MUTIARA KATA:

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar"

You follow me..I follow u back... ADIL KAN!!!!

Translate

Powered By Blogger

Rabu, 26 September 2012

Sedetik Rasa (Bab 2)


Seperti  biasa, tepat jam 7.00 pagi Sofia sudah siap untuk m'hantar Amani ke tadika yang berada tidak jauh dari kawasan perumahannya itu. Setelah selesai sarapan, pantas dia mengarahkan anak perempuannya itu memakai kasut dengan lebih cepat supaya tidak terlambat. Amani dengan pantasnya menuju ke muka pintu lalu duduk di situ. Roti yang belum sempat di makannya sampai habis di kapit pada gigi terlebih dahulu. Sofia sudah mula mengunci pintu rumah dan dia juga tidak mahu terlambat ke tempat kerja yang m'gambil masa lebih kurang 45 minit bila terpaksa menempuh kesesakan jalan raya.

"Cepat masuk kereta..."Arah Sofia pada anaknya sambil membetulkan tudung di kepala yang sedikit senget. Amani terus berlari ke kereta proton kembara milik mamanya itu.

"Fia..."

Sofia tersentak bila namanya di panggil dan serta merta jugalah kepalanya berpusing ke arah pintu pagar rumahnya yang masih lagi berkunci.Kelihatan seorang lelaki berdiri di depan pintu pagar rumah teresnya itu.Dia mengeluh berat bila mood paginya seperti di cantas. Kalau boleh dia tidak mahu melihat muka itu muncul di depannya lagi. Entah dari mana lelaki itu tahu dia tinggal di situ.

"Nak pergi mana? Masuk!!!" Marah Sofia bila melihat anaknya seperti ingin keluar dari kereta. Amani terus mentutup kembali pintu kereta yang di buka.

" Fia tak boleh buat macam itu, Amani pun anak abang"Beritahu Razif. Tidak seharusnya Sofia cuba m'halang dia dari bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Sofia yang masih agi berdiri di sebelah keretanya terus mencekak pinggang.

"Kenapa baru sekarang awak sibuk pasal anak? Dulu awak pernah fikir tak pasal saya dengan Amani  sebelum awak buat benda terkutuk tu? Tak kan, so tak payah nak sibuk-sibuk pasal Amani"Marah Sofia. Dia benci bila di ganggu lagi setelah dia mula merasa kegembiraan. Walaupun belum ada lagi penganti Razif dalam hatinya, dia tetap akan cuba hidup seperti orang lain. Dengan kehadiran Amani sudah cukup baginya.

"Fia, pleaselah jangan buat abang macam ini. Abang masih cintakan Fia"Rayu Razif sambil mengengam besi pagar rumah.

"Pergilah, jangan ganggu kami lagi. Saya tak perlukan awak lagi dalam hidup saya sampai bila-bila. Tolonglah jangan muncul depan saya lagi Razif. Saya perlukan hidup yang tenang"Minta Sofia dengan harapan lelaki itu akan memahami apa kemahuannya. Dia tidak boleh hidup dalam keadaan begitu. Hari ini dia di ganggu oleh lelaki itu dan mungkin selepas ini juga ,Razif akan selalu muncul di depan bola matanya. Dia tidak boleh hidup dalam keadaan begitu. Sering kali perbuatan Razif bertandang di mindanya dan kerana itulah dia tidak boleh memaafkannya sampai bila-bila. Kadang-kadang dia merasakan dirinya begitu kejam kerana cuba memisahkan Amani dengan papanya, namun dia tidak ada jalan lain lagi untuk lari dari Razif. Lagipun,dia tidak mahu Razif m'pengaruhi pemikiran anaknya nanti.

"Fia, abang minta maaf. Abang janji abang tak akan buat benda terkutuk itu lagi. Abang dah tinggalkan dia dan abang dah tak berhubung langsung dengan dia lagi"Rayu Razif lagi.

"Pergi sebelum saya panggil polis!!!"Marah Sofia agak kuat kali ini. Razif terpaksa akur. Dia tahu jika dia tetap di situ, Sofia pasti akan semakin marah padanya. Dia perlu bertindak dengan lebih teliti untuk memiliki hati itu kembali.Nasib baik pintu pagar di buka secara oktomatik melalui dalam kereta sahaja. Jadi dia tidak perlu risau jika Razif datang menempa ke arahnya.Laju kereta proton kembaranya keluar dari perkarangan rumah.

"Kenapa mama tak bagi Amani jumpa papa?Amani rindukan papa" Soal Amani tiba-tiba. Sofia terus mengusap rambut anaknya mengunakan tangan kiri kerana dia sedang dalam pemanduan.

"Lain kali kita jumpa papa ya sayang. Papa nak cepat tadi."Tipu Sofia sambil tersenyum kelat.

*****************************

"Fia, petang nanti jangan lupa meeting dengan Dato'Halim dekat company dia" Latisya mengingatkan rakan sekerjanya itu tidak akan lupa tentang mesyuarat yang boleh di katakan agak penting untuk syarikatnya. Sofia yang sedang meneliti fail di meja hanya mengganguk dan memandang sahaja kepala Latisya yang di jenguk masuk ke dalam bilik pejabatnya itu sebelum wanita itu berlalu pergi. Sofia mengeluh dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Sejak dia memegan jawatan sebagai  service consultant dan turut menjadi setiausaha majikannya tanpa bergaji dia menjadi seorang pekerja yang agak sibuk dan selalu melakukan kerja di luar pejabat. Dia meneliti jam di tangannya, sudah pukul 1.45 petang. Dia sudah terlepas untuk makan tengah hari. Dia terus memasukan fail yang berada di atas mejanya ke dalam beg kerja, lalu mencapai kunci kereta, telefon bimbit serta tas tangannya dari atas meja.

"Sya, aku nak ambil anak aku dekat tadika kejap, lepas itu aku terus pergi meeting dengan Dato'Halim. Mungkin aku tak sempat masuk pejabat semula kot hari ini"Beritahu Sofia sebaik pintu bilik pejabat rakannya di kuak dari luar. Latisya hanya menunjukan isyarat okey.

"Bukan kau kena pergi dengan En.Zafrul ke?" Soal Latisya. Seingat dia semalam, rakannya itu diberitahu tahu tentang itu. Lagipun rakannya itu harus pergi dengan anak bosnya untuk memastikannya berjalan lancar.

"En.Zafrul pergi kemudian. Aku kena ambil anak aku dari tadika dulu ni. Aku dah lewat ni, jumpa nanti"Sofia terus menutup pintu lalu m'percepatkan langkah keluar dari pejabat itu. Dia agak lewat sampai di tadika anaknya. Kelihatan Amani murung bila tinggal dia seorang sahaja di tadika tersebut dan semua pelajar lain sudah di jemput oleh ibu bapa masing-masing. Puas dia memujuk anaknya itu dan akhirnya pujukannya termakan juga. Selepas mengambil anaknya di tadika, dia harus mengantar Amani ke tempat pengasuh pula. Nasib baik tempat dia kerja dekat dengan tadika dan tempat pengaruh Amani, jadi tidak menjadi masalah untuk dia pergi hantar dan ambil anaknya. Pukul lima nanti, barulah dia akan mengambil anaknya dari rumah pengaruh. Itulah rutin hariannya setiap hari. Selesai semua hal berkaitan dengan Amani, barulah dia ke tempat yang di janjikan. Besar sungguh syarikat milik Dato'Halim itu. Cepat sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan yang begitu gah sekali itu selepas meletakan kereta tidak jauh dari situ. Nasib baik disediakan tempat letak kereta, jadi tidak menjadi masalah untuk dia. Kerana kali pertama masuk ke syarikat itu, dia perlu bertanya pada orang yang berada di dalam syarikat itu di mana tempat yang harus dia tuju. Nasib baik penyambut tetamu di depan begitu mesra dan senyuman tidak lekang di bibir. Jadi tidaklah dia berasa begitu kekok untuk bertanya dengan lebih lanjut.

"Sofia..."

Kedengaran satu suara memanggilnya. Sofia terus berpaling ke belakang dan kelihatan En.Zafrul berdiri tidak jauh darinya. Sungguh segak lelaki itu bila mengenakan baju serba hitam dan bertali leher berwarna putih.Itulah anak kepada pengarah syarikatnya yang memegan jawatan sebagai CEO.Terkocoh-kocoh Sofia berlari ke arah bosnya itu sambil memeluk tas tangannya serta beg kerja yang berisi fail-fail berkaitan dengan mesyuarat nanti. Zafrul tidak berkata apa-apa dan terus berjalan. Sofia hanya mengikut dari belakang tanpa banyak soal tentang arah yang ingin di tuju. DIa tahu yang lelaki itu tahu di mana mesyuarat akan di jalankan. Setibanya di bilik mesyuarat, kelihatan beberapa orang sudah berada di dalamnya. Sofia menarik kerusi lalu duduk begitu juga dengan Zafrul. Hanya dua kerusi yang memisahkan kami berdua. Sofia memang tidak mahu duduk dekat dengan bosnya itu takut akan ada orang fikir bukan-bukan nanti kerana di mana-mana sahaja Zafrul bermesyuarat pasti ada dia sedangkan jawatannya di syarikat bukanya setiausaha lelaki itu. Pernah juga dia m'dengar orang bercakap tentangnya dan Zafrul, namun dia memekakkan telinga sahaja kerana tidak mahu perkara itu akan berlarutan. Dia tak ada hak untuk marah lagipun dia tahu siapa dia dan siapa Zafrul.Mesyurat berlangsung lebih kurang 2 jam dan semuanya begitu asyik mendengar penerangan dari Zafrul di depan. Sofia juga begitu ralit sekali melihat kepetahan dan kelancaran suara Zafrul bila bercakap. Lelaki itu memang mempunyai keyakian yang begitu besar dan boleh berjaya dalam semua hal. Jam menunjukan pukul 5.30 petang. Sofia mula gelisah bila teringatkan Amani. Pasti anak kecil itu akan merajuk sekali lagi kerana lambat di jemput. Dia langsung tidak menyangka yang mesyurat itu akan berlarutan hingga ke waktu itu.Zafrul yang sedang leka bercakap di depan, terpandang wajah Sofia yang seperti ada yang tidak kena.

" Setakat ini sahaja penerangan saya. I hope you all understand what I explain.I think that is not a problem for my company affiliated with your company."Zafrul menamatkan perbentangannya. Dia berharap benar yang syarikat Dato'Halim itu akan menjadi salah satu rakan kongsi syarikatnya dan sudi melabur untuk projek syarikatnya.

"I like the description of your company. I think my company can affiliated with your company."Sampuk Dato'Halim sambil menepuk tangan begitu juga dengan yang lain. Dia memang sukakan apa yang diterangkan Zafrul tadi dan tidak menjadi masalah untuknya melabur pada projek syarikat itu. Selesai semuanya, Sofia terus berlari keluar dari bilik meeting dan meninggalkan Zafrul begitu sahaja. Dia harus cepat jika tidak mahu anaknya merajuk lebih panjang. Pernah sekali dia terlewat menjemput Amani dan anak kecil itu merajuk dengannya hampir sepanjang hari. Nasib baik tidak berlarutan.Setibanya di keretanya, dia tergaman seketika bila melihat tayar depan sebelah pemandu kelihatan kempis. Fail di tangannya terus di letakan ke dalam kereta. Dia mengeluarkan telefonnya dan terus mendail nombor bengkel yang dia selalu pergi bila berlaku kerosakan pada keretanya, namun hampa kerana tiada langsung orang menjawab panggilan dari telefonnya. Peluh mula menitis di dahinya dan terus dia lap mengunakan tisu. Dia memang tidak bernasib baik kerana cuaca petang itu tidak seperti biasa. Kali ini terasa begitu panas dan berbahang di tubuhnya. Dia mula pening memikirkan cara untuk selesaikan masalah keretanya sekarang ini sedangkan dia harus cepat.

"Kenapa Sofia?" Soal seseorang. Sofia yang sedang berdiri mengadap cermin kereta  sambil menekan butang di telefon tersentak dan melalui cermin itu jugalah dia boleh nampak siapa yang berdiri di belakangnya sekarang. Dia terus berpaling ke belakang.

"Kereta saya pancit. Saya nak cepat ni."Beritahu Sofia pada lelaki itu. Zafrul menjeling ke arah tayar kereta Sofia dan memang sah tayar itu pancit.

"Awak nak cepat-cepat nak pergi mana sebenarnya Sofia?. Dari dalam meeting tadi lagi saya tengok awak ni macam ada benda yang tak kena."Soal Zafrul. Dia hentikan penerangannya tadi pun kerana melihat wanita itu seperti dalam kegelisahan. Sofia mengigit bibirnya sambil tersengeh. Tidak sangka yang Zafrul perasan perubahannya tadi. Mesti buruk mukanya ketika di dalam mesyurat tadi.

"Saya nak kena pergi ambil anak saya dekat rumah pengasuh pukul 5.00 petang. Sekarang sudah pukul 6.00 petang. Saya dah lewat sejam untuk ambil anak saya"Cerita Sofia. Entah mengapa dia begitu senang bercerita pada anak majikannya itu. Kadang-kadang dia tidak suka dengan perangai Zafrul yang agak ego dan belagak tetapi kadang-kadang dia suka melihat lelaki itu bila bercakap secara elok-elok dengannya.

"Okey, saya balik dulu..."Minta Zafrul sambil melangkah ke arah kereta yang di sebelah kereta Sofia. Sofia tergaman seketika, tidak sangka lelaki itu pergi begitu sahaja dan langsung tidak mahu menolongnya. Dia hanya memandang sahaja Zafrul masuk ke dalam kereta BMW 3 Series 4 pintu berwarna merah darah ikan yang berada di sebelah keretanya. Entah sejak bila lagi kereta mewah itu di letakan di sebelahnya, dia langsung tidak perasan. Sofia menyepak tayar keretanya beberapa kali kerana kesal dengan perkara itu. Ketika dia sedang mengejar masa itulah keretanya buat hal. Ingin sahaja dia terbalikkan keretanya biar terasa puas di hatinya. 'Masa nilah kau nak buat hal ya kereta.'Sungguh Sofia sendirian. Bukannya tiada tayar simpanan di di keretanya, namun dia memang tidak reti untuk menukarnya.

"Tak payah nak tendang-tendang kereta tu. Buat sakit kaki saja. Masuk kereta biar saya hantar awak balik"Tegur Zafrul yang baru sahaja keluar balik dari kereta. Merah padam muka Sofia bila di tegur begitu. Dia langsung tidak perasan yang kereta mewah itu masih lagi tidak bergerak dari situ.

"Tak payahlah En.Zafrul. Saya boleh balik sendiri." Beritahu Sofia. Dia memang tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagipun dia merasakan yang ajakan dari lelaki itu hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Siapa tidak kenal Zafrul. Lelaki yang tidak pernah benarkan mana-mana perempuan masuk ke dalam kereta kesayangannya itu. Tidak mungkin Zafrul benarkan dia masuk ke dalam kereta itu.

"Sampai bila awak nak duduk sini dan tunggu kereta awak.Saya pun tak ada masa nak tengok awak tunggu dekat sini je.Saya bukan tak boleh nak tukar tayar kereta awak, tetapi saya tak nak kotorkan tangan saya nanti. Cepat masuk kereta saya."Arah Zafrul agak tegas. Sofia semakin serba salah pula dan masih tetap berdiri di situ.

"Saya hantar awak balik dan ambil anak awak sekali."Beritahu Zafrul sambil masuk ke dalam kereta. Sofia terpaksa akur. Tas tangannya di capai dalam kereta lalu dia mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam kereta majikannya itu. Tergaman dia melihat keseluruhan dalaman kereta itu. Sungguh cantik sekali.Itulah kali pertama dia duduk di dalam kereta yang mewah dan cantik itu.Tambahan lagi dengan haruman yang begitu wangi di dalam kereta itu. Dia memandang sekilas pada Zafrul yang sedang dalam memanduan. Sungguh segak lelaki itu bila memakai cermin mata hitam. Cepat-cepat dia menukar pandangan matanya bila dia merasakan yang Zafrul seperti ingin berpaling ke arahnya. Memang betul tekaannya yang Zafrul memandang ke arahnya sekilas sahaja.

"Tolong ambilkan telefon Samsung Galaxy S3 saya dalam dashboard"Arah Zafrul tiba-tiba. Sofia pula hanya mengikut sahaja tanpa m'bantah langsung. Di buka dashboard kereta dan bulat matanya melihat telefon-telefon yang berada di dalamnya. Kelihatan lebih dari 5 buah telefon di dalam dashboard dan semuanya berjenama dan mahal-mahal belaka. Selama ini dia hanya melihat lelaki itu memakai iphone 4 sahaja. Kadang -kadang Zafrul memakai ipad. Sofia mula rambang mata melihat telefon itu bila dia mencari telefon yang di kehendaki. Bila telefon samsung galaxy s3 sudah berada di tangannya dia terus memberikannya kepada Zafrul yang sedang memandu.

"Thanks..."Ucap Zafrul sambil lewa. Sofia kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Nak ambil anak awak dekat mana ni?" Soal Zafrul setelah sekian lama berdiam diri. Sofia tersedar dari lamunan dan kembali pada alam nyata. Sempat lagi dia berangan ketika mendengar lagu dari kumpulan Dalali yang bertajuk 'Di saat aku menyintaimu'. Entah mengapa wajah Razif tiba-tiba muncul di mindanya dan dia langsung tidak perasan yang setitis air matanya sudah menitis di ribanya. Cepat-cepat dia mengelap air mata itu kerana takut Zafrul perasan tentang itu.

"Dekat Taman sentosa..."Jawab Sofia perlahan. Taman perumahan yang berada derdekatan dengan pejabatnya.Zafrul mengganguk sahaja.Sebaik sahaja tiba di tempat yang di tuju, Sofia terus berlari masuk ke dalam untuk mengambil anaknya. Kelihatan Amani sedang leka menonton tv bersama dengan anak pengasuh yang berusia 7 tahun itu. Bila Amani nampak dia masuk ke dalam rumah, terus anak kecil itu berlari menempa ke arahnya sambil bersenyum gembira. Mungkin kerana gembira bila dia tiba akhirnya. Nasib baik anak kecil itu tidak merajuk. Selepas dia meminta diri dari tuan rumah, dia terus menarik tangan Amani keluar dari rumah dan menuju ke kereta yang di naikinya tadi. Tidak sangka Zafrul masih lagi menunggunya di depan pintu pagar.

"Papa ke mama?" Soal Amani bila melihat kereta yang tidak dikenalinya berada di luar pagar.

"Bukan sayang, itu kereta bos mama."Beritahu Sofia sambil membuka pintu kereta di bahagian belakang. Selepas Amani masuk ke dalam kereta, Sofia mengambil tempatnya kembali di bahagian belakang bersebelahan dengan pemandu. Zafrul kembali pada pemanduan. Suasana menjadi sunyi dengan percakapan dan hanya alunan lagu di radio sahaja yang berkumandang tanpa henti dari tadi lagi.  Kini alunan azan pula berkumandang. Sofia meneliti jam di dashboard dan dia memang tidak sangka sudah pukul 7.30 malam. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau bukan kerana jalan raya yang sesak, pasti sudah lama dia sampai di rumah. Lagipun bukanlah jauh sangat masa yang di ambil untuk sampai. Mungkin kerana dia telah mengambil masa yang lama sedikit di rumah pengasuh tadi.Beberapa minit kemudian kereta yang di pandu Zafrul berhenti betul-betul di depan rumah Sofia.

"Thanks En.Zafrul sebab sudi hantar saya balik."Ucap Sofia sebaik sahaja keluar dari kereta.Belum sempat dia membuka pintu kereta di bahagian belakang, Zafrul terlebih dahulu buka pintu di bahagian belakang sebelah kanan. Dia tersentak bila melihat Zafrul mendukung Amani keluar dari kereta. Pelik sungguh dia dengan perangai Zafrul yang tiba-tiba menjadi begitu baik sekali apatah lagi dengan perempuan biasa sepertinya. Dulu Zafrul langsung tidak pandang padanya hinggalah setahun yang lepas. Sikap lelaki itu berubah sedikit demi sedikit hingga kadang-kadang dia menjadi begitu rimas sekali.Kini tiada lagi sikap ego dan belagak Zafrul di tunjukkan padanya.

"Tak apalah En.Zafrul. Saya boleh dukung Amani sendiri"Sofia mula menajdi serba salah, namun Zafrul tetap mendukung Amani menuju ke pintu pagar rumah.Sofia tidak mampu membuat apa-apa lagi selain berlari ke arah pintu pagar lalu membukanya.

"Fia..."

Kedengaran satu suara garau memanggil namanya. Sofia terus berpaling begitu juga dengan Zafrul yang sedang mendukung Amani.

"Buat apa dekat sini malam-malam?" Soal Sofia bengang bila melihat bekas suaminya masih berada di depan rumahnya. Tidak cukup-cukup lagi lelaki itu dimarahinya, namun tetap berdegil.Zafrul hanya memandang tanpa kata kerana dia memang tidak kenal siapa lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.

"Sebab jantan inilah yang menyebabkan Fia tak nak rujuk dengan abang semula?" Tuduh Razif.

"Apa awak cakap ni. Ini bos Fia. Kalau bukan sebab dia pun, saya tak akan rujuk dengan awak semula. Itu pun tak faham-faham lagi ke? Nak saya cakap dalam bahasa apa lagi"Marah Sofia dan kali ini agak perlahan kerana dia tidak mahu menggangu jiran-jirannya dengan suaranya yang kuat.

"Fia,please..."Rayu Razif.

"Pergi baliklah, jangan ganggu saya lagi"Arah Sofia, namun Razif tetap di situ tanpa berganjak langsung.

"Orang dah tak suka buat apa malukan diri dekat sini lagi. Jangan jatuhkan maruah lelaki dengan merayu macam ini. Tak malu ke?" Sampuk Zafrul setelah sekian lama berdiam diri. Dia sudah tahu yang lelaki itulah bekas suami pekerjanya itu. Benci sungguh Sofia pada bekas suaminya itu.

"Kau apa hal sibuk pasal hal aku dengan Sofia!"Tengking Razif tanpa memikirkan suaranya itu boleh menggangu ketenteraman orang lain.Razif terus menyerahkan Amani pada Sofia bila melihat Razif seperti ingin menyerangnya.

Buk!!!!

Satu tumbukan hinggap di muka sebelah kiri Zafrul dengan tiba-tiba.Zafrul berganjak ke belakang setapak dan dia memang tidak sempat untuk mengelak tumbukan tadi kerana dia datang dengan tiba-tiba. Keluar cecair merah di bibir mulutnya sebelah kiri. Tidak sangka kuat juga tumbukan dari lelaki itu.

"En.Zafrul!!!"Jerit Sofia kerana terkejut. Tidak sangka langsung yang Razif akan menumbuk muka bosnya itu.

"Aku tak akan biarkan kau rampas Sofia dari aku. Kaulah penyebab Sofia tak terima aku balik!!!"Marah Razif kuat.Nafasnya tercungak-cungak seketika. Sofia tidak boleh membantu Zafrul kerana Amni berada di dalam pelukannya.Zafrul tidak mudah mengaku kalah. Dia terus menempa ke arah Razif dan tumbukan diberikan. Bukan satu kali tetapi lebih dari tiga kali. Pantang sungguh dia bila orang cederakan mukannya dan menuduhnya yang bukan-bukan. Razif tidak mampu melawan kerana Zafrul lebih kuat darinya dan dia terus lemah longlai di tepi kereta.

"Sudahlah En.Zafrul..."Rayu Sofia sebaik sahaja keluar dari rumah selepas meletakan Amani di sofa ruang tamu. Dia tidak mahu anaknya melihat pergaduhan itu.Jiran sebelah rumahnya mula keluar untuk melihat apa yang berlaku.Zafrul terus menarik kolar baju Razif.

"Aku paling pantang bila orang kurang ajar dengan aku. Aku bagi amaran dekat kau ,do not disturb Sofia again. Kau tak layak untuk Sofia. Kau faham tak!!!" Tengking Zafrul kuat.

"Kenapa ni Fia?" Soal Mak Timah yang tinggal di sebelah rumahnya.Sofia hanya menangis dengan tiba-tiba bila melihat perlakuan mereka berdua. Razif terus bangun dari situ bila kolar bajunya dilepaskan dan dia terus berlalu pergi begitu sahaja dengan dendam yang semakin mendalam di dalam hati.Zafrul pula terus masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa-apa. Sofia seperti tergaman bila Zafrul dan Razif hilang dari pandangan matanya begitu sahaja. Risau pula dia dengan keadaan Zafrul kerana di pukul tadi. Dia nampak ada darah merah mengalir keluar dari bibir lelaki itu.





BAB 1





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOIN KITA OKEY





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...