MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Dia Hak AKu-----Nukilan Akma Ar'ar

Pagi itu Zaharra bangun lebih awal dari biasa. Dia cepat-cepat mempersiapakan diri untuk keluar dan seboleh-bolehnya dia ingin keluar tanpa di sedari oleh rakan-rakan serumah denganya. Malas juga dia ingin melayan pertanyaan dari rakannya nanti. Jam menunjukan pukul 7.00 pagi, selesai sahaja solat subuh dia terus menukar baju dan terus menuju ke meja mekap. Sedikit pelembab bibir di calit di bibir supaya tidak kelihatan lesu. Sempat juga dia mengikat satu rambutnya supaya kelihatan kemas sedikit walaupun selalu dia ke tempat kerja dengan membiarkan sahaja rambut lepas bahunya itu di biarkan mengurai sahaja. Kakinya di jinjing saat ingin ke buka pintu. Tombol pintu di pulas perlahan-lahan supaya rakan sebiliknya tidak menyedari dia ingin keluar.

“ Em... nak kemana tu mak cik pagi-pagi buta ni?” Kedengaran suara orang menegurnya. Zaharra terhenti dari memulas tombol pintu. Di pandang tubuh rakan sebiliknya yang sedang berbaring dan kelihatan seperti sedang tidur. Tapi dia tahu rakannya itu tidak tidur.

“ Adalah...” Jawab Zaharra sambil tersengeh. Sara bangun dari baring. Di gosok matanya beberapa kali bila penglihatannya sedikit kabur bila sinaran lampu bilik mula mematul kearah matanya.

“ Kau ni, hari-hari minggu mesti hilang. Kau pergi mana sebenarnya ni?” Soal Sara lagi. Zaharra tidak menjawab sebaliknya hanya tetap tersengeh. Sara sudah mampu membaca di sebalik senyuman itu.  kedengaran hon kereta di depan rumah teres dua tingkat itu. Zaharra tahu siapa pemilik hon kereta itu.

“ Okeylah Sara, aku pergi dulu. Jaga diri tau. Nanti aku call kau okey.” Beritahu Zaharra sebelum berlalu pergi. Sempat dia mengenyit mata pada rakannya itu sebelum berlalu pergi. Sara tersenyum manis.


“ Asal lambat?” Soal lelaki yang berada di dalam kereta saat Zaharra mula melabuhkan punggung di kerusi kereta bersebelahan dengan pemandu. Dai tidak menjawab soalan dari lelaki itu dan pintu kereta terus di tutup dengan kuat tanpa di sengajakan.

“ Hai, baru tanya dah nak mengamuk” Sampuk lelaki itu lagi bila dia rasa Zaharra seperti marah bila dia bertanya begitu.

“ Mana ada mengamuk. Tersalah tutup kuatlah” Beritahu Zaharra sambil tergelak kecil. Lelaki itu mengelengkan kepala. Sempat dia memicit hidung comel Zaharra. Geram betul dia melihat wajah itu apatah lagi bila perasaan rindu begitu menbuak-buak bila sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa kerana terlalu sibuk dengan kerja sehariannya.

“ Eh... abang ni... janganlah buat macam itu. sakit tau” Sunggut Zaharra sambil menbuat muka pada teman lelakinya itu.

“ Hari ini abang offkan semua kerja abang sebab nak keluar dengan Ara. So kita nak ke mana?” Soal Imtiyaz sebaik sahaja memulaka pemanduan. Zaharra cuba berfikir sejenak. Dia sendiri tidak tahu hendak kemana yang di fikirkan di kepalanya ialah ingin berjumpa dengan lelaki yang sudah lebih dari tiga tahun dia kenal. Rindu sungguh dia dengan teman lelakinya itu.

“ Abang nak pergi mana?” Soal Zaharra kembali.

“ Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Suka hati Ara lah. Abang follow je.” Jawab Imtiyaz selamber.

“ Kita pergi Putrajaya nak? Kita lepak-lepaklah dekat sana. Cuci-cuci mata” Cadang Zaharra. Imtiyaz menjeling nakal pada teman wanitanya itu.

“ Cuci mata?”

“ yelah...” Jawab Zaharra sambil tergelak nakal. Dia tahu maksud di sebalik soalan teman lelakinya itu. pasti Imtiyaz cemburu bila dia ingin mencuci mata melihat lelaki lain. Namun dia hanya sekadar bergurau dan Imtiyaz juga tahu maksud gurauan itu.

“ Jangan nak gatal. Abang cucuk mata tu baru tahu. Mata Ara untuk abang je tau” Gurau Imtiyaz pula. Zaharra mula menbulatkan matanya lalu di tenung wajah Imtiyaz yang sedang memandu. Cepat juga tangan Imtiyaz mencubit pipi gebu Zaharra saat wanita itu mula ingin mengenakannya. Berderai gelak ketawa Zaharra di dalam kereta bila merah padam wajah teman lelakinya bila dia tenung begitu.

**********
“ Im pergi mana? Kenapa tak masuk kerja?” Marah Datin Salwa di corong telefon. Imtiyaz menjauhkan telefon dari telinganya supaya dia tidak mendengar apa yang dikatakan mamanya itu dan memberikan isyarat supaya Zaharra berdiam diri. Tiada siapa pun dalam keluarganya tahu tentang hubungan dia dan Zaharra dan sudah hampir tiga tahu dia merahsiakan perkara itu. Zaharra tergelak kecil, namun tidak kedengaran bila mulutnya di tutup apabila Imtiyaz membuat isyarat membebel mengunakana tangannya. Cuaca di dataran Putrajaya agak panas, namun memang seronok bila melihat keindahan di tepi tasik. Zaharra meneruskan menyuapkan keropok ke mulutnya, sesekali di suapkan ke mulut Imtiyaz walaupun dia tahu lelaki itu sedang bercakap di talian.

“Im ada hal lah mama, petang esok Im balik lah” Beritahu Imtiyaz saat mamanya berhenti dari membebel dan dia sudah boleh mencelah masuk.

“ What!!! Petang esok? Im pergi mana? Setiap hujung minggu je mesti hilang” Marah Datin Salwa. Geram juga dia dengan anak lelakinya itu. Asal hujung minggu sahaja pasti akan lesap dan petang ahad anaknya baru pulang ke rumah.

“ Alah mama, Im nak rehatkan diri.Hari ini kan hari minggu. Manalah orang berkerja. Mama dah lupa ke?” Imtiyaz menbetulkan apa yang di katakan mamanya. Dia tahu mamanya selalu lupa kerana setiap hari mamanya memang ada aktiviti untuk di dilakukan tidak kira hari apa sekali pun. Kedengaran keluhan pada nada suara mamanya. Dia tahu pasti mamanya sedang berfikir sejenak.

“ Baik Im balik sebelum mama upah menyiasat untuk siasat ke mana Im pergi” Datin Salwa mengungut anaknya dengan harapan anaknya akan pulang. Dia bukan tidak menbenarkan anaknya berkawan tetapi dia tidak mahu anaknya berkawan dengan orang sebarangan. Imtiyaz tergelak kecil saat mamanya berkata begitu.

“ mama nak upah penyiasat nak siasat kita” Bisik Imtiyaz di telinga teman wanitanya sambil tergelak kecil. Zaharra membulatkan matanya, terkejut juga bila akan ada penyiasat akan mengikorinya nanti ,tetapi boleh pula Imtiyaz tergelak bila mendengar berita itu.

“ Kamu dengan siapa tu?” Soal Datin Salwa bila dia merasakan seperti anaknya berada bersama dengan seseorang.

“ Mama, dengar sini... Im dah besar, so Im boleh berkawan dengan siapa sekali pun. Mama janganlah risau. Im tahu jaga diri. Mama jangan fikir bukan-bukan okey. Nanti Im call mama lagi, Assalamualaikum” Imtiyaz mematikan talian begitu sahaja. Malas dia untuk melayan kerenah mamanya itu.

“ Nak call mama lagi konon. Bukan abang yang call, mama yang akan call abang nanti” Sindir Zaharra. Dia tahu sangat perangai mama Imtiyaz. Datin Salwa akan sentiasa menghubungi anaknya itu. Entah apa yang di risaukan, dia sendiri tidak tahu.

“ Ara...” Panggil Imtiyaz manja. Bahunya di lagakan dengan bahu Zaharra.

“Emm...” jawab Zaharra sambil lewa.

“ Jom kita khawin nak?” Ajak Imtiyaz mengejut, menyebabkan air yang di minun Zaharra hampir tersembur keluar.

“ Khawin? Abang bergurau ke? Mama abang pun Ara tak pernah jumpa. Entah mama abang tu boleh terima Ara ke tak?” Zaharra tergelak bila dia di ajak khawin dalam keadaan mengejut tanpa perbincangan langsung. Selama ini dia tidak pernah mengemukan perkara itu. Tidak sangka Imtiyaz melamarnya dalam keadaan begitu.

“ Tak payah perduli pasal mama. Itu semua abang boleh handle, yang penting sekarang ini abang nak tahu jawapan Ara. Abang dah tak tahan hidup macam ini. Nak jumpa buah hati sendiri pun nak kena sembunyi. Abang tanggung rindu setiap hari tau. Ara tak rasa macam abang rasa ke?” Soal Imtiyaz. Dia ingin jawapan dari wanita itu. Dia memang ingin memiliki wanita itu semutlaknya. Dia tahu mamanya pasti akan memerima Zaharra kerana keluarga wanita itu bukanlah dari keluarga bawahan. Ibu bapa Zaharra juga menpunyai perniagaan sendiri. Zaharra berkerja di syarikat lain hanya untuk menimba ilmu dari orang lain padahal dia boleh saja berkerja dengan keluarga sendiri.

“ Mana boleh macam itu. Abang pun tak pernah jumpa family Ara. Macam mana nak khawin?”

“ Macam ini jelah, jom abang bawa Ara jumpa family abang, lepas tu kita jumpa family Ara pula. kita khawin koboi” Sempat lagi Imtiyaz bergurau sambil menarik tangan teman wanitanya. Soal perkhawinan mamang dia tidak bergurau. 

“ Abang ni kenapa? Pelik betul hari ini. selalunya tak macam ni? Kita nak khawin koboi buat apa? Kita bukan kena tangkap basah.” Balas Zaharra bila tangannya di tarik kuat. Sakit juga pergelangan tangannya.

“ Jomlah sayang, kahwin dengan abang...” Merayu-rayu Imtiyaz ketika itu. Zaharra mengerutkan dahinya seperti tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya itu.

“Abang nak tergesa-gesa sangat ni kenapa? Atau abang mengandung ni” Sempat Zaharra bergurau saat dia mula melabuhkan punggung di kerusi kereta bahagian bersebelahan dengan pemandu. Imtiyaz mencubit lengan teman wanitanya. Dia mula ingin meninggalkan perkarangan Putrajaya.

“ Abang serius ni Ara...” Sedikit meninggi suara Imtiyaz, tapi Zaharra tahu teman lelakinya itu tidak marah sebenarnya.

“Habis tu kenapa abang nak khawin dengan Ara tergesa-gesa ni?” Zaharra semakin ingin tahu. Imtiyaz semulakan sekali lagi pemanduaanya dan kali ini niatnya ingin balik ke rumah mamanya.

“Macam ini jelah Ara. Abang nak khawin dengan Ara sebab bulan depan papa nak abang handle business dekat Kanada. So abang nak bawa Ara sekali. Kita khawin okey sayang” Rayu Imtiyaz lagi. Dia tidak sanggup berpisah dengan wanita itu terlalu lama. Tidak terbayang di mindanya jika terpaksa menahan rindu bila duduk berjauhan dengan orang yang begitu di sayangnya itu. Dia benar-benar sayangkan Zaharra.

“ Kanada? Jauhnya” Jawab Zaharra. Dia juga tidak boleh bayangkan bila berjauhan dengan lelaki itu. selama seminggu tidak berjumpa pun boleh menyebabkan kerinduan begitu menghantui hidupnya inikan pula bertahun-tahun.

“ Sayang tak payah fikir lama-lama. Keputusan abang muktamad, Ara kena khawin dengan abang dan ikut abang pergi Kanada” Imtiyaz memberi kata putus.

**********

“ Apa!!! Kamu berdua nak khawin?” Jerit Datin Salwa kuat saat Imtiyaz menyuarakan hasratnya. Zaharra yang berada di sebelah hanya berdiam diri. Tidak berani dia untuk menyampuk saat kemarahan Datin Salwa sedang memuncak tetapi Imtiyaz boleh pula menunjukan wajah selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku begitu juga dengan suami Datin Salwa yang sedang membaca surat khabar tanpa berkata apa-apa.

“ Kenapa mama, tak boleh ke?” Soal Imtiyaz selamber sambil menyandarkan tubuhnya di sofa. Di genggam tangan Zaharra tanpa di lepaskan langsung. Dia tahu pasti teman wanitanya sedang gugap ketika itu.

“ Boleh kamu tanya soalan macam itu dekat mama. Memanglah tak boleh sebab kamu tu tunang Khalisya. Anak Tan Sri Kassim” Beritahu Datin Salwa sambil terus bangun dari duduk. Tidak senang duduk dia bila anaknya menyuarakan hasrat itu. Imtiyaz tergelak kecil begitu juga dengan Dato’Daud.  Entah apa yang lucu Zaharra langsung tidak tahu. Dalam hatinya kini, perasaan gugap dan berdebar mengatasi segalanya.

“ Mama yang tunangkan Im dengan Khalisya. Bukan kemahuan Im. Masa mama nak tunangkan Im dengan Khalisya, mama tak tanya Im langsung. Tahu-tahu je Im dah ada tunang. Im tak pernah anggap Im ada tunang. Im cuma ada kekasih dan bukan tunang.Maknanya Im boleh khawin dengan siapa pun yang Im nak” Imtiyaz membantah apa yang dikatakan mamanya panjang lebar. Dia bukan ingin bersikap kurang ajar, tetapi untuk masa depannya, dia harus berkeras sedikit.

“ Biarlah Im buat keputusan diri dia sendiri. Kalau dia dah pilih Zaharra, kita nak buat apa lagi. Bukan awak yang kena khawin tapi anak bujang awak ni” Sampuk Dato’Daud sambil meneruskan bacaan. Datin Salwa mula tidak keruan. Entah apa yang akan di katakan pada keluarga Khalisya jika mereka tahu anak bujangnya akan berkhawin dengan orang lain. Apa pula perasaan Khalisya nanti. Dia bukan mengira pangkat atau darjah, tapi jika hatinya tidak berkenan dia tidak boleh menerimanya. Sudah lama dia mengimpikan Khalisya menjadi menantuya.

“ Arrgghhh... mama tak nak dengar apa-apa lagi” Datin Salwa mula serabut dan terus meninggalkan ruang tamu begitu sahaja. Dato’Daud tergelak kecil. Surat khabar di tangannya terus di lipat lalu di letakan di atas meja.

“ Tak payah perduli pasal mama kamu tu. So bila nak buat majlis khawin? Ingat bulan depan papa nak Im pergi Kanada” Dato’Daud mengingatkan anak tunggalnya sekali lagi. Dia tidak mahu Imtiyaz lupa pula soal itu. Dia berharap benar anaknya akan ke sana untuk beberapa tahun.

“ Im nak papa pergi rumah family Ara untuk tetap tarikh pertunangan dan perkhawinan minggu depan. Kalau boleh semuanya selesai dalam masa sebulan.” Cadang Imtiyaz tanpa langsung bertanya kepada Zaharra terlebih dahulu. Bengang juga Zaharra bila Imtiyaz membuat keputusan tanpa bertanya padanya terlebih dahulu padahal hal tersebut melibatkan dirinya juga. Kehadirannya di situ seperti tunggul kayu.



" Senangkan..." Bisik Imtiyaz di telinga teman wanitanya. Zaharra mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti dengan apa yang baru di bisik Imtiyaz.


" Senang apa?"


" Handle mamalah. Ini Imtiyazlah..." 


**********
Zaharra kira bernasib baik kerana keluarganya menerima kehadiran keluarga Imtiyaz dengan begitu baik sekali. Tidak sangka ibu dan babanya menerima alasan yang di berikan Imtiyaz untuk mengahwininya dalam masa terdekat. Zaharra melabuhkan punggungnya di katil. Minggu depan dia akan berhenti kerja dan selepas khawin dia akan ke luar negara. Mungkin selepas ini dia tidak akan berkerja kerana pernah sekali Imtiyaz memberitahunya bahawa dia mahukan isterinya yang seratus peratus berada di rumah. Dia tahu Imtiyaz tidak memaksanya untuk tidak berkerja, tetapi dia mula bertekad akan menjadi suri rumah selepas menjadi isteri lelaki itu.

“ Ara, tak sangka kau akan khawin hujung bulan ni. Macam tak percaya. Dalam senyap-senyap kau nak khawin.” Sara terus melabuhkan punggungnya di birai katil. Majalah REMAJA yang berada di atas meja terus di capainya lalu di selak satu persatu. Zaharra tersenyum manis.Dia sendiri masih tidak percaya bahawa dirinya akan menjadi isteri tidak lama lagi.

“ Aku pun tak percaya Sara. Macam mimpi je aku akan khawin” Balas Zaharra.

“ Ara!! Ada orang nak jumpa!!” Kedengaran suara salah seorang rakan serumahnya dari tingkat bawah menjerit. Dia tahu pasti rakannya itu malas untuk mendaki tangga dan lebih senang menjerit sahaja. Zaharra terus bangun dari duduk dan melangkah turun ke tingkat bawah. Kelihatan sebuah kereta BMW berwarna hitam tersergah indah di depan rumahnya. Jantungnya mula berdenyut kencang saat langkah semakin dekat dengan kereta itu. cermin kereta di buka dari bahagian belakang bila dia mula berdiri di sebelah kereta. Kelihatan seorang wanita muda berkaca mata hitam di dalamnya.

“ So, youlah Zaharra yang rampas tunang I” Begitu panas ayat yang keluar dari bibir wanita muda itu. Tiba-tiba sahaja hati Zaharra panas, sepanas matahari yang terik di atas kepalanya ketika itu. Ingin sahaja dia ikat mulut itu. sedap-sedap sahaja cakap dia perampas.

“ Maaf ya cik...”Zaharra tidak menghabiskan ayatnya kerana dia sendiri lupa nama tunang Imtiyaz yang tidak diiktiraf  itu.

“ Khalisya...”

“ Maaf Cik.Khalisya, saya bukan perampas dan untuk mengetahuan Cik.Khalisya Imtiyaz yang nak sangat khawin dengan saya. Apa saya boleh buat. Terima sahajalah. Siapa tak nak khawin dengan lelaki sekacak itu” Sempat Zaharra menyindir sambil menunjukan wajah yang begitu belagak sambil berpeluk tubuh. Khalisya mula benggang.

“Aku bukannya nak sangat pada Imtiyaz tu, tapi aku tak suka dikalahkan apatah lagi dengan perempuan macam kau. Ingat sikit Zaharra siapa kau dan siapa Imtiyaz” Khalisya memang paling pantang di kalahkan dan dia paling tidak suka berada di bawah. Walaupun dia tidak begitu sukakan Imtiyaz, tetapi perasaan dendamnya lebih mengatasi segalanya. Dia ingin merampas kembali haknya. Imtiyaz harus menjadi miliknya.

“ Tak payah Cik Khalisya nak ingatkan saya. Saya tahu ayah Cik Khalisya ada pangkat Tan Sri dan ayah saya setakat pangkat Dato sahaja. Tapi ingat buat apa pangkat tinggi-tinggi kalau tak pandai nak hormat orang. Gila punya orang...” Sempat Zahirra memanaskan lagi hati Khalisya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah kembali. Merah muka Khalisya menahan marah.

“ Kau tunggulah nanti Zaharra!!!” Jerit Khalisya dari dalam kereta, namun Zaharra langsung tidak berpaling ke belakang lagi. Dalam hatinya mengomel geram.

**********
 “ Kenapa marah-marah ni sayang?” Soal Imtiyaz di corong telefon saat Zaharra menghubunginya. Dia yang leka meneliti setiap data di komputer ribanya terus beralih pandangan ke arah lain bila Zaharra menghubunginya. Sesibuk mana pun, dia akan menjawab setiap panggilan dari teman wanitanya itu.

“ Tunang abanglah, tiba-tiba serang Ara dekat rumah” Zaharra mula mengadu. Dia memang akan mengadu apa yang berlaku pada dirinya.  Dia tahu pasti akan ada keadilan untuknya nanti.

“ Dia buat apa? Ara cedera tak?” Cemas Imtiyaz bila teman wanitanya berkata begitu. Tidak sangka Khalisya sanggup ke rumah Zaharra.  Tahu pula wanita itu di mana rumah teman wanitanya itu.

“ dia tak buat apa-apa. Tapi dia bagi amaran dekat Ara. Dia kata dia nak rampas abang dari Ara. Mana boleh...” Sambung Zaharra lagi. Imtiyaz tergelak kecil. Sudah terbayang di mindanya wajah Zaharra yang comel bila marah. Sememangnya Zaharra seorang anak yang manja. Semua perkara yang berlaku pasti akan di adukan padanya.  Dia sudah menjadi kaunter pengaduan saat wanita itu bermasalah.

“ Kenapa tak boleh?” Soal Imtiyaz untuk melegakan sedikit kemarahan teman wanitanya itu.

“ Abang hak Ara saja. Tak ada siapa boleh rampas...” Buat pertama kali Zaharra berkata begitu. Berbunga hati Imtiyaz bila mendengarnya. Kini dia tahu wanita itu begitu sayangkan dirinya.

“ Betul?” Soal Imtiyaz lembut sambil tersengeh sendirian. Zaharra terdiam sejenak sambil tersengeh. Malu pula dia bila berkata begitu tadi. Ketika Imtiyaz masih menunggu jawapan dari teman wanitanya, pintu bilik pejabatnya di kuak dari luar dengan kuat. Terkejut dia bila melihat Khalisya berdiri di depan pintu sambil mencekak pinggang. Marah betul wajah itu.

“ Sayang, nanti abang call sayang balik okey”Imtiyaz memutuskan talian.

“ I pantang bila orang masuk tak bagi salam dulu. You ni bukan islam ke atau pun dah tak tahu adat-adat orang islam?” Sindir Imtiyaz sambil mencapai fail 
di atas meja. Dia segaja buat-buat sibuk kerana malas untuk melayan. Khalisya terus melangkah ke meja kerja Imtiyaz. Di hempas beg tangannya di atas meja depan lelaki itu. Tersentak Imtiyaz dengan perlakuan Khalisya.

“ You ni kenapa Cik Khalisya?” Soal Imtiyaz.

“ You memang saja nak sakitkan hati I kan? I ni tunang you, kenapa you boleh pula rancang nak khawin dengan orang lain. You ingat I ni apa!!! Tunggul!!!” Jerit Khalisya kuat. Bengang betul dia dengan lelaki di depannya itu apatah lagi bila Imtiyaz langsung tidak menperdulikan apa yang di katakannya itu. kelihatan Imtiyaz sibuk pula menaip sesuatu di keyboard computer riba.

“ Imtiyaz!!!” Marah Khalisya lagi. Tapi lelaki itu tetap tidak memperdulikannya. Dia terus bangun untuk meninggalkan bilik yang menyebabkan darahnya naik hingga ke kepala.

“ Khalisya...” Panggil Imtiyaz. Khalisya terus berpaling ke belakang dengan harapan lelaki itu ingin memujuknya.

“ You jangan pandai-pandai nak ganggu buah hati I, nak marah dia pun jangan. I tak pernah marah atau tinggikan suara dekat dia. Kalau dia menangis I tak akan maafkan you. Ingat tu” Imtiyaz memberi amaran walaupun matanya tidak langsung memandang ke arah wanita itu. Khalisya menghentak kakinya beberapa kali. Semakin menyirap darahnya. Dengan perasaan sebal, dia terus berlalu pergi. Imtiyaz tersenyum sendirian, berjaya juga dia menyakitkan hati wanita itu. itulah balasan kerana menyakitkan hati teman wanitanya.

**********
Zaharra merasakan tubuhnya benar-benar berat untuk bangun dari katil. Hidungnya juga mula tersumbak. Seluruh tubuhnya mengigil kesejukan. Badannya juga mula terasa bahang kepanasan. Seluruh tubuhnya di tutupi dengan selimut.

“Woi, tak nak pergi kerja ke?” Soal Sara sambil memakai tudung di depan cermin. Sungguh ayu wanita itu bila bertudung. Pernah terlintas juga di mindanya utnuk bertudung, tapi mungkin belum masanya lagi. Dia belum begitu ikhlas untuk memakainya.

“ Tak kot, aku kurang sihatlah” Beritahu Zaharra di dalam kain selimut.

“ Tak sihat? Nak pergi klinik tak?” Soal Sara sambil memdekati rakannya itu. di letakan tangannya di atas dahi Zaharra untuk merasa kepanasan tubuh rakannya itu. memang sah Zaharra deman kerana terasa kepanasan di dahi. Zaharra mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Dia memang tidak begitu gemar ke klinik kerana dia takut dengan doktor apatah lagi untuk makan ubat yang baginya begitu pahit dan akan menyiksa tekaknya.

“ Sure...”Tanya Sara lagi ingin kepastian sebelum dia berangkat ke tempat kerja terlebih dahulu. Kali ini Zaharra mengganguk. Sara terus berangkat ke tempat kerja sebaik sahaja selesai bersiap. Zaharra pula ingin melelapkan matanya sekali lagi. Dia benar-benar penat.

“Ara!!!” Kedengaran suara orang menjerit memanggil namanya di depan rumah.Zaharra tahu siapa pemilik suara garau itu. Dia menguatkan kakinya untuk bangun dari katil dan menjenguk ke tingkap bilik. Kelihatan Imtiyaz berdiri di depan rumahnya. Kelihatan begitu cemas sekali lelaki itu. sudah hampir dua hari dia tidak berjumpa dengan Imtiyaz dan tidak sangka pagi itu teman lelakinya berdiri betul-betul di depan rumah. Zaharra menberi isyarat supaya tunggu sekejap kerana dia ingin bersiap terlebih dahulu. Dia mengambil masa agak lama untuk bersiap kerana setiap kerjanya di lakukan agak perlahan. Dia memang tidak begitu larat untuk bersiap lebih cepat.

“ Kenapa abang datang jumpa Ara?” Soal Zaharra sebaik sahaja langkah di atur semakin dekat dengan teman lelakinya.

“ Ara kenapa?” Soal Imtiyaz bila melihat teman wanitanya kelihatan pucat dan seperti kepenatan. Di letakan tangannya di atas dahi wanita itu.

“ Ara okeylah abang... deman sikit je” Zaharra cuba menghilangkan kebimbangan di hati teman lelakinya

“ Mana handphone Ara?” Soal Imtiyaz tiba-tiba. Zaharra terdiam sejenak dan berfikir di mana telefonnya di letak. Dia mengangkat bahu tanda lupa di mana dia letak telefonnya selepas balik dari makan malam bersama dengan kawannya semalam.

“ Kenapa abang cemas ni?” Tanya Zaharra kembali bila melihat wajah teman lelakinya begitu gelisah sekali seperti ada yang tidak kena. Imtiyaz menggaru kepalanya beberapa kali sebelum menarik tangan teman wanitanya masuk ke dalam kereta.Dia tidak tahu ingin bercakap bermula dari mana. Dia takut Zaharra tidak boleh menerima kenyataan nanti. Pemanduan terus di mulakan tanpa berkata apa-apa. Zaharra hairan dengan perubahan teman lelakinya. Imtiyaz seperti ingin mengatakan sesuatu padanya.

“ Kenapa dengan abang ni?” Zaharra semakin ingin tahu lebih lanjut. Hatinya berdenyut kencang saat itu. Jika berita yang akan menyakitkan hatinya, dia masih belum sedia untuk mendengarnya lagi.

“ Ara, kalau abang cakap Ara bertenang tau. Ara kena banyakkan bersabar” Imtiyaz mula bersuara kembali. Zaharra semakin tidak keruan. Berita apa yang akan di sampaikan lelaki itu. jika di lihat dari air mula Imtiyaz, dia tahu pasti berita yang begitu menyakitkan.

“Abang cakap apa ni? Kenapa Ara kena bertenang?” Zaharra bertanya. Imtiyaz menarik nafasnya dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan-lahan. Dia harus mengumpul kekuatan untuk memberitahu apa yang berlaku.

“ Baba Ara kemalangan...” Ringkas penyataan dari Imtiyaz tapi bagi Zaharra berita itu seperti petir yang baru sahaja memanah jantungnya. Patutlah Imtiyaz bertanya tentang telefon padanya tadi. Mungkin lelaki itu ingin tahu sama ada dia mendapat panggilan dari keluarganya atau tidak.

“ Baba kemalangan!!! Habis macam manan keadaan baba?” Soal Zaharra cemas. Di tarik-tarik lengan baju Imtiyaz sehingga lelaki itu hampir hilang pemanduan. Cepat-cepat Imtiyaz menenangkan teman wanitanya bila kepala Zaharra di tarik lalu di letakan ke dada sebelah kirinya kerana dia masih lagi dalam pemanduan.

“ Relex sayang... Jangan macam ini.” Pujuk Imtiyaz bila Zaharra tiba-tiba menjerit kuat sambil menangis kuat.



“ Macam mana dengan baba, ibu?” Soal Zaharra sebaik sahaja tiba di hospital. Cepat-cepat dia berlari memeluk tubuh ibunya yang sedang menangis di luar wad. Imtiyaz hanya memandang dan untuk kali ini dia tidak masuk campur. Biarlah Zaharra dengan ibunya sahaja.

“Baba...” Datin Laila tidak menghabiskan ayatnya dan terus terjelopok ke lantai.

“Ibu!!!” Jerit Zaharra sambil mengoncang tubuh ibunya.Imtiyaz juga cuba menenangkan kedua-duanya sekali. Datin Laila semakin kuat menangis begitu juga dengan Zaharra.

“Baba dah tak ada Ara...” Terluah juga perkara sebenar dari bibir ibunya. Kali ini Zaharra pula terduduk di lantai. Dia seakan-akan terkena renjatan elektrik seketika. Semaki laju mutiara putih turun dari matanya.


“ Sabar sayang...” Pujuk Imtiyaz sambil memeluk tubuh kecil molek itu. tapi Zaharra seperti tidak bergerak dan membatukan diri di situ.


“Baba dah tak ada...”Lembut ucapan itu keluar dari bibir Zaharra. Tiba-tiba sahaja Imtiyaz mengalirkan air mata bila melihat perderitaan yang dialami keluarga Zaharra. Dia begitu simpati dengan apa yang berlaku.


“abang, baba dah tak ada. Baba dah tinggalkan Ara...” Zaharra semakin kuat menangis. Semakin kuat juga pelukan Imtiyaz untuk menenangkan teman wanitanya. Kelihatan Datin Laila pula bersandar di dinding dan kelihatan sedikit tenang dari sebelumnya.


“Abang tahu sayang... abang tahu... Abangkan ada. Abang akan jaga sayang. Kita doakan supaya roh baba sayang di tempatkan disisi orang-orang yang beriman” Imtiyaz tahu kini dia harus memberikan semangat untuk Zaharra. Sekarang ini wanita itu begitu lemah.




**********
 “Im!!!” Panggil Khalisya bila melihat lelaki itu melintas di depannya. Sudah lama dia menunggu di lobi kerana ingin bertemu dengan lelaki itu padahal dia boleh saja masuk ke dalam untuk berjumpa dengan Imtiyaz tapi bila berfikir tentang lelaki sedang berkerja, dia melupakan niatnya. Lagipun dia tahu pasti Imtiyaz masih marah padanya kerana ke rumah Zaharra minggu lepas.Imtiyaz yang begitu laju melangkah terus berhenti dan berpaling ke belakang. Dia mengeluh berat. Dia memang kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan wanita itu.


“ Ada apa?” soal Imtiyaz sambil lewa. Beberapa kali dia meneliti jam di tangan kerana takut terlewat pula untuk berjumpa dengan seseorang.


“ I nak minta maaf pasal hari tu. I janji lepas ini I tak akan kacau Zaharra” Khalisya memohon maaf sambil mengangkat sebelah tangan tanda berjanji. Dia berharap benar lelaki itu akan memarahinya.


“ Elok sangatlah you tak kacau Zaharra. I baru nak jumpa you untuk ingatkan you jangan kacau buah hati I. So ada apa-apa lagi ke Cik Khalisya?” Imtiyaz mula ingin meninggalkan lobi. Dia tidak mahu berlama di situ.


“ Im tak maafkan Khalisya pun” Manja sungguh nada suara Khalisya kali ini.


“ Okeylah Khalisya, I maafkan you. I dah lambat ni. Jumpa lain kali okey” Imtiyaz terpaksa mengalah kerana jika dia terus berkeras pasti lebih lamalah dia akan mengadap muka wanita itu. Dia terus memulakan langkah semula meninggalkan Khalisya begitu sahaja.





“kamu nak kemana lagi tu Imtiyaz?” Soal Datin Salwa bila melihat anak lelaki tunggalnya itu menuruni anak tangan dengan berpakaian begitu kemas sekali. Dia yang sedang menonton tv di ruang tamu juga mampu menghidu bau wangian dari badan anaknya.


“Biarlah dia nak pergi mana pun. Yang awak risau sangat ni kenapa?” Sampuk Dato’Daud pula. sememangnya sejak dari kecil lagi kebanyakan apa yang di lakukan anak tunggalnya, pasti dia menyokong. Imtiyaz tersenyum manis bila mendengar apa yang baru di katakan papanya. Dia memang tahu, pasti papanya akan menyokong apa yang dia lakukan dan sebaliknya dengan mamannya yang lebih banyak mengongkong. Dia sendiri tidak tahu kenapa mamanya begitu prihatin terlampau hingga dia langsung tidak bebas. Nasib baik ada papanya, jadi bolehlah dia keluar kemana sahaja. Lagipun dia bukan lagi budak kecil.


“ Abang apa tahu, saya risaukan anak saya. Sekarang ni tiap-tiap malam keluar entah kemana. Saya takut dia berkawan dengan orang yang bukan-bukan. Lainlah kalau dia keluar dengan Khalisya. Tak lah saya risau sangat” Balas Datin Salwa pada suaminya. Dato’Daud hanya tersenyum sambil mengelingkan kepalanya. Berkenan betul isterinya pada Khalisya.


“ Mama jangan risau, Im pandai jaga dirilah. Im keluar dulu” Imtiyaz meminta diri. Sebelum itu dia sempat mencium pipi kiri mamanya sebelum berlalu pergi. Dia tidak mahu nanti akan berlaku pergaduhan dengan mamanya kerana hal kecil. Agak sibuk jalan raya malam itu hingga hampir sejam dia terperangkap di atas jalan raya. Mungkin ketika itu wartu orang keluar apatah lagi bandar Kuala Lumpur memang terkenal dengan kesesakannya tidak kira masa. Dia mencapai telefonnya lalu menekan nombor Zaharra. Dia harus memaklumkan ke datangannya ke rumah wanita itu. Dia menggunakan earphone supaya tidak akan menggangu pemanduannya. Beberapa kali juga dia menelefon dan untuk kali ke tujuh baru kedengaran suara lemah teman wanitanya. Pasti Zaharra masih lagi kesedihan walaupun sudah hampir seminggu Dato’Zaini meninggal dunia.


“ Assalamualaikum Ara...” Imtiyaz memberi salam terlebih dahulu.


“ Waalaikummusalam abang...” Sungguh lemah nada suara itu. Imtiyaz seboleh-bolehnya mengawal setiap bait katanya supaya tidak akan menyentuh hati yang sedang lara itu.


“ Ara okey?” Soal Imtiyaz.


“ Okey” Ringkas jawapan dari Zaharra.


“ abang nak jumpa Ara. Kejap lagi abang sampai” Beritahu Imtiyaz tentang niatnya untuk ke rumah teman wanitanya itu. sejak kematian Dato’Zaini, Zaharra terus berhenti kerja dan tinggal di rumah orang tuanya.


“ Abang...” Panggil Zaharra.


“ Ya sayang...”


“ Zaharra tak nak jumpa siapa-siapa buat masa sekarang. Harap abang faham” Minta Zaharra. Imtiyaz mengeluh berat. Tidak sangka untuk malam ini juga dia tidak berjaya untuk berjumpa dengan teman wanitanya. Sejak kebelakangan ini Zaharra asyik mengelak sahaja tetapi dia mengerti situasi yang di hadapi Zaharra ketika ini dan dia harus faham.


“ Tak apalah Ara, abang faham. Nanti kita jumpa okey. Kalau Ara dah sedia nak jumpa abang, Ara call saja, abang tunggu Ara call. Jaga diri baik-baik tau. Assalamualaikum..” Imtiyaz memberi kata putus. Dia tidak mahu memaksa teman wanitanya. Zaharra harus di beri ruang untuk tenangkan diri. Majlis pernikahannya juga terpaksa di tangguh buat sementara kerana perkara itu. nasib baik papanya boleh menangguhkan juga pemergiaannya ke Kanada.Dia terus menukar arah kereta ke arah rumahnya semula. Belum sempat dia meletakan telefonnya ke dalam poketnye, tiba-tiba satu mesej masuk. Dia terus membukanya padahal dia tahu memang salah jika memandu sambil menggunakan telefon.



‘Im, boleh datang jumpa saya dekat Restoren KFC dekat tempat biasa awak makan. Saya nak jumpa awak sangat-sangat. Please...’


Berkerut dahi Imtiyaz bila bila menbaca mesej tersebut. Dia tidak tahu pesanan itu dari siapa kerana tiada nama yang naik di skrin telefonya bila dia cuba menefon kembali pemilik mesej tersebut apatah lagi tiada siapa menjawab panggilannya itu tetapi dia tahu pasti pemilik pesanan itu amat mengenalinya kerana tahu tempat yang selalu dia kunjungi bila masa lapang. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak dalam dirinya. Dia harus tahu siapa pemilik pesanan ringkas itu lagipun ketika ini dia tidak ada tempat untuk di tuju. Dia terus memecut laju keretnya menuju ke restoran yang di maksudkan itu.

Liar matanya mencari-cari kelibat seseorang yang mungkin dia kenal berada di dalam restoran tersebut, namun hampa kerana tidak langsung dia ketemui apa yang di cari apatah lagi keadaan di dalam restoran itu agak sesak dengan manusia. Kelihatan di sudut restoran beberapa keluarga sedang bergelak ketawa, mungkin mereka sedang merayakan sesuatu apatah lagi kelihatan satu kek di atas meja. Dia mengeluarkan telefonnya bila satu lagi pesanan ringkas di terimanya.



‘ Saya tunggu awak dekat meja yang selalu awak makan’

Semakin hairan Imtiyaz bila menerima mesej itu bila seolah-olah pemilik pesanan ringkas itu tahu semua tentannya. Dia terus melangkah ke meja yang selalu di dudukinya. Dia gemar duduk di situ kerana dari situlah dia boleh menikmati keindahan kolam ikan koi di sebelah restoran. Memang dari dulu lagi dia akan duduk di situ. Kelihatan seorang wanita berambut pendek duduk membelakangkannya. Perlahan-lahan langkahnya di atur dan tiba-tiba matanya terhenti pada rantai di leher wanita itu.


“ Ain...?” Teka Imtiyaz perlahan. Wanita itu terus berpaling dengan senyuman. Jantung Intiyaz seperti terhenti seketika bila melihat susuk tubuh itu berdiri di depannya. Sudah hampir 6 tahun dia tidak melihat wajah itu. tidak sangka dia masih lagi mampu mengecam wanita yang pernah singgah di hatinya satu ketika dulu. Kerana mendapat tentangan yang begitu kuat dari mamanya, dia terpaksa berpisah dan Ain terus hilang entah kemana. Puas dia mencari tetapi tidak berjaya. Hatinya benar-benar sakit bila terpaksa berpisah dengan Ain dan ketika kemunculan Zaharra, dia berjaya melupakan cinta pertamanya itu. Atas sebab itu jugalah dia rahsiakan perhubungannya dengan Zaharra dahulu takut di larang mamanya. Kini dia harus lebih berkeras supaya tidak akan lagi kehilangan orang yang disayanginya.


“ Apa khabar Im?” Soal Ain lembut. Imtiyaz hanya mengganguk lemah. Dia pula seperti di paku dan masih tidak percaya dengan apa yang baru di lihatnya itu. memang patut Ain tahu tentang apa yang dia suka kerana di restoran itulah tempat dia selalu ‘dating’ dengan wanita itu dulu.


“ Duduklah...” Perlawa Ain. Imtiyaz hanya menginkut sahaja. Ketika ini hatinya tersentuh kembali bila melihat wajah yang begitu lama dia tidak tatapi.


“ sudah lama kita tidak, Im dah semakin kacak” Puji Ain. Imtiyaz tergelak kecil.


“ Ada-ada jelah Ain ni. Ain pun apa kurangnya, makin cantik terutama rambut tu. Cantik bila potong pendek” Puji Imtiyaz pula. Dia masih mampu mengingati wajah Ain ketika berambut panjang dulu. Ain mengosok-gosok rambutnya. Merah mukanya bila di puji.


“ Dah ada penganti Ain ke?” Ain semakin ingin bermain dengan perasaan. Imtiyaz terdiam sejenak. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan-lahan  sambil mengangguk perlahan-lahan. Dia tidak mahu menipu wanita itu bahawa dia sedang di lamun cinta dengan seorang wanita.


“ Bertuah wanita itu dapat awak. Terlepas saya..” Sempat Ain bergurau sambil tergelak kecil. Tapi bagi Imtiyaz itu langsung tidak lucu. Dia seperti mengerti di sebalik kata-kata Ain. Wanita itu seperti masih berharap padanya.


“ Macam mana dengan awak? sudah ada penganti saya?” Kini giliran Imtiyaz pula untuk bertanya soalan yang sama. Ingin juga dia tahu wanita itu sedang bergembira atau tidak. Sekali lagi Ain tergelak kecil sambil menutup mulut menggunakan tangan.


“No...”


“ Kenapa tak cari penganti?” Soal Imtiyaz lagi.


“Sebab saya ingin setia pada cinta pertama. Tapi tak sangka saya sudah tak ada peluang lagi untuk rampas balik cinta pertama saya.” Balas Ain sambil tersenyum manis. Imtiyaz terdiam sejenak. Jantungnya seperti sedang di panah kembali. Dia merasa seperti hatinya berbunga-bunga bila Ain berkata begitu. Tidak sangka wanita itu masih lagi mencintainya.


“ Awak jangan jadi hamba cinta. Cinta pertama tidak semestinya kekal.” Beritahu Imtiyaz. Dia tidak mahu tersalah langkah. Jika dulu Ain muncul untuk menagih kembali cintanya, mungkin dia akan terima tetapi kini dia sudah memiliki Zaharra dan dia tidak akan sesekali berlaku curang. Dia sudah berjanji tidak akan pernah menyakiti hati Zaharra yang begitu mudah tersentuh.


“ Saya tahu...” Ain menundukan kepalanya. Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir tanpa di pinta. Entah mengapa dia begitu sedih ketika berdepan dengan lelaki yang amat di cintainya itu.


“ Hey, kita masih kawan kan?” Pujuk Imtiyaz. Dia tidak suka melihat air mata wanita mengalir. Dia faham perasaan Ain ketika itu.


“ Yes... kita kawan” Ain cepat-cepat mengesat air matanya dan berpura-pura gembira. Kini dia harus sedar dia bukan di hati lelaki itu lagi.



**********
Zaharra bangun dari katil lalu menuju ke meja mekap. Badannya benar-benar terasa penat bila hanya terperak sahaja di dalam bilik. Sudah dua minggu dia hanya terperak tanpa berjumpa dengan sesiapa pun selepas kematian babanya. Dia meneliti wajahnya di cermin, begitu sembab dan pucat wajah itu. lingkaran bawah matanya sedikit gelap mungkin kerana asyik menangis sahaja. Dia cuba untuk kuat tetapi bila melihat ibunya yang sudah menjadi begitu pendiam dan tidak lagi terurus hatinya tersentuh. Air matanya bila-bila masa sahaja akan turun membasahi pipinya.


“ Ara kenapa dengan kau ni. Tengok muka kau sekarang. Dah tak terurus. Kau kena kuat Ara! Kau kena kuat!” Zaharra bercakap sendirian untuk menguatkan dirinya. Dia tidak mahu terus begitu. Sampai bila dia harus lari dari kehidupan sebenarnya. Dia harus terima hakikat bahawa babanya telah tiada lagi. Dia harus menjadi penguat ibunya. Dia mencapai telefon bimbitnya, sudah lama dia tidak mendengar suara teman lelakinya itu. kali terakhir dia bercakap dengan Imtiyaz ialah seminggu yang lepas. Hatinya benar-benar terasa rindu. Lelaki itu juga tidak lagi menghubunginya tetapi dia faham kerana dia pernah memberi amaran kepada Imtiyaz supaya tidak menghubunginya. Dia meletakan kembali telefonnya di atas meja mekap. Dia tidak mahu menelefon teman lelakinya, tetapi dia ingin memberi kejutan untuk lelaki itu. Dia sendiri akan ke pejabat 
Imtiyaz.


“En.Imtiyaz ada tak?” Soal Zaharra pada wanita yang berada di kaunter depan pejabat teman lelakinya itu. Agak gugap dia bila berada di situ kerana ini kali pertama dia menjejakan kaki di situ. Dulu memang dia tidak berani datang ke situ kerana takut rahsia perhubungannya akan terbongkar tapi kini, semua sudah tahu dan tiada sebab untuk dia takut ke situ. Lagipun tidak lama lagi dia akan menjadi isteri kepada pengarah Syarikat Dauwa Holding itu.


“ En.Im tak ada. Sekarang ini waktu lunch, mungkin En.Im keluar makan” Duga wanita itu. Zaharra mengetap bibir kecewa. Niatnya untuk membuat kejutan tidak menjadi. Langkah terus di atur keluar dari situ. Dia begitu kecewa sekali. Hampir sejam dia persiapan diri untuk berjumpa dengan buah hatinya, namun hampa bila Imtiyaz tiada di pejabat. Dia menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon. Dia ingin menelefon Imtiyaz untuk memaklumkan kehadiran dia di situ. Agak lama dia menyeluk di dalam beg, namun tangannya tidak merasakan kehadiran telefon di dalamnya. Dia menghentak kakinya geram bila baru dia terigat dia lupa mengambil telefon di atas meja mekap sebelum keluar tadi. Ketika langkahnya ingin di atur pergi, matanya terhenti pada satu sudut tidak jauh dari situ. Kelihatan seorang lelaki yang amat dikenalinya keluar dari kereta dan lebih menyakinkannya lagi,dia kenal benar dengan kereta Perdana berwarna hitam itu.


“Abang..” Panggil Zaharra dalam hati. Dia bersorak gembira dan memulakan langkah ke arah Imtiyaz namun sekali lagi langkahnya seperti di paku bila melihat Imtiyaz berlari anak menuju ke pintu kereta sebelah kiri lalu membukannya. Kelihatan seorang wanita muda keluar darinya. Begitu mesra mereka bergelak ketawa. Selama ni Imtiyaz tidak begitu bersungguh membukakan pintu padanya. Zaharra merasakan seperti kepalanya di hempak batu besar buat kali kedua. Air matanya mula mengalir laju. Tidak sangka ketika dia sedang berduka dengan kematian babanya, Imtiyaz boleh pula bersuka ria dengan perempuan lain. Patutlah lelaki itu tidak menelefonnya untuk bertanya khabar. Entah mengapa dia harus melihat semua itu saat dia sedang cuba untuk hidup kembali. Dia terus berlari pergi dari situ supaya Imtiyaz tidak akan sedar tentang kehadirannya di situ.



“ Thanks sebab sudi keluar dengan saya” Ain mengucapkan terima kasih kerana Imtiyaz sudi terima perlawaannya untuk keluar bersama. Imtiyaz tidak boleh menolaknya bila Ain mengajaknya keluar apatah lagi bila wanita itu mengatakan itu hanya perlawaan sebagai ‘kawan’. Lagipun dia sedang kebosannan bila ketiadaan Zaharra di sisi. Hari-hari dia berdoa agar Zaharra akan menelefonnya.


“ No hal, kita kan kawan. Oh ya sory pasal pintu kereta saya. Pintu tu memang tak boleh buka dari dalam. Kena buka dari luar. Saya tak sempat nak pergi baiki lagi.” Jelas Imtiyaz tentang pintu keretanya yang rosak. Sudah hampir seminggu pintu itu tidak berapa berfungsi dan dia masih tidak ada masa untuk membaikinya lagi. Oleh sebab itulah dia harus membukakan pintu untuk bahagian itu.



**********
 “ Kau jahat Imtiyaz!!! Kau tipu aku!!! Kau tak sayangkan aku!!! Kau tak cintakan aku!!! Kau tahu tak aku sayang sangat-sangat dekat kau!!!” Jerit Zaharra sambil membaling bantal-bantal yang berada di atas katilnya. Habis semua barang mekapnya yang berada di atas meja di lempar ke dinding untuk melepaskan geram. Matanya terhenti pada patung beruang yang di hadiahkan Imtiyaz ketika hari jadinya tahun lepas di atas meja. Di capainya lalu di tumbuk-tumbuk bertubi-tubi sambil menjerit-jerit. Dia memang hilang kawalan tiba-tiba.


“ Aku benci kau!!!” Jerit Zaharra sekuat hati. Kali ini patung beruang itu di campak keluar dari biliknya melalui serambi bilik dan terus jatuh ke dalam kolam renang yang berada di tingkat bawah.


“ Ya Allah, kenapa ni?” Terkejut Mak Sum, iaitu pembantu di dalam rumah tersebut bila melihat semua barang begitu berselerak sekali. Zaharra pula duduk di serambi sambil memeluk lutut. Air matanya semakin kuat mengalir. Mak Sum terus mendapatkan anak majikannya yang telah di jaga sejak kecil lagi. Dia sudah menggangap Zaharra seperti anaknya sendiri.


“ Hey, kenapa ni Ara...”Soal Mak Sum lemah sambil menggengam tangan anak majikanya itu.


“ Imtiyaz tak sayang Ara Mak Sum... Dia ada perempuan lain..” Rintih Zaharra. Tubuh tua itu di peluk seerat-eratnya. Ketika ini dia perlukan seorang ibu untuk meluahkan semuanya, tapi dia tahu pasti ibunya tidak akan jadi seperti dulu lagi. Seorang ibu yang boleh di jadikan tempat dia meluahkan segala-galanya. Nasib baik Mak Sum ada untuk memeluknya ketika ini.


“ Mengucap sayang, mengucap” Nasihat Mak Sum bila melihat tangisan Zaharra semakin kuat.


“ Ara sayang dia Mak Sum, tapi dia curang. Ara benci dia!!!” Luah Zaharra walaupun hakikatnya dia tidak mahu menbenci lelaki itu.




Imtiyaz begitu leka berbual dengan Ain. Sudah lama dia tidak berbual dan dalam masa 6 tahun, macam-macam cerita yang ingin di sampaikan.  Jam menunjukan pukul 3.00 petang dan dia telah terlewat untuk masuk kerja semula. Dia selalunya tidak begitu, dia ialah majikan yang begitu menepati wartu kerja tetapi untuk kali ini dia telah terlewat.


“Kenapa Im?” Soal Ain sambil menyedup air di dalam gelas bila melihat Imtiyaz seperti gelisah.


“ Saya dah terlewat ni. Banyak kerja lagi dekat office yang belum siap.” Beritahu Imtiyaz. Dia harus segera menghabiskan makananya sebelum berlalu pergi. Dia memang tidak suka membazir. Ain terdiam, jika di ikutkan hatinya, masih banyak lagi ceritanya yang ingin di kongsi dengan lelaki itu, lagipun sudah lama dia tidak berjumpa. Imtiyaz terus menghabiskan sisa makannya.


“ Awak tetap macam dulu. Tak pernah membazir” Ain mula mengembalikan kenangan lama. Imtiyaz hanya tersenyum dan dia tidak begitu berminat untuk mengingatinya lagi. Itu kisah lama dan dia tidak mahu mengingatinya lagi walaupun hakikat sebenarnya, tempat Ain masih ada di hatinya walaupun sedikit. Tiba-tiba dia menerima panggilan. Cepat-cepat dia menjawabnya takut-takut itu panggilan dari pejabat.


“Hello” Jawab Imtiyaz. Ain pula menjadi pemerhati. Dia memang dari dulu lagi suka menatap wajah Imtiyaz. Wajah yang selalu di rinduinya dulu dan mungkin kini dia akan merindui lelaki itu.


“ Apa? Okey, kejap lagi saya sampai” Jawab Imtiyaz lagi tapi kali ini agak cemas. Ain seperti ingin tahu panggilan itu dari siapa hingga menyebabkan Imtiyaz tidak keruan.


“ Kenapa?”


“ Saya ada hal kejap” Imtiyaz terus bangun dari situ, sempat dia memanggil pelayan untuk membayar bil makanan yang di makan.


“ Hal apa? Hal pejabat ke?” Soal Ain lagi. Imtiyaz mengelengkan kepala.


“ Saya nak jumpa dengan Zaharra. Apa-apa nanti saya call” Beritahu Imtiyaz sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Ain mengeluh berat. Tidak sangka Imtiyaz sanggup tinggalkan kerja kerana wanita itu padahal tadi lelaki itu begitu cemas kerana terlewat masuk kerja semula. begitu istimewa sungguh Zaharra di hati Imtiyaz. Laju langkah di atur keluar dari restoran tersebut. Kini di mindanya hanya memikirkan Zaharra sahaja bila dia menerima panggilan dari pembantu rumah keluarga Zaharra tadi. Entah macam pula dia boleh terlangar seseorang di depan pintu restoren.


“ Buta ke!!!” Marah wanita itu sambil membetulkan rambutnya yang menutupi wajah.


“ Sorry” Imtiyaz memohon maaf.


“ Im...” Panggil wanita itu sambil tersenyum riang.


“ Khalisya, you buat apa dekat sini?” Soal Imtiyaz terkejut. Tidak sangka dia boleh pula bertembung dengan wanita itu di saat dia tidak lagi sempat untuk bercakap dengan orang lain. Dia ada urusan yang lebih penting dari segala-galanya.


“ kenapa? I tak boleh makan dekat restoren ini ke? Tak ada tulis  dekat restoren ini yang mengatakan I tak boleh masuk.” Sempat lagi Khalisya menyindir. Imtiyaz tidak langsung perdulikan sindiran itu.


“ Okeylah Khalisya, I ada hal lain. Jumpa nanti. Opss... silap, kalau boleh jangan jumpa I lagi” Imtiyaz terus berlalu pergi. Khalisya mengetap bibir geram. Ingin saja dia ketuk kepala Imtiyaz menggunakan kasut tumit tingginya yang berjenama Guccil.


“ Ain?” Soal Khalisya saat seorang wanita melintas di depannya. Dia seperti mengenali wanita itu. Ain terus berpaling dan berkerut dahinya bila tiba-tiba sahaja orang yang langsung tidak di kenalinya menegur.


“ Ya saya”


“ Ohh.. ingat salah orang. Tak sangka betul.” Khalisya mengosok dadanya lega bila tekaannya betul. Dia ketawa gembira sambil menepis rambutnya yang panjang ke belakang. Skirt paras pahanya di betulkan bila agak teragkat sikit ketika terlangar dengan Imtiyaz tadi.


“ Awak ni siapa?” Soal Ain. Dia memang tidak kenal dengan wanita seksi di depannya itu.


“saya Khalisya. Memang you tak kenal I, tapi I kenal you. Datin Salwa pernah tunjuk gambar you dekat I dulu. I masih ingat wajah you.You ex-girlfriend Imtiyaz kan?” Duga Khalisya sambil tersenyum manis. Ain terdiam bila nama Datin Salwa kedengaran di telinganya. Dia masih lagi ingat apa yang Datin Salwa lakukan padanya ketika dia dan Imtiyaz masih lagi menjadi pasangan kekasih. Kerana wanita tua itu jugalah dia kehilangan lelaki yang begitu disayanginya.


“ Maaf, saya dah lambat. Saya pergi dulu” Minta Ain. Dia tidak mahu lebih lama di situ. Mungkin semakin sakit hatinya.


“ Relexlah, I bukan nak makan orang.” Sindir Khalisya lagi. Dia memang yakin itulah bekas teman wanita Imtiyaz dan semakin besarlah pesaing dia untuk mendapatkan Imtiyaz. Ain tetap berdiam diri tanpa kata.


“ I nak bagitahu you yang Imtiyaz tunang I. Tolong jangan kacau dia.” Khalisya memberi amaran. Dia harus cepat-cepat halang hubungan wanita itu dan Imtiyaz terjalin kembali. Ain terpaku bila mendengar apa yang baru dikatakan Khalisya. Jika benar Khalisya tunang Imtiyaz, siapa pula Zaharra di hati Imtiyaz?


“ Habis siapa Zaharra?” Soal Ain berani. Khalisya mengetap bibir geram bila nama itu sekali lagi singgah di telinganya. Dia benci betul dengan nama itu apatah lagi orangnya. Kerana wanita itulah, Imtiyaz tidak melayannya.


“ Perempuan tu memang tak guna. Dia rampas Imtiyaz dari I!!! Arrgghhh!!!” Marah Khalisya sambil mengatur langkah begitu cepat meninggalkan Ain. Fikirannya mula serabut. Menjerit-jerit dia dalam hati. Ingin saja dia memhentuk kepalanya ke dinding. Ain hanya memandang tanpa kata. Tidak sangka, banyak perkara yang dia masih tidak tahu. Pemergiaannya selama 6 tahun telah mencipta perbagai cerita. Banyak lagi dia harus tahu dan dia akan korek semuanya nanti.


“Ara...” Panggil Imtiyaz sebaik sahaja langkah di atur masuk ke dalam bilik wanita itu. selama ini dia tidak pernah menjejakan kaki di situ, tapi kali ini dia terpaksa menjejakan kaki ke dalam bilik yang berwarna merah jambu itu. matanya liar melihat keadaan bilik tersebut. Begitu berselerak sekali semua barang bertaburan di lantai. Ketika dia masuk ke dalam ruamh itu tadi dia sempat menjeling ke arah kolam renang, kelihatan patung beruang yang dihadiakan kepada teman wanitanya tahun lepas terapung di dalam kolam tersebut.Dia mencari kelibat Zaharra, kelihatan wanita itu sedang duduk sambil memeluk lutut di serambi bilik.


“ Ara... abang datang” Panggil Imtiyaz lagi.


“ Keluar!!! Aku benci kau!!!” Jerit Zaharra kuat sambil melemparkan bantal ke arah Imtiyaz.


“ Abang tak tahu Ara pergi pejabat sebab nak jumpa abang. Kenapa Ara tak bagitahu abang dulu yang Ara nak jumpa abang” Beritahu Imtiyaz. Dia tahu semua itu pun bila diberitahu Mak Sum di corong telefon.


“kenapa? Supaya senang kau nak sorokan perempuan tu!!!” semakin meninggi nada suara Zaharra. Tiada lagi kata-kata manis dan panggilan di berikan kepada Imtiyaz tidak lagi ‘abang’. Terus bertukar ‘kau aku’.


“ Perempuan itu bukan teman wanita abang. Dia kawan lama abang. Kami tak ada apa-apa hubungan langsung. Kebetulan sahaja abang jumpa dia.” Terang Imtiyaz dengan lebih lanjut. Dia tahu teman wanitanya itu salah faham sahaja.


“ Tipu!!!” Jerit Zaharra lagi.


“ Ya Allah... Abang tak mungkin curang dengan sayang. Abang sayang Ara sorang sahaja. Percayalah Ara” Rayu Imtiyaz sambil cuba mendekati Zaharra. Dia tahu wanita itu harus di pujuk dengan lembut. Kedengaran tangisan Zaharra. Imtiyaz terus memengan tangan teman wanitanya.


“ percayalah Ara, abang tak curang. Dia bukan teman wanita abang. Abang sayang Ara je” Pujuk Imtiyaz lagi.


“ Lepaslah...” Rintis Zaharra sambil cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Dia masih lagi sakit hati. Pantas juga Imtiyaz memeluk tubuh itu saat Zaharra cuba melepaskan diri darinya. Zaharra tidak mampu lagi melawan dan kini dia dalam pelukan Imtiyaz. Kalau dia merontak sekali pun, dia tetap tidak mampu melawan tenaga lelaki. Hanya tangisan sahaja kedengaran.


“ dengar sini sayang, abang sayangkan Ara. Tolong jangan buat abang macam ini. cukuplah seksa abang. Ara tahu tak betapa seksanya abang bila Ara langsung tak nak jumpa abang. Hari-hari abang berdoa supaya Ara kembali pada abang.  Abang tak suka tengok air mata Ara mengalir. Jangan buat abang rasa bersalah” Terang Imtiyaz. Cepat-cepat dia mengelap air mata di pipi Zaharra dan berharap wanita itu akan mengerti.


“ Abang hak Ara... tak ada siapa boleh rampas” Ucap Ara setelah sekian lama berdiam diri. Dia tidak dapat menahan diri bila ucapan manis dari Imtiyaz dapat menyenjukan hatinya. Kali ini dia harus percayakan lelaki itu kerana selama ini Imtiyaz tidak pernah curang padanya. Dia harus yakin dengan itu.Imtiyaz tersenyum manis. Dia paling suka bila Zaharra berkata begitu.


“ abang memang hak Ara...” balas Imtiyaz pula.





**********
 Imtiyaz sedikit lega bila hubungannya kembali seperti sedia kala. Zaharra pula semakin hari semakin ceria seperti dulu dan tidak lagi hanya menangis sahaja. Kini dia harus lebih menjaga hati itu kerana sejak kebelakangan ini Zaharra kuat mengajuk dengannya tetapi dia tidak kisah kerana bila Zaharra berbuat begitu, dia semakin rapat dan dapat jugalah dia memujuk. Dia paling suka bila memujuk wanita itu.


“Im, papa nak cakap cikit” Kedengaran suara papanya di depan pintu bilik pejabatnya.  Dia tersentak dari lamunannya. Wajah Zaharra terus melayan dari mindanya. kini wajah papanya pula di mindanya. Dia hanya mengganguk tanda ia sebelum papanya berlalu pergi. Dia terus bangun dari duduk dan melangkah ke arah bilik papanya.


“ Bila Im nak uruskan perniagaan papa dekat Kanada? Mereka perlukan Im dekat sana” Soal Dato’Daud sebaik sahaja anak lelaki tunggalnya itu duduk berhadapan dengannya. Imityaz mengeluh berat. Dia bukan tidak mahu ke sana, tetapi buat masa sekarang, dia tidak mahu lag pergi ke sana selagi Zaharra tidak menjadi isterinya.


“Im bukan tak nak pergi papa, tapi buat masa sekarang Im minta sangat-sangat papa tangguhkan dulu pemergian Im ke sana. Im nak selesaikan dulu masalah dekat sini. Im nak khawin dengan Ara sebelum pergi sana. Papa tahukan yang ayah Ara baru meninggal, so terpaksalah tangguh juga pernikahan Im dengan Ara” Beritahu Imtiyaz lebih lanjut dengan harapan lelaki tua itu mengerti. Dia bukan ingin membatah, tapi dia memang tiada hati untuk ke sana bila terpaksa meninggalkan orang di sayangi terlalu lama. Walau apa pun dia akan membawa Zaharra  bersamanya. Dato’Daud mengganguk. Dia mengerti situasi anaknya ketika ini.


“ Semalam kenapa mama mengamuk?” Soal Dato’Daud lagi. Dia masih ingat pergaduhan isterinya dengan anak lelakinya. Dia malas untuk masuk campur kerana dia tahu jika dia menyampuk sekali pun tidak mampu mengubah apa-apa. Dia tahu perangai isterinya yang tidak akan pernah mengalah. Imtiyaz mengeluh berat. Memang pening kepalanya bila fikir soal mamanya.


“ Mama marah sebab Im tak hiraukan Khalisya. Im bukan tak nak hiraukan Khalisya tapi Im memang tak boleh nak layan Khalisya. Memang Khalisya tunang Im, tapi Zaharra bakal isteri Im. Tak bolehlah Im layan orang lain lebih-lebih. Nanti apa pula kata Zaharra.”Beritahu Imtiyaz. Bengang juga dia bila Khalisya mula mengadu pada mamanya tentang apa yang dia lakukan pada wanita itu. Mamanya pula begitu cepat melenting hingga berlaku pergaduhan besar. Nasib baiklah pagi tadi mood mamanya okey dan keadaan kembali tenang. Dato’Daud tergelak kecil.


“ Macam-macamlah mama kamu tu. Papa pun pelik dengan mama kamu tu. Perangai semakin menjadi-jadi. Tak apalah Im, nanti papa cuba nasihatkan mama.” Dato’Daud juga agak kecewa dengan perangai isterinya sejak kebelakangan ini.





**********
Jam menunjukan pukul 10.00 pagi. Zaharra mula kepenatan bila dari pagi lagi dia berjalan di shopping mall itu bersama dengan Sara. Lagipun sudah lama dia tidak keluar bersama, kali terakhir dia berjumpa dengan Sara sewartu dia masih lagi berkerja dan kini kehidupanya lebih banyak berjalan. Kini dia bersyukur kerana ibunya sudah kembli ceria dan telah mula menguruskan syarikat milik arwah papanya. Dia tahu ibunya masih bersedih, tetapi sampai bila harus begitu. Setiap yang hidup, pasti akan mati.


“ Jom minun dulu, dahagalah” Ajak Sara. Zaharra hanya mengganguk kerana tekaknya juga sudah kering. Tangannya juga penat kerana memegan terlalu banyak barang yang dibeli. Dia sempat juga membeli hadiah hari lahir untuk Imtiyaz. Tidak sabar hatinya untuk menanti hari itu. Restoren shushi menjadi pilihan kerana dia juga sudah lama tidak makan di situ lalu pesanan terus di buat. Seperti biasa dia akan memesan shushi ikan salmon kerana dia begitu gemar dengan ikan tersebut. Air di sedup perlahan-lahan. Agak ramai orang di dalam restoren tersebut. Mereka juga begitu gemar dengan shushi bila lihat dari cara mereka makan. Begitu berselera sekali.


“ Weh aku pergi tandas kejap, nak baiki tudung kejap. Dah serabut aku rasa” Minta Sara sebelum berlalu pergi. Zaharra pula terus menjamah shushi di dalam pinggannya. Sungguh sedap sekali bila di cicah dengan sosnya. Dia mencapai telefonnya dia hampir lupa soal Imtiyaz. Untuk hari ini dia masih tidak mendengar suara itu. sementara menunggu Sara, dia memulakannya dengan menghantar pesanan ringkas dulu. takut juga jika lelaki itu mungkin tengah sibuk.

‘abang...”

Zaharra mengunggu dengan sabar. Tidak sampai 5 minit, balasan di terimanya

‘Ya sayang...’

Zaharra tersenyum manis. Dia tahu pasti Imtiyaz akan membalasnya walau sesibuk mana sekalipun dan akan ada ruang masa untuknya.

‘Sibuk ke?’

Soal Zaharra, walau apa pun dia sebolehnya tidak mahu menggangu kerja teman lelakinya. Satu lagi balasan di terimanya.

‘Bolehlah... Ara dekat mana?’
+ ‘Ara dekat shopping mall dengan Sara. Tiba-tiba teringatkan abang’
‘Lepas ini abang kena kerja lebih kuatlah’
+ ‘kenapa?”
‘Habis bakal isteri abang ni asyik shopping je. kenalah cari duit banyak-banyak’
+ ‘iissshhh... Mana ada selalu kadang-kadang jelah’
‘ Abang ada meeting sayang... nanti abang call Ara. Malam nanti kita keluar okey. Muah... Love you’

Zaharra tersenyum manis. Tidak sabar rasanya untuk keluar bersama malam nanti. Setiap harinya dia sentiasa rindukan lelaki itu. Dia memhabiskan sisa makananya. Agak lama dia menunggu Sara, namun wanita itu masih lagi tidak keluar dari bilik air. Entah apa yang dilakukan wanita itu di dalam bilik air, dia sendiri tidak tahu. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk mencuci mata. Perbagai ragam manusia di situ.


“ Awak ni Zaharra?” Kedengaran suara orang menyapa. Zaharra berpaling ke belakang dan kelihatan seorang wanita berdiri tidak jauh darinya. Dia mengerutkan dahi bila melihat wajah itu, dia seperti mengenali siapa wanita yang sedang berdiri itu.


“ Yes, who are you?”soal Zaharra ingin kepastian. Wanita itu terus melabuhkan punggung di kerusi yang di duduki Sara tadi selepas meminta kebenaran. Sungguh ayu wanita itu bila mengenakan baju kurung, apatah lagi bila membekalkan wajah yang begitu lemah lembut.


“Saya Ain”


“Siapa?” Soal Zaharra lagi. Dia memnag tidak kenal dengan wanita itu dan mungkin dia tidak mahu kenal.


“ Saya ex-girlfriend Imtiyaz” Jelas Ain lagi. Zaharra tergaman seketika. Seperti tidak percaya bahawa dia sedang berdepan dengan bekas teman wanita Imtiyaz. Dia memang tahu Imtiyaz pernah bercinta dengan orang lain sebelum dengannya, tapi tidaklah dia tahu, dia akan berdepan dengan wanita itu.


“So?” Zaharra tidak tahu kenapa wanita itu datang berjumpa dengannya. Adakah untuk merampas balik Imtiyaz darinya, tapi wanita itu harus tahu satu perkara iaitu walau apa pun yang berlaku tiada siapa boleh merampas teman lelakinya kerana Imtiyaz hak dia.


“ Saya tahu, saya memang tak patut datang jumpa awak tapi saya terpaksa...” Beritahu Ain. Sudah lama dia mencari Zaharra dan akhirnya dia berjumpa juga. Hampir semua orang dia bertanya untuk mencari Zaharra.


“ Apa maksud awak terpaksa?” Zaharra semakin ingin tahu. Di tatap wajah itu dengan penuh tanda tanya.


“ kami bercinta lebih dari 6 tahun. Saya kenal Imtiyaz sejak zaman sekolah lagi. Cinta kami memang utuh hinggalah Datin Salwa datang memusnahkan semuanya. Saya sayangkan Imityaz lebih dari segala-galanya. Percintaan kami terputus dan saya di ugut Datin Salwa. Jika saya tidak putuskan hubungan dengan Imtiyaz, dia akan musnahkan keluarga saya. Masa itu saya tak fikir panjang, saya terus putuskan hubungan dengan Imtiyaz demi keluarga. Saya orang miskin Cik Zaharra, adik beradik saya ramai dan sebagai anak sulong, saya kena jaga mereka. Saya tak nak siapa-siapa pun menyakitkan hati mereka walaupun hati saya begitu perit untuk menerima pepisahan dengan lelaki yang begitu saya sayangi. Saya tutup pintu hati saya untuk orang lain dengan harapan suatu hari nanti saya akan jumpa semula dengan Imtiyaz dan kami akan menyambung kembali cinta kami.” Cerita Ain tanpa di pinta. Dia berharap Zaharra mampu merasa penderitaan yang sedang dihadapinya kini. Zaharra mendengar dengan begitu teliti. Setiap kata itu seperti menghiris hatinya. Itu bermakna wanita itu memang memintanya melepaskan Imtiyaz, tapi bila mendengar cerita Ain, hatinya terdetik belas kasihan. Percintaan terputus kerana orang lain dan dia yakin bahawa Imtiyaz juga masih menyanyangi wanita itu. Mana mungkin mampu lupakan cinta pertama apatah lagi bila mendengar cerita itu. Bukan salah Ain dan bukan juga salah Imtiyaz. Semua ini berpunca dari Datin Salwa. Hubungan dia juga hampir terputus kerana Datin Salwa. Nasib baik Imtiyaz masih mampu menpertahankannya.


“Habis kenapa awak datang jumpa saya?” Soal Zaharra lagi. Tapi kali ini nada suaranya sedikit lembut.


“ Saya tahu saya memang kejam jika rampas Imtiyaz dari awak, tapi saya tahu yang Imtiyaz masih sayangkan saya dan saya juga masih sayangkan dia. saya harap awak faham maksud saya” Ain semakin bermain dengan perasaan. Dia ingin Zaharra ingin melepaskan Imityaz untuknya. Tapi dia tahu, tidak semudah itu Imtiyaz akan jatuh kembali ke tangannya. Zaharra mula bangun dari situ dengan tiba-tiba. Di capainya beg-beg kertas yang berisi barang yang dibelinya dengan laju. Kelihatan juga Sara mula mendekati meja. Bila dilihat dari raut wajah Sara, wanita itu juga hairan bila melihat kehadiran orang yang tidak di kenali.


“ Awak ingat dengan cerita semua ini, saya akan lepaskan Imtiyaz. Awak silap. Satu perkara yang awak harus tahu, Imtiyaz hak saya dan tiada siapa boleh merampasnya!” Marah Zaharra perlahan. Takut juga dia akan menjadi tumpuan orang ramai jika tiba-tiba menjerit di situ.


“Kenapa ni?” Soal Sara pula. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku dan siapa pula wanita yang bersama dengan rakannya itu.


“Jom balik!” Ajak Zaharra sambil menarik tangan rakannya itu. Sara tergaman seketika dan sempat juga dia mencapai beg tangannya saat di tarik keluar dari restoren tersebut. Dia tidak mengerti apa yang berlaku tapi dia tahu kemarahan yang melanda rakannya ketika itu.



**********
 “ Kenapa muncung pula ni? Dah macam muncung itik abang tengok” Soal Imtiyaz saat teman wanitanya itu masuk ke dalam kereta. seingatnya  petang tadi Zaharra bukan main gembira bila dapat membeli belah dan bila malam pula, muncung pula di hadiahkan padanya. Zaharra hanya berpeluk tubuh dan muncung di mulut semakin panjang. Dia masih lagi marah soal petang tadi ketika di shopping mall. Imtiyaz memulakan permanduan. Dia ingin menbawa wanita itu makan malam.  Dia memang sudah merancang ingin menbawa buah hatinya ke restoren tepi pantai kerana di situ agak popular dengan makanan laut. Dia tahu Zaharra memang gemar dengan makanan laut. Dia tertawa kecil bila Zaharra langsung tidak bersuara. Dia tahu wanita comel itu sedang mengajuk dan dia memang suka bila dapat memujuk.


“ Sudah-sudahlah tu. Nak abang cium muncung tu ke?” Sempat Imtiyaz bergurau bila Zaharra masih lagi bermasan muka walaupun destinasi telah sampai. Imtiyaz menarik tangan teman wanitanya untuk masuk ke dalam restoran tersebut. Zaharra hanya menginkutinya tanpa banyak soal. Meja paling hujung menjadi pilihan kerana dari situ dapat melihat ombak pantai berusaha memecahkan benting pantai. Sungguh dingin suasana di restoren tersebut, bukan angin dari kipas, tetapi dari udara semulajadi.


“ Nak makan apa?” Soal Imtiyaz sambil matanya meneliti pada menu makanan di restoren tersebut tapi tidak bagi Zaharra. Dia tetap berdiam diri.


“ Ara...”Panggil Imtiyaz lembut.


“ kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” Soal Imtiyaz lagi. Dia tidak mahu teman wanitanya akan berterusan begitu. Pasti ada tidak kena hingga Zaharra merajuk sampai begitu sekali. Jari jemari Zaharra di genggam lembut. Di usap tangan itu perlahan. Zaharra hanya menunduk sahaja.


“ Hey, kenapa ni?” Imtiyaz dapat melihat air jernih seperti mengalir sedikit di pipi. Dia tahu Zaharra sedang menangis walaupun tidak kedengaran langsung.


“sayang... bagitahu abang kenapa?” Imtiyaz semakin ingin tahu takut-takut dia ada buat salah. Zaharra mengangkat mukanya menatap wajah teman lelakinya.


“ Abang jangan tinggalkan Ara tau...” Tiba-tiba Zaharra berkata begitu. Imtiyaz tertawa bila mendengar apa yang baru keluar dari mulut merah itu.


“ Abang tak akan tinggalkan Ara. Kenapa Ara cakap macam itu?” Hairan Imtiyaz dengan perlakuan Zaharra. Selalunya teman wanitanya tidak begitu. Kali ini kelihatan Zaharra begitu takut dia akan ditinggalkan.


“Ara takut abang tinggalkan Ara. Abang janji yang abang tak akan tinggalkan Ara?” Zaharra menghulurkan jari keringkingnya untuk membuat perjanjian. Imtiyaz terus menyambutnya dan kini dua jari telah bertaut.


“ Janji sayang. Apa kata kita bincang tentang perkhawian kita.?” Ucap Imtiyaz. Zaharra sedikit lega bila Imtiyaz berkata begitu. Dia benar-benar takut kehilangan lelaki itu. Dia tidak sanggup melihat Imtiyaz bersama dengan wanita lain. Dia benar-benar cintakan lelaki yang bernama Imtiyaz.




“Abang nak bawa Ara jumpa dengan seseorang” Beritahu Imtiyaz saat kaki sudah melangkah keluar dari restoran tersebut. Zaharra mengerutkan dahinya bila Imtiyaz berkata begitu. Siapa yang ingin dibawa jumpa, dia langsung tidak tahu. Imtiyaz menarik lembut tangan teman wanitanya menuju ke kereta. Dari jauh kelihatan seorang wanita sedang bersandar pada kereta Imityaz. Dia tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana keadaan yang gelap dan hanya disinari dengan lampu jalan.


“Abang kenalkan, ini Ain” Imtiyaz perkenalkan Zaharra dengan wanita yang telah menyakitkan hatinya petang tadi. Dia benci dengan wanita itu kerana cuba menagih simpatinya untuk mendapatkan Imtiyaz. Ternyata Imtiyaz masih lagi rapat dengan Ain. Zaharra tetap bersalam dengan Ain bila wanita itu menghulurkan tangan. Kalau boleh ingin sahaja dia menarik rambut dan halau Ain pergi dari situ. Kehadiran Ain menyebabkan moodnya hilang semula. Dia berpura-pura tidak kenal dengan wanita itu, begitu juga dengan Ain. Berpura-pura tidak kenal.


“ Ain, ini Zaharra, bakal isteri saya” Beritahu Imtiyaz. Tiba-tiba hati Zaharra berbunga-bunga bila Imtiyaz membuat pengakuan itu. Ini bermakna Ain tidak akan ada peluang untuk mendapatkan Imtiyaz semula. Tangan Zaharra terus memeluk pinggang Imtiyaz. Dia segaja berbuat begitu untuk menimbulkan perasaan cemburu di hati Ain. Dia tahu pasti ketika ini hati Ain begitu sedang di hiris-hiris.Imtiyaz juga hairan dengan perlakuan Zaharra, selalunya wanita itu tidak begitu mesra tapi kali ini lain. Namun dia membiarkan sahaja diperlakukan begitu.


“ Cantik bakal isteri awak Im” Puji Ain. Imtiyaz tergelak kecil tapi tidak bagi Zaharra. Walaupun pujian itu untuknya tapi dia tahu Ain tidak ikhlas memberikannya pujian itu.


“Lepas ini nak pergi mana?” Soal Imtiyaz pada Ain. Kebetulan Ain makan di restoran yang sama, dia ingin perkenalan Ain kepada Zaharra.


“ Saya rasa saya nak balik dulu. Dah lewat ni” Ain mula meminta diri. Dia sekali lagi menyalami tangan Zaharra. Ingin sahaja air matanya mengalir ketika Imtiyaz memperkenalkan Zaharra sebagai bakal isteri. Namun dia terus menyekat air mata dari jatuh di depan lelaki itu.


“ Kenapa gatal sangat malam ni?” Gurau Imtiyaz sambil mencubit hidung mancung Zaharra bila kereta yang di naiki Ain telah berlalu pergi. Zaharra terus melepaskan pelukannya dan terus berlari masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Imtiyaz yang masih lagi berdiri di situ. Ketika di dalam kereta, Zaharra segaja menguatkan suara radio supaya Imtiyaz tidak akan bertanya soalan tadi. Tiba-tiba sahaja dia menjadi malu dengan perlakuannya tadi.



**********
 “Ara, cepat sikit!!! Nanti lambat pula” Jerit Datin Laila dari tingkat bawah. Zaharra terus berlari keluar dari bilik dan menuju ke ibunya yang sudah lama menunggu di depan pintu.


“ Sory ibu, Ara lambat” Zaharra terus mengikuti ibunya menuju ke kereta. Mengikut apa yang dikatakan penguam keluarganya, hari ini ialah hari pembacaan wasiat arwah babanya. Dia tidak boleh lambat untuk ke pejabat guaman. Selepas semuanya selesai, dia akan berkhawin dengan Imtiyaz bulan depan. Tidak sabar rasanya menunggu saat itu.



“ Okeylah Datin Laila dan Cik Zaharra, boleh saya mulakan membaca wasiat ni?” Minta En.Lokman iaitu peguam keluarganya sejak dari dulu lagi. Memang selama ini semua hal berkaitan dengan harta diuruskan oleh lelaki itu. Datin Laila dan Zaharra hanya mengganguk.


“ Dato’Zaini telah menyuruh saya menulis wasiat ini 12 tahun yang lepas lagi dah hari ini saya akan bacakan untuk datin dan anak datin. Dengan ini, saya Zaini bin Addul Rahmat mewasiatkan 10% harta saya kepada pusat-pusat kebajikan, 5% kepada pekerja-pekerja saya,15% kepada isteri saya  yang bernama Laila Najwa binti Adullah dan 20% kepada anak perempuan saya iaitu Zaharra binti Zaini.” Baca Lokman apa yang tertulis di surat wasiat tersebut.


“ Lagi 50% untuk siapa?” Soal Datin Salwa. Dia bukan tamak dengan harta itu tapi dia hanya ingin tahu kemana lagi separuh harta suaminya itu. Dia sebenarnya tidak kisah langsung jika hanya dapat sedikit kerana dia sudah cukup gembira hidup sebagai isteri arwah suaminya selama ini. cukuplah dengan kasih sayang yang diberikan padanya dulu. Baginya, harta tidak akan di bawa kemana-mana. Bila kita mati, semuanya akan di tinggalkan di dunia dan tidak boleh di bawa ke akhirat.


“ Sabar datin, saya akan baca sampai habis.” Balas Lokman. Datin Salwa terus mengganguk. Zaharra hanya berdiam diri dan mendengar dengan teliti.


“50% lagi di amanahkan kepada Zaharra binti Zaini buat sementara waktu sehinggalah anak lelaki tunggal saya di jumpai. Jika anak lelaki tunggal saya dijumpai, secara tidak langsung, harta itu akan beralih kepada anak lelaki tunggal saya. Jika perkara tersebut tidak berlaku, harta tersebut akan terus jatuh ke tangan anak perempuan tunggal saya” Sambung Lokman. Bulat mata Zaharra bila mendengar apa yang baru dikatakan peguam tersebut. Selama ini dia tidak tahu langsung yang dia mempunyai seorang abang. Dia memandang wajah ibunya untuk mendapatkan penjelasan. Namun Datin Salwa hanya berdiam diri.


“ Saya minta datin dengan Cik.Zaharra jumpa saya dekat bilik saya untuk tanda tangan perjanjian.” Beritahu Lokman sebelum berlalu pergi. Dia tahu, mungkin akan ada sedikit perbincangan antara dua beranak itu dan sememangnya tidak memerlukannya di situ.


“ Ibu...” Panggil Zaharra perlahan. Dia ingin jawapan dari ibunya tetap apa yang baru berlaku. Datin Salwa tiba-tiba sahaja menangis. Zaharra terus mendapatkan ibunya. Di peluk tubuh itu dengan penuh erat.


“ Apa yang berlaku sebenarnya ibu? Betul ke Ara ada abang?” Soal Zaharra. Datin Salwa menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul kekuatan. Kini dia harus menceritakan semuanya pada Zaharra.


“ 25 tahun yang lepas, hidup ibu dengan baba susah sangat hingga bab terpaksa berutang sana sini. Ketika abang kamu lahir,hidup ibu dengan baba berubah. Kami mulakan perniagaan kecil-kecilan tapi baba tak mampu juga membayar semua hutang hingga suatu hari Ahlong datang rumah dan rampas dan jual abang kamu untuk jelaskan hutang. Masa itu abang kamu baru berusia 1 tahun. Sejak hari itu ibu dah tak jumpa dengan abang kamu lagi. Dulu ibu dengan baba pernah cari semula abang kamu, tapi kami tak berjaya. Ibu tak tahu dimana anak lelaki ibu. Merata-rata tempat ibu cari tapi tetap tidak jumpa juga hingga kami mula putus asa. Bila kamu lahir, ibu dan baba ingin buka buku baru. Kami nak lupakan semuanya termasuk tentang abang kamu. Tidak sangka baba meninggalkan wasiat sebegitu rupa. Ibu tahu baba betul-betul sayangkan abang kamu. Maafkan ibu sebab rahsiakan semua ini” Cerita Datin Salwa sambil mengalirkan air mata. Tiba-tiba sahaja tangisan kecil anak sulongnya dulu tergiang-giang di telinganya. Dia benar-benar rindukan anak lelaki tunggalnya itu.


“Betul ke sayang?” Tergaman Imtiyaz bila dengar cerita dari teman wanitanya itu. tidak sangka selama ini Zaharra mempunyai seorang abang. Zaharra mengganguk laju. Sempat juga mulutnya menghirup air yang berada di depanya. Selepas berjumpa dengan peguam tadi, dia terus berjumpa dengan Imtiyaz untuk menceritakan semuanya.Nasib baik ketika itu waktu makan tengah hari, jadi bolehkah dia berjumpa dengan lelaki itu.


“ Sekarang ni Ara nak cari abang. Ara nak jumpa dengan abang.” Beritahu Zaharra penuh yakin. Dia akan cuba mencari abangnya kerana dia tahu ibunya pasti ingin benar berjumpa dengan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.


“ Ara cakap abang Ara kena jual. Macam mana nak cari kalau Ara tak tahu dekat mana Ahlong tu jual abang Ara. Entah-entah dekat Thailand.” Duga Imtiyaz. Pantas juga tangan Zaharra memukul lengan teman lelakinya. Dia tidak mahu berfikir sejauh itu. Dia yakin abangnya pasti masih di dalam negara. Walau apa pun yang berlaku, dia akan mencarinya sampai dapat. Imtiyaz mengosok lengannya yang terasa sedikit sakit bila di pukul.


“ Abang tolong Ara boleh?” minta Ara manja.


“ Tolong apa?”


“ Tolong Ara cari abang Aralah.” Minta Ara lagi sambil buat muka comel dan berharap lelaki itu akan menolongnya.


“ Boleh, tapi ada syarat?” Beritahu Imtiyaz sambil tersenyum nakal. Zaharra tersenyum manis dan menunggu syarat yang dikenakan padanya.


“ Majlis khawin kita tak boleh di tunda-tunda lagi. Bulan depan kita khawin. Itu yang kita rancangkan.” Imityaz tidak lagi mahu menunda perkhawiannya. Lagipun sudah agak lama dia meminta tempoh dari papanya untuk pergi ke Kanada. Hari-hari papanya bertanya soal itu. Zaharra terdiam sejenak dan buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan teman lelakinya itu. Imtiyaz terus memicit hidung Zaharra. Dia memang suka buat begitu pada wanita di depannya itu. Zaharra menjerit perlahan. Geram juga dia bila Imtiyaz suka berbuat begitu padanya. Merah hidungnya bila di picit.


“ Nakal ya... Buat-buat tak dengar pula. Setuju tak?” Imtiyaz semakin mendesak. Ini peluangnya untuk berkhawin dengan lebih cepat dan tidak akan di tunda-tunda lagi. Zaharra tetap berdiam diri. Imtiyaz mula geram, sedikit demi sedikit dia cuba mendekati teman wanitanya dan pantas juga dia mengigit telinga Zaharra.


“ Okey okey...” Akhirnya Zaharra memutuskannya juga. Imtiyaz tersenyum riang.



**********
 “ Selamat pagi cik Zaharra” Sapa Salmi iaitu setiausaha ibunya. Zaharra hanya tersenyum manis, mulai hari ini dia akan mengambil alih tempat ibunya sebagai CEO buat sementara menunggu hari perkhawiannya tidak lama lagi. Dia bosan terus di rumah sahaja. Dia terus masuk ke dalam bilik  yang dulunya milik arwah babanya. Banyak kenangan di situ bila dia memasuki bilik kerja tersebut. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi yang diperbuat dari kulit. Sungguh empuk kerusi kerja itu. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Tidak sangka kini dia pula yang duduk di kerusi itu walaupun sementara sahaja. Selepas khawin dia akan menginkuti Imtiyaz ke Kanada. Itu janjinya. Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu terlalu lama. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket. Dia ingin memaklumkan pada Imityaz tentang dirinya yang kini telah berkerja semula. seperti biasa dia akan menghantar pesanan ringkas sahaja.


‘Abang...’


Itulah ayat penyapa pertamanya setiap kali menghantar pesanan ringkas. Dia menunggu dengan sabar. Seperti biasa Imityaz akan menbalasnya dengan pantas.

‘Ada apa mak cik... hehehe

Imtiyaz tidak menghantar ayat seperti biasa untuk kali ini. Zaharra tergelak kecil.

+‘siapa mak cik?”
‘sayanglah...’
+ ‘Ara tak tua lagilah’
‘Hehehe... ada apa?’
+ ‘Ara nak bagitahu abang yang Ara dah kerja semula. Ara ambil alih kerja ibu buat sementara’
‘ye ke? Tapi jangan ambil alih terus sebab Ara kena ikut abang pergi Kanada’
+Ara tahu...’
‘Abang ada good news for you’
+ ‘apa...’
‘Khalisya minta putus dengan abang tadi. Sekarang ni dia bukan tunang abang lagi.suka tak?’
+ ‘mestilah suka’
‘ Nak tahu tak kenapa dia minta putus’
+ nak nak’
‘ sebab dia dah faham slogan Ara yang mengatakan abang ni hak Ara seorang sahaja’
+ hehehe... memang abang hak Ara.Okeylah Ara nak mulakan kerja’
‘ Good luck sayang... LOVE YOU’

Zaharra tersengeh sendirian. Kini dia lebih suka menghantar pesanan ringkas kepada Imityaz dari terus menelefon. Dia paling suka pada ayat terakhir teman lelakinya bila perbualan tamat. Ketika dia leka dengan telefonnya, tiba-tiba pintu pejabatnya di buka tanpa di ketuk. Dia tersentak hingga telefon di tangannya jatuh ke lantai. Dia mengusap dadanya beberapa kali.
Bergegar jantungnya seketika. Kelihatan seorang lelaki muda berpakaian biru muda. Di tanganya kelihatan alatan untuk mengemas.


“ Maaf, saya tak tahu ada orang dalam bilik ni” Lelaki itu memohon maaf. Selama ini Zaharra tidak pernah nampak lelaki itu di syarikat milik babanya. Setahunya, pekerja bahagian pembersihan adalah seorang wanita dan bukan seorang lelaki. Apatah lagi lelaki muda. Jika dilihat dari air muka, dia pasti lelaki itu hanya tua dua tiga tahun darinya.


“ Tak apa...Awak nak bersihkan bilik ni ke?” Soal Zaharra sambil mencapai telefonnya yang jatuh di bawah meja. Lelaki itu mengganguk.


“ Teruskan...” Zaharra memberikan kebenaran. Lelaki itu terus memulakan kerjanya bermula dari rak-rak buku di sudut hujung bilik. Satu persatu buku di situ di kemas dan di lap. Zaharra pula tiba-tiba sahaja tertarik untuk terus melihat kerja yang dilakukan lelaki itu.


“ Siapa nama awak? sejak bila kerja dekat sini?” Soal Zaharra ingin tahu. Lelaki itu berhenti dari melakukan kerjanya dan tiba-tiba sahaja tunduk hormat padanya.


“ Awak tak payah buat macam itu.Awak cakap saja, tak perlulah tunduk hormat macam tu. Saya bukan raja” Serba salah Zaharra bila lelaki itu tiba-tiba buat perkara yang selama ini tiada siapa pernah buat padanya.


“ Nama saya Fakrul, saya baru kerja dua minggu yang lepas.” Jawab lelaki itu dalam nada yang begitu mendatar sambil meneruskan semula kerjanya. Zaharra mengganguk tanda terima dengan jawapan itu.


“Berapa umur awak?” Soal Zaharra lagi. Dia kini tengah kebosanan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya ketika ini. dia tidak tahu harus bermula dari mana.


“25 tahun cik” Ringkas jawapan Fakrul. Zaharra tersenyum sendirian. Tekaannya tepat, memang lelaki itu lebih tua darinya tapi sebaya dengan Imtiyaz.


“ Kenapa awak kerja dekat sini? Awak kan masih muda kenapa tak cari pekerjaan yang lebih bagus dari ini?” Zaharra semakin selesa berbual dengan Fakrul. Entah mengapa dia begitu cepat mesra bila dengan Fakrul dan tidak kepada lelaki lain di luar sana. Dia masih ingat waktu Imtiyaz cuba memikatnya dulu. hampir lima bulan juga barulah dia terima lelaki itu dan ada keserasian.


“ ini sahaja yang saya mampu buat. Lagipun saya bukan sekolah tinggi macam orang lain. Syukurlah dengan apa yang ada. Cukup untuk makan pakai saya” Cerita Fakrul lagi.


“ Awak nak tak jadi pemandu ibu saya? Lebih elok dari kerja pembersihan ni. Lagipun sekaran ini ibu saya tak ada pemandu untuk pergi mana-mana” Tawar Zaharra pada lelaki itu. terentak Fakrul bila dia di beri tawaran sebegitu rupa. Tidak sangka wanita itu agak baik dengannya walaupun baru sehari berjumpa.


“ Betul ke?” Fakrul ingin lebih kepastian. Zaharra mengganguk laju sambil menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.




**********
Matahari mula turun dari terus menerangi bumi dan kini bulan pula memainkan peranan. Selesai solat mangrib, Zaharra turun ke tingkat bawah. Kelihatan persiapan untuk majlis perkhawinannya yang tidak sampai seminggu  lagi sudah hampir siap. Kelihatan ibunya begitu rancak berbual dengan jiran yang datang kerumah untuk menolong menyiapakan gubahan bunga telur. Selalunya bunga telur akan diuruskan oleh perunding perkhawian tapi kali ini ibunya ingin menbuatnya sendiri. Dia menyokong keputusan ibunya. Zaharra terus ke dapur. Kelihatan Mak Sum sedang leka menyusun pinggan di atas rak. Perlahan-lahan dia melangkah supaya tidak di dengari wanita tua itu. pantas di memeluk tubuh Mak Sum dari belakang hingga wanita itu terkejut hingga melatah. Zaharra tergelak besar bila mendengar Mak Sum melatah.


“ Ara ni...” Mak Sum sebenarnya tidak marah langsung bila diperlakukan begitu. Zaharra masih lagi memeluk tubuh itu. Dagunya di tungkat di bahu Mak Sum. Dia benar-benar sayangkan Mak Sum walaupun wanita itu hanya sekadar pembantu di rumahnya, tetapi dia tidak pernah menggangap Mak Sum sebagai pembantu, tetapi menggangap sebagai ibu keduanya. Mak Sum mengusap pipi lembut Zaharra di bahunya.


“Tak lama lagi Ara dah nak khawin. Mesti Mak Sum bosan bila Ara dah pergi luar negara.” Kedengaran kesedihan pada nada suara itu.


“ Alah, Ara baliklah jenguk Mak Sum dengan ibu. Oh ya , mana Fakrul Mak Sum?” Soal Zaharra bila dari petang tadi lagi dia tidak melihat kelibat lelaki itu di rumahnya. Sudah hampir dua minggu Fakrul berkerja untuk keluarganya dan ibunya benar-benar sukakan Fakrul dan telah menggangap Fakrul seperti anaknya sendiri. Zaharra melepaskan pelukan. Dia menuju ke peti ais lalu mengeluarkan jus oren. Di capai gelas yang berada di rak lalu di tuang ke dalamnya.Dengan lafaz bismillah, air oren tersebut masuk ke kerongkongnya.


“ Fakrul pergi kedai. Mak Sum suruh dia pergi beli barang dapur sikit.” Beritahu Mak Sum. Zaharra mengganguk tanda mengerti.


“ Barang dah sampai...” Kedengaran suara Fakrul dari jauh. Kelihatan Fakrul membawa begitu banyak barang di dalam beg plastik lalu di letakan di atas meja berhadapan dengan Zaharra.


“ Lama betul pergi kedai?” Soal Mak Sum sambil membelek-belek beg plastik tersebut.


“ Jalan jemlah Mak Sum. Biasalah waktu-waktu macam ini.” Jawab Fakrul sambil melabuhkan punggung pada kerusi meja makan berhadapan dengan Zaharra.


“ Entah-entah pergi jumpa awek.” Gurau Zaharra sambil mengenyit mata. Fakrul tergelak besar.


“ Siapa nak dekat saya ni. Pandai-pandai jelah Ara ni” Merah padam muka Fakrul. Sejak kebelakangan ini dia begitu rapat dan mudah mesra dengan keluarga itu.  Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga itu. Dia benar-benar gembira, sudah lama dia tidak merasakan kehidupan berkeluarga. Sudah hampir 10 tahun dia menjadi anak yatim dan kini dia dapat merasakan kembali suasana kekeluargaan. Deringan telefonnya menggangu perbualan, dia sememangnya sejak kebelakangan ini sering memegan telefon kerana takut juga bila Imtiyaz menelefon nanti untuk bertanya tentang persiapan majlis. Tertera nama Imtiyaz di skrin telefon. Dia tersenyum manis.


“ Abang sayang call lah tu” Gurau Fakrul sambil menjeling nakal. Zaharra terus menjelerkan lidahnya kepada lelaki itu sebelum berlalu pergi. Dia mencari tempat yang tidak ada orang. Dia melabuhkan punggung pada buaian di taman bunga ibunya.


“Assalamualaikum...” Zaharra memberi salam. Imtiyaz tidak menjawab salam darinya. Zaharra pelik mendengar nada suara itu. seperti tidak begitu semangat dan tidak pernah lelaki itu tidak menjawab salamnya.


“ Abang tak sihat ke?” Zaharra mula ingin tahu. Risau juga dia dengan keadaan bakal suaminya itu. Imtiyaz tidak juga menjawab. Semakin cemas Zaharra dengan keadaan itu.


“ Abang okey tak ni? Abang kalau tak sihat pergilah hospital. Abang nak Ara hantarkan ke pergi hospital? Abang...” Belum sempat Zaharra menghabiskan ayatnya, Imtiyaz terlebih dahulu memotongnya.


“Ara please... Dengar sini” Agak meninggi sedikit pada nada suara Imtiyaz. Zaharra tergaman seketika. Seperti tidak percaya bila Imtiyaz meninggikan suara padanya. Mungkin lelaki itu kurang sihat dan menyebabkan Imityaz  mudah naik angin. Zaharra menyedapkan hatinya.


“ Abang tak tahu nak cakap macam mana. Abang nak Ara terima apa yang abang akan bagitahu. Benda ni penting sangat” Beritahu Imityaz.


“ Bagitahu apa?” Jantung Zaharra mula berkocak laju. Dia merasakan seperti akan berlaku perkara yang akan menyakitkan. Dia dapat merasakan itu. Dia menunggu dengan sabar.


“ Abang nak batalkan perkhawinan kita. Abang rasa ini semua kesilapan. Kita tak patut berkhawin. Abang baru sedar yang abang sebenarnya masih sayangkan Ain. Dia cinta pertama abang. Abang baru sedar yang abang tak boleh hidup tanpa Ain.” Beritahu Imtiyaz. Zaharra merasakan seperti dirinya sedang melayan-layan. Tubuhnya seperti sedang di cucuk-cucuk dengan duri. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya itu. Imityaz tidak cintakan dia dan lelaki itu telah memilih Ain dan bukannya dia.


“ Apa abang cakap ni?” Zaharra masih ingin kepastian dan dengan harapan apa yang di dengarinya tadi semuanya hanya sekadar gurauan belaka.


“Ara pleaselah... Jangan buat-buat tak faham. Abang tahu yang Ara faham. Sekali lagi abang minta maaf. Abang tak boleh tinggalkan Ain.” Imtiyaz semakin malas untuk bercakap.


“ Kau ingat aku ni apa!!! Anak patung yang kau boleh campak ikut suka hati kau je!!!” Jerit Zaharra kuat berserta dengan air matanya yang laju membasahi pipi. Dia bangun dari terus duduk.


“Maaf Ara...” Sampuk Imityaz lagi.


“ Maaf? Kau ingat dengan maaf kau boleh ubah apa-apa. Kau memang tak guna!!! Kau memang binatang!!!” Marah Zaharra lagi. Hatinya benar-benar sakit ketika ini. Jika ketika ini Imtiyaz berada di depannya, ingin saja dia bunuh lelaki itu. Imityaz terus mematikan talian begitu sahaja.


“ Tak guna!!!” Jerit Zaharra sambil melemparkan telefonnya ke dalam kolam ikan di depannya. Lututnya mula lemah lonlai,lalu dia terjelopok ke rumput. Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebatnya seperti tahu tentang kesedihannya.


“ Ara!” Jerit Datin Salwa di depan pintu. Mak Sum dan Fakul pula terus berlari ke arah Zaharra dan di ikuti oleh Datin Salwa. Semua yang berada di situ mula memandang ke arahnya.


“ Kenapa ni?” Soal Datin Salwa sambil memeluk tubuh anaknya yang mula lemah lonlai. Fakrul pula terus berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil payung, lalu ia melangkah ke arah mereka semula. Zaharra tidak menjawabnya, tangisan semakin kuat. Di peluk tubuh ibunya sekuat hati.




**********
 “ Kamu ni biar betul Im, majlis khawin kamu tu tak sampai seminggu lagi. Kenapa tiba-tiba kamu batalkan perkhawinan ni?” Marah Dato’Daud saat dia melabuhkan punggung di sofa. Kelihatan anaknya begitu tenang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen dan lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Pelik betul dia dengan kerenah anaknya sejak dua menjak ini. Imtiyaz bangun dari terus baring dan menyandarkan tubuh di sofa. Alat kawalan jauh TV masih utuh di tangannya, sesekali dia menukar rancangan di TV dan langsung memandang wajah papanya.


“ Dah tak ada jodoh pa...”  bersahaja jawapan dari Imityaz. Dato’Daud mengelengkan kepalanya. Boleh pula anaknya berkata begitu.


“ Senangnya kamu cakap. Kamu tak fikir ke apa perasaan Zaharra bila kamu buat dia macam ini? papa tak faham betul dengan kamu ni. Apa salah Zaharra hingga kamu tiba-tiba batalkan perkhawian?” Bebel Dato’Daud lagi. Dia memang tidak puas hati dengan keputusan anaknya itu. walaupun selama ini dia menyokong setiap keputusan Imityaz, tetapi tidak untuk kali ini. Dia merasakan keputusan ini agak melampau dan banyak pihak akan terasa hati lebih-lebih lagi wanita yang bernama Zaharra.


“ Pa, nanti tolong pergi jumpa family Zaharra.” Imityaz menukar topik. Dia malas untuk bercakap soal Zaharra. Dia tiba-tiba sahaja terasa mual bila mendengar nama itu.


“ For what?”


“ Hantar duit ganti rugilah. Mesti family dia dah habis banyak duit untuk majlis ni, so Im nak ganti baliklah duit tu sebab Im yang batalkan perkhawinan ni” beritahu Imityaz sambil lewa.


“ Kenapa papa pula? Asal kamu tidak pergi sendiri?” Dato’Daud mula ingin menduga. Sampai begitu sekali anaknya bencikan keluarga Zaharra hingga dia di minta ke rumah itu.


“ Im bukan tak nak pergi. Im rasa kepala Im sakit bila tengok rumah tu apatah lagi nak pijak tanah rumah itu. papa jelah pergi” Minta Imtiyaz lagi.


“ Apa kena dengan kamu ni Im? Papa tengok kamu lain macam je dua tiga hari ni. Kamu sakit ke?” Duga Dato’Daud lagi.


“ Oh ya pa, Im rasa Im nak khawin dengan Ain.” Beritahu Imtiyaz. Sekali lagi dia menolak tepi soalan dari papanya tadi. Dia tidak berminat untuk ambil tahu walaupun itu melibatkan dirinya. Bulat mata Dato’Daud bila mendengar keputusan dari anak lelaki tunggalnya itu. Tiba-tiba sahaja Imityaz ingin berkhawin dengan Ain dan kerana wanita itu jugalah perkhawinan yang di rancang di batalkan begitu sahaja.


“ Kamu ni biar betul!!!” Tersentak dia seketika.  Imtiyaz mematikan TV dan kali ini dia ingin fokus kepada perkhawinannya dengan Ain dan bukan dengan Zaharra.


“ Betulah, papa ingat Im main-main ke? Im rasa Ain sebenarnya cinta Im. Lagipun kami dah lama kenal dan sebelum putus dulu pun memang kami dah couple. So tak jadi masalah kan?” Sambung Imtiyaz lagi. Sudah terbanyang di mindanya majlis perkhawinannya dengan Ain nanti. Mesti meriah gila.


“ Memang ada masalah...” Sampuk Datin Salwa yang sedang menuruni anak tangga dari tingkat atas. Dari tadi lagi dia mendengar perbualan dari anak dan suaminya. Kerana sedang sibuk mengeringkan rambutnya yang basah, dia hanya mendengar dahulu. Imtiyaz berpaling ke arah mamanya dengan penuh tanda tanya. Entah mengapa mamanya membantah keras perhubungannya dengan Ain.


“ Im cintakan Ain dan Im memang nak khawin dengan dia.” Beritahu Imtiyaz pada mamanya.Datin Salwa menyertai anak dan suaminya di ruang tamu.


“ Cinta kamu cakap... lebih baik kamu khawin dengan Zaharra dari kamu khawin dengan perempuan tu. Mama tak suka dengan Ain dan sampai bila pun mama tak akan suka pada dia.  Mama tak akan benarkan kamu khawin dengan Ain.” Bangkang Datin Salwa. Kali ini dia harus lebih berkeras. Tidak sangka juga dia bila Ain boleh muncul semula selepas bertahun-tahun menghilang. Dia memang sejak dari dulu lagi tidak menyukai Ain dan dia menpunyai sebab tersendiri kenapa dia tidak sukakan wanita itu.


“Im boleh bantah cakap mama masa Im couple dengan Zaharra dan Im pun boleh  bantah cakap mama demi Ain. Walau apa pun yang terjadi, Ain akan jadi isteri Im.” Imityaz tiba-tiba sahaja naik marah bila mamanya membantah. Dia terus bangun dari situ dan melangkah ke anak tangga. Satu persatu anak tangga di daki hingga ke tingkat atas.


“ Apa dah jadi dengan Im abang?” Adu Datin Salwa pada suaminya.


“ Saya pun tak tahu. Saya rasa ada yang tak kena dengan Im...”




**********
Zaharra meneliti kelendar di dalam biliknya. Jika mengikut perancangan hari ini dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Dia terus mencapai laju kelendar tersebut lalu di koyak-koyak untuk melepaskan geram. Semalam Dato’Daud berkunjung ke rumahnya untuk menghantar ganti rugi namun semua itu tidak mampu menyembuhkan hatinya yang begitu terluka dan hatinya lebih terhiris bila Dato’Daud mengatakan bahawan Imtiyaz akan berkhawin dengan Ain, wanita yang amat di bencinya. Tidak sangka berjaya juga Ain merampas Imtiyaz darinya semula. Dia memandang pula pada barang-barang perkhawinannya yang tersusun di sudut tepi biliknya. Sudah agak lama barang-barang itu di situ dan dia berniat untuk membuanganya. Dia benci melihat semua itu. barang-barang itu seperti mengingatkan dia pada Imtiyaz dan dia benci semua kenangan bersama dengan lelaki itu. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Di pandang sepi keadaan di dalam biliknya. Sudah agak lama dia tidak keluar dari rumah. Dia malu dengan orang sekeliling yang mula mengata tentang dirinya. Mulut manusia bukan seperti mulut terpayang yang boleh di tutup. Mereka semua hanya tahun mengata dan mereka tidak rasa seperti yang dia rasa. Pernah juga dia terfikir yang dunia ini kejam kerana dia harus mengharungi semua itu. Namun dia tahu Allah tidak akan menguji seseorang itu lebih dari kemampuannya. Kini dia harus lebih kuat dari dulu dan berjuang untuk terus hidup.


“ Ara, ada orang nak jumpa” Beritahu Mak Sum dan mengejutkan Zaharra dari lamunannya. Dia berpaling lesu kearah Mak Sum yang berdiri di depan pintu biliknya. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan orang luar buat sementara waktu kecuali Sara, iaitu rakan kerjanya dulu. Sara banyak memberinya semangat selama ini.


“ Siapa Mak Sum?” Soal Zaharra lemah. Mak Sum hanya mengungkit bahu tanda tidak tahu.


“ Boleh saya cakap dengan Zaharra kejap?” Sampuk satu suara. Zaharra terbangun dari siti bila melihat wanita yang mula memasuki biliknya tanpa minta kebenaran darinya dulu. Mak Sum pula terus berlalu pergi. Mungkin tidak mahu ikut campur.


“ Datin...” Sapa Zaharra. Seperti tidak percaya bila melihat Datin Salwa berdiri di depannya ketika ini. selama ini Datin Salwa begitu membencinya dan kini wanita itu datang tiba-tiba kerumahnya. Adakah untuk menyakitkan hatinya lagi.


“ Boleh saya cakap dengan Ara kejap?” Minta Datin Salwa lagi. Kali ini suara itu agak lembut. Zaharra mengganguk perlahan-lahan lalu melangkah ke beranda. Di kerusi di situlah dia melabuhkan punggung begitu juga dengan Datin Salwa.


“ Saya nak minta maaf sebab selama ini saya selalu menyakitkan hati Ara.” Beritahu Datin Salwa sambil menundukan kepala.


“ Apa yang sebenarnya datin nak dari saya?” Soal Zaharra.Jika wanita itu datang hanya untuk menyakitkan lagi hatinya, lebih baik dia menghalau sahaja Datin Salwa dari rumahnya. Sekarang ini dia tidak kisah di panggil kurang ajar. Dia sudah penat kerana selalu di tindas.


“ Saya nak minta tolong dari Ara.” Minta Datin Salwa pula.
“ Tolong apa?” Zaharra semakin ingin tahu. Dia tiba-tiba sahaja berminat untuk lebih tahu dengan lebih lanjut.
“ Kita kena selamatakan Imtiyaz dari Ain...”


**********
 “ So, bila kita akan khawin sayang?” Soal Ain pada lelaki di sebelahnya. Imtiyaz langsung tidak menjawab, sebaliknya meneruskan permanduan. Sudah hampir sebulan dia bercinta kembali dengan wanita itu dan dia masih lagi tiada tanda-tanda ingin berkhawin. Dia sendiri pelik dengan keadaan itu. Ketika bersama dengan Zaharra dulu, dia begitu tidak sabar untuk berkhawin tetapi tidak bila bersama dengan Ain.

“ Sayang...” Panggil Ain manja mengejutkan Imtiyaz dari lamunannya.

“ Ya honey...” Balas Imtiyaz lembut. Sejak kebelakangan ini, tubuhnya tidak begitu sihat dan selalu terasa sakit-sakit di bahagian tubuh. Dia memang selalu tidak bersemangat untuk melakukan kerja.

“ Bila kita nak khawin?” Soal Ain sekali lagi.

“ Khawin?”

“ Yelah, dah sebulan sayang cakap nak khawin dengan honey. Tak khawin-khawin juga” Begitu mengoda pada nada suara Ain. Sesekali lemah juga nafsu Imtiyaz bila mendengar suara mengoda itu berserta dengan sentuhan di tubuhnya. Dulu Ain tidak pernah menyentuh tubuhnya tetapi kini tangan wanita itu begitu licin menjalar di tubuhnya.

“Pagi tadi mama suruh Im bawa honey makan dekat rumah. Masa itulah kita umunkan tarikh pernikahan kita. Boleh?” Cadang  Imtiyaz. Ain bertepuk tangan gembira sambil tersenyum lebar. Serta merta juga pipi kiri Imtiyaz di cium tanpa segan pilu.


“ Masak apa ni?” Soal Imtiyaz pada mamanya yang sedang leka menyusun makanan di atas meja sambil mencium bau lauk pauk di atas meja. Ain masih lagi di sebelah Imtiyaz dan tangan lelaki itu tidak mahu dilepaskanya.

“ Makanan kegemaran kamu. Ayam panggang berlada” Balas Datin Salwa sambil tersenyum manis tetapi bukan untuk Ain tetapi untuk anak lelakinya.

“ Dah ajak papa kamu makan.” Arah Datin Salwa. Kelihatan suaminya sedang leka menonton di ruang tamu. Imtiyaz terus melangkah ke ruang tamu untuk memanggil papanya. Kali ini juga Ain mengikut dari belakang dan hinggalah ke meja makan semula.

“ Sedapnya. Siapa yang masak banyak-banyak ni?” Soal Dato’Daud sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi begitu juga dengan anaknya dan Ain. Kini giliran Datin Salwa pula melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan suaminya.

“ Siapa lagi kalau bukan Zaharra” Beritahu Datin Salwa. Imtiyaz tiba-tiba tergaman bila mendengar nama itu. Jika benar semua itu masakan Zaharra, pasti wanita muda itu ada di dalam rumahnya sekarang. Ain juga terkejut bila mendengar nama Zaharra yang baru meniti di telinganya. Tiba-tiba sahaja dia mula berubah mood, dia memang tidak akan menjamah makanan di depannya itu. Dia tidak kisah apa orang akan kata nanti.

“ Sup dah siap!!!” Jerit satu suara, tetapi agak perlahan. Kelihatan Zaharra sedang memengan satu mangkut besar yang berisi sup ayam lalu di letakan di atas meja. Sesekali dia menjeling ke arah Imtiyaz dan lelaki itu juga seperti memerhatikannya. Sejak perbincangan dengan Datin Salwa sebulan yang lepas, dia bersetuju untuk membantu Datin Salwa memisahkan Ain dengan Imtiyaz.

“ Apa semua ni!!!” Bisik Ain pada telinga Imtiyaz dalam nada yang begitu marah. Dia memang tidak suka keadaan itu. Imtiyaz hanya berdiam diri tanpa kata. Sempat mata Imtiyaz mengerling ke arah bekas teman wanitanya itu. Entah mengapa kadang-kadang hatinya rindukan wanita itu tapi benci lebih mengatasi segalanya.

“Makanlah apa tunggu lagi” Perlawa Zaharra ceria. Di tuangkan air untuk Imtiyaz dan Ain lalu dia melabuhkan punggung di sebelahan dengan Datin Salwa dan berhadapan dengan Imityaz. Perlahan-lahan Imtiyaz menyuapkan nasi kemulutnya tanpa berlauk dan Ain tetap dengan pendiriannya, dia tidak akan memakannya. Air suam di dalam gelas di tenguknya bila terasa seperti nasi menyekat kerongkongnya.Tiba-tiba Imtiyaz merasakan kepalanya begitu berat dan matanya benar-benar menggantuk dan tidak sampai lima minit dia sudah tidak sedarkan diri dan tidak lagi mampu mengingati apa-apa lagi. Datin Salwa tersenyum manis, tidak sangka pil yang di masukan ke dalam air anaknya itu cepat bertindak. Buat sementara waktu Imtiyaz akan terlena. Jika dia tidak berbuat begitu, pasti anaknya tidak mahu berjumpa dengan pakar perubatan islam. Ada sahaja alasan di berikan bila dia mengajak anaknya itu ke pusat kesihatan islam.

“ Sayang!!!” Panggil Ain bila melihat Imtiyaz mula tidak sedarkan diri dan terus menyandar pada kerusi meja makan. Matanya tertutup rapat. Ain mula cemas bila semua mata mula memandangnya dan dia sudah dapat merasakan dia sudah terkena perangkap Datin Salwa dan Zaharra. Dia pasti, ada sesuatu di dalam air tersebut jika tidak  kenapa Imityaz boleh pengsan dengan tiba-tiba.

“ Sayang, sayang...” Sindir Zaharra sambil membuat mulut. Sesekali Zaharra ketawa bersama dengan yang lain. Ain mula cuak berada di situ. Kini Imtiyaz tidak mampu melindunginya lagi.

“ Apa semua ni!!!” Jerit Ain kuat. Dia mula merasakan mereka sedang merancangkan sesuatu. Zaharra mula memandang wajah Datin Salwa dan Dato’Daud untuk meminta kebenaran bercakap. Mereka terus mengganguk tanda menberinya isyarat bahawa Zaharra boleh melepaskan semua yang terbuku di hati.  sejak kejadian sebulan yang lepas, dia dan keluarga Imtiyaz menjadi rapat. Betul kata ibunya, semua ini ada hikmatnya. Di sebabkan kejadian itu Datin Salwa tidak lagi membencinya.Ain tidak habis-habis mengoncang tubuh Imtiyaz supaya sedarkan diri, namun hampa bila lelaki itu tidak langsung bergerak. Kelihatan begitu lena Imtiyaz tidur walaupun kepalanya beralaskan meja makan.

“ Ini balasan kau sebab kau guna cara kotor untuk rampas Imtiyaz dari aku!!!” Marah Zaharra. Ain mula membulatkan matanya seperti tidak mengerti apa yang di katakan Zaharra.

“ Apa maksud kau? Kau yang rampas Imtiyaz dari aku dan sebab perempuan tua inilah Imtiyaz tinggalkan aku!!!”Ain mula menundingkan jarinya kearah Datin Salwa.

“ Memang patut aku halang hubungan kotor kau tu!” Sampuk Datin Salwa.

“ Dulu saya terima hubungan Imityaz dengan kamu, tapi bila tahu semua ini, tak sangka kamu lebih jahat dari yang saya sangka” Dato’Daud mula bersuara. Dulu dia langsung tidak kisah pasal hubungan anaknya dengan wanita muda itu, namun bila ketahui semua itu barulah dia tahu kenapa isterinya menghalang keras hubungan mereka. Patutlah isterinya begitu risau bila anak lelakinya berkawan dengan perempuan.

“ Apa korang cakap ni!!!” Marah Ain sambil bangun dari situ. Dia harus pergi dari situ jika tidak makin banyak pula yang akan pecah. Laju langkahnya meninggalkan rumah itu. Datin Salwa begitu gembira bila melihat wajah cuak Ain tadi. Di peluk tubuh Zaharra kerana rancangannya telah selesai separuh dan tinggal lagi separuh yang dia harus selesaikan.

“ Jangan gembira dulu.Jom selesaikan masalah Imtiyaz pula.” Sekali lagi Dato’Daud menyampuk sambil bangun dari duduk. Dia harus memapah Imtiyaz masuk ke dalam bilik. Datin Salwa terus membantu suaminya begitu juga dengan Zaharra.



“ Tak sangka Ain sanggup buat macam itu” Zaharra begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Dulu memang dia salahkan Imtiyaz kerana membatalkan perkhawinan tapi kini baru dia tahu itu semua bukan salah lelaki itu. Ini semua kerana Ain, wanita yang berhati busuk.

“ Mama pun tak sangka Ain sanggup guna-gunakan Im sampai Im jadi bodoh. Memang dari dulu lagi mama tahu Ain gunakan bomoh untuk dapatkan Im, sebab kerana itulah mama halang hubungan mereka dulu.” Sampuk Datin Salwa. Zaharra seperti terkejut bila panggilan ‘mama’ keluar diri bibir itu. seperti tidak percaya yang Datin Salwa sudah menerimanya 100%.

“ Mulai hari ini, Ara panggil saya mama. Mama nak Ara yang jadi menantu mama. Mama minta maaf selama ini mama buta menilai kamu.” Tambah Datin Salwa lagi. Di cium pipi gebu Zaharra di sebelahnya. Dalam masa sebulan ini, dia sudah mampu menilai wanita muda itu.Ruang tamu itulah yang menjadi saksi dia sudah mula menjadi salah seorang dari keluarga itu.

“ Papa pun nak Ara jadi menantu papa” Sampuk Dato’Daud pula sambil tersenyum manis. Hampir menitis air mata Zaharra ketika itu. Terharu sungguh dia dengan kata-kata keluarga itu.

“ Macam mana dengan Im abang?” Soal Datin Salwa pada suaminya. Kini dia harus fokus kepada masalah anak lelakinya pula.

“ Ustaz tengah cuba ubati Im.” Beritahu Dato’Daud sambil menyertai mereka di ruang tamu. Tidak sabar rasanya untuk mengertahui hasilnya. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki mula menuruni anak tangga.

“ Macam mana ustaz?” Soal Datin Salwa seperti tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang berlaku.

“ Allhamdulillah... semuanya sudah selesai tapi kesannya mungkin lambat sedikit tapi insyaallah semuanya akan selamat. Sama-sama kita berdoa supaya dia sembuh dan kembali seperti biasa. Saya sudah sediakan air penawar untuk keluarkan kotoran di dalam badan dia.” Beritahu  lelaki yang berserban itu. Datin Salwa sedikit tenang begitu juga dengan Zaharra. Datin Salwa dan Dato’Daud mula menguncapkan ribuan terima kasih kepada ustaz tersebut sebelum lelaki berserban itu pergi.

“ Ara balik dulu. Kali ini biar Im pergi cari Ara balik. Mama yakin bila Im mula boleh melupakan Ain dia pasti akan cari Ara.” Cadang Datin Salwa. Zaharra hanya menggangukt tanda setuju dengan cadangan itu.

**********
 Seminggu telah berlalu,Zaharra masih lagi menunggu Imtiyaz berjumpa denganya namun tidak juga kelihatan kelibat lelaki itu di rumahnya. Dia mengeluh berat. Di pandang lesu kolam ikan koi ibunya. Sesekali dia membuai buaian yang di naikinya. Di kuis-kuis daun kering di kakinya. Cuaca agak mendung dan tidak terlalu panas,oleh itu bolehlah dia berehat di taman bunga ibunya. Keadaan rumahnya agak sunyi kerana tiada orang. Mak Sum pagi –pagi lagi pergi pasar dan Fakrul pula menghantar ibunya ke spa. Di tekan-tekan butang telefonnya dan berharap akan menerima panggilan dari Imtiyaz, namun hampa. Mungkin lelaki itu memang tidak menginginkannya bukan kerana di sebabkan ubat guna-guna Ain.

“ Termenung panjang nampak” Tegur satu suara. Zaharra terus berpaling ke arah suara itu.

“ Fakrul...” Sapa Zaharra lemah. Dia langsung tidak perasan bila lelaki itu balik. Bunyi kereta juga langsung tidak di dengarinya. Mungkin kerana dia telalu lalai dengan angan-angan tadi hingga bunyi kereta pun dia tidak sedar. Fakrul mula mendekati Zaharra dan meminta kebenaran untuk duduk di sebelah wanita itu. Zaharra mengenjak sedikit untuk memberi ruang lelaki itu duduk di sebelahnya di buaian.

“kenapa masam je ni. Dah tak cun bila muncung je. Dah macam muncung itik. Itik pun tak da muncung macam Ara” Gurau Fakrul. Zaharra sedikit tersenyum bila memandang wajah itu. lelaki yang sudah di anggap seperti abangnya itu begitu pandai mengambil hatinya. Dia senang dengan kehadiran Fakrul di dalam keluarganya.

“ Fakrul tahu tak, sebenarnya Ara ada seorang abang tapi abang Ara hilang masa Ara belum lahir lagi. Ara nak sangat jumpa dia” Beritahu Ara. Sudah lama dia berhenti mencari abangnya.

“Ara tak pergi cari dia ke?” Soal Fakrul pula. Zaharra mengganguk lemah berserta dengan keluhan.

“ Dulu Ara cuba cari dia, tapi hampa. Ara tak langsung tak dapat petunjuk. Ara pututs asa dan Ara lupakan percarian itu. lagipun terlalu banyak dugaan yang menimpa Ara sekarang ni sampai Ara tak ada masa untuk diri Ara sendiri.” Cerita Zaharra lagi.

“ Dugaan mengajar kita untuk lebih berdikari. Fakrul tengok Ara bukan seorang yang mudah menyerah. Fakrul bangga dengan Ara. Banyak dugaan yang menimpa, Ara masih lagi mampu berdiri.” Puji Fakrul sambil tersenyum manis.

“ Fakrul pandai buat Ara senyum. Kan lebih baik kalau Fakrul ni abang Ara” Tiba-tiba Zaharra boleh berkata begitu. Entah mengapa kadang-kadang hatinya benar-benar berharap lelaki itu ialah abangnya kerana keserasiannya begitu ketara sekali. Fakrul pula hanya tersenyum.

“ Ara...” Kedengaran satu suara menyapa. Zaharra dan Fakrul terus berpaling.

“ Im...” lemah suara Zaharra menyebut nama itu. Fakrul terus bangun dari situ dan melangkah pergi. Dia tahu, dia tidak di perlukan di situ. Biarlah Zaharra dan Imtiyaz sahaja di situ.

“Maafkan abang sebab buat Ara menangis” Beritahu Imtiyaz. Zaharra tidak dapat menahan kerinduiannya. Laju dia berlari ke arah Imtiyaz lalu tubuh itu di peluk untuk melepaskan kerindui. Berderai air matanya bila buat kali bertamanya dia melihat air mata lelaki itu jatuh ke bumi. Selama ini dia tidak pernah melihat air mata itu kerana dia tahu Imtiyaz agak ego tentang itu. Namun kali ini, runtuh juga keegoan itu.

“ Tolong jangan tinggalkan Ara lagi...” Rayu Zaharra. Imtiyaz mengangguk laju. Begitu berat dugaannya untuk pertahankan cintanya dengan Zaharra namun kali ini dia bertekad akan mempertahankan cintanya walaupun badai akan melanda. Dia tidak mahu berpisah lagi dengan wanita itu. cukuplah selama seminggu itu dia cuba untuk mengingati balik Zaharra dan lupakan  Ain. Sekarang dia tahu siapa Ain yang sebenarnya. Dia masih ingat lagi perkara yang berlaku sebelum dia datang berjumpa dengan Zaharra tadi. Pertemuannya dengan Ain benar-benar memanaskan badannya.

“ Apa yang kau dah buat pada aku!!!” Marah Imtiyaz bila Ain sudah berdiri betul-betul di depannya. Seharian dia mencari Ain dan akhirnya dia berjumpa juga dengan wanita itu di restoren yang selalu di kunjunginya iaitu KFC.  Di tarik tangan Ain keluar dari restoren tersebut kerana dia tidak mahu bergaduh di situ.

“ Saya buat apa? Im jangan dengar cakap dia orang” Ain mula membela diri. Imtiyaz mula hilang sabar. Ingin sahaja dia tampar perempuan di depannya itu. Tidak sangka hati Ain begitu busuk.  Selama ini dia menyalahkan orang lain kerana memisahkan dia dan Ain.

“ Cakap siapa? Cakap mama aku? Kau memang gila Ain. Sanggup kau bomohkan aku!!! Kau tahu tak itu semua kerja syirik!!! Berdosa besar” Marah Imtiyaz lagi. Tiba-tiba Ain ketawa terbahak-bahak seperti orang gila.

“ Kau tahu tak kenapa aku buat kau macam tu? Sebab kau!!! Kau tahu tak betapa aku cintakan kau. Kau dah lupa apa yang kita dah buat 9 tahun yang lalu. Sebab kaulah aku hilang dara. Kau ingat kau boleh senang-senang tinggalkan aku macam itu je. Aku menghilang selama ini bukan kerana aku mengalah, tapi aku belajar dari kekalahan. Aku nakkan keadilan” Cerita Ain sambil tergelak. Imtiyaz mengusap rambutnya kerana otaknya tiba-tiba terasa serabut. Kenangan 9 tahun lalu dan ketika itu dia baru tingkatan 4 mengimbau di mindanya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengingati kisah itu tetapi kini peristiwa itu kembali bermain di mindanya.

“ perkara itu berlaku dengan pantas dan itu tidak bermakna salah aku sorang” Imtiyaz ingin menbela diri. Peristiwa berlaku tanpa kerelaannya. Dia diperangkap oleh bekas teman lelaki Ain. Mereka di beri dadah dan perkara yang berlaku tanpa disedarinya langsung. Sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di sebelah Ain di atas katil tanpa sehelai benang pun di badan.

“ abang...” Panggil Zaharra bila melihat Imtiyaz begitu jauh mengelamun. Imtiyaz tersentak dari lamunannya. Wajah Ain terus hilang dari kotak fikirannya.

“ Ara, abang ada sesuatu nak bagitahu Ara” Beritahu Imtiyaz. Dia tidak mahu lagi merahsiakan perkara itu. Dia tidak kisah jika kali ini Zaharra menolaknya. Memang Zaharra berhak untuk meninggalkannya jika wanita itu tahu perkara sebenar.Imtiyaz menarik tangan Zaharra menuju ke buaian lalu dilabuhkan punggung di situ. Tangan wanita itu tidak dilepaskannya.Imtiyaz menundukan kepala. Dia begitu takut untuk menceritakannya.

“ Bagitahu apa abang?” Soal Zaharra. Sudah lama dia tidak bercakap dengan lelaki itu. sememangnya dia rindukan suara garau milik Imtiyaz.

“ Selepas abang ceritakan nanti, abang tak kisah kalau Ara tidak dapat menerima abang. Abang tak nak ada rahsia antara kita lagi.” Sambung Imtiyaz lagi.

“ Walau apa pun yang berlaku, Ara tetap akan menerima abang sebab Ara sayangkan abang” Beritahu Zaharra pula. Imtiyaz merasa sedikit yakin untuk menceritakannya. Imtiyaz mula bercerita dari awal hingga akhir dan dia sedikit lega bila Zaharra langsung tidak memarahinya apatah lagi menbenci. Dia tahu Zaharra menerima dengan apa yang berlaku.


**********
Kehidupan Zaharra mula berubah saat hubungannya dengan Imtiyaz kembali pulih. Kini dia benar-benar gembira dengan perubahan Imtiyaz, lelaki itu lebih prihatin tetang dirinya. Soal permergian Imtiyaz ke Kanada tidak lagi menjadi isu. Buat masa sekarang, Dato’Daud mengantikan dulu tempat Imtiyaz di Kanada. Oleh kerana itu tidaklah dia tergesa-gesa untuk melangsungkan majlis perkhawinan. Ain pula sudah hampir dua bulan menghilang dan mungkin wanita itu akan muncul kembali tapi kali ini dia telah bersiap sedia untuk kemungkinan yang akan berlaku. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya. Di pusing-pusingkan kerusi beberapa kali untuk melepaskan kepenatan. Hampir dua jam dia mengadakan mesyuarat tadi untuk memaklumkan kenaikan gaji perkerja dan membincangkan pelan baru untuk syarikat.  Dia mencapai telefon bimbitnya untuk mengajak Imtiyaz keluar makan tengah hari. Sempat dia mengerling jam di dinding bilik pejabatnya. Tepat jam 12.00 tengah hari. Seperti biasa ,dia akan menghantar pesanan ringkas terlebih dahulu.

‘Abang... Jom pergi makan. Laparlah’

Kali ini tidak ada balasan dari Imtiyaz. Hairan juga Zaharra. Selalunya Imtiyaz akan membalas setiap pesanan ringkasnya walaupun agal lambat sedikit. Hampir dua jam dia menunggu namun tidak ada juga balasannya. Dia bukan tidak ingin menelefon, tetapi takut menggangu kerja lelaki itu pula nanti. Zaharra terus bangun dari situ. Perutnya memang benar-benar minta di isi. Dia tidak mampu menahannya lagi.

“ Sara, jom pergi makan. Lapar gila ni” Ajak Zaharra. Sudah dua bulan Sara berkerja dengannya. Sara mengerling jam di dinding. Memang sudah waktu makan tengah hari. Patutlah dari tadi lagi perutnya berbunyi-bunyi. Sara mengganguk lalu mencapai beg tangannya dan menginkuti belakang Zaharra.

“ Cik Ara!!!” Kedengaran suara salah seorang pekerjanya menjerit saat dia belum lagi melangkah masuk ke dalam lif begitu juga dengan Sara.

“ Ada apa Nadia?” Soal Zaharra pada pekerjanya. Nadia memang salah seorang pekerja yang baik dan wanita itu sudah lama berkerja di syarikatnya sebalum kematian babanya lagi.

“ Tadi Datin Salwa call, dia cakap En.Im masuk hospital” Beritahu Nadia cemas. Zaharra tersentak tiba-tiba. Jantungnya berdenyut kencang tiba-tiba. Patutlah Imtiyaz tidak membalas mesejnya tadi, rupa-rupanya ada perkara yang berlaku.

“ Betul ke? Nadia tolong batalkan semua temu janji saya.” Zaharra mula cuak.cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam lif. Dia harus segera ke hospital. Sempat tanganya mencari-cari telefon bimbitnya, namun hampa. Baru dia teringat yang dia tertinggal telefonnya di dalam pejabat. Kini dia tidak ada masa untuk pergi mengambilnya. Dia harus cepat ke hospital.

“ Sara, tolong ambil telefon aku dalam pejabat. Aku tunggu kau dekat sana” Arah Zaharra sebelum berlalu pergi. Sara pula terus berlari ke bilik kerja sahabatnya untuk mengambil telefon dan dia harus bergegas ke hospital pula.



 “Ibu...” Panggil Zaharra bila melihat ibunya sedang menangis di tepi dinding wab kecemasan. Wanita itu begitu sedih sekali dan kesedihan itu mengingatkan dia ketika kematian  arwah babanya dulu.  Tidak sangka ibunya boleh berada di situ adakah ibunya juga ingin melihat keadaan Imtiyaz. Dia terus mendapatkan ibunya.

“Ibu kenapa?” Soal Zaharra cemas. Wanita tua itu terus memeluk tubuh anak perempuannya sambil menangis. Zaharra semakin cuak dengan keadaan itu. Dia tiba-tiba takut untuk mengetahui kenapa ibunya menangis sampai begitu sekali. Adakah sesuatu berlaku pada Imtiyaz, duga Zaharra.

“Ibu dah jumpa dengan abang kamu Ara” Beritahu Datin Laila.  Berbunga hati Zaharra seketika. Tidak sangka akhirnya dia akan dapat berjumpa dengan abang kandunganya. Tapi dia hairan kenapa ibunya menangis sedangkan berita itu amat mengembirakan.

“ Baguslah kalau macam itu, tapi kenapa ibu menangis?” Soal Zaharra hairan.Datin Laila terdiam sejenak untuk mengumpul kekuatan. Berita yang di terimanya memang mengembirakan tapi selepas ini pasti akan ada hati yang terluka. Dia ke hospital kerana tubuhnya berasa tidak sihat dan tidak sangka dia berjumpa dengan keluarga yang membeli anak lelakinya dulu.


“Mama...” Panggil Zaharra lemah. Cerita yang baru di dengari dari ibunya tadi begitu menggangu emosinya. Dia terus berlari menuju ke wab kecemasan untuk berjumpa dengan Datin  Salwa untuk mengetahui perkara sebenar. Dia juga harus melihat keadaan Imtiyaz. Datin Salwa yang dari tadi hanya menundukan kepala terus berpaling ke arah Zaharra yang berada tidak jauh darinya. Datin Salwa serta merta bangun dan berlari ke arah Zaharra lalu di peluk tubuh itu. Zaharra pula menbatukan diri. Dia harus tahu perkara sebenar saat kini hatinya benar-benar berharap perkara itu tidak benar belaka.

“ Betul ke apa yang ibu bagitahu Ara tadi mama?” Soal Zaharra lemah bila pelukan sudah dileraikan. Datin Salwa mengganguk laju.

“ Betul ke Im bukan anak mama dan Im tu sebenarnya anak ibu? Abang kandung Ara?” Soal Zaharra lagi sambil menitiskan air mata. Laju sahaja mutiara putih keluar dari matanya hingga dia tidak mampu menahannya lagi. Tidak sangka selama ini dia bercinta dengan abang sendiri.  Datin Salwa juga tidak berhenti menangis. Agak lama Datin Salwa berdiam dan akhirnya wanita itu mengganguk juga. Zaharra merasakan seperti dunianya berputar-putar. Dia hampir tejelopok ke lantai, namun dia terus menyandarkan tubuhnya ke dinding.

“ Apa semua ni!!!” Jerit Zaharra sambil terduduk di lantai. Rambutnya di ramas-ramas.

“ Memang Im bukan anak mama tapi mama tak tahu Im anak ibu Ara. Mama tahu semua ini pun bila doktor bagitahu yang Im perlukan darah. Mama tak boleh derma darah mama sebab mama bukan ibu kandung Im. Darah kami tak sama begitu juga sengan papa.Tiba-tiba mama jumpa dengan ibu Ara. Darah Im jenis yang sama dengan Ibu Ara dan bila doktor check ternyata Im anak ibu Ara. Maafkan mama sayang, mama tak tahu” Cerita Datin Salwa cuba untuk tenangkan wanita muda itu. Dia tahu pasti hancur luluh hati Zaharra bila tahu semua itu tetapi bukan dia yang rancang dan itu ialah ketentuan ilahi.

“ Ya Allah... Dugaan apa lagi ni” Rintih Zaharra. Dia berasakan dirinya benar-benar berdosa sekali kerana telah bercinta dengan abang sendiri. Patutlah perkhawiannnya selalu tidak menjadi ,rupa-rupanya ada hikmat di sebalik apa yang berlaku.


**********
Sebulan telah berlalu, sejak kejadian dia hospital sebulan yang lepas, dia tidak lagi bertemu dengan Imtiyaz sekeluarga. Dia tidak ingin berdepan bagaimana dengan mereka semua. Sejak itu jugalah dia tinggal bersama dengan Sara dan tidak mahu lagi tinggal di rumah ibunya kerana dia tahu suatu hari nanti pasti Imtiyaz akan tinggal di situ. Dia tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan lelaki itu. sejak itu jugalah , ibunya sibuk menguruskan Imtiyaz di hospital bersama dengan keluarga angkat lelaki itu apatah lagi Imtiyaz harus menjalani terapi untuk kakinya yang patah. Zaharra mengeluh berat. Taman permainan kanak-kanak di depan rumah Sara di pandang kosong. Jika di lihat dari balkoni rumah flat Sara itu, memang jelas kelihatan kanak-kanak begitu riang bermain. Nasib baik Sara banyak memberinya semangat dan membantunya di kala susah.
Beberapa kali juga ibunya mengajaknya balik, tapi dia masih belum bersedia dan dia tahu Imtiyaz juga seperti dia. Mana mungkin dia akan bercakap dengan Imtiyaz sebagai seorang adik dan abang kerana dia sudah terbiasa menggangap lelaki itu teman lelaki istimewanya. Dia tidak mampu lagi menukar status itu. Dia sayangkan Imtiyaz sebagai seorang kekasih dan bukan sebagai abang. Lebih elok dia pergi sahaja dari rumah itu dari terus berdosa kerana menyintai abang sendiri. Sekurang-kurangnya dia boleh belajar melupakan cintanya. Tiba-tiba air matanya mengalir. Dia tidak mampu menahan perasaannya. Dia tidak mampu menipu dirinya sendiri bahawa semakin hari rindunya semakin kuat pada Imtiyaz.  Angin petang mula membelai rambutnya.
 Dia memejamkan mata untuk mengambil ketenangan sejenak.  Mindanya menepuk-nepuk memori dulu.Wajah Imtiyaz tetap muncul. Dia tersenyum dalam kehampaan bila mengingati saat itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebahagiannya ketika itu. selama ini dia tidak pernah merasakan cinta dari seorang lelaki sebegitu rupa. Tapi kini dia harus melupakan cinta manisnya kerana yang haram tetap haram. Dia tidak boleh menyintai abang sendiri. Tekad Zaharra dalam hati. tiba-tiba dia merasakan seperti seseorang memelukanya dari belakang. Dia tetap tidak membuka matanya kerana dia tahu siapa yang memeluknya itu.

“Sabar Ara, Allah ada sebab kenapa DIA uji kau” Omong Sara bila pelukan telah di leraikan. Dia tahu kepedihan kehidupan rakannya itu. Dia sendiri tidak sangka dengan apa yang berlaku. Selama ini Zaharra begitu beria mencari abang kandungnya tetapi rupa-rupanya lelaki yang di cari selama ini berada di depan mata dan begitu rapat dengan Zaharra.  Zaharra terus memeluk tubuh rakannya.

“  Aku mungkin boleh terima jika Im tinggalkan aku, tapi aku tak boleh terima yang Im abang kandung aku Sara. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku malu dengan semua orang.” Luah Zaharra. Sejak kejadian itu, air matanya mudah luruh jatuh ke bumi. Dia menjadi begitu
sensitif. Jika melihat pasangan bercinta sedang bersuka ria, pasti hatinya akan terluka. Wajah Imtiyaz terus menerjah masuk ke mindanya. Dia pernah cuba membuka hatinya untuk orang lain tetapi dia tidak mampu melakukan itu kerana selama ini dia telah menutup rapi hatinya hanya untuk Imtiyaz. Mana bisa dia membukanya kembali dalam masa yang begitu singkat.

“ Tadi aku ada jumpa Im dekat hospital masa aku ambil ubat untuk mak aku.” Beritahu Sara. Dia masih lagi ingat pertemuannnya dengan Imtiyaz ketika di hospital tadi. Sedih betul dia melihat keadaan lelaki itu yang berjalan terhenjut-henjut kerana menahan sakit. Di situ jugalah dia berjumpa dengan Datin Laila dan keluarga Imtiyaz. Sepertinya mereka baru selesai menemani Imtiyaz menjalankan terapi. Prihatin betul mereka dengan keadaan Imtiyaz.

“ Macam mana keadaan Im Sara? Dia sihat?” Soal Zaharra. Sudah hampir sebulan dia tidak ambil tahu tentang lelaki itu.Pernah juga sesekali dia berfikir untuk melihat sahaja lelaki itu dari jauh tetapi dia terus melupakan niatnya. Jika dia berbuat begitu sekali pun dia tidak mampu memiliki lelaki itu lagi. Walau apa pun, dia masih ingin tahun tentang kesihatan Imtiyaz. Sara mengeluh sejenak menyebabkan jantung Zaharra seperti di belit-belit ular. Tercekik dan sukar untuk bernafas.

“ Dia okey, tapi kaki masih tak boleh jalan dengan betul. Kaki dia masih belum sembuh dan memerlukan bantuan untuk berjalan. Tapi dia ada cakap dia nak jumpa kau sangat-sangat. Dia merayu dengan aku untuk jumpa kau.” Beritahu Sara. Zaharra terdiam seperti batu yang akan tergolek jatuh. Dia bukan tidak mahu berjumpa tetapi dia tidak mampu menatap wajah itu.

“ Pergilah jumpa dia Ara. Sampai bila kau nak lari dari dia. kalau kau tak boleh mengadap muka dia sebab dulu kau pernah jadi kekasih dia, kau jumpalah dia sebagai adik dan abang. Aku tahu pasti perit untuk kau, tapi itulah hakikatnya. Kau tak boleh lari dari hakikat. Kau kena tabahkan hati kau untuk terima semua ini. kau harus bersyukur sebab kau belum khawin dengan Imtiyaz. Cuba kau fikirkan, kalau bukan kerana dugaan yang melanda kau dulu, pasti sekarang ini kau akan merasa lebih berdosa kerana berkhawin dengan abang sendiri.” Nasihat Sara. Dia harus sedarkan rakannya itu. Dia tahu memang perit dan jika dia di tempat Zaharra, dia pasti akan melakukan benda yang sama.

“ Aku tak nak jumpa Im. Kau tak faham Sara”

“ Apa yang aku tak faham Ara? Kau yang tak faham dengan diri kau sendiri” Sambung Sara. Zaharra sekali lagi mengelap air matanya yang mula membasahi pipi. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya dia ketika itu. Bukan mudah untuk menerima semua itu dalam sekelip mata.  Mungkin bertahun-tahun peristiwa itu menghantui hidupnya.

“ Jumpalah Imtiyaz Ara, itu yang terbaik. Ikut kata hati pertama kau” Nasihat Sara sebelum berlalu pergi meninggalkan balkoni rumahnya. Dia tidak tahu untuk menperkatakan apa lagi. Sudah banyak nasihat di berikan kepada rakannya, namun satu pun tidak diguna pakai. Sekarang ini dia berserah sahaja.


**********
 “ Ara... anak ibu dah balik” Bersorak gembira Datin Laila bila melihat Zaharra sudah berdiri di depan pintu rumahnya. Dia terus mendapatkan anaknya lalu di peluk tubuh itu dengan penuh erat. Dia benar-benar rindukan anak perempuannya itu. sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Di cium beberapa kali. Zaharra seperti biasa hanya menbatukan diri tanpa kata. Matanya liar memandang seluruh ruang di dalam rumahnya. Sunyi sepi dan tiada langsung suara Mak Sum mahupun Fakrul. Dia juga rindukan mereka berdua selain rindu pada ibunya.

“ Masuk sayang” Ajak Datin Laila sambil menarik tangan anaknya menuju ke sofa. Zaharra  hanya menginkuti sahaja seperti robot yang di kawal. Di ikut sahaja kata ibunya.

“ Sampai hati Ara tinggalkan ibu” Lauh Datin Laila. Sedih hatinya bila anak perempuannya itu pergi begitu sahaja tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Dia pernah ke rumah Sara, tetapi anaknya tidak mahu berjumpa langsung dengannya apatah lagi bercakap di telefon.

“ Ara bukan lari dari ibu, tapi Ara lari dari kepedihan. Ara minta maaf jika Ara ada buat salah dengan ibu.” Beritahu Zaharra tetapi matanya masih tercari-cari sesuatu di dalam banglo itu.

“ Ara cari Mak Sum ke? Ataupun Fakrul?” Soal Datin Laila. Dia perasan, sejak mula-mula masuk lagi anaknya seperti mencari sesuatu. Zaharra terus memandang wajah ibunya tanpa kata dan matanya tidak lagi liar mencari apa yang dicari.

“ Fakrul pergi ambil Mak Sum dekat kampung. Dah seminggu Mak Sum balik kampung. Malam nanti sampailah mereka tu” Beritahu Datin Laila walaupun anaknya tidak bertanya. Dia tidak lekang dari senyuman. Gembira betul dia bila anaknya sudah pulang tetapi dalam hatinya dia masih bersedih kerana Zaharra tidak seperti dulu lagi. Anaknya itu lebih banyak berdiam diri dari bercakap seolah-olah masih tidak rela pulang ke rumahnya.

“ Ara...” Kedengaran satu suara menyapa. Zaharra terus berpaling ke arah itu. kelihatan satu susuk tubuh yang begitu di rinduinya sudah sekian lama. Dia beristifar di dalam hati beberapa kali bila rindunya sebenarnya bukan antara adik dan abang tetapi sebagai kekasih.



“ Kenapa Ara tinggalkan abang  untuk tanggung semua ini?” Soal Imtiyaz bila wanita di sebelahnya hanya berdiam diri dan tidak langsung memandang wajahnya. Zaharra masih berdiam diri. Matanya tetap pada kolam ikan koi ibunya di taman. Dia masih ingat lagi, buaian itulah tempat dia meluahkan segala masalahnya. Di kuis-kuis daun kering di rumput bawah kakinya. Dia merasakan nafasnya seperti tercekik.

“ Abang tahu Ara kecewa, begitu juga dengan abang. Abang rasa macam nak bunuh diri sahaja dari terpaksa tanggung semua ini. Abang cuba untuk anggap Ara adik abang tapi, hati abang kata tak boleh. Abang tak boleh anggap Ara adik abang.” Sambung Imtiyaz. Tiba-tiba Zaharra tersedu-sedu dan dia tahu wanita itu sedang menangis tapi kali ini dia tidak boleh mengelap air mata itu. Dia sendiri tidak berani menyentuh kulit itu lagi. Tangannya benar-benar berat untuk mengelap air mata itu seperti yang di lakukannya selalu. Selama ini dialah sapu tangan untuk wanita itu saat air mata mula gugur tapi kali ini dia tidak boleh menjadi sapu tangan itu lagi walaupun dia tahu sekarang ini tidak berdosa jika dia menyentuh kulit itu. Dia membiarkan sahaja Zaharra menangis, mungkin dengan perlakuan begitu mampu melegakan jiwa seketika.

“ Bodohkan? Selama ini kita tak sedar langsung. Macam-macam dugaan yang datang untuk halang majlis perkhawian kita rupa-rupanya ada hikmat di sebaliknya. Serata Malaysia Ara cari abang kandung Ara, rupa-rupanya abang kandung Ara depan mata Ara sendiri.” Cerita Imtiyaz lagi sambil tergelak kecil walaupun sebenarnya hatinya terluka. Dia harus belajar menerima hakikat hidup yang sebenar. Zaharra tidak mampu untuk bertahan lagi. Dia terus bangun dari buaian itu untuk berlalu pergi. Dia tidak langsung memandang wajah Imtiyaz.

“ Ara tak nak jumpa abang lagi. Bagi Ara masa untuk semua ini. Tolong jangan muncul di depan Ara lagi.” Beritahu Zaharra sambil membelakangkan Imtiyaz yang masih di atas buaian.

“ Baguslah Ara benci abang. Sekurang-kurangnya abang bolehlah abang tinggalkan Malaysia dengan tenang sedikit. Jika Ara tidak bencikan Abang, mungkin lagi berat abang nak tinggalkan Malaysia ni.” Beritahu Imtiyaz lagi sambil tersenyum manis. Dia harus meninggalkan Malaysia untuk memulakan hidup baru di tempat lain. Jika dia terus di situ, pasti bayangan Zaharra akan sentiasa menghantui hidupnya. Zaharra terus memulakan langkahnya semula untuk meninggalkan tapak banglo itu. Dia tidak akan menjejakan kaki di situ selagi Imtiyaz ada. Mulai hari ini, dia akan mula menbenci lelaki itu kerana itu jalan terbaik untuk di mudah melupakan lelaki yang bernama Imtiyaz.

“ Zaharra...” Panggil Imtiyaz pula. Langkah Zaharra sekali lagi terhenti namun tetap tidak berpaling.

“ Selamat tinggal adik...” Ucap Imtiyaz lembut. Bagai nak runtuh jantung Zaharra ketika itu. dia tidak mampu menahan dirinya lagi. Dia tidak sanggup mendengar ucapan itu lahir dari bibir lelaki itu. laju dia lari keluar dari pintu pagar rumah dengan harapan kebahagiaan akan menunggunya di luar sana.


**********
 “ Selamat pagi ibu” Sapa Zaharra sebaik sahaja tiba di meja makan. Kelihatan ibunya sedang leka bersarapan di meja begitu juga dengan Fakrul. Sejak pemergian Imtiyaz setahun yang lalu, dia sudah mula mampu menerima apa yang berlaku. Dia harus meneruskan kehidupan dan sampai bila dia harus bermasam muka dengan ibunya. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Fakrul, lelaki yang telah di anggap keluarga sendiri. Di dalam rumah itu, tiada istilah orang gaji. Semuanya di layan seperti satu keluarga dan makan haruslah satu meja.

“ Pagi sayang” Sambut Datin Laila sambil tersenyum manis. kini jiwanya sedikit tenang bila Zaharra kembali tinggal bersamanya dan anak perempuan tunggalnya itu kembali ceria. Dia sanggup kehilangan anak lelakinya demi kebahagian nak perempuannya. Dia sanggup bila Imtiyaz meninggalkannya walaupun baru sekejap dia mendapat kembali kasihnya, tetapi senyuman Zaharra lebih penting dari segala-galanya.

“ Hai... untuk ibu je ker” Sindir Fakrul sambil ketawa kecil.

“ Okey-okey semula. selamat pagi ibu, fakrul , Mak Sum” Balas Zaharra sambil ketawa. Sempat dia menyebut nama Mak Sum sebaik sahaja wanita itu mula muncul dari dapur sambil mendulang jus oren.

“ Pagi tuan puteri ” Serentak mereka menjawab hingga berderai semua gelak ketawa. Zaharra terus mencapai satu keping roti lalu di sapu dengan jem kacang lalu di suap ke mulutnya. Memang menyelerakan bila di minun bersama dengan kopi panas buatan Mak Sum yang sememangnya terbaik di dunia.

Ting tong!!!

Kedengaran seseorang menekan loceng di pagar rumah. Zaharra terus menjenguk ke luar rumah kelihatan seorang lelaki berpakain kemas untuk ke pejabat. Zaharra mula cuak. Sempat dia mengerling jam di tangannya ternyata dia sudah lewat untuk ke pejabat. Dia mencapai beg kerjanya dan sempat juga dia mengigit sekali lagi rotinya yang tidak dihabiskannya sebelum mencium ibunya dan Mak Sum. Dia tidak mahu lelaki itu menunggunya lebih lama. Datin Laila mengelengkan kepala dengan sikap anaknya itu. Memang akan kalut bila kesuntukan masa.

“ Sory, lambat” Mohon Zaharra saat pintu pagar di bukanya. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sahaja. Lagipun bukan lama sangat dia menunggu di situ.

“ Jom, nanti lewat pula” Ajak Zaharra sambil membuka pintu kereta di bersebelahan dengan pemandu. Lelaki itu pula berlari akan menuju ke pintu bahagian pemandu.

“ Petang nanti Darius tak payah jemput Ara dekat syarikatlah. Ara balik lambat sikit. Menyusahkan Darius je”  Beritahu Zaharra. Sudah hampir sebulan dia berkawan kembali dengan lelaki itu setelah sekian lama berpisah. Darius ialah rakan satu kolej dengannya dulu dan persahabatannya terpisah kerana lelaki itu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dia bertemu kembali dengan lelaki itu pun bila syarikatnya berkerja sama dengan syarikat tempat kerja Darius.

“ No hal lah sayang... Saya boleh jemput awak” Balas Darius pula. Zaharra mengeluh berat bila panggilan ‘sayang’ singgah kepadanya. Dia memang tidak suka bila di panggil begitu dan dia tidak mahu lelaki itu berharap cinta darinya kerana sejak kejadian setahun yang lepas, pintu hatinya telah tetutup dengan mana-mana lelaki. Hatinya telah tawar untuk bercinta.

“ Darius, please jangan...” Belum sempat Zaharra menghabiskan ayatnya, Darius terlebih dahulu memotongnya.

“  jangan panggil Ara sayang. Betul kan?” Duga Darius sambil tergelak kecil. Dia memang menyimpan perasaan kepada wanita itu sudah lama. Sejak pertama kali bertemu dengan Zaharra lagi. Zaharra sempat mencubit lengan Darius bila lelaki itu buat muka padanya. Terjerit kecil Darius bila terkena sengat Zaharra.

“ Apa-apa pun, petang nanti saya jemput awak. call je, nanti saya datang tau” Darius tetap ingin mengambil wanita itu. kalau boleh dia ingin terus bersama dengan Zaharra setiap masa.

“ Darius, Ara minta sangat dengan awak, tolong jangan cintakan Ara sebab hati Ara hanya untuk seorang lelaki sahaja.” Beritahu Zaharra. Entah mengapa dia merasakan lelaki itu seperti mula ingin mengayatnya.

“ Kenapa tak boleh? Hati awak untuk lelaki yang awak  tak boleh khawini. Sampai bila?” Berani sungguh Darius bertanya soalan begitu pada wanita di sebelahnya. Zaharra tersentak seketika. Entah dari mana Darius tahu semua itu padahal itu hanya rahsia keluarga. Tidak mungkin ibunya memberitahu semua itu dan tidak mungkin juga Sara.

“ Awak tak ada hak nak cakap saya macam tu!!!” Marah Zaharra. Dia merasakan hatinya seperti berdarah kembali. Sakit sungguh mendengar kata-kata itu.

“ Saya cuma nak awak tahu hakikat sebenar. Itu sahaja. Awak harus terima kenyataan yang  lelaki itu abang kandung awak. Berhentilah menyintainya. Lebih baik awak serahkan cinta awak pada saya. Selesaikan?” Darius membela diri.

“ Stop!!!” Jerit Zaharra sambil menyuruh Darius menghentikan kereta di tepi jalan. Darius terus menghentikan keretanya bila Zaharra mula menggangu pemanduannya.

“ Memang aku jijik sebab aku masih cintakan lelaki yang haram untuk aku cintai. Aku memang kejam sebab masih mengharapkan keajaiban berlaku untuk mengubah semua ini. Tapi kau tak ada hak untuk menyakitkan hati aku!!!” Marah Zaharra sebelum menerjah keluar dari perut kereta itu. Darius juga laju keluar dari situ dan mengejar Zaharra yang begitu laju melangkah pergi menyusuri kaki lima.

“ Zaharra!!!” Panggil Darius kuat. Dia benar-benar bersalah kerana menyemburkan kata-kata yang telah menyakitkan hati wanita yang begitu sensitif itu. Zaharra tetap melajukan langkah hingga dirinya tersentak saat tangannya di raih Darius.

“ Sory Zaharra, saya tak sengaja cakap awak macam itu. Saya janji lepas ini saya tak akan cakap macam itu lagi” Mohon Darius beria dengan harapan masih ada kemaafan dari wanita itu.

“cukupah sekali awak menghiris luka saya kembali.” Beritahu Zaharra. Tangan Darius di tepis dari terus mengengamnya. Langkah di atur laju meninggalkan kaki lima itu.


**********
“ I have good news for you” Beritahu Sara sebaik sahaja kakinya mula memasuki bilik kerja bosnya itu. Zaharra tersenyum lebar dan tidak sabar untuk mengetahui berita yang akan di sampaikan rakannya itu. Sara melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan majikannya. Di hulurkan sampul surat berwarna merah jambu yang berbau wangi pada Zaharra sambil tersenyum lebar.

“ Apa ni?” Soal Zaharra sambil menyambutnya. Sara tetap tersenyum dan menunjukan isyarat supaya membukanya untuk mengatahui isi di dalamnya. Zaharra terus membukanya dan membaca setiap isi surat yang berwaran merah jambu itu.

“Marriage?” Soal Zaharra. Sara mengganguk laju.

“ Ya Allah, macam tak percaya. Dalam diam-diam berisi juga kau ni” Seperti tidak percaya dengan apa yang di bacanya. Selama ini dia tidak pernah tahu rakannya itu bercinta. Tidak sangka dia yang begitu beria bercinta, last-last rakannya juga yang berkhawin. Zaharra teus bangun dari kerusinya untuk memeluk tubuh itu.

“ Aku nak kau jadi pengapit aku nanti” Minta Sara.

“ Mestilah, tak sabarnya aku”

********
“ Ara nak pergi mana?” Soal Datin Laila bila melihat anak gadisnya seperti ingin keluar. Yang peliknya Zaharra memakai kebaya berwarna merah jambu ketika itu. selalunya anaknya tidak suka berpakaian begitu tambahan lagi hari-hari minggu.

“ esok Sara kan nak khawin. Ara nak pergi sanalah ni nak bantu apa-apa yang patut”  Beritahu Zaharra sambil mencapai kunci kereta di atas meja. Sempat juga dia mengerling kepada tetamu ibunya di ruang tamu. Selama ini dia tidak pernah jumpa dengan lelaki tua yang berada di ruang tamunya itu.

“ Ibu ada sesuatu nak bincang dengan Ara. Boleh Ara duduk dulu” Minta Datin Laila. Zaharra mengerutkan dahinya. Wajah ibunya ketika itu seperti orang yang penuh dengan masalah di kepala.  Sungut sungguh wajah itu seperti masalah besar sedang menimpa. Zaharra menuruti sahaja kata-kata ibunya lalu melabuhkan punggung di sofa dan bertentangan dengan lelaki itu. Datin Laila juga mula menyertai.

“ Maaf datin sebab baru sekarang ini saya muncul. Sudah lama saya mencari keluarga datin dan baru sekarang saya jumpa.” Beritahu lelaki itu.

“ Ada apa sebenarnya ni?” Soal Zaharra cuak.

“ Ara... Dengar dulu apa yang Pak Karim nak cakap” Nasihat Datin Laila. Dia tidak mahu anaknya menyampuk lagi. Pak Karim terus menghulurkan satu keping kertas yang agak buruk sedikit kepada Datin Laila dan wanita itu menyambutnya. Ternyata itu surat beranak lama.

“ Apa ni Pak Karim?” Soal Datin Laila.

“ Saya datang sini sebab saya nak beritahu hal sebenar pada datin. Ini rahsia saya dan dato yang saya simpan hampir 24 tahun. Dulu datin terlibat dalam kemalangan dan masa itu datin mengandungkan 8 bulan. Anak dalam kandungan datin tidak dapat di selamatkan dan dato beli anak saya untuk mengantikan anak datin yang meninggal itu. Masa itu saya perlukan duit untuk pembedahan anak pertama saya jadi saya relakan dato ambil anak perempuan saya. Dato buat semua itu sebab dia tak nak datin kecewa sekali lagi selepas kehilangan anak lelaki datin. Hari ini saya datang untuk berjumpa dengan anak perempuan saya iaitu Zaharra. Datin mesti tak tahu kenapa dato tak benarkan datin susukan Zaharrakan? sebab Zaharra anak saya bukan anak datin dan dato. ” Cerita Pak Karim lagi. Bulat mata Zaharra bila mendengar cerita dari lelaki tua itu. Ternyata dia bukan anak ibunya.

“ Apa semua ni ibu?” Soal Zaharra.

“ Ibu tak tahu Ara. Ibu tak tahu apa-apa.” Beritahu Datin Laila lagi.

“ Kalau betul Ara bukan anak ibu bermakna...” Zaharra tidak menghabiskan ayatnya. Dia berfikir sejenak. Jika betul dia bukan anak kepada ibunya, bermakna Imtiyaz pula bukan abangnya.

“ Ibu jom pergi hospital, buat ujian darah.” Ajak Zaharra sambil tersenyum manis. ternyata keajaiban yang di tunggu selama ini muncul jua. Dia tidak salahkan ibunya mahupun Pak Karim kerana semua itu tetapi dia bersyukur kerana lelaki tua itu datang menemuinya untuk menceritakan semua itu. Untuk memastikan semuanya betul, dia igin jalankan ujian darah, mana tahu Pak Karim hanya mereka cerita.


*********
“ Ara kau kat mana? Tak nak datang majlis khawin aku ke?” Soal Sara di corong telefon.

“ Aku dekat airport. Kejap lagi aku sampai” Beritahu Zaharra sebelum mematikan talian. Matanya liar mencari-cari seseorang di situ. Begitu ramai manusia di situ hingga sukar untuk dia mencari. Hampir sejam juga dia menunggu, dan akhirnya penantiannya berbaloi bila dia melihat kelibat seorang lelaki yang sedang menolak troli beg menuju ke arahnya sambil melambai-lambaikan tangan. Dia terus berlari ke arah itu lalu di peluk erat tubuh itu.

“ Ara rindukan abang”  Ucap Zaharra. Sudah lama dia ingin menyebut kalimah itu.

“ Abang pun rindukan Ara. Rindu sangat-sangat” Lauh Imtiyaz pula.

“ Ara bukan adik abang...” Beritahu Zaharra. Dia benar-benar gembira bila ujian darah kemarin mengatakan dia bukan adik lelaki itu. walau apa pun yang berlaku Datin Laila tetap ibunya dan mungkin selepas ini akan menjadi ibu mentuanya.

“ Abang tahu Ara. Abang bersyukur sangat” Setelah mengetahui perkara tersebut dari ibunya, dia terus bergegas pulang ke tanah air. Dia tidak sabar untuk bertemu kembali dengan wanita yang begitu di sayanginya.

“ Terima kasih Ya Allah sebab satukan kami kembali” Ucap Imtiyaz. Dalam hatinya bersyukur kerana dia akhirnya dapat di satukan kembali. Dia tidak sangka begitu banyak dugaan yang menimpa dan mungkin semua itu untuk mematangkannya.

“ Abang masih anggap Ara adik abang?” Soal Zaharra sebaik sahaja pelukan di lerai dan kini tangan bertaut pula. Imtiyaz menatap wajah itu dengan penuh cinta.

“ Tak... tak pernah sekali pun abang anggap Ara adik abang. selama ini abang tipu diri abang sendiri untuk lepas dari masalah ini. Terima kasih sayang kerana setia menunggu abang. kali ini abang tak akan lepaskan Ara lagi.” Beritahu Imtiyaz lagi.

“ Ara tak nak abang pergi lagi. Ara nak abang sentiasa di sisi Ara. ” Minta Zaharra. Tidak tergambar betapa gembiranya dia ketika itu. 

“ Abang janji sayang. Sampai bila-bila abang akan ada di sisi sayang selagi nyawa tidak berpisah dengan jasad” Imtiyaz mula menabur janji dan kali ini janjinya aka ditunaikan. Dia tidak mahu lagi melihat kesensaraan hidup wanita yang di cintainya. Tiada yang lain selain wanita bernama Zaharra.

“ Jom sayang kita nikah hari ini juga. Abang tak rancang perkhawinan kita takut jadi macam dulu.Kita tumpang majlis nikah Sara” Imtiyaz menarik tangan Zaharra keluar dari lapangan terbang.Dia tahu tentang pernikahan Sara sudah lama melalui ibunya.

“ Tapi...”

“ Tak ada tapi-tapi lagi. Kita nikah hari ni juga dan keputusan abang muktamat” Imtiyaz beri kata putus. Zaharra tergelak kecil bila mendengarnya. Dia masih ingat lagi ayat itu ketika mula-mula Imtiyaz melamarnya dulu. keputusan muktamat Imtiyaz mematikan kata-katanya. Berpimpingan tangan Imtiyaz dan Zaharra keluar dari lapangan terbang itu untuk menuju kebahagian dengan harapan selepas ini tiada apa yang boleh menghalang cintanya lagi.

“ Sayang...” panggil Imtiyaz.

“Emmm...”

“ Lama tak dengar sayang cakap macam dulu.”

“ cakap apa?”

“ Macam biasa sayang cakap dekat abang” Beritahu Imtiyaz lagi. Zaharra tersenyum manis.

“ Abang hak Ara dan tiada siapa boleh merampasnya” bisik Zaharra. Dia tahu ayat itu yang igin di dengari Imtiyaz. Lelaki itu tersenyum manis. Rindu betul dia dengan ayat itu.

“ Abang memang hak Ara dan Ara pula hak abang sampai bila bila” bisik Imtiyaz kembali di telinga Zaharra. Maka selepas ini dia pasti kebahagiaan pasti menjadi milik mereka berdua.

Love you Zaharra, forever!!!!


Tamat
21/1/12(sabtu)------11.12 pm
to
2/2/12( Khamis)----- 3.46 am

(13 hari utk m'yiapkannya)

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...