumah tersebut. Punggung dilabuhkan ke pangkin rumah.

“ Cantik kampung kau Mal. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku jejak kaki dekat kampung.” Puji Hazril. Sungguh tenang bila berada di situ. Langsung tidak kedengaran bunyi bising seperti di bandar apatah lagi bila rumah itu jauh sedikit dari jalan raya.

“ Kau biar betul nak tinggal sini?” Soal Kamal tidak berpuas hati dengan cadangan rakannya itu. Terkejut dia bila tiba-tiba Hazril mengutarakan hasrat untuk tinggal di kampungnya.

“Kenapa, tak boleh ke atau rumah ni dah ada orang nak duduk.?” Hazril memang sudah berminat untuk tinggal di kampung halaman Kamal dan dengan itu juga dia boleh lari dari semua orang yang berada di bandar terutama sekali Soffi.

“ Mana ada orang nak duduk sini, lagipun ini rumah bapa aku. Bapa aku anak tunggal dan aku pun anak tunggal, so rumah ini jatuh atas tangan aku. Aku bukan apa Ril, kau duduk sini sorang-sorang, tak takut ke?” Soal Kamal. Seram sejuk juga dia melihat rumah yang sedikit usang itu. Hazril tergelak besar bila Kamal mempersoalkan tentang perkara itu.

“Aku lelaki, bukan perempuan, nak takut apanya. Kau ni lelaki ke pondan, penakut sangat” Gurau Hazril.

“Banyaklah kau pondan. Oh ya, kalau kau duduk sini kau nak kerja apa?” Soal Kamal ingin tahu. Setahunya, di kampung itu tiada kilang mahupun syarikat besar-besar dan yang ada hanya kedai-kedai runcit. Di pekan sedikit baru ada pasar raya dan perniagaan kecil-kecilan. Hazril berfikir sejenak. Tidak pula dia terfikir soal ketika mengutarakan cadangannya untuk tinggal di kampung kepada Kamal.

“Hah, apa kata kau usahakan tanah dekat belakang rumah nenek aku ni. Bapa aku ada suruh aku usahakan tapi aku ni manalah minat benda-benda itu semua. Lagipun, kalau dah usahakan tanah itu, mesti aku kena tinggal dekat kampung ini. Aku tak minat duduk kampung dan aku lebih suka duduk bandar yang sibuk dengan orang ramai. Dekat kampung ni, manalah ada panggung wayang. Aku ni kaki wayang, boleh gila aku kalau tinggal sini” Cerita Kamal beserta reaksi sekali. Tergelak Hazril dengan reaksi Kamal bila bercakap. Habis kaki dan tangan digunakan siap dengan memet muka sekali.

“ Aku tahu kau tu pemalas sebenarnya. Luas ke tanah kau ni Kamal?” Hazril sempat menjenguk ke belakang rumah yang dipenuhi dengan semak samun. Silap-silap hari bulan binatang buas pun tinggal di situ.

“ Aku pun tak tahu berapa luas tanah ni, tapi cuba kau jalan sampai kau jumpa pagar warna hijau. Sampai situlah tanah nenek aku. Tanah ini sudah di pagar supaya tidak termasuk ke tanah orang lain. Luas juga aku rasa sebab masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu main kejar-kejar dekat belakang rumah nenek aku ni, penat jugalah sebab tanah ini luas. Tapi masa itu, tak ada semak samun macam sekarang ini.” Cerita Kamal lagi sambil tersenyum. Rindu sungguh dia pada kenangan zaman kanak-kanak. Di belakang rumah itulah dia mengabiskan masa hampir setiap hari.

“Lagi satu, dekat hujung tanah nenek aku ni ada sungai. Cantik tau sungai dekat situ” Beritahu Kamal serba sedikit tentang kampungnya.

“ Ye ke? Mesti best kampung kau ni. Macam-macam ada” Hazril sudah tidak sabar untuk menjadi warga kampung tersebut. Sudah lama dia impikan untuk tinggal di kampung. Jika Soffi ada sekali, pasti wanita itu sukakan kampung tersebut. Dia mengeluh berat bila Soffi tiba-tiba muncul di benak fikirannya.  Kamal menarik lengan Hazril supaya dia boleh bercakap lebih dekat sedikit.

“Awek-awek dekat kampung ni cun-cun tau.” Bisik Kamal.

“Kalau dah cun kenapa tak melekat pada kau satu. Sampai sekarang tak khawin-khawin lagi. Aku rasa aku ni dalam ketegori tak laku” Sindir Hazril dalam gurauan. Dia terus bangun dari pangkin untuk masuk ke dalam rumah. Ingin juga dia melihat keadaan di dalam rumah pula. Mungkin ada tempat yang harus dibaiki sebelum dia tinggal di situ. Kamal juga mengikuti rakannya dari belakang. Kunci rumah yang berada di dalam poket seluar jeannya dikeluarkan lalu dihulurkan pada Hazril.
*******
“ Assalamualaikum...”
Hazril tersedar dari lena bila dia mendengar orang memberi salam. Selama seminggu dia tinggal di situ, tidak pernah ada orang datang ke rumahnya. Dia bikas bangun dan meneliti jam di dinding rumah papan itu, tepat jam 4.35 petang. Entah sejak bila dia boleh terlelap selepas balik dari menebas semak di belakang rumah.Pintu kayu di buka perlahan-lahan dan kelihatan seorang wanita berdiri di depan rumahnya. Salam di jawab di dalam hati sahaja.

“ Saya Junaidah, saya tinggal dekat sana” Beritahu wanita itu sambil menunjuk ke arah sebuah rumah yang berada di seberang jalan dan betul-betul di depan rumahnya.

“ Ada apa cik Junaidah datang rumah saya?” Soal Hazril pada wanita muda itu. Sungguh sopan anak gadis itu bila mengenakan baju kurung dan bertudung bawal di atas kepala.Hazril terus melabuhkan punggung di depan pintu.Badannya masih terasa kepenatan dan lenguh.

“Mak kirim makanan untuk encik. Kami sekeluarga minta maaf sebab tak sempat nak berkenalan dengan encik.Encik ni cucu arwah Nek Esah ke?” Soal Junaidah. Dia sudah lama tinggal di kampung tersebut dan dia memang tidak pernah nampak lelaki itu selama ini. Dia hanya kenal Kamal seorang sahaja dan setahunya, Kamal anak tunggal dalam keluarga. Junaidah terus menghulurkan mangkut tingkat kepada Hazril.

“Saya bukan cucu Nek Esah, saya Hazril kawan kepada Kamal. Saya pun nak minta maaf sebab memang tak sempat nak berkenalan dengan keluarga awak lagi.” Hazril memohon maaf. Memang silapnya kerana tidak berkenalan terlebih dahulu dengan penduduk setempat. Mungkin selepas ini dia akan solat di masjib pula. Dengan itu dia boleh mendekatkan diri kepada penduduk kampung di situ.

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu” Junaidah meminta diri. Dia memang tidak boleh berhadapan dengan 
lelaki itu lebih lama. Entah mengapa jantungnya berdenyut kencang dengan tiba-tiba.Tidak mungkin dia sudah mula sukakan lelaki itu walaupun baru sekali berjumpa. Memang betul orang kata, cinta datang dari mata turun ke hati.

“Junaidah...” Panggil Hazril. Junaidah terus berpaling ke belakang semula.

“ Terima kasih” Ucap Hazril sambil menunjukan ke arah makanan yang dibawa wanita itu. Junaidah hanya mengganguk sebelum berlalu pergi.

******
Kamal melabuhkan punggung di sofa rumahnya sebaik sahaja tiba di rumah. Seharian bekerja menyebabkan dia kepenatan. Tali leher dilonggarkan. Dia mengeluarkan kunci kereta dan telefon bimbit yang berada di dalam poket, lalu diletakan pada meja di depannya. Alat kawalan jauh astro di capainya lalu di tekan. Tiada  satu siaran pun yang menarik minatnya untuk terus menontonnya. Mungkin kerana kepenatan menyebabkan dia kurang mood untuk menontonnya. Kamal mencapai telefonnya dan terdapat satu pesanan ringkas SMS dari Hazril. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki.

‘Jangan lupa datang’

Kamal tersengeh sendirian. Bukan kerana suka denga mesej itu tetapi kerana dia terlupa soal itu. Nasib baik Hazril mengingatkannya, jika tidak dia pasti tidak akan pulang ke kampungnya. Kamal menyandarkan tubuhnya di sofa untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada tangan merayap di bahunya dan diurut perlahan-lahan bahunya. Terasa lega bila ada orang mengurutnya.

“ Bila abang balik? baby tak perasan pun” Soal pemilik tangan itu. Kamal tersenyum manis. Dia membuka matanya yang di tutup rapat dan menarik tangan isterinya yang dinikahi setahun yang lepas untuk duduk di sebelahnya.

“ Baru sampai baby” Beritahu Kamal sambil membelai rambut ikal mayang isterinya itu. Dalam masa 4 tahun, banyak benda sudah berubah. Dia berjaya memiliki hati wanita yang sudah lama diperhatikannya. Sejak pertama kali lagi dia sudah jatuh cinta pada anak jirannya itu namun dia tidak berani untuk mengatakannya. Atas nasihat Hazril, dia berani meluahkan isi hatinya dan dia berjaya.  Rakannya itu juga sudah berjaya dalam pengusahaan tanaman dan kita telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Berjasa pada tanah, pasti ada pulangannya. Siapa sangka Hazril boleh berjaya dengan bermodalkan tanah neneknya. Kini Hazril sudah mempunyai banyak tanah-tanah yang lain dan semuanya dijadikan ladang bertaraf lebih moden.

“Jadi tak kita keluar makan ni?” Soal Zalia manja. Kamal tersengeh.

“ Tak jadilah tu...” Rajuk Zalia sambil berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulut.

“Baby, janganlah macam ini. Abang bukan tak nak keluar dengan baby tapi abang lupa yang malam ini kita kena balik kampung abang. Pagi esok kita kena menghadiri majlis pembukaan kilang baru Hazril.” beritahu Kamal dengan harapan isterinya akan faham. Dia memang tidak boleh terlepas untuk menyaksikan majlis perbukaan tersebut pada pagi esok. Lagipun sudah lama dia tunggu saat itu. Zalia terdiam sejenak. Dia juga sudah lupa soal itu.

“Lah, asal tak cakap awal-awal. Kena kemas baju ni” Zalia terus berlari naik ke tingkat atas. Kamal menarik nafas lega. Zalia memang seorang yang memahami apatah lagi hal berkaitan dengan Hazril. Hubungan persahabatannya dengan Hazril memang  rapat dan Zalia juga tahu soal itu.

“ Cepat sikit baby, nanti lambat pula kita sampai kampung.”Jerit Kamal dari bawah.Dia memang tidak suka memandu waktu malam dan kerana itu juga dia ingin bertolak lebih awal walaupun masa yang diambil untuk ke kampungnya hanya 3 jam.

Nasib baik jalan tidak sesak dan kerana itulah perjalanannya menjadi lancar. Dia memandang sekilas pada isterinya di sebelah. Kelihatan Zalia terlena di situ. Dia tersenyum bila melihat wajah comel itu bila tidur. Ketika lampu isyarat merah, Kamal membetulakan kepala isterinya yang sedikit lentok ke pintu kerana takut sakit leher nanti.

“Kita dah sampai ke?” Soal Zalia dalam mamai bila dia merasakan ada orang membetulkan kedudukan kepalanya.

“ Belumlah baby. Lagi satu jam” Begitahu Kamal.Zalia meneliti permandangan sekeliling dan ternyata memang masih lagi di bandar.

“Abang, baby dahaga” Beritahu Zalia. Terasa kering tekaknya. Kamal tidak menjawabnya dan terus membelok kereta ke arah kedai 7Eleven.

“Nak air apa?” Soal Kamal bila kereta sudah dihentikan depan 7Eleven.

“Apa-apa pun boleh”

Kamal terus keluar dari kereta dan berlari anak masuk ke dalam kedai tersebut. Peti ais yang diletak perbagai jenis minuman tidak dibukanya terus. Dia hanya berdiri di depan peti ais sambil memikirkan minuman yang diigini. Bila minuman sudah di pilih, dia terus membuka peti ais tersebut. Ketika itu juga tiba-tiba seorang budak perempuan yang mungkin dalam lingkungan 4 tahun berdiri di depan peti ais hingga dia tidak boleh hendak membukanya lebih luas. Jadi tidak bolehlah dia mengambil minuman yang berada paling hujung. Sungguh comel anak kecil itu bila mengenakan gaun paras lutut berwarna merah terang dan berserta dengan cekak rambut berwarna merah di atas kepala. Kelihatan seekor rama-rama palsu di tepi cekak rambut anak kecil itu.

“ Damia, jangan kacau orang” Marah seorang perempuan sambil menarik tangan anak kecil itu. Kamal tersentak sejenak bila melihat wanita yang berdiri di depannya kini. Dia seperti kenal dengan wanita itu.

“Maaf encik,anak saya ni nakal sikit”Wanita itu memohon maaf.

“Eh, tak apa, dia tak kacau saya pun.”Beritahu Kamal. Memang anak kecil itu tidak menggangunya dan hanya sekadar berdiri di depan peti ais sahaja.Wanita itu terus berlalu pergi begitu sahaja bersama dengan anak kecil yang comel itu.Selesai sahaja pembeli Kamal terus berlari keluar dari kedai tersebut. Dia memang tidak mahu isterinya menunggu lebih lama.

******
“Taniah Hazril atas kejayaan kau. Tak sangka kau boleh berjaya sampai macam ini sekali?” Kamal begitu berbangga dengan kejayaan rakannya itu. Hazril tergelak kecil. Dia juga seperti tidak percaya yang dia sudah berjaya dalam dunia pertanian. Hazril melabuhkan punggung di pangkin rumah bersama dengan Kamal. Majlis pembukaan pagi tadi berlangsung dengan jayanya. Penat dia melayan tetamu yang datang dan semuanya mengucapkan tahniah padanya.

“Ini atas pertolongan kau juga. Kalau bukan kau yang bagi aku guna tanah nenek kau yang besar gila ni. Aku memang tak akan berjaya” Hazril memang tidak akan melupakan jasa-jasa Kamal padanya. Tidak sangka keluasan tanah tersebut lebih dari yang dijangka. Kaya sungguh arwah nenek Kamal kerana memiliki tanah seluas itu.

“Itu usaha kau sendiri. Kalau ada tanah tapi tak usahakan pun tak gunakan.”
Hazril menggangguk mengiakan apa yang dikatakan Kamal.

“Kau sekarang ini dah kaya, kenapa kau masih nak duduk dekat rumah buruk nenek aku ni?” Soal Kamal. Pelik sungguh dia dengan Hazril.Lelaki itu memiliki duit yang banyak tetapi tetap tinggal di rumah neneknya itu.

“Kenapa? kau nak halau aku keluar ke?” Gurau Hazril. Dia tahu rakannya tidak bermaksud begitu.

“Bukan itu maksud aku, Cuma aku pelik sahaja. Orang kalau dah kaya selalunya dah tak nak tinggal dekat rumah buruk”

“Rumah ini banyak menyimpan kenangan susah senang aku sampai berjaya macam sekarang. Aku suka rumah nenek kau ni, tapi kalau kau nak guna atau kau nak jual rumah ini aku boleh keluar dari sini” Beritahu Hazril. Dia memang suka tinggal di rumah itu, tetapi ia tetap hak milik mutlak Kamal. Bila-bila masa sahaja Kamal inginkan semula rumah itu.

“Apa kau mengarut ni,aku tak akan jual rumah pusaka ni. Lagipun bila kau tinggal sini, adalah juga orang tolong tengok-tengokkan rumah ni. Kalau orang tak duduk sini, habis rumah ini di makan anai-anai.” Kamal memang tidak berniat langsung untuk menjual rumah peninggalan neneknya itu. Lagipun, sekali sekali dia ingin juga merasa tinggal di kampung. Jadi dia boleh gunakan rumah itu untuk tenangkan jiwa dan lari dari kesibukan di kota.

“ Semalam aku ada jumpa dengan seorang perempuan. Muka dia mirip muka bekas isteri kau” Beritahu Kamal. Baru dia teringat tentang wajah wanita itu seperti siapa tetapi tidak pasti adalah wanita itu Soffi. Lagipun dia kenal Soffi pun melalui gambar yang ditunjukan Hazril padanya. Hazril mengeluh berat bila nama itu disebut. Sudah tidak tertahan rindu di hatinya.

“Kau tegur dia ke?” Soal Hazril ingin tahu.

“ Tak, tapikan dia ada bawa seorang budak perempuan dalam lingkungan 4 tahun kot. Tapi budak itu memang comel gila. Dia cakap budak tu anak dia dan kalau betul orang yang aku nampak itu bekas isteri kau, itu bermakna bekas isteri kau tu dah khawin dengan orang lain.” Cerita Kamal. Hazril baru teringat tentang Johan. Pasti Soffi sudah berkhawin dengan Johan dan mereka hidup bahagia. Pernah terlintas di hatinya untuk memiliki wanita itu sekali lagi selepas dia berjaya nanti. Dia tidak mahu dipandang hina di depan keluarga bekas mentuanya dulu dan kerana itu dia berusaha sampai berjaya, tetapi hari ini dia menerima berita yang menyakitkan. Soffi telah menjadi milik orang lain.Namun dia harus menerima hakikat yang saat dia menceraikan Soffi, wanita itu sudah jatuh ke tangan Johan. Dia harus besyukur kerana Soffi berbahagia bersama dengan orang lain kerana itulah yang diharapkan selama ini.Hazril hanya berdiam diri dan menundukan kepala.

“Ril, aku rasa sudah tiba masanya kau cari teman hidup yang baru. Aku kesian dengan kau sebab hidup kau masih dibayangi bekas isteri kau. Dia dah bahagia Ril, dan tiba giliran kau pula untuk merasa kebahagian” Nasihat Kamal seperti dia yakin wanita yang dilihatnya itu ialah isteri rakannya.  Dia tahu kenapa Hazril menceraikan Soffi. Sungguh besar pergorbanan lelaki itu.

“ Dia wanita pertama yang aku cinta Mal. Tak mungkin ada perempuan lain dalam hidup aku yang boleh ganti tempat Soffi.”Luah Hazril. Dia sudah tawar hati untuk bercinta lagi.

“ Junaidah...” Kamal baru teringat tentang anak jiran di depan rumah arwah neneknya itu. wanita itu sering datang membawa makanan. Dia tahu pasti Junaidah sukakan Hazril.Hazril tergelak kecil.

“Dia budak lagilah Kamal. Masa aku jumpa dia kali pertama, dia baru lepas SPM. Sekarang ini baru umur 20 tahun. Gila apa aku nak dekat dia” Beritahu Hazril. Dia sudah menggangap Junaidah seperti adiknya sendiri.

“ Habis yang kau sudi hantar di dekat kolej hujung minggu ni apa hal” Kamal menjeling nakal pada rakannya.

“ Lah... Minggu depankan aku kena pergi KL sebab ada meeting. So aku tumpangkan dia sekali. Tak jadi masalahkan” Cerita Hazril. Dia memang harus ke Kuala Lumpur atas urusan kerja selepas hampir 4 tahun dia tidak menjejakan kaki di situ. Kalau bukan kerana urusan kerja, dia tidak akan sesekali ke situ lagi. Banyak sangat kenangan di Kuala Lumpur yang tidak mahu diigati.

“Mak bapak dia lepaskan anak dia pergi dengan duda. Tak ke pelik tu. Mereka mesti dan berkenan dengan kau untuk dijadikan menantu. Siapa tak nak duda kaya”Gurau Kamal lagi.Hazril hanya mengelengkan kepala dengan sikap Kamal yang suka menyakatnya.
*******
“ Boleh tak kalau kita berhenti minun dulu. Jue dahagalah abang Ril” Minta Junaidah pada Hazril yang sedang kusyuk memandu. Sudah hampir 3 jam perjalanan, tetapi Hazril langsung tidak bercakap dengannya. Lelaki itu berubah serta merta. Tiada lagi Hazril yang suka bergurau seperti ketika di kampung. Lelaki itu suka menyakatnya, namun hari ini Hazril seperti sudah menjadi orang lain. Dari tadi lagi Hazril hanya tertumpu pada pemanduan.

“ Boleh tak abang Ril?” Soal Junaidah lagi, tetapi kali ini agak kuat supaya Hazril mendengar apa yang dikatakannya. Dia tahu Hazril sedang berkayal sambil membawa kereta. Nasib baik lelaki itu masih mampu mengawal pemanduan walaupun tengah berkayal. Hazril tersentak dari lamunannya dan memandang sekilas pada Junaidah di sebelahnya.

“Apa jue?” Soal Hazril kalut. Junaidah mengeluh berat. Memang sah Hazril sedang berkayal dan langsung tidak dengar apa yang sedang dikatakannya.

“ Abang Ril ni kenapa? lain macam saja Jue tengok. Jue cakap, boleh tak kita berhenti minun dulu. Jue dahaga” Junaidah mengulangi apa yang dikatakan tadi. Geram sungguh dia bila dia langsung tidak dihiraukan. Jika begitulah keadaan bila balik ke kolej bersama dengan Hazril, dia lebih rela naik bas sahaja.

“Sure...” Jawab Hazril cepat. Dia menelan air liurnya beberapa kali. Entah sejak bila lagi dia mula berkayal tentang Soffi. Laluan yang digunakannya sekarang, selalu dilaluinya ketika bersama dengan Soffi. Macam-macam kenangan sesama dengan bekas isterinya kembali segar di mindanya.Tidak sangkan dia sudah tiba di Kuala Lumpur. Kelihatan tersergah indah menara berkembar pertonas dan menara kuala lumpur.Lampu syarat bertukar merah dan semua kereta berhenti. Ketika dia menunggu lampu bertukar hijau, dia terpandang pada sebuah kereta proton perdana di sebelahnya. Dia seperti kenal dengan kereta tersebut, namun dia belum boleh pastikan ia betul atau tidak. Dia memandang pula pada orang yang berada di dalamnya dan alangkah terkejutnya bila melihat seorang wanita di bahagian belakang bersama dengan seorang kanak-kanak kecil. Walaupun cermin kereta perdana itu sedikit gelap, dia boleh nampak wajah wanita itu. Soffi... Bisik hati kecilnya. Kelihatan Soffi sedang bergelak ketawa dengan kanak-kanak itu dan memang tidak salah lagi wanita yang dijumpai Kamal hari itu adalah Soffi. Hazril tersenyum dalam kedukaan bila melihat kegembiraan Soffi sekarang.

“Abang Ril, lampu dah hijau” Junaidah menepuk bahu Hazril yang seperti tidak sedar yang lampu isyarat sudah bertukar kepada warna hijau.Hazril tersentak lalu menekan minyak untuk mengerakan kereta lebih laju dari kereta perdana yang Soffi naiki.
Soffi yang berada di dalam kereta seperti perasan pada sebuah kereta yang laju melintasnya tadi.Matanya liar mencari kereta proton waja berwarna hijau muda itu, namun dia hanya sempat melihat punggung kereta sahaja. Bila dilihat nombor kereta tersebut, dia tersentak.Abang...Bisik hati kecil Soffi sendirian. Namun dia belum pasti yang kereta itu milik Hazril kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

“Kenapa mama?” Soal Damia pada mamanya. Soffi mengelengkan kepala tiada apa-apa. Damia kembali bermain dengan alat permainannya. Soffi mula tidak keruan. Kelibat kereta tadi benar-benar menggangu fikirannya.

******
Selesai sahaja mesyurat, Kamal terus melulu keluar dan ingin terus pulang ke rumah bila mendapat panggilan telefon dari isterinya tadi. Laju sahaja dia memecut kereta balik terus ke rumah. Nasib baik ada yang membantu isterinya ketika pengsan di pasar raya. Orang itu yang menghantar isterinya ke klinik dan membawanya pula ke rumah. Kereta yang di pandu masuk ke perkarangan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta proton perdana di dalam garaj keretanya.Bila di lihat betul-betul, memang sama dengan kereta yang pernah dibawa Hazril ke pejabat dulu, namun dia belum  pasti kesahihannya. Kedudukan bunga dan warna bunga yang berada di atas kerusi di bahagian belakang juga sama dengan kereta rakannya dulu. Dia malas untuk memikirkan soal kereta, yang penting sekarang ini, dia ingin melihat keadaan isterinya.

“ Baby...”Panggil Kamal sambil membuka kasut untuk masuk. Kelihatan satu tubuh terbaring di sofa panjang dan di dahi terdapat satu tuala kecil. Kamal terus mendapatkan isterinya lalu .

“ Baby...”Bisik Kamal bila dia tahu isterinya tidak tidur sebenarnya. Zalia terus bangun dari baring dan duduk bersila di atas sofa sambil memicit-micit dahi.

“Doktor cakap apa?” Soal Kamal cemas. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Dia sempat mencari orang yang telah menolong isterinya,namun tidak pula kelihatan di ruang tamu, tetapi dia tahu orang itu berada di dapur kerana kedengaran seperti orang memasak. Lagipun, dia tidak mempunyai pembantu rumah.

“Kurang tidur, penat sangat”Beritahu Zalia.

“Itulah, degil sangat. Kerja sampai lewat malam. Tengoklah sekarang jadi apa” bebel Kamal. Geram sungguh dia dengan perangai Zalia yang bekerja hingga lewat malam. Semua kerja di pejabat di bawa balik ke rumah hingga tidak cukup rehat. Memang Zalia memegan jawatan besar dalam syarikat, namun itu tidak bermakna wanita itu harus bekerja hingga ke dalam rumah. Nasib baik dia tidak bekerja satu bumbung dengan isterinya, jika tidak dengan dia-dia sekali terpaksa kerja lebih masa.

“Auntie...”Jerit seorang budak sambil berlari kearah ruang tamu. Kamal seperti mengenali anak kecil itu.

“Damia, duduk sini”Ajak Zalia supaya Damia duduk di sebelahnya. Kamal baru teringat tentang anak kecil itu. Dia pernah berjumpa dengan anak kecil itu di kedai 7Eleven dan dia sendiri tidak ingat bila.

“Damia suka kacau auntie. Pergi main jauh-jauh” Marah wanita yang baru keluar dari dapur sambil membawa mangkut yang Kamal langsung tidak tahu isinya apa. Tapi bila di hidup baunya, dia tahu makanan tersebut pasti sedap. Sekali lagi Kamal berjumpa dengan wanita itu dan kali ini dia inginkan kepastian adakah wanita itu bekas isteri Hazril.Damia terus berlari ke arah televisyen dan terus duduk di depannya. Saluran astro ceria menjadi pilihan. Anaknya memang suka  menonton rancangan kartun.Mangkut tersebut terus di letakan di atas meja di depan sofa.

“Maaflah, guna dapur tak bagitahu. Tadi kau tidur, so aku masaklah bubur untuk kau” Beritahu wanita itu sambil melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Zalia dan Kamal.

“Oh ya, abang ini baby kenalkan, kawan satu universiti baby dulu. Soffi namanya. Kami tak lah rapat sangat tapi bolehlah. Satu kelas kan” Zalia perkenalkan wanita itu pada suaminya. Kamal tersentak bila mendengar nama itu. Memang sah, itu bekas isteri Hazril.

“ Kalau tak ada apa-apa, aku balik dululah Zalia.Dah lewat ni”Soffi meminta diri. Tangan Zalia di salami.

“ Cik Soffi, boleh saya nak cakap sikit?” Minta Kamal tiba-tiba. Zalia memandang wajah suaminya pelik bila tiba-tiba sahaja Kamal ingin bercakap dengan rakan lamanya itu. Padahal baru kenal tidak sampai satu jam pun. Soffi hanya mengganguk walaupun dia terasa pelik dengan perangai suami rakannya itu.

“Kita cakap dekat luar sahajalah”Cadang Kamal sambil menunjuk ke arah meja yang diperbuat dari batu yang berada di depan rumahnya. Sekali lagi Soffi mengganguk lalu melangkah ke tampat yang dimaksudkan suami rakannya itu.

“Abang nak cakap apa dengan kawan baby?”Soal Zalia pelik.

“Abang ada hal kejap. Nanti abang bagitahu baby”Kamal terus bangun dari duduk dan meninggalkan ruang tamu itu. Dia tahu Zalia tidak pernah kenal dengan bekas isteri Hazril. Lagipun, semasa dia berkhawin, Hazril telah bercerai dengan Soffi.

“Ada apa En.Kamal?” Soal Soffi bila Kamal sudah berada di depannya.

“ Sebelum itu saya nak tanya betul ke awak ni Soffi Amani binti Tuah Iskandar?”Kamal ingin kepastian terlebih dahulu. Soffi seperti tergaman bila lelaki itu tahu nama penuhnya. Pelik bin ajaib sungguh dia rasa. Jantungnya berdenyut kencang dengan tiba-tiba dan kepalanya perlahan-lahan mengganguk. Kamal tersenyum manis bila tekaannya betul.

“ Macam mana awak boleh tahu nama penuh saya?” Mula membuak-buak perasaan ingin tahunya. Pelik sungguh bila lelaki itu seperti begitu mengenalinya.

“Masih ingat manusia yang bernama Hazril Hakim Bin Abdullah?” Kamal semakin ingin bermain perasaan dengan wanita itu.  Soffi seperti merasakan tubuhnya bertukar menjadi batu saat nama itu disebut sekali lagi di depannya.

“Dia bekas suami awak kan?” Sambung Kamal lagi.Kali ini Soffi berdiam diri juga.

“ Saya tahu apa yang berlaku antara awak dan Hazril, sebab Hazril itu kawan baik saya.” Beritahu Kamal.  Soffi baru faham keadaan sebenarnya.

“ Comel anak awak?” Puji Kamal. Soffi tersenyum manis. Memang setiap orang yang melihat anaknya pasti akan berkata benda yang sama.

“ Ini kali kedua kita jumpa, tapi saya tak pernah nampak suami awak” Kamal mula ingin mengorek rahsia wanita itu.

“ Suami saya...kerja”Jawab Soffi teragak-agak.

“Habis, Damia anak awak dengan suamia kedua awaklah.” Kamal bertanya lagi.Soffi mengganguk sahaja. Tiba-tiba dia teringat tentang Suria sewartu wanita itu datang menemuinya 4 tahun yang lepas.



“Soffi, kau kena tolong aku...” Rayu Suria sambil mengengam jari jemari rakannya. Soffi langsung tidak sangka yang Suria datang menemuinya di rumah ketika dia masih lagi dikurung oleh maminya. Baik pula hati maminya kerana membenarkan Suria berjumpa dengannya. Bayi kecil yang sedang menangis di pangkuan Suria di hulurkan pada Soffi. Begitu lena anak kecil itu tidur di dalam balutan kain sarung.

“ Apa ni Suria?”Soal Soffi cemas bila bayi itu sudah ada di pangkuannya. Suria sudah menangis teresak-esak.

“ Soffi, kau tolong jaga anak aku ni. Aku tak tahu nak bagi dekat siapa lagi. Aku takut ayah aku datang dan bunuh bayi ni.”Cemas Suria bila berkata-kata. Soffi membulatkan mata. Tak akan sampai begitu sekali ayah Suria sanggup lakukan.

“Kenapa ayah kau nak bunuh bayi ni?”Soal Soffi pula. Suria sudah terjelopok ke lantai. Soffi menbaringkan bayi tersebut di tilamnya dan dia terus mendapatkan Suria di lantai.

“ Dia binatang Soffi. Dia rogol aku sampai aku mengandung. Dia suruh aku gugurkan kandungan sebab dia tak nak dapat malu. Tapi aku tak nak. Dia kata dia akan bunuh anak aku kalau aku sendiri tak bunuh. Soffi kau kena tolong aku” Rayu Suria sambil mengoncang tubuh rakannya.Seperti tidak percaya Soffi bila mendengar cerita rakannya itu. Sungguh seksa sekali hidup Suria selama ini.

“Janji dengan aku yang kau akan jaga anak aku baik-baik” Suria semakin tidak keruan.

“Ya, aku janji aku akan jaga anak kau macam anak aku sendiri”Janji Soffi.



“Awak...”Panggil Kamal bila dia merasakan yang wanita di depannya seperti sedang berkayal. Soffi tersentak dari lamunanya. Wajah Suria terus berterbangan pergi dari kotak fikirannya. Peristiwa itu begitu segar di ingatannya kerana itulah kali terakhir dia berjumpa dengan Suria. Selepas 4 tahun, dia langsung tidak berjumpa dengan wanita itu.

“Saya dah lambat, saya balik dulu”Soffi terus bangun dari situ dan melangkah masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil Damia. Dia harus cepat-cepat pergi sebelum air matanya mengalir jatuh dari kelopak mata.Dia malas lagi memikirkan soal Hazril kerana dia sudah mempunyai Damia yang boleh menceriakan hari-harinya walaupun hakikat sebenar, dia rindukan Hazril dan perlukan lelaki itu lagi. Laju sahaja Soffi meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

*****
“Soffi...” Panggil Datin Rohayu dari bilik. Soffi yang sedang leka mencuci pinggan mangkut di dapur bersama dengan Mak Som tidak menghentikan kerjanya. Di pandangn ke arah Damia yang berada di meja makan. Kelihatan anak kecil itu sedang makan coklat.

“Damia, pergi tengok nenek kejap.” Arah Soffi pada anak perempuannya. Damia terus berlari meninggalkan ruang dapur menuju ke bilik neneknya. Pintu dikuak dari luar.

“Nenek nak apa?” Soal Damia sambil masuk ke dalam bilik. Datin Rohayu yang berada di tepi tingkat berpaling ke arah cucunya. Dia memang suka duduk di situ bila ada masa terluang.

“Mari sini cucu nenek” Ajak Datin Rohayu. Walaupun Damia bukan cucu kandungnya, tetapi kasih dan sayang pada anak kecil itu tidak berkurang langsung. Damia terus mendekati neneknya dan terus melabuhkan punggung di atas riba neneknya.

“Ada apa nenek panggil mama...”Soal Damia ingin tahu.

“ Tak ada apa-apa sayang. Nenek Cuma nak minta tolong mama Damia ambilkan surat khabar untuk nenek” Beritahu Datin Rohayu. Dulu dia mengurung Soffi dari kelaur tapi kini dia pula kurungkan dirinya dari keluar. Dia berasa bersalah sangat dengan Soffi kerana telah menyebabkan wanita itu bercerai. Dia menyesal sangat-sangat dan banyak masanya di habiskan di sejadah. Di ingin memohon kepada Allah SWT supaya mengembalikan kebahagian anaknya semula. Sudah lama dia mencari Hazril untuk memohon maaf dan jika Hazril tidak memaafkannya, dia sanggup melutut.Lagi menyedihkan dia bila kedua-dua anaknya sudah tidak perdulikannya lagi dan hanya tinggal Soffi sahaja yang sanggup menjaganya selepas dia bercerai dengan suaminya dua tahun yang lepas. Kini dia sering kurang sihat. Mungkin itulah balasan atas semua kesalahannya selama ini.

“ Biar Mia ambilkan” Damia terus turun dari duduk di atas riba lalu berlari turun ke tingkat bawah.

“Mia, nenek nak apa?” Soal Soffi yang baru keluar dari dapur. Kelihatan anaknya mengambil sesuatu di ruang tamu.

“Nenek nak surat khabar.”Damia terus berlari naik semula ke tingkat atas.

“Lepas ini kemas barang permainan kamu ni. Bersepah mama tengok”Bebel Soffi pada anak perempuannya.Damia terus hilang di sebaik sahaja naik ke tingkat atas.

“Nah...”Damia menghulurkan surat khabar pada neneknya.

“Terima kasih, mari sini. Baca dengan nenek” Ajak Datin Rohayu. Damia mengelengkan kepala.

“Mama suruh Mia kemas barang permainan”Beritahu Damia sebelum berlari keluar pula.Datin Rohayu hanya mengelengkan kepala dengan cucunya yang suka sangat berlari kesana kemari. Satu persatu muka surat di beleknya. Perbagai-bagai kejadian yang berlaku di dunia ini dimuatkan di dalam surat khabar tersebut. Matanya terhenti pada satu muka surat yang bertajuk ‘Usahawan muda jadikan pertanian sebagai perniagaan’. Dia melihat pula gambar yang di sediakan di situ. Sungguh segak Hazril bila mengenakan kot hitam. Tidak sangka Hazril boleh berjaya sampai begitu sekali. Dia membaca pula biodata Hazril yang tertulis di situ.


Nama sebenar: Hazril Hakim Bin Abdullah
Umur           : 34 tahun
Status          : Duda
Percapaian   : Pemenang anugerah usahawan berjaya 2011, Anugerah kecermerlangan
                    dalam bidang pertanian 2011,  Anugerah usahawan muda 2012, CEO of  
                     the year 2012
Impian         :Memiliki apa yang pernah terlepas dahulu.



Datin Rohayu mengalirkan air mata bila melihat kejayaan Hazril. Tidak sangka Hazril boleh jadi begitu selepas bercerai dengan anaknya. Dia harus lakukan sesuatu untuk kali ini dan mengubah apa yang dia pernah musnahkan dulu.

*********
“Kita nak pergi mana hari ini?” Soal Junaidah pada Hazril saat dia memasuki kereta lelaki itu. Hazril hanya mengungkit bahu. Sejak Junaidah menjadi teman wanitanya, dia kerap datang ke Kuala Lumpur atas paksaan wanita itu. Dia menerima Junaidah pun kerana untuk mengisi kekosongan di hati dengan harapan wanita itu mampu mengantikan tempat Soffi di hatinya. Dia tidak mahu lagi bayangan bekas isterinya selalu mengikutinya setiap masa.  

“You selalu macam ini. Keluar saja dengan I pasti buat muka.” Rajuk Junaidah bila dai merasakan setiap kali keluar bersama, lelaki itu seperti terpaksa keluar bersama dengannya. Hazril berdiam diri tanpa kata sambil memulakan permanduan.

“You dengar tak ni?” Tengking Junaidah kuat. Hazril mengganguk. Malas untuk dia melayan kerenah wanita itu. Junaidah sudah banyak berubah dan tidak seperti dulu. Tiada lagi baju kurung dan tudung bawal di kepala, kini dres paras lutut tanpa lengan menjadi pilihan. Percakapan wanita itu juga kurang menenangkannya.

“I tanya pasal impian you yang dalam surat khabar tu. Apa maksud you yang you nak miliki semula benda yang you pernah terlepas. You nak kejar bekas isteri you semula ke?” Marah Junaidah sambil berpeluk tubuh.Merah mukanya menahan marah.

“Itu hal peribadi, so Jue tak payah tahu” Beritahu Hazril dalam nada yang agak lembut. Dia memang tidak mudah naik marah.

“Ooo... Jadi sekarang ini betullah you nak kejar bini you balik. Habis I ini apa, you nak campak I dekat mana?” Semakin meninggi kemarahan Junaidah. Hazril hanya berdiam diri dan menyebabkan Junaidah semakin sakit hati.

********
Sudah seminggu Junaidah memerhatikan setiap gerak geri Soffi. Dia ingin menyiasat tentang bekas isteri teman lelakinya itu. Kelihatan Soffi keluar dari klinik bersama dengan seorang kanak-kanak dan menuju ke kereta. Sebelum dia terlepas untuk kali ini, dia terus berlari mendapatkan wanita itu. Nasib baik tempat letak kereta itu tidak ramai orang dan hanya ada kereta sahaja.

“ Woi perempuan...” Panggil Junaidah. Soffi yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta terus berhenti dan berpaling ke kiri dan ke kanan untuk memastikan siapa yang dipanggil sebenarnya.Namun hanya dia yang berada di situ dan memang dialah orang itu.

“ Damia, masuk kereta...” Arah Soffi pada anaknya kerana takut berlaku perkara yang tidak diigini nanti. Seram sejuk dia melihat wanita yang berdiri di depannya dengan muka yang begitu begis sekali. Cepat-cepaT Damia masuk ke dalam kereta bila mamanya membuka pintu.

“ Awak panggil saya ke?” Soffi masih lagi boleh berlembut walaupun dia dapat merasakan bahawa wanita itu benar-benar marah ketika ini. Junaidah tergelak kecil bila dia ditanya soalan begitu. Siapa lagi yang ada di tempat letak kereta itu selain dari Soffi.

“Buta apa kau ni. Dah tak ada betina lain dekat sini selain dari kau.”Sindir Junaidah. Soffi mula berasa berang dengan sindiran itu.

“ Datang tak bagi salam, sedap-sedap mulut kau panggil aku macam itu. Kau ni siapa?” Tengking Soffi pula kali ini. Geram sungguh terasa di hatinya bila dia di panggil dengan panggilan yang kurang menyenangkan. Entah dari mana muncul, tiba-tiba sahaja memaki hamunya.

“ Aku nak ingatkan kau, jangan cuba rampas Hazril dari aku. Kalau kau cuba-cuba dekat dengan Hazril, nahas aku kerjakan kau nanti” Junaidah memberi amaran. Berubah muka Soffi bila mendengar nama Hazril. Ternyata wanita di depannya itu amat mengenali Hazril dan mungkin juga isteri lelaki itu.

“Apa masalah kau sebenarnya? Antara aku dengan Hazril sudah lama berakhir. Apa lagi yang kau nak dari aku? Aku sudah lama tak jumpa dia so tak ada istilah aku akan rampas dia balik dari kau. Kalau dia dah pilih kau, apa aku boleh buat” Beritahu Soffi. Dia sudah lama mencari lelaki itu, namun tidak ditemuinya dan hari ini datang pula manusia yang mengaku teman wanita Hazril. Hati mana yang tidak sakit dengan kenyataan itu, namun dia tetap menunjukan muka yang ego di depan wanita itu.

“Aku nak kau lenyap terus dari hidup Hazril” Junaidah merasakan yang kewujudan Soffi boleh mengugat kedudukannya di hati Hazril sekarang ini.Bahu Soffi di tolak hingga wanita itu berganjak ke belakang sedikit. Ketika sekali lagi Junaidah ingin menolak, dia merasakan tangannya seperti di tarik dari belakang. Dia terus berpaling dan terkejut melihat Kamal yang menariknya. Soffi hanya memandang.

“Jue buat apa ni?” Marah Hazril pada Junaidah.

“ I nak ingatkan bekas isteri Hazril ni, jangan kacau boyfriend orang” Beritahu Junaidah.Soffi memandang wajah Kamal dengan jelingan yang tajam. Kenapa pula dua manusia ini boleh muncul di depannya ketika dia sedang mengejar masa.

“Balik...” Arah Kamal . Junaidah masih tidak berganjak kerana dia tahu Kamal tidak akan memarahinya. Lagipun sudah lama dia berkawan dengan  Kamal dan lelaki itu tidak pernah memarahinya.

“ I tak akan balik selagi I tak berhitung dengan perempuan ni” Sampuk Junaidah lagi. Soffi hanya berdiam diri tanpa kata. Terasa sakit di bahagian bahu bila di tolak dengan kuat tadi.

“ Balik aku cakap!!!”Tengking Kamal kuat dan mengejutkan  kedua-duanya sekali. Kamal menarik kuat tangan Junaidah pergi dari situ.
 “Puas hati kau dapat tengking aku depan perempuan tu” sindir Junaidah. Kamal yang baru sahaja ingin masuk ke dalam keretanya terus menghentikan tubuh dari masuk ke dalam perut kereta.

“ Kau tak malu ke jerit-jerit dekat tempat awan. Kalau kau tak malu pun, tolong jaga maruah Hazril. Entah-entah ada wartawan tangkap gambar kau tadi, tak ke memalukan. Cubalah aku jangan buat benda fikir pakai kepala lutut. Kalau Hazril tahu, mati kau”Kamal mengingatkan Junaidah namun wanita itu tetap dengan egonya.

“Aku perduli apa...”Junaidah terus berjalan meninggalkan Kamal begitu sahaja. Dia harus lakukan sesuatu demi cintanya dan dia tidak mahu Hazril kembali pada Soffi semula. Idea gila mula muncul di mindanya, dia akan melenyapkan wanita itu Hazril.
*******
“Kau nak pergi mana Ril?” Soal Kamal bila melihat rakannya turun dari tingkat atas dengan berpakaian kemas, seperti ingin ke majlis formal. Sejak isterinya bekerja di luar kota, Hazril jadi penemannya di rumah itu. Bukan dia takut sendirian, tetapi dia bosan kerana tiada rakan untuk berborak ketika dia di rumah.Hazril mencapai kunci kereta yang berada di atas meja sebelah telefon rumah.

“Birthday party anak Dato’Lokman”Beritahu Hazril. Baru petang tadi rakan kongsinya itu menjemput dia ke majlis tersebut. Atas dasar persahabatan dan rakan kongsi perniagaan, dia meringgankan kaki untuk ke majlis itu walaupun sebenarnya dia benar-benar terasa malas  apatah lagi di majlis yang dipenuhi dengan orang ramai. Dia rimas dengan keadaan itu.Kalau bukan kerana urusan kerja, dia tidak akan terus berada di Kuala Lumpur. Ingin sahaja dia balik terus ke kampung dan dengan itu tenanglah sedikit rasa dihati.

“Dengan Jue ke?” Duga Kamal yang berada di ruang tamu. Seperti biasa, jika waktu-waktu begitu, televisyen yang menjadi peneman. Hazril mengeluh berat sambil memakai kasut di depan pintu pula.

“Aku dah putus dengan Jue. Tak tahan aku dengan sikap pelik dia tu. Dia tu dah mula mengada-gada. Nak itulah nak inilah sampai tahap dia suruh aku belikan dia kereta dan yang paling aku pantang bila aku dapat tahu yang dia pergi serang Soffi. Buat naik darah aku je.”Bebel Hazril. Geram sungguh dia pada wanita itu. Dia tahu soal Junaidah pergi menyerang Soffi pun melalui majalah. Tiba-tiba sahaja cerita soal itu disiarkan tanpa pengetahuannya. Oleh kerana dia telah dianugerahkan ‘CEO of the year’ dia tidak lepas dari lense kemera termasuklah orang di sekelilingnya. Kamal tergelak kecil. Tidak pernah dia mendengar Hazril merunggut tentang wanita.

“Ye ke, selama aku kenal dia, rasanya dia bukan perempuan macam itu”Kamal lebih mengenali Junaidah kerana wanita itu tinggal satu kampung dengan arwah neneknya dulu. Sejak dia kecil lagi dia kenal dengan Junaidah dan setiap kali dia balik kampung, wanita itu akan dicari telebih dahulu. Tetapi itu dulu, sejak dia berkhawin, dia sudah tidak berapa rapat dan dia langsung tidak menyangka anak kampung itu boleh berubah menjadi anak bandar yang terlampau.

“Cuba kau jadi boyfriend dia. Rasakan sengatan budak kampung macam jue tu” Gurau Hazril. Kamal tergelak besar.

“Nak manpus, kalau Zalia tahu mati aku. Sekarang ini pun dia cemburu aku rapat dengan Junaidah.”

“Malas aku nak layan kau ni. Aku dah lewat”Hazril terus melangkah ke kereta. Saat pintu baru hendak di buka, dia perasan seseorang berdiri di depan pagar rumah. Pantas di berpaling dan dia mengeluh berat bila melihat orang yang tidak ingin dilihatnya.

“You...”
Panggil orang itu. Hazril terus melangkah ke arah itu dan pintu pagar di buka secara auto.

“Jue buat apa dekat sini malam-malam macam ini?” Soal Hazril. Dia memandang tubuh Junaidah dari atas hingga ke bawah. Wanita berbaju dres labuh dan bertudung di kepala dan penampilan itu lebih ayu dan sopan. Entah apa yang merasuk wanita itu hingga kembali bertudung.

“Jue nak minta maaf pasal hari tu. Jue tak patut pergi serang bekas isteri Ril.”Junaidah memohon maaf dengan wajah yang begitu kesian.

“Ril dah maafkan Jue tapi tak payah datang sini malam-malam macam ini. Datang sini dengan apa?” Walaupun dia kecewa dengan sikap Junaidah, namun dia masih memikirkan keselamatan wanita itu. Junaidah tersenyum manis bila maafnya diterima. Bukan susah sangat untuk mendapatkan kemaafan dari lelaki itu. Lebih mengembirakan hatinya bila Hazril risaukan dirinya.

“Teksi, Jue mana ada kereta...”
Hazril mula merasakan yang Junaidah seperti ingin memancingnya semula. Dia tahu wanita itu masih tidak berubah walaupun penampilannya telah berubah.

“Masuk kereta, Ril hantar balik hostel”Arah Hazril. Tanpa berlengah Junaidah terus berlari masuk ke dalam kereta Hazril. Gembira sungguh dia dengan perlawaan itu.

“you nak pergi mana pakai macam ini?” Soal Junaidah saat kereta sudah berjalan.Hazril berdiam diri seperti biasa bila wanita itu bertanya.Dia tidak tahu hubungannya dan Junaidah atas dasar cinta atau tanggungjawab. Dia benar-benar keliru soal itu.Junaidah tetap menahan diri tadi terus melenting tidak tentu pasal. Sekarang ini dia perlu bersabar untuk memiliki lelaki itu semula.

“Petang tadi I jumpa dengan bekas isteri you...”Beritahu Junaidah.

“Untuk apa...” Soalan itu menarik minat Hazril untuk berbicara. Ingin juga dia tahu apa pula kali ini yang dilakukan Junaidah pada bekas isterinya. Junaidah mula terasa, saat bercakap soal Soffi, lelaki itu pasti bersemangat tetapi bila bercakap tentang dirinya, Hazril lebih banyak berdiam diri.

“I minta maaf pada bekas isteri you dan dia pun maafkan I. Happy sangat-sangat bila tengok dia dengan suami dia.”Tipu Junaidah lagi. Sebenarnya dia langsung tidak berjumpa dengan Soffi mahupun terserempak. Lagipun dia tahu Soffi tidak mahu berjumpa dengannya selepas kejadian di tempat letak kereta minggu lepas.Hazril terdiam sejenak bila mendengar apa yang baru dikatakan Junaidah. Tidak sangka Soffi telah berbahagia bersama dengan Johan dan anak kecil yang dilihat bersama wanita itu tanda kebahagian Soffi yang tidak mampu diberikan pada wanita itu dulu.

“ Siap peluk pinggang lagi masa berjalan. Sweet sangat I tengok. Kalau boleh I nak kita jadi macam itu. Baru nampak romantik” Sambung Junaidah lagi untuk menjauhkan lagi lelaki itu dari Soffi. Dia berharap, dengan mereka cerita begitu, Hazril tidak akan mendekati Soffi lagi.

“ Diam, jangan cakap lagi...”Sedikit meninggi suara Hazril kali ini dan serta merta Junaidah terdiam namun dia puas kerana berjaya menggangu hati lelaki itu.

*******
“ Terima kasih sebab sudi datang”Ucap Dato’Lokman sambil menyalami tangan Hazril. Sebaik sahaja menghantar Junaidah ke hostel semula, Hazril terus bergegas ke majlis tersebut dan dia sudah terlewat hampir setengah jam.

“Maaf saya lambat, majlis dah mula ke?” Soal Hazril sambil matanya melilau sekeliling kawasan luar rumah villa dua tingkat itu. Kelihatan agak ramai orang datang ke majlis tersebut dan rata-rata kelihatan seperti orang kenamaan.

“Dah nak mula ni. Jom...”Ajak Dato’Lokman sambil menepuk bahu Hazril. Hazril hanya mengikuti sahaja di belakang hingga ke tengah halaman villa tersebut. Kelihatan anak kecil yang berusia dalam lingkungan 5 tahun berdiri di depan sebuah meja. Di atas meja tersebut kelihatan satu kek yang agak besar yang bebentuk patung 
‘princess’ dan sama seperti pakaian yang dikenakan anak kecil itu. Semua orang mula berkerumu di tepi meja tersebut dan bersedia untuk menyanyikan lagu ‘selamat hari lahir’ begitu juga dengan Hazril. Dengan kiraan sampai tiga, semua orang mula menyanyi.Ketika Hazril leka dengan nyanyi beramai-ramai itu, matanya terhenti pada satu tubuh yang berselindung sedikit dari orang yang berada di hadapannya. Dia seperti kenal dengan wanita berdress labuh berwarna merah terang itu. Bila nyanyian sudah behenti, anak kecil itu terus meniup lilin dan semua orang bertepuk tangan dengan gembiranya. Hazril tidak mahu berlama di situ, dia terus menuju ke tempat yang agak jauh sedikit sambil tercari-cari kelibat wanita berbaju merah terang tadi.

“Uncle buat apa sorang-sorang dekat sini?”
Hazril tersentak bila seseorang menegurnya.Dia memandang ke bawah dan kelihatan seorang anak kecil yang mungkin seusia dengan anak Dato’Lokman menegurnya. Comel anak kecil itu bila mengenakan baju gaun paras lutut berwarna merah terang.Hazril terus duduk bercangkung di depan anak kecil itu.

“Uncle saja ambil angin dekat sini. Adik jalan sorang-sorang, mana ibu adik?” Soal Hazril.

“Itu mama kita” Tunjuk anak kecil itu pada seorang wanita yang mula melangkah ke arahnya. Hazril bangun dari mencangkung dan memandang kearah yang ditunjukan anak kecil itu. ‘Soffi...’ bisik hati kecil Hazril. Tergaman dia seketika bila melihat kecantikan Soffi pada malam itu. Adakah wanita itu memang sedang berbahagian hingga boleh mejadi secantik itu. Jika benar Soffi sedang bahagian, dia tidak harus muncul di depan wanita itu lagi. Hazril terus melangkah meninggalkan anak kecil itu bila dia merasakan yang Soffi masih tidak perasan dengan kehadirannya di situ apatah lagi tempat yang dia berdiri tadi sedikit gelap dari tempat-tempat lain.

“Damia buat apa dekat sini sorang-sorang?”Soal Soffi sebaik sahaja dia menemui anaknya itu. Sudah hampir setengah jam dia mencari anaknya di dalam puluhan manusia di situ dan langsung tidak menyangka Damia boleh berada di situ.

“Mana ada Damia sorang-sorang. Tadi Damia dengan uncle...”Damia tidak menghabiskan ayatnya dan terus berhenti di situ. Liar matanya mencari-cari lelaki yang bersamanya tadi, namun hampa.

“Uncle mana pula ni? Berapa kali mama nak pesan jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal. Damia kacau orang”Marah Soffi. Kadang-kadang dia geram juga dengan perangai Damia yang terlalu mesra alam. Hampir semua orang ditegurnya.

“Puan Soffi...”
Kedengaran orang memanggilnya dan dia terus berpaling ke belakang. Kelihatan Dato’Lokman berdiri tidak jauh darinya.

“Ya dato, ada apa?” Soal Soffi selepas mengarahkan Damia pergi bermain dengan anak Dato’Lokman. Lagipun anaknya memang satu tadika dengan anak Dato’Lokman, jadi tidak menjadi satu masalah untuk mereka main bersama.

“Tadi I ada cakap yang I nak kenalkan you dengan rakan kongsi baru I, tapi tiba-tiba dia hilang pula” Beritahu Dato’Lokman. Dia baru perasan yang Hazril sudah tiada di dalam majlisnya. Entah mengapa lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri saat majlis sedang berjalan.Soffi tersenyum manis.

“Tak ada rezekilah saya nak jumpa dengan rakan kongsi baru dato yang dato cakap hebat tu. Siapa nama dia?” Sudah lama dia ingin tahu siapa lelaki yang selalu dipuji oleh Dato’Lokman itu. Pasti lelaki itu lebih hebat darinya dalam dunia perniagaan.Dato’Lokman tergelak kecil.

“Hazril namanya. Dia duda tau. You boleh masuk linelah”Gurau Dato’Lokman namun gurauan itu telah menyebabkan Soffi tersentak seketika. Dia merasakan dirinya seperti dipanah petir bila nama Hazril di sebut. Dia mula merasakan yang Hazril menghilangkan diri dari majlis tersebut adalah kerana dia berada di situ. Lelaki itu benar-benar tidak mahu berjumpa dengannya dan mungkin Hazril begitu membencinya.

“Mengarut saja dato ni” Soffi tergelak kecil dengan gurauan dari Dato’Lokman.

“Dato, kejap ya. Saya nak pergi tandas”Minta Soffi. Dato’Lokman hanya mengganguk. Soffi terus berlari tetapi bukan ke tandas. Matanya liar mencari kelibat Hazril di situ. Dia tahu lelaki itu masih tidak pergi jauh. Sudah lama dia mencari lelaki itu, namun tidak ditemui. Ada juga dia pergi ke pejabat Hazril, namun lelaki itu selalu tiada. Kali ini dia tidak akan melepaskan Hazril pergi lagi. Dia terpandang pada kereta proton waja mula bergerak perlahan keluar dari perkarangan villa itu dan dengan pantas kakinya berlari ke arah kereta tersebut dan berdiri betul-betul di depan kereta sambil mendepakan tangan. Serta merta Hazril menbrek keretanya dan dia tergaman bila melihat Soffi berdiri di depan keretanya. Dia terus keluar dari kereta dan hanya sekadar memandang.

“Sampai bila abang nak lari dari Soffi?” Soal Soffi. Hazril berdiam diri.

“Abang tahu tak berapa lama abang seksa Soffi?”

“Soffi, benda dah lepas. Soffi bahagia abang pun bahagia” Hazril bersuara. Soffi berjalan ke arah pintu kereta di bahagian pemandu di mana tempat Hazril sekarang.

“Mana abang tahu Soffi bahagia selama ini? 4 tahun abang tinggalkan Soffi terkapai-kapai sendirian. Itu bukan masa yang singkat untuk Soffi harungi semua ini sendirian. Soffi perlukan abang untuk teruskan hidup, tapi abang buang Soffi macam itu sahaja”Rintih Soffi. Air matanya mula mengalir bila mengingatkan kenangan selama pepisahan dengan lelaki itu. Dia bertahan dan cuba hidup dalam kegembiraan, semuanya untuk Damia dan bukan untuk dirinya.Dia hanya berlakon di depan semua orang yang mengatakan dia hidup dengan penuh kegembiraan walaupun di dalam hati sebenarnya penuh dengan kekecewaan dan kesedihan. Kalau bukan kerana Damia, pasti dia masih lagi tidak sekuat ini. Hazril memang tidak suka melihat air mata seorang wanita tambahanlagi air mata orang yang di sayangi. Ingin sahaja dia mengelap air mata itu supaya tidak terus menitis.

“ Sudahlah, Soffi sudah ada kehidupan Soffi dan abang ada kehidupan abang. Lupakan semua tentang kita” Minta Hazril. Dia tidak mahu menggangu rumah tangan wanita itu dengan Johan. Dia yakin yang Johan telah memberikan kasih sayang yang cukup untuk wanita itu hingga dia melihat Soffi seperti orang lain di matanya.

“Soffi masih perlukan abang dalam hidup Soffi”Lauh Soffi sambil menangis. Hazril mengeluh berat.

“Soffi antara...”
Belum sempat Hazril menghabiskan ayatnya, Soffi terus menyampuk.

“Dah berakhir? Itu yang abang nak cakap pada Soffi. Bagi abang memang dah berakhir tapi bagi Soffi kisah cinta kita tidak pernah berakhir. Soffi masih cintakan abang dan Soffi tahu kenapa abang ceraikan Soffi dulu. Semuanya sebab keluarga Soffikan?” Sedikit meninggi suara Soffi kali ini.Hazril sudah mati idea untuk membalas kata-kata Soffi.

“Saat abang ceraikan Soffi, abang langsung tidak fikir tentang Soffi. Bukan kebahagian yang Soffi dapat bila diceraikan tetapi sensara yang Soffi rasa. Abang pernah fikir tak apa yang Soffi rasa selama ini., pernah tak?” Soal Soffi sambil menitiskan air mata.Hazril tergaman seketika. Baru sekarang dia tahu bekas isterinya itu tidak pernah bahagian selama ini dan senyuman yang dilihatnya adalah palsu belaka. Dia benar-benar berasa bersalah kerana menyebabkan Soffi dalam kesensaraan.Jika dia tahu perkara itu akan berlaku, dia tidak akan melepaskan Soffi begitu sahaja. Namun kini, apa lagi yang harus dilakukannya, Soffi telah menjadi isteri orang lain.

“ Soffi, abang minta maaf sebab abang tak boleh terima Soffi kembali. Soffi isteri orang dan abang tak boleh rampas hak orang lain”Beritahu Hazril. Dia harus memikirkan tentang anak wanita itu juga. Jika Soffi bercerai dengan suaminya demi dia, bagaimana pula nasib anak kecil itu. Dia tidak mahu merampas anak dari seorang bapa demi kepentingan diri sendiri.Hazril kembali masuk ke dalam kereta dan pintu dikunci dari dalam.

“Abang, dengar dulu apa yang Soffi nak cakapkan!!!”Jerit Soffi sambil menepuk-nepuk cermin kereta lelaki itu. Hazril tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu mengacau isteri orang. Minyak kereta di tekan dia dia terus kelaur dari perkarangan villa itu. Dari cermin pandang belakang, dia melihat Soffi seperti mengejar keretanya dengan berlari. Tersentuh hatinya bila melihat Soffi berusaha mengejarnya, namun dia tidak akan sesekali berhenti kerana jika dia buat begitu, pasti semakin susah untuk dia lepaskan wanita itu sekali lagi.Tiba-tiba dia terdengar dentungan yang kuat. Serta merta kereta di berhentikan dan dia berpaling ke belakang. Kelihatan satu susuk tubuh terbaring di atas jalan raya.

“Ya Allah, Soffi...”
*****
“Mami nak minta maaf sebab selama ini mami banyak buat salah pada Hazril. Mami tahu mami memang tak layak dimaafkan, tapi mami mohon sangat pada Hazril terima Soffi kembali. Mami dah tak sanggup tengok dia terseksa lagi”Rayu Datin Rohayu.Hazril tidak berpaling ke arah wanita itu yang sedang berdiri di hujung katil. Matanya tetap pada Soffi yang tidak sedarkan diri di atas katil yang bernafas menggunakan oksigen.Soffi mengalami kecederaan teruk di kepala akibat hentakan yang kuat.

“Mami yang rancang semua itu. Mami yang call JAIS masa Soffi dalam bilik dengan Johan. Mami minta maaf Hazril. Mami dah pisahkan kamu berdua kan sekarang ini baru mami sedar yang mami sebenarnya yang seksa anak mami sendiri ,bukannya kamu. Dulu mami tak fikir langsung perasaan orang lain dan sekarang ini baru mami tahu macam mana rasanya bila ditinggalkan orang yang kita sayang. Mami betul-betul menyesal...”Sambung Datin Rohayu. Tiba-tiba air matanya mengalir dengan laju bila memikirkan soal itu. Sejak ditinggalkan suami, baru dia tahu apa yang anak bongsunya rasa selama ini. Mungkin itulah balasan tuhan padanya kerana tidak pernah mensyukuri apa yang diberikan.

“Hazril dah lama maafkan mami.Tapi Soffi tetap isteri orang mami dan Ril tak boleh terima Soffi balik”Beritahu Hazril. Walau sebesar mana sekalipun salah seseorang itu, dia tiada hak untuk menghukum. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan peluang kedua adalah jalan terbaik untuk mengubah apa yang tidak betul.

“Soffi tak pernah kahwin selepas kamu ceraikan dia. Johan meninggal sehari sebelum majlis pernikahan. selama 4 tahun Soffi tunggu kamu Ril”Beritahu Datin Rohayu. Hazril seperti merasakan ada saluran elektrik mengalir di dalam tubuhnya. Selama ini dia menyangka isterinya sedang berbahagia dengan Johan, tetapi sebenarnya dia telah meletakkan Soffi pada kesensaraan. Dia benar-benar rasa bersalah.

“Habis budak kecil yang Soffi selalu bawa tu anak siapa mami?” Soal Hazril lagi.

“Damia hanya anak angkat Soffi.”
Hazril mula menitiskan air mata. Begitu kejam dirinya kerana membiarkan Soffi hidup bertemankan air mata. Sungguh kagum dia dengan keteguhan cinta wanita itu padanya tetapi dia pula cuba mencari cinta lain. Junaidah pula yang menjadi mangsa kerana kekecewaannya pada cinta pertama.

“Assalamualaikum...”
Dua anggota polis mula masuk ke dalam wad tersebut. Hazril cepat-cepat mengelap air matanya dan salam di jawab didalam hati begitu juga dengan Datin Rohayu.

“Kami dah berjaya menangkap orang yang melanggar puan Soffi”Beritahu salah seorang daripadanya.

“Siapa?” Soal Hazril. Tidak sabar rasanya untuk melihat orang yang melanggar Soffi dan terus lari dari tempat kejadian tanpa langsung memikirkan nasib mangsa yang dilanggar. Sungguh kejam pemandu itu kerana membiarkan sahaja Soffi terbaring di atas jalan.

“Junaidah binti Hasrol dan kemalangan yang berlaku pada puan Soffi sebenarnya dirancang oleh Junaidah. ”

******
“Sayang bangun, abang minta maaf sebab abang tinggalkan sayang dulu. Kalau macam inilah jadinya, abang tak akan tinggalkan sayang” Rintih Hazril di tepi katil Soffi. Sudah seminggu wanita itu tidak sedarkan diri dan tiap-tiap hari jugalah dia ke situ untuk melihat perkembangan Soffi. Junaidah sudah dihadapkan kemuka pengadilan dan wanita itu disahkan bersalah kerana cubaan membunuh.  Banyak kali keluarga Junaidah datang merayu padanya supaya menolong wanita itu, namun dia memang tidak boleh membantu kerana kes itu terlalu berat baginya, lagipun ia telah menjadi kes polis.Jari jemari Soffi di gengam penuh erat. Sungguh sejuk tangan itu bila di gengam.Tiba-tiba Hazril merasakan kepalanya seperti di belai saat dia menunduk. Cepat-cepat dia mengankat muka.

“Sayang...”Panggil Hazril sambil senyuman di bibir. Gembira sungguh dia bila melihat Soffi sudah sedarkan diri.Alatan pernafasan terus dibuka Soffi untuk memudahkan dia bercakap.

“A...bang... jan...ji tak a...kan tin...ggal So...ffi la...gi” Terkentar-ketar suara Soffi untuk berbicara. Hazril mengganguk laju. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan menebus semua kesalahannya dulu dan dia igin memberikan semuala kebahagian pada wanita itu. Baru dia tahu kebahagian Soffi selama ini adalah dia dan bukannya orang lain mahupun harta yang bertimbung.

“Abang janji sayang, abang akan tebus balik masa yang abang terlepas dengan sayang. Demi Allah yang abang masih cintakan Soffi dan rasa cinta itu tidak pernah kurang walaupun sedikit. Maafkan abang sayang...”Hazril mencium tangan Soffi.Soffi hanya mengganguk kerana masih susah untuk berbicara. Tekaknya terasa begitu ketat dan tidak selesa.
******
Sejak dia berkhawin semula dengan Hazril, hidupnya kembali ceria. Itulah yang diharapkan selama ini.Selama setahun dia melayari semula bahtera yang pernah runtuh dahulu dan kali ini kemanisannya lebih terasa bila keluarganya sudah boleh menerima Hazril. Abang sulongnya kini menetap di luar negara selepas perceraian kedua orang tuanya dan Soffiyah pula telah mengikut suaminya berpindah ke Sabah. Dadynya pula telah membina satu keluarga yang bahagian dengan seorang janda dan maminya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kini Datin Rohayu banyak menghabiskan masa terluang dengan beramal di rumah-rumah anak yatim.Soffi mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu dia melangkah ke bangku yang berada di taman mininya. Sejak berkhawin semula dengan Hazril, dia dapat kembali tinggal di banglonya dulu. Di situ banyak menyimpan kenangan tentang dia dan Hazril.Nombor telefon maminya di dail.

“Assalamualaikum Soffi...”Kedengaran suara Datin Rohayu di talian. Soffi sudah tersenyum manis.

“Waalaikumusalam.... Mami apa khabar?” Soal Soffi. Sudah hampir dua dia tidak berkunjung ke rumah maminya itu. Bukan kerana dia sibuk, tetapi Hazril yang sibuk menguruskan perniagaan. Lagipun sekarang ini Hazril sudah semakin berjaya dalam dunia perniagaan dan terkenal.

“Baik, Soffi?”

“Soffi baik mami”

“Ada apa call mami? nak datang sini ke?”Soal Datin Rohayu.

“Soffi nak minta mami ambil Damia dari tadika sebab malam ini Soffi ada hal sikit dengan Hazril. Bolehkan mami?” Minta Soffi.

“Boleh, apa salahnya. Nanti mami minta Pak Salleh jemput Damia dari tadika. Lagipun mami rindu sangat pada Damia”

“Terima kasih mami. Kebetulan esok Damia tak sekolah, jadi Soffi dengan Hazril akan pergi sana esok. Soffi pun rindukan mami” Soffi tersengeh sendirian. Rindu pula dia pada wanita itu.

“Mami pun rindukan kamu. Okeylah, mami ada hal sikit, pasal Damia kamu jangan risau. Nanti mami pergi jemput dia”

“Okey mami, see you tomorow” Talian dimatikan. Soffi sudah tersenyum sendirian. Dia sudah merancang sesuatu untuk hari ulang tahun perkhawinanya hari ini.

******
“Asal gelap ni? tak bayar bil ke”Gomel Hazril sendirian saat kakinya mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. keseluruhan rumahnya tidak dipasang lampu dan hanya diterangi dengan cahaya lilin yang diletakan di setiap meja di dalam rumah tersebut. Beg kerjanya di letakan di sofa. Dia masih boleh berjalan walaupun lampu tidak dipasang kerana cahaya lilin sudah menerangi kegelapan itu.

“Sayang...”Panggil Hazril. Keadaan rumah yang sunyi sepi itu menyebabkan berdebar-debar apatah lagi bila memikirkan soal isterinya yang tidak muncul-muncul.Satu persatu anak tangan di daki untuk ke tingkat atas.

“Damia, Mak Jah, Pak Mat!!!”Panggil Hazril lagi, namun tiada satu suara pun membalas panggilannya. Pintu biliknya buka dari luar.

“ Selamat ulang tahun perkhawinan kita!!!”Jerit Soffi bila Hazril membuka pintu. Terkejut Hazril dengan kehadiran Soffi yang tiba-tiba di depannya. Dalam keadaan bilik yang hanya diterangi lilin menyebabkan dia tidak sedar sejak bila lagi Soffi berdiri di depannya. Soffi terus memeluk tubuh Hazril dan pipi kanan lelaki itu dicium.

“Lupalah tu...”Rajuk Soffi bila melihat suaminya seperti tercengang dengan apa yang dia lakukan. Padahal hampir setiap tahun dia akan melakukan kejutan. Hazril terus meraih pinggang isteri dan berjalan ke arah katil lalu melabuhkan punggung di situ.

“abang tak lupalah sayang, cuba abang terkejut je tadi.Sayang tiba-tiba muncul, dahlah dalam gelap macam ini”Pujuk Hazril.

“Nak cakap Soffi macam pontianaklah tu”Gurau Soffi. Hazril tergelak kecil.Di keluarkan kotak kecil yang berada di dalam poket seluarnya lalu dihulurkan pada Soffi. Dia sebenarnya sudah lama membeli hadiah untuk ulang tahun perkhawinannya tetapi dia terlupa bila harinya.

“Selamat ulang tahun sayang. Terima kasih untuk segala-galanya.”Hazril mencium dahi Soffi dan entah bila bibirnya sudah bersentuhan dengan bibir wanita itu.Soffi terus membuka kotak kecil itu dan dia tergaman seketika bila melihat rantai leher yang diperbuat dari emas putih berada di dalamnya.

“Suka?” Soal Hazril. Soffi mengganguk laju sambil tersenyum lebar. Hazril terus memakaikan rantai tersebut pada leher jinjang Soffi.

“Terima kasih abang. Soffi pun ada hadiah istimewa untuk abang” Soffi mengeluarkan kotak berbentuk empat segi yang diletakan di dalam laci meja lampu sebelah katilnya lalu dihulurkan pada Hazril.

“Hadiah paling istimewa dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.”Beritahu Soffi.Memang setiap tahun dia akan menyambut ulang tahun perkhawinan dan setiap tahu jugalah dia akan bertukar hadiah.

“Betul ini hadiah paling istimewa?” Duga Hazril sambil menjeling nakal pada isterinya.

“Bukalah dulu baru tahu istimewa atau tidak”Minta Soffi. Dia pula yang tidak sabar untuk melihat reaksi Hazril ketika membuka hadiah tersebut. Hazril terus membukanya dan dia seperti tidak percaya dengan apa yang berada di dalam kotak tersebut. Sekeping gambar janin yang berada di dalam rahim namun tidak kelihatan dengan jelas namun dia sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan hadiah istimewa.

“Betul ke ni?” Hazril iginkan kepastian. Soffi mengganguk lagi.

“Ya Allah, tak sangka abang akan jadi ayah pada anak dari benih abang sendiri”Hazril mengucapkan kesyukuran kerana doanya telah termakbul.Dengan kelahiran anak itu nanti, pasti akan menguatkan lagi cintanya pada Soffi dan kasih sayangnya pada Damia juga tidak akan luntur. Anak kecil itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Hazril terus mengusap perut Soffi dengan lembutnya.

“Berapa bulan sayang...”Soal Hazril sambil meletakan telingaanya di perut Soffi.

“Sudah masuk dua bulan. Dah lama Soffi tahu yang Soffi menggandug cuba Soffi tak bagitahu abang. Soffi nak bagi kejutan untuk abang seperna ulang tahun perkhawinan kita”Beritahu Soffi. Nasib baik dia tidak mengalami alahan yang teruk dan kerana itu dia boleh menyembunyikan kandungannya dari pengetahuan Hazril terlebih dahulu. Dia mahu memberikan kejutan yang besar pada Hazril kerana dia tahu sudah lama lelaki itu menunggu kelahirkan orang baru dalam rumah tangganya.

“Hello anak papa, tak sabar papa nak tunggu baby lahir”Hazril mencium perut Soffi sebelum mencium pipi isterinya pula.
“Inilah hadiah paling istimewa dalam hidup abang. Terima kasih sayang”Hazril terus memeluk tubuh Soffi dengan seerat-eratnya. Soffi mula menitiskan air mata. Dia benar-benar terasa bahagia ketika itu dan berharap kasih dan sayang antara mereka berdua akan terus kekal hingga ke hembusan nafas terakhir.

“I love you...”Bisik Hazril di telinga Soffi.

“I love you more...”Balas Soffi dengan penuh kecintaan. Ya Allah, kekalkanlah kebahagian ini selama-lamanya. Doa Soffi dalam hati.

Bermula dari bulan ogos dan siap pada 4 september 2012 pada jam 2.57 pagi
TAMAT

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...