MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Ahad, 21 Julai 2013

Cik Dobiku..(Kerana sehelai baju, kita di pertemukan)


Matahari mula memancarkan sinarnya mengelinap masuk masuk ke ruang tidur melalui celahan langsir yang mula berterbangan saat di tiup angin dan angin itu jugalah yang membelai setiap helaian bulu romanya hingga terasa menegak kerana kesejukan. Perlaha-lahan Dhia membuka matanya.

 Dah tengah hari rupanya, Bisik hati kecil sambil mengeliat seluruh badan. Selepas solat subuh pagi tadi, dia menyambung tidur kembali kerana tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut-denyut. Mungkin kerana dia kurang tidur dua hari yang lepas di sebabkan terlalu sibuk dengan persiapan pernikahan sepupunya.

Sebaik sahaja turun dari katil, kaki terus melangkah ke bilik air. Apa-apa pun, badan harus di bersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti yang lain.Hampir sejam juga dia mengambil masa untuk mandi, selalunya dia hanya sempat mandi kurang dari 30 minit kerana tidak punya banyak waktu. Mana tidaknya, dia harus menempuh kesesakan lalu lintas sebelum tiba di tempat kerja. Kadang-kadang dia ada juga terlewat sampai ke tempat kerja kerja terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Nasib baiklah majikannya seorang yang baik hati dan tidak marah dengan kelewatannya itu. Walaupun bagitu, dia tidak mahu di lebel sebagai pekerja yang tidak berdisplin kerana hal itu.

Baju kurung berwarna merah jambu di sarung ke tubuh dan selendang hitam di belit pada kepala. Dia memang gemar memakai selendang kerana ia kelihatan lebih kemas dan orang kata muka dia memang cantik bila memakai selendang. Dia apa lagi kalau dah di puji, mulakan kembang hidung. Siapa tak seronok bila di puji kan?

Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia pasti itu adalah Munirah iaitu rakan satu rumahnya yang bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta sekitar Shah Alam. Memang sudah menjadi kebiasaan wanita itu mengetuk pintu biliknya.

            “ Woi! Tak bangun-bangun lagi ke? Orang lain pun cuti juga, tapi tak adalah tidur sampai matahari terpacak atas kepala”

Kedengaran pula suara Munirah di luar pintu. Itu tak lain tak bukan, nak menyindir akulah tu.

            “ Bilik aku ni ada bumbung, so tak ada matahari terpacak atas kepala” Jerit Dhia pula sambil membetulkan tudung. Dia harus segera mengemaskan tudungnya agar tidak terus membuang masa. Hampir lupa dia tentang janjinya dengan Munirah semalam untuk menemani wanita itu ke bank. Pasti sudah lama wanita itu menunggu.

            “ Cepatlah cik kak oii. Kita dah lambat ni” Sungguh Munirah saat pintu bilik sudah mula di bukanya. Hanya kepala sahaja yang masuk ke dalam bilik rakanya itu. 

            “ Dah tahu lambat, asal tak kejutkan aku? Tengok kita dah lambat sebab kau tak kejutkan aku awal-awal” Dhia menyalahkan Munirah pula. Dia sebenarnya hanya bergurau dan berharap kata-katanya tadi tidak akan menyingung perasaan wanita itu.

            “Dia yang tidur macam biawak tak tidur setahun, aku pula yang di salahkan. Cepat sikit! Aku tunggu dalam kereta” Balas Munirah pula sambil melangkah pergi.
Dhia hanya tersenyum bila Munirah berkata begitu. Biawak juga yang dia samakan dengan aku. Tak ada binatang lain ke yang lebih elok dan comel-comel? 

Ketika mula berlari keluar dari bilik, deringan telefon yang berada di dalam tas tangannya menghentikan kakinya serta merta. Di seluk ke dalam tas tangan untuk mengambil telefon dan saat telefon sudah berada di cuping telinga dia kembali melangkah menuju ke pintu depan. 

Matanya sempat mengerling pada salah seorang lagi rakan serumahnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Itulah kerja Suria setiap kali hujung minggu. Makan , tidur, tengok tv lepas tu tidur balik. Patutlah badan tu makin membesar. Sudah lama dia kenal dengan Suria dan dari sehari demi sehari, wanita itu semakin gemuk di sebabkan cara hidup yang tidak sihat. Dulu berat Suria hanya 50 kg, namun kini tidak tahulah berapa beratnya. Jika di lihat dari pandangan kasar, mungkin dalam 80 kg. Kesian-kesian...

            “ Ya ummi, ada apa?” Soal Dhia di talian sambil mencapai sandalnya yang berada di atas rak lalu di sarung pada kaki.

            “ Dhia balik tak hujung minggu depan?” 

Kedengaran suara wanita yang menjaganya sejak dia berusia 11 tahun lagi. Itulah satu-satunya wanita yang sanggup menerima dia seadanya setelah dia di buang keluarga sendiri tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Dia sampai sekarang masih tidak tahu kenapa darah dagingnya sendiri membuang dia begitu sahaja. Seawal usia 3 hari lagi, dia di campak ke sana kemari. Di sebabkan itulah dia mempunyai ramai ibu dan ayah angkat. Lagipun wanita yang di panggil ummi ini adalah mak saudaranya sendiri. Di sisi wanita inilah dia menumpang kasih hingga ke sekarang. 

            “ Tak sure lagilah ummi, tapi kenapa ek?” Soal Dhia ingin tahu. Tidak pernah pula umminya menelefon dan bertanya sebegitu. Selalunya jika umminya menelefon, hanya tentang kesihatan dan khabar berita sahaja yang akan menjadi topik perbualan.

            “ Kak Long tak ada bagitahu Dhia apa-apa ke?” Soal ummi pula.

Beritahu apa? Tak ada pula anak sulong umminya itu menelefon dia.

            “ Tak ada pula Kak Long bagitahu apa-apa pada Dhia. Ada apa sebenarnya ni ummi?” Jantung Dhia mula berdenyut kencang. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni? Perkara apa yang dia tidak tahu? Abah sakit ke? Ahh! Risaulah pula. Lagipun sudah hampir dua bulan dia tidak balik menemui mereka semua.

            “ Dhia! Cepatlah, nanti ramai pula orang dekat bank tu” Jerit Munirah yang mula menurunkan cermin kereta proton kembaranya bila melihat Dhia masih lagi berdiri di hadapan pintu masuk rumah yang di sewa bersama itu.

Tergopoh-gopoh Dhia berlari ke arah kereta milik rakanya itu lalu masuk ke perut kereta. Telefon masih lagi meletat di telinganya. Munirah terus memulakan pemanduan.

            “Kak Long lupa nak bagitahu kamu kot. Tak apalah, ummi ingat Dhia dah tahu yang Kak Long bertunang hujung minggu depan” Beritahu wanita itu lagi.
Bertunang? Betul betul? Sejak bila Kak Long ada teman lelaki? Kenapa aku tak tahu soal ni? Selalunya, Kak Long akan cerita apa saja pada aku termasuklah soal percintaan. Ini tidak, tut-tut dah nak bertunang.

            “ Biar betul ummi? Kak Long nak bertunang? Dengan siapa ummi?” Dhia semakin ingin tahu. Ini tak boleh jadi, kalau Kak Long ada di hadapannya sekarang ini, memang dia akan cubit pipi wanita itu kuat-kuat. Nak bertunang, langsung tidak beritahu padanya. Nasib baiklah ada ummi, sampai jugalah cerita gembira itu padanya.

            “ Dengan teman lelaki dialah, tak kan dengan boyfriend kamu” Gurau ummi lagi. Dhia tergelak kecil. Ummi memang sudah kenal dengan buah hati pengarang jantung aku dan nasib baiklah ummi dan abah menerimanya dengan hati yang terbuka. Bila bercakap soal teman lelakinya, dia baru teringat yang hari ini dia masih belum bertanya khabar pada lelaki itu. Apa yang sedang di lakukan oleh teman lelakinya sekarang ini? Hujung-hujung minggu macam ini, mesti tengah tidur. Duganya sendirian.Ah! ingat dia macam aku ke yang suka tidur kalau ada masa lapang.

            “ Okeylah Dhia, ummi ada kerja sikit ni. Nanti apa-apa hal call ummi okey sayang. Hujung minggu ni jangan tak balik pula. Kan kecil hati pula Kak Long kalau kamu tak balik” Ummi mengingatkan anaknya angkatnya.

            “ Dhia akan baliklah ummi. Pertunangan Kak Long tu, tak kanlah tak nak balik Okeylah ummi, nanti Dhia call ummi.Assalamualaikum...” Dhia mematikan talian setelah salamnya di jawab.

            “ Happy nampak, asal?” Soal Munirah ingin tahu. Dia sebenarnya mendengar setiap perbualan rakannya tadi, namun dia inginkan kepastian takut tersalah dengar pula. Kan tak pasal-pasal dapat malu pula nanti.

            “ Kak Long aku bertunang hujung minggu depan. Aku kena mintak cuti panjang sikit ni dari bos aku. Jadi bolehlah aku bersantai lama sikit dekat kampung. Rindu pula aku rasa pada ummi dengan abah aku tu”Beritahu Dhia. Tiba-tiba kerinduan pada kampung menerpa di mindanya. 

            “ Pada ummi dengan abah kau je ke kau rindu, dekat mak dengan ayah kau macam mana?”
Dhia sedikit tersentak dengan soalan itu. Selain keluarga angkatnya, hanya Munirah seorang sahaja yang tahu kisah hidupnya. Kenapalah Munirah bertanya soalan yang boleh merosakan moodnya ketika ini. Tak perlulah nama mak dan ayah di kaitkan dalam hal ini.

            “ Muni, aku cerita tentang kisah hidup aku pada kau bukan untuk kau sindir dan sakitkan hati aku. Please, jangan sebut pasal dia orang. Mereka bukan ibubapa aku. Aku hanya ada ummi dengan abah sahaja. Kalau betul mereka itu ibubapa aku, kenapa mereka buang aku begitu sahaja? Kenapa mereka benci aku tanpa sebab? Cukuplah rasa sakit hati aku selama ini dan kau tak perlu tambahkannya lagi” Marah Dhia sambil berpeluk tubuh. Pandangan terus di lempar ke luar kereta. Geram pula dia rasa ketika ini.

Munirah mula rasa bersalah. Tidak ada niat sebenarnya dia ingin menyakitkan hati rakannya itu. Di tampar mulutnya beberapa kali. Jahatnya mulut ni? Kenapalah mulut ni selalu menyakitkan hati orang.
            “ Dhia, sory... Aku tak sengaja. Aku janji aku tak akan cakap pasal keluarga kandung kau lagi.” Rayu Munirah. Sesekali dia mengerling pada rakannya kerana ketika ini dia masih lagi dalam pemanduan. Berharap benar dia supaya kemaafannya akan di terima.

Dhia mengeluh berat. Dia hanya mengganguk. Tidak perlulah dia terus merajuk kerana dia sedar yang Munirah pasti bukan segaja bertanya begitu. Senyuman hambar di ukir pada bibir. Hara-harap kau tak cakap pasal itu lagi Munirah. Aku tak suka!

Tot-tot!

Kedengaran satu pesanan ringkas  masuk ke dalam telefonnya. Dhia tersenyum bila nama teman lelakinya tertera di skrin. Dah agak, memang tak sah kalau satu hari lelaki itu tidak menghantar mesej padanya. Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua berhubung begitu. Soal sisa kesakitan yang masih lagi terasa di hatinya terus di tolak jauh.

Sayang, pergi mana? Abang pergi rumah, kawan Dhia yang besar tu cakap Dhia keluar.

Dhia tergelak kecil. Suka-suka hati je panggil Suria besar, tapi memang besar pun. Kenapa tiba-tiba lelaki itu muncul di hadapan rumahnya. Selalunya, sebelum datang ke rumahnya, lelaki itu akan menelefon terlebih dahulu. Terus dia membalasnya.

Dhia teman Muni pergi bank. Kenapa nak datang rumah tak bagitahu dulu? Abang dekat mana sekarang ni?

Lelaki itu membalasnya lagi.

Abang dah call banyak kali, tapi Dhia tak jawab pun. Abang dekat depan rumah Dhia lagilah. Budak besar tu tak bagi abang masuk.

Hampir tersembur gelak ketawa Dhia ketika ini. Tak habis-habis nak kenakan Suria.Dia membalasnya lagi.

Suka-suka je nak masuk rumah orang perempuan. Kalau Suria tahu abang mengumpat pasal dia, mesti dia pijak-pijak abang nanti.

Teman lelakinya membalasnya lagi.

Janganlah bagitahu Suria. Hahaha... So macam mana ni?

Giliran Dhia pula.

Abang baliklah dulu, lepas Dhia teman Muni Dhia call abang balik.

Dhia memang tidak boleh meninggalkan Munirah gara-gara lelaki itu. Lagipun dia terlebih dahulu berjanji dengan Munirah, jadi dia harus tunaikan janji itu terlebih dahulu sebelum keluar dengan teman lelakinnya. Dia tersenyum bila teman lelakinya menghantar ‘okey’ padanya. Itu tandanya lelaki itu faham dengan situasinya sekarang. Itulah peribadi lelaki itu yang paling Dhia sukai.Cuba memahami setiap masalahnya. Saya sayang awak,Qaliff Umar.


*********** 

           
gambar dari cik googgle
         
“ Berapa hari Dhia nak cuti?” Soal Hasni pada pekerjanya. Kelihatan Dhia sedang leka menyidai baju yang baru di basuh itu. Bila Dhia memberitahunya soal cuti, dia langsung tidak kisah berapa hari wanita itu mahu cuti. Lagipun selama Dhia bekerja dengannya, wanita itu memang seorang pekerja yang rajin dan selalu melakukan kerja dengan baik. Lagipun pertama kali dia membuka kedai dobi ini, Dhia lah pekerja pertamanya hinggalah sekarang.

 Dulu hanya wanita itu sahaja yang bekerja dengannya, namun kini dia sudah mempunyai dua orang lagi pekerja, Suria dan Zulaika. Al-maklumlah, perniagaannya semakin maju dan sekarang ini dia mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.

            “ Dhia nak mintak cuti seminggu, boleh akak?” Minta Dhia sambil melangkah ke kaunter perbayaran di mana majikannya duduk sekarang. Kerja-kerja yang masih belum di selesaikannya tadi di tinggalnya pada Suria. Lagipun wanita itu tidak mempunyai kerja ketika ini.

            “ Boleh, Dhia pekerja terbaik akak, so tak ada hal lah. Bila nak mula cuti? Bukan apa akak nak tukarkan tempat Dhia dengan orang lain. Tak adalah kerja Dhia terbengkalai pula” Soal Hasni sambil meneliti buku majalah yang berada di tangannya. Oleh kerana dia bos, jadi dia bolehlah bersantai sahaja di kedai tanpa melakukan apa-apa.

            “ Hari khamis akak” Balas Dhia.

Hasni mengganguk tanda setuju sahaja.Lagipun selama ini Dhia jarang meminta cuti darinya. Apa salahnya kali ini wanita itu mengambil lebih lama sedikit.

            “ Akak tak ada masalah Dhia, asalkan habis je cuti nanti, Dhia terus masuk kerja. Akak tak nak kehilangan orang kepercayaan akak ni” Hasni mencubit pipi Dhia. Dia sudah mengangap wanita itu seperti adiknya sendiri. Lagipun Dhia adalah manusia yang dia percayai.

            “ Dhia tak akan pergi mana-manalah akak. Sinilah tempat Dhia cari rezeki dan di sini jugalah Dhia dapat akak yang baik lagi cantik ni” Giliran Dhia pula mencubit kedua-dua pipi wanita beranak dua itu. Dia sayangkan Hasni seperti kakaknya sendiri. Dia bersyukur sangat kerana di kuniakan majikan sebaik itu. Kadang-kadang dia pelik juga, kenapa orang luar lebih baik dengannya berbanding keluarga kandungnya sendiri. Apalah yang mak dan ayahnya benci sangat padanya hingga secebis kasih sayang pun tidak di curahkan padanya. Seumur hidupnya, tidak pernah sekali pun dia dapat mencium ataupun menerima pelukan dari mak kandungnya sendiri. Apa salah aku sebenarnya?

            “ Akak nak pergi ambil anak akak dari sekolah dulu. Dhia jaga kedai okey” Hasni terus bangun duduk dan majalah di tangan terus di letak di atas kuanter pembayaran. Dia harus segera agar anaknya tidak menunggu lebih lama. Dhia hanya mengganguk tanda faham dengan arahan itu.

            “ Nanti suruh Zulaika hantar baju ke rumah Datin Suzana. Datin dah banyak kali call akak mintak hantarkan baju mahal dia tu” Hasni sempat meninggalkan pesanan sebelum pergi. Memang sudah men jadi kebiasaan dia mengambil dan menghantar baju ke rumah Datin Suzana. Lagipun itulah pelanggan tetap dan yang paling lama mendapat hidmat darinya. Sekali lagi Dhia mengganguk laju. Bila Hasni mula hilang dari penglihatanya, dia terus menuju ke belakang kedai iaitu di tempat pembasuhan pakaian.

            “ Zu, Kak Hasni minta kau hantar baju Datin Suzana.” Beritahu Dhia.

            “ Memang Zu nak hantar pun baju tu kejap lagi. Zu nak siapkan basuhan ni dulu” Beritahu Zulaika, wanita yang baru berkahwin 6 bulan yang lepas.

            “ Kak Hasni cakap datin nak baju dia cepat. Tak apa, biar Dhia selesaikan basuhan ni dan Zu pergi hantar baju datin. Kan bising pula datin rambut besar tu” Sempat Dhia bergurau Sambil tergelak kecil. Memang dia akan ketawa setiap kali melihat rambut Datin Suzana. Dah macam tudung saji di atas kepala. 

Zulaika sempat menepuk bahu rakan sekerjanya itu. Suka sangat mengutuk orang.

            “ Kau ni, mulut boleh tahan kan. Dah lah, lagi aku layan kau tak siap kerja aku nanti” Zulaika terus berlalu pergi sambil membawa pakaian milik Datin suzana yang sudah selesai di gosok keluar dari ruang pembasuhan baju.

            “ Dhia, aku nak pergi beli makanan, kau nak pesan apa-apa tak?” Sampuk Suria tiba-tiba.
Dhia meneliti jam di tangan. Sudah jam 1.00 petang rupanya. Patutlah dia rasa begitu lapar sekali. Sudahlah pagi tadi dia tidak sempat bersarapan kerana terbangun lewat. Bila tiba di kedai, dia sudah lupa untuk makan.

            “ Kau belikan aku nasi kosong separuh, daging masak blackpaper dengan teh o ais satu” Pesan Dhia sambil menghulurkan not RM10.00 kepada rakannya itu.

            “ Kau ni hari-hari daging masak blackpaper, tak bosan ke?” Soal Suria. Boleh di katakan tiap-tiap hari dia membeli makanan itu pada rakannya hingga peniaga gerai makanan di hadapan tempat kerjanya sudah tahu menu yang akan dia pesan tanpa perlu berkata apa-apa lagi.

            “ Aku suka dah nak buat macam mana. Sejak dari kecil lagi aku suka makan daging masak blackpaper.” Dhia memang tidak pernah jemu dengan makanan kegemarannya itu. Sejak dulu hingga sekarang, itulah makanan yang dia selalu makan. Kalau ummi yang masak, lagi sedap. Ummi memang pakar memasak.

            “ Okeylah, aku pergi dulu.” Suria meminta diri dan terus menuju ke bahagian depan kedai. Dhia meneruskan kerjanya semula.

            “ Dhia!!! customer!” Kedengaran suara Suria menjerit dari bahagian depan. Dhia terus bergegas ke bahagian hadapan. Bila dia muncul di bahagian depan kedai, Suria terus berlalu pergi. Kelihatan seorang lelaki berkaca mata berdiri di hadapan kaunter pembayaran. Tidak terukir langsung senyuman di bibir lelaki itu bila dia mengukir senyuman. Sombongnya! Muka ke hensem, mahal sangat ke senyuman dia ni?

            “ Ya encik, boleh saya bantu?” Soal Dhia pada pelanggannya itu.

Tiba-tiba sehelai baju di lemparkan ke atas meja kaunter hingga mengejutkan Dhia. Berganjak dia kebelakang sedikit. Mahu luruh jantung kerana terkejut. Kurang ajar betul! Memang tak ada adab langsung jantan ni!

            “ Kenapa ni encik?” Dhia masih mampu mengawal nada suaranya. Kalau di ikutkan hati memang dia ambil baju yang di lempar tadi lalu di belit pada leher lelaki itu hingga mati. Nak sombong sangat kan? Meh sini aku cekik sampai mati.

            “ Awak tanya saya kenapa? Pekerja dekat kedai ni dah buta ke?!” Marah lelaki itu pula. Perlahan-lahan tangan Dhia mencapai baju melayu berwarna biru muda itu lalu dia menelitinya. Tergaman dia bila melihat kesan terbakar di bahagian hujung lengan baju itu dan dia pasti itu kesan dari seterika. Siapa yang gosok baju lelaki ini? Zulaika ataupun Suria? Kalau dia memang taklah sebab mengosok itu bukan kerjanya. Dia hanya menjaga kaunter hadapan dan kadang-kadang membantu membasuh dan menyidai baju sahaja.

            “ Maaf encik, saya memang tak tahu pasal ni...” belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya, lelaki itu terus menotong laju.

            “ Maaf? Dengan maaf segalanya selesai ke? Awak tahu tak yang baju tu penting sangat! Mana tuan kedai ni?”

            “ Bos saya tak ada encik.” Balas Dhia terketar-ketar.Takut pula dia dengan suara garang lelaki itu. Dah rasa seperti sedang di rompak sekarang ini. Marah betul mamak ni? Baju je pun, bukannya jongkol emas. Macamlah baju dia tu mahal sangat.

            “ Macam mana kalau saya bayar balik baju encik yang rosak tu?” Sambung Dhia. Hanya itu sahaja jalan penyelesaian yang terlintas di fikirannya. Di dalam hati mula berdoa agar Suria segera balik ke kedai. 

            “ Bayar? Tak payah! Suruh bos awak telefon saya! Saya nak suruh dia pecat pekerja yang rosakkan baju saya!” lelaki itu meletakan satu kad di atas meja sebelum berlalu pergi dan meninggalkan baju itu begitu sahaja. Dhia mengeluh berat. Sampai macam itu sekali lelaki itu berdendam dengan orang yang telah merosakan baju melayu berwarna biru muda itu. Kad dari lelaki itu di capai lalu dia membacanya.

En.Airil Uwais bin Hamdar
Klinik Uwais Dan Umairah

Bulat mata Dhia bila membaca kad berbentuk empat segi itu dan lagi mengejutkan bila klinik yang tertulis di kad itu tidak jauh dari bangunan tempat kerjanya. Dia selalu juga ke klinik itu dan tidak pernah pula dia bertembung dengan lelaki belagak itu.Yang dia kenal hanya doktor Umairah. Kalau dah nama tertulis pada papan lebel klinik itu, memang sah-sah lelaki tadi itu adalah seorang doktor. Ini tak boleh jadi, silap-silap hari bulan salah seorang rakan kerjanya akan di pecat kerana telah merosakan baju pelanggan. 

Dia kenal dengan Hasni, wanita itu tegas kalau melibatkan pelanggan.
Cepat-cepat dia sembunyikan kad tersebut ke dalam dompetnya dan baju kemeja berwarna biru muda itu terus di masukan ke dalam beg plastik lalu di masukan ke dalam tas tangannya. Lantaklah apa pun nak jadi, perkara itu tidak harus di perbesarkan. Mungkin lelaki tadi akan melupakan perkara itu dan membeli baju baru. Selesaikan masalah? 

**********
            “ Lain kali kita makan dekat tempat lainlah sayang” Minta Umar pada teman wanitanya.

            “Kenapa? Sedap apa makanan dekat restoran tu” Balas Dhia sambil berjalan seiringan menuju ke tempat kerjanya semula. Memang sudah menjadi kebiasaan dia hanya berjalan kaki menuju ke restoran yang berada tidak jauh dari kedai dobi milik Hasni. Umar pula akan meletakan kereta di hadapan kedai dan berjalan bersamanya menuju ke restoran.
Umar mengelingkan kepala.

            “ Tak sedaplah sayang. Masak macam guna kaki.” Kutuk Umar selamber.

            “ Amboi-amboi, sedap je mengutuk masakan orang. Nak sedap sangat, masak sendiri” Balas Dhia sambil tergelak kecil. Nak mengutuk pun agak-agaklah. Kaki juga yang jadi mangsa.

            “ Abang tunggu Dhia masakan untuk abang. Mesti sedap kan?” Puji Umar walaupun dia tidak pernah merasa masakan wanita itu. Lagipun dia tahu yang Dhia tidak berapa pandai memasak dan perkara itu di akui oleh wanita itu sendiri.Dhia mencubit lengan teman lelakinya. Nak sindir akulah tu!
            “ Dhia tahulah Dhia tak pandai masak. Tak payahlah nak sindir sangat.”’ Balas Dhia.
Ketika dia sedang leka berbual dengan Umar sambil berjalan menuju ke kedai dobi semula, tiba-tiba bahunya di langgar oleh seseorang hingga dia berganjak ke belakang.

            “Sory...” Dhia terlebih dahulu memohon maaf walaupun dia rasa itu bukan salahnya kerana dia berada di posisi yang betul.

            “ It’s okey” Balas orang itu.

            “ Eh! Suria, kau nak pergi mana ni?” Dhia baru perasan yang wanita yang berlanggar bahu dengannya itu adalah Suria. Kelihatan wanita itu seperti sedang mengejar masa.

            “ Aku ada hal kejap. Kau nak balik kedai kan?” Soal Suria pula.

Dhia mengganguk. Umar hanya memandang mereka berdua. 

            “ Baik kau cepat sebab ada harimau yang dah setahun tak makan cari kau” Kias Suria.
Dhia mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Siapa harimau yang di maksudkan itu. Zulaika or Hasni? Entah-entah pelanggan kedai. Kesalahan apa lagi yang dia buat?.

            “ Siapa Suria?” Berdebar-debar pula Dhia rasa ketika ini.

            “ Dah, kau pergi kedai cepat. Aku dah lambat ni. Jumpa nanti” Suria terus berlalu pergi begitu sahaja. Dhia mengerling pada teman lelakinya dan Umar hanya mengungkit bahu tanda tidak tahu.

            “ Jom abang. Dhia kena cepat” Dhia terus melangkah semula dan kali ini langkahnya lebih cepat dari tadi. Umar hanya mengikut tanpa banyak soal. 

Setibanya di kedai, Dhia tergaman bila melihat lelaki yang datang mengamuk di kedainya dua hari yang lepas di sebabkan baju terkena seterika. Tak sangka lelaki itu masih tidak puas hati. Kelihatan Hasni duduk bertentangan dengan lelaki itu di sofa.

            “ Abang balik dulu, nanti Dhia call abang” Minta Dhia pada teman lelakinya.

            “ Are you sure, sayang?” Umar berat hati pula ingin meninggalkan teman wanitanya begitu sahaja apatah lagi bila dia melihat muka tegang lelaki yang sedang duduk di sofa itu.
Dhia mengganguk laju. Umar mengeluh dan dia terpaksa mengalah. Perlahan-lahan kakinya di atur meninggalkan kedai dobi itu.

            “ Assalamualaikum...” Dhia memberi salam. Hanya kedengaran suara Hasni sahaja yang menjawab salamnya itu.

            “ Dhia pergi mana?” Soal Hasni sambil bangun dari situ dan mendekati tubuh pekerjanya itu.

            “ Pukul 2.00 petang kan waktu rehat Dhia” Balas Dhia.

Hasni menepuk dahinya. Dia hampir lupa waktu rehat wanita itu.

            “ Akak nak tanya Dhia, betul ke Dhia ada rosakan baju Encik Uwais?” Soal Hasni inginkan kepastian.

 Bulat mata Dhia mendengar soalan dari majikannya itu. Rosakkan? Bukan aku yang rosakkanlah! Tapi siapa lagi yang harus aku tuduh. Lagipun dia tahu sama ada Suria atau Zulaika yang rosakan baju itu.Dhia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
 
            “ Dah! Tak payah nak berbual dekat sini! I nak pekerja you yang rosakan baju I tu di pecat! Kalau tak I saman you!” Sampuk lelaki itu tiba-tiba sambil bangun dari situ dan terus keluar begitu sahaja.

            “ Alah, macam mana boleh jadi macam ini” Rintih Hasni sambil melabuhkan kembali punggungnya pada sofa begitu juga dengan Dhia. Sempat mata Dhia melilau di sekitar dalam kedai, mencari kelibat Zulaika. Namun tidak pula kelihatan. Mungkin berada dni belakang. Duganya.

            “ Akak, Dhia memang tak tahu siapa yang rosakkan baju dia. Dhia tak tahu apa-apa. Dua hari yang lepas dia datang marah-marah sebab baju ada kesan terbakar. Dhia lupa nak bagitahu akak” Dalih Dhia. Bukan lupa sebenarnya, tetapi segaja tidak memberitahu wanita itu. Tak sangka lelaki itu muncul kembali. Pasal baju melayu itu pun nak kecoh lebih. Beli jelah yang lain.

            “ Kalau bukan Dhia, pasti Suria dengan Zulaika.” Duga Hasni. Kalau betul antara mereka yang melakukan kesilapan itu, tidak sanggup dia memecat pekerjanya itu.

            “ Pasal baju melayu tu pun dia marah sampai macam itu sekali. Teruk betul dia tu.” Dhia meluahkan ketidak puashatinya.

            “ Itu bukan baju sebarangan Dhia. Baju tu penting sangat bagi dia. Kalau tak dia tak akan marah sampai macam ini sekali. Ingat tak dulu. Dhia pernah rosakkan satu baju. Itu baju Encik Uwais lah, tapi dia tak marah pun sebab baju tu tak penting sangat pada dia.” Balas Hasni.

Dhia cuba mengingati kesilapan dia ketika melakukan kerja dulu. Perkara itu sudah 2 tahun berlalu dan tak sangka baju itu milik lelaki tadi. Lagipun selama ini dia tidak pernah melihat lelaki itu datang ke kedainya. Nasib baik dia tidak di marahi kerana baju itu, kalau tak memang teruk jugalah dia kena ganti balik. Baju mahal seperti itu, mahu separuh gaji dia.

            “ Tapi Dhia tak pernah pun tengok dia datang kedai kita sebelum ini?” Tanya Diah ingin tahu lebih lanjut. Dia pasti yang Hasni amat mengenali lelaki tadi.

            “ Dia customer akak sama masa Datin Suzana. Dhia tak tahu sebab Dhia tak pernah hantar dan ambil baju dekat rumah mereka. Selama ini Zulaika yang melakukan kerja itu.”

            “ Penting sangat ke baju tu akak?”

            “Baju tu arwah ibu dia yang belikan dan sebelum ibu dia meninggal, ibu dia pesan supaya memakai baju itu di hari pertunangan. Dhia tahu tak yang dia akan bertunang lusa. Sebab itulah dia marah sangat.” Cerita Hasni. Dia banyak juga tahu tentang doktor muda itu kerana lelaki itulah pelanggan tetapnya selama ini cuba Dhia sahaja yang tidak tahu.

Tergaman Dhia mendengar apa yang dikatakan Hasni itu. Ternyata baju itu amat penting sekali dan sekarang baju itu telah rosak. Apa perlu aku buat? Aku tak nak Zulaika ataupun Suria di pecat dan aku juga tidak ada idea sekarang ini. Perlu ke aku pergi jumpa dengan lelaki itu dan merayu supaya memaafkan kesalahan pekerja dobi yang telah merosakan baju itu. Keluhan di lepaskan. Dia harus fikirkan cara untuk menyelesaikanya.

            “ Dah tahu baju tu penting, tak payahlah hantar dobi!”


**********
        
    “ Ummi masak apa?” Soal Dhia sebaik sahaja tiba di dapur. Kelihatan umminya begitu leka menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah. Itulah tugasan ummi selepas bersara dari menjadi guru. 

            “ Daging masak blackpaper, makanan kegemaran Dhia lah” Beritahu ummi sambil mengacau masakannya itu.

            “ Sayang ummi. Macam tahu-tahu je yang Dhia tengah lapar ni” Dhia mencium pipi umminya dengan penuh kasih sayang. Sebelum tiba di kampung tadi, dia hanya sempat menjamah sebiji roti sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu. Nasib baiklah dia mempunyai kereta sendiri walaupun hanya sekadar kereta Myvi yang di bayar secara ansuran. Kalau tidak, susah juga dia ingin bergerak kesana kemari.
           
          “ Dhia penat kan? Pergilah berehat dulu. Kalau dah masak nanti, ummi panggil” Beritahu ummi. Dia tahu anaknya itu pasti kepenatan kerana baru sejam tiba di rumah. Lagipun seharian di dalam kereta, pasti itu amat memenatkan.

            “ Alah, Dhia nak tengok ummi memasak. Nak Dhia tolong apa-apa tak ummi?”Dhia memperlawakan dirinya untuk membantu.

            “ Tak payah ummi cakap. Dhia duduk sini” Ummi menarik tangan anaknya menuju ke arah meja makan, lalu mengarahkan anaknya itu duduk di kerusi. Rasanya dia tidak perlukan pertolongan sekarang ini kerana dia sudah biasa melakukan kerja secara sendirian. Dia kembali melakukan tugasnya.

            “ Ummi, Kak Long mana?” Soal Dhia. Setahu dia, esok adalah majlis pertunangan Kak sulongnya itu dan selama dia tiba di kampung, tidak pula dia bertembung dengan wanita itu. Ketika masuk ke dalam bilik Kak Longnya tadi, dia melihat hartaran bertemakan warna biru muda tersusun indah di penjuru bilik. Segala persiapan sudah hampir 90% siap.

            “ Kak Long pergi pekan dengan adik. Katanya nak beli barang untuk perhiasan hantaran yang belum siap lagi” Jawab ummi sambil memotong terung pula. Kali ini terung itu dia ingin masak sambal pedas pula. Dhia mengganguk tanda mengerti.

            “ Kak Long dah, Dhia bila lagi nak ikat tali pertunangan dengan Umar?” Soal Ummi.
Dhia tergelak kecil. Tiba-tiba pula soal dia dan Umar jadi topik perbualan. Bertunang? Dia belum bersedia untuk melangkah ke alam itu. Lagipun dia baru 23 tahun dan masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab itu.Bukan mudah untuk jadi tunangan orang mahupun isteri orang.

            “ Dhia muda lagilah ummi. Tunggulah Kak Long dapat anak dulu, baru Dhia nak kahwin. Dhia nak dapat anak buah dulu. Biar Kak Long dapat anak berderet.” Gurau Dhia sambil tergelak kecil. Sudah terbayang di mindanya yang suatu hari nanti dia akan memiliki anak buah. 

            “ Assalamualaikum...” Kedengaran suara orang memberi salam.

            “ Waalaikummusalam...” Serentak dia menjawab salam itu bersama dengan ummi.

            “ Hah! Itu Kak Long dengan adik dah balik”Beritahu ummi sambil meletakan mangkut yang berisi daging masak lada hitam di atas meja.

            “Eh, bila Dhia sampai?” Sapa Maisara sebaik sahaja tiba di dapur dan di ikuti Marissa sari belakang. Kelihatan begitu banyak barang di tangan mereka berdua.

            “ Baru je Kak Long.” Pantas Dhia menyalami tangan wanita itu dan ketika dia ingin bersalam dengan anak bongsu umminya itu, gadis itu terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tahu, sampai sekarang gadis itu tidak pernah menerima dia dalam keluarga itu. Dia  tahu yang Marissa cemburu kerana kasih sayang yang ummi terpaksa di bahagi tiga.

            “ Tak balik lagi baguslah” Sindir Marissa sambil melangkah meninggalkan dapur. Dia benci betul dengan Dhia sejak dari kecil lagi. Dulu kasih sayang ummi hanya tertumpu pada dia dan Kak Long sahaja, tetapi sejak kemunculan wanita itu di dalam keluarganya, dia rasa yang ummi tidak lagi sayangkan dirinnya dan melebihkan wanita itu berbanding dirinya.Walaupun masa kemunculan Dhia dalam keluarganya, dia baru berusia 8 tahun dan wanita itu berusia 11 tahun, tapi dia sudah mengenal erti cemburu.

            “ Tak payah perduli pasal adik tu. Dia memang macam itu.” Maisara menyedapkan hati Diah. Walaupun Dhia bukan adik kandungnya, namun dia sayang wanita itu sama rata seperti dia sayangkan Marissa.

Dhia hanya menunduk. Kenapalah dia selalu di benci.Apa salah dia sebenarnya? 

            “ Hey, kan Kak Long dah cakap tak payah perduli pasal dia. Jom tolong Kak Long hias hantaran” Ajak Maisara agar wanita itu tidak terus melayan perasaan. Di tarik tangan Dhia menuju ke biliknya. Dhia hanya mengikut sahaja. 

Setibanya di bilik, Dhia tergaman bila melihat Marissa sudah ada di dalam bilik itu sambil. Kelihatan gadis itu sedang leka menyusun bunga pada kotak hantaran.

            “ Meh sini tolong Kak Long hias kotak kek ni” Ajak Maisara.

            “ Apa ni Kak Long? Adik tak sukalah dia ada dalam bilik ni!” Marah Marissa sambil berpeluk tubuh.

Dhia yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik terus menghentikan langkahnya di hadapan pintu. Jelingan tajam dari Marissa benar-benar membantutkan tubuhnya untuk terus bergerak.

            “ Adik! Kak Dhia pun ahli keluarga kita juga. Jangan kurang ajar sangat” Marah Maisara pada adik bongsunya. Kadang-kadang hilang sabar juga dia dengan kerenah gadis itu. Kalau soal Dhia pasti akan berakhir dengan pergaduhan.

            “ Kak Long, ummi dengan abah je anggap dia ahli keluarga kita, tapi bagi adik dia tetap orang luar. Adik tak suka dia dan sampai bilapun adik tak akan suka. Kalau Kak Long nak dia tolong Kak Long, adik tarik diri. Adik tak akan tolong Kak Long lagi” Ugut Marissa.
Maisara Mengeluh berat. Keras betul hati adiknya itu.

            “ Tak apalah Kak Long, Dhia tolong ummi je dekat dapur” Dhia harus mengalah. Pantas dia meninggalkan bilik itu dan menuju ke dapur.

            “ Kenapa adik benci sangat pada Dhia? Dia tak buat salah apa-apa pun pada adik kan?” Marah Maisara.

            “ Adik tak suka dia ada dalam keluarga kita sejak dari dulu lagi. Dia cuma sepupu kita saja dan bukannya ahli keluarga kita. Mak bapak dia pun bencikan dia, inikan pula orang lain. Dia tu memang bawa sial lah Kak Long, sebab itulah orang ramai benci dia.” Sindir Marissa.
Pantas tangan Maisara menutup mulut adiknya. Lancar sungguh kata-kata itu keluar dari mulut itu. Kalau Dhia mendengarnya, pasti wanita itu akan kecil hati. Ingin sahaja dia menampar pipi Marissa kerana bersikap agak kurang ajar.

            “ Boleh tak kalau bercakap tu biar berlapit sikit! Kalau Kak Dhia dengar macam mana?” Marah Maisara lagi.

            “ Pergi mampuslah kalau dia dengar sekalipun. Adik perduli apa! Kalau dia bla dari sini lagi baguslah! Taklah adik ni sakit hati sangat tengok dia tu!” Kasar sungguh kata-kata Marissa kali ini.
Dhia yang dari tadi hanya berdiri di belakang langsir pintu masuk ke dalam bilik Kak Longnya itu mula terasa sebak. 

Menitis air matanya saat mendengar perhinaan yang begitu menyakitkan hatinya itu. Dia sedar siapa dia di rumah ini, tetapi perlukan dia mendengar perhinaan sebegitu rupa. Selama ini dia cuba bertahan kerana ummi dan Kak Long masih sayangkan dirinya.Kalau di ikutkan hatinya, dia tidak mahu balik ke rumah itu langsung. Tiap-tiap hari dia di sembur dengan kata-kata kesat dari Marissa dan tidak pernah sekali pun dia menangis di hadapan mereka semua kerana dia hendak kelihatan kuat dan tabah. 

Mak! Ayah! Kenapa benci Dhia? Kenapa buang Dhia?Kenapa tak pernah sayangkan Dhia? Apa salah Dhia Mak? Apa salah Dhia ayah?. Kalau Dhia tahu kelahiran Dhia di dunia ini untuk membebankan mak dengan ayah, Dhia sanggup tidak di lahirkan di dunia ini. Mak dengan Ayah buang Dhia masa Dhia masih tidak mengenali dunia.Apa salah Dhia mak!

Dia mengesat air matanya yang mula mencurah sambil melangkah keluar dari rumah. Pangkin belakang rumah menjadi tempat dia mencurahkan kesensaraan di hati.  Dia pernah mendengar adik beradik ummi yang lain bercerita tentang dia ketika dia berusia 12 tahun. Mak kandungnya pernah cuba mengugurkan kandungan ketika dia masih berada di dalam kandungan tetapi tuhan itu lebih berkuasa. Akhirnya dia dilahirkan di dunia juga. Ketika berusia 3 hari, dia di serahkan pada keluarga angkat. Seumur hidupnya, dia tidak pernah minum susu ibu kandungnya sendiri. Itu apa yang dia dengar dari perbualan mereka.

Ketika dia berusia 3 tahun, dia diserahkan pada orang lain pula hingga berusia 9 tahun. Selepas itu dia di tinggal dengan neneknya pula selama 2 tahun dan selepas nenaknya meninggal. barulah barulah dia tinggal dengan ummi. Kata ummi, dia menjaga Dhia kerana kesian dengan hidup anak kecil itu. Hidup tanpa kasih sayang dan terumbang ambil. Ummilah yang menjaganya hingga sekarang. Di sebabkan itulah dia sanggup bertahan di rumah itu walaupun selalu sakit hati dengan perlakuan Marissa. Semuanya sebab ummi. Dhia sayang ummi, sayang sangat.

            “ Sayang...”

Dhia tersentak. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu ada yang nampak air mata kesensaraan itu. Tentang suara manusia yang menegurnya, dia kenal suara itu. Tapi tak mungkin lelaki itu boleh muncul di kampungnya. Kepalanya di pusingkan ke belakang sedikit dan dia tergaman bila melihat Umar berdiri tidak jauh dari pangkin sambil tersenyum manis padanya.

            “ Abang?” Tergaman Dhia dan dia masih tidak percaya yang lelaki itu boleh muncul di kampungnya.

            “ Yelah sayang. Abanglah ni. Kenapa, terkejut?” Umar mengambil tempat di sebelah teman wanitanya. 

            “ Bila abang sampai? Kenapa abang datang kampung Dhia?” Soal Dhia ingin tahu.

            “ Sebelum abang jawab soalan Dhia, abang nak Dhia jawab soalan abang dulu. Kenapa menangis? Dhia jangan cakap yang mata Dhia masuk habuk” Sindir Umar. Dia sudah faham sangat dengan alasan wanita bila ingin sembunyikan tangisan.

            “ Mata Dhia kena gigit lebah tadi” Balas Dhia sambil mengukir senyuman di bibir. Dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang dirinya.

Umar tergelak kecil bila jawapan dari teman wanitanya itu langsung tidak lojik. Agak-agaklah kalau nak berbohong pun.

            “ you mean, bee? Agak-agaklah sayang nak tipu pun. Kalau lebah yang gigit memang abang tak akan lepaskan lebah tu!” Umar menunjukan penumbuknya.

            “ Kenapa pula?”

            “ Yelah, berani sungguh lebah tu gigit Dhia. Abang pun belum dapat gigit Dhia lagi.” Usik Umar sambil tersenyum dan jelingan nakal di hadiahkan pada wanita itu.

Pantas Dhia mencubit lengan lelaki itu. Pandai sungguh Umar buat ketawa kembali.

            “ So, Dhia tanya, macam mana abang boleh sampai sini?” Soal Dhia kembali. Soal hal keluarganya tadi, dia lupakan seketika. Tidak mungkin dia menceritakan apa yang berlaku pada lelaki yang masih belum sah menjadi suaminya.

            “ Dhia tu, Kak Long tunang tak bagitahu abang pun. Nasib baiklah ummi bagitahu abang dan ajak abang datang sini. Sampai hati kan?” Rajuk Umar. Dia bukannya rajuk betul-betul tetapi sekadar ingin bermanja dengan orang tersayang.

Marissa cuba mencari line telefonnya yang tiba-tiba hilang ketika dia sedang leka berbual dengan rakanya di talian.Tempat yang selalu dia pergi saat telefonya kehilangan line adalah di belakang rumah. Pantas dia meningalkan biliknya lalu terus berjalan di sisi rumah untuk ke belakang. Matanya sempat mengerling pada sebuah kereta proton perdana yang berada di hadapan rumahnya. Kereta siapa pula tu? Bakal tunang Kak Long punya ke?

Malas dia nak fikirkan soal itu. Kini telefonnya lebih penting kerana dia ingin menghubungi rakanya sekali lagi. Lagipula, dia belum habis mengumpat pasal anak dara ketua kampungnya yang mengandung tak berlaki itu lagi. Banyak lagi fitnah nak dia taburkan pada rakannya itu.
Ketika dia tiba di penjuru rumah, kakinya terhenti saat melihat dua susuk tubuh sedang duduk di pangkin sambil tergelak ketawa. 

Walaupun kedua-duanya membelakangkan dia, namun dia kenal tubuh yang satu itu. Tak lain tak bukan, itu tubuh Dhia dan siapa pula lelaki di sebelah wanita itu.
Jangan-jangan itu... Abang Umar? Duganya sendirian. Kemarahan dan cemburunya mula memuncak naik. Tak guna kau perempuan sial! Boleh kau bergurau senda dengan jantan dekat sini. Dasar perempuan murahan. Macam ini perempuan yang ummi kata baik sangat tu? Kau tunggulah Dhia...Aku akan buat ummi, Kak Long dan abah benci kau. Sedar diri tu sikit, kau tu bukan anak ummi dengan abah. Kau tu anak punggut!



**********
    
        “ Cantik Kak Long hari ini” Puji Dhia sambil mengemgam jari jemari kakaknya itu.Nasib baiklah Marissa tidak ada di dalam bilik itu, jika tidak memang tak dapatlah dia nak duduk di sebelah bakal tunang yang sedang bermekap itu. 

            “ Cantik macam Dhia” Puji Maisara pula. Dia memang selalu mengakui kecantikan Dhia sejak dari dulu lagi. Mempunyai dua lesung pipit di pipi sudah menampakan kecantikkan wajah itu.

            “ Mana ada, Kak Long lagi cantik.” Dhia melihat setiap gerakan tangan mak andam menyolek wajah kakaknya. Begitu teliti kerja yang di lakukan mak andam yang berusia dalam lingkungan 30-an itu.

            “ Tunang Kak Long datang sekali tak? Dhia tak pernah tengok bakal tunang Kak Long tu” Soal Dhia. Selalunya pertunangan melibatkan perempuan sahaja dan lelaki tidak perlu hadir di majlis. Namun ada juga yang kedua-duanya hadir sekali.

            “ Mestilah datang. Nanti Kak Long kenalkan Dhia dengan dia”

            “ Dia kerja apa Kak Long?” Dhia mula menyiasat. Semalam dia tidak ada peluang langsung untuk bercakap dengan wanita itu kerana Marissa berada di samping Maisara setiap masa. Jadi dia menghabiskan masanya di dalam bilik sahaja.

            “ Dia...” Belum sempat Maisara menjawabnya, tiba-tiba kedengara satu suara menjerit.

            “ Rambongan dah sampai!”

            “ Alamak dah sampai ke? Kak Yati, dah siap ke belum mekap ni?” Cemas Maisara. Nasib baiklah dia sudah selesai memakain baju dan cuba membetulkan sedikit mekap sahaja.

Dhia terus bangun dari duduk di birai katil lalu menjenguk ke luar tingkap. Agak ramai rombongan dari pihak lelaki dan kelihatan beberapa orang berjalan sambil mendulang hantaran menuju ke ruang pintu depan. 

Tiba-tiba perutnya memulas. Masa-masa ini jugalah dia buat hal. Bebel Dhia sambil memicit-micit perutnya. Sakitnya sudah tidak tertahan.

            “ Kenapa Dhia?” Soal Maisara bila melihat adiknya itu seperti menahan kesakitan.

            “ Sakit perutlah Kak Long. Segugut datang dah ni” Beritahu Dhia. Sememangnya, setiap kali dia datang bulan, pasti perutnya akan sakit. Nasib baiklah sakit itu tidak berterusan dan hanya akan memulas setiap tiga jam sekali. Tetapi bila dia memulas, pasti memerlukan lebih kurang sejam lebih untuk hilang rasa sakit itu.

            “ Pulak. Dah tak tahan ke?” Risau pula Maisara dengan keadaan adiknya itu walaupun sudah banyak kali perkara itu terjadi.

            “ Sakitlah Kak Long. Dhia berehat dalam bilik Dhia lah kejap” Minta Dhia. Maisara hanya mengganguk. Kalau boleh dia nak Dhia ada di sisi ketika majlis berlangsung, tetapi apakan daya, impiannya tidak tercapai. Nak buat macam mana kalau dah sakit itu datang, sesiapa pun tidak mampu menolaknya.

Dhia merebahkan tubuhnya pada tilam. Berpeluh-peluh dia menahan kesakitan apatah lagi di saat dia memulas. Terasa seperti kesemua urat sarafnya terputus. Tudung bawal di atas kepala terus di leraikan lalu di lempar ke lantai. Sekarang ini dia ingin merehatkan tubuhnya untuk seketika. Sebelum itu dia harus menelan ubat tahan sakit terlebih dahulu.

            “ Dhia!”

Dhia tersentak dari lenanya bila kedengaran suara orang memanggil di sertai dengan ketukan di pintu. Dia terus bangun dari baring dan menuju ke pintu. Perutnya sudah tidak sesakit tadi.Matanya sempat mengerling pada jam di dinding. Hampir 3 jam dia tidur rupanya dan dia pasti yang majlis pertunangan Kak Longnya sudah berakhir.

            “ Ya ummi...”Balas Dhia sedikit lemah bila pintu bilik di buka.

            “ Perut kamu dah okey ke?” Soal ummi. Masih bersisa kerisuaan di hatinya tentang kesihatan anak perempuannya itu. Dhia mengangguk bila di tanya begitu. Sememangnya, perut dia sudah okey berbanding tadi.

            “ Umar dari tadi lagi cari kamu. Risau dia bila ummi cakap kamu tak sihat. Dia tunggu kamu dekat luar” Beritahu ummi lagi.

            “ Majlis dah selesai ke ummi?” Dhia rasa serba salah pula bila tidak dapat melibatkan diri dalam majlis tersebut. Pasti penat ummi dan abah melayan tetamu.

            “ Alhamdulillah... Semuanya dan selesai. Dah, pergi basuh muka lepas tu ajak Umar masuk makan. Umar tadi sibuk layan tetamu, sampai diri sendiri tak sempat nak makan” Beritahu ummi. Dia memang berkenan sungguh kalau Umar itu menjadi menantunya.

            “ Baiklah ummi...” Dhia akur. Dia terus melaksanakan arahan dari ummi sebelum keluar menemui Umar yang sedang leka berbual dengan abah di bawah kanopi yang dijadikan tempat makan para tetamu tadi. Sempat dia mencari kelibat Kak Long tetapi tidak pula kelihatan.

            “ Umar...Ummi ajak makan” Beritahu Dhia sebaik sahaja tiba di bawah kanopi itu. Memang menjadi kebiasaan dia memanggil Umar begitu jika di hadapan orang lain.

            “ Hah Umar, kamu belum makan lagi kan? Pergi masuk dalam, makan. Jangan malu-malu” Perlawa abah pula.

            “ Umar tak pernah malulah abah. Umar pergi dulu, lagipun perut dah lapar ni” Umar terus bangun dari duduk dan berjalan seiringan dengan Dhia masuk ke dalam rumah. Sememangnya agak rapat dengan keluarga itu hingga panggilan yang digunakan Dhia juga dia gunakan. 

            “ Sayang sakit apa?” Bisik Umar agak perlahan ketika berjalan masuk ke dalam rumah.

            “ Sakit perut jelah. Kenapa tak makan kalau perut tu dah lapar?” Soal Dhia.

            “ Abang tunggu bakal isteri abang ajak makan. Abang nak makan sama-sama dengan Dhia lah” 

            “ Ada-ada jelah abang ni” 

Setibanya di ruang dapur, kelihatan Kak Long dengan seorang lelaki berada di meja makan. Walaupun mereka berdua membelakangkannya, namun dia kenal susuk tubuh Kak Long dan lelaki yang duduk bersebelahan dengan Kak Long itu pasti lelaki yang bertunang tadi.

            “Hah Umar, duduk sini” Perlawa ummi sambil menarik salah satu kerusi meja makan. Di sebabkan perlawaan itulah, kedua-dua manusia yang berada di meja makan itu terus berpaling ke arahnya.

Bulat matanya bila melihat lelaki yang berada bersebelahan dengan Kak Long. Dia kenal dengan lelaki itu. Macam mana dia boleh muncul dalam rumah aku ni? Tak kanlah dia tu tunang Kak Long? Alamak! Mati aku!

            “ Buat apa tercegak dekat situ lagi, Dhia. Mari duduk sini” Tegur ummi sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Umar pula. Sejak bila pula teman lelakinya sudah duduk di situ.Belum sempat dia melangkah, tiba-tiba bahunya di langar dari belakang. Hampir tersenbam dia ke hadapan. Nasib baiklah kaki masih mampu mengawal tubuh, kalau tidak memang muka dia akan masuk ke dalam periuk gulai kari yang berada di lantai.

Marissa puas hati bila dapat menyakitkan wanita itu. Puas hati aku! Padam muka. Selesai mengambil air, dia kembali ke ruang tamu.

Dhia buat endah tak endah sahaja bila dia tahu Marissa yang melanggarnya. Kakinya terus di atur menuju ke meja. Berdebar-debar juga jantungnya saat mendekati mereka semua.

            “ Dhia, ini Kak Long kenalkan. Doktor Airil Uwais bin Dato’Hamdar. Bakal suami Kak Long” Maisara memperkenalkan tunangnya pada Dhia sebaik sahaja wanita itu duduk di sebelah Umar.

            “ Sayang, bukan dia ke yang datang mengamuk kat kedai haritu?” Bisik Umar di telinga teman wanitanya. Dhia mengganguk sahaja dan buat-buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

            “ Maaflah Kak Long sebab Dhia tak ada masa majlis tadi.” Mohon Dhia. Sesekali dia mengeling pada lelaki di sebelah Kak Long itu. Tidak ada kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Dah jadi bisu ke?

Umar terus makan makanan di atas meja tanpa menghiraukan orang lain. Sekarang ini dia tengah lapar dan lantaklah pasal benda lain. Perut harus di isi terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.
            “ Nak buat macam mana dah Dhia sakit. Sekarang dah okey ke?” Soal Maisara ingin tahu keadaan adiknya itu. Dhia sekali lagi mengganguk. 

            “ Esok pagi Kak Long dengan Abang Wais nak balik KL, so bolehlah Dhia dengan Umar follow sekali” Cadang Maisara. Dia memang harus balik ke Kuala Lumpur atas desakan kerja. Dia memang tidak boleh cuti lama kerana pemohonan cutinya hanya sebanyak 3 hari sahaja. 

            “ Dhia cuti seminggu Kak Long.” Sampuk Dhia.Umar berpaling ke arah teman wanitanya. Seminggu? Kenapa aku tak di beritahu tentang cuti yang lama itu? Sampai hati nak tinggalkan Umar lama-lama dekat Kuala Lumpur tu.

            “ Umar?” Maisara berpaling pada umar pula.

            “ Sebenarnya, kebetulan saya ada kerja dekat area-area sini, jadi saya tak boleh balik KL selagi kerja saya tak selesai” Tipu Umar. Sebenarnya dia tidak ada kerja pun di area itu. Dia segala bagi alasan begitu kerana tidak mahu balik ke Kuala Lumpur bersama mereka berdua. Bukan kerana tidak suka dengan Maisara tetapi dia tidak suka dengan sikap tunang Maisara itu. Langsung tidak bercakap. Sah! Memang lelaki ini sombong!

            “ Kak Long! Boleh adik tumpang Kak Long balik universiti?” 

Tiba-tiba muncul Marissa di ruang dapur. Dengan selambernya gadis itu duduk di kerusi bersebelahan dengan tunang Kak Long.

            “ Bukan adik cakap adik cuti dua minggu ke?” Maisara pelik dengan permintaan adiknya itu. Baru cuti 4 hari, sudah minta di hantar ke universiti semula. 

            “ Entahlah, sejak dua tiga hari ni rasa panas je duduk dalam rumah ni. Bolehlah Kak Long” Rayu Marissa. Dia memang tidak betah tinggal sebumbung dengan Dhia. Semakin meningkat tahap kebencian dia nanti.

            “ Abang Wais, boleh adik ikut tak?” Marissa bertanya pada tunang Kak Longnya pula bila dia tidak menerima jawapan dari wanita itu.

Uwais hanya mengganguk sambil mengukir senyuman di bibir. Marissa bersorak gembira lalu berlari meninggalkan ruang dapur untuk kali kedua

Kini giliran Dhia pula bangun dari duduk dan menuju ke singki sambil membawa pinggan yang digunakan tadi. Hanya dua suapan sahaja yang masuk ke dalam mulutnya dan yang lain memang tidak boleh di paksa masuk lagi. Sememangnya setiap kali dia segugut, selera makannya akan menurun serta merta. 

            “ Sikit makan Dhia” Tegur ummi.

Dhia hanya menguntumkan senyuman pada ummi yang sedang leka menyusun pinggan yang telah di suci ke dalam kebinet. Rajin sunggu ummi ni, memang tidak betah duduk diam sahaja. Setiap waktu pasti ada benda yang akan di kerjakan. 

Kelihatan di dalam singki ada beberapa biji pinggan dan piring. Alang-alang dia berdiri di depan singki, lebih baik dia tolong ummi bersihkan pinggan-pinggan itu. Ketika dia leka mengosok pinggan menggunakan span yang telah di calit dengan sabun, tiba-tiba muncul lagi sebiji pinggan masuk ke dalam singki.

            “ Bakal isteri abang ni rajinlah, tolong basuhkan pinggan abang sekali ek” Minta Umar sambil tersenyum manis. Dhia mengerutkan dahinya. Amboi-amboi, makan tak reti nak basuh sendiri ke?

            “ Nak abang tolong?” Perlawa Umar.

            “ Tak payah, sikit je ni” Beritahu Dhia sambil melakukan kerjanya.

            “ Sikit? Yang dekat bawah tu belum basuh lagi kan sayang?” Umar menunjuk ke arah sebuah bakul besar yang berisi pinggan dan cawan yang masih kotor. Itulah pinggan dan cawan yang digunakan para tetamu tadi.

Dhia mengerling ke arah tempat yang di tunjukan teman lelakinya itu. Bulat matanya melihat pinggan dan cawan yang masih penuh di dalam besin besar itu. Dia langsung tak perasan tentang kehadiran bakul itu. Alamak! Banyak pula kerja aku jadinya ni!

            “ Dah-dah, meh sini abang tolong sabunkan lepas itu Dhia bilas dan susun dekat sana tu” Arah Umar.Pandai-pandai sahaja dia mengarah sambil mengambil tempat di sebelah teman wanitanya. Nasib baiklah singki ada dua. Jadi bolehlah dia sabunkan pinggan dan cawan dan meletakannya di singki sebelah pula. Selepas itu, bolehlah Dhia membilasnya. Kerja yang dilakukan secara berdua, pasti akan lebih cepat dan senang.

Ummi hanya tersenyum melihat kerenah Dhia dan Umar. Dari pandangan matanya, mereka berdua memang pasangan yang secocok. Sama cantik dan sama padan. Semoga jodoh mereka berdua panjang. Doa ummi dalam hati.

Uwais hanya memandang gelagat pasangan yang sedang leka memcuci pinggan itu. Begitu seronok mereka berdua melakukan kerja sambil bergelak ketawa. Tak sangka pula dia boleh bertembung dengan minah yang telah merosakan baju melayunya itu dan lagi dia tidak sangka yang wanita itu akan jadi adik iparnya tidak lama lagi.  Kebetulan apakan ini? Aku menyampah tengok muka wanita itu bila mengingati tentang baju kesayangannya itu.

            “ You, lupa I nak tanya. You kata you nak pakai baju yang arwah mama you berikan masa hari pertunangan kita, tapi you tak pakai pun” Soal Maisara ingin tahu.

Telinga Dhia mula menangkap perbualan mereka berdua walaupun dia leka dengan kerjanya. Alamak! Mereka tengah bercakap pasal baju yang kena seterika tu ke? Habislah kalau Kak Long tahu yang pekerja dobi tempat aku kerjalah yang rosakkan baju tu.

            “ Oh! Baju tu? Masa I hantar baju tu pergi dobi, adalah seorang hamba Allah tu makan baju I.” Balas Uwais sambil mengerling pada wanita yang berada di singki.

            “ Makan? You biar betul? Habis mana baju tu? Teruk sangat ke rosaknya?” Bertalu-talu Maisara mengeluarkan soalanya. Ingin juga dia tahu keadaan baju kesayangan bakal suaminya itu. Selama ini dia tahu betapa pentingnya baju itu pada Uwais dan sesiapa yang rosakkannya memang segaja cari nahas.

            “ Teruklah juga sampai I rasa macam nak bakar je kedai dobi tu! Dengan orang-orang dia sekali I rasa nak bakar!” Uwais mengetap bibir. Bila ingat tentang bajunya itu, sakit hatinya bertambah. 

Dhia menelan air liurnya. Sampai macam itu sekali  lelaki itu marah padanya. Pasal baju sehelai pun sampai nak bakar-bakar kedai. Tapi dia tahu yang baju itu amat penting sekali. Kalau arwah ibu lelaki itu masih hidup pasti kerosakan baju itu tidaklah di perdulikan sangat tetapi dalam hal ini, orang yang memberi baju itu sudah tiada atas bumi lagi. Apa perlu aku buat ni? Tak kan nak pergi gali kubur orang tu dan mintak belikan baju melayu yang lain baru dia nak maafkan kesalahan pekerja dobi tempat dia kerja. Itu tak masuk akal langsung!




**********
Cuti seminggu Dhia sudah berakhir. Kini dia harus menyambung kerjanya semula. Seminggu meninggalkan rakan-rakan menerbitkan kerinduan di hati terutama sekali kepada majikannya. Sudah seminggu jugalah dia tidak berjumpa lagi dengan tunang Kak Longnya. Mungkin lelaki itu tidak mahu menuntut baju itu lagi. Dia bersyukur sangat-sangat kerana lelaki itu tidak mengambil apa-apa tindakan.  Lagipun sampai sekarang ini dia masih belum tahu siapa yang merosakan baju kemeja lelaki itu. Malas pula dia nak bertanya dengan lebih lanjut.

            “ Dhia, nak mintak tolong boleh?” Minta Zulaika bila meja kaunter pembayaran.

            “ Tolong apa?” Soal Dhia ingin tahu. 

            “ Tolong hantar baju Datin Suzana boleh?” Minta Zulaika. Dhia memandang sekilas pada wanita itu. Bukan ke itu memang kerja Zulaika dan kenapa kali ini dia di minta tolong melakukan kerja itu. Lagipun kenapa Zulaika tidak pergi sendiri?

            “ Kau nak pergi mana?” Soal Diah lagi.

            “ Aku tak pergi mana-mana pun. Kejap lagi suami aku datang. Aku takut masa dia sampai nanti aku tak ada pula dekat kedai. Lagipun Datin  Suzana asyik call je tanya pasal baju dia. Boleh ek?” Rayu Zulaika. Tidak mungkin dia meminta pertolongan dari Suria kerana wanita itu tidak ada lesen memandu. Terpaksalah dia menyusahkan rakannya yang lagi sorang.

            “ Tapi aku tak tahu rumah Datin Suzana tu dekat mana.” Beritahu Dhia. Dia memang tidak tahu di mana rumah wanita kaya itu. Lagipun selama ini dia tidak pernah pergi menghantar pakaian pelanggan terus ke rumah.

            “ Jangan risau, aku dah siapkan peta dengan alamat untuk kau” Zulaika mengeluarkan sekeping kertas dari poket seluar jeannya lalu di hulurkan pada rakannya. Dia memang yang wanita itu tidak tahu di mana rumah Datin Suzana kerana selama ini itu adalah kerja.

            “ Amboi kau. Siap lukis peta lagi” Dhia tergelak kecil bila melihat peta yang di lukis oleh rakannya itu menggunakan pen. Memang lawak betul lukisan itu. Sah-sah, Zulaika memang bukan pelukis yang baik. Lukisan tahap kanak-kanak lima tahun itu memang mengelikan hatinya. Jumpa ke rumah Datin Suzana kalau aku ikut peta macam cakar ayam ni? Zulaika, Zulaika... Macam-macamlah kau ni.

            “ Aku tak naklah kawan aku sesat nanti. Dah-dah, ambil baju ni and then pergi hantar ke rumah datin rambut tudung saji tu” Gurau Zulaika. Dhia tergelak kecil. Sempat dia menepuk bahu rakannya itu. Ingat aku je yang panggil Datin Suzana begitu. Kalau mengingati rambut datin itu, memang akan tergelak besar. Rambut macam tudung saji katakan!

Dhia mencapai baju-baju yang telah siap di gosok yang berada di dalam plastik lalu menuju ke kenderaan yang memang tersedia untuk penghantaran baju. Kereta proton kelisa itu pada asalnya milik Hasni, namun bila wanita itu memberi kereta lain, maka kereta itu dijadikan kereta kedai.
Permanduan di mulakan dengan harapan dia tidak akan sesat. Kalau mengikut peta cakar ayam Zulaika ini, rumah Datin Suzana tidaklah jauh sangat dari tempat dia kerja. Ke kiri dan kanan dia berpaling mencari alamat yang tertulis di kerta pemberian Zulaika itu saat kawasan perumahan VVIP dia masuki. 

Sakit kepalanya bila terpaksa memandang ke kiri dan kanan. Dahlah sebelum masuk ke kawasan perumahan itu dia di soal siasat oleh pengawal keselamatan yang berada di pintu pagar besar. Bila di sebut sahaja nama kedai dobi dan nama Zulaika, pengawal keselamatan itu terus membenarkan dia masuk. Geram pula dia pada dirinya kerana terlupa tanya pada pengawal keselamatan itu yang mana satu rumah Datin Suzana.

Kenapalah banyak sangat rumah dekat sini? Dahlah semuanya bentuk yang sama. Dhia mula kepenatan. Dia hentikan keretanya di depan sebuah banglo yang begitu besar dan cantik sekali. Di turunkan cermin kereta kerana kepanasan mula berbahang di dalamnya. Mana tidaknya, penghawa dingin boleh pula buat hal petang-petang begini. Dah lah cari rumah tak jumpa, lepas tu bau busuk dari peluh juga yang dia dapat. 

Berkali-kali dia cuba menelefon Zulaika, namun tidak juga wanita itu menjawabnya begitu juga dengan Suria. Kalau di ikutkan hati, sekarang ini juga dia balik semula ke kedai dan maki hamun Zulaika dan Suria kerana tidak menjawab panggilan darinya. Sakit sungguh hati bila panggilan kita tidak di jawab apatah lagi ketika kita perlukan pertolongan seperti dia sekarang ini.

Ingin sahaja dia membuka selendang di kepala kerana panas semakin menyerap di tubuh. Tak sangka hari ini kepanasan cuaca tidak seperti biasa. Kata ummi, kalau petang-petang cuaca terlampau panas, pasti malam nanti hujan akan turun. Betul atau tidak kata-kata ummi itu, dia sendiri tidak tahu. Mungkin itu adalah tangapan orang-orang tua zaman dahulu.

Dia mula tidak tahan lagi. Dia harus berpatah balik ke pondok pengawal keselamatan itu dan bertanya pada lelaki yang berada di situ. Sejak dari tadi lagi dia pusing-pusing tempat yang sama dan masih lagi tidak jumpa alamat yang tertulis di kertas petanya itu. Siaplah kau Zulaika kalau kau bagi aku alamat salah! Aku siat-siat kulit kau nanti!

Dia kembali menghidupkan enjin keretanya. Ketika dia baru sahaja ingin memulakan pemanduan, pintu pagar besar rumah banglo tempat dia berhenti itu terbuka luas. Bila melihat ada kereta yang ingin keluar dari situ, dia terus mengerakan kereta ke belakang sedikit. Nanti tak pasal-pasal kena marah sebab meletakan kereta di hadapan rumah orang.

Matanya terhenti pada satu benda berwarna keperangan dan berbentuk bulat di perkarangan rumah banglo itu. Datin Suzana? Duganya. Bila di lihat pada rambut yang bersaiz besar itu, dia pasti itulah Datin Suzana. Yeah!!! Akhirnya aku jumpa juga rumah Datin Suzana. Sorak dia dalam hati.
Matanya beralih pula pada alamat yang berada di sisi pagar besar itu. Apa!!! Kenapa alamat rumah banglo ni tak sama seperti dalam kertas yang Zulaika bagi. Kurang ajar kau Zulaika! Kau bagi aku alamat salah!

Pantas dia turun dari kereta dan mencapai pakaian yang berada di kerusi bahagian belakang. Dengan pantas kakinya di atur menuju ke arah pintu pagar besar itu.

            “ Assalamualaikum Datin Suzana” Dhia memberi salam. Dia berhenti di hadapan pintu besar itu. Kelihatan Datin Suzana sedang bercakap dengan seseorang yang berada di dalam kereta. Dia tidak tahu siapa yang berada di dalam kereta kerana cermin kereta itu agak gelap dan menyukarkan penglihatannya menembusi cermin itu.

            “ Waalaikummusalam... Awak datang nak jual baju ke? Maaflah saya tak berminat”

Dhia mengerutkan dahinya. Ada ke cakap aku jual baju. Tak nampak ke aku tengah pengang baju siapa ni? Nak tuduh aku minah bangla lah tu.

            “ Eh! Tak datin. Saya pekerja dobi Hasni. Saya ganti tempat Zulaika tolong hantarkan baju-baju datin” Dhia membetulkan tangapan Datin Suzana padanya.

            “ Lah, ye ke. Maaflah saya tak kenal pekerja Hasni yang lain selain Zulaika.” Datin Suzana memohon maaf. Selalunya Zulaika yang menghantar dan mengambil pakaiannya.

Dhia terus melangkah ke arah Datin Suzana dan baju-baju di tangannya terus di serahkan pada wanita itu. Matanya sempat mengerling ke dalam kereta yang tingkapnya sudah tertutup rapat, namun seperti tadi. Dia tidak nampak apa yang ada di dalamnya.

            “ Awak tunggu kejap, saya nak pergi ambil duit dekat dalam” Minta Datin Suzana sambil melangkah masuk ke dalam rumah semula.Dhia hanya mengganguk dan masih berdiri di sebelah kereta Honda Odyssey 2.4 yang berwarna putih.

Tiba-tiba cermin kereta itu turun dengan sendiri dan telah mengejutkan Dhia hingga dia berganjak ke belakang sedikit. Dia menelan air liur bila melihat lelaki bercermin mata hitam di dalamnya. Bila cermin mata itu di turun hingga paras hidung, Dhia tergaman seketika. Macam mana dia boleh muncul sini pula? 

            “ Dekat mana ada saya, dekat situlah ada awak. You follow I ek?” Tegur lelaki itu.

Dhia mengetap bibir geram. Bila mas aku ikut kau ha! Aku kalau boleh tak nak jumpa kau pun. Ingat aku heran sangat dengan kau tu. Tapikan...  Asallah kau lebih hensem dari Umar ha? Dhia menepuk dahinya. Dhia! Bangunlah! Jangan nak samakan dia dengan Umar. Umar tu teman lelaki aku.

            “ Kenapa saya nak follow awak pula. Saya datang sini sebab saya nak hantar baju. Tak sangka pula Datin Suzana kenal dengan awak” Balas Dhia. Janganlah dia sebut pasal baju melayu yang rosak itu lagi.

            “Kalau bukan kerana awak ni adik kepada tunang saya, dah lama saya saman awak sebab rosakkan baju saya. Tak pun saya bagitahu mama saya supaya jangan hantar baju dekat kedai dobi awak lagi. saya pun tak nak baju mama saya senasib dengan baju saya tu” Sindir Uwais sambil menjeling tajam pada wanita itu.

            “ Datin Suzana tu mama awak?” Tergaman Dhia mendengarnya. Bukan ke dia cakap ibu dia dah meninggal. Kalau betul Datin Suzana tu ibu dia, senanglah aku suruh jelah wanita itu belikan baju melayu baru untuk lelaki sombong ni. Habis cerita!

            “ Tiri...” Balas Uwais ringkas.

Dhia mengganguk tanda faham.Deringan telefon di dalam poket seluar jeannya telah menyelamatkan dia dari terus bercakap dengan tunang Kak Longnya itu. Terus di membelakangkan lelaki yang masih di dalam kereta itu.

            “ Hello abang, Dhia tengah kerja ni..” Sapa Dhia terlebih dahulu.

            “ Dhia...” 

Uwais hanya memandang bakal adik iparnya itu. Cantik juga minah ni? Pujinya dalam hati. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Kalau bukan kerana mamanya yang minta dia tunggu di situ, dah lama dia tinggalkan perkarangan rumahnya itu. Banyak lagi kerja yang dia harus lakukan di kliniknya. Tak elok pula dia meninggalkan klinik terlalu lama. Walaupun itu klinik dia bersama dengan kakaknya, namun tidak bolehlah dia selalu meninggalkan klinik begitu sahaja.

Ketika dia sedang leka mengikut lirik lagu yang berkumandang di radio, dia terkejut bila tiba-tiba Dhia berlari meninggalkan perkarangan rumahnya begitu sahaja. Kelihatan seperti kelam kabut dan mengejar masa. Lantaklah! Malas nak fikir. Sekarang ini dia hanya menunggu mamanya dan selepas itu bolehlah dia balik semula ke klinik. Kalau bukan kerana papanya sakit, dia tidak ada di situ. 

            “ Mana budak tadi Wais?” Soal Datin Suzana sebaik sahaja keluar dari rumah sambil membawa dompetnya. 

Uwais mengungkit bahu sahaja. Malas nak bercakap pasal wanita itu. Kali ini telefonnya pula berdering. Tertera nama tunangnya. Dia tidak terus menjawabnya.

            “ Ada apa-apa lagi tak mama?” Soal Uwais. Dia memang agak rapat juga dengan ibu tirinya itu. Selepas kematian ibu kandungnya 4 tahun yang lepas, papanya terus berkahwin dengan orang lain. Nasib baiklah dia memperolehi ibu tiri yang baik dan penyayang.

            “ Tolong bagi duit ni pada kakak, nanti cakap dekat kakak jangan lupa call mama” Datin Suzana menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat yang berisi wang di dalamnya kepada Uwais.

            “ Duit apa ni mama?” Soal Uwais ingin tahu. Deringan telefon masih lagi tidak berhenti dari tadi. Selagi urusan dia dengan mamanya belum selesai, dia tidak akan menjawab panggilan itu walaupun panggilan dari tunang dia sekalipun.

            “ Adalah, kamu bagi je pada kakak. Mama masuk dulu” Datin Suzana terus berlalu pergi. Uwais terus melemparkan wang itu pada kerusi bersebelahan dengannya dan butang hijau pada telefonnya terus di tekan.

            “ Ada apa sayang. I tengah kerja ni” Bohong Uwais. Dia tidak mahu wanita itu membebel di sebabkan dia lambat menjawab panggilan itu.

            “ You! Tolong I!”

Bulat mata Uwais bila mendengar suara tunangnya itu. Tolong? Tolong apa ni? Maisara dalam kesusahan ke?



**********
    
        “ Dhia, dengar penjelasan abang dulu!” Rayu Umar sambil mencapai lengan wanita itu. Dia berharap benar yang wanita itu mahu mendengar penjelasannya terlebih dahulu sebelum membuat tangapan.

            “ Dengar apa lagi? Semuanya sudah terbukti! Dhia tak nak dengar apa-apa lagi!” Marah Dhia sambil menyentap tangan Umar agar tidak terus menyentuhnya.

            “ Abang tak salah Dhia. Kami terperangkap” Rayu Umar.

            “ Apa? Terperangkap? Maksud abang, Kak Long yang perangkap abang?” Dhia sudah tidak dapat menahan air matanya lagi. Mutiara putih mula mengalir di pipinya. Hatinya benar-benar sakit. Seperti mahu gugur jantungnya bila dia dapat tahu yang teman lelaki yang dia cintai itu di tangkap berdua-duaan dalam hotel bersama dengan wanita yang paling dia percaya. Kak Long, kenapa buat Dhia macam ni?

            “ Abang tak tahu yang Kak Long ada dalam bilik hotel tu...” Belum sempat Umar menghabiskan ayatnya. Dhia terlebih dahulu memotongnya.

            “ Cukup! Apa pun alasan abang, Dhia tetap dengan keputusan Dhia. Kita putus!” Tegas Dhia. Air mata yang mengalir di pipinya terus di kesat menggunakan jarinya.

            “ Dhia bagi abang peluang” Rayu Umar lagi. Dia memang tidak sangka kehadiran dia di bilik hotel itu adalah satu perangkap. Dia menerima panggilan dari seorang yang tidak di kenali dan menyuruh dia ke hotel itu. Kata orang itu lagi, Dhia dalam bahaya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik hotel itu tiba-tiba orang dari jabatan agama islam muncul. Masa itulah dia baru sedar yang Kak Long berada di dalam bilik yang sama. Dia tidak tahu dari mana Kak Long muncul.

            “ Peluang apa lagi? Dah terang-terang abang berdua-duaan dengan Kak Long dalam bilik tu. Kalau betul abang tak salah, kenapa abang pergi ke hotel tu? Memang abang dah rancang nak jumpa Kak Long kan?” Duga Dhia lagi. 

Umar meraup mukanya beberapa kali. Dia tahu, alasan apa sekalipun dia berikan wanita itu sudah tidak percayakan dia lagi.

            “ Dhia...”

Kedengaran satu suara memanggil namanya.Dhia berpaling ke belakang.Kelihatan Kak Long berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang ini. Kelihatan wanita itu teresak-esak menangis.

            “ Puas hati Kak Long sekarang? Apa yang Kak Long nak sebenarnya? Selama ini Dhia percayakan Kak Long, tapi ini balasan Kak Long pada Dhia!” Marah Dhia. Dia rasa seperti ada pisau tumpul menghiris hatinya. Sakit dan cukup menyiksakan.

            “ Dhia, Kak Long tak tahu macam mana Umar boleh ada dalam bilik hotel yang sama” Maisara lagi keliru. Dia tergaman sebaik sahaja keluar dari bilik air semasa di bilik hotel bila melihat beberapa lelaki berserban putih dan lagi mengejutkan dia bila Umar juga ada di situ. Dia menyinap di hotel itu kerana tidak sempat balik ke rumah semalam kerana baru selesai menghadirkan diri di salah satu majlis di rumah rakannya. Lagi pelik bila rakan yang menginap bersamanya itu sudah tiada di dalam bilik semasa kejadian itu.

            “ Cukup! Dhia tak nak dengar apa-apa lagi” Dhia menutup kedua-dua telinganya menggunakan tangan.

            “ Dhia, Kak Long tak salah” Rayu Maisara bersama dengan tangisan.

            “ Kalau Kak Long bencikan Dhia, tak perlulah Kak Long sakitkan hati Dhia sampai macam ini sekali. Kak Long tahu kan yang Dhia sayangkan Umar. Kenapa semua ini boleh terjadi pada Dhia? Kenapa Dhia yang selalu disakiti? Kenapa!?” Jerit Dhia. Kakinya sudah lemah longlai dan akhirnya dia terjepok ke lantai juga. Tersedu-sedu dia menahan tangisan. Tidak cukup ke penderitaan dia selama ini hingga perlu di tambah dengan penderiaan baru. Dahlah selama ini dia cukup menderita kerana di benci oleh ibubapa kandung sendiri. Adakah aku tak layak untuk rasa bahagia? Adakah takdir aku hidup di dunia ini memang untuk disakiti?

            “ Dhia...” Panggil Umar sambil cuba membantu teman wanitanya bangun.Cepat-cepat Dhia menepis tangan lelaki itu. 

            “ You...” Rintih Maisara sebaik sahaja tunangnya tiba.

Uwais tidak langsung memandang muka tunangnya, tetapi dia melihat Dhia yang sedang menangis di lantai dewan jabatan agama islam itu.

            “ You, I tak salah” Maisara menarik tangan tunangnya agar lelaki itu berkata-kata. Berdiam diri begitu benar-benar menyiksa hatinya.

Pang!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Maisara. Dhia terus mengangkat mukanya. Dia langsung tidak perasan kehadiran Uwais di situ.

            “ Kaulah betina paling murah yang pernah aku jumpa! Berani kau curang dengan aku! Menyesal aku sayang pada kau!” Marah Uwais sambil menepis tangan tunangnya itu. Walaupun wanita itu merintih sekalipun, dia tidak akan maafkan wanita itu lagi. 

Uwais melangkah ke arah Umar dan muka lelaki itu di tumbuk berkali-kali. Dhia memang tidak boleh berdiam diri. Di tarik tubuh Uwais dari terus membelasah Umar. Walaupun dia sakit hati dengan Umar, namun tidak perlulah Uwais membelasah umar sampai macam itu sekali. Nasib beberapa orang pekerja di situ membantu dia leraikan pergaduhan itu.

Maisara pula hanya berdiri tanpa kata. Umar sudah mula lemah dan terduduk di sebelah pasu bunga.

            “ Adik pun kau nak, lepas tu kau try tunang aku pula! Jantan jenis apa kau ni!” Tengking Uwais sambil meronta-ronta minta di lepaskan bila beberapa orang lelaki yang entah dari mana munculnya terus menarik tubuhnya.

            “ Enough!” Jerit Dhia kuat.

Semua orang mula berdiam diri termasuklah Uwais. Umar pula sudah terkolai di lantai. Dhia mendekati tubuh Umar. Kelihatan kesan lebam di muka lelaki itu. Cincin pemberian Umar ketika ulangtahun pertama perkenalannya dulu terus di lucut dari jari manis dan di letak pada tapak tangan sebelah kiri Umar.

            “ Mulai hari ini, hubungan kita putus.” Putus Dhia. 

            “ Dhia...” Panggil Umar dalam keadaan lemah. Dhia tidak memperdulikan panggilan itu. Kakinya di atur menuju ke Kak Long pula. Di capai tangan kanak Kak Long.

            “ Dhia doakan Kak Long bahagia. Halalkan segala makan minum Dhia selama ini. Terima kasih Kak Long.... Terima kasih untuk segala-galanya” Ucap Dhia sebelum melangkah pergi dengan perasaan hiba.  Sudah tak tertahan kesakitan yang dia rasa ketika ini. Dengan siapa dia harus mengadu sakitnya itu. Selamat tinggal Umar...



**********
Dhia memasukan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg.Selepas kejadian di jabatan agama islam seminggu yang lepas, dia langsung tidak keluar rumah. Nasib baiklah Hasni faham dengan masalahnya sekarang ini. Selesai mengemas, dia melabuhkan punggung pada birai katil. Keluhan di lepaskan. Sudah kering air matanya untuk terus menangis lagi. Dia harus terima semua ini dengan hati yang terbuka. Mungkin dia memang tidak ada jodoh dengan Umar.

            “ Dhia, boleh aku masuk”Minta Munirah sambil menjenguk masuk ke dalam bilik rakannya itu. Dhia hanya mengganguk tanda boleh.

Munirah terus melabuhkan punggungnya di sebelah rakannya. Jari jemari Dhia di gemgamnya.

            “ Sabar ek. Mesti ada hikmat di dengan apa yang berlaku. Aku tahu kau seorang wanita yang kuat” Munirah memberi semangat. Dhia hanya menunduk.

            “ Aku okeylah” Balas Dhia bersahaja. Dia berusaha mengukir senyuman di bibir.Munirah membelai rambut panjang Dhia pula. Dia tahu yang Dhia seorang wanita yang kuat.

            “ Kau nak pergi mana ni?” Soal Munirah bila melihat satu beg pakaian bersaiz sederhana besar berada di penjuru bilik. 

            “ Aku nak pergi bercuti. Aku nak tenangkan hati dan jiwa aku. Duduk KL ni makin serabut otak aku. Umar tiap-tiap hari datang merayu pada aku. Kak Long pun sama. Marissa pula, tak habis-habis nak gelakkan aku. Sukalah dia bila tengok aku jadi macam ni” Omong Dhia. Nasib baiklah dia mempunyai duit simpanan, jadi bolehlah dia gunakan duit itu untuk pergi jauh dari orang-orang yang telah menyakitkan hatinya.

            “ Bagus juga idea kau tu. Bila hati kau dah reda, kau balik sini. Pasal Kak Hasni tu, nanti aku handle. Lagipun dia kan kakak aku.” Munirah memang menyokong keputusan Dhia itu. Lebih baik pergi tenangkan diri sebelum menempuh dugaan yang mendatang. Lagipun soal majikan Dhia itu, hanya hal kecil.  Dia dan Hasni sebenarnya adik beradik dan dia jugalah yang mempromot Dhia pada kakaknya sewaktu wanita itu mencari pekerja untuk kedai dobi yang baru di buka itu.

            “ Okeylah, aku nak masuk tidur dulu sebab esok aku kerja. Good night” Munirah mencium pipi kanan Dhia sebelum keluar dari bilik itu. Dhai mengeluh berat. Tubuhnya di baringkan pada tilam. Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya, deringan telefon telah mengejutkan dia.Kalau di skrin tertera nama Kak Long ataupun Umar, memang dia tidak akan menjawabnya. Namun sangkaannya meleset, tertera nama ummi di skrin. Sudah seminggu dia tidak berhubung dengan umminya itu. Bukan marah pada ummi tetapi dia belum sedia untuk bercakap dengan wanita itu. Kali ini dia sedikit kuat. Butang hijau di tekannya.

            “ Ya ummi...” Sapa Dhia kurang bersemangat.

            “ Dhia, are you okey?” Soal ummi agak cemas.

            “ Dhia okey ummi. Ummi tak payah risau pasal Dhia.” Dhia menyedapkan hati wanita yang di sayanginya itu.

            “ Ummi mintak maaf bagi pihak Kak Long. Ummi pun terkejut dengan apa yang berlaku. Dhia... Kak Long dengan Umar tak salah...” Belum sempat ummi menghabiskan ayat, Dhia terus memotongnya.

            “ Ummi, Dhia dah tak nak fikir pasal itu lagi. Dhia dah maafkan Kak Long dengan Umar tapi untuk jadi seperti dulu, Dhia rasa perkara itu tidak akan berlaku. Dhia perlukan masa ummi. Harap ummi faham” Rayu Dhia.  Dia malas hendak mendengar penjelasan yang Kak long ataupun Umar berikan. Perkara itu betul atau tidak, Kak Long tetap kena kahwin dengan Umar kerana perkara itu sudah mula tersebar luas dan keluarga Umar juga berkeras mahu kahwinkan Umar dengan Kak.Long kerana malu dengan perkara itu. Seksa hatinya saat dia menerima pesanan ringkas dari adiknya yang memberitahunya soal perkahwinan mereka berdua yang akan berlangsung tidak lama lagi.

            “ Dhia, ummi mintak maaf sebab anak ummi dah menyakitkan hati Dhia” Mohon ummi lagi.

            “ Ummi tak salah.Okeylah ummi, kalau ada apa-apa nanti Dhia call ummi lagi. Selamat malam ummi” Dhia terlebih dahulu mematikan talian.Matanya di pejam rapat-rapat. Harap esok adalah permulaan baru dalam hidupnya.

          
  “ Dhia!”

Kedengaran satu suara yang amat dikenali mula menyusuk ke lubang telinganya. Dhia membuka kembali matanya dan mula memandang sekeliling. Kuat betul suara itu memanggil namanya.Dia bikas bangun dari baring dan menuju ke tingkap biliknya. Oleh kerana bilik di berada di tingkat atas, jadi bolehlah dia tengok dengan jelas siapa yang berada di hadapan rumahnya itu. Umar? Dhia terkejut bila melihat Umar yang berada di hadapan rumahnya ketika ini. Lelaki itu asyik mengoncangkan pintu pagar rumah hingga mengeluarkan bunyi yang bising. Silap-silap hari, boleh kena sumpah dengan jiran-jiran kerana bunyi yang bising itu. Dahlah waktu-waktu malam begini. Tingkap biliknya di buka seluas mungkin.

            “ Dhia, please...Abang nak cakap dengan Dhia kejap” Jerit Umar dari bawah bila melihat kelibat teman wanitanya di tingkap rumah.

            “ Cakap apa lagi? Awak dah nak kahwin dengan Kak Long, apa lagi yang tak cukup. Itu yang awak nak kan?” Balas Dhia dari situ. Dia tidak akan turun dan menemui lelaki itu lagi. Kalau di ikutkan hati, memang dia ingin berjumpa dengan Umar untuk melepaskan rindu tetapi bila di fikirkana apa yang berlaku, hatinya menjadi marah dan dendam. Lelaki yang dia percaya boleh melindungi dan menjaganya itu adalah seeokor buaya darat yang sanggup memakan kaum kerabatnya sendiri.

            “ Abang tak nak kahwin dengan Kak Long, abang nak kahwin dengan Dhia. Tolonglah sayang, abang merayu sangat-sangat. Dengar penjelasan kami dulu” Rayu Umar.

Dhia mengerutkan dahinya. Kami? Apa maksud kami tu? Adalah Kak Long juga ada bersama dengan Umar ketika ini? Duganya sendirian. Beberapa minit kemudian, keluar seorang perempuan dari perut kereta yang pastinya miliki Umar. Sangkaannya tepat, Kak Long memang ada bersama dengan Umar. Sah-sah ada hubungan, nak berdalih lagi! Dasar pembohong!

            “Dhia, Kak Long ,minta maaf. Turun dik, kita bincang elok-elok” Rayu Maisara pula. Tak sangka perangai Dhia begitu keras sekali kerana selama ini, wanita itu selalu mengalah dan selalu mendengar kata. Namun tidak kali ini, Dhia menjadi seperti batu yang memang tidak boleh di pecahkan lagi. Penjelasannya langsung tidak mahu di dengari. Dia sanggup kehilangan Uwais kerana kejadian khawatnya itu tetapi dia tidak sanggup kehilangan adik yang dia sayangi itu.

            “ Kak Long tak payah datang pujuk Dhia! Dhia tak nak dengar apa-apa pun! Kak long dengan Umar jangan datang rumah Dhia lagi, faham! Tolong bagi waktu untuk Dhia terima ini semua” Marah Dhia agak kuat, namun masih menjaga cara percakapan agar tidak terlalu kurang ajar. Walaupun Kak Long telah merampas kebahagiaannya, namun dia masih ada sisa kasih sayang untuk wanita itu. Tingkap biliknya terus di tutup lalu terus melabuhkan langsir agar mereka berdua tidak nampak keadaan di dalamnya lagi.

Umar menyandarkan tubuhnya pada kereta sambil meraut muka beberapa kali. Kekecewaannya benar-benar menebal. Di tendangnya tayar kereta untuk melepaskan geram kerana tidak berjaya memujuk buah hatinya itu. Keras betul hati wanita itu dan tidak seperti selalunya. Maisara mengeluh berat. Dia hanya mampu melihat sahaja kekecewaan di hati Umar. Dia faham perasaan lelaki itu sekarang kerana dia juga tidak berjaya memujuk semula tunangnya. Uwais juga tidak mudah di lenturkan selepas kejadian itu. Memang hati orang akan berubah ke setiap kali ada masalah?

            “ Sudahlah Umar, nak buat macam mana lagi kalau dia tak nak dengar penjelasan kita” Nasihat Maisara bila melihat Umar kelihatan menangis. Kecewa sungguh lelaki itu.Tidak pernah dia melihat lelaki menangis selama ini. Uwais pun tidak pernah menangis di hadapannya.

            “ Senanglah Kak Long cakap! Dhia dah tak nak terima saya balik! Kak Long tahu tak yang saya nak kahwin dengan Dhia, bukannya dengan Kak Long!” Tengking Umar.

Pang!

Satu penampar hingga di pipi Umar. Maisara memang tidak tahan dengan kata-kata Umar. Dia merasakan seperti dirinya yang tergila-gilakan lelaki itu dan yang telah menyebabkan perkara itu berlaku. Aku pun terperdaya juga Umar!

            “ Umar ingat Kak Long nak sangat ke kahwin dengan Umar? Kak Long pun ada pilihan Kak Long sendiri. Umar tahu tak yang perancangan perkahwinan Kak long musnah di sebabkan perkara ni! Umar ingat Umar seorang sahaja yang kecewa! Kak Long sama macam Umar!” Marah Maisara pula. Kalau bukan kerana terpaksa, dia tidak akan setuju untuk menikahi lelaki yang muda tiga tahun darinya itu. Sampai sekarang ini pun, dia tetap berusaha untuk menambat kembali hati Uwais kerana dia masih cintakan lelaki itu.

Umar terdiam sejenak. Sakit juga bila di tampar oleh wanita itu. Kalau kuat sedikit lagi tadi, mahu tercabut gigi dia. 

            “ Maaf Kak long, saya tak segaja tengking Kak long tadi” Umar meminta maaf. Memang sahaja dia kerana menengking tidak tentu pasal. Bila kemarahan menyusup  masuk ke tubuh, dia tidak mampu mengawalnya. Sesiapa yang ada di hadapannya pasti akan menjadi mangsa. Maisara hanya tersenyum sumbing.

Ketika Umar baru sahaja ingin melangkah ke arah pintu kereta sebelah pemandu, tiba-tiba dia rasa seperti sesuatu yang agak keras mengena kepalanya. Terasa sejuk dan seperti ada cecair mengalir di pipinya. Bila di sentuh, terasa seperti lendir. Telur? Dari mana datangnya telur ni? Soal Umar sendirian bila dia sudah kena pasti benda yang mengena kepalanya itu.

            “ Kalau nak memekak pergi tempat lainlah! Tahu tak orang nak tidur! Nak aku lempar dengan lesung batu ke baru nak berambus!”

Kedengaran orang menjerit. Umar dan Maisara berpaling serentak ke arah rumah bersebelahan dengan rumah Dhia. Kelihatan seorang wanita berdiri di tingkap bilik bahagian atas. Di tangan wanita itu kelihatan seperti kayu golf.

Dhia yang tersedar dengan jeritan jiran sebelahnya itu terus menjenguk keluar tingkap. Ternyata Umar dan Maisara masih di depan rumahnya, namun mulutnya tiba-tiba mengukir senyuman bila melihat kepala Umar terdapat kulit telur. Sah memang lelaki itu sudah kena serangan dari nenek kebayan yang berada di sebelah rumahnya itu. Sememangnya perangai jirannya yang bernama Kak Senah itu agak garang sekali. Pernah sekali tu, ada orang kena lempar dengan selipar jepun kerana bergaduh di hadapan rumahnya. Namun dia dan kawan-kawannya yang lain tidak memanggil wanita itu Kak Senah tetapi dengan panggilan nenek kebayan. Tetapi tak pula berani memanggil wanita itu begitu bila berhadapan, kalau tak memang makan seliparlah jawabnya. Rasanya, lepas ini bolehlah dia mengupah Mak Senah je jadi pengawal peribadinya.

            “ Kenapa nenek kebayan tu mengamuk Dhia?” 

Muncul Munirah dan Suria di dalam biliknya dan turut sama mengintai melalui celahan langsir tingkap.

            “ Dah ada orang buat bising depan rumah dia, mananya dia tak mengamuk. Kau tahulahkan, nenek kebayan tu pukul 9.00 malam dah nak tidur. Dia mana boleh bising-bisng” Sampuk Suria. Sebenarnya dari tadi lagi dia dengar bising-bising di luar rumahnya, namun dia malas nak ambil kisah. Lantaklah nak bergaduh depan rumah dia sekalipun, apa dia perduli. Hal orang jangan nak menyibuk sangat.

            “ Itu Umar kan?” Soal Munirah. Dhia mengganguk lalu meninggalkan tingkap dan melabuhkan punggung pada tilam. Malaslah nak tengok lama-lama. Lagipun Umar dengan Kak Long sudah beransur pergi.

            “Okeylah Dhia, kami tidur dulu” Munirah terus menarik tangan Suria agar mengikutnya keluar dari situ. Rasanya dia tidak harus terus berada di dalam bilik itu. Dhia p-perlukan masa untuk bersendirian.Suria hanya mengikut tanpa membantah. Dia juga faham dengan situasi Dhia sekarang ini. 


**********

Kerana ingin lari dari kesibukan kota dan lari dari orang-orang yang menyerabukkan kepala otaknya, Negeri Terengganu menjadi pilihannya. Pada mulanya dia memilih Pulai Langkawi sebagai tempat perlancongannya, namun bila seorang kawan lamanya mengajak dia ke Terengganu, dia akur. Lagipun dia belum pernah lagi menjejakkan kaki di tanah yang kaya dengan hasil laut itu. Besut adalah destinasi percutiannya sekarang ini.

Di Terengganu, dia menginap di rumah kawan lamanya itu. Pada mulanya dia ingin menyewa hotel sahaja, tetapi bila rakannya itu berkeras agar dia tinggal bersama dengannya. Sekali lagi dia akur. Bolehlah dia berjimat sikit, lagipun dia bukannya anak orang kaya.

Memang seronok tinggal di rumah kawannya itu. Rumah yang betul-betul mengadap pantai yang putih dan bersih itu.Keluar sahaja dari rumah, pandangan pantai yang cantik lagi indah menjadi tatapannya. Kini dia benar-benar terasa tenang dan damai sekali. Pangkin yang berada di bawah pokok ru menjadi persingahan punggung Dhia. 

            “ Woi, berangan ek? Ingat gewelah tu” Sapa Karmila sambil menepuk bahu rakannya yang begitu ralik duduk di pangkin depan rumahnya.

Dhia tersentak dan serta merta kepalanya berpaling ke arah Karmila. Wanita yang pernah bekerja di kedai telekomunikasi yang bersebelahan dengan tempat dia kerja sekarang. Sudah hampir setahun jugalah Karmila tidak bekerja di situ dan terus balik ke Terengganu. Sekarang ini Karmila sudah memulakan perniagaan sendiri. Biaslah orang Terengganu, memang tak boleh lari dari keropok lekor. Perniagaan keropok lekor Karmila semakin  maju sekarang ini.

            “ Gewe? Apa tu kak?” Soal Dhia pada wanita yang 4 tahun lebih tua darinya itu. Namun begitu Karmila masih belum berkahwin walaupun sudah masuk 27 tahun.

Karmila ketawa dengan tiba-tiba. Alahai! Gewe pun tak tahu. Nasiblah aku ni pandai cakap KL, kalau tak memang mati kutulah kau Dhia.

            “ Gewe tu teman lelaki or teman wanitalah sayang. Itu pun tak tahu ke?” Jawab Karmila. Dhia mengganguk tanda faham. Manalah dia tahu bahasa orang lain. Yang dia tahu hanya bercakap dalam bahasa biasa yang di gunakan orang lain. Bahasa buku katakan. 

            “ Mana adalah kak. Best kan duk kampung ni? Tenang,damai,udara pun segar” Puji Dhia.Karmila melabuhkan punggungnya pada pangkin. Dulang kecil di tangannya terus di letak sama.
            “ Bolehlah tahan Dhia. Tapi bagi akaklah, duk KL lagi best apa. Semua kemudahan ada, tak macam dekat kampung ni. Serba serbi kurang” Ujar Karmila pula. Dia sebenarnya memang sukar tinggal di kampung, tetapi dia merasakan yang dekat bandar itu kehidupan mungkin lebih sempurna. Semua benda ada di sana.

            “ Mana dapat mangga ni akak?” Dhia menukar topik. Dia mula duduk bersila di hadapan talang kecil yang berisi mangga dan cuka yang sudah di campur dengan garam, gula dan belacan. Masa kecil-kecil dulu ummi gemar memakannya mangga bersama dengan cuka, jadi dia pun join sekakilah.

            “ Mak akak yang beli tadi. Katanya dia nak buat sambal mangga, jadi akak ambillah dua tiga biji. Kalau dekat sini buah mangga macam ini orang panggil buah pauh tau. Orang KL je panggil buah mangga. Dhia makan ke buah macam ni?” Soal Karmila sambil mengupas kulit mangga lalu di potong kecil-kecil.

            “Mestilah makan kak. Sedap ni” Puji Dhia sambil mencapai satu potong lalu di cicah dengan campuran cuka tadi dan terus di masukkan ke dalam mulut. Ya Allah... Sedapnya! Lama dah tak makan macam ni. Walaupun masam, tetapi memang sedap.Tiba-tiba teringat pada ummi pula.
Karmila tergelak melihat rakannya itu memakan buah mangga yang masamnya tahap cuka. Dah macam tak makan setahun dia tengok. Kini giliran dia pula menjamahnya. Nikmat bila makan bersama memang sedap.

            “ Petang nanti Dhia nak jalan-jalan dekat tepi pantai, akak nak ikut?” Beritahu Dhia sambil makan. Satu persatu potongan mangga di suap ke mulutnya.

            “ Petang nanti akak kena pergi kedai keropok akak,sebab ada customer nak ambil keropok yang dia tempah minggu lepas. Sory, akak tak boleh teman Dhia” Balas Karmila lagi. Dhia mula terfikir yang dia belum pernah melihat orang memproses keropok lekor. Lebih baik dia mengikut Karmila ke kedai keropok daripada berjalan di tepi pantai. Rasanya melihat keindahan pandai, lain kalipun boleh.

            “ Akak, Dhia ikut akak boleh?” Minta Dhia.

            “ Ikut pergi mana?” Karmila masih tidak mengerti.

            “ Kedai keropok akaklah. Boleh ek?” Sedikit merayu Dhia agar wanita itu bersetuju.

            “ Lah... mestilah boleh...”


**********
            “Dhia, tolong akak boleh?” Minta Karmila sambil meneliti laporan pembelian para pelanggannya secara borong. Selalunya jika pelanggan tetap, memang keropok akan di ambil melalui pintu belakang agar tidak menggangu pelanggan lain. Dhia yang sedang leka melihat salah seorang pekerja Karmila sedang memproses ikan yang akan dijadikan keropok terus melangkah ke arah Karmila.

            “ Tolong apa kak?” Soal Dhia. Sibuk benar wanita itu melayan beberapa orang pelanggan yang membeli secara borong. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengangkat kotak yang berisi keropok lekor yang belum masak masuk ke dalam van. Mungkin itulah stok yang di beli pelanggan berbangsa cina itu. Tak sangka cina pun pandai makan keropok lekor versi Terengganu.

            “ Dekat depan tak ada orang jaga, boleh Dhia tolong layan pelanggan dekat depan kejap. Kak Salmah tak datanglah hari ni. Selalunya Kak Salmah yang jaga bahagian depan” Minta Karmila lagi.
Dhia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia manalah pandai juga keropok ni. Lagipun dia tidak tahu keropok di jual dengan cara bagaimana. Kira kilo ke kira main agak jer?

            “ Kejap ya tokey...” Karmila meminta pelanggan tetapnya itu menunggu seketika sementara dia menerangkan cara perjualan keropok lekor pada wanita itu. Lelaki cina itu hanya mengganguk sahaja.
            “ Tak susah pun Dhia. Dekat setiap bakul yang ada keropok lekor tu semuanya sudah ada tanda harga. Dhia ikut harga itulah. Kalau orang beli lebih dari RM30.00 ringgit, Dhia bagilah lebih dua tiga batang keropok lekor yang belum masak tu. Kira sedekahlah” Terang Karmila dengan lebih lanjut. Dhia mengganguk tanda faham. 

Nasib baiklah sudah ada tanda harga, kalau tidak memang pening juga dia. Mana tidaknya di atas meja bahagian depan kedai terdapat bermacam-macam jenis keropok termasuklah dengan keropok keping. Mahu gila kepala otak dia kena ingat semuanya.

            “ Boleh tak?” Soal Karmila inginkan kepastian. 

            “ Boleh...” Balas Dhia.

            “ Kalau menyusahkan Dhia, tak apalah. Akak suruh Junus yang jagakan” Karmila inginkan kepastian. Kalau bukan kerana dia sibuk melayan pelanggan di bahagian belakang kedai, memang dia tidak akan meminta pertolongan dari wanita itu. Kalau Dhia tak ada, terpaksalah dia minta pertolongan dengan pekerja yang bekerja di bahagian pembuatan keropok lekor.

            “ Eh, tak apa kak. Dhia boleh buat. Jangan risau. Trust me okey” Dhia terus meninggalkan ruang belakang kedai itu dan menuju ke depan. Kelihatan beberapa orang sudah beratur di kuanter untuk pembayaran dan ada juga yang sedang memilik keropok pilihan masing-masing.

            “ Maaflah semua, ada kesulitan sikit.” Mohon Dhia. Tadi Karmila yang jaga kedai, bila pelanggan datang dari belakang, wanita itu terus ke belakang dan meninggalkan bahagian depan begitu sahaja. Sebelum memulakan pengiraan bayaran,dia harus meneliti setiap harga barangan terlebih dahulu kerana takut berlaku kesilapan. 

Agak lembab jugalah kerja dia kerana dia perlu meneliti setiap harga barang. Lagi menyukarkan kerjanya bila penggunaan bahasa percakapan mereka. Lograt Terengganu memang dia susah nak faham. Kadang-kadang Karmila bercakap pun dia tak faham sangat kalau tidak menggunakan bahasa normal. Maaflah ya encik-encik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Aku ni baru pertama kali jual keropok, so lambatlah sikit. Harap bersabarlah ya...

            “Berapa?”

Soal salah seorang pelanggan sambil meletakan lima bungkus keropok keping di atas kuanter pembayaran. Dhia langsung tidak memandang pelanggan itu dan terus mengira menggunakkan kakulator. Satu persatu dia belek agar tidak tersalah harga. Kalau keropok jenis yang sama bolehlah dia terus darat dengan lima, ini lain ceritanya. Ke lima-limanya keropok jenis yang lain 

            “ Aduh!Lembabnya awak kira. Saya nak cepat ni”

Marah pelanggan itu tiba-tiba. Dhia menelan air liurnya. Aku tahu memang kerja aku lambat. Nak cepat kira sendirilah! 

            “ Isshh!!! Bak sini nak kira” 

Pantas tangan pelanggan lelaki itu mencapai kakulator di tangan Dhia. Tersentak dia dengan tindakan itu. Kurang ajar betul. Main rampas barang orang je. Nasib baiklah tak ada pelanggan lain lagi di dalam kedai, kalau tak memang malulah sebab jadi peniaga yang paling lembab. Dia bukan segaja buat lembab tetapi terlalu takut berlaku kesilapan. Dia tak nak Karmila rugi kerana dia pula. Tak berani pula dia nak pandang muka pelanggan lelaki itu.

            “ Nah! Kira ni pun lembab” 

Lelaki itu meletakan kembali kakulator di atas meja. Sudah tercatat nombor di situ dan Dhia pasti itulah harga yang lelaki itu patut bayar padanya atas keropok yang di beli. Namun Dhia tidak mudah percaya dengan orang selagi dia tidak mengiranya sendiri. Manalah tahu lelaki itu mahu menipunya dan membayar kurang dari harga asal.

            “ Maaf encik, saya...” Dhia tidak menghabiskan ayatnya. Mulutnya terus terkunci saat matanya sudah terpaku pada wajah pelanggan lelaki itu. Doktor Uwais? Macam mana dia boleh lepas sampai ke Terengganu? Ya tuhan... Mana aku nak sorok muka aku ni? Mesti dia cakap aku ikut dia nanti. Kenapalah aku kena bertembung dengan dia ni?

            “ Apa? Awak ingat saya tipu ke?” Soal Uwais. Memang pertama kali dia masuk ke kedai itu lagi dia sudah nampak adik kepada bekas tunangnya dulu. Mungkin wanita itu sahaja yang tidak perasan dengan kehadirannya kerana tadi agak ramai pelanggan sedang membuat pembayaran.

            “ Awak buat apa dekat sini?” Soal Dhia ingin tahu.

            “Kenapa, Terengganu ni awak punya ke sampai saya tak boleh ada dekat sini?” Sindir Uwais.Dhia mengetap bibir geram dengan jawapan itu. Saja nak sakitkan hati aku! Dia sudah malas nak melayan kerenah lelaki itu lagi. Keropok-keropok yang di beli oleh Uwais terus di masukkan ke dalam beg plastik lalu terus di hulurkan pada lelaki itu. Lantaklah kiraan Uwais betul atau tidak, janji lelaki itu berambus cepat. Letih bila bercakap dengan orang sombong ni.

            “Awak jangan ingat saya dah lupakan apa yang awak dah buat pada baju saya dulu” Uwais mengingatkan wanita itu sebelum berlalu pergi selepas selesai membuat pembayaran.

            “ Doktor Uwais!” Panggil Dhia tiba-tiba.Uwais terus berpaling ke belakang.

          “ Lusa Kak Long akan berkahwin dengan...” Dhia tidak menghabiskan ayatnya. Entah mengapa mulutnya gatal pula memberitahu lelaki itu soal Kak long dan Umar tanpa sebab. Apa hal dengan aku ni? Mulut-mulut. Dhia menampar mulutnya beberapa kali.

Umais mengeluh berat. “ Tak ada kaitan dengan saya!” Balas Uwais sebelum melangkah pergi sekali lagi. Dia melambai Dhia menggunakan kunci keretanya sahaja. 



********
Dhia menguis-guis kulit siput yang bertaburan di persisiran pantai. Nasib baiklah cuaca petang tidaklah sepanas selalu. Kakinya yang tidak berselipar itu melangkah dengan berhati-hati agar tidak terpijak kulit siput yang mungkin akan mencederakan kakinya. Bila dia sudah bosan berjalan di tepian pantai, dia menuju ke sepohon pokok yang mencondong ke pantai. Dahan pokok itu boleh di buat tempat duduk. Oleh kerana dia dahan itu paras pinggang, Dhia terpaksa melompat untuk naik ke situ. Memang seronok duduk di situ. 

Angin pantai begitu kuat sekali hingga dan meniupkan hujung selendang yang di pakainya . Sudah hampir seminggu di tinggal di rumah Karmila. Rasa seganlah pula bila tinggal lama-lama di rumah orang. Dia bercadang untuk tinggal di hotel pula selepas ini kerana dia masih tidak mahu balik ke Kuala Lumpur.

Keluhan di lepaskan. Entah mengapa semakin lama dia di situ, semakin kuat rindunya pada Umar. Sekarang ini pasti Umar sudah menjadi suami kepada Kak long kerana kalau di ikutkan tarikh yang Marissa beritahunya, sudah dua hari mereka berdua bernikah. Semoga bahagia Umar... Rintihnya dalam hati. Siapa tahu betapa berdarahnya hatinya kini. Orang yang di sayangi telah menjadi milik orang lain.

            “Ingat Umar ke?”

Tiba-tiba muncul satu suara garau dan telah mengejutkan Dhia. Di sebabkan terlalu terkejut, kedudukannya mula tidak seimbang lalu. Belum sempat dia mencium pasir pantai, dua tangan sudah menyambutnya. Tergaman dia seketika ketika berada di dalam pelukan seorang lelaki. Terus dia meronta untuk di lepaskan. Bila kakinya sudah menyentuh pasir, terus dia menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu. Asyik kau je yang muncul, tak ada orang lain ke? Menganggu percutian aku jer!

            “ Apa masalah awak sebenarnya ni? Awak kata saya yang follow awak, tapi sekarang ini awak yang follow saya. Dah, pergi! Jangan ganggu saya” Marah Dhia. Dia kembali melompat ke atas dahan tadi. Elok-elok aku melayan perasaan, kau datang mengacau!

Terkejut Dhia bila lelaki itu juga turut melompat dan duduk di sebelahnya. Nasiblah dahan itu agak panjang dan lebar, jadi boleh memuatkan lebih kurang dalam 4 orang jika semuanya bertubuh kecil sepertinya. Dia menjarakkan sedikit kedudukkannya. Apa lagi yang dia ni nak? 

            “ Awak nak apa ni?” Bengang Dhia. Aku tak kacau kau, kau janganlah kacau aku! Pasal baju tu, nanti aku gantilah yang lain.

            “ Nak awak...” Balas Uwais.Dhia mengerutkan dahinya. Seram sejuk pula dia dengan Uwais. Tiba-tiba lelaki itu bercakap dalam nada yang agak lembut dengannya. Dahlah buat-buat macam ‘sweet couple’. Ya tuhan..Gelinya.

            “ Awak ni dah kenapa? Gila ek?” Marah Dhia lagi. Lebih baik dia cabut dari situ sebelum perangai lelaki itu semakin meluat di matanya. Namun belum sempat dia terjun turun dari dahan itu, tiba-tiba...

            “ Arrgghhh!!!” Jerit Dhia. Tiba-tiba pipinya di cium. Dia pula seperti tergaman bila menerima ciuman tanpa rela itu. Bila dia tersedar dari tergaman, dia mencari kelibat Uwais, namun sudah tidak kelihatan lagi .Apa yang berlaku? Dia cium aku? Tak pernah ada lelaki yang pernah cium pipi dia. Abah pun tak pernah cium inikan lagi orang luar. Tak guna kau Uwais! Aku benci kau!!!



**********
            “ Macam mana cuti? Seronok?” Soal Munirah di corong telefon. 

            “ Not bad.” Balas Dhia. Selepas balik dari Terengganu, dia terus balik ke rumah ummi setelah di beritahu yang Kak Long dan Marissa tiada di rumah. Kalau mereka berdua ada, memang dia tidak akan balik ke rumah ummi. Tak sanggup nak berdepan dengan mereka berdua apatah lagi bila Umar sudah menjadi salah satu keluarga ummi. 

Tubuhnya di baringkan pada tilam. Rambut panjangnya di lingkar pada jari telunjuk. Dia sedikit tenang selepas bercutian itu. Dua minggu jugalah dia bercuti dan itulah percutiannya yang paling seronok. Selama ini dia tidak pernah melihat cara membuat keropok, cara nelayan tangkap ikan, cara nak buat budu dan yang paling dia tidak boleh lupakan adalah di cium Uwais. Ciuman yang benar-benar menyakitkan hatinya. Sampai sekarang masih ada sisa kemarahan di hatinya. Ciuman yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak suaminya nanti telah di ragut oleh lelaki tak guna itu.

            “ Dhia, tolong mak kejap”

Kedengaran suara ummi memanggilnya. Dhia segera menamatkan perbualannya dengan Munirah dan bergegas ke dapur. Kelihatan ummi sedang mengoncang tong gas.

            “ Ada apa ummi?” Soal Dhia.

            “ Tolong belikan ummi gas. Tiba-tiba pula dah habis. Nanti ummi minta abah angkatkan tong gas ni masuk dalam kereta” Minta Ummi.

            “Okeylah, Dhia pakai tudung dulu” Dhia terus berlari ke biliknya semula. Tudung solehah berwarna merah jambu terus di saut ke kepala. Nasib baiklah dia pakai baju warna hitam sekarang ini, jadi sepadanlah dengan tudungnya sekarang. Selesai itu dia bergesas ke keretenya. Kelihatan abah sedang memasukan tong gas ke dalam bonet keretanya. Nasib baiklah ada abah, jika tidak perpaksalah dia angkat sendiri. Sampai di kedai nanti pun, ada yang akan mengangkat tong gasnya nanti.

            “ Ambil duit ni Dhia.” Hulur ummi.

            “Tak payahlah ummi. Dhia ada duit. Ummi simpan je duit tu” Tolak Dhia. Dia bukannya tak ada duit untuk membeli tong gas tu. Bukannya mahal sangat pun.

Dhia terus memulakan pemanduan ke kedai runcit yang berada lebih kurang 200 meter dari rumahnya. Kebiasaan dia akan pergi ke kedai itu menggunakan motosikal sahaja, tetapi dalam keadaan sekarang tidak mungkin dia menunggang motosikal dengan membawa tong gas. Silap-silap hari bulan, boleh terlentang di dalam parit dia nanti. Mana tidaknya, tong gas yang seberat 45kg itu tidak mampu di angkatnya seorang diri.

            “ Pak Mail, tong gas satu. Tong yang kosong ada dalam bonet kereta saya” Minta Dhia sebaik sahaja masuk ke kedai runcit milik pesara askar itu. Bonet keretanya sudah terbuka luas.
            “ Besar ke kecil Dhia?” Soal Pak Mail.

            “Besar.” Balas Dhia sambil melangkah ke bahagian rak yang menempatkan roti. Tiba-tiba tekak terasa seperti mahu menjamah roti kosong yang di cicah dengan air sirap sejuk. Selalunya, ketika bulan puasa dia memang suka makan roti bersama dengan sirap sejuk ketika berbuka.Satu persatu plastik roti di telitinya kerana tidak mahu roti yang di belinya nanti sudah tamat tempoh.Nanti tak pasal-pasal sakit perut pula.

            “ Johan! Tolong angkat tong gas” Jerit Pak Mail pada anak lelakinya yang berada di dalam rumah. Kedainya yang bersambung dengan kedai memudahkan dia meminta pertolongan dari mana-mana anaknya. Lagipun, dia sudah tua untuk mengangkat benda-benda berat.
Setelah roti di pilih, Dhia menuju ke arah barangan dapur pula. Dia ingin membeli sedikit keperluan dapur untuk ummi. 

            “ Dhia, bila balik?”

Dhia berpaling ke arah suara yang menyapanya itu. Kelihatan seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya. Johan adalah nama lelaki itu. Anak sulong kepada Pak Mail dan Mak Goyah yang bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah. Senyuman manis di hadiahkan pada lelaki itu.

            “ Baru pagi tadi, Johan bila balik kampung?” Soal Dhia. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Dia berkawan juga dengan Johan kerana lelaki itu berkawan dengan Kak Long. Yang peliknya dia lebih rapat dengan Johan berbanding Kak Long.

            “ Dah seminggu. Sekarang inikan budak-budak sekolah tengah cuti pertengahan tahun, jadi saya pun cutilah juga. Itu untungnya jadi cikgu” Beritahu Johan. Gembira sungguh dia bila dapat berjumpa dengan wanita itu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Dhia sejak dia mula mengajar di Negeri Kedah tiga tahun yang lepas.

            “Itulah kan” Dhia kembali memilih susu pekat yang ingin di belinya. Dari satu jenama hingga ke satu jenama susu dia pengang.

            “ Saya dengar orang cakap yang Maisara dah kahwin, betul ke?” Soal Johan ingin kepastian walaupun ibubapanya telah memaklumkan hal itu. Dhia hanya mengganguk sahaja. Susu,gula dan roti sudah berada di tangannya. Rasanya dia hanya perlukan minyak masak sahaja sekarang ini. Lepas itu bolehlah dia balik terus kerumah semula.

            “ Dia kahwin dengan siapa?” Beria Johan ingin tahu. Sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang hal keluarga itu.  Dhia tergaman bila soalan itu muncul dari mulut Johan. Tak kan lah aku nak cakap yang Kak Long kahwin dengan teman lelaki aku. Itu memang cukup memalukan jika orang tahu. Nasib baiklah tidak ada orang kampung yang tahu tentang hubungannya dengan Umar selama ini, jika tidak pasti kecoh satu kampung tentang perkahwinan mengejut mereka. Dahlah orang kampung mula pelik bila Kak Long bertunang dengan orang lain dan berkhawin dengan orang lain. Tak ke pelik tu.

            “ Dengan teman lelaki dialah. Dahlah, saya nak lambat ni.” Dhia menuju ke kaunter pembayaran dan barang-barang di tangannya terus di hulur pada Pak Mail untuk pengiraan.

            “ Tong gas Pak Mail sudah letak dalam kereta.” Beritahu Pak Mail. Dhia mengganguk dan terus menghulurkan duit bila Pak Mail sudah memberi tahunya jumlah yang perlu di bayar. Selepas itu dia bergegas meninggalkan kedai runcit itu dalam kadar yang segera. Lebih baik dia segera berlalu pergi sebelum Johan bertanya lebih-lebih tentang perkhawinan itu.



*********
Sebaik sahaja tiba di halaman rumahnya, Dhia terpandang sebuah kereta Honda Odyssey 2.4 berada di perkarangan rumahnya. Kereta siapa pula ni? Bila di teliti kereta itu, rasanya dia pernah nampak kereta tersebut sebelum ini, tapi di mana? Dia terus keluar dari kereta dan mengambil barang-barang yang baru di belinya kecuali tong gas lalu terus berlari masuk ke dalam rumah.

Tergaman dia bila melihat ummi dan abah bersama dengan Uwais di ruang tamu. Kelihatan wajah abah seperti sedang kesedihan. Apa dah jadi? Kenapa ummi menangis? Dia mengerling pada Uwais pula, lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Khabar apa yang lelaki itu sebarkan pada ummi dan abah hingga kedua-duanya kelihatan begitu gelisah sekali. Dia tidak melangkah terus ke ruang tamu tetapi masih berdiri di hadapan pintu.

            “ Tak apalah  pak cik makcik, saya balik dulu. Minggu depan saya datang dengan keluarga saya pula. Minta maaf sebab menggangu makcik dengan pak cik. Saya minta diri dulu” Uwais terus bangun dan menuju ke pintu keluar.

Dhia terus mengejar Uwais yang sudah keluar dari rumahnya. Barang-barang di tangan terus di letak tepi pintu terlebih dahulu. Bila dia memanggil nama lelaki itu dan panggilannya langsung tidak di endahkan, pantas dia menyekat di hadapan Uwais yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta. Sakit hatinya pada lelaki itu masih bersisa lagi.

            “ Apa awak buat pada ummi dan abah saya?! Kenapa ummi saya menangis?” Marah Dhia. 

            “ Boleh tepi sikit tak? Saya nak balik” Balas Uwais.

            “ Awak tak boleh pergi selagi awak tak begitahu saya kenapa awak datang sini?” Dhia semakin bengang.

            “ Kalau awak tak berganjak dari terus menghalang saya masuk ke dalam kereta, saya cium awak! Nak?” Ugut Uwais.

Cium? Dhia terus berganjak dari posisinya. Dia tahu yang kata-kata lelaki itu bukan sekadar main-main. Buktinya, dia pernah dicium oleh lelaki itu ketika di Terengganu. Sampai sekarang dia tidak mampu lupakan kisah hitamnya itu. Oleh kerana itulah dia semakin bencikan manusia yang bernama Uwais.

Uwais terus masuk ke dalam perut kereta dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Dhia hanya mampu memandang sehingga kelibat kereta milik Uwais itu hilang dari pandangan matanya. Selepas itu dia bergegas masuk ke dalam rumah semula.

            “ Ummi, kenapa ni?” Soal Dhia sambil mengengam tangan umminya. Abah sudah mula berdiri di tepi tingkap rumah. Ummi masih lagi dengan tangisannya.         
 
            “ Abah tak sangka Dhia sanggup buat kerja terkutuk tu” Abah mula bersuara. Dhia memandang pada abahnya, namun lelaki itu tidak pula mahu memandang mukanya. Pandangan di luar rumah menjadi tatapan mata.

            “ Dhia buat apa abah?” Soal Dhia tidak mengerti. Apa salah aku? Kenapa abah seperti menyalahkan aku tanpa sebab?

Ummi menghulurkan beberapa keping gambar pada anaknya.Terketar-ketar tanganya ketika ini. Dhia terus menyambutnya. Tergaman dia ketika melihat gambar-gambar itu. Ada dia dan Uwais di dalamnya. Gambar ketika dia terjatuh di dalam pelukan Uwais dan gambar dia di cium oleh lelaki itu.Dia baru teringat, patutlah Uwais tiba-tiba baik dengannya ketika di Terengganu, rupa-rupanya lelaki itu mahu memerangkap dirinya. Tapi apa motif Uwais perangkap dia? 

            “ Ini tak seperti yang abah dan ummi fikirkan. Kejadian ini berlaku terlalu pantas dan Dhia memang tak buat apa-apa dengan dia abah” Dhia mempertahankan dirinya. Mana mungkin dia biarkan dirinya dipermainkan lelaki itu. Harap-harap abah dan ummi menerima alasannya.

            “Uwais dan ceritakan semuanya. Dhia tak perlu jelaskan apa-apa lagi” Balas Abah lagi. Dia kenal siapa Dhia. Wanita itu bukan orang sebarangan yang membenarkan mana-mana lelaki mencium pipi, tetapi gambar itu sudah terbukti yang mereka berdua memang ada hubungan. Kalau tidak kenapa Dhia boleh pergi bercuti bersama dengan Uwais di Terengganu. Sekarang ini baru dia terfikir, kenapa Dhia langsung tidak menghalang perkahwinan anak sulongnya bersama dengan Umar. Rupa-rupanya Dhia telah berhubungan dengan Uwais di belakang orang lain.

            “ Ummi, Dhia tak salah. Dhia tak buat apa-apa pun. Dhia tak tahu apa yang Uwais bagitahu ummi dengan abah tetapi Dhia memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia” Tangis Dhia pula sambil merayu-rayu pada umminya. Kaki ummi yang di peluknya.

            “ Dhia patut bersyukur sebab Uwais datang untuk bertanggungjawab selepas apa yang kamu berdua buat. Uwais beritahu abah yang kamu berdua sudah terlanjur ketika di Terengganu” Beritahu abah.

Dhia merasakan seperti dirinya terkena renjatan elektrik ketika ini. Bertanggungjawab? Terlanjur? Apa semua ni? Untuk apa lelaki itu datang ke rumahnya dan menyebarkan cerita yang mengarut seperti itu. Bila masa aku terlanjur dengan dia? Tak kanlah aku tak sedar akan perkara itu? Uwais!!! Tak guna kau! Berani kau datang untuk bertanggungjawab atas benda yang tidak pernah berlaku!
Dhia bangun dari duduk lalu melangkah ke arah abahnya pula.

            “ Dhia tak buat apa-apa dengan dia abah. Percayalah...” Rayu Dhia agar lelaki itu mengerti.

            “ Sebelum abah dan ummi dapat cucu yang tidak sah tarafnya, lebih baik Dhia kahwin cepat-cepat dengan Uwais sebelum kita satu keluarga dapat malu” Abah terus melangkah pergi begitu sahaja. Dia benar-benar kecewa dengan perlakuan anaknya itu. Walaupun Dhia hanya anak saudara belah isterinya, namun dia sudah mengangap wanita itu seperti anaknya sendiri. Siapa tak sayangkan anak yang di jaga sejak kecil lagi. Dia membuat keputusan ini, agar kemudian hati mereka tidak akan menanggung malu. 

Lemah longlai kaki Dhia ketika ini. Dia akhirnya terjelopok ke lantai juga bersama dengan air mata yang semakin laju mencurah. Dugaan apa lagi ni? Kenapa susah sangat untuk aku kecapi kebahagiaan seperti orang lain. Adakah aku memang tak layak untuk semua itu? Abah, ummi, Dhia tak salah...Rintihnya dalam tangisan.

            “ Dhia sayang...” Ummi terus memeluk tubuh anak perempuannya itu.

            “ Dhia tak nak kahwin dengan jantan tak guna tu ummi. Dhia tak salah ummi, Dhia tak salah!” Jerit Dhia agak kuat. Semakin kuat ummi memeluk tubuh anaknya. Dia faham perasaan anaknya sekarang, namun dia sendiri tidak tahu sama ada mahu percaya kata-kata anaknya ataupun kata-kata Uwais.  Lagipun gambar-gambar itu sudah terbukti yang mereka berdua ada hubungan. Siap cium-cum dan berpelukan lagi apatah lagi bila mereka bercuti di tempat yang sama dan masing-masing jauh dari keluarga.



*********
            “ Adik dah cakap yang budak pungut tu bukannya baik sangat. Pakai je tudung labuh, tapi perangai macam setan. Boleh pula pergi main dengan jantan dekat Terengganu nuh!” Sindir Marissa sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Sebaik sahaja dia mendengar tentang perkahwinan mengejut kakak angkatnya itu, dia terus balik ke kampung bersama dengan Kak Long dan Abang Umar. Terkejut beruk juga dia saat mendengar berita itu. Dia belum rancang apa-apa lagi, sudah wanita itu sudah buat tahi. Memang gembiralah rasa hati dia bila semua orang tahu yang Dhia itu bukanya wanita yang baik sangat seperti yang ummi dan abah bangga-banggakan selama ini.

Kak Long,Umar,ummi dan abah sudah berada di ruang tamu. Mereka semua sedang berbincangkan hal yang sedang berlaku. Dhia pula entah kemana menghilangnya. Jangan pula wanita itu membunuh diri disebabkan terlalu malu. 

            “ Siapa lelaki tu ummi?” Soal Maisara. Dia hanya sekadar tahu yang Dhia akan di kahwinkan dengan seorang lelaki tetapi dia tidak tahu siapa orangnya. Memang dia tak percaya yang Dhia sanggup buat perbuatan terkutuk itu kerana dia kenal siapa adiknya selama ini. Dalam keluarganya, Dhialah wanita yang paling baik dan yang bertudung likup. Dia dan Marissa memang tidak bertudung langsung. Tak sangka orang yang bertudung ni boleh buat jahat juga.
Ummi berdiam diri begitu juga dengan abah.

            “ Saya tak percaya yang Dhia sanggup buat macam itu ummi. Saya kenal siapa Dhia.” Sampuk Umar. Walaupun kini sudah menjadi suami kepada Maisara, namun dia tetap akan pertahankan buah hatinya itu. Dia berharap suatu hari nanti, Dhia akan menerimanya kembali. Lagipun Maisara juga tidak kisah jika di ceraikan, namun bila memikirkan perasaan keluarga masing-masing, dia cuba pertahankan rumah tanggannya buat sementara waktu. Lagipun, dia tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada seorang isteri.

            “ Alah! Abang Umar memang akan pertahankan perempuan tu punya sebab itukan bekas kekasih Abang Umar dulu. Kalau dia buat tahi pun Abang Umar akan bela!” Sindir Marissa lagi. Dia sandarkan tubuhnya pada dinding sambil berpeluk tubuh.

            “ Adik! Boleh diam tak? Dari tadi lagi asyik nak mengata orang je. Adik pun samalah!” Marah Maisara. Geram betul dia dengan sikap adiknya itu. Suka sangat menyakitkan hati orang lain. Kalau gadis itu duduk dekat dengannya, memang dia akan tampar mulut tu. Inilah akibatnya jika terlalu dimanjakan. 

            “ Asal adik pula yang kena? Dah memang perempuan tak tahu malu. Berzina dengan bekas kekasih kakak sendiri. Dasar perempuan tak tahu malu!” Tengking Marissa pula. Geram dia bila di marahi oleh wanita yang jarang sekali memarahi dirinya.

            “ Diam adik!” Tengking abah pula. Sakit telinganya bila mendengar perbalahan antara dua beradik itu. Bergaduh bukan jalan penyelesaiannya. 

Maisara berpaling pada ummi dan abah serta merta bila mendengar apa yang baru dikatakan adiknya tadi begitu juga dengan Umar. Betul ke apa yang aku dengar ni?

            “ Ummi...” Panggil Maisara agak berketar-ketar suaranya.

            “ Lelaki itu, Uwais Kak long...” Balas Ummi perlahan


**********
 Pang!!!

Satu penampar hingga di pipi Uwais dengan tiba-tiba. Entah dari manalah muncul tangan kecil itu dia langsung tidak perasan. Sedar-sedar je Dhia sudah berdiri di hadapannya. Entah sejak bila lagi wanita itu memerhatikan setiap serak gerinya. Nasib baiklah di hadapan bank ini tidak ramai orang, jika tidak memang malulah kena tampar di tempat awan. Dahlah dia ni boleh dikatakan doktor terkenal di area situ.

Pantas tangan dia pula menarik lengan Dhia supaya mengikutnya pula. Dhia cuba meronta, namun pengangan tangan lelaki itu agak kuat. Tak kanlah dia nak menjerit meminta tolong pula. Lagipun dia bukannya kena ragut ataupun di culik. Dia kenal siapa lelaki yang menarik tangannya kini.

Uwais menarik tangan Dhia masuk ke dalam kliniknya. Beberapa orang pesakit yang berada di kerusi seperti terkejut bila melihat dia di tarik oleh doktor klinik tersebut dan menuju terus ke bilik rawatan.

            “ Lepaslah!” Ronta Dhia sebaik sahaja pintu bilik rawatan itu di tutup. Ketika masuk di situ tadi, dia sempat membaca tanda nama di pintu yang tertulis ‘YANG BERTUGAS, DOKTOR AIRIL UWAIS’

Uwais merentap tangan Dhia hingga wanita itu terduduk di sofa yang berada di dalam bilik kerjanya itu. Dhia mengosok tangannya yang terasa kesakitan kerana cengkaman lelaki itu amat kuat sekali.

            “ Puas hati awak dapat tampar saya dekat public!?” Marah Uwais sambil melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya.

            “ Awak tak patut buat saya macam ini! Kenapa awak bagitahu keluarga saya yang kita pernah terlanjur? Saya tak pernah ada apa-apa hubungan dengan awak, so kenapa awak buat semua ni?” Marah Dhia lagi. Hampir menitis air matanya, namun dia cepat-cept menyekatnya menggunakan jari. Aku tak akan sesekali menangis di hadapan lelaki tak guna ini!

            “ Kalau awak nak tahu kenapa saya buat semua ini...” Uwais bangun dari duduk dan menuju ke arah Dhia. Wanita itu yang tadinya bangun semula terus terduduk kembali di sofa bila dia cuba mendekati tubuh kecil molek itu.

            “ Sebab, I am falling in love with you” Bisik Uwais di teling Dhia yang di tutupi dengan selendang putih itu. Dhia mula keresahan. Tubuh Uwais di tolak kuat agar tidak terus mendekatinya, namun tubuh lelaki itu begitu kuat dan langsung tidak berganjak dari situ. Ya tuhan...Selamatkan aku...

            “ Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, saya akan pastikan yang gambar-gambar mesra kita tu tersebar meluas di internet dan mungkin saya akan poskan gambar-gambar tu pada orang-orang yang mengenali awak. Kalau awak tak nak keluarga awak dapat malu, teruskan rancangan saya. Selesai masalah kan?” Ugut Uwais. Dhia mengetap bibir geram. Di tumbuk dada lelaki itu sekuat hati agar dia boleh melepaskan diri dari cengkaman itu. 

            “ Wais!”
Kedengaran satu suara menjerit sedikit kuat. Uwais yang tadinya duduk berhadapan dengan Dhia di sofa terus bangun dan membetulkan baju dan terus menuju ke kerusi meja kerja. Dhia sudah tidak dapat menahan air matanya lagi. Untuk kali keduanya, Uwais cuba mengambil kesempatan padanya. Dasar lelaki tak guna! Aku benci kau Uwais! Terus dia berlari meninggalkan bilik itu bersama dengan tangisan kesensaraan.

            “ Apa semua ni? Dalam klinik pun nak buat hal ke?” Marah Umairah iaitu kakak kepada Uwais. 

Uwais benda endah tak endah sahaja. Malas nak melayan kakaknya itu.

            “ Please ek, jangan nak buat benda kotor dekat tempat kita cari rezeki ni! Sekali lagi Wais buat macam itu, kakak tak teragak-agak pecat Wais dari klinik ni. Tolong jaga repotasi kita sebagai doktor!” Nasihat Umairah. Pantang betul dia jika ada orang buat hal di kliniknya. Walaupun klinik itu perkongsian dia bersama adiknya, namun dia tidak akan sesekali membiarkan perkara buruk berlaku di klinik itu.

**********
picture of miz google
Majlis akad nikah berlangsung agak sederhana dan serba kekurangan. Dhia tidak membuat persiapan seperti bakal pengantin yang lain. Hanya sekadar hantaran 5 berbalas 3 dari pihak lelaki. Itu atas permintaan Dhia sendiri. Dia tidak mahu lebih-lebih dari lelaki itu. Kalau bukan kerana memikirkan soal keluarganya, tidak mungkin dia sanggup berkahwin dengan lelaki yang cuba untuk memusnahkan dirinya. 

Kini Kak Long pula bermasam muka dengannya kerana dia berkhawin dengan Uwais, tetapi dia tidak perduli itu semua. Kak Long pernah merampas apa yang dia miliki dan kini giliran dia pula berbuat begitu. Adilkan?

Tapi rasanya di pihak dia tidak adil langsung. Kak Long memperolehi Umar yang baik hati dan dia pula bersuamikan lelaki durjana. Lelaki yang memusnahkan masa depannya. Dia masih ingat kata-kata abah semalam. ‘kalau Dhia tak nak jadi anak derhaka, Dhia kena khawin dengan lelaki yang telah mengotorkan Dhia’ Keras kata-kata abah ketika itu. 

Dia mula perasan, sejak itu jugalah abah mula dingin dengannya. Kecil jugalah hati dia bila di perlakukan begitu sedangkan Kak Long pun buat salah juga, kenapa wanita itu tidak di marahi. Mungkin kerana aku hanya anak angkat. Keluhan di lepaskan, Dhia kahwin dengan dia bukan sebab Dhia dah kotor abah, tetapi Dhia jaga maruah keluarga kita.Bisik hati kecilnya sendirian. 

Dia bernasib baik juga kerana ayah kandungnya sudi datang ketika majlis pernikahan tadi, kalau tidak memang dia tidak akan dapat bernikahlah jika ayah kandungnya tiada. Siapa nak jadi wali. Paling menyedihkan dia bila ibu dan adik beradiknya yang lain langsung tidak datang. Benci sungguh mereka pada aku!

            “ Jom balik KL” Ajak Uwais sambil membuka baju melayu yang digunakan ketika sesi akad nikah tadi. Panas dia bila terpaksa memakai baju itu seharian kerana selesai sahaja sesi akad nikah tadi, keluarga mentuanya mengadakan majlis kesyukuran sedikit. Sekarang sudah tepat jam 9.00 malam. Seharian tanpa mandi, itu perkara yang merimaskan. 

            “ Apa? Balik?” Soal Dhia agak terkejut. Malam-malam begini lelaki itu mengajaknya balik. Apa kata ummi dengan abah nanti. Pasti kecil hati mereka nanti. Dia yang duduk di birai katil terus bangun. Nasib baiklah dia terlebih dahulu menukar baju pengantin tadi, jika tidak terpaksaklah dia menunggu lelaki itu keluar terlebih dahulu dan barulah dia menukar pakaian dia pula. Tidak mungkin dia akan menukarnya di hadapan Uwais walaupun lelaki itu suaminya yang sah.

            “ Kalau awak nak balik, pergilah. Saya tak nak ikut” Keras Dhia sambil membetulkan tudung bawal di atas kepalanya. Dia mula tidak selesa duduk bersama dengan lelaki itu di dalam bilik. Lebih baik dia cabut lari. Segera dia keluar dari situ. Dia tidak tahu hendak ke dapur ataupun ke ruang tamu kerana kedua-dua tempat itu mempunyai orang. Kalau dia berpatah balik, lagilah tak sanggup untuk berdepan dengan suami sendiri. Akhirnya dia memilih untuk ke pangkin depan rumahnya.

Uwais terus menukar baju pengantinya dengan baju tanpa lengan dan seluar pendek paras betis. Ketika dia sedang menukar pakaiannya tiba-tiba kedengaran pintu bilik di tutup kuat dan terus kepalanya berpaling ke belakang. Kelihatan Maisara sudah berdiri tidak jauh darinya. Dia buat endah tak endah sahaja dan meneruskan kerjanya.

            “ Nak apa?” Soal Uwais ketika berdiri di hadapan cermin. Di pacakkan rambutnya agar kelihatan lebih smart. 

            “ Apa motif  you khawin dengan adik I?” Soal Maisara. Uwais ketawa kecil sambil melabuhkan punggungnya pada tepi katil dan betul-betul mengadap bekas tunangnya.

            “ Kenapa? Apa you kisah kalau I nak kahwin dengan sesiapa pun? You dah jadi isteri orang, so tak payah nak menyibuk pasal I” Balas Uwais. Maisara mengetap bibir geram. Entah mengapa dia merasakan seperti ada yang tidak kena dengan perkahwinan itu.

            “ I tahu you kahwin dengan Dhia sebab nak balas dendam pada I kan?” Duga Maisara. Uwais sekali lagi tergelak sambil menepuk tangan beberapa kali.

            “ Pandainyalah ex-tunang I ni teka.Sebab itulah I sayang dekat you” Uwais bangun dan mendekati Maisara. Dagu wanita itu di cuit. 

“ Jadi betullah you kahwin dengan Dhia sebab nak balas dendam pada I? You memang kejam Wais! Dhia tak bersalah dalam hal ini, you tak boleh gunakan dia untuk kepentingan you!” Marah Maisara. Sekarang ini baru dia tahu kenapa lelaki itu berkeras ingin menikahi Dhia. Memang ada udang di sebalik mee.

“ Kenapa I tak boleh gunakan dia? Dia pun salah seorang yang you sayang kan? So I boleh gunakan dia untuk memusnahkan hidup you sekeluarga. You tahu tak betapa sakitnya hati I bila you di tangkap khalwat dengan jantan lain. Keluarga I dapat malu di sebabkan perbuatan gila you tu! I nak you rasa apa yang I rasa!” Keras suara Uwais kali ini.

“ Dhia tak salah! Dia perempuan yang baik, dan you tak boleh gunakan dia!” Maisara masih pertahankan adiknya.

“ I dah pun gunakan dia, so you tengok jelah apa yang akan berlaku nanti. I akan buat dia merana macam mana you buat pada I! Kalau I tak dapat balas dendam pada you, I akan balas dendam I pada Dhia!” Ugut Uwais lalu melangkah pergi dan meninggalkan wanita itu begitu sahaja. Maisara tidak dapat menahan air matanya. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Sepatutnya dia harus berusaha menghalang perkahwinan itu dan bukannya hanya berdiam diri. Kerana timbul perasaan benci pada Dhia kerana cuba merampas Uwais, dia telah meletakan adiknya di posisi bahaya. Maafkan Kak Long Dhia...

*********
Sudah sebulan usia perkhawinanya dengan Uwais namun tidak ada apa-apa yang berubah pun. Dia tetap tinggal bersama dengan rakannya dan masih bekerja di tempat yang sama. Uwais langsung tidak dapat menemuinya atau pun menelefon. Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu ketika mula-mula dia balik ke Kuala Lumpur ketika usia perkhawinannya baru 2 hari, selepas itu Uwais terus menghilangkan diri. Rasanya lebih bagus begitu kerana dia juga tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu kerana sakit hatinya masih lagi tegar. Tidak mudah untuk memaafkan lelaki yang memusnahkan hidupnya. 

Dia pelik dengan Uwais. Untuk apa lelaki itu beria ingin menikahinya jika akhirnya dia di tinggalkan terkapai-kapai begitu sahaja. Tanpa hala tuju. Sekarang ini dia tidak pasti yang dia sudah khawin atau tidak kerana hidupnya kini tidak bersuami di sisi.

            “ Fikir apa Dhia?” Tegur Hasni bila melihat pekerjanya itu seperti sedang berangan. Sejak Dhia balik dari kampung, wanita itu sedikit berubah. Sudah tidak seceria dulu dan lebih banyak menyendiri. Jarang sekali wanita itu menegurnya sekarang ini.

            “ Eh, akak. Bila sampai?” Soal Dhia pula. Dia langsung tidak perasan sejak bila lagi Hasni duduk di sofa bersebelahan dengannya.

            “ Baru je. Dhia ada masalah ke? Akak tengok Dhia dah banyak berubah sejak dah kahwin ni” Hasni mula ingin mencungkil rahsia. Dia pun nak juga tahu apa yang berlaku antara Dhia dan doktor yang belagak itu. Dia terkejut juga ketika Dhia memberitahunya tentang pernikahan dengan doktor itu. Tak sangka betul mereka berdua yang ibarat langit dan bumi itu boleh bersatu. 

Dhia mengeluh berat. “Sampai sekarang Dhia tak faham kenapa dia beria nak kahwin dengan Dhia sedangkan sekarang ini dia tinggalkan Dhia macam itu sahaja. Dhia memang tak faham kak” Luah Dhia.
Hasni mengosok belakang pekerjanya itu untuk memberi sedikit semangat.

            “ Bukan Dhia memang nak dia jauh dari Dhia ke?” Duga Hasni. Dia sudah tahu serba sedikit tentang wanita itu, namun tidaklah menyeluruh sangat. Kalau yang tahu semua cerita adalah adiknya, Munirah. Wanita itu lebih banyak tahu tentang Dhia berbanding dia.

            “ Memang kalau boleh Dhia tak nak dia muncul depan Dhia langsung, cuma Dhia hairan kenapa dia kahwin dengan Dhia.Tak kan sebab baju dia yang rosak tu, dia balas dendam pada Dhia sampai macam ini sekali” Duga Dhia. 

            “ Dhia...” 

Dhia terus berpaling ke arah suara yang memanggilnya itu. Kelihatan Umar berdiri di hadapan pintu masuk kedai yang terbuka luas itu. Kini dia sudah berbaik semula dengan lelaki itu tetapi hanya sekadar kawan. Dia masih tahu batas-batas seorang isteri. Lagipun Umar masih lagi suami kepada Kak Long kerana mereka berdua masih belum berpisah lagi. Namun begitu, dia tidak berharap mereka akan berpisah kerana dia tidak akan pernah kembali pada Umar walaupun dia akan di ceraikan suaminya suatu hari nanti. Cukuplah apa yang dia dapat sekarang ini.

            “ Akak, Dhia nak keluar lunch ni, akak nak ikut?” Ajak Dhia. Sebenarnya dia keberatan untuk setuju dengan perlawaan Umar di corong telefon tadi, namun bila lelaki itu bersungguh-sungguh mengajak dia, terpaksalah dia setuju juga.

            “ Tak apalah Dhia, akak ada kerja nak buat. Dhia pergilah” Balas Hasni sambil tersenyum manis. Dhia terus meminta diri dan melangkah ke arah Umar yang kemas berpakaian pejabat.Tas tangan terus di sangkut pada bahu.

            “ Nak makan dekat mana?” Soal Dhia terlebih dahulu.

            “ Up to you.” Balas Umar.

            “ Saya tak tahu nak makan dekat mana, so Umar jelah bagi cadangan kita nak makan dekat mana” Dhia sebenarnya kurang selesa berada di samping Umar. Dulu di samping lelaki itulah perkara paling menyeronokkan kini tidak lagi. Nak bercakap pun rasa mulut seperti di gantung batu. Teragak-agak dan lebih banyak berdiam diri.

            “ Kalau macam itu, jom abang bawa Dhia makan dekat satu restoran ni. Makanan dia sedap tau” Cadang Umar sambil berlari anak menuju ke pintu kereta proton perdana sebelah pemandu. Bila dia melihat Dhia masih lagi berdiri di sebelah kereta , dia tidak terua masuk ke dalam perut kereta.

            “Kenapa Dhia?” Soal Umar ingin tahu. Dia perasan yang wanita itu sudah tidak seperti dulu. Wanita yang dia tahu sentiasa ceria sudah tidak ada lagi. Kemurungan sering bertandan mari.

            “ Boleh tak Umar jangan bahasakan diri Umar tu abang lagi. Dhia tak selesalah” Beritahu Dhia.Umar mengeluh berat. Dia harus tahu yang dia bukan teman lelaki wanita itu lagi.

            “ Maaf, Umar dah terbiasa macam tu. Tak apa, lepas ni Umar tak akan sebut perkataan tu lagi. Dah, jom...” Umar mengalah dan terus dia masuk ke dalam kereta di ikuti Dhia pula.


**********
            “ Kakak tak tahulah apa masalah Wais sebenarnya ni. Nak kata dah kahwin, bini tak ada, nak kata tak kahwin tapi dah kahwin. Pening-pening...” Tegur Umairah sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Sememangnya waktu makan tengah hari, dia akan makan bersama dengan adiknya kerana pada waktu makan tengah hari, dia akan menutup klinik buat sementara.

Dia masih tidak percaya yang adik lelaki tunggalnya itu sudah berumah tangga sebelum dia. Sebenarnya dia pelik kenapa adiknya beria sekali ingin menikahi gadis kampung itu.Lagi terkejut dia bila dapat tahu yang Dhia itu adik kepada Maisara. Apa motif Uwais sebenarnya.

            “ Kakak tak payah sibuklah. Itu hal rumah tangga saya”Balas Uwais sambil menghirup kopi panas di dalam cawan. Dia sebenarnya bukan segaja tinggalkan isteri begitu sahaja tetapi entah mengapa dia tidak sampai hati pula ingin membalas dendamnya pada Dhia. Dia masih ingat ketika dia tidur satu katil  dengan Dhia ketika malam pertama di kampung wanita itu. Walaupun tidak berlaku apa-apa antara dia dan wanita itu, namun ia meninggalkan kesan yang mendalam. 

Semalaman dia tidak boleh tidur dan hanya memerhatikan Dhia lena di buai mimpi. Comel sungguh wanita itu ketika tidur. Pada malam itulah dia mula jatuh cinta pada wanita yang bernama Dhia. Itulah kehebatan cinta, dalam masa sehari dia sudah mula menyintai. Hatinya tiba-tiba tersentuh kerana melihat wajah yang bersih itu dan dendam yang dia tanggung selama ini terus lenyap. Dia tahu yang Dhia bencikan dirinya dan kerana itulah dia menghilangkan diri agar marah wanita itu reda dulu dan barulah dia akan cuba memikat isterinya semula. Cinta itu memang ajaibkan? Dendam mampu di lupus dalam masa sehari bila cinta bertandang mari.

            “ Dik, itu bini kau kan?” Soal Umairah inginkan kepastian bila dia melihat seorang wanita mula duduk ke meja makan bersama dengan seorang lelaki tidak jauh dari tempat dia duduk.  Dia tidak berapa kenal sangat dengan isteri mengejut adiknya itu. Pertama kali dia bercakap dengan wanita itu sebulan yang lepas ketika majlis perkahwinan, itupun hanya bertanya nama dan ucap tahniah sahaja. Selepas itu dia dan ibubapanya terus balik semula ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Uwais di situ.

Uwais terus berpaling ke belakang bila kakaknya mengarahkan dia berpaling ke arah itu. Oleh kerana dia membelakangkan orang yang di maksudkan kakaknya itu, dia terpaksa memusingkan kepala ke belakang. Di sebabkan restoran itu restoran terbuka, jadi lebih senang dia mengenal pasti orang itu. Sangkaan kakaknya tepat, itu memang Dhia dan lelaki bersama dengan isterinya itu adalah suami kepada bekas tunangnya dulu.

Macam mana mereka berdua boleh berbaik semula?  Apa sudah jadi pada Maisara?Mereka bercinta semula ke? Perbagai persoalan muncul di minda Uwais ketika ini. Tiba-tiba perasaan cemburu mula menjerma di hatinya. Tak guna kau Umar! Dulu kau rampas tunang aku, kini kau cuba rampas isteri aku pula! Ini tak boleh di biarkan!

            “ Nak pergi mana?” Soal Umairah bila tiba-tiba adiknya bangun. Jangan buat hal dik, tempat awan ni.

            “ Nak buat perhitungan sikit” Balas Uwais.

            “ Woi! Kau jangan nak buat dekat sin!” Umairah memberi amaran sambil menarik lengan adiknya supaya duduk kembali.  Dia tahu perangai adiknya yang mudah naik angin tak tentu pasal tu. Pernah sekali dia tengok Maisara hampir kena tampar oleh lelaki itu dan dia tidak tahu apa sebabnya.

            “ Saya bukan nak cari gaduhlah kak, saya nak jumpa wife saya je.”Uwais menyakinkan kakaknya. Kakinya di atur menuju ke arah meja yang menempatkan Dhia dan Umar dan kerusi sebelah wanita itu di tarik lalu di melabuhkan punggungnya di situ.

Tergaman Dhia bila tiba-tiba ada seseorang duduk di sampingnya. Dahlah bahu dia berlaga dengan bahu lelaki itu. Kurang ajar betul! 

Bila kepalanya di pusing ke kanan, dia tergaman. Sejak bila pula Uwais boleh muncul di sebelah aku? Dari mana pula datangnya lelaki ini? Rasanya, dia tak pula perasan tentang kehadiran lelaki itu si restoran tersebut.

Umar terkejut juga dengan kehadiran Uwais dengan tiba-tiba tu. Kalau dia tahu dia akan bertembung dengan suami kepada Dhia itu, memang dia tak akan mengajak wanita itu ke sini tadi. Menyesal pula dia...

             “ Kenapa nak datang sini tak bagitahu saya, boleh saya belanja” Sindir Uwais sambil tersenyum sumbing. Kalau di ikutkan hatinya, memang dia tendang Umar pergi dari sini secepat mungkin agar dia boleh berbual dengan isterinya yang baru sebulan di cintainya itu.

Dhia mula tidak selesa. Kehadiran lelaki itu benar-benar menggangu moodnya yang sememangnya sudah kurang. Pantas dia bangun dari situ dan berlari anak keluar dari restoran tersebut. Lebih baik dia pergi segera dari terus sakit hati bila melihat wajah suaminya itu. Bila melihat Uwais, hatinya menjadi sakit. Tuduhan yang lelaki itu lemparkan padanya tidak mampu di padam dengan begitu sahaja. 

Di sebabkan lelaki itu jugalah, abah sudah tidak sehaluan dengannya. Nasib baiklah ummi masih seperti dulu dan Marissa pula seperti biasa.Masih tidak sukakan kehadirannya. Kak Long?Hatinya sudah bisa memaafkan wanita itu sedikit demi sendikit. Walaupun penjelasan mereka berdua tentang kes khalwat itu agak menyakinkan, namun masih ada sisa was-was di dalam hatinya.Sebab itulah dia tiak boleh menerima Umar kembali.

            “ Dhia!” panggil Umar sambil bangun untuk mengejar wanita itu.

            “Bro! Dhia tu isteri aku, so kau tak payah nak kejar dia!” Keras Uwais memberi amaran sambil bangun. Dia menolak bahu Umar hingga lelaki itu terduduk kembali.

            “ Aku ingatkan kau satu perkara, jangan ganggu Dhia lagi. Dia isteri aku! Kau jagalah isteri kau tu, tak payah nak menyibuk jaga isteri orang” Sindir Uwais lagi dan terus melangkah meninggalkan restoran tersebut. Umar sudah tidak terkata apa-apa. Lagipun siapa dia untuk Dhia. Uwais lebih berhak atas wanita itu dan bukannya dirinya. Kalau bukan kerana kes khalwat itu, pasti dia sudah memiliki wanita yang bernama Dhia. Bibirnya di ketap kerana geram. Kalau aku dapat orang yang perangkap aku dengan Maisara, memang aku bunuh dia! Sebab kaulah Dhia terlepas ke tangan orang lain.

Mata Uwais melilau mencari kelibat isterinya di sekitar tempat letak kereta berhampiran restoran tersebut. Dia pasti yang Dhia masih tidak jauh darinya. Ke kiri dan kekanan kepalanya di pusingkan hinggalah terhenti di satu sudut. Kelihatan seorang perempuan bersama anak kecil yang kelihatannya sedang menangis. Pantas dia mendapatkan mereka berdua.

            “ Adik janganlah menangis, nanti akak tolong adik carikan mak dengan ayah adik ya” Pujuk Dhia bila seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 5 tahun semakin menguatkan tangisan. Kasian anak kecil itu kerana terpisah dengan ibubapa.
            “Kenapa ni?” Soal Uwais.

Serta merta Dhia berpaling ke belakang dan kelihatan Uwais sudah berdiri di belakangnya. Apa lagi yang lelaki ini mahukan? Aku benci tengok muka kaulah! Jangan ganggu aku boleh tak?

            “Tak payah nak menyibuk!” Keras suara Dhia kali ini. Dia yang tadinya duduk bercangkung di hadapan budak perempuan itu terus bangun dan memimpin anak kecil itu menuju berjalan di kaki lima kedai. Dia berniat untuk menyerahkan budak perempuan itu pada pihak polis dan biar polis yang selesaikan kes itu. Lagipun dia tidak kenal siapa ibubapa budak perempuan ini dan di tambah lagi dia bukannya ejen penyiasatan.

Uwais terus berlari dan menyekat perjalanan Dhia dari depan sambil mendepakan tangannya. 

            “ Awak nak apa lagi? Saya sibuk sekarang ini dan tak ada masa nak layan awaklah!” Marah Dhia. 

Uwais tahu yang wanita itu masih marahkan dirinya. Matanya terus beralih pada lengan budak perempuan itu. Kelihatan terdapat kesan luka di situ.Dari pandangan matanya, anak kecil itu pasti terjatuh.

            “ Dhia kena bawa dia jumpa doktor dulu, sebab saya tengok lengan dia ada kesan luka” Beritahu Uwais sambil menunjuk ke arah lengan budak perempuan itu.

Dhia terus bercangkung kembali di hapadan anak kecil itu untuk memastikan apa yang lelaki itu kata adalah betul. Memang tepat sekali, ada kesan luka di bahagian lengan tetapi tidaklah teruk sangat. Mungkin betul kata Uwais, dia harus membawa budak perempuan itu ke klinik terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke balai polis. Sekali lagi dia menarik tangan budak perempuan itu untuk di bawa ke klinik dan sekali lagi Uwais menghalang langkahnya.

            “Nak pergi mana?” Soal Uwais.

            “ Selama ini ada awak kisah saya nak pergi mana sekalipun? So tak payah nak menyibuk!” Marah Dhia. Mukanya di palingkan ke arah lain. Tak sanggup dia menatap muka lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Uwais mengeluh berat. Sepatutnya dialah yang menyiksa wanita itu, tetapi kini terbalik pula. Wanita itu yang menyiksa jiwa dan raganya. Kalau cinta tak hadir di hati, pasti dia tidak akan kelihatan lemah di hadapan seorang wanita.

            “ Kalau awak nak bawa budak ni pergi klinik, saya rasa tak payah sebab saya pun seorang doktor. Apa kata awak bawa dia ke klinik saya je?” Cadang Uwais. Itu yang sebenarnya yang dia rancang. 

            “ Awak tu bukanya doktor yang merawat pesakit tetapi doktor yang buat hati orang sakit!” Sindir Dhia. Ambik  kau!Jangan harap aku nak maafkan kau senang-senang Uwais! Kau tu memang tak patut masuk dalam buku hidup aku. Kau sepatutnya berada dalam buku hidup Kak Long dan aku berada dalam buku Umar. Itu yang sepatutnya, tetapi kini sudah terbalik. Masing-masing tertukar pasangan.

            “Kenapa ni Dhia?” Muncul umar tiba-tiba dari perut sebuah kereta.

            “ Umar, jom pergi klinik kejap” Dhia terus melulu ke arah kereta milik Umar.

            “Kenapa Dhia? Ini anak siapa pula?” Soal Umar hairan. Uwais hanya mampu memendam rasa bila melihat mereka berdua.Dhia tidak menjawab persoalan dari Umar lalu terus memasukan budak perempuan itu ke dalam perut kereta bahagian belakang dan dia melulu ke arah Uwais semula.

            “ Jangan ganggu saya lagi! Selagi awak tak kembalikan keadaan seperti sedia kala, awak tak akan dapat kemaafan dari saya. Saya benci awak!” Ungkap Dhia lalu kembali kereta Umar. Dhia berani berkata begitu kerana dia yakin yang Uwais tidak akan berani berjumpa dengan keluarganya dan menceritakan hal yang sebenar apa yang berlaku antara dia dan lelaki itu. Sudah menuduh yang bukan-bukan sampai terpaksa khawin, tak kan senang-senang lelaki itu memecahkan rahsia. Mahu abah letak kapak atas kepala Uwais kalau tahu perkara sebenar.


**********
Dhia mula mengemas kerana lagi setengah jam, kedai akan di tutup. Suria dan Zulaika leka dengan kerja masing-masing. Menutup semua suis di dalam kedai, menyusun semula baju-baju pelanggan untuk memastikan tidak berlaku pertukaran dan menutup pintu kedai bahagian belakang. Kerja terakhir Dhia adalah mengira keuntungan untuk di catat dalam buku. Dia harus berhati-hati mengiranya kerana ia melibatkan duit majikannya.

            “ Dhia, aku balik dulu” Zulaika meminta diri bila sebuah kereta proton wira tiba di hadapan kedai. Menjadi kebiasaannya, tepat jam 9.00 malam, suaminya akan datang menjemput dia di tempat kerja.Dhia terus menyalami tangan Zulaika, sebelum wanita itu berlalu pergi. Kini tinggal dia dan Suria sahaja di kedai. Memang sudah menjadi kebiasaan, Suria akan balik bersama dengannya. Nasib baiklah dia ada kereta, kalau tidak memang botaklah kepala bila terpaksa menaiki teksi setiap hari. Lagipun, lalu ke rumahnya memang tiada bas yang lalu di situ.

            “ Dhia, kerja aku dah siap” Beritahu Suria sebaik tiba di ruang hadapan kedai dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

            “ Kejap Suria, aku nak kira duit ni dulu.” Beritahu Dhia. Suria hanya mengganguk lalu melabuhkan punggung pada sofa. Sementara menunggu dia membawa majalah yang berada di atas sofa itu. Entah majalah siapalah, dia memang tidak tahu.
            “ Dhia!”

Dhia terkejut bila namanya di panggil dengan tiba-tiba. Dia memandang ke arah Suria, namun tidak pula ada tanda-tanda yang wanita itu yang memanggil namanya tadi. Bila dia berpaling ke depan kedai, terkejut beruk dia bila melihat Uwais berdiri di hadapan kedai. Dahlah ketika itu Uwais memakai baju putih, lagilah berderai jantung dia malam-malam begini. Memang segaja nak aku mati cepat!

            “ Nak apa lagi?” Soal Dhia pura-pura cool, padahal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Jantungnya berdenyut kencang kerana masih terkejut di campur pula bila berhadapan dengan lelaki itu. 

            “ Mama dengan papa saya nak jumpa awak.”Beritahu Uwais. Dhia mengeluh berat. Kalaulah mama dan papa Uwais tahu perkara sebenar, pasti mereka pun tidak akan suka padanya. Yang mereka tahu, dia kahwin dengan Uwais atas dasar cinta, tetapi yang untungnya dia bila keluarga itu menerima dia seadaanya walaupun dia hanya pekerja kedai dobi.

            “ Kenapa nak jumpa dengan saya pula? Kenapa mama dengan papa awak tu dah boring ke jumpa dengan anak dia yang jahat tu sampai teringin nak jumpa saya pula” Balas Dhia lagi.

Uwais mengeluh berat. Tak habis-habis wanita itu menyindir dirinya. Sejak dari mula sampai sekarang, itulah yang wanita itu selalu keluarkan. Namun dia tidak ambil hati dengan kata-kata itu kerana dia teringin hatinya di letak pada hati wanita itu. Dia langsung tak menyangka, hati gadis bertudung itu begitu keras dari perwatakan luaran. Dia sangka, senanglah dia ingin menundukan wanita itu, namun sebaliknya.

            “ Dhia, please, ikut saya” Rayu Uwais. 

Suria yang dari tadi lagi jadi pemerhati terus bangun dari duduk. Rasanya dia harus fikirkan sesuatu agar pergaduhan mereka berdua tidak berlarutan. Jika perkara itu berlaku, alamak lambatlah dia sampai ke rumah.

            “ Dhia kau nak ikut suami kau kan? Kau pergilah, biar aku tutup kedai. Kejap lagi boyfriend aku datang jemput. Kami nak keluar makan kejap” Beritahu Suria. Dhia mengerling pada rakan sekerjanya itu. Sejak bila pula Suria ada teman lelaki? Kenapa aku tak tahu?

            “ Aku tak nak ikut dialah Suria” Keras Dhia. Nak tengok muka pun benci, inikan pula nak duduk dalam kereta berdua-duaan lepas tu kena berlakon depan keluarga mentuanya pula. Memang taklah!

Suria menarik tangan Dhia menuju ke belakang sedikit.

            “ Kau ni kan, cuba mengalah sikit. Dah mak bapak dia nak jumpa kau, pergi jelah! Yang jahatnya suami kau bukannya datin si tudung saji tu” Bisik Suria pada telinga rakannya. Payah betul kalau manusia berhati batu ni. Hampir tersembur gelak ketawa Dhia bila nama samaran Datin Suzana di keluarkan. Kalau Uwais dengar, mahu mengamuk lelaki itu kerana dia mengutuk Datin Suzana.

            “ Kalau aku jumpa dengan mak bapak dia, lagilah susah aku nak minta cerai nanti. Biarlah mak bapak dia benci aku, lagi senanglah kerja aku nanti” Bisik Dhia kembali. Dia memang berniat untuk tidak teruskan perkhawinannya kerana dia memang tidak ada rasa cinta di hati untuk lelaki itu. Namun begitu, dia tidak berniat untuk kembali pada Umar walaupun lelaki itu akan bercerai dengan Kak Long tidak lama lagi. Hanya kerana hormat pada kedua ibubapa, Umar dan Kak Long pertahankan lagi rumah tangga yang tak berapa nak ada tangga itu.

  Uwais hanya memandang perlakuan dua sekawan itu. Entah apalah yang sedang di bincangkan mereka berdua.

            “ Apa! Kau nak berpisah dengan lelaki hensem dekat belakang tu?” Suria sedikit terkejut dengan alasan dari rakannya itu. Kalau aku jadi kau Dhia, memang aku tak akan tinggalkan lelaki sehebat itu.

            “ Buat apa aku teruskan perkahwinan ni kalau hati dah tak suka. Kau tahu tak yang aku benci gila pada dia!”Beritahu Dhia.

            “ Betul kau nak berpisah dengan dia?” Suria inginkan kepastian. Dhia mengganguk laju. Tak sanggup dia di ikat dengan perkahwinan  yang dia tidak pinta itu.

            “ Kau pergi rumah mak bapak dia, lepas tu kau buat perangai tak senonoh. Aku percaya 100%, lepas ni mak bapak dia benci kau. Silap-silap hari bulan, mak bapak dia sendiri yang akan suruh anak dia ceraikan kau” Cadang Suria. Jahat betul niatnya itu. Namun dia memang tiada pilihan lain walaupun dia tahu menyokong seseorang itu untuk meruntuhkan masjib adalah dosa besar, namun dia mahukan yang terbaik untuk rakannya itu. Dia tahu yang Dhia tidak pernah bahagia dengan perkahwinan itu.

Dhia berfikir sejenak. Ada betul juga kata kawannya itu. Kalau dia sudah di benci, pasti lebih senang proses perceraian. Dia tidak mahu terus terikat dengan Uwais. Cukuplah rasa sakit hatinya dengan perbuatan lelaki itu. Fitnah yang lelaki itu taburkan pada keluarganya benar-benar menyakitkan. 

            “ Aku ikut cadangan kau” Dhia memberikan kata putus. Suria menunjukan isyarat bagus mengunakan ibu jarinya dan kembali duduk di sofa. Dia harus menelefon teman lelakinya supaya datang menjemput kerana sekejap lagi Dhia akan mengikut lelaki itu pergi.

            “ So?” Soal Uwais ingin tahu.

            “ Okey...” Balas Dhia bersahaja sambil meneruskan kerjanya.Uwais tersenyum manis. Itu salah satu pertanda baik dalam hubungannya.

            “ Tapi ada syarat” Beritahu Dhia. 

            “ Apa syaratnya?” Soal Uwais tidak sabar. Tak kiralah sebesar manapun syarat itu, dia akan penuhinya. Tapi janganlah sampai suruh dia beli negara.

            “ Saya banyak lagi kerja nak selesaikan, mungkin lagi dua tiga jam baru siap. Kalau awak tak kisah, tungguhlah tapi kalau awak kisah, awak baliklah and saya tak payah pergi rumah mama dengan papa awak tu” Tipu Dhia walaupun hakikat sebenarnya dia tiada apa-apa kerja lagi yang hendak di buatnya. Pengiraan keuntungan pun lagi lima minit dia sudah boleh siapkan. Saja nak pedajal lelaki itu. Rasakan! Sekarang aku pula yang nak balas dendam pada kau sebab musnahkan hidup aku! Dulu aku lemah, sekarang tidak!

            “ Eh! Tak apa saya tunggu awak dalam kereta. Selesaikan kerja awak dulu” Uwais terpaksa akur. Dia berjalan meninggalkan ruang depan kedai itu dan menuju ke kereta miliknya yang di letakkan betul-betul di hadapan kedai. Hanya kedai tempat kerja isterinya sahaja yang masih belum di tutup sedangkan kedai-kedai di bersebelahan sudah tertutup rapat. Risau pula dia tengok keadaan itu. Manalah tahu tiba-tiba ada perompak menyerang tempat isterinya kerja, dahlah semuanya perempuan.

Dhia dan Suria mula ketawa saat tiba di bahagian belakang kedai. Memang lawaklah sebab lelaki itu berjaya di permainkan. Pintu depan kedai terus di tutup terlebih dahulu.

            “ Jom pergi makan” Ajak Dhia sambil membuka pintu belakang kedai.Ada sebab kenapa dia menipu tadi.

            “ Habis laki kau macam mana?” Soal Suria pelik.Kata nak pergi rumah mentua, tiba-tiba ajak dia pergi makan pula.

            “ Dia bukan suami akulah. Aku saja nak dera dia. Padam muka! Biarlah dia tunggu situ, aku dah lapar ni” Dhia menarik tangan rakannya melangkah ke gerai makanan yang berada selang seberapa buah buah kedai dari tempat kerjanya melalui jalan belakang. Dia memang selalu makan di gerai mamak itu, lagipun harganya juga berpatutan.


Hampir dua jam jugalah Dhia dan Suria di kedai makan itu. Dari satu roti hingga ke tiga keping roti canai di bedai. Sebenarnya, dia bukanlah lapar sangat, tetapi bila makan sambil berbual-bual, dia jadi leka dengan makanan. Lagipun roti canai pembuat roti di situ memang sedap apatah lagi bila di cicah dengan kari ayam. Memang sedap tahap maksima.

            “ Apa dah jadi dengan laki kau ha?” Suria mula bertanya. Rasanya sudah lama dia di kedai makan itu dan soal Uwais langsung tidak menajdi topik perbualan seperti lelaki itu tidak pernah wujud.

            “ Lantak dialah, ada aku kesah!” Balas Dhia sambil menyuapkan suapan terakhir roti canai di dalam pinggannya itu. Suria mengeluh berat.Dari pandangan matanya, Dhia sudah banyak berubah. Dulu wanita itu bercakap dalam nada yang agak lemah lembut dan tidak akan melontarkan kata-kata yang agak keras, namun kini wanita itu langsung tidak perdulikan hati dan perasaan orang lain ketika bercakap. Adakah keadaan yang mengubah perlakuan seseorang? Mungkin kerana perkhawinan paksa itu menyebabkan rakannya berubah menjadi wanita yang lebih kental.

            “ Jomlah balik...” AjaK Suria sambil mengeluarkan duit untuk pembayaran sebanyak RM50.00. Dia memang sudah berjanji ingin belanja wanita itu makan tadi.

            “ Kau ni, relexlah dulu. Bukan ada siapa-siapa pun dekat rumah. Alik-alik mengandap muka si Muni” Tolak Dhia. Sebenarnya dia belum sedia ingin balik ke rumah mentua yang tidak pernah di anggap itu. Mungkin lagi lama dia di situ, Uwais akan berlalu pergi. Jadi bolehlah dia balik rumah dan tidur.

            “ Hello Dhia, kawan aku dah sampai depan kedai. Kau pergilah ikut laki kau balik” Beritahu Suria. Dia baru sahaja menerima pensanan ringkas dari rakannya yang sudah tiba di depan tempat dia kerja. Dhia mengeluh berat. Dia akur. Nak tak nak terpaksalah dia balik ke kedai semula. 

Selesai sesi pembayaran, mereka berdua sekali lagi melalui jalan belakang untuk masuk ke dalam kedai semula dan keluar semula dari pintu depan. Pura-pura baru selesaikan kerja.

            “ Aku balik dulu” Suria meminta diri sebaik sahaja pintu kedai bahagian depan di kunci. Dhia mengganguk laju dan Suria terus berlari masuk ke dalam sebuah kereta yang proton wira yang berada bersebelahan dengan sebuah lagi kereta. Dhia mengeluh berat. Tak kereta lelaki itu masih di hadapan tempat dia kerja tetapi tidak pula nampak kelibat lelaki itu. Mana perginya Uwais?

Matanya melilau mencari kelibat lelaki itu di sekitar depan kedainya, namun tidak juga dia nampak kedudukan Uwais ketika ini. Dia tersenyum sendirian. Inilah peluang untuk lepaskan diria. Kaki terus di atur menuju ke kereta miliknya yang berada selang dua petak tempat letak kereta sahaja dari kereta lelaki itu. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta sambil tersengeh sendirian. Saat pintu di tarik untuk menutupnya, tiba-tiba terasa seperti ada yang menariknya dari luar.Alamak! Perompak ke?

Semakin bersemangat dia menarik pintu keretanya tanpa memandang ke arah luar. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Lagi menakutkan bila dia teringat tentang kejadian yang menimpa seorang wanita di kawasan berdekatan dengan tempat dia kerja. Wanita itu di rompak dan di kelar beberapa kali. Nasib baiklah wanita itu selamat dan sekarang ini di tempatkan di hospital. 

Maka berlakulah episod tarik menarik antara dia dan orang yang berada di luar keretanya. Pantang maut sebelum ajal! Itulah pembakar semangat Dhia ketika ini. 

            “ Dhia!”

Dhia tergaman bila namanya di panggil agak kuat. Perompak pun tahu nama aku ke? Bisik hati kecilnya. Perlahan-lahan kepalanya di pusing ke arah sebelah kanan. Uwais? Tak sangka lelaki itu yang menarik pintu kereta dengannya tadi. Tak guna! Buat cuak je! Ingat ada perompak nak rompak dan bunuh aku tadi.

            “ Lama saya tunggu dalam kereta,kenapa awak naik kereta awak pula” Soal Uwais. Agak lama dia menunggu hingga tertidur di dalam kereta.

Dhia menelan air liurnya. Dah terkantoi, jadi dia harus fikirkan idea lain untuk membalas kata-kata lelaki itu.

            “ Memang nak pergi rumah awak pun, kita pergi dengan kereta masing-masinglah. Bukannya saya tak tahu rumah mama awak tu.” Jawab Dhia. Langsung dia tidak perasan yang lelaki itu sebenarnya sedang tidur di dalam kereta. Mungkin kerana cermin kereta lelaki itu yang agak gelap, menyukarkan penglihatannya.

            “ Lah, pergi dengan kereta saya jelah.” Cadang Uwais.

            “ Tak nak! Awak dengan kereta awak, saya dengan kereta saya. Lagipun saya tak ingin pun duduk satu kereta dengan awak.” Dhia menutup pintu keretanya serta merta dan terus menghidupkan enjin. Jangan haraplah aku nak naik satu kereta dengan kau Uwais! Lagi lama aku dengan kau, lagi sakit hati pula aku rasa.

Uwais terpaksa akur. Langkah di atur menuju ke keretanya dan sebaik sahaja kereta Dhia mula bergerak, dia mengikut dari belakang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...