MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Rabu, 26 September 2012

Sedetik Rasa-(BAB 3)

Selepas m'hantar Amani ke tadika, Sofia terus masuk kerja seperti biasa. Dia begitu takut sekali ingin berdepan dengan Zafrul nanti bila mengingati perkara yang berlaku semalam.

Memang memalukan betul bila kejadian itu berlaku di depan rumahnya. Geram sungguh dia pada Razif yang bertindak tanpa berfikir telebih dahulu.

Dia benar-benar rasa bersalah dengan Zafrul tentang hal semalam dan dia ingin berjumpa untuk memohon maaf walaupun dia begitu takut untuk berdepan dengan lelaki itu. Pasti Zafrul akan memarahinya tentang hal itu. Dia mengeluh berat sambil membuka pintu utama bangunan yang dia kerja. Namun entah bila pula tangan lain yang lebih cepat menolak pintu itu darinya.

 Dia menoleh ke belakang dan tergaman dia bila melihat Zafrul yang berada di sebelahnya. Lelaki itu tidak langsung memandangnya dan hanya terus melangkah masuk lebih laju darinya. Dia tahu pasti Zafrul sedang marahkan dia.Sebaik sahaja punggung di labuhkan ke kerusi kerjanya, dia menghela nafas lega. 

      "Weh dah sarapan belum?" Soal Latisya sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat rakannya itu. Sofia mengelengkan kepala. Dia memang belum bersarapan pagi tadi kerana terlewat bangun. Sarapan Amani juga di beli di kedai sahaja. Kerana perkara semalam yang menyebabkan dia tidak boleh tidur lena dan itulah penyebab utama dia bangun lambat.

     "Jom, sarapan, aku ada beli nasi lemak."Ajak Latisya. Dia sebenarnya membeli nasi lemak itu untuk salah seorang pekerja di situ, namun pekerja itu tidak datang jadi dia terpaksa memberikannya kepada orang lain. Tidak mungkin dia boleh habiskan kedua-duanya sekali gus, lagipun dia bukan jenis manusia yang makan banyak. Kadang-kadang satu bungkus pun tak habis dia makan. Sofia terus bangun dari kerusi dan mengikut rakannya ke pantri untuk bersarapan.Ketika tangannya baru sahaj ingin memulas pintu pantri, tiba-tiba dia mendengar orang memanggil namanya dan dia terus berpaling ke arah itu.

     "Sofia, En.Zafrul nak jumpa"

Sofia seperti terkejut dengan arahan itu. Untuk apa lelaki itu jumpanya pagi-pagi begitu. Adakah kerana perkara semalam. Jantungnya mula berdenyut kencang. Berdebar sungguh dia bila terpaksa berdepan dengan lelaki itu apatah lagi ketika dia masih belum bersedia. Dia hanya mengganguk lalu meminta Latisya menunggunya di pantri terlebih dahulu. langkah di atur ke bilik pejabat Zafrul.

 Pintu di ketuk dua kali dan kedengaran suara orang mengarahnya masuk. Ketar kakinya untuk terus melangkah masuk. Dia tidak terus duduk dan hanya berdiri di depan meja kerja lelaki itu. Dia tidak boleh melihat wajah Zafrul kerana lelaki itu memusingkan kerusi ke belakang, namun dia tahu siapa yang berada di kerusi itu walaupun tidak dapat melihat wajahnya.

     "Ikut saya..."Arah Zafrul sambil bangun dari situ. Cap yang berada di tepi meja terus di pakai di atas kepala. Sofia memang tidak boleh melihat muka Zafrul kerana topi itu. Untuk apa lelaki itu memakai topi ketika di dalam pejabat.Cepat sungguh langkah Zafrul meninggalkan bilik pejabat itu hingga Sofia terpaksa berlari perlahan untuk mengejarnya.

Ketika di tempat letak kereta Zafrul mengarahkan Sofia masuk ke dalam keretanya. Sofia terpaksa akur kerana dia memang tidak boleh melawan arahan itu. Belum sempat dia masuk ke dalam kereta tiba-tiba datang seorang wanita yang hanya memakai dres taras paha  tanpa lengan yang berwarna merah terang. Rambut yang sedikit kerinting di lepaskan begitu. Sofia tahu itu pasti orang yang dikenali majikannya. Sungguh bengis muka wanita itu.

Sofia tidak boleh berdiri sahaja di situ kerana dia tidak mahu mendengar apa yang akan di cakapkan mereka berdua. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu, namun dia masih mampu mendengar perbualan mereka kerana pintu sebelah pemandu masih terbuka. Dia pura-pura memekakkan telinga untuk seketika.

     "You curang dengan I" Marah wanita itu.

     " What you want Sally? I tak ada masa sekarang ini"Beritahu Zafrul agak lembut.

     "Senangnya you cakap. You keluar dengan perempuan lain you boleh buat muka tak bersalah. You ni manusia atau binatang sebenarnya?"Marah Sally sambil mencekak pinggang.

     "Jaga sikit percakapan you tu Sally."Sedikit kasar suara Zafrul kali ini. Dia bengang betul dengan perangai Sally yang semakin hari semakin kurang ajar di matanya.

     "You tahu kan yang I sayangkan you. Kenapa you buat I macam ini? Apa salah I?" Sally mula mengalirkan air mata kerana dia tahu kelemahan Zafrul. Lelaki itu pasti akan bersimpati dengannya bila melihat air mata itu.Zafrul terus memeluk tubuh Sally yang masih lagi dalam esakan itu.Pintu kereta di bahagian pemandu di tutup dan kini Sofia sudah tidak dapat mendengar apa yang sedang dicakapkan mereka berdua. Lagipun untuk apa dia mendengarnya.

     "I tak pernah curang dengan you honey. I love you. You know, I love you kan?"Pujuk Zafrul. Dia memang tidak boleh melihat air mata itu semakin laju mengalir. Sudah lama dia bercinta dengan Sally dan sudah berapa kali juga dia telah terlanjur dengan wanita itu. Oleh kerana itu jugalah dia tidak boleh tinggalkan Sally walaupun di dalam hatinya sudah kurang rasa cinta dan sayang.Zafrul mengesat air mata Sally. Nasib baik di tempat letak kereta itu tidak ramai orang dan hanya beberapa orang sahaja yang lalu lalang di situ. Semuanya akan memandang padanya sebelum berlalu pergi.

     "Habis kenapa you benarkan perempuan tu masuk dalam kereta you sedangkan I pun you tak bagi? Apa semua ni?"Marah Sally lagi. Dia memang tidak puas hati kerana teman lelakinya membenarkan orang lain masuk ke dalam kereta yang dia sendiri belum pernah duduk di kerusi kereta itu. Selalunya Zafrul akan membawa kereta lain ketika keluar bersama dengannya.Dia benar-benar geram bila melihat wanita lain di dalam kereta teman lelakinya itu. Belum sempat dia ingin melangkah ke arah pintu pintu sebelah wanita di dalam kereta teman lelakinya, tangan Zafrul terlebih dahulu menarik tangannya dengan pantas.

     "I ada meeting penting lepas ini dan I lupa bawa kereta I yang lagi satu. Tak ada pilihan lain, sebab I kena bawa dia sekali masa meeting nanti. Dia tak ada kereta honey"Tipu Zafrul. Semakin lama semakin banyak dia menipu wanita itu untuk menutup kesalahannya. Entah mengapa begitu mudah dia membenarkan Sofia duduk di dalam keretanya sedangkan selama ini tiada seorang wanita pun di benarkan masuk ke dalam keretanya termasuklah teman wanitanya sendiri. Itu kereta persendiriannya dan tiada siapa boleh tahu apa yang ada dalam kereta bercermin gelap itu.

     "Eh, I dah lambat ni honey. Jumpa nanti okey"Zafrul meneliti pada jam di tangannya dan pura-pura dia mengejar waktu, padahal dia sebenarnya mempunyai banyak masa lagi.Zafrul mencium pipi kanan Sally tanpa rasa segan atau malu langsung pada orang yang memandang.

     "Kenapa dengan muka you sayang?" Soal Sally. Dia baru perasan kesan lebam di bibir sebelah kiri teman lelakinya itu.

     "I jatuh bilik air.Okeylah honey, jumpa nanti okey. I memang dah lambat ni"Zafrul terus membuka pintu kereta lalu masuk ke dalamnya dengan lajunya. Belum sempat Sally berkata apa-apa lagi dia kereta yang di pandu Zafrul telah meninggalkan tempat letak kereta itu dengan pantasnya.

********************************

     "kita buat apa dekat sini En.Zafrul? Kata ada meeting tadi" Soal Sofia bila kereta yang di pandu Zafrul berhenti di tempat letak kereta Taman Tasik Titiwangsa. Zafrul hanya berdiam diri dan terus keluar dari kereta. Sofia hanya mengikut dari belakang bila majikannya itu sudah melangkah ke depan kereta lalu melabuhkan punggung di depan kereta sambil berpeluk tubuh.

     "En.Zafrul..."Panggil Sofia agak perlahan bila Zafrul tidak menjawab persoalan darinya tadi.

    "Macam mana nak pergi meeting dengan muka saya yang lebam ni?"Tipu Zafrul walaupun sebenarnya hari itu dia memang tiada urusan mahupun mesyuarat. Sofia mula serba salah dengan apa yang berlaku. Kalau bukan kerana dia pasti lelaki itu tidak akan di pukul.

"En.Zafrul saya minta maaf sangat-sangat pasal semalam tu" Minta Sofia rendah diri. Sofia hanya berdiri di sebelah majikannya yang sedang duduk di depan kepala kereta.

"Saya nak tanya awak satu benda, kenapa awak bercerai?"Sungguh berani Zafrul bertanya begitu walaupun dia sendiri tahu dia tidak ada hak untuk tahu tentang masalah perempuan itu, cuma dia pelik kenapa wanita secantik dan sebaik itu di tinggalkan. Baginya Sofia sudah cukup sempurna dan tidak seperti mana-mana gadis yang dia ketemui.Sofia hanya menundukan kepala tanpa kata.Zafrul mengeluh berat. Dia tahu wanita itu tidak mahu menceritakan padanya.

"Saya cuma pelik sahaja, kenapa suami awak tinggalkan awak sedangkan awak sudah cukup lengkap bagi seorang lelaki. Dalam usia yang begitu muda awak jadi janda."Sambung Zafrul lagi. Kali ini wajah wanita yang bertudung itu di pandang, namun kali ini Sofia menyorokan wajah itu dari terus di tatap. Sofia masih lagi tidak berkata-kata. Dia sendiri tidak tahu adalah dia harus menceritakan rahsia yang di pendam sudah sekian lama. Selama ini tiada siapa pun yang tahu kenapa dia bercerai dengan suaminya. Memang semua orang bertanya tentang apa yang terjadi hingga berlakunya perceraian,namun dia malas untuk membuka cerita kerana perkara itu mengaibkan bekas suaminya. Dalam usia 25 tahun, dia sudah bergelar janda. Pernah juga timbul perasaan menyesal kerana berkhawin dalam usia yang muda dulu, namun bila difikirkan semula, kalau bukan perkara itu mungkin dia tidak akan menjadi seorang yang matang dalam menilai kehidupan sebenar.

     "Tak nak cerita sudah. Jom balik..."Ajak Zafrul sambil melangkah ke pintu kereta sebelah pemandu.Sofia masih tetap di situ tanpa berganjak walau setapak pun.

       "Perlukan saya cerita semua itu pada En.Zafrul?" Akhirnya Sofia bersuara juga dan kali ini dia berani menatap wajah lelaki itu. Zafrul hanya mengungkit bahu sahaja sebelum masuk ke dalam kereta. Sofia mengeluh berat. Pelik sungguh dia dengan perangai Zafrul sejak dua menjak ini. Tiba-tiba kereta di hon dari dalam dan menyebabkan Sofia terkejut hingga berganjak ke belakang setapak. Dia mengusap dadanya beberapa kali kerana terkejut tadi. Di lihat muka Zafrul yang langsung tiada senyuman di bibir berada di dalam kereta. Dia tahu Zafrul pasti sedang marahkan dirinya kerana hal tadi dan mungkin kerana hal semalam. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta bila sekali lagi hon di bunyikan.Dia tahu Zafrul mengarahnya untuk masuk ke dalam kereta.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...