MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Tulisan Cinta---------- Ar'ar akma




“Macam mana nak pergi kolej kalau tak ada kereta?”Soal Dean Dalnella sambil menunjukan wajah protes dengan keputusan dadynya itu.Dato’Adnan yang sedang leka makan di meja makan langsung tidak memandang wajah anak perempuan tunggalnya.Dean Dalnella yang tadi yang memegang sudu dan garfu terus melepaskannya begitu sahaja.Datin Salwa hanya mengelengkan kepala dengan perangai anaknya yang agak kurang ajar di matanya.Dean Dalnella tidak lagi menjamah makanan yang berada di atas meja.Dia harus memujuk ayahnya untuk menbenarkanya dia terus menbawa kereta ke kolej.
“Dady!”Marah Dean Dalnella bila dia tidak menerima respon dari dadynya.
“Nella jangan kurang ajar dengan dady!”Marah Datin Salwa pula bila sikap anaknya semakin kurang ajar.Apatah lagi dengan ayah sendiri.

“Nella bukan nak kurang ajar,mamy tengok dady ni.Macam mana Nella nak pergi kolej kalau tak ada kereta.”Jawab Dean Dalnella secara langsung.

“Kamukan ada kaki.Tuhan dah kurniakan kaki,so gunakanlah.Jangan nak manja sangat.”Jawab Dato’Adnan pula untuk kali ini.Dia memang tidak sepatutnya dari dulu lagi terlalu memanjakan anaknya itu hingga langsung tidak mampu berdikari.Kerana anaknya mendapatkan keputusan yang agak teruk,dia terpaksa menghukum anaknya dengan cara begitu kerana dia tahu anaknya tidak boleh hidup tanpa kemewahan.Dia tidak mampu lagi untuk menbentuk anaknya itu.

“Dady…”Jerit Dean Dalnella kuat.Dia tidak boleh bayangkan bagaimana pandangan orang jika dia pergi ke kolej dengan menaiki bas atau teksi.Boleh jatuh maruahnya, apatah lagi,dia dikenali sebagai anak orang kaya dan yang paling popular di kolej itu.

“Kamu ni langsung tak sama dengan abang kamu.Tengok abang Arran,pergi kolej dengan bas pun boleh sambung belajar sampai luar negara”Banding Dato’Adnan.Anak sulongnya itu jauh berbeza dengan Dean Dalnella.Lelaki itu lebih suka berdikari dari bergantung dengan orang lain.Dean Dalnella mengentak kakinya beberapa kali.Dia paling benci bila dibandingkan dengan abangnya.Dia merasakan seolah-olah terlalu menyusahkan keluarganya.Dia terus bangun dari situ.Kerusi ditolak dengan kuat ke belakang hingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Nella tak kira,kalau dady tak bagi balik kunci kereta,Nella tak akan keluar bilik sampai dady bagi balik kereta Nella.”Dean Dalnella memberi amaran pada dadynya sebelum melangkah naik ke tingkat atas.Dia tahu,dadynya tidak akan sanggup melihat anaknya tidak makan dan minun.Dia yakin dengan itu.Dato’Adnan terpaksa mengalah juga.Dia tidak mahu anaknya terus merajuk.Dia harus kembalikan kunci kereta tersebut.

***************************************

“Nella!”Jerit seorang wanita sambil berlari kearahnya.Dean Dalnella yang sedang melangkah untuk masuk ke dalam bilik kuliah terus berhenti lalu berpaling kebelakang.Tercungak-cungak wanita itu bila sampai di depan rakannya itu.Dean Dalnella hanya terdiam dan menunggu apa yang akan diperkatakan rakannya nanti.

“Kereta kau…”Wanita yang dipanggil Natalie itu tidak menghabiskan ayat,sebaliknya menunjuk kearah satu arah.

“Kenapa dengan kereta aku?”Soal Dean Dalnella cemas.Kereta mini kooper kesayangannya itu terbayang di matanya.Natalie tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya terus menarik tangan Dean Dalnella supaya mengikutinya.Dean Dalnella hanya mampu mengikut tanpa banyak soal.Dia juga ingin tahu apa yang telah berlaku pada keretanya.

“Look…”Arah Natalie bila sampai sahaja di tempat letak kereta kolejnya.Dean Dalnella tergamam tanpa langsung berkata apa-apa.Dia seolah-olah dipaku di situ bila melihat keretanya dipenuhi dengan kelopak bungan ros putih dan ros merah.Kelihatan satu jambak bunga di atas bumbung keretanya.Terlselit juga satu kad di tengah-tengahnya.

“Aku rasa budak miskin itu lagi buat semua ini.Tak serik-serik”Marah Natalie.Dean Dalnella hanya berdiam diri tanpa langsung mengeluarkan kata-kata.Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Semakin ramai pelajar kolej mula mengelilingi kereta tersebut.Kelihatan mereka berbisik sesama sendiri.Mungkin mengata atau mengumpat pasalnya,namun dia tidak boleh menggangap apa yang dibicarakan mereka.Natalie menepuk bahu rakannya masih lagi tidak bergerak dari tadi.Dean Dalnella tersedar dari lamunanya.

“Kau jangan tiba-tiba jatuh cinta dengan budak miskin tu.Ingat jatuh repotasi kau sebagai wanita paling hot dekat kolej ini.Dia tak layak untuk kau Cik Dean Dalnella oi”Natalie memberi amaran pada rakannya itu.Dean Dalnella tergelak kecil.

“Tak mungkinlah.Ini Nellalah,bukan sebarangan orang.Mana sesuai dengan orang miskin”Dengan anggkuhnya Dean Dalnella berkata-kata walaupun itu bukan yang keluar dari hatinya yang sebenar.Jauh di sudut hatinya dia gembira dengan kejutan itu.

“Tapi cinta tidak mengenal kaya atau miskin”Kedengaran satu suara menyapa masuk.Dean Dalnella berpaling kearah tersebut begitu juga dengan yang lain.Semakin rancak mereka bercakap sesama sendiri bila kelihatan kelibat Aizril di situ.Natalie menunjukan wajah yang menjengkelkan bila melihat lelaki itu.Entah mengapa dia benar-benar bencikan Aizril,sebab kerana itu juga dia tidak mahu salah seorang dari rakannya bercinta atau berkawan rapat dengan Aizril.Semua itu tidak akan berlaku selagi dia masih ada.Dia akan tetap menghasut rakannya supaya tidak mudah jatuh dalam cinta Aizril.

“Nella,saya tak pernah rasa malu bila awak menolak cinta saya.Saya yakin dengan kata hati saya bahawa awak cinta saya di dunia ini.”Luah Aizril lagi.Dean Dalnella tidak bersuara seolah-olah mulutnya ditutup rapat.

“Nella,kau jangan mudah percaya dengan lelaki miskin itu.Dia Cuma nakkan harta kau je.Aku kenal banyak lelaki macam ni.Semua tak boleh pakai.Mulut saja yang manis tapi hati macam bangkai.Ingat dady kau orang kenamaan.Jangan malukan mereka.Apa kata kau malukan dia depan orang ramai.Biar dia rasa sikit.”Hasuk Natalie lagi sambil berbisik kerana tidak mahu di dengari orang lain.Dean Dalnella menarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan-lahan.Dia harus berlagak seperti biasa.Langkahnya di atur mendekati tubuh Aizril.Berdenyut kencang jantungnya bila berhadapan dengan lelaki itu,namun dia tetap menunjukan lagak selamber.Raut wajah yang kacak itu benar-benar mengetarkan jiwanya.Namun egonya mengatasi segalanya.

“Dengar sini semua!”Jerit Dean Dalnella sambil mengangkat tangan sebelah bagi mengambil perhatian dari pelajar kolej yang lain.Semua terdiam untuk mendengar apa yang dikatakan Dean Dalnella.Gadis yang selalu menjadi perhatian di kolejnya.Boleh dikatakan semua pelajar lelaki menginginkan Dean Dalnella menjadi kekasih mereka kerana raut wajah yang menawan itu mampu mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya termasuk Aizril sendiri sampai dia langsung tidak hairan dengan pandangan orang padanya demi meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“Budak miskin ini memang tak tahu malu!Nak pada aku macam nak gila!Tapi aku sebesar zarah pun tak ada hati dengan orang macam kau!”Agak kuat suara Dean Dalnella bila sorakan semakin ramai dari pelajar-pelajar kolej yang berada di situ.Natalie juga begitu,melompat-lompat dia menyuruh yang lain tidak berhenti bersorak pada Aizril.Namun lelaki itu tetap berwajah tenang walaupun dia dikertawakan.Tidak kelihatan satu garis kekecewaan di wajah itu.

“Kesian…cinta ditolak lagi!”Kali ini Natalie pula menyampuk menyebabkan semuanya ketawa terbahak-bahak.Dean Dalnella juga ketawa namun dalam hatinya,dia begitu kecewa dengan sikapnya terhadap lelaki itu.Kenapalah egonya terlalu tinggi untuk menerima lalaki itu.Kerana seorang kawan yang setia dia sanggup melepaskan cinta yang jarang sekali muncul dalam hidupnya.Dean Dalnella mencapai bunga yang berada di atas kereta lalu dilemparkan kearah tubuh sasa Aizril.

“Jangan ganggu aku lagi!”Dean Dalnella memberi amaran keras sebelum berlalu pergi bersama dengan rakannya.Aizril masih lagi tercegak di situ dan hanya mampu menguntum senyuman apabila Dean Dalnella berpaling kebelakang semasa berjalan.Pelajar-pelajar lain mula bersurai bila kelibat dua wanita itu hilang.Ada sesetengah mereka melemparkan kelopak bunga ke wajahnya,namun dia membiarkan sahaja.Baginya cinta sejati harus dikejar hingga nafas terakhir dan Dean Dalnellalah cinta itu.

********************************************

“Woi!”Panggil  Dean Dalnella sambil kakinya menendang perlahan kaki Aizril yang sedang tidur di atas rumput yang terletak di tepi padang.Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan lelaki itu selepas kejadian di tempat letak kereta dulu.Sejak itu juga dia tidak  menerima kad atau bunga lagi.Muka lelaki itu ditutup dengan sebuah buku namun Dean Dalnella tahu siapa pemilik tubuh itu. Aizril terserentak dari lenanya dah terus bangun dari situ dan memandang tubuh Dean Dalnella yang disaluti dengan blaus tanpa lengan paras lutut berwarna kuning.Cantik…Puji Aizril dalam hati.Bergelora juga nafsunya seketika namun dia cepat-cepat berightifar dalam hati tidak mahu terus hanyut dibuai nafsu lelakinya.

“Awak ni orang islam atau tidak?Dah tak reti nak bagi salam dulu ke?”Sindir Aizril tanpa langsung memandang wajah wanita itu.Matanya liar memandang beberapa orang sedang bermain bola sepak di padang.Kelihatan di hujung padang pula,sepasang kekasih sedang berbual-bual. Aizril tergelak sendirian,pandai-pandai saja dia meneka pasangan itu pasangan kekasih.Dean Dalnella mencebit geram dengan apa yang dikatakan lelaki itu seolah-olah menyindirnya.Aizril kembali merebahkan tubuhnya di atas rumput dan menutup mata perlahan-lahan.Dalnella semakin marah kerana dia langsung tidak diperdulikan.Perangai Aizril berbeza tidak seperti selalu.Lelaki itu tidak lagi menperdulikannya.Sekali lagi dia menyepak perlahan kaki Aizril.Namun lelaki itu buat tidak tahu saja.

“Kau ingat aku ni tunggul kayu ke!”Marah Dean Dalnella kuat.Semakin geram Dean Dalnella

“Selagi awak tidak beri salam,saya tak akan layan awak okey” Aizril mengatakannya sambil berpejam mata.Dia mahu menundukan wanita sombong itu.Dia tahu Dean Dalnella tidak akan patuh dengan orang lain.Dean Dalnella menghentak kasut  tumit tinggi yang dipakainya.Semakin membara hatinya.

“Assalamualaikum…”Akhirnya Dean Dalnella patuh juga.Entah mengapa dia tidak mampu untuk menbantahnya walaupun selama ini tiada siapa yang boleh memerintahnya. Aizril tersenyum,perlahan-lahan matanya dibuka lalu dia bangun dari terus baring.Punggungnya masih lagi dilabuhkan di situ.

“Waalaikummusalam…Kan manis bila buat begitu.”Puji Aizril.Merah Padam wajah Dalnella bila dipuji.Kebiasaanya dia langsung tidak hairan dengan pujian lelaki,namun kali ini lain.Tidak  pernah dia merasakan begitu bahagia bila dipuji.Adakah itu namanya cinta.

“Ada apa awak datang jumpa saya?Nak malukan saya lagi.Saya tak ganggu awak lagi so awak tak payah susah-susah datang jumpa saya sebab nak bagi amaran dekat saya supaya jangan ganggu awak lagi.Saya sudah mengalah.Saya sedar siapa saya dan saya memang tak layak untuk gadis secantik awak dan sekaya awak.Saya rasa saya bodoh sangat sebab boleh jatuh cinta pada perempuan yang ego macam awak.Tiada pendirian tetap”Omong Aizril panjang lebar seakan-akan menyindir Dean Dalnella.Namun kali ini dia hanya membisu dan tidak langsung membalas.Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Aizril tanpa berkata apa-apa.Entah mengapa dia benar-benar ingin bertemu dengan lelaki itu.Dulu dia rimas bila selalu diggangu oleh Aizril,namun bila semua itu sudah tamat,dia rindukan kenangan itu.Ya…bukan rindukan kenangan tapi rindukan lelaki yang bernama Aizril.Dia mengeluh berat.Dia tidak mampu lagi menyiksa hatinya.Dia benar-benar sayangkan lelaki itu.Namun masihkah ada ruang untuknya di hati yang telah banyak dia lukai.

“Kenapa awak sukakan saya?”Lembut suara Dean Dalnella bila menyoalkan soalan tersebut.Aizril memandang tepat pada wajah wanita di tepinya.Sungguh tidak percaya dengan apa yang didengarinya.Dean Dalnella tidak lagi dingin dengannya.
“Entah,saya pun tidak tahu kenapa.Pertama kali saya memandang wajah awak.Saya sudah jatuh cinta.Sejak itu saya berani kejar cinta saya.Tapi itu dulu…”Cerita Aizril.

“Sekarang?”Soal Dean Dalnella lagi.Aizril tergelak kecil bila di soal begitu.

“Kenapa dengan sekarang?”Aizril semakin tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Dean Dalnella.

“Awak masih sukakan saya?”Tanya Dean Dalnella lagi.Aizril tidak langsung bersuara sebaliknya hanya menguntum senyuman kerana jika dia mengaku sekali pun ,wanita itu bukan untuknya dan tidak layak untuknya.Dia harus tahu itu.Dean Dalnella mengeluarkan satu kad dari dalam beg tangannya lalu dihulurkan pada Aizril.

“Apa ni?”Soalnya lagi.
“Kad yang awak bagi masa last kali kita jumpa.Ingat tak dekat tapak letak kereta.Saya lemparkan bunga dengan kad ini sekali dekat awak.”Dean Dalnella cuba mengimbau kenangan lalu supaya Aizril tahu asal usul kad tersebut.Aizril menyambutnya.Dia tidak menbukanya kerana dia tahu apa yang tertulis di situ.

“Saya dah lewat nak masuk kelas.So jumpa nanti”Dean Dalnella meminta diri terlebih dahulu lalu mengatur langkah meninggalakan lelaki itu.Aizril mengeluh panjang.Kad di tangannya di tatap dan baru dia menbukanya walaupun dia tahu apa yang di tulis di dalamnya tidak lain tidak bukan mestilah perkatan ‘I love you’.Namun dia sedikit hairan kerana ada tulisan lain di situ.Satu persatu dia menbacanya kerana itu bukan tulisannya. ‘Maafkan saya dengan apa yang berlaku selama ini.Saya banyak buat salah dengan awak.Nanti kalau awak ada masa atau awak masih lagi cuba nak cinta awak,call saya.Saya pasti tolong awak kejar cinta awak’.Aizril tersenyum meleret bila membacanya.Tulisan paling bawah ialah 10 angka nombor yang akan merubah segalanya.

******************************************
“Hello sayang”Kedengaran suara Aizril di talian.Dean Dalnella sudah tahu siapa pemilik suara itu.Dia tersenyum manis.Seperti tidak percaya bahawa dia kini telah menjadi teman wanita lelaki yang dulunya selalu dihina olehnya.Sudah hampir tiga bulan dia bercinta dengan Aizril.Dia merasakan dunianya bahagia dan indah sentiasa.Dia tidak sabar menanti hari-hari yang mendatang bersama dengan insan yang dicintainya.Dia merebahkan tubuh di tilam.Natalie yang tadi rancak berborak terus terdiam dan menjuihkan mulut tanda tidak senang dengan panggilan yang baru diterima rakannnya itu.Sakit hatinya bila melihat kemesraan Dean Dalnella dengan Aizril.Dia langsung tidak setuju dengan keputusan rakannya untuk menerima Aizril sebagai teman lelaki,namun kali ini dia tidak berjaya menghalangnya.Dia hanya mampu melihatnya sahaja.Ramai pelajar-pelajar lelaki tidak setuju dengan pilihan Dean Dalnella namun apa yang boleh mereka buat,keputusan di tangan Dean Dalnella semata-mata.Mereka hanya mampu membutakan mata dan memekakkan telinga mendengar cerita atau melihat Dean Dalnella,wanita yang menjadi idaman lelaki-lelaki bersama dengan Aizril

“Jom keluar malam ini.”Ajak Aizril.

“Pergi mana?”Soal Dean Dalnella lembut
“Mana-mana saja yang sayang mahu pergi.”Dean Dalnella tergelak kecil bila mendengar omongan dari teman lelakinya itu.

“Pergi bulan…”Minta Dean Dalnella sambil tersenyum nakal.Aizril tergelak kecil.

“Boleh saja kalau sayang yang nak pergi”Gurau Aizril lagi.

“Okey jumpa malam ini di tempat biasa.”Dean Dalnella mematikan talian terlebih dahulu.Dia masih lagi tidak lekang dari senyuman di bibir.Natalie semakin sakit hati bila melihatnya.

“Macam mana kau boleh sangkut dengan mamak tu.Aku dengar dari budak-budak ni dia tu playboy.Suka main perempuan.Faham-faham sendirilah,dia tu bukan berduit tapi kerana muka dia yang hensem tu dia boleh cari makan dengan duit perempuan-perempuan yang pernah dia tiduri.”Cerita Natalie.Dean Dalnella tergamam seketika.Tidak mungkin Aizril berperangai begitu,namun bila difikirkan balik,dia pernah terjumpa banyak gambar perempuan di dalam telefon teman lelakinya,namun dia biarkan sahaja kerana dia yakin dengan Aizril.Bila dia bertanyakan soal itu,Aizril akan memberitahu dia tidak langsung kenal dengan wanita-wanita di dalam telefon tersebut.

“Tak mungkinlah”Dean Dalnella cuba mengetepikan buruk sangkanya pada teman lelakinya itu.

*******************************************

Tepat jam 9.00 malam dia bersiap untuk keluar bersama dengan Aizril.Setengah jam lagi Aizril akan datang menjemputnya.Tidak sabar rasanya untuk keluar bersama.Dia terus melangkah keruang tamu untuk menunggu Aizril di situ.Kelihatan dady dan mamynya sedang leka menonton televisyen.Dia terus melabuhkan punggung di sebelah mamynya.

“Anak mamy yang cantik ni nak pergi mana malam-malam ni?”Soal Datin salwa manja.Dean Dalnella tersenyum manis.

“Keluar dengan Aizril ya?”Duga Dato’Adnan lembut.Tersimpul-simpul Dean Dalnella bila di sakat dadynya.Dia langsung tidak menyangka dady dan mamynya menerima Aizril dengan hati yang terbuka.Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan satu pesanan ringkas masuk ke dalam peti masuk telefonnya.Dia terus menbacanya.

‘maaf sayang,saya tak boleh jemput awak hari ini.Saya ada hal.Lain kali kita keluar okey’

Dean Dalnella kecewa bila mendapat mesej tersebut.Ternyata dia tidak akan keluar bersama malam itu.

“Kenapa sayang?”Soal Datin Salwa bila melihat anaknya memuncungkan mulut.

“Aizril tak jadi keluar dengan Nella malam ni.Dia ada hal”Cerita Dean Dalnella perlahan.Datin salwa mengusap lembut rambut anak perempuannya itu.

“Tak apalah.Nak buat macam mana kalau dia memang ada hal.”Pujuk Datin Salwa lagi.Dean Dalnella hanya menggangguk.Belum sampai dua setengah jam dia menerima satu lagi pesanan ringkas SMS.Dia terus menbacanya kerana takut Aizril yang menghantarnya.

‘Datang kerumah Aizril.Ada perkara yang kau mesti saksikan’

Dia mengerutkan dahi bila membacanya.Entah dari siapa dia langsung tidak tahu.Namun naluri ingin tahu dia berkocak dengan tiba-tiba.Dia terus bangun dan mencapai kunci kereta lalu berlalu pergi begitu sahaja.Dady dan mamynya langsung tidak diperdulikan.Dia harus tahu apa yang telah berlaku.
Sebaik sahaja tiba di depan rumah Aizril yang di sewa bersama dengan beberapa orang yang lain,Dean Dalnella keluar dari kereta.Di pandang kiri dan kanan.Gelap dan sunyi sepi.Walaupun kawasan taman perumahan,namun tetap tiada orang yang lalu lalang di situ.Matanya beralih pula pada rumah tersebut,gelap seperti tiada siapa yang berada di rumah.Dean Dalnella membuka pagar yang terbuka agak sempit lalu dia melanglah masuk.Belum sempat tombol pintu dipulasnya,pintu itu terlebih dahulu terbuka.Jantung Dean Dalnella mula berdenyut kencang bila kakinya mula melangkah masuk.Gelap gelita di dalam rumah tersebut.Dia menberanikan diri meninjau kedalam rumah tersebut tanpa langsung memikirkan bahaya yang menantinya.Suis lampu dibuka.Nasib baik dia tahu suis lampu diletakan di mana kerana dia pernah ke situ dulu.Dia melangkah ke bilik utama pula sebaik sahaja pintu dibuka,dia menjerit sekuat hati bila melihat dua tubuh yang tidak berbaju di atas katil.Seorang perempuan dan seorang lelaki iaitu Aizril.Wanita yang separuh bogel itu terus bangun dari situ dan cuba menyelimuti tubuhnya,manakala Aizril pula tetap di katil dan masih lagi terlena.Lemah lonlai kaki Dean Dalnella bila meyaksikan perkara yang menyakiti hatinya.Omongan Natalie berlegar di mindanya.Benar apa yang dikatakan wanita itu.Dean Dalnella rebah di situ juga.Dia tidak mampu menahan sebak di dada.Bila terdengar tangisan Dean Dalnella yang kuat,Aizril membuka matanya,Alangkah terkejutnya dia bila melihat teman wanitanya sedang menangis di hujung katil.Dia meraba seluruh tubuhnya,sudah tiada baju dan yang tinggal hanya seluar pendek yang masih lagi utuh disitu. Kepalanya benar-benar terasa pening dan bila-bila masa saja dia akan rebah kembali. Namun dia tetap kuatkan tubuhnya untuk bangun.

“Nella”Panggil Aizril lalu dia melangkah kearah teman wanitanya.

“Sampai hati awak buat saya macam ni.Apa salah saya!ini ke sebab tiba-tiba awak batalkan temu janji kita.Awak memang tak guna!”Jerit Dean Dalnella kuat.Aizril sudah jadi tidak keruah.

“Saya tak tahu apa-apa.Saya…”Belum sempat Aizril mengabiskan ayatnya,Dean Dalnella menyampuknya terlebih dahulu.

“Sudah!Saya tak nak dengar apa-apa lagi!”Marah Dean Dalnella lagi.Aizril semakin cemas.Dia menjeling tajam pada wanita yang sedang duduk di hujung katil.Dengan kasarnya dia memegang bahu wanita itu hingga wanita itu menjerit kesakitan.

“Apa kau buat ni!Kau cuba perangkap aku?Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku!”Lantang suara Aizril memarahi wanita itu,namun tiada langsung jawapan untuknya.Hanya tangisan kesakitan sahaja kedengaran.

“Sudah!”Jerit Dean Dalnella sekali lagi.

“Sayang,saya tak buat apa-apa pun”Rayu Aizril untuk kali ini.Tangan teman wanitanya di genggam namun cepat Dean Dalnella menepisnya.

“Mulai hari ini dan saat ini kita tiada apa-apa hubungan lagi.Jangan muncul depan aku lagi!Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila!”Amaran Dean Dalnella sebelum berlari keluar dari bilik itu.Aizril tidak mampu mengejar Dean Dalnella kerana wanita itu pergi dengan menaiki kereta.Dia hanya mampu melihat kelibat kereta itu lenyap begitu sahaja.

***********************************


Dua bulan berlalu begitu sahaja,sejak itu juga dia tidak pernah berjumpa dengan Aizril dan dia memang tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.Dia benci untuk menatap wajah yang telah menyakiti hatinya,Peristiwa  itu masih lagi berlegar di mindanya.Masih segar terbayang di kotak fikiran.Sudah banyak kali Aizril datang  memohon maaf darinya dan ingin menjelaskan perkara yang sebenar,namun dia langsung tidak mahu mendengar penjelasan lelaki itu.Dia benci sangat-sangat.Sudah beratus mesej dihantar Aizril,namun satu pun dia tidak menbacanya jauh sekali membalasnya.Jika dari dulu lagi dia mendengar apa yang dikatakan Natalie,dia pasti tidak perlu menanggung derita ini.Kini Aizril telah berhenti dari kolej tersebut dan tiada siapa yang tahu kemana dia menghilangkan diri.Dean Dalnella melabuhkan punggungnya di bangku tidak jauh dari padang bola.Cuaca hari itu agak cerah dan kelihatan beberapa orang sedang menjalani latihan bola sepak untuk pertandingan antara kolej-kolej tidak lama lagi.

“Nella…”Panggil satu suara dari belakang.Dean Dalnella terus berpaling kebelakang untuk tahu siapa yangmemanggil namanya.Kelihatan seorang perempuan yang hanya memakai dres tanpa lengan berserta seluar jean paras betis.Rambutnya pula di ikat satu.Wajahnya iras-iras orang cina.Dean Dalnella bangun dari situ.

“Ya saya…”Hanya itu yang mampu Dean Dalnella membalasnya.

“Awak tak kenal saya?”Tanya Wanita itu.Dean Dalnella mengerutkan dahinya cuba mengingati siapakah manusia yang berdiri di depannya itu.Namun hampa,dia langsung tidak mengingatinya.

“Saya Lofa,wanita yang bersama dengan teman lelaki awak dalam rumah teman lelaki awak dua bulan yang lepas.”Lofa cuba membantu Dean Dalnella untuk mengingatinya lagi.Dean Dalnella membulatkan matanya bila melihat wanita itu.Dia tidak mampu mengingati wajah Lofa ketika itu kerana dalam samar-samar cahaya lampu.

“Awak nak apa lagi!”Marah Dean Dalnella lalu memulakan langkah untuk meninggalkan wanita itu.

“Tunggu…Awak harus dengar apa yang saya ingin katakan Nella”Minta Lofa

“Apa lagi?”Agak tinggi suara Dean Dalnella kali ini.Dia langsung tidak memandang wajah Lofa walaupun sedikit.

“Saya diupah seseorang untuk buat macam itu.Saya buat semua itu untuk bayar hutang keluarga saya dengan Ah Long.Aizril tak bersalah Nella.Dia mangsa keadaan.Saya yang masukan ubat tidur kedalam minuman dia supaya bila awak sampai awak akan sangka kami ada hubungan”Jelas Lofa panjang lebar.

“Siapa yang upah awak buat semua ini?”Soal Dean Dalnella ingin tahu walaupun dia masih lagi tidak percaya dengan penjelasan dari Lofa.

“Nella!”Panggil Natalie dari jauh sambil berlari-lari anak kearah Dean Dalnella.Sebaik sahaja tiba di situ,Natalie tergamam melihat wanita yang bersama dengan rakannya itu.

“Dialah yang upah saya Nella”Akhirnya Lofa menghabiskan juga apa yang terbuku di hatinya sambil menunjuk kearah Natalie.Dean Dalnella terkejut bila rakan karibnya dituduh sebegitu.Dia tahu Natalie tidak akan buat begitu.

“Nat?”Panggil Dean Dalnella lemah.Natalie hanya menunduk tanpa berkata apa-apa.

“Cik Natalie,maaf saya tak nak rosakan kebahagiaan orang lain.Nella saya minta maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.Maafkan saya”Lofa memohon maaf terlebih dahulu sebelum meminta diri untuk berlalu pergi dari situ.

“Betul ke apa yang Lofa katakan ?”Soal Dean Dalnella pada rakannya.Natalie tetap terdiam tanpa berkata walau sepatah pun.

“Betul ke!”Jerit Dean Dalnella sambil mengoncang tubuh rakannya itu.

“Ya memang aku upah perempuan tadi untuk perangkap Aizril”Akhirnya Natalie bersuara juga.Dean Dalnella merasakan kakinya tidak lagi berpijak di bumi.Dia terasa seperti berada di awan-awangan.Tidak sangka Natalie menikamnya dari belakang.Terduduk dia di bangku semula sambil menunduk.

“Apa salah aku Nat”Rintih Dean Dalnella.

“Kau tahu sebab apa kau buat macam ini!.Sebab kau!Aku cintakan Aizril tapi dia tak pernah pilih aku sedangkan kau boleh dapat lelaki lain dan bukan Aizril.Kenapa dia pilih kau!Aku dengki dengan kau.Kau boleh dapat semua yang kau inginkan tapi aku…Tak ada apa-apa Nella!”Luah Natalie kuat sambil menangis.Dean Dalnella tidak mampu menahan air mata.Wajah Aizril bermain di mindanya.Entah bagaimana keadaan Aizril sekarang.Jika dia mendengar dulu penjelasan dari lelaki itu,pasti tiada apa yang akan berlaku dan dia tidak perlu kehilangan lelaki yang dia cintai.Namun semuanya terjadi dan dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan Aizril kerana dia tidak tahu kemana lelaki itu menghilang.

“Aku percayakan kau Nat,sampai hati kau buat aku begini.”Rintih Dean Dalnella.Kesedihan dikianati lebih sakit dari kesedihan pepisahan.

*********************************************

Tubuhnya semakin sejuk kerana hembusan angin itu semakin laju.Dia tidak mampu lagi manahan kesejukan berada di balkoni.Walaupun dia disitu seribu tahun ,Aizril tidak akan muncul kembali.Baju sejuk yang di simpan di dalam almari dicapainya lalu dipakai.Dia tidak boleh dalam kesejukan jika tidak dia pasti akan terkena selesema.Kenangan lama mengimbau kembali di mindanya.

“Kenapa tak makan ubat?”Soal Aizril sebaik sahaja tiba di depan rumah teman wanitanya.Dia yang hanya memakai motor EX5 sanggup ke rumah Dean Dalnella apabila mendengar wanita itu selesema.Walaupun agak jauh dari rumahnya.Dean Dalnella yang memakai baju sejuk dan berseluar pendek itu kelihatan agak keletihan.Tidak henti-henti bersin.

“Dah makan ubatlah…”Jawab Dean Dalnella lembut.Aizril mengelengkan kepalanya bila melihat pakaian pada tubuh teman wanitanya itu.

“Ini satu lagi masalah.Kenapa pakai seluar pendek?.Kan lebih baik pakai seluar panjang.Nanti makin teruk deman tu.Satu lagi, saya cemburu tau bila orang pandang awak macam ni.”Nasihat Aizril pada teman wanitanya.Dia tidak pernah memaksa Dean Dalnella untuk menukar penampilan,dia mahu teman wanitanya berubah dengan kerelaan hati.Namun di saat begitu,wanita itu tidak harus memakai pakaian seperti itu.Dean Dalnella memuncungkan mulutnya bila dia dileter oleh teman lelakinya.Aizril mengusap lembut dahi teman wanitanya.Terasa sedikit panas,namun tidak sampai tahap yang membimbangkan.

“Dah pergi masuk berehat.Nanti kalau ada apa-apa call ya…Jaga diri baik-baik.”Aizril mula meminta diri untuk pergi dari situ apatah lagi petang nanti dia ada temujanji dengan rakan sekolahnya dulu.Niat pada mulanya tidak mahu menyertai perjumpaan itu kerana dia ingin menemani teman wanitanya itu,namun kerana menerima paksaan daripada Dean Dalnella,dia terpaksa pergi jua.Dean Dalnella hanya mengganguk lemah sambil tersenyum manis.Rambutnya yang mula menutupi wajah terus diselit pada telinga oleh Aizril.

“Bye sayang...Jaga diri tau.Nanti kita jumpa.”Minta Aizril.

“Bye Ril…”Dean Dalnella melambaikan tangannya bila teman lelakinya mula pergi meninggalkanya.

“Nella…”Panggil seseorang.Dean Dalnella tersentak dari lamunannya.Wajah Aizril terus melayang jauh dari mindanya dan kini kelihatan Datin Salwa di depan pintu biliknya bila pintu tidak langsung tertutup.Dean Dalnella yang sedang duduk di atas katil hanya mampu tersenyum melihat mamynya.Datin Salwa mengelengkan kepala melihat anaknya itu,sejak anaknya berpisah dengan Aizril,Dean Dallnella langsung tidak terurus dan langsung tidak menjaga penampilan seperti selalu.Kebiasaannya Dean Dalnella salah seorang manusia yang gilakan penampilan hingga boleh dikatakan semua yang dibeli untuk menampakannya cantik berharga ribuan ringgit.Namun semua itu telah berlalu,anaknya benar-benar berubah.
“Sampai bila Nella nak jadi macam ni.Kolej kadang-kadang sahaja Nella pergi.Mamy dan Dady risau pasal Nella.”Nasihat Datin Salwa pada anaknya.Namun Dean Dalnella tetap begitu dan hanya mampu menundukkan kepala.

“Ada seseorang nak jumpa dengan Nella.”Beritahu Datin Salwa.

“Siapa?”Soal Dean Dalnella perlahan sambil memandang wajah mamynya.

“Nella…”Sekali lagi namanya di panggil.Dean Dalnella tahu kali ini bukan suara mamynya.Dia berpaling kebelakang,alangkah terkejutnya bila melihat rakan yang telah mengkhianatinya selama ini berdiri tidak jauh darinya.Datin Salwa yang tadi duduk di sebelah anaknya terus berlalu pergi untuk menberi peluang untuk anaknya dan Natalie berbincang.Dean Dalnella bangun dari situ.

“Kau buat apa dekat sini!Berambus!”Tengking Dean Dalnella kuat sambil menunjuk kearah pintu biliknya.

“Nella aku nak minta maaf…”Rintih Natalie.

“Maaf?Semudah itu kau minta maaf pada aku.Kawan jenis apa kau ni!Sanggup kau tikam belakang kawan baik kau sendiri!Baik kau berambus Nat!”Marah Dean Dalnella lagi.

“Aku tahu aku memang kawan tak guna.Aku tak kisah kalau kau bencikan aku,tapi aku datang sini sebab aku nak tebus balik salah aku pada kau Nella.”Terang Natalie panjang lebar sambil menangis teresak-esak.

“Sudahlah Nat.Aizril telah pergi dari aku.Kau tak akan mampu ubah apa-apa lagi”Dean Dalnella sudah berputus asa untuk mencari Aizril.Dia tidak mahu berharap lagi.

“Aku tahu Aizril dimana”Bulat mata Dean Dalnella bila mendengar omongan rakannya itu.

“Dimana?”Hanya itu yang Dean Dalnella ingin mendengar selama ini.Dia semakin tidak sabar untuk berjumpa dengan lelaki yang amat dirinduinya selama ini.

“Di hati awak Nella…”Sampuk seseorang.Dean Dalnella tahu siapa pemilik suara garau itu.Dia melihat satu susuk tubuh masuk ke dalam biliknya.

“Aizril?”Soal Dean Dalnella ingin kepastian apabila melihat susuk tubuh itu agak kurus sedikit dari dulu.Aizril mengganguk lemah sambil tersenyum manis.Natalie terus terdiam dan masih tetap  berdiri di situ.

“Saya sudah tahu hal yang sebenarnya.Natalie yang beritahu saya sendiri.”Beritahu Aizril.Dean Dalnella tidak mampu manahan dirinya lalu dia berlari mendapatkan Aizril lalu dipeluk tubuh itu sambil menangis untuk melepaskan rindu.

****************************************************

“Janji abang tak akan tinggalkan Nella lagi”Minta Nella bila dia mula melentokkan kepalanya di atas dada bidang Aizril yang sedang meyandar di kepala katil.Selepas sahaja tamat belajar dua bulan yang lepas,mereka terus diijab kabul di kediaman banglo Datuk Adnan.Aizril tersenyum manis.Dicium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

“Abang tidak akan tinggalkan sayang sampai keakhir hayat.Hanya Nella di hati abang”Ungkap Aizril sambil mencapai jari jemari isterinya lalu di letakkan di dadanya yang tidak berbaju itu.Dean Dalnella mencium pipi suami tercinta.Aizril sempat mencuit hidung isterinya.Dipeluk tubuh suaminya dengan penuh erat,begitu juga dengan Aizril.

“Mesti sekarang ini Natalie sedang alami musim sejuk kan abang?”Soal Dean Dalnella tiba-tiba.Dia baru teringat soal rakannya yang telah menyambungkan pelajaran di korea.Sejak kejadian itu,Natalie sudah banyak berubah dan kini dia kembali berkawan baik.

“Nella rindukan Natalie ya?”Duga Aizril.Dean Dalnella hanya mengganguk walaupun baru sebulan dia berpisah dengan rakannya itu,namun perasaan rindu semakin menbuak-buak.

“Macam ini sajalah sayang.Apa kata kita bulan madu dekat korea.Dady ada bagi kita hadiah pakej bulan madu kemana saja kita nak pergi.So,Boleh Nella jumpa dengan Natalie.”Cadang Aizril. “Batul?”Soal Dean Dalnella lagi.Aizril mengganguk.Dean Dalnella bersorak gembira.Sekali lagi pipi itu di cium.Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan rakannya itu.Dia selalu mendoakan kebahagiaan rakannya dan Natalie akan berjumpa dengan cinta sejati.

"abang.." Panggil Dean Dalnella manja sambil mengengam jari jemari suaminya.

"Ya sayang" Balas Aizril sambil memicit hidung isterinya. Geram betul bila melihat wajah comel itu apatah lagi bila isterinya malu.

" Terima kasih kerana sudi terima Nella dalam hidup abang. Nella bahagia sangat. Nella sayang abang" Lauh Nella sambil mengukuhkan lagi pelukan. Aizril mencium dahi isterinya tanda kasih sayang. senyuman masih tidak lepas dari wajahnya.

" Betul sayang abang?" Soal Aizril kembali. Dean Dalnella mengganguk laju. Aizril terus memusingkan badannya untuk lebih mudah dia bertentang mata dengan wanita itu. Mulutnya dirapatkan ke telinga isterinya untuk berbisik. 'kalau macam itu, sayang kena bagi abang baby' bisik Aizril. Dean Dalnella tersenyum simpul bila suaminya berkata begitu. Pantas juga tangannya mencubit perut suaminya hingga Aizril menjerit perlahan sambil ketawa. Dean Dalnella juga turut berderai gelak tawanya. cepat-cepat Aizril menutup mulut isterinya.

"ssshhh... Jangan bising, nanti dady dan mamy dengar" Bisik Aizril lagi sambil memeluk erat tubuh itu. Dean Dalnella mengucapkan kesyukuran kerana kini dia dikuniakan seorang lelaki yang telah menbuatkan hari-hari mendatangnya semakin indah. 'Terima kasih Aizril' bisik hati kecilnya.


THE END

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...